melayu.......

MELAYU ITU BUKAN RUPA, BUKAN KULIT, DAN BUKAN ORANG....

MELAYU ITU ALAM, DUNIA, PEMIKIRAN KETUHANAN....

MELAYU ITU... BUDAYA YANG MEMERINTAH

Monday, September 3, 2012

Soalan dan Persoalan




....satu karya yang amat mendalam......

menimbulkan persoalan demi persoalan di benak yang terkapai-kapai mencari sekelumit kebenaran dipersada ini.....

benarkah apa yang di bisik di telinga kiri ku?
benarkah apa yang di laungkan di telinga kanan ku?
benarkah apa yang di ceritakan di masa kecil ku?
benarkah apa yang di momokkan kepada usia kebudakkan ku?
benarkah apa yang di sampaikan semasa mengaji ku?
benarkah apa yang di ajarkan semasa sekolah ku?
benarkah apa yang di bualkan diwaktu minum di kedai kopi?
benarkah apa yang di baca pada buku-buku?
benarkah apa yang di tulis oleh para-para guru?
benarkah apa yang di sampaikan oleh para ilmuwan-ilmuwan?
benarkah apa yang di ceramahkan oleh al-fadil-al-fadil?
benarkah apa yang di hafal oleh para tahfiz?
benarkah apa yang di catat oleh para sejarawan?
benarkah apa yang di kejarkan para ahli tarikat?
benarkah apa yang di pegang kukuh oleh para ahli hakikat?
benarkah apa yang di tunjukkan oleh para ahli makrifat?
benarkah apa yang di ucapkan oleh para mursyidul am?
benarkah apa yang di perjuangkan oleh para ulamak?
benarkah apa yang di mohonkan dalam doa-doa kepada MU?
benarkah................. benarkah...............

dan berjuta-juta lagi persoalan yang timbul dan menghantui benak pemikiranku.....

namun jangan sekali-kali kamu mengikut telunjuk mereka-mereka dengan pantas melabelkan aku ini sesat, syirik, murtad dan sebagainya...... kerana AKU TAHU dan AKU YAKIN dengan AKIDAH ku sendiri... malah persoalan sebegini makin mengukuhkan lagi aku dengan penuh keyakinan bahawa TUHAN ku ADA dan WUJUD sedangkan aku ini hanyalah kesan sahaja dari kewujudan DIA.
Kepercayaan ku ini atas pembuktian RASA pada diri sendiri.... bukan pada kamu. Bukan pada lidah sahaja seperti kamu...kamu.... dan kamu..... dan salah kah aku mencari kebenaran ini?

MELAYU hidup BERTUHAN.....bukan hanya sekadar BERAGAMA