melayu.......

MELAYU ITU BUKAN RUPA, BUKAN KULIT, DAN BUKAN ORANG....

MELAYU ITU ALAM, DUNIA, PEMIKIRAN KETUHANAN....

MELAYU ITU... BUDAYA YANG MEMERINTAH

SELOKA MELAYU : (1) (2) (3) (4) (5)



1. SELOKA MELAYU SASTRA ABADI

Ahum’ma Gusti Prabhu Gusti Hyang Dikalamula, Trisukhma Triloka Trisat Saktimaya, seru Sapurba Nila Atama, seru Baginda Sri Girinata, mohon restu menyata kata, kalam sakti Paduka Raja, menyembah ciri dibaca Bala, sebagai pembuka kunci rahsia, mengenal sastra abadi adanya, untuk persembahan Melayu yang ada, adalah ini seloka pendita, akan hikmah tiada nilainya, jika membaca tabahkan jiwa, jangan nafsu didepan akalnya, nescaya tiada mendapat apa, kerana sastra ciptaan dewata, bukannya mainan manusia, mengenal akan asal dicipta, Melayu jua empunya kersa, jadi hikmah sekelian manusia, bacalah dengan hati terbuka, bukan untuk santapan mata, tapi hati renungkan ia, kerana hikmah itu adanya, bukan dijeling begitu sahaja, moga jadi limpahnya dunia, menyuluh diri pelita hidupnya, inilah maka bermula, akan lembaran hikmat yang ada, lembaran dibuka membuka seloka, seloka Sastra Abadi namanya, dizaman purba sudah tertera, dibaca orang merata-rata, dikaji pendita sekelian yang ada, hikmah paduka merestu kita, agar selamat sampai tujunya, moga jadi suluhan kita, diatas dunia kita kelana, ambil isi bukan kulitnya, baru lazat zat dirasa, pesan andik jalan bermula, tajamkan mata pekakan telinga, akal jangan dibiar sahaja, tumpukan ia pada maksudnya, hati jangan lalai adanya, alamat mengaji tiada berkatnya, ini seloka penyata kalamnya, ini seloka pengganti dirinya, ini seloka olahan rasanya, jika ada orang bertanya, kenapa seloka ini rupanya, kalau ditanya tak nampak apa, jika ditanya apa hebatnya, jika ditanya tiada arabnya, jika ditanya mana dalilnya, jika ditanya seribu perkara, katakanlah hai rastana, ini sastra avaroha panta, anugerah Hyang Maha Asa, bukan untuk sebarang orangnya, bukan untuk jagad yang nyata, bukan juga ghaib alamnya, bukan jin atau manusia, hanya untuk yang terpilih sahaja, hanya untuk Melayu sahaja, hanya untuk titisan yang ada, hanya untuk penggemar rahsia, hanya untuk pencinta Tuhannya, hanya untuk otak yang bergeliga, hanya untuk hati yang benci dunia, hanya untuk jiwa yang ingin matinya, hanya untuk makhluk yang tiada dirinya, hanya untuk mereka yang tahu ia kenapa, bukan dia yang masih hendak belajarnya, bukan dia yang dah arif akan ilmunya, bukan dia yang taat shariatnya, bukan dia yang sesat ajarannya, bukan dia yang jahil akan nafsunya, bukan dia yang rajin membaca, bukan dia yang rasa tahu jawapannya, bukan dia yang khatam akan kitabnya, bukan dia yang kuat akan solatnya, bukan dia yang bangga tanpa sebabnya, bukan dia yang mengaji akan hakikatnya, bukan dia yang mengajar akan agama, bukan dia yang banyak sijil ijazahnya, bukan dia yang rasa Islam tak berguna, bukan dia yang kata aku dah tiba, bukan dia yang kental ilmu batinnya, bukan dia yang boleh menurun sekelian sakanya, bukan dia yang bomoh dikampung sana, bukan dia mahaguru persilatannya, bukan dia imam di masjid negara, bukan dia mufti akan negerinya, bukan dia khatib akan upacaranya, bukan dia yang hafal akan doanya, bukan dia yang berkahwin dengan buniannya, bukan dia yang mengajar dipondoknya, bukan dia yang dah haji tujuh kalinya, bukan dia yang fasih bahasa arabnya, bukan dia yang sembahyang hendak akan pahalanya, bukan dia yang berdoa siang malamnya, bukan dia yang tak percaya akan hidupnya, bukan dia yang kata Tuhan itu omong kosong sahaja, bukan dia yang baik budi pekertinya, bukan dia yang masih ada akunya, inilah ibarat untuk yang ada, semua yang ada belum sempurna, semua kitab masih ulasan kulitnya, semua pelajaran hanya shariat sahaja, semua ajaran hanya sekerat sahaja, semua petua guna dunia sahaja, semua ilmu batinnya yang ada, semua ilmu tak sampai hakikatnya, semua kata hanya nafsu sahaja, semua ingatan nak kenal anak bininya sahaja, semua kerja mengharap upah sahaja, semua tulisan abjadnya yang nampak sahaja, semua tomahan hanya yang gila sahaja, inilah bidalan jika nak percaya, kita masih jahil adanya, belum berjalan merangkak dulu adanya, sebelum berkata fikir semasak adanya, kalau ditanya inilah jawapannya, mengenal intan dan kaca, diatas dunia tiada terbeza, ibarat kata serupa ayatnya, namun maksud belum tentu sama, hai andik berhati mulia, inilah sastra membawa rahsia, mengenal isi dengan rasanya, moga kau diilham akan jawapannya, bacalah teliti akan ayatnya, moga kau diberi petunjuk dariNya, jangan ikut mereka yang ada, dirimu itu selamatkan ia, kalau ikut apa orang kata, alamat kerja tiada jadinya, inilah mula akan bicara, orang mengenal akan hikmahnya, sastra abadi namanya jua, ayat pertama pembuka kata, inilah kata ini bunyinya, “Sastra itu kalam, kuasa itu pena, pendita itu guru agama, sebagai tata untuk acara, mengenal diri di alam abdi”, mengenal Dia mengenalnya kita, mengenal alam akan isinya, , mengenal Tuhan dialam jadiNya, mengenal Dia sebelum adaNya, mengenal kita akan segalanya, mengenal kita akan bagaimananya Dia, mengenal kita akan bicaranya Dia, mengenal kita akan sebab tajjalinya Dia, mengenal kita akan hukum karmaNya, mengenal kita akan kenapa adanya, Dia dan kita dua barangnya, walaupun tiada kebenaran mendua, kata orang mengaji hakikatnya, awal agama mengenal Dia, mengenal Dia mengenal diri kita, itu lah hidup hendak bermula, itulah hidup dikatakan agama, agama itu hidup pertama, berkehendak akan diriNya jua, berkehendak akan menyatakan Dirinya, berkehendak itulah jadi segala, begitu juga kita manusia, bayangan kehendak kebenaranNya, sudahkah andik paham akannya, sudahkah andik mengaji akannya, sudahkah andik biasa akannya, sudahkah andik hafal kitabnya, seperti isbat Melayu berkata, seperti kata arif adanya, “sabda brahman sabda resi, kebenaran sastra hidup abadi, dibicara halus serba terperinci, kebenaran tidak berubah bagi, barulah sang Adi dikenal pasti, memahami ilmu lurus dan rapi, menjadi pelita di malam hari”, menyinar akan sanubarinya, membangkit kesedaran pada dirinya, menjadi cahaya iman maknawinya, menuju kita akan sejatinya, itulah sebab akan arawinya, inilah tanda dicari kita, “inilah guru yang sejati, bukan hanya melafaz kata, sudah tenggelam dilautan hakiki, barulah sisalek dipimpin jati, kelak ketemu yang abadi”, bukannya tinta dakwatnya nila, bukannya kertas putih warnanya, bukan hati tak dapat terima, akal masih belum balighnya, kelakuan masih keanakannya, masih nakal nak main sahaja, sampai tua tak juga dewasa, sampai mati tak belajar apa, kalau mudik ketanjung sana, sampan berkolek sarat muatnya, kalau hajat sudah adanya, terimalah syarat ini pembelajarannya, jangan hati mudah gurisnya, jangan akal cepat alahnya, jangan semangat lemah adanya, kentalkan jiwa tetapkan perjalanannya, baru itu Melayu namanya, tiada alah lawanpun tiada, tiada menang kalahpun tiada, jangan alpa akannya masa, jangan dibuang begitu sahaja, masa sungguh amat berharga, tiada nilai tiada gantinya, gunakan ia sebaik yang ada, belajar itu terbaik adanya, baru hidup kita sempurna, orang yang jahil tiada berguna, kalau yang bijak ada gunanya, kalau berilmu dapat berjasa,kalau berguna barulah ada jasanya, kalau mencari guru yang ada, seperti sabda brahman dan resinya, harus berhati memilih akannya, bukan jadi kerana banyak hafalannya, bukan jadi kerana tebal serbannya, bukan jadi kerana banyak kitabnya, bukan jadi kerana ramai muridnya, bukan jadi kerana boleh berubat pula, bukan jadi kerana datuk walinya, bukan jadi kerana arab keturunannya, bukan jadi kerana lama bertapa, bukan jadi kerana mati hidup semula, bukan jadi kerana boleh ghaibnya, bukan jadi kerana masin katanya, bukan jadi kerana hebat pidatonya, bukan jadi sebarang jadinya, takkan cempedak menjadi nangka, berok takkan jadinya kera, begitu pula mencari gurunya, begitu jua mencari orang sempurna, sekilas mata memandang tak nampak jua, bukan pada panjang janggutnya, bukan pada hitam dahinya, bukan kerana tasbih ditangannya, bukan kerana banyak putarnya pula, bukan pula yang banyak tahunya tapi isinya tiada, bukan senang hendak berjumpa, kerana dia pilihan mutiara, terpilih atas tugasnya pula, bukan dapat diketahui kita, mereka ini serupa tiada, nak jumpa susah nak kenalnya, jadi andik jangan terburu akannya, bersih hati semat ikhlasnya, baru dapat akan petandanya, tak jauh didepan mata, ada dia beserta kita, adanya dia sentiasa bersama, cuma masanya bukan untuk kita, rezeki pertemuan ditangan Tuhan kita, jika sudah siap sedia, baru datang segala tanda, baru kenal akannya dia, wahai andik sabar sentiasa, ada rezeki dapatlah kita, seperti kata orang lama, mengenal akan hakikat Tuhan kita, pada mereka yang seperti katanya, “keturunan mulia titisan hyang widhi, pasupati atma khalifah sultani, sanmarga sudah terbukti diri, sariputra sakti pertivi, moksha sudah adam swargami, menjadi saksi kuasa ilahi, ibarat cermin pantulan nuraini, bayangan izofi indah terperi, roh rabbani ruhaninya insani”, “inilah guru yang sejati, bukan hanya melafaz kata lagi, sudah tenggelam dilautan hakiki, sastra abadi menjadi bukti, akan ajaran yang maha suci, barulah sisalek dipimpin jati, kelak ketemu yang abadi”, kepada mereka yang sudah sedia, tahukah syarat untuk diterima, sebelum jauh kita kesana, kenal dulu dirinya kita, kenal dulu duduknya kita, kenal dulu hatinya kita, kenal dulu ukur dirinya, ramai sangka, hebatnya dia, ramai sangka angan belaka, ingat-ingat menanam lada, lada ditanam ditepi kuala, ingat dulu sebelum berkata, rasa hati sebelum hancurnya, jangan andik rasa merana, mencari Tuhan bukan mudahnya, jangan pula terasa hina, hendak belajar inilah caranya, hina dulu sebelum mulia, bodoh dulu sebelum pandainya, jahil dulu sebelum ilmunya, jangan hendak cepat sahaja, takut terlupa apa syaratnya, kaji diri sejauh mana, tepuk dada tanya selera, bukan kita hendak menduga, sebelum jadi ada tandanya, begitulah asuhan moyangnya kita, hendak berani menjadi panglima, bukan pengecut akan hantunya, tapi tanda arif akalnya, bila bertanya apa tandanya, kenal diri serata-rata, ada berkata ini hikmahnya, ada yang kata ini ilmunya, kenal diri pada jahatnya, itu mula kita akannya, bukan baik dikata kita, biar kafir sebelum islamnya, inilah permata kata, jadi tali penunjuk ilhamnya, seperti kata Melayu purba, ”ingatlah wahai sang bhumiputra, didunia tempat umat durjana, tanyalah pada dirimu jua, bagaimana hendak menyeberangi dunia, langkah mana hendak bermula, sedangkan nafsu bermaharajalela, tak kan sampai tujuan kita, jalan mana hendak diteroka, tiada cahaya gelap gelita, segala yang ada bayangan sahaja, kebenaran tidak akan menjelma, kerana manusia hanyalah sisa, tiada ada tiada maknanya, maka carilah permata kata, sastra abadi terang dan nyata, barulah paham jalan yang esa, terlepas dari alam naraka, barulah nyata akan swarga, sempurna fitrah moksalah kita”, inilah bicaranya para pendita, tahukah andik akan lenggoknya, pernahkah terbaca sastra yang sama, pernahkah terjumpa sebelumnya, sastra yang ada beginikah isinya, rasanya belum pernah mendapatkan, rasanya tak pernah tengok sebelumnya, ini sastra tiada bandingnya, hasil ilham menjadi karya, cara Melayu lama adanya, cakap sama bicarapun sama, apa dicakap itu tulisnya, baru benar sekelian kata, baru benar akan ayatnya, baru afdal pekerjaannya kita, bukan cakap dilidah saja, hati berkata tiada samanya, kalau andik sudi membacanya, mudahan dapat hajat hatinya, mengenal Tuhan dipesada dunia, bukan senang bukan mudahnya, moga kalam ini menunjuk jalannya, moga sastra ini jadi panduannya, ini sastra Melayu kita, nukilan pendita empunya ilmunya, sekian lama terpendam adanya, baru sekarang dapat menjelma, bukan takut menjadi apa, takut anak cucu tak biasa, kerana cara kita cara yang lama, bukan adat baru yang ada, kerana ilmu nak kekal hikmatnya, kerana ilmu ini berzaman dibaca, bukan sekarang baru ada, bukan sekarang baru ditulisnya, telah dikarang dahulu kala, sejak dulu inilah kitabnya, orang Melayu empunya kersa, bermadah indah menjadi seloka, gurindam pendita akan ilmunya, agar dapat barang yang baca, terbuka hatinya kejalanNya, aduhai sastrawan sastrawani pun jua, sekelian pujangga sastra yang ada, sastra kubaca sastra kumentera, dengarlah akan ini seloka, ajaran pasupati menjadi sastranya, “sastra pani pauh sejanggi, kalam kasmi intan baiduri, sastra linggi anakabumi, kistana kastana sat trimurti, anugerah illahi apara tatwi, jangan dijaja dijual dan beli, nanti tawar memakan diri, simpanlah ia didalam hati, sebatikan ia didalam diri, moga diberkati sekelian wali, malaikati adama pertivi”, inilah hikmah sastra dibaca, pengenalan akan jalan mokshanya, pahamkan betul akan maknanya, bukan bahasa pelik bunyinya, ini semua bahasanya kita, bahasa Melayu bahasa lama, bukan diambil dicelup rupanya, bukan asing akan perkataanya, bukan dicuri dari mana-mana, bukan bahasa asing diMelayukannya, memang sejak dahulu dah ada, begini rupanya bahasa kita, cuma anak cucu tak kenal akannya, kerana ingat bukan bahasanya, bukan kah kita wangsa pertama, segalanya yang ada Melayu asalnya, sudah dibicara berkali adanya, kenapa masih tidak percaya, sastra abadi ini hasilnya, seperti kata ajaran yang mulia, menyatakan sastra begini rupanya, “sastra abadi pembentuk diri, mengawal nafsu durhakanya shahwi, inilah sirotul petunjuk diri, lurus tiada bersilang lagi, menjadi hakim sekelian telawi, menjadi manikam sekalian sandri, sematkan kata yang sakti ini, abadikan ia didalam diri, jadikan ia pending ashrawi, benteng kota bani jawi, agar sejahtera perjalananmu ini, menuju kepada kesedaran diri, betapa tertipu hidup duniawi, tiada yang ada kekal abadi, wujud ilahi itulah hakiki, tiada yang dapat menyangkal lagi, sempurna agama shariat diri, tarikat hati menuju bakti, hakikat tempat sebabnya terjadi, makrifat tenggelam dikebinasaan diri.” kalau tuan suka mengaji adanya, rajin mengumpul kitab yang lama, berbincang mentelaah akan isinya, mungkin bertemu atau memilikinya, akan kitab tulisan lama, mengajar akan rahsia Tuhannya, ada kata kitab walinya, ada kata kitab orang yang dah fana, ada kata kitab tasauf namanya, ada kata kitab mengenal diri adanya, ada kata kitab seribu hikmahnya, ada kata kitab Hakikat Insan tajuknya, dan banyak kitab yang serupa, cuma penampilan lain jua, luar tak sama dalam itu jua, menceritakan akan hakikat manusia dengan Tuhannya, tapi ramai yang tak berapa suka, kerana kurang akan syariatnya, atau takut tinggi bahasanya, takut tak paham tanpa gurunya, takut sesat mengikutnya, takut masuk neraka jua, takut salah akan pengertiannya, banyak dimusnah kerana sesat ajarannya, sedangkan itulah terbitnya kitabnya, dikarang orang menyalin asalnya, bercampur akan bahasa dan hukumnya, kitab asal dah hilang rupanya, namun cukuplah untuk kita, mula mengaji tiada salahnya, asal ikhlas berani jiwanya, pasti sampai jua akhirnya, jika dibaca inti karangnya, mengenal kita akan maksudnya, iaitu shariat, tarikat, hakikat dan makrifatnya, akan kenapa penting mengenal dirinya, akan bagaimana hubungan dengan Tuhannya, akan kenapa bertarikat dan suluknya, akan bagaimana hendak kusyuk solatnya, akan kenapa dalam ertinya, akan hakikat perjalanan sekalian walinya, jika tuan sudah berjumpa, sastra abadi inipun serupa, cuma lenggok bahasa lainnya, cara cerita lain rupanya, tapi pesan yang sama jua, untuk mereka yang ahli akannya, tentu suka membacanya, tentu paham erti katanya, tentu bangga dengan selokanya, sebab ia Melayu asalnya, sebab Melayu tulisannya, sebab Melayu penulisnya, sebab Melayu isi kitabnya, akhirnya ayat seperti ini adanya, “sastra abadi pembentuk diri menjadi manikam sekalian sandri abadikan lah ia didalam diri, jadikan ia pending hidupmu agar sejahtera perjalananmu itu menuju kepada yang satu”, cuba renung ini ayatnya, cuba paham akan ertinya, cuba baca akan maksudnya, agar dapat akan hikmahnya, inilah seloka bacaannya, bacalah dengan nyata, se-nyata nafasmu yang ada, turun naiknya keluar masuknya, agar bacamu itu jadinya, akalmu itu tempat legarnya, hatimu tempat sedarnya, selarikan ia dengan geraknya, pada halkum tempat bunyinya, bukan bibir adanya, bukan lidah tiada tulangnya, bukan nafsu yang seronoknya, tapi diri majnun adanya, amatilah ia sungguh-sungguh rastana, agar kau belajar erti hakikatnya, akan sesuatu itu bukan mudahnya, kau teliti akan ayatnya, diatas kertas hanya tintanya sahaja, ada huruf ada abjadnya, ada ayat ada susun bahasanya, ada rupa tiada geraknya, mana ia wahai rastana, mana ia dibayangan mata kita, tahukah kau akan hikmahnya, tahukah erti hikmah itu tiada nyata, pada mata yang buta, pada mata yang nafsu kuasanya, itulah kebenaran akan membaca, tiada anak mata itu cahaya, melainkan cahaya hatinya, kau duduklah andik mulia, jangan laju akannya, jangan kau mudah atasnya, kata seloka ini hiasan bahasa, tiada akannya hikmat walaupun nyata, kau jangan kata seloka ini semua karut adanya, kata nak kafirkan kita, awas bila berkata hai manimanaka, jika akalmu sampainya tiada, apa yang hendak kau kota, atas amalmu yang soleh adanya, atas agamamu terasa dirimu mulia, jangan hai andikku sebarang katanya, nescaya hukuman akan tiba, atas lidah berkata denga sendirinya, atas panduan nafsu adanya, atas dengki hatinya, atas tidak mahu memahami sesuatu jua, atas hilang Melayunya, atas lupa akan dirinya siapa, atas sengaja dengki akannya, kerana rupanya hina, kerana bunyi tiada arabnya, atas dalil tiada qurannya, atas rujuk tiada hadisnya, kerana kamu bukan Melayu lagi adanya, jika itu katamu rastana, jangan kau cuba akan ilmu ini adanya, kelak kau rosakkan segalanya, jangan kerana agama kau bunuh saudara, jangan kerana agama kau hukum bangsa, jangan kerana agama kau hina Melayu yang ada, tiada elok mana budinya, kafir sahaja semua dipandang mata, Tuhan itu satu adanya, dimana jua itulah Dia, kata hati samakah dibibirnya, kata akal samakah lakunya, kata nafsu hanya benci sahaja, inilah seloka hikayat lama, sudah lupa orang akannya, ditelan zaman berkurun adanya, baca rastana dengan hati Melayumu jua, ini kata permata, nenek moyang kita, sudah mengenal akan agama sebelum ada yang lainnya, jangan tak percaya ini buktinya, inilah seloka inti akannya agama jua, tiada yang mengerti akannya, kerana anak cucu dah lama lupa, sangkanya Melayu sakai adanya, tiada bertuhan dan amatlah hina, menyembah batu dan pokok dihutan adanya, membela polong dan hantu raya, semuanya hina kerana dirinya mulia, cepat mulut berkata, sedangkan Melayu ada adatnya, tiada sesekali menghina, hanya kasih dan sayangnya yang ada, bukan keji kata atasnya, pada bangsanya jua, tak elok begitu rastana, walau ibubapa kafirnya mereka, jangan kau luka akan hatinya, nescaya merana hidupmu jua, lihat sitanggang ceritanya, kerana malu ibu sakainya, malu diri sudah mulia adanya, sedangkan ibunya bagai berok dihutan adanya, akhirnya disumpah dewata, atas kebenaran ibunya, tiada tuhan memilih atas agamanya, tanggang disumpah menjadi batu adanya, ingatlah pesan ini andik mulia, carilah kebenaran yang ada, bukan berselindung disebalik agama, bukan disebalik amal soleh adanya, bukan solat dan memuji Tuhannya, sedangkan dihati nafsu sahaja, ini jalan hakikat adanya, bukan semua boleh menitinya, bukan semua boleh belajar akannya, bukan semua ada kebolehannya, bukan semua dapat rahmatnya, bukan semua sampai tarikatnya, bukan semua dapat hikmahnya, bukan semua paham akannya, bukan semua wali jadinya, bukan semua Islam agamanya, bukan semua percaya dihatinya, bukan semua kasaf mata hatinya, bukan semua terbuka akannya, bukan semua menjadi wiridnya, bukan semua sedar akan matinya, bukan semua hidup sebenarnya, bukan semua mati nafsunya, bukan semua dapat hidayatnya, bukan semua benar adanya, bukan semua takut Tuhannya, bukan semua yakin akan dirinya, bukan semua hendak akanNya, bukan semua tahu ertinya seloka, jadi inilah hai rastana, kebenaran menguji akan benarnya kita, bukan lidah pandai berkata, bukan budi yang baik jadi raganya, bukan ilmu yang lekat didadanya, bukan ini dan bukan itu adanya, amatilah permata Melayu lama, jadi pedoman anak cucu yang ada, sama sahaja dimana kau berada, Tuhan itu sentiasa ia beserta, jahat atau baiknya, Dia itulah saksinya kita, jangan tak percaya inilah katanya, dalam seloka Melayu bunyinya “Mantra dibaca didalam hati, mengenal nafas wujud sejati, nyawa nusawi penyambung diri, hakikat insani menuju ilahi, rasai lah sukma menyerap sebati, dari fuad menyelubungi diri, tarikat hakikat ke makrifati, adunkan ia di sanubari, agar tidak terbeza lagi, irama mantra maknanya mantri, itulah tanda sampainya ragi, jangan syak jangan ragui, bila budhi menjelma diri, sebagai tanda akurnya nafsi, janganlah andik keterlaluan nanti, binasa rohani cacatlah diri”, inilah rakma bahasanya raga, rakma bernama sari nirmala, kalau hati butanya jua, sesuatu apapun kesannya tiada, jika kau lihat luas angkasa, disitu mentari dan bulan yang ada, dimalam kerlipan bintang bertabur adanya, kau perhati apa disana, tanda apakah yang paling nyata, tanda gerak atau rupanya, tanda kuasa atau hadirNya, tanda ilmu bersifat akan zatNya, tanda afaal tiada bernama, tanda ilah ayatnya dusta, tanda kamukah yang ada, tanda apa wahai manimanaka, akan hikmah yang tertera, atas kalimah akan tauhidnya, kalimah apa dirimu tiada, siapa saksinya atas kita semua, nyawa yang turun naik itukah dia, atau malaikat menulis akan kitabnya kita, atau azali penentu nasibnya kita, atau kitab yang sedia ada, jadi bacaan maknanya tiada, atau dirimu itu nyatanya Dia, perhatikanlah akannya, jika kita tidak jahil akanNya, intan ataukah kaca, dapatkah terbeza, selagi matamu memandang dunia, selagi hadirmu dihati dunia, selagi hidupmu didalam dunia, ini permata untuk bicara, pendita yang arif akan isinya, bukan mereka yang belum fana, bukan mereka yang tiada mahu akanNya, bukan mainan mereka yang dusta hatinya, bukan mereka yang suka mengeji lakunya, bukan yang taksub akan agamanya, bukan yang taksub akan keturunannya, bukan taksub akan ilmunya, bukan taksub akan gurunya, bukan taksub akan alamnya, semua itu tiada kemana, kau ingat asalmu tiada, kau pasti kembali menjadi tiada, akhir mana hai rastana, mulanya pun tiada, kau ingatlah hai manimanaka, jangan ghairah bila bicara, lagak seperti dah tahu semuanya, kata besarnya sahaja, hadis dihafal dah hebat rasanya, doa yang panjang ukuran islamnya, kemana asalnya semua manusia, kemana hendak ditujunya, hanya hanyut di arus dunia, atas lakunan nafsu yang ada, atas laku yang bahagia dirinya, atas kaya dan syukor pada Tuhannya, atas apa rastana, manusia dah gila adanya, kambing dikatanya unta, kibas itu rupa kerbau adanya, syurga itu semua arab belaka, tiada Melayu dan Cina, bahasa Tuhanpun Arab jua, hebatnya rasa dirinya, adakah arab bahasa syurga adanya, orang gila yang percayanya sahaja, yang pak turut itulah katanya, otak tiada nafsunya bergelora, berahi akan arab sekelian yang ada, cuba fikir wahai rastana, Tuhan itu samakah dengan kita manusia, andaianmu itu cuba difikirkan adanya, jangan ikut percaya sahaja, otak tidak diguna juga, tiada yang maksum diatas dunia, manusia tetap manusia, janganmemuja kerana ikutan manusia, jangan ia akannya selagi buktinya tiada, kenapa anak cucu mudah dibelinya, murahkah harga dirinya kita, kerana ini semua ada sebabnya, kerana apakah hai rastana, kerana Melayu hilang dirinya, kerana Melayu tiada ada lagi didunia, kerana Melayu hilang ke alam ghaibnya, kerana Melayu dah jadi Mat Salehnya, atau budaya penentu bangsa, atau bahasa menunjukkan bangsa, atau agama itu bangsanya, perhati kata yang ada, bukan menghina atau celanya, kerana Melayu dah lama tersiksa, dijajah dan dijadikan hamba sahaya, sampai sekarang kita hamba tarafnya, bukan khalifah yang tegas dirinya, bukan kebenaran hendaknya, lembik dan lemah tiada berjiwa, kalau ada jiwa itu bukan jiwanya, jiwa Melayu tak gentar apa, Melayu panglimanya dunia, atau kenapa kita alpa, anak cucu diracun mati adanya, tiada jatinya diri kita lagi, sudah hanyut ditelan masa, telah bertukar sekelian namanya, semua dah jadi arab tiada Melayu namanya, kita dah tak serupa dulu adanya, rupa Melayu nama arab semua, adakah nama itu agama jua, hanya sekadar batang tubuhnya, masuk ketanah akhirnya, hebat ke namanya kita, hina ke nama Melayu diguna, kenapa tiada berkata, membisu sahaja, yang mati mati jua, yang hidup dah lama matinya, yang Melayu dah jadi layu dirinya, pada bangsa menjajah tubuhnya, menjajah, bangsanya, menjajah hatinya, menjajah budayanya, menjajah anak bininya, menjajah akan apa sahaja, itulah tiada sedarnya akan kita, merdeka apa jika Melayu tiada, tanah ini untuk siapa milik siapa, ingatlah sekeilian Melayu yang ada, kamu itu bangsa yang mulia, wangsa pertama diatas dunia, sebelum sekelian yang ada, Melayu sudah menjajah akannya, Melayu budaya yang memerintah adanya, bukan dijajah begitu sahaja, habis ramai mati adanya, kerana mengikut rasa binasanya kita, kerana mengikut hati matinya kita semua, kerana mengikut nafsu, habis sesat kita semua, kerana budi anak tergadai jua, kerana jasa terjual tubuhnya jua, kerana ikhlas habis harta diberi semua, kerana agama habis keturunan kita semua, inilah kata Melayu lama, Tuhan itu telah ada sebelum apa jua, takkan baru tiba-tiba, dari tiada tiba Allah namanya, bukankah itu Arab bahasanya, menyatakan Dia yang satu jua, Melayu telah kenal dia lebih lama, kenapa kita hairan akannya, adakah kerana Melayu sakai rupanya, menyembah batu dan pokok dihutan sana, nama Melayu terkenal seluruh dunia, Ibrahim itu Vikrama nama asalnya, anak Melayu keturunannya, tapi tiada yang percaya, kerana zaman beribu tahun adanya, segalanya telah berubah tiada sama, tapi Melayu tetap ada, tetap setianya diatas dunia, menunggu arahan dari Tuhannya, Melayulah hulubalang dunia, katakanlah hai rastana aku Melayu dirinya, Melayu itu asalnya segala agama, tapi tiada yang percaya, kita awal segala yang ada dan kitalah akhirnya yang ada, hancur Melayu kiamatlah dunia, jangan kata ini semu semua, jangan kata ini madah dusta sahaja, jangan kata kafir ini semua, jangan kata kalau lidah atas nafsunya, kerana pulut santan binasa, terlajuk perahu boleh undurnya, ingat-ingat kata berkata, lidah tiada tulangnya, hati masih dunia sahaja, nafsu itulah dirinya kita, kalau diuji menangis kasihan dirinya, itulah manusia, tiada mahu akan Tuhannya, hanya nafsu nak kaya raya, hanya nafsu nak senang sahaja, hanya nafsu nak dibelai manja, hanya nafsu kehendak dia sahaja, hanya nafsu lapik agamanya, hanya nafsu dirinya semata-mata, mana ada orang alim didunia, mana ada arifin didunia, mana ada yang benar hakikatnya, mana ada yang berani terima hakikatnya, mana ada rastana, segalanya sahih dan nyata, manusia itu hakikatnya nafsu sahaja, itulah kebenarannya, turun agama atas nafsunya, turun nabi untuk membendung nafsunya, yang mengikut hanya nafsu sahaja, tiada ada yang benar, semua ikut-ikut sahaja, kerana kita pengecut adanya, tiada berani berkata, tiada berani bersuara, menyatakan benarnya kita, takut nanti kafirlah pula, takut neraka perginya, takut nabi tak bagi syufaatnya, hai manusia bodoh rupanya, tiada akal meniru sahaja, kalau mengembek mengembeklah dia, kalau menguak menguaklah dia, ikutlah sahaja asalkan masuk syurga adanya, kenapa tiada yang memikirkannya, Tuhan itu tiada sesuatu berupanya, kenapa jua Arab kita kata, semua dah sesat jalannya, semua dah terpesong akidahnya, menyangka Tuhan itu Arab orangnya, sampai bila bodohnya kita, sampai bila nak ikut adanya, kenapa sahabat nabi saja jujur dirinya, nenek moyang kita jahat belaka, kenapa nak pakai hadis kata macammana jujur adanya, adakah datuk kita penipu orangnya, kenapa Melayu jadi buta, tiada mahu melihat akan kebenarannya, tiada kira apa jua agamanya, itu semua shariat sahaja, tapi akal tak sampai adanya, kerana hati pengecut dirinya, duduk dalam pelukan nafsu, bagai katak dibawah tempurong adanya, selamat tak dimakan sesiapa, takut sakit ada dirinya, takut papa dirinya, takut dikata sesat adanya, apa yang sesat hai rastana, kebenaran itu sakit adanya, jika dibuka pekong didada, takut malu dirinya pula, sampai bila ye rastana, Melayu nak pulih dirinya, moga suatu hari kan tiba, Melayu kembali keasalnya, suatu hari ye rastana, kita mohon pada paduka, moga Melayu habis edahnya, moga Melayu hilang sumpahnya, agar anak cucu kembali seadanya, menjadi kembali asalnya jua, marilah manimanaka kita tumpukan ia, segala upayanya kita, kembali menuju Dia, itulah Gusti kita, dialah penentu kebenarannya kita, moga rahmatnya pada kita, tiada putusnya, oleh itu andik yang mulia, kita hayatilah seloka penuh makna, agar cepat memahami akan hikmahnya, agar terang hati untuk menerimanya, agar cepat paham akan ertinya, agar kita tiada sesat didunia, agar kita selamat adanya, agar kita sentiasa dinaungnya, agar hidup kita aman dan bahagia hatinya, sentiasa didalam kebenarannya, hai rastana kau jangan tergerak berkata, selagi jiwa belum ada tandanya, jangan dikupas atas andainya sahaja, tetapkanlah hatimu jua, akan kata yang berkata, akan ayat tertera dimata, ini bukan jampi pawang yang ada, bukan sedutan dari hindu pula, ini kata tiada arab bunyinya, tapi Melayu bahasa yang lama, jangan kata syirik jua, jangan kata memuja hantu dan puaka, jangan kata selagi tiada tahu usulnya, jangan marah la pula, semua kata atas rasa jatinya, mempertahankan Melayunya, kerana kuat semangat Melayunya, kerana yakin hebat Melayunya, kerana inilah Melayunya, akar umbi turun menurunnya, inilah Melayu budayanya, semua ini manimanaka kerana Melayu dah lupa, sekian lama dipenjara dunia, sekian lama dikegelapan hatinya, sekian lama terkubur perasaannya, sekian lama di tukar bahasanya, sekian lama lupa dari mana datangnya, sekian lama tiada kampungnya, sekian lama dah tiada dirinya, itulah rastana, kita takkan lupa dimana kita, selagi Melayu inilah diri kita, takkan hilang Melayu didunia, kata sakti yang menjadi idiomnya kita, ini kata sering orang menyatakannya, ini kata kebanggaannya kita, ini kata sebenarnya tiada ada, hanya kata bila nak gahnya sahaja, tapi Melayunya tiada jua, kerana budaya lain dah tiba, gantinya kita sekian lamanya, tiada kita mahu Melayunya kita, kerana budaya lain terasa mulianya, anak di rumah mati kelaparan, itulah Melayu adanya hai manimanaka, mudah ditiup kemana sahaja, kerana Melayu lembut jiwanya, mudah kasihan akan tetangga, walaupun dalamnya serigala, tak apa kita orang ada budinya, yang buruk dihina, yang mulia dipuja, walaupun cakapnya tiada paham akannya kita, merdu bunyinya walaupun tiada paham akannya kita, cantik tulisannya walaupun tiada paham akannya kita, kenapa nak perlu paham, bahasanya tak penting adanya, kerana bahasa bukan menunjukkan bangsa, itulah Melayu adanya hai rastana, segala yang Melayu syirik belaka, kerana tiada dalam agama anutannya, ikut-ikutnya sahaja, cakap diri Melayu pasal nak raya sahaja, pasal nak sedap buka puasanya, pasal nak meriah kahwinnya, pasal seronok kenduri kendaranya, yang lain asal ada saja, dapat makan percuma, apa nak dikira katanya, mati masuklah syurga adanya, dapat bidadari bercakap arab adanya, kenapalah bodoh Melayunya kita, adakah Tuhan kita Arab bangsanya, inilah alasan yang ada untuknya, semua itu adalah hikmahnya, hanya Tuhan yang tahu adanya, jangan fikir sedalamnya, kaji sifat bukan zatNya, sifatnya Arab agaknya, kerana zat tiada gambarnya, inilah seloka kita yang ada, menjadi fikir akan kita semua, bandingan untuk yang sukakannya, bukan bahan untuk diujahnya, tapi kesedaran untuk Melayu yang ada, bukan yang gemar berbahasa arabnya, kerana ini semua tiada dalam agamanya, bukan bererti salah katanya, cuma anak cucu tak biasa akannya, maklumlah dah jadi orang yang mulia, bukan bangsanya tapi agamanya, kafir katanya pada kita, semata-mata sakit hati akannnya kita, semata-mata kita tiada berkata arabnya, semua Melayu belaka adanya, jangan kau kata sesat pula, cuba tanya pada dirimu jua, semua ini kata Melayu adanya, semua ini bahasanya ibunda kita, salahkah jika kau membacanya, walau pelik tak pernah berjumpa, bukan bererti kurafatnya pula, ini budaya Melayu lama, berseloka untuk menyatakan dirinya, berseloka untuk mengenal Melayunya, berseloka untuk nasihatnya, berseloka untuk turun ilmunya, berseloka untuk bermain katanya, berseloka untuk anak cucunya, perhati ayat selokanya, penuh arif susun katanya, jika tersalah tafsir akannya, kau akan gilalah pula, kata bahasa apa ini adanya, macam hindu bunyinya, bukan seperti yang kau sangka, semua ini bahasa Melayu adanya, cuma tak pernah kau jumpa, kerana tiada orang menceritakannya, marilah andik baca seterusnya, madah harifa pujangga sastra, kata manaka katanya arifa, tiada harkat akan barisnya, ini senandung Melayu adanya, mantrapun ia doapun ia, marilah baca hai andik mulia, baca mantra seloka jiwanya, baca mantra sedekah hatinya, baca mantra zakat dirinya, baca mantra hidup ruhnya, baca mantra penolak bala, baca mantra isi hikmahnya, baca mantra puji Tuhannya, baca mantra untuk sejahtera, baca mantra sampai hajatnya, baca mantra hendak hikmahnya, baca mantra segera jadinya, baca mantra untuk ilhamnya, baca mantra untuk dirinya, baca mantra kerana Melayu dirinya, inilah seloka dibaca adanya, untuk kita mengenalnya Dia, mendapat tahu hakikat insannya, tarikat kepadaNya, inilah bunyinya inilah pula selokanya, “Alifa babiba tatata katamantra, maujud itu kata, yang nyata itu nyawa, takata tateta atata matatiga, cahyaku geliga rupaku wasesa, asura agnita prajapata rahmana, kunita sukmaga sang hyang maha asa, tiada makna lidah berkata selagi jiwa tiada gelora, asyik itu tandanya dia, fana segala sekelian anggota”, dibawa raga didalam dunia, bersarung nafsu bertubuh manusia, manisnya madu membelai sukma, pahit hempedu didalam cipta, angan membawa seribu bahagia, kelak janji membawa naraka, jangan lupa permainan maya, tertipu kamu diri teraniya, ibarat burung menempa sarangnya tinggi di pohon melihat dunia, tiada disangka pohon dah tua, rebah akhirnya di atas dunia, begitulah asyiknya umat manusia, bermadah pujangga memuji dunia, tiada ilmu tiada petua hanya buta berkata-kata, ingatlah hai sekelian manusia, asalnya kita nafsu durjana, hanya alim pada dunia, tiada kenal yang mana permata, hanya kaca menyilau mata, kebenaran tiada dikenal dunia, selagi hakikat kita manusia, amatilah ini bidalan pujangga, kata petua seribu cara, lidah berkata membawa makna, hati menyapa tiada ketara, indah dipuja, raga dan ragamnya, jauhari jua kenal manikamnya, bila bicara akan fadilatnya, sama seperti peri caranya, ibarat petua orangnya, jadi bidalan yang mencarinya, inilah umpama contoh yang ada, bagi siandik ini katanya, carilah “pendi di kota pesantri, bistari itulah tandanya ragi, sastra dibaca didalam hati mencari hikmah pengenalan diri, barulah dapat kata yang sakti, menjadi bukti adanya diri, ibarat timba mencari perigi, hantu dan peri menunduk diri, barulah sastra menjadi bukti , tahu hakikat yang abadi, tiada disana tiada disini, akad nya nikah junjung pertivi bakthi kepada sang ilahi, kun nya tiada terbeza lagi”, ini mula orang berkata, sejak dulu berzaman adanya, mulanya kita ditanah Sunda, besar dan luas akan datarannya, disana hidup adanya mula, adanya manusia pertama, itulah wangsa Melayu namanya, jangan andik tiada tahunya, kerana tiada cerita mengenainya, bukan mudah untuk diterima, bila Melayu tajuk ceritanya, berkurun sudah Melayu ada, bukan baru diatas dunia, bukan baru nak berumahnya, bukan baru adat resamnya, bukan baru nak bertuhan adanya, bukan baru ada agamanya, bukan baru budayanya, bukan baru tamadunnya, bukan baru sastranya, bukan baru bahasanya, bukan baru akan orangnya, Melayu sudah lama ada, sudah terbukti dalam sejarahnya, hebatnya Melayu tiada bandingannya, terbilangnya Melayu tersohor namanya, ramai orang tiada percaya, Melayu pereka ketamadunan dunia, Melayu dah pandai tanak nasi 9,000 tahun lamanya, tiada manusia setara zamannya, sayang anak cucu tiada bangga, kerana tiada ada yang bercerita, sejarah Melayu agungnya didunia, tapi ramai tak suka pula, kerana tak percaya akannya, tak mungkin Melayu hebat bangsanya, takkan Melayu itu tahapnya, takkan Melayu tinggi darjatnya, melebihi arab yang dimuliakannya, kenapa pula itu fikirnya, ingat Melayu itu kolot orangnya, ingat Melayu duduknya dalam gua, ingatnya Melayu rupanya macam kera, kenapa anak cucu itu fikirnya, takutkah sesat dirinya pula, takut diri dikutuk Tuhannya, kerana Melayu lebih hebat dari manusia yang ada, kerana Melayu sudah lama bertuhannya, kerana Melayu sudah ada agamanya, bukan Hindu, Buddha atau Islamnya, tetapi kebenaran itulah dia, itulah agama miliknya kita, menjadi mula segala agama menjadi asas agama dunia, menjadi mula segala budaya, menjadi mula adatnya manusia, marilah andik fikir akannya, dunia ini bukan baru adanya, manusia bukan barunya pula, ribuan tahun masa yang ada, takkan semua 1400 tahun sahaja, takkan semua manusia jahilnya, tak mengenal hidup tiada Tuhannya, tapi ramai dengkinya pula, tak tahu akan sebenarnya apa, tak tahu inti akannya agama, tak tahu kenapa dan mengapanya, hanya ikut-ikut sahaja, apa orang buat kitapun sama, apa orang kata kitapun sama, tiada akal digunanya, hanya asyik yang bukan haknya, hak orang dilebihkannya, hak sendir dibuang sahaja, seolah tiada ada nilainya, seolah tiada harganya pula, hidup malas mengkajikannya, kerana sudah lumrah dunia, berkahwin baru yang tua dilupakannya, maklumlah dah tua tiada seksinya, maklumlah dah berkedut sini sana, maklumlah yang baru bergetah adanya, yang baru cantik dan lawa, yang baru dipujanya, siang malam itulah buah hatinya, tapi jangan andikku lupa, susah senang yang tua itu jua, yang terima kita yang tua itu jua, cinta pertama yang tua itu jua, jangan kata dah tiada gunanya, dicampak ketepi bagai sampah adanya, sakit pening yang tua itu jua, begitulah Melayu cepat lupanya, bila dapat yang baru yang lama tiada ingatnya, begitu kita Melayu adanya, sudah berkurun memiliki agama, cuma tak paham menilainya, tak paham maksud tersiratnya, bukan Hindu agamanya kita, bukan Buddha agamanya kita, tapi itu luaran sahaja, itu hanya simbolnya sahaja, isinya tiada yang tahu akannya, tersirat disebalik shariatnya, kerana Melayu bijak orangnya, tiada membuka akan rahsia, amanah akan ilmu Tuhannya, kerana manusia yang ada tak cukup sharat untuk menerimanya, kerana agama itu sakti adanya, jika mereka memahami akannya, baru tahu hebat Melayu adanya, Melayu itulah agama hai andik mulia, tapi ramai tidak percaya, kerana agama itu budaya, budaya ketuhanan adanya, budaya Melayu itulah dia, menjadinya kita Melayu keturunannya, keturunan budaya ketuhanan adanya, inilah hakikatnya Melayu kita, budayanya budaya ketuhanan jua, maka itulah darah dagingnya kita, tiada lari akan ketuhanannya, sesiapapun selagi Melayu tetap memilikinya, cuma tiada yang tahu akannya, kerana hidup berubah budayanya, tiada Melayu yang sejati dirinya, maka ini seratnya andika, bila Melayu mengenal akan Tuhannya, dikaji ia bukan ada alamnya, tetapi pada dirinya jua, sebagai bukti adanya Dia, seperti kata arif bijaksana, mengenal Tuhan itu jelas pada manusia, kerana kita penanggung rahsia, bukan lautan dan gunung adanya, kerana sempurnanya diri kita, lebih hebat jika Melayu dirinya, inilah mula orang menurunkan ilmunya, mencari Tuhan diatas dunia, takkan berjumpa akannya Dia, kerana dunia semu belaka, jika hendak mengenalkannya, kenallah diri serata-rata, kerana Dia jelas dan nyata, pada kita buktinya Dia, mengenal akan ilmunya jua, hendaklah kita mengikut aturannya, takkan kita terus berjalannya pula, merangkak dulu itu mulanya, sebagai tata ini acaranya, sebagai pintu pembukaannya, inilah cara Melayunya kita, bukan ibadat atas tubuhnya, tapi hati tempat sembahnya, didalam sukma mengenal dia, didalam rasa itu sembahnya, bukan tubuh menjadi ukurannya jika hati tiada beserta, jangan andik tiada percaya, tiada mahu paham apa-apa, kita ada cara belajarnya, bukan mengikut arus yang ada, ada guru ada adabnya, bukan semua boleh belajarnya, selagi tiada tahu tata caranya, hendaklah mula dengan sendirinya, ini bukan paksaan yang ada, jika diri terasa berkehendak akannya, jika diri inginkan jawapannya, jika hidup dah bosan rasanya, jika diri meronta batinnya, jika diri tak puas apa yang didepan mata, jika akal memerlukannya, jika hati tersiksa adanya, jika ilmu terasa tak cukup adanya, jika andik benar sedia, datanglah dengan sikap terbuka, dengan fikiran terbuka, dengan hati yang terbuka, mulakan dengan tiada tahu apa-apa, itu cara kita adanya, bermula itu ilmu dua cabangnya, satu pelajaran satu ajaran namanya, yang hendak dunia pelajaran itu salurannya, yang hendak kejalan ketuhanannya, ajaranlah pula salurannya, ajaran bermula mengambil janjinya, mengingatkan kembali asal mulanya, dari mana datangnya dari mana puncanya, itulah ajaran empunya jalannya, jika dikata mana mulanya, adakah ajaran itu didunia, adakah guru yang sudi mengajarnya, jawabnya andik mulia, sentiasa ada selama-lamanya, cuma tiada nampak akan mata, kerana manusia asyikan shariat sahaja, sedangkan itu hanya kesan yang ada, bukan sebab berlakunya ia, bukan tempat berlakunya ia, hanya kesan nampak dimata, bukan itu akan geraknya, hanya kesannya jua, inilah mula orang mengembara, mengenal Tuhan pada dirinya, itulah ajaran yang dikatakan adanya, jangan andik cepat berkata, betulkah ini semua, atau ajaran shaitan sesat adanya, sabar andikku mulia, sabar jangan terburu adanya, kenal dan paham akan maksudnya, kerana ajaran tak sama rupanya, dengan pelajaran diatas dunia, pelajaran nampak rupanya, keran ia shariat sahaja, ajaran tiada rupanya pula, hanya mainan rasa sukmanya, jangan pula takut akannya, kerana jika hendakkannya, mesti dibuktikan sampai benarnya, jangan setengah jalan nak berhenti pula, kerana lemah akan dirinya, akan ilmu itu sebenarnya tiada, hanya jalan setapak yang ada, hanya langkah yang ada sahaja, “bermula diksa itu ilmunya, pintu agraba kealam pengenalannya, mengenalkan inti hakiki dirinya, inilah panahan rupa ragamnya, panahan ganapati itu namanya, panahan ganapati disanubarinya, ramai yang bingung gila talaknya, bingung kerana tiada mengertinya, ada yang setengah mengajinya, terasa hebat yang dipelajarinya, kononnya inilah ilmu pastinya ia, berwirid petang malam dan paginya, memuji pencipta alam ini adanya, usul belum tetapnya jua, tiada diketahui asal dirimua jua, andaian sendiri ukiran nafsunya, hanya melangkah mengikut kakinya, tiada penghujung tiada paksinya, rendahnya diri bermegah hatinya, hai salik kau tidak mengerti apa-apa, tiada apa yang hendak dicarikannya, kerana diri tiada buktinya, wujud yang esa meliputi dirimu jua, nafsu sendiri menjadi saksinya atas jahil dialam ini dirinya”, inilah jika kita berdiksa, biar betul akan niatnya, bukan hanya nak tunjuk hebatnya, jangan cepat alim rasanya, jangan belajar nak jadi Tuhannya, nanti kau sesat selamanya, manusia tetap manusia, Tuhan tetap diriNya jua, jangan kau ingat semua serupa, dimana letaknya jika dirimu masih ada, jika benar jalannya diksa, pasti kau hancur akan akhirnya, kerana manusia itu bayang sahaja, tiada ada tiada wujudnya, inilah diksa pemegang rahsia, diksa yang asal keramat jalannya, sejak dulu tida ubahnya, inilah jalan akan sempurna dirinya, diksa ini Melayu caranya, diubah manusia mengikut masanya, namun isinya sama sahaja, dari dulu sampai sekarang adanya, itulah jua akan diksanya, carilah ia wahai andik mulia, diksa mengenal akan asalnya kita, hakikat insan itupun dia, ketuhanan itupun dia, tasawuf minta maaf itu bukan kita punya, kebatinan itu ada serpihannya, keruhanian tengok lenggoknya pula, kalau arab bunyinya sah bukan kita punya, carilah kitab Melayu tulisnya, carilah guru Melayu bahasanya, carilah diksa yang Melayu namanya, barulah andik tetap jalannya, barulah andik mudah pahamnya, kerana kata Melayu bunyinya, kenapa harus sampai ke Cina, disini jua akan puncanya, bukan di Cina ada ilmunya, Maharaja Cina Melayu orangnya, kalau dikata gelak yang ada, tiada mahu percayakannya, tapi benar apa dikata, itulah kebesaran Melayu akannya, sampai Jepun itupun tahtanya, bukan khayalan manimanaka, Melayu sudah lama didunia, pencetus akan tamadunnya dunia, awal akan sekeliannya manusia, inilah hakikat akan Melayunya kita, bangsa berdaulat khalifah dunia, tapi sekarang tiada apa-apa, kerana Melayu dah bertukar budayanya, tiada lagi sakti seperti dulukala, sayangnya tapi tak apa, kita cuba kembalikan semangatnya, agar Melayu kembali menjadi sejatinya, itulah akan guna diksanya, mengenal diri Melayu adanya, mengenal Melayu tahu akan agamanya, iatu budaya ketuhanan itulah dia, kalau andik hendak bicara akannya, biar tamat dan sempurna diksanya, jangan terburu mengikutnya rasa, kelak bergaduh tak dapat apa, yang rugi kita ni semua, awaslah bila berkata-kata, diluar sana yang ada serigala, atau buaya dan naga dalamnya, hanya rupa seperti manusia, kelak kita jadi mangsanya, kerana mereka nafsu belaka, hendaklah andik pandai menyembunyikannya, ikut resmi padi adanya, bukan takut akan manusia, tetapi untuk jalannya kita, kerana ini adalah rahsiaNya, tak mungkin paham olehnya manusia, kerana yang nampak shariat sahaja, bukan akan apa sebabnya jua, itulah andik bila berjalan adanya, perhatikanlah kanan kirinya, awas akan tingkahnya manusia, awas akan perangkap nafsunya, jangan mudah akan ajarannya, belum masak dah nak dijoloknya, belum sempurna dah nak dipakainya, belum cukup tua dah nak dinikahnya, semua kerana nafsu itu dirinya, semua kerana jihad ke jalan nafsunya, agama hanya kulit sahaja, tiada makna pada manusia, keran hakikatnya manusia itu nafsu jua, tiada yang baik jahat belaka, jika ingin memiliki yang berharga, harus serta akan harganya, jika ingin kekasih yang setia, harus ada pengorbanannya, jika ingin bersahabatnya kita, harus memahami adatnya, jika ingin kekayaan yang ada, harus tahu jika tanpanya, jika ingin belajarnya kita, harus tahu erti kenapanya, jika ingin akan bahagianya, harus tahu ertinya sengsara, jika andik ingin memahami ertinya hidup, harus tahu mati itu apa sebenarnya, begitu andik bicaranya kita, tanda arif akan hikmahnya, tanda orang yang bijaksana, bukan luahan hati tersiksa, bukan lantang megah katanya, bukan perlahan suaranya jua, tapi tenang penuh bermakna, senyum itu tanda nya sentosa, itulah samudra bahagia adanya, bila bayangnya telah tiada, hanya arca didepan mata, tiada terselindung akannya ia, itulah tempat sucinya kita, suci akan segala yang ada, suci sekelian tubuhnya kita, suci sekelian rasa hatinya, suci sekelian fkiran wahamnya, sudah melepasi batin hatinya, sudah melepasi jembatan kadimnya, sudah melepasi adanya dia, itulah tiada ada hanya sunyata, itulah kita hai salika, tiada berubah rupanya kita, tiada gelora jiwanya kita, hanya fana selamanya, fahamilah ia hai manimanaka bila diri telah binasa, ibarat laut menjadi sejahtera, baru kita tenang sentiasa, kembali ke asalnya kita, inilah ajaran dalam telaganya, bukan digali oleh manusia, digali oleh adam yan pertama, tempat air akan salbinya, tempat sabit akan sumpahnya, pada yang asa jua akan zatnya, tiada manusia mempunyainya, manusia hanya nafsu sahaja, tiada ada bayang sahaja, ingat andik bila berbicara, jangan mudah bicaranya, tak sama kita dengan Dia, bicara kita ada abjadnya, bicara dia rasa sahaja, bukan manusia empunya aksara, tapi aksara paduka raja, siapa yang paham tahulah dia, siapa tidak rugilah dia, inilah akan hikmahnya jua, diberinya dia akan sandrinya, mengenal huruf tiada rupanya, ada yang kata serupa niatnya, tapi jangan disamakan dengan agama, ini jalan untuk Melayu sahaja, bukan bangsa yang lain adanya, selagi kita Melayu dirinya, cepat dan segera kepada rajanya, cara ghaib atau kasarnya, dua-dua sama sahaja, zahir batin tiada bezanya, hanya mata buta akannya, inilah tanda untuk yang ada, memahami akan kata permata, cara Melayu bila berkata, amat bijak bicaranya, bila berkata seribu maknanya, yang salah dibetulkannya, yang betul disalahkannya, awasilah akan bahaya, menimbang kati kilo jadinya, minta setahil gantang dapatnya, meminta tolong sangkak yang tiba, meminta apa wahai rastana, tanganmu mana adanya, tubuh hanya sarung sahaja, tempat isi dalam neraka, tempat juadah akan shaitannya, istana akan nafsunya jua, itulah tubuh akan manusia, asal dari nafsu yang hina, bukan dibentuk dari permata, kononya mulia apa buktinya, Tuhan tiada dikenalinya, hanya nafsu menjadi rajanya, hanya nafsu akan Tuhannya, bukan yang benar Asa diriNya, bukan yang benar seperti dikata, inilah manusia manalah bisa menembus qalbinya, selagi akal menghijab dirinya, seperti madah seloka ini adanya, bagai merbuk merdu dayunya, bagai beduk sayu bunyinya, bagai angin lembut bayunya, bagai fajar indah serlahnya, bagai embun sejuk paginya, bagai purna hilang diufuknya, bagai hidup manusia namanya, bagai ajaran membawa matinya, bagai seloka inilah katanya “makrifat tanda yang telah jadi, bukan tarikat menghindar diri, jangan disangka wahdah didekati, wahdiah belum dikenal rapi, alam mana hendak dijejaki, pada dirimu tandanya bakti, bersatu dalam kelambu berahi, hilangnya salik tiada bukti”, inilah rangkap tiada barisnya, hanya ayat menyusun ertinya, jika andik paham ertinya, jika andik paham bahasanya, jika andik tahu mana tujunya, nescaya hatimu akan terjaga, sedar akan sekelian makna, tiada ada pada ayatnya, hanya jiwa diresap rasa, hanya rasa diserap rahsia, itulah tajjalinya akan kita, kepada ada menjadi tiada, dari hidup mati adanya, dari nafsu hancur dirinya, dari buta celik akannya, dari jahil tahu akhirnya, dari sesat kembali kepangkuannya, dari jauh dekat kini adanya, dari musafir balik ke kampungnya, dari songsang lurus jalannya, dari miskin kaya akannya, dari sementara hidup selamanya, dalam limpahan akan sinarnya, akan rahmat dari kasihnya, akan tunjuk ilmunya Dia, dari bayang menjadi arcanya, makrifat sampai akan tarikatnya, menjadi khasiat akan shariatnya, menjadi hakikat akan kebenarannya, tiada kepalsuan didalam hidupnya, segala jelas akan gambarnya, segala jelas akan khabarnya, segala jelas akan rupanya, segala jelas akan selokanya, inilah Melayu caranya pula, mengenal rahsia didalam dunia, mengenal akan dirinya sendiri, baru tahu ertinya agama, baru tahu hidup ini bagaimana, kemana jua kau berada, kau sentiasa digenggamNya, sentiasa di pengaruhiNya, sentiasa di perhatikanNya, sentiasa bersamaNya., ingatlah pesan sang karana vahana, katanya sakti pendek ayatnya, aturnya nyawa vahana sakta, sentiasa akur akan Tuhannya, shukurnya ia tiada berupa, redha hatinya sama rasanya, ini kata karana aditya, “tiada kata dialam bunia, mengejar bayang kehujung dunia, patahnya hati hilangnya rasa, walau mata jauh saujana, dekat hati padanya dunia, lidah wacana katamu suchi kononnya, hadirmu masih merenggang hakikinya, kerana masih berahi dunia, walau harta tidak dicarinya, anak isteri tiada digantinya, kasih illahi tiada dirasainya, inilah hidup seorang hamba, tiada ada tiada tuannya, bagai badai menghampar dirinya, lautan hakiki tiada tepinya, menjadi hina dipaksi dirinya, aib tidak terkata lagi adanya, kerana lupa diri azalinya, kelak merana di akhiratnya, barulah nanti tahu nasibnya”, karuna ilahi bukan untuknya kita, selagi jiwa tiada geloranya, selagi batin tiada asmanya, selagi zahir shariat sahaja, tiadakan terbuka akannya rahsia, walau sungguh akan amalnya, tiada jalan menghampiriNya, harus andik paham akannya, jika tarikat beserta waridnya, jika Guru ada wasilahnya, semua itu hanya hampa, kerana Tuhan kita bukan miliknya kita, kerana Tuhan tiada bertempat, tiada tarikat sampai padanya, tiada wasilah membawa perkenalannya, itu permainan manusia sahaja, andaian diatas ikutan sahaja, Tuhan itu sentiasa beserta kita, tiada milik akan sesiapa, hanya dia yang menentukannya, siapa tak kira agama, siapa tak kira bangsa, jika kita berkira adanya, serasa agama kita pilihannya, kita silap hai manimanaka, hanya dia menentukannya, bukan diatas agamanya, diatas hati yang suci dari noda dunia, agama itu pintu sahaja, bagi manusia mengenal akan hidup beragama, bukan jawapan kepada soalnya, bukan penentu kepada khilafnya, bukan madu untuk nafsu manusia, bahkan penimbang akan dosanya, selagi manusia ada agama, selagi itulah jahatnya ada dosa dan nerakalah tempat kembalinya, wahid itu apa hai rastana, pada erti arab bahasanya, atau bayangan akan hakikatnya, suatu asal yang bukan milik kita, tiada layak untuknya bicara, selagi manusia nafsu belaka, shuhadah apa ucapnya jua, dua kalimah diatas tauhidnya, kenapa sudah gila manusia adanya, lidah berkata akal semu sahaja, tiadakah paham bahasanya andika, tutur manusia diatas nafsunya, walau alim itu jahatnya, pada kita sama sahaja, selagi tiada gelora jiwa, selagi itu jahil dirinya, selagi itu jauh dia akan hakikatnya, shariat belum terkupas jua, berkata seperti dirinya pendita, hayat hanya tali nafsunya, mana biasa hai andik mulia, sudah terbuka akan pintu hatinya, pintu hati tiada hai rastana, manusia sudah lama terkubur dipusara dunia, bersama teman nafsunya, sebagai Tuhannya didunia, inilah benar ada katanya, jangan marah kerana itu nafsu sahaja, jangan nak berjihad dirinya, selagi kita masih manusia, tubuh inilah diri kita, mati masuk ketanah jua, tiada ada yang ke rahmatullahnya, semua itu bohong belaka, kerana ikutan mulut manusia, konon dah alim akan Tuhannya, shuhadah masih dalam shiriknya, tiada mahu tunduk dirinya, angkuh tetap firaun dirinya, walaupun imam atau ulama, semua itu tiada berguna, kerana tahu hanya nafsunya, kerana tahu belajarnya sahaja, kerana paham ayat dimata sahaja, bukan hikmah permata kata, bukan erti maksud yang ada, hanya tersurat itu mainannya, yang tersirat tiada tahunya jua, bagai tiung mengucap salamnya, tiada tahu apa cakapnya, asalkan kita dihormati didunia, mati besok seorang jua, janji syurga tetap ku tuntut adanya, kerana itu janji agama, itulah hai andik mulia, manusia tetap bodohnya jua, keras akan pendiriannya, konon ini yakin adanya, Tuhan dah tentu cari dirinya, kerana terasa diri berharga, sedangkan dia hanya binatang yang melata pandai berkata-kata, itulah hakikat manusianya kita, bukan dari benih mulia, dari kebuasan hawa nafsu ibubapa jua, pikirlah hai maniamanaka, muliakah sungguh dirimu adanya, hati masih kelam akan dunia, fikir masih tenggelam akan dunia, diri masih hidup didalam dunia, jangan sangkat seloka ini adanya, jika kau kata sesat adanya, erti hati kau dengki akan kebenarannya, sakit hati mendengarnya, inilah resam adanya manusia, nak yang seronok sahaja, nak yang tak susah sahaja, nak yang manja sahaja, nak yang disorong depannya sahaja, nak dipuji sahaja, nak disanjung alimnya, nak ikut arab sahaja, Tuhan tak peduli yang lain kononnya, siapa itu fikirnya, pasti gila akhirnya jua, didalam kubur senyap sahaja, kerana mati jadi tanah jua, itulah neraka tempatnya manusia, itulah syurga sama sahaja, jika kau amati bidalan yang ada, kau manusia jahatnya sahaja, selagi dapat apa hajatnya, itulah bahagia diatas dunia, sedangkan malaikat merana adanya, tiada gembira diatas dunia, kerana mereka tahu hakikatnya, dunia tempat nafsu dan shaitan sahaja, pastikan benar hai andik mulia, kamu itu siapa diatas dunia, jika kau bershukur nikmat Tuhannya, diatas dunia alhamdulillah adanya, sebenar kau shaitan dan nafsu durjana, tiada malaikat gembira akannya, kerana Tuhan itu hendaknya, bukan rahmat diatas dunia, kerana itu hanya untuk penghuninya, iaitu nafsu dan shaitan sahaja, dunia ini tempat mereka, bahagia sentosa adanya, apa kehendak dapatnya dia, anak cucu selamat sejahtera, tiada malang hidup ditimpa, tiada miskin akan dirinya, dirinya alim keluarga sempurna, sihat walafiat semua berada, awasilah dia hai manimanaka, itulah shaitan berupa manusia, dapat beribadat diatas dunia kerana alhamdulillah semua ada, kalau malaikat dah lama sakit jiwa, tiada tahan akan dunia, kerana ini adalah neraka, bukan tempat Tuhan bersama, hanya nafsu mengejar benda, hanya shaitan hidup bahagia, jika sungguh diri menujunya, apa nak dikira diatas dunia, kita hanya sementara sahaja, mencari jalan kembali padanya, bukan seperti manusia yang ada, semua sesat dan sombong belaka, sangkanya diri dirahmat Allah adanya, tiada tahu bahawa nafsu dirinya, jangan disangkal hai rastana, yang beriman tiada mahu akan dunia, mustahil dunia akan hendaknya, mustahil bahagia diatas dunia, mereka yang fana tahu jawapnya, merka yang sampai tahu kenapa, yang ada manusia yang gila, kerana inilah asalnya manusia, nafsu dan shaitan sahaja, tapi manusia tiada tahu jua, kerana dirinya asyikkan dunia, beranak cucu beribadat adanya, hanya hampas tiada bermakna, selagi jiwa tiada gelora, selagi itulah benar ini katanya, jangan mudah diatasnya, barang seloka ciptaan paduka, dia tahu apa maksudnya, bersenda memang Melayu adanya, jika terguris hatimu jua, jangan kau marah nafsu yang ada, pastikan kebenaran sentiasa ada, carilah dia dimana sahaja, bukan ada pada manusia, pada dia yang tiada dirinya, seperti seloka Melayu namanya, menjadi pedoman sekelian manusia, menjadi pending hidup didunia, menjadi tunjang hidupnya kita, menjadi insaf jahilnya kita, menjadi akur nafsunya kita, menjadi benar sekeliannya kita, itulah resmi Melayu jatinya, tiada gentar akan dunia, selagi nafsu menjadi musuhnya, selagi itu Melayu ada, menjadi panglima akan Tuhannya, menjadi pembela akan kebenarannya, menjadi ilmu mengenalnya Dia, menjadi jubah akan agamanya, menjadi halkum akan katanya, menjadi mata akan hatinya, menjadi ada untuk dirinya, menjadi jampi akan serapahnya, menjadi alif akan ba nya, nyatalah sudah bicara yang ada, menyatakan akan isinya seloka, bukan kata tiada bermata, bukan hati tiada mengertinya, bukan hidup diatas tulangnya, bukan hendak atas nafsunya pula, tapi kandung akannya cahaya, murni semesta asal alamnya, menjadi suloh akal didunia, menjadi pelita akan jahilnya, menjadi terang pemikirannya, menjadi sabar akan hatinya, menjadi suci akan dosanya, menjadi alim akan hikmahnya, inilah seloka Melayunya kita, mengenal akan apa yang ada, bukan melihat mana hendaknya, pada ilmu makrifatnya kita, baru sempurna jalan didunia, baru betul kelananya kita, baru tahu akan usulnya, bukan kitab didepan mata, tiada apa hanya ayatnya, bukan amal dikejar kita, tiada apa hanya penatnya, selagi kita didalam dunia, belum sampai belum akhirnya, jika andik benar niatnya, pasti sampai akannya jua, amatilah ini kata yang ada, kata hati luahan rindunya, mengenal diri dipesada dunia, harus paham akan jalannya, harus dapat akan ilmunya, baru senang hidupnya kita, kerana diri sudah binasa, tiada nyata hanyalah Dia, inilah tarikat benar adanya, kau bacalah hai rastana, jangan kecundang pada lagunya, jangan khayal dengan liriknya, jangan hilang dalam bacaannya, ini ilmu mengenal Dia, kau tatapi penuh kyusuknya, jangan alpa walau seketika, nescaya hanyut dengan sangkanya, nescaya larut dalam andainya, nescaya karut akan dirinya, inilah permata akannya ia, milik pendita yang ingin kesana, tempat asal mulanya kita, moga kau paham akan maksudnya, “Asalmu tiada, tidak mungkin adanya lagi, kalau ada jahillah diri, naraka mana tempatnya ganti, pabila mati menyerah diri, jangan dikesal masa berganti, tiada afdal perbuatan diri, jika diri masih berdiri, alamat sesat tak kesampaian nanti”, inilah sastra kenalilah ia, bukan ilmu dituntut dunia, dimana saja didalam dunia, adika aneka jauhar naraka, ini afaal sahaja yang ada, bukan asma pelbagai jenisnya, kata sifat tiada maknanya, kerana pelanduk dua serupa, duit emas dua matanya, duit perak tiada kepalanya, hutang emas bayar bunga sahaja, hutang budi jasa buktinya, hutang dunia membawa gerhana, hutang akhirat kiamatnya jua, inilah hampa rasanya jiwa, jika siksa menimpa kita, bila seronok alpalah pula, jadi manusia itulah lagaknya, jangan andik tidak percaya, kata ini kata berbisa, cara Melayu masuk jarumnya, tiada terasa jika tiada, sakit rasa kerana adanya, itulah bayangan akan nafsunya, diatas dunia inilah dirinya, selagi belum masuk Melayunya, selagi itu tiada aibnya, selagi itulah asing dirinya, tiada menjadi segala kerja, ibarat masjid isinya neraka, tiada berita sampai padanya, tiada khabar tahu akannya, hanya kilauan sinaran maya, buta mata buta hatinya, selagi kita masih bernama, selagi itu kita tersiksa, selagi aku itu masih berupa, selagi itu tiada hujungnya, selagi kita masih berada, carilah Dia takkan berjumpa, bukan dicelah awannya mega, bukan pula dialur sungainya, bukan paya dihutan sana, bukan duit upah kerjanya, bukan pahit ubat baginya, bukan madu sesedap rasa, bukan diri hadirnya kita, tapi Dia akan tuannya, bukan nafsu pencela jiwa, itulah siksa selagi ada, itulah duka selagi berada, itulah bodohnya akannya kita, tiada mahu mengambil apa, hanya petunjuk dari nafsunya, semata-mata ghairahnya ada, bukan benci pada dunia, tapi pada Melayu yang ada, kerana kita cuma berkelana, sedangkan manusia bermaustatin selamanya, bukan air mandiannya ia, tapi segar hayat yang ada, bukan minum zamzam airnya, tapi suci makrifat nyawanya, bukan Mekah tempat berjumpa, tapi hati yang telah fana, bukan kitab bacaannya pula, tapi sastra pembuka kalamnya, jangan andik sentiasa celaka, kerana bisa bukan diracunnya, tapi lidah pandai berkata, sedangkan tebu ditanamnya pula, ditepi bibir manis adanya, becak mulutnya tiada hentinya, menceritakan inti isinya tiada, hanya akal mainan katanya, mencari ayat dipustaka hasadnya, bukan ilham ikhlas dirinya, tapi sedutan kitab sahaja, semua ulangan tiada hentinya, cerita yang sama sampai matinya, amal hanya ikutan sahaja, ujian Tuhan itu katanya, bukan usaha menghalakanNya, tapi sesat sahaja jalannya, bertanya pula imam yang ada, diapun sama dua kali lima, apa yang tahu ada kitabnya, yang ditulis oleh fakir yang hina, hina kerana jahil dirinya, hina kerana nafsu dirinya, itulah kita jangan terbiasa, ikut orang kesini kesana, bila gagal cari alasannya, mungkin Tuhan menguji kita, alangkah bodoh empunya bicara, kata yang bijak itu rasanya, sedangkan yang benar didepan mata, tapi buta mati hatinya, susah cakap biarkan sahaja, manusia tak terima hakikatnya, yang enak itu idamannya, bukan kebenaran menyakit hatinya, bukan kata memalukan dirinya, maklumlah diri dah arab jadinya, segala yang ada mulia belaka, ayat hanya untuk dibaca, bukan sebagai hkmat nya jua, kitab itu tiada apa, jangan dikata itu wahyunya, hanya tulisan cetakan belaka, kitab yang asal dikaki langit adanya, hanya yang suci dapat akannya, hanya yang telah suci dapat melihatnya, hanya setelah suci dapat menyentuhnya, bukan ini kata manusia, didalam kitab ada tertera, jangan tuduhnya suka-suka, ingat kata nak menyiksa dia, hanya nafsunya yang sahaja ada, itulah yang takut akan kebenaranNya, takut hilang kuasanya pula, takut cacat dirinya pula, takut mati tak masuk syurga, apalah manusia ingatnya itu saja, hendakkan syurga dan bidadari adanya, bukan hendak akan Tuhannya, bukan hendak bebas selamanya, takut hilang segala-galanya, bagai badai tiada ombaknya, bagai angin tiada sepoinya, bagi senja tiada meganya, bagai manusia tiada nafsunya, inilah mati sebelum matinya, hidup diatas hayatul amra, bukan hidup dititip dosa, tapi hidup akan Tuhannya, baru sempurna jalannya kita, mengenal kita sebenar-benarnya, asal kita memang tiada, kenapa takut menjadi tiada, kenapa nak genggam akan dunia, kenapa takut papa kedana, kenapa takut akan segalanya, sedangkan diri tak pernah ada, bukankah sebab tajjalinya dunia, bukannya ia untuk kita, tapi tempatnya sempurna hukumnya, atas diri ketuhanannya, ini ibaratnya rupa seloka, kiasan untuk andik mulia, tiada diksa hapuslah kita, dari tiada menjadi ada, alamat sesat diatas jalannya, harus pula mengenal akan sisksanya, ini ibarat ini ayatnya, siksa itu perit terluka, akibat keris ditikam didada , tidak sama dengan sidiksa ianya sakit didalam jiwa, fahamilah ini kata permata untuk mereka yang ingin fana, “didalam dunia Prabhupada berkata, carilah makna didalam kata, bukan ayat bermain dimata hikmahnya jua sentiasa nyata, sebagai sabda orang mulia menjadi pelita hidup di dunia”, jangan diduga dalam lautnya, janga diduga akan saktinya, jangan diduga akan hebatnya, jangan disangka mudahnya ia, jangan disangkal akan kebenarannya, ini madah Melayu lama, bukan baru ditulis pujangga, sudah ada sebelumnya manusia, sebagai hikayat pembentuk manusia, cerita akan Melayu yang ada, sebagai tempat zahirNya pula, kalau andik bijak orangnya, kenapa ayam bertelur adanya, jika ditanya mereka yang ada, katanya itu kuasa Allah yang ada, tiada tahu akan sebabnya, tiada tahu akan kenapanya, serupalah kita jika ditanya perihal manusia, kenapa manusia dijadikannya, bukankah untuk beribadat kepadaNya, satu alam sembahNya, hanya manusia yang belumnya, betul ke manusia sahaja yang belum sembah Dia, inikah hakikatnya kita, dijadikan sebagai hamba, untuk menyembahNya, atau itu selingan sahaja, itupun 5 kali sahaja, yang lain nafsu tunggang kita, janji jalankan kewajipan sebagai hamba, bukan bakti cinta terhadapNya, benar cinta akan Tuhannya, bukan sekadar melepaskan kewajipan sahaja, atas dasar cinta itulah dia, tapi gulungan ini tiada didunia, yang ada hanya hamba yang taat akan tuannya, itu sahaja hakikatnya, mengharap balasan dan jasa atas upahnya sebagai hamba, bukan bakti tanda cintanya, memohon rahmat dan petunjuknya, cara untuk menyintainya, bukan diatas taat suruhannya, itu hanya tarafnya hamba, bukan kekasih yang tercinta, taraf hamba rendah mutunya, tapi kekasih tiada nilainya, tapi ini amat tinggilah pula, sebagai manusia tiada terdaya, kerana masih suka dunia, masih sayang anak bininya, mana kan bisa manusia, tiada mahunya jua, kalau cinta mesti ada orangnya, cakap tiada gunanya, seperti orang gila cakap sorang-sorangnya, sama juga hambanya yang ada, yang menyembah memang ada, yang lain jawab sendiri le.
“Sat maha cat maha ananda, ayatul akhir di pramana syurga, mengenal isi sekelian dunia hanya bayangan sekelip mata, puja lah dia yang Maha Esa kelak binasa jua dunia, hanya yang kekal diri yang Asa, kenal dia serata rata, inilah ilmu tiada mula, tiada titik tiada akhirnya”, Guru warga kaula mulia, carilah dia andik mulia, jangan ketawa dalam katanya, walau lucu penuh bermakna, ada dia dimana mana,, walaupun jantan atau betina, kelambu tidurnya ambangan syurga, tempat duduknya airmata dara, kalau leka dia ketawa, kalau sedih dia gembira, tiada siapa mengenal dunia, kalau diri didalam dunia, kerana dia bayangan dunia, nyatanya ia didalam jiwa, bagi mereka yang telah kesana, simpanlah ia didalam bejana, rahsia kaula dengan hambanya, terang dan nyata di shahwat cintanya, mati merana kemuncak naraka, tiada dapat afdal dan badal, hanya penat tidak terkira, linganya tegak menuju dia, sebagai tanda adanya dia, ada samanya tiada, tiada adanya serupa ada, jangan dicari barang yang tiada, tiada ketemu akannya ia, seperti pepatah kata pujangga, halkum itu dosa dunia, perut tempat isinya naraka, kalam adam sifatnya dia, sebagai ganti bayangan dia, bermula itu sastra hikmatnya tiada nyata, ibarat kata damparan rasa, mengucap itu kalam diucap itu halkamnya, tahukah andik akan ertinya, yang puji itu diri dipuja itu hatinya, didalam sanubari duduk arashinya, sebagai ganti pembungkus dirinya, didalam itulah yang hakikinya, karuna ilahi tiada terperinya, sisalik jua yang diberkahinya, sebagai tanda sempurnanya grahinya, wa adil suma indra wati adanya, inilah membuka surat yang ada, surat akan sirat batinnya, menyatakan isi tiada rasanya, hanya lawa tiada budinya, bagaimana jadi manusia, akal ada bodohnya jua, hati ada merasanya tiada, hanya yang ada nafsu belaka, bila dikata tiada percaya, manakan sama garam dan gula, bidalan tak sama dengan pantunnya, mengatakan ia tidaknya sama jua, ini lagu pahatan sukma, dendangan gamelan Melayu adanya, “Maha sastra maha sastri, agama itu tubuh agami itu kaki, agam itu tari aga itu hati (a) itu a..i..u,” kenallah ia pada dirimu jua, hayatilah ia setiap ronggamu jua, jangan tertinggal barang sesuatu jua, buta mu itu permainan sulubungku jua, agamaku terangkan hai andik mulia, asalnya jalan menjadi aku-nya, tiada agama bersuku-suku adanya, akan shariat berbeza rupanya akan hakikatnya satu jua, agama itu temukan andik mulia, bukan bentuknya akan shariatnya, tapi hakikat selubung kalbunya, bukan patung dan berhalanya, bukan ayat bacaan pujinya, bukan ratapan insan memuliakannya, bukan rakaat akan kiraannya, bukan dahi yang lebam dihantuknya, bukan zikir lidah akannya, bukan sembahyang jemaah itulah dia, tetapi hakikat terbenam dirinya, tiada nampak akan sesiapa, hanya Dia dimana-mana, itulah shariat hanya kesan sahaja, hanya hakikat itulah sebabnya, hanya hakikat disitu jawapannya, bukan semu shariatnya dipuja, konon akhlak sifat mulia, sedangkan hati seperti serigala, jika hakikat punca yang ada, carilah andik rahsia kaulanya, tiada siapa yang tahu akannya, selagi dirimu itu asyik pada shariat sahaja, sedangkan itu kulit tiada mutunya, hanya isinya beribu nilainya, temukan ia pada sedarmu jua, walaupun maut menunggu adanya, sesungguhnya itu melayu isinya, jangan buangkan masa yang ada, menuntut ilmu guru nafsunya, tiada menjadi barang sesuatu jua, kerana itu semuanya semu belaka, tarikatnya hanya berupa abu sifatnya, kan hilang ditiup bayu jua, rugi yang amat bodohnya kita, tiada tahu asalmu itu jua, seperti kata pendekar Melaka “sesungguhnya kamu melayu, ingat akan pendekar ratu mencari air geliga batu, shariat agama membentuk restu, hakikat agama pemikat kalbu”, jangan ada asyikkan lagunya, iramanya sumbang resah nadanya, suara mana yang merdu rasanya, didengar liriknya goncang dunia, kerana lagu tiada merdunya, hanya petua duduk di dada, selagi kita namanya manusia, takkan terbuka akan akalnya, kerana alim itu nafsunya, tiada yang tahu kerana jahilnya, ilmu disangka sudah miliknya, hai manusia bodohnya jua, ingat benar mulia dirinya, rupanya hanya sarung nafsuka, pakaian akan isi neraka, melihat nafsu mengejar ilmunya, tiada ketahuan asal dirinya, bukan ilmu dinegeri china, tapi dia yang ada dimana-mana, tiada serta ilmu dan kata, hanya rasa akan kehadirannya, barulah tahu ilmunya dia, tahu akan segala isinya, tiada perlu untuk bicara, pada kata tiada makna, hanya luahan hati sengsara, diri masih didalam dunia, hai melayu yang bijaksana, melayu itulah agama, hayati kata hiasan makna, agama itu tubuh akan dunia, jalan abdi mengenal tuhannya, pada nafsunya itu jua kuncinya, selagi tubuhmu itu dunia, selagi itu melayumu hina, ingatlah pesan ini andika, jangan kata tubuh tak berguna, kerana didunia segalanya nyata, tubuh inilah kenyataannya kita, baru sempurna dalam bicara mengenal melayu serata-rata, pada dirimu awalnya tanda, pada melayumu itu akhirnya kita, baru faham erti agama kerana tubuh kita tiada, hanya rasa hakikatnya kita, bicara kita pada agaminya, itulah kaki tegaknya buminya, menjadi bukti perthivi padanya, menjadi kukuh sekelian dirinya, menjadi paksi ujudnya dirinya, kaki berdiri hati pasaknya, saksi akan agaminya, ibarat ada tiada nafinya pula, bagaimana membukti dirinya kita, menyembah diri pada yang esa, dapatkah kita dumilah ratnawinya, hayati airmawi dewi kakinya, sentosalah mereka yang mengetahuinya, pada ilahi sujudnya kita, petang dan pagi ingat padanya, inilah agami ertinya pada kita, asal ba asal berdirinya, alif alhi hikayat dirinya, hakikat diri bentuk asalnya, alif berdiri banyak berkakinya, pilihlah hai yang berahi adanya, mencari bayang tiada berkakinya pula, tahulah bentuk dunawi akannya, asalnya kata pembuka cerita, asal agama melayu mulanya, penutup bicara akan ayatnya, lihat akan tulisan adanya, menjadi seloka hayat yang ada, sebagai kata sabda yang mulia, moga andik paham akannya, moga andik genggam ertinya, jangan mudah diatasnya jua, inilah hikmah selokanya kita, “Agam itu tari agama sakti, kalimah chandra surya suravarni, lam berdiri mim menari, ya agama yu agami, jadi jawi melayu betawi, jadi erti sekelian suci, suci melayu sucinya diri, itu agam membawa erti, a itu aku iki urip salbi hakiki”, duduklah andik didalam sila, sempena nama sang pencipta, semadilah intan didalam kesyukurannya, agar segara kealam pana, tatva tatvi sarung dirinya, berkat ilahi limpah ke qalbinya, lima saudara membentuk dirinya, angin api air dan tanah terpuji sarinya, pulangnya nur ke nuraninya, pulangnya diri ke empunya dirinya, jangan lupa prithu dan parthivi asalnya kita, menjadi diri berbangsa adamnya, barangsiapa salah mengajinya, tiada kesampaian ke hujungnya jua, satchita satana, mulanya agama diatas dunia, pancaran sinar raja kamala, wong medang wong kamula, turunnya hyang batara siva, titisan sapta risayah putra, ajaran suci chatur marga, kunci pembuka segala makna , pilih satu yang mana suka, kalau hendak meniti dunia, mengenal asal mulanya manusia, tidak kira apa bangsanya, manusia tetap kebinatangannya jua, kejadian atas nafsu durhaka, kebuasan hawa menyahut raga, gugur manikam sumpahan dewa, matinya kita diatas dunia, hidup kelam ditelan dosa, pembalut duka jiwa merana, inilah jalan mengenal kita, atas kata guru kawula, kalakula kala akhwana, kula akula pancar delima, geliga agna hancuran graha, ningrat keringat mani asmara, teja hangat peluhnya cinta, kasih garga hiranya agra, nagara yama balada cinta, sumpah sarana sisakti mona, kerahana gesang pariawan pujangga, bakala kesang hyiana saputra, malenggang dunia membakti akna, budiman atma wasesa kama, jotima lakna baiduri laksmana, berahi cinta kacipan muara, gedung nikmat dialam maya, ini makrifat menjadi nyata, atas marga yang telah sempurna, mengenal diri pada bayangnya, mengenal tuhan pada satnya, dicari linga seluruh kota, linga sivana pujaan kesuma dewa, para sidha mengenal dia, arcarupa wujud adika, hakikat isana tatwa prakatima, sakti batara empunya kuasa, kalima uma vahana siva, saktinya jua melakar baktinya, menjadikan isi sekelian dunia, punca sekelian yang ada hai rastana, puja rahsia gila akhirnya, bagai majnun laila, uda dan dara, tiada tahu apa jua, hanya yang dipuja sahaja, ingatlah salika, jika kau sesat didunia, linga jua pintunya, tanda ingatan kembali ada, selamatlah engkau dimakan masa, kerana karma akhir kuasanya, selagi engkau tiada alpa, kau pasti bertemunya, pada linga mahasivana, arca yang mahamulia, itulah dia yang engkau puja, hai sastrawana itulah nukilan rasa hyang maha kurnia, bayangan adanya dia, perhatikan bukan dengan mata, tapi hayati dengan rasa, baru jiwa bergelora, baru tuhan itu nyata, bukti pada dirimu sahaja, tiada kau temui dia, hanya dihatimu tempat wujudnya, hanya dirimu itu pasunya, hanya kau tahu aku-nya, ada sama rasa sama rupa, tiada terbeza arca dan sinarnya, sama sahaja, tiada mungkin kau palsukannya, kerna aku-mu itulah dia, jangan syak jangan wasangka ya sariputra, walau kau asalnya hina tapi kini kau vahana, sakti acuan dewata raya, gerakmu geraknya dia, baru kau jadi panglima dunia, baru kau rajai dunia, tunggangan kau dialam nyata, kaulah kini gantinya, memakai sifatnya, pemegang kuasanya, kaulah chakra vartina, dimuliakan manusia, pendita agama, menjalankan amanahnya adil saksama, kaulah dia tiada dirimu jua, jangan kau kata ini dusta, selagi belum nyata dirinya, usahakanlah marga, agar kau segera sedar akan kebenarannya putraku yang bijaksana, selagi belum jadi jangan kau putus asa, kau pahlawan laksamana gagah perkasa, jadilah bhima ke hutan belantara, merintih jalan pahlawan mulia, mencari permata ertinya tiada, yang ada hanya dia, itulah ucapan mulia hai rastana, katakanlah sesungguhnya aku tidak ada, yang ada hanya dia, ini lah kebenaran tiada berubah selamanya, carilah dan jumpakannya, inilah kata sidha mulia mengenal akan tuhannya, terang dan nyata ada dimana-mana dia, terlebih terang pada mereka yang memahami ertinya rasa, itu bukti tiada yang dapat menafikannya, barulah dapat akan jadinya, mulanya dara merah warnanya, akhirnya putih ibarat purnama, lipika punca airmata dunia, puspita haruman istana cinta, cemati cemara puaka tok raya, runtuhnya budi kerana dosa, hilangnya rasa kerana curiga, rosaknya akal sombong ilmunya, hancurnya hati kerana dusta, dahaganya nafsu sentiasa membara, tiada kenal batasnya ia, buas mencari mangsa manusia, tiada mahu menyahut sabda, kata mulia penyelamat kita, ingatlah pada sumpahan bonda, si anak dara merah jelita, jagalah wahai insan semuanya, dilupa jangan janji si mera, kacip dewi sekangkang kera, syahdu adika menusuk sukma, runtoh negara kerana dia, apsara naraka bidadari dunia, cahaya sat sinaran purnama, sinarnya akna sinarnya chatna, mentera mantram suryavarna, hai nirmala hai nilapura, akulah bhima arjuna saktinya, gusti atika sempurnanya tantra, aniya dunia anaya asmara, aku penghancur sekelian dosa, akulah mula segala pahala, akula raja manimanaka, aku lah hyang asmajadanta, pacuan hayana paku buana, karama amba kasturi mulia, jadilah aku akan dosanya, manusia tiada harumnya neraka, kerana sumpah jadi maninya, kerana adat tiada tahunya, habis manusia hina semua, bila hawa meresap jiwa, adam hilang segala akalnya, yang ada hanya nafsu membara, siang malam itu hendaknya, kerana badi akan dunia, kerana jampi akan alamnya, kerana jadi adam hawanya, anomaya kosa sukma wasesa, hai kastara mukta insan mulia, limpahan suri cakravartina, limpahan liur simandalika, telaga kalkausar asal puncanya, dari salbi naiknya ia, dari lelangit jatuh airnya, menjadi rupa awalnya mula, menjadi mula titik pertama, asalnya hanya hawa sahaja, berkumpul berupa asap yang hina, tujuh purnama menghamba dirinya, tujuh madi jadi dirinya, tujuh sakti mikik abadinya, tahukah tuan asalnya kita, dari tiada menjadi ada, walau hanya sekejap sahaja, cukup untuk mencapai fana, dari ada kepada tiada, itulah harus dikajinya kita, agar tetap iman didada, kerana rahsia tahunya kita, tiada kita sesak nafasnya, pabila mati menjelang tiba, ini mula bicaranya pula, mengenal akan tangga dunia, satu tangga membawa jayanya, dua tangga tempat singgahnya, tiga tangga tempat duduknya, empat tangga membaca ia, lima tangga mandilah pula, enam tangga berbajulah pula, tujuh tangga bersiap sedia, dari atas nyata hebatnya, beserta watikah pembuka cerita, dari dari arash menjelma diri, duduk sebentar fuad sarinya, mengabdi diri atas kepalanya, kutubun kali waliama aulia, sudah peram masaknya pula, memecah diri anekarupanya, walaupun banyak kelihatannya, namun eka jua rupanya, pabila getar menyeru azannya, hancur luluh sekelian raganya, kelibat gangga gerhana surya, chandramukta surianya bakta, aya ayo hai vahana siva, ida mula punca dirinya, berbayang dua tiga warnanya, berupa alam tiada sosoknya, menjadi mula akan segala, diri itu satunya jua, tiada tahu ia kenapa, bercakap seorang riuh bunyinya, mulaprakiti asas bendanya, mahasaktima punca kuasanya, adima mani adama ivina, cantuman atas titah yang ada, tiada wacana lidah manusia, tiada maknanya atas dunia, hanya gurindam imbasan rasa, hanya seloka idaman kalbunya, sudah bertinta akan ruahnya, sudah tetap akan budinya, sudah nyata sifat amanya, sudah ketara hendak nafsunya, maka tercipta heningnya pula, acuan kita darinya indra, ditempah oleh yang bijaksana, membentuk vahana pacuan manusia, bukan rasa itu bahasa, buka rindu itu jadinya, tapi hikayat menghambar cerita, mula manusia sebabnya dunia, dari cita benih tercipta, diteman saudara alam maninya, bergema alam akan pujanya, bergetar tubuh akan hadirnya, vayu agni pawana indra, kuseru geliga cintamaninya, ku puja linga siva satnya, naiklah kau luruskannya, agar laluan tetap adanya, menanti akan lungsurnya rasa, ku korban jiwa luluhnya raga, kerana intan kesuma jaya, bukan berahi empunya kerja, tapi lam malayalam adanya, itulah sembah akannya kita, mani setitik itu pujanya, bukan nikmat anggota kita, itu hanya kesannya sahaja, ramai kata itulah dia, tiada tahu ilmunya pula, apa bendanya tiada tahunya, hanya rasa akan asyiknya, bukan sebab menata rahmatnya, kerana hati terikat padanya, pada jauhar amanah mulia, setitik mani itu tandanya, bukan makrifat pembelajarannya kita, bukan hikmah akannya pula, ini hikayat penambang baka, asal Melayu turun kedunia, menjadi benih akan manusia, inilah kita asal jadinya, pada ibu bapa nya kita, padamu hyang dewata, tanggadharma gusti brahmana, nur alaika warkah paduka, pangeran adi parameswara, urat dunia jadi nadinya, swargaloka duduk alamnya, bisanya neraka penjara dunia, hukuman manusia lupa janjinya, tiada siapa tiada manusia, ataupun sesiapa yang ada, masih bertaut dipohon dunia, kembara karmanya dilayar masa, bila tiba waktunya kita, akan bertemu dengan dirinya, jangan kau lupa inilah janjinya, sejak dari purba kala, purba tatwa anupaduka, adiputra siva batara atma, inilah kata manik astana, bukan hindu asalnya pula, tetapi bahasa Melayu lama, bunyinya sama sahaja, tapi maksud lainlah pula, bukan direka manusia sekarang adanya, tapi serapah hilang ertinya, tapi benta tiada dengungnya, jika andik paham akannya, carilah hikmah didalam ayatnya, bukan erti itu adanya, tapi bunyi asal kunnya, itulah kita ibarat pendita, “aku mani setitik, jadiku sedetik, aku yang ketik, bulatan tanpa titik”, tatika rama sanggamanya sita, ratih asmara kama angkaranya, sayunya jiwa menata rayunya, hilangnya rama didalam sitanya, ujud sita didalam ramanya, tiada terasa malam siangnya, hanya kegelapan aib membara, membakar diri hangat cintanya, menyatu diri makrifatnya rahsia, dari dua satu jadinya, dalam satu dua adanya, inilah sifat akan zatnya jua, walau hanya bayangnya sahaja, serupa dia dimana-mana, ratika sitana manimanika, rama rastana di namanya, bayoh kuripan tumpahan wadinya, nuriwan adil narawan ratunya, manipadma kun adanya, sebati kosa sebati jiwanya, pramana sirama terpancar aknanya, grahasita vahananya atma, alila laila berkilau rupanya, camar putih sijebat kasih namanya, panahan dewa cokmar selasihnya, dari uri fayakun menjelma, menjadi sthula shariranya kita, bersedia belayar diatas dunia, untuk menjelajah hidupnya kita, sehingga tiba masanya pula, untuk kembali selama-lamanya.



2. SELOKA MELAYU AKU TIDAK ADA YANG ADA HANYA DIA

Kata ini kata mulia, jangan dikata pagarnya tiada, apatah ruyung dinding ayatnya, lagikan negara ada sempadannya, inikan pula kalam paduka, ciptaan biduanda syair berdenda, gendang tabuh bergema adanya, nafiri raja sayu menuja, jika hati berhajat jua, sangkalkan ia di tiang serinya, samakkan hati najis dunia, baru terang mendapat rasa, baru suci sekelian hamba, baru dapat afdal ertinya, baru hikmah timbul menerpa, baru rasa tiada berdosa, baru diri tetap imannya, baru sejuk kalbu sentiasa, baru terang akal kajinya, baru nyata akan isinya, baru sedap dipelajarinya, baru seronok hati menghafalnya, baru jadi ajarannya, baru guru terang berkata, baru murid alim jadinya, baru ilmu tetap dimata, inilah cara melayu bercerita, sampai maksud sampai tujunya, bila berkata seribu maknanya, jangan lalai akan suaranya, jangan leka akan bunyinya, jangan alpa akan tingkahnya, jangan tertipu akan geraknya, lihat benar akan seloka, seloka dari bidalan syurga, sebagai sabda orang mulia, menjadi pelita dimalam menjelma, kalau kemajlis serta adatnya, kalau mengaji serta akalnya, kalau merindu serta cintanya, kalau berkasih serta senandungnya, kalau beribu serta bapanya, kalau islam serta tauhidnya, kalau melayu apa tandanya, inilah kata orang mulia, selangkah tahu asal tujunya, dua langkah sampai ihramnya, tiga langkah sampai pesannya, empat langkah tetap alamatnya, lima langkah sesatnya tiada, enam langkah pulang asalnya, tujuh langkah selamat adanya, lapan langkah duduklah dia, sembilan itu arif langkahnya, sepuluh tetap satu langkahnya, begitulah adat belajarnya ia, tiada mahu tunduk malasnya, berahi sentiasa akan hikmahnya, mencari makna pada restunya, mencari ilham akan doanya, mencari ilmu dipesada dunia, bukan ilmu semata-mata, tapi hikmah sentiasa nyata, inilah syarat bila ditanya, jawabnya sentiasa diam sahaja, selagi ilmu belum sempurna, kata jangan gerakpun tiada, tunggu masak akannya ia, baru dijawap akan soalnya, bila berkata amati ayatnya, bila bersuara dengar katanya, bila benar jangan segeranya, kalau salah perlahan sahaja, bila tahu angguk sahaja, jika tidak gelengkan kepala, jangan tekak diajak bicara, anaknya sakit menempa dusta, jangan sangka mulut berbisa, lidah belum hitam warnanya, wahai insan sanjungan manusia, jangan ingat alimnya ada, segala gerak semu sahaja, mengenal isi pada kulitnya, kalau kita tiada sungguhnya, nescaya sesat ajaran kita, dikata orang kita ini gila, dikata manusia kita ini bahaya, kerana kata belum serunya, kerana kalam belum bertinta, kerana kapur kelabu warnanya, kerana papan belumlah ada, hati-hati hai manimanaka, ini bicara sukar adanya, jangan gelojoh memahaminya, jangan cepat rumus akalnya, jangan sangka hanya rasanya, jangan dibidas belum habisnya, jangan disoal belum bacanya, jangan dikata belum kajinya, jangan ambil seimbas sahaja, jangan mengaji setengah sahaja, jangan dihafal begitu sahaja, jangan percaya tiada buktinya, barulah lengkap bacaannya ia, barulah tertib khatam ilmunya, pada guru rajin bertanya, agar paham ada maknanya, baru baca ada ertinya, baru hikmah tersemat didada, baru sempurna ajarannya kita, semoga selamat kita sentiasa, semoga berkat dirinya kita, amatilah ini akan seloka, mengenal diri diatas dunia, separuh yang ada cakap sahaja, alif belum dikenal jua, ba sudah jadi rebutannya, jangan kita seperti mereka, cepat sangat pandai dirinya, sebelum berjalan merangkak adanya, itu resam belajar caranya, pastikan kita sudah sedia, hati terbuka otak tak lupa, pikirpun tenang lapang dadanya, marilah kita mula cerita, mengenal diri serata-rata, bermula ia dengan seloka, aku tidak ada yang ada hanya dia, olahkan penuh kusyuk sepenuhnya, hayati dulu segala hukumnya, amati dulu akan ayatnya, hafalkan dulu susun bahasanya, jangan dibaca sepintas sahaja, jangan dibaca hujung ambilnya, jangan dibaca cepat matanya, jangan dibaca yang sedap sahaja, jangan dibaca fikir kemana, tumpukan sepenuh akan ertinya, hendaklah jangan takut bunyinya, janganlah lalai hilang seketika, bila membaca perhati ayatnya, jangan hanya lihat sahaja, baru paham akan maksudnya, baru tak sesat pemahamannya, baru tak janggal tuju halanya, baru dapat faedahnya ia, inilah seloka melayu lama, cara mengenal diri yang mana, akurkan hanya bila terasa, segala ayat dalam kalamnya, segala tertera bukan hikmatnya, segala yang dibaca tunjuk sahaja, begitu kita belajar agama, mengenal itu baru mulanya, bukan ayat bermain dimata, hikmahnya jua sentiasa nyata, bukan rasa cantik ayatnya, bukan sesat kata-katanya, bukan bidalan madah pujangga, bukan kitab arab asalnya, bukan tulisan kuno tak bermaya, bukan hasil sheikhnya Madina, bukan di India ditempa asalnya, bukan Jawa aksara tulisnya, bukan ilmiah kajian pustakanya, bukan serpihan ilham manusia, bukan novel pujaan semasa, ini salinan wahinya rahsia, menjelma jadi papan bernyawa, tinta nirmala airnya syurga, pena kampor penyambung makna, besi khursani alirnya dakwatnya, selembar cindai tempat tahtanya, kertas Malaya diberi nama, tempat orang menghasil cipta, mengadun kersa jiwa merana, susun doa sekelian walinya, membuka kobah khazanah paduka, kenallah diri andik tercinta, sebelum kenal tilik asalnya, kalau dah tahu hebat perinya, belum ditiup bergoyang daunnya, benarkah rasa pengukur kata, benarkah jarak jadi masanya, benarkah ilmu cepat jadinya, belum bertanya tahu jawapnya, kalau sungguh bagai dikata, apa maknanya kita tiada, bukan tubuh maksudnya beta, tapi rakyat bayangan sahaja, pahamkan ia jangan teruja, selagi jahil selubungnya kita, bila mengaji gopoh lakunya, belum dibaca banyak salahnya, maklumlah alim seribu kitabnya, katanya ini ayat tak berguna, kenapa cepat marahkan tinta, menulis akan warkahnya kita, bukankah pena pewaris sahaja, tuannya tiada berkata apa, sebelum baca doapun tiada, manakan rahmat kajian kita, belum bermula sesat dah kata, belum diuji dah hafal isinya, bukan ajaran hanya dikepala, selagi sedar itu tiada, ingatlah jika kita manusia, hati dihijab tak tahu apa, segala ilmu mainan kata, diukur dari jendela dunia, bukan diukur darinya mata, sudah kasaf tujuh benua, selagi baris diatas sahaja, baris dibawah ba jadinya, baris ditengah jadinya ta, tinggi mana baris atasnya, dekat saja ta dengannya, selangkah saja hendak ke ba, pahamkah tuan akan maknanya, atau hanya andaian sahaja, bukan tujunya tiada, kerana hikmah sembunyi dirinya, jika dikelar akan kulitnya, berbelang isi sembilang namanya, berbaris isi itu buaya namanya, berdiri isi itu salbi akannya ia, pandaikah tuan seloka kita, bila ditanya jawapanya ada, bukan pada ayat tertera, isinya jua penyata hikmahnya, jika zahir ada batinnya, jika langit ada buminya, jika aku itu tiada, kenapa dijawap hanyalah Dia, perhati akan kataku ini ya, memang sungguh bagai dikata, anak sapi mati merana, kerana susu rosak sebelanga, kerana hati hancur manusia, kerana ilmu bangga dirinya, kerana tiada akan berjumpa, barangnya kita hairan semua, kata yang alim apa ertinya, bijak pandai pening kepala, ditempat kita tida berjumpa, hikmah ini sihir sahaja, hati-hati kata berkata, hati-hati hujah mengata, hati-hati akal mencela, hati-hati rasa tak sempurna, selagi nafsu dirinya kita, manakan sama Aku dan Dia, tiada mungkin akunya ada, selagi dia ada sentiasa, bukankah ini mengenalnya kita, mengata akan ketiadaan kita, bukan zat menjadi dua, bukan zat wahdatul-wujudnya, bukan zat hulul halajnya, bukan gusti dengan kawula, bukan si djenar membenarkannya, bukan furqan menjadi pengadilnya, bukan hadis tempat rujuknya, tiada ada disekelian agama, carilah merata seluruh dunia, permata ini melayu yang punya, wasiat dari moyangnya kita, sudah ujud beribu tahunnya, anak cucu tak tahu sahaja, kerana tiada rasa pentingnya, tiada bangga akan susur galurnya, nenek moyang sakai belaka, tiada tahu resam dunia, sama seperti kera bernama, hanya memakai cawat sahaja, lihat sitanggang batu jadinya, disumpah ibu sakai orangnya, adakah sakti itu agama, atau melayu jati asalnya, amatilah hai sekelian yang ada, memang benar ini kisahnya, melayu hebat seantero dunia, mencipta tamadun diatas dunia, sebelum Ibrahim vikrama namanya, anak melayu raja keturunannya, itulah asal cerita bermula, jangan kita lupa akannya, apa lagi hendak dikata, melayu pelupa juga orangnya, disangka pedagang mulia dirinya, segala yang ada habis dijualnya, hanya diri sebatang kara, nasib baik melayu rela, habis keturunan cacat asalnya, mengaku asalnya bangsa mulia, kenapa sungguh kata-katanya, sedangkan melayu seluruh dunia, kenapa kata melayu hina, tiada agama menyembah berhala, bukankah itu simbol sahaja, bukan tuhan menjadi rupa, kenapa tak paham akan asalnya, melayu itu agama asalnya, bukan hindu ataupun buddha, atau animisma anutannya, hanya segelintir bergurau senda, kerana melayu bijak adanya, kalau betul disalahkannya, kalau salah dibetulkannya, dapatkah tuan menepis rasa, bila diri tak dapat dibela, dapatkah hukum berkata ia, sedangkan bukti terang dan nyata, baca sejarah didalam dunia, asal melayu menggoncang dunia, beribu tahun menjelajah samudra, beribu tempat menjadi kampungnya, kenapa melayu suka bermuka, malu berkata melayu dirinya, melayu mulia bercampur darahnya, bukan melayu sejati ibubapanya, bukan melayu asli asalnya, semang putih putih darahnya, amat sakti masin mulutnya, tapi kita nak elok saja, kalau boleh syed keturunannya, pedagang menjual membeli yang ada, anak dara kahwin percuma, kerana keturunan arab mulia, sedangkan melayu semuanya hina, kenapa sanggup menjadi pendua, melayu tetap satu bangsanya, takkan melayu tunduk sahaja, dimana maruahnya akan kita, sanggup menjual sanak saudara, kerana ingin darah baduinya, apakah kita sakai semua, tiada adat tiada martabatnya, aduhai melayu lupa dirinya, begitulah seloka paparan sahaja, tidakkah kita tahu akanNya, Dia itulah segala-galanya, melayu tahu hakikat tuhannya, melayu tahu jalan kepadaNya, melayu pemegang akan kuasaNya, melayu itulah panglimaNya, sungguh-sungguhlah hendaknya kita, mengenal akan ilmu melayunya, sudah lengkap sejak azalinya, tiada cacat tiada celanya, hanya melayu tak pedulikannya, kerana melayu takkan sama, bangsa melayu sakai jua, dimata mereka nampaknya arab jua, itulah hasilnya melayu rela, amat ikhlas lembut jiwanya, tak apa segalanya tak apa, kita ikut ajaran mereka, kepala dipijak tidak mengapa, tunduk akur sekelian katanya, pada bangsa rendah mutunya, pada bangsa kasar perbuatannya, pada bangsa tiada adatnya, mengenal hukum baru sahaja, sedang melayu berkurun lamanya, sudah hebat meneroka dunia, jangan ada kataku dusta, jangan ada dengki hatinya, jangan ada berkata hatinya, takkan melayu hebat orangnya, benarkah ini semua, tiada terdengar orang bercerita, itulah nasib pak pandir kelana, kerana bodoh jadi bidalannya, begitulah orang yang sombong dirinya, cerita direka melayu dihina, jangan percaya karut semata, melayu hebat penakluk dunia, bukan hamba takut matinya, bukan hamba kepada sheikhnya, bukan hamba pada dunia, bukan hamba harta dan benda, bukan hamba pada penderhaka, bukan hamba tiada harganya, itulah kita tiada ilmunya, mengenal melayu diatas cerita, bangsa yang tak suka melayu mulia, takut hilang pegangannya pula, baru tahu siapa benarnya, baru tahu asal usulnya, baru tahu melayu itu siapa, baru tahu melayu itu agama, barulah tahu perinya kita, menjadi panglima kebenaranNya, inilah cara melayu berseloka, panjang cerita berjela-jela, bukan karangan melengkar masa, bukan karangan bodohnya sahaja, bukan tinta selaut adanya, tapi hati terbuka hikmahnya, menyata akan petua yang ada, juga ilmu yang sah jadinya, kalau berhajat kita kesana, melihat isi akan selokanya, berkata sudah melayu mulia, hai sekelian melayu purba, tiada kita baca sahaja, jika ilmu tiada gunanya, jangan hidup khayalan sahaja, kenal diri hakikat namanya, kenal hakikat itu dirinya, kenal isi bukan kulitnya, kenal rasa telan isinya, sungguh-sungguh aku tidak ada, yang ada hanyalah Dia, dalam kitab peri-bahasa, dalam kitab peri-akala, dalam kitab peri-awana, dalam kitab peri-apana, dalam induk kitab dewata, tertulis ini kata paduka, mengenal dunia tiada isinya, mengenal diri tiadanya kita, mengenal awan kapas putihnya, mengenal gagak bulu hitamnya, mengenal gajah belalainya jua, mengenal harimau belangnya ada, mengenal manusia diatas namanya, mengenal Dia tiadanya kita, sarinya kita patinya Dia, sarungnya kita isinya Dia, adanya kita wujudnya Dia, bukan bercantum kita dan dia, bukan zat dua adanya, bukan diri seribu bangsanya, bukan kitab dua ertinya, bukan ada tiadanya ada, bukan tiada adanya jua, bukan ada kita jadinya, hanya rupa bayangan sahaja, anekarupa ekanya jua, amatilah wahai manimanaka, fikirkanlah hai manimanaka, sungguh-sungguh wahai rastana, kau itu zatnya tiada, hanya madah tempat bicara, kau itu kenyatanNya jua, hampadaran akan kehadiranNya, tempat nyataNya di bayangan dunia, ini cara bila bicara, tetapkan lidah dalam tekaknya, dirikan alif ditengah-tengahnya, kata yang satu itulah jua, pada kalam pembuka shariatnya, kata dan sabda tiada sama, satu lisan satu wadahnya, satu gurindam tiada bernada, satu lagu serta irama, kalau cempadak diluar pagarnya, jangan galah jadi taruhannya, kalau kerbau tertambat hidungnya, kalau manusia ditambat nafsunya, kalau sungguh menyata kalamnya, katakan sungguh AKU TIADA, baru alim akan ilmuNya, baru paham otaknya kita, tiada terbicara akan isinya, selagi sedar diambang makhlukNya, bukan ghaib pilihan hatinya, nescaya sesat kefahamannya kita, bila kata aku tiada, kata restu lidah berkata, katakanlah hai rastana mulia, bahawa AKU memang TIDAK ADA, ucapan ini intinya senjata, jihad akan akal nafsunya, ini hijab mengenal lentanya, ini ucap kabilah tentera, ini hikmah kiai panglima, ini jampi sekelian mentera, ini perang sabil abila, baca serapah ucapkan ia, ini ayat turun kedunia, sakti akan restu paduka, mengenal diri seada-adanya, ucapkanlah hai manimanaka, ucapan agung pembuka kasafnya, fisabilillah akan jahilnya kita, temburu agung teratai kuasaNya, yang manata rahsiamu jua, menghancurkanmu mendirikan Dia, meliputi dirimu menembusi hatimu jua, tahtaNya maha sepi maha sunyata, samudra kebahagian swargaNya, titipkan kun tetapkan fayakunnya, tetapkan lidah mulut berkata, titipkan kun ini wahai rastana, di kalimah dirimu sebagai rahsia, kalimah satya maha suchinya, dipuja dibaca mengenal Dia, moga menjadi azimat hidupnya, moga menjadi pelengkap ilmunya, moga menjadi nyanyian siulnya, moga menjadi penampan marahnya, moga menjadi selamat perjalanannya, moga menjadi dinding naraka, sangkar selubungku kebenaranmu jua, wahai rastana merpati asmara, jangan sekali-kali alpa, dan lupa asalmu itu tiada, dan kembalilah menjadi tidak ada, kau bukan ciptaan seperti dikata, bukan seperti ayat tertera, bukan seperti kata kitab dunia, itu semua cakap sahaja, belum tahu asalnya kita, mengaji pada guru yang buta, buta hurufnya tak pandai membaca, baru sedikit ilmu didada, serasa dunia dalam tangannya, yang bodohnya adalah kita, mengikut pangkat memuji rupa, sedang hakikat tiada nyata, tiada berani hujahpun tiada, kita jadi pak sanggup sahaja, ia mereka ialah kita, asal melayu masuk syurga, hanya rasa benar adanya, lebih teruk bandingkan ia, pak kaduk kalah kerana soraknya, melayu alah kerana sombongnya, kemana hala anak cucunya, mengikut sibuta tiada tongkatnya, mengikut bahasa tak paham ertinya, mengikut adat bukan nenek moyangnya, bila mengaji seronok nafsunya, maklumlah pandai merentak bahasa, kesat bunyinya tiada dirasa, kasar hurufnya tak nampak apa, habis melayu kurang ajarnya, kerana mengaji jauh tempatnya, sedangkan Dia dimana sahaja, dikampung kita banyak pendita, kalau melayu banyak celanya, kalau arab mulia sahaja, kalau keling dipandang hina, kalau cina duit sahaja, kalau wahyu pandai berkata, nescaya kebenaran hancur jadinya, bukan kerana akan isinya, kerana membaca terbalik hurufnya, itulah kita melayu tak kan lupa, asalnya kita darilah dewa, bukan binatang yang ada melata, hanya pandai berkata-kata, hujah mana hadis keberapa, barang yang lama belum tentu benarnya, yang barupun andaian sahaja, dua ribu tahun sebentar sahaja, kita melayu dah lama didunia, tak perlu diajar tata caranya, bukan melayu tiada ilmunya, tapi tiada mahu belajarnya, anak cucu ditutupkan telinga, bakar kemenyan dah shirik pula, bahasa hanya aliran bangsanya, rasulnya pula untuk kaumnya, adakah jagad berkata sama, samarupa sama rasanya, dapatkah kita memikirkannya, takkan mangga betik buahnya, takkan kerbau kambing ibunya, takkan tiung tekukur datuknya, takkan madu pahit rasanya, takkan malam terbakar bahangnya, takkan hujan merah warnanya, takkan pelangi tiga warnanya, takkan bulat lonjong rupanya, takkan kata membawa makna, hanya hiasan akan maksudnya, bukankah zahir ada ghaibnya, apa tersurat ada tersiratnya, ada ayat ada pengkalamnya, ada agama ada tuhannya, ada pungguk ada bulannya, ada aku adakah lawannya, kalau bijak bermain kata, lidah ular bercabang dua, lidah manusia tiada tulangnya, jika diambil akan saksinya, nescaya lemah akan dalilnya, kata ilham dibawa dijiwa, turun dari istana nafsunya, dapatkah tuan memahaminya, yang mana nafsu luar alimnya, yang mana jahat tasbih ditangannya, yang mana arif serban tebalnya, yang mana bersih atar minyaknya, dapatkah dosa dibasuh tangannya, dapatkah mandi hapus wajibnya, bukankah ia syarat sahaja, bukan benar tiada ertinya, selagi jiwa tiada gelora, selagi itu dosanya kita, Tuhan kita sentiasa ada, dalam dosa dia saksinya, dalam pahala dia jaksanya, shuhadat mana tauhid tiada, yang satu tetap tiada duanya, tauhid mana kosong sentiasa, itulah Dia sentiasa ada, kau kata tetap aku ada, bila nak sampai hujungnya cerita, habis tinta tak kiamat dunia, habis melayu hancur dunia, wahai rastana berhati mulia, kau adalah karya bukan karyaanNya, mulacipta dialam malayarva, titisan kuasaNya hidup menjala, menjadi pohon hayatul mula, insan ingsun insan adama,insan ingsin insan hawanya, NISTA AKU INING GUSTIMA, GUSTI AGUNG PANGERAN ADIMULA, ADISAKTI MAHARAJA INDRA, ASALKU DARI KETURUNAN DEWA, DARI KAHYANGAN TURUN KEDUNIA, MENJALAN TUGAS SEBAGAI PANGLIMA, PENEGAK DHARMA MELAYU PURBA, TRIBUAWANA NAMA ASALKU JUA, TIADA NISTA SEGALA KATA, INI PESAN DIHATI KUKATA, SELAGI MELAYU KUTETAP BERAJA, ingatlah wahai rastana kawula, nyata dirimu berbayang tiada, jika berbayang tiada rupanya, jika berupa itu bayangNya, jika itu bayangNya Dia, dimana kita carikan ia, dapatkah kita memikirkannya, engkau itu karyaNya jua, nukilan rasa akan kuasaNya, bukan rupa ciptaan tercipta, tapi keindahan yang menggamit cipta, kau cindai gelora samudra, samudra kasih akan cintaNya, rupaciptamu cahya purnama, sinaran mentari sukmanya ia, makhluk gandinganNya bayangan dunia, jangan sesekali mudah diatasnya, sastrana ini bukan rupanya, hanya bau akan sucinya, hanya wangi akan aromanya, hanya rasa terbit dijiwa, hanya ilham pembuka kalamnya, hanya sajak gurindam syairnya, hanya ayat bermain dimata, jika ini nampak dimata, jika ini kata didada, jika ini hakikat pegangnya, jika ini kebenarannya, kelak kau sesat selama-lamanya, tiada bertemu kamu rastana, pencarianmu itu hampa belaka, mengaji ia tiada gunanya, khatam kerana nak cukup syaratnya, bukan cuba akal diguna, bukan cuba hati merasa, bukan hikmah digali jua, hanya mainan sementara sahaja, takut melayu bukan dirinya, takut agama kafir jadinya, takut nabi tak mengaku umatnya, takut shafie tergelincir jalannya, takut maliki untungnya tiada, takut hambali bodoh dirinya, takut hanafi daif dirinya, takut jibril wahyu tak terbawa, takut mikail rezekinya tiada, takut israfil patah serulingnya, takut izrail mati akhirnya, takut apa melayukan ada, apa guna sastra dibaca, iktibar tiada menjadi apa, peribahasa hanya iklan dimata, seloka hanya gurauan sahaja, lagu hanya dendangan nak dara, puji hanya pada yang tiada, meminta jauh diatas sana, pada dia dah ada pada kita, cuma buta hatinya jua, jauh sanggup bergadai harta, dekat ada tak peduli sahaja, bagai kera dihutan sana, diberi makan sesedap yang ada, anak sendiri dekat tak terasa, akhirnya mati sakit jiwanya, itulah melayu bidalannya ada, kalau ia katakana ia, kalau cinta katakana cinta, kalau berjanji biar benarnya, jika berdaleh banyak alasnya, jika dikota peri lakunya, kerana hanya mahukan harta, kerana mahu dipuji manusia, kerana nak Tuhan melihat dia, seolah-olah Tuhan bermata, melihat kita solat adanya, tak tahu dia akan Tuhannya, sentiasa ada bersama-sama, bukan mata melihatnya kita, tapi jiwa tiada gelora, tapi hati masih buta, mengikut sibuta butalah kita, hendakkan mata sajian nafsunya, hendakkan warna indah shahwatnya, hendakkan sedap atas katanya, hendakkan pahala atas amalnya, tiada malu akan dirinya, sudah dikata bahawa sesungguhnya kamu tidak ada dan tidak mungkin mendapat apa, kerana diri memang tiada, hanya zat yang maha kuasa, berdiri dengan sendirinya, itu Dia sentiasa ada, dulu kini dan selamanya, kita ini semunya sahaja, untuk Dia menyatakan Dirinya, takkan tak paham bahlul otaknya, kata berguru beribu kitabnya, kata islam mulia dirinya, dikata kafir tak percaya pula, kata orang sesat semua, diri itu apa kurangnya, adakah nampak shaitan dimata kita, nampakkah akan lakunya kita, berajakan nafsu sampai tuanya, bila mati tiba masanya, baru tahu diri itu buta, sebab hidup tiada berguna, jasa mana pula hendaknya, jangan diikut yang buta hurufnya, jangan percaya yang tak pandai membaca, kalau benar tunjuk benarnya, sembahyang ada jahatpun ada, inikah jalan kita manusia, hanya suka berdaleh sahaja, bila benar lari semua, bila ditanya sesat katanya, bila diajar tak masuk akalnya, bila dikata sesat dah kita, mati hingga hidup semula, tetap tak mahu tobat akannya, selagi Melayu hanya islamnya, selagi itu tiada saktinya, selagi itu tiada apa, selagi itu binatang melata, selagi itu melayu durjana, selagi itu dihukum didunia, selagi itu buta hakikatnya, selagi itu nyanyuk lakunya, selagi itu takkan dewasa, selagi itu kafir dirinya, selagi itu dirinya tersiksa, selagi itu tiada akhirnya, kelana orang yang gila, tiada tahu akan tujunya, hanya pedih jiwa merasa, tiada tahu apa dosanya, diatas dunia sedih sahaja, tiada gembira akan yang ada, dimana sahaja dia berada, tak cukup ada kurangnya, kalau seronok hanya nafsunya, kalau suka sementara sahaja, bila tua tak larat kemana, baru terfikir hidup sia-sia, belum tahu akan akhirnya, belum tahu menang kalahnya, kalau menang ada piala, kalau kalah terima sahaja, tapi kita tergantung tak kemana, hati resah ajalkan tiba, baru terasa bahang nafsunya, menjadi teman setia didunia, bukan diri dikaji jua, bukan ilmu mengenal tuhannya, hanya doa dan kitab agama, sebagai alas buat amalnya, selagi jiwa tiada gelora, manakan dapat habuannya kita, ingatlah hai manimanaka, nikah gantung sebaik adanya, nikah islam mas kahwin upahnya, nikah melayu serba satu hantarannya, nikah batin enak tiada bunyinya, nikah rasa menguak kalbunya, nikah jiwa bersatu kehendaknya, nikah haram itulah yang ada, nikah halal hanya disyurga, nikah kontrak yang takut zina, nikah zina tiga puloh ringgit sahaja, nikah anak bapa yang papa, nikah ibu hendak kasihnya, nikah bapa gatal badannya, nikah tiga seronoklah kita, nikah yang sah empat saksinya, nikah yang sahih hadis bacanya, nikah yang laku tak lama menjanda, nikah yang tua dah lama menduda, nikah agama sempuran nafsunya, nikah empat terbaik baginya, sembilan tidak menjadi apa, apa yang penting nafsu tak siksa, nikah adat melayu pengantinnya, nikah akad Akulah dirinya, baru pengantin selamat kahwinnya, baru kenduri ada afdalnya, baru senang hati ibunya, baru bangga akan bapanya, berdoapun jadi segala kehendaknya, tok imam senyum tiada giginya, kerbau seekor terkorban jua, hutang dipinggang pening kepala, ini adat melayu kita, biar papa asalkan bergaya, selagi adat kita beragama, jahat hati tetap mulia, jahat nafsu tetap terbela, jahat laku tak nampak jua, jahat kata dalilnya ada, jahat manusia islamnya dia, tempat sandaran nafsu sahaja, bukan untuk berbakti kepadaNya, hanya alas pelapik kata, hanya hadis bukhari yang ada, apa katanya sahih belaka, begitulah kita teramat hina, jalan ketuhan ada kiraannya, kalau subuh dua rakaatnya, kalau isyak empat rakaatnya, bila tidur hilang akalnya, bila jaga nafsu dicarinya, bila kerja duit hendaknya, bila berkawan dapat diguna, bila nikah nafsulah jua, tiada ruh itu hendaknya, tiada beribu tiada berbapa, tiada jantan tiada betina, bolehkah halal binatang namanya, sembelih atas nama yang Esa, elok kita gantikan Dia, mati shahid akan shurga tempatnya, bukan binatang mendapat puja, hanya manusia teramat cela, kata berbuah harum swarga, dalilnya hebat empat puloh hadisnya, hafal akan segala isinya, tapi malang diulangkan sahaja, bukan untuk dikaji maknanya, benarkah kebenaran akan hendaknya, atau adat kita beragama, biar mati adat jangan mati agama, begitu resam diatas dunia, biar ada dari tiada, walau hanya bayang sahaja, asalkan tiada tahu helahnya, kalau kemasjid menunjuk muka, kalau tahlil kuat suaranya, kalau khairat dia imamnya, kalau bersunat dia mudimnya, kalau bersyarah dia tukang karutnya, kalau mengaji cepat khatamnya, kalau dipuji kembang juburnya, kalau dikeji kecutlah pula, kalau dimaki terkencing dia, inilah rupa melayu hadarinya, bukan islam pedoman kita, bukan kebenaran dicarinya jua, tetapi yang sedap untuk berkata, yang enak saja ditelinga manusia, agar dipuji hebat dirinya, tasauf dibicara ternganga-nganga, hakikat dikupas tujuh jam lamanya, surau usang tempat syarahnya, kalau dimasjid yang diiktiraf sahaja, kalau terkenal tiga ribu harganya, kalau PAS, UMNO kutuknya, kalau UMNO, PAS musuhnya, inilah alkisah tersebut kisahnya, melayu tetap melayu jua, ditegur salah ajarpun sama, ini hakikat dirinya kita, selagi hidup melayu orangnya, sakit hati permainannya kita, santau sahaja itu jawapnya, kalau merujuk ustad yang ada, yasin dibaca tak jadi apa, kerana melayu lupa dirinya, hancur dikunyah dimamah masa, sudah hilang jati dirinya, sudah lupa asal usulnya, sudah tak percaya akan keturunannya, sudah hilang bau melayunya, sudah pana melayu dirinya, sudah ditiup entah kemana, sudah merana rosak perutnya, sudah gila hilang akalnya, konon tidak menyembah berhala, tapi nafsu itulah tuhannya, belajar sampai ke negeri Cina, mencari ilmu pelengkap dada, itu suruhan nabinya kita, tetapi kenapa bebalnya jua, tersusun kitab mengindah pustaka, benar kata atas jawatannya, bukan hikmah diberi Tuhannya, tapi mengikut upah gajinya, kalau banyak benar katanya, kalau sikit ada salahnya, sampai mana melayu dirinya, seloka pantun sudahlah lupa, diganti hadis bukhari yang punya, Radiallahuanhu pangkat dipuja, bukan Abdullah yang amat setia, tapi melayu tak kenang jasa, kata mana hendak dikota, bahasa mana nak ditahfizkannya, bukan hikmat dicari dia, tapi sedap dendang lagunya, hanyut sentiasa diatas dunia, konon ini bahasa syurga, tuhan kita arab ke orangnya, atau muaalaf masuk jawinya, atau cina bangsa dirinya, atau mat salleh asalnya dia, atau melayu itulah dirinya, jangan kata aku menghina, yang lain muliakah kejadiannya, asal kita pembina budaya, bukan asal jahilnya kita, kenapa yang jahil hendak dipuja, melayu bijak tak nampakpun dia, lihat hang nadim bijak akalnya, kecil sudah pandai berkata, todak lawan alahlah kita, batang pisang menjadi jasanya, tapi melayu tak sanggup pula, nampak bodoh akan dirinya, nadim mati disuruh raja, kerana melayu bodoh adanya, ambillah bidalan kata permata, bagi mereka yang ingin pana, katakanlah kamu itu tiada, yang ada hanyalah Dia, katakanlah wahai rastana, AKU ITU TIDAK ADA, sungguh-sungguh aku tidaklah ada, YANG ADA HANYA DIA, kau pastikan ini aksara, bersatu di lenjaran kajanganmu jua, nyata dikesedaranmu wahai rastana, “Asalku tiada dan aku pasti kembali menjadi tidak ada”, yang ada hanyalah zatNya, wajibul wujud ada selamanya, maha suci maha ada, berdiri dengan sendiriNya jua, inilah sebab wujudnya Dia, inilah sebab nyatanya Dia, kerana hendak akan diriNya, kerana hendak puji akannya Dia, tajjali itulah nama lakunya, taja itu mula akannya, jali itu hujung jadinya, kerana diri empunya rahsia, kerana empunya diri asalnya, kerana empunya diri hendaknya, kerana empunya diriNya jua, kerana empunya diri yang jaga, sedarnya baru sekejap saja, hendak menyatakan akan rahsia, rahsia berisi akan kaulaNya, kaula itu akan rahsianya, sandri menjadi akan majmukNya, raja menjadi akan tunggalNya, baru sempurna mengenal Dia, akan kehendak menjadi dua, walau dua dalam satunya, tetap tiada kebenaran mendua, tetap tiada ada satunya jua, bukan satu nombor sahaja, hanya bayangan diakal manusia, kerana manusia bebal yang ada, kawannya bodoh jahil adiknya, kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga, kalau otak sejengkal panjangnya, jangan kata ayat ini tiada gunanya, kalau jari sejengkal jua, jangan kata pena yang dusta, kalau diri sejengkal ukurnya, jangan kata ini semu sahaja, kalau jengking dua sepitnya, ketam sama akan tabiatnya, satu biasa satu berbisa, satu bahaya satu ada sedapnya, kalau melayu hebat orangnya, kita mesti bertuan jua, tanah sendiri tergadai adanya, pada penjajah penghina bangsa, bila merdeka seronok rasanya, sudah bebas menjadi hamba, setiap tahun mengenang jasa tuannya kita, mulia hatinya membebas kita, merdeka kita ditangan mereka, tak sedar diri melayu derhaka, bila berperang kehutan soroknya, bila dikeji marah hatinya, kita panglima gagah perkasa, itu hanya omong belaka, yang hebat sekerat saja, itupun nasib handal mereka, kalau tidak hamba selamanya, pada mereka topeng manusia, didalam hati buaya tembaga, inilah resam melayunya kita, dengar apa orang berkata, dengar nasihat imam berkata, sesesungguh nabi pernah berkata, hendaklah kita berakhlak mulia, kenapa hairan mendengarnya, kenapa melayu jahilkah dirinya, kenapa melayu tak ada adat resamnya, tidak melayu tinggi hemahnya, budi pekerti yang disanjung manusia, hormat akan ibubapanya, seolah melayu tiada yang jujur hatinya, itulah mungkin tafsirnya kita, bangsa kita jahil seperti arab jua, atau kita jauh pandangannya, dalam akan ilmu hidupnya, tiada mahu menunjuk pandainya, kerana ikut padi resminya, makin berisi tunduk jalannya, bukan suka mendabik dada, konon aku handal ilmunya, baru belajar mengenal agama, itu hanya kulit sahaja, dipegang akan kuat tangannya, takut hilang tak terkata apa, takut lari akidahnya jua, kerana melayu fasik belaka, khurafat saja amalannya kita, menyembah hantu dan saka moyangnya, hai melayu pendek akalnya, hantu dan peri permainannya kita, kalau jin kutendang sahaja, inikan shaitan tak jadi apa, bapak jin pun kutentang sehabisnya, tapi kata ini rastana, hanya mereka melayu dirinya, bukan sekerat doa dibaca, takut shaitan kencing mukanya, takut iblis sesatkan dirinya, kenapa merepek katamu manusia, didalam hati nafsu kau puja, bila dilidah Allah sahaja, bila disingkap akan hatinya, hanya kosong angin sahaja, masuk asap keluar asap jua, tiada hasil hidup didunia, hanya pandai berpura-pura, sudah gaharu cendana pula, dah tak tahu tak tanya pula, maklumlah dah tua usia badannya, kalau bodoh malu cucunya, kalau benar hendak akannya, jangan malu adanya kita, baru sempurna adat belajarnya, dengar dulu baru jawabnya, baca dulu baru soalanya, pikir dulu sebelum buktinya, dalami dulu erti maknanya, bukan sekadar membaca ayatnya, barulah tahu tujunya kita, ini seloka penghantar bahasa, ini madah melayu namanya, inilah cara melayu bersama, mendengar cerita ubat derita, membaca seloka pengenalannya Dia, diatas kita yang tiada ada, baru alim cukup akannya, baru guru ada muridnya, baru kitab ada faedahnya, baru baca dapat hikmahnya, mengenal Dia padamu jua, bukan didalam agama adanya, jangan mencari tiada berjumpa, kenalilah pada dirimu jua, bahawa kamu itu tidak ada, inilah bicara orang berbicara, bicara melayu bicara lama, suka pantun ayat seloka, dalam ilham pendamnya makna, dalam ayat terbenam rahsia, dalam nada tersirat ertinya, kalau melayu pening jadinya, kalah pendebat diakalkannya, isi kitab dipusing-pusingkannya, mana yang salah dibetulkannya, kalau betul disalahkannya jua, cakap depan belakang bunyinya, cakap siang pandang-pandanglah ia, bila dengar-dengarlah ia, cakap belakang depan duduknya, cakap mualim dibudak-budakkannya, cakap budak dimain-mainkannya, cakap bijak dibodohkannya, cakap bodoh bijak katanya, cakap pelat diajuk-ajuknya, cakap sengau di hidung cakapnya, kata yang alim salah katanya, kata yang jahil betul semuanya, itulah melayu yang bijaksana, katanya sama dengar tak ada, ayatnya biasa seolah tak bermakna, tiada lagu atau dengungnya, kerana arif bahasa dunia, belajarnya tiada tinggi hikmahnya, mencari salah untuk benarnya, bukan hukum kerana dosanya, kita manusia sama sahaja, jadilah mereka yang telah kesana, fana akan dirinya jua, arif bodohpun Dia juga, kembali akan mula jadinya,mengenali alif tidak berdirinya, berdiri sama tingginya jua, dudukpun sama rendahnya, melihat alif tiada wajahnya, kemana arah kau suakan muka, disitu kau lihat wajahKu sahaja, melihat batin sama zahirnya, alif itu ganti dirinya, terang tidak gelap tiada, tiada awal tiada akhirnya, tiada malam siangpun sama, tiada hamba tuhan sahaja, yang melihat itu tidak ada, yang dilihat itu ada, fahamilah ini wahai rastana, mencari permata dialam maya, tiada terbeza intan dan kaca, hanya kilau imbasan rasa, tiada ada tiada nyata. AKU TIDAK ADA, YANG ADA HANYA DIA, kata sakti wahai rastana, bagi mereka yang ingin fana, menjelajahi erti rahsia, empunya diri zatNya asa, merasai akan kebenarannya, merasai akan nikmat wujudnya, bukan lidah mengucap ia, hanya hati tuntun Dia, bukan hakikat telah menjelma, hanya shariat telah sempurna, bukan cerah langit putihnya, tapi bulan sinar wajahnya, bukan pungguk rindukannya, tapi rembulan menyeru manja, bukan kasih tiada nyata, hati masih belum dipuja, bukan seri penyeri muka, ayat tok pawang berkata adanya, bukan kitab habis dibaca, hanya berkat gurunya jua, bukan kalam habis tintanya, tapi penyair dah balik rumahnya, bukan dukun tiada ada, sibuk mengubat anak buahnya, kata orang diruang tamunya, sianu disampuk hantu raya, wahai rastana ketahuilah ia, jika kau kenal maksud cerita, bererti kau sudah menyedarinya, hakikat akan kebenarannya, kataku ini seratus semuanya, kosong lapan pelengkap aksaranya, menyatu dikesedaran dirimu jua, kekosongan hakikat membawa matinya, pada dirimu itulah jatinya, ilmu mengenal pesada Tuhannya, inilah makrifat yang sejat adanya, tiada AKU MENYINTAINYA hanya DIA YANG DICINTAINYA.YANG ADA HANYA DIA, itulah aku wahai rastana, ganti namamu wujud diriku jua, ganti adamu itu sifatku jua, nyata sifatmu bayanganku jua, zahir dirimu, kenyatan aku jua, aku segala kehendak yang ada, menyatakan diriku sementara sahaja, selagi aku masih berada, selagi itu kau tetap ada, kau hanya pemegang rasa, penzahiran rupa tajjali akunya, menyatakan rahsia kejadian makhluknya, menyatakan akan esaku jua, anekarupa makhluk yang ada, ekarupa jua hakikatnya, dimana saja kau suakan muka, pasti kau lihat penuh wajahku semua, menjadi pelindung kesementaraanmu sahaja, agar kau tetap jadi pelakunnya, diatas dunia pementasan hikayatnya, itulah aku tiada dirimu jua, pastikan benar tiada dusta, tiada kebenaran yang mendua, tidurnya aku ketika kau jaga, hilangnya aku sedar kau adanya, amatilah ini permata kata, hikmahnya jua sentiasa nyata, seperti kata pendita jugra, bunyinya ada kilatnya nyata, katakanlah hai rastana mulia AKU TIDAK ADA YANG ADA HANYA DIA.



3. SELOKA MELAYU SAMUDRA SANG SAPI

Dengar seloka dendangan gembala, siswa Melayu berkurun adanya, asal kalam seri paduka, disuratkan ia dikalamula, serat Samudra Sang Api namanya, serat Musa bani israil kiasnya, serat kamil pun ia juga, serat seloka Melayu gayanya, serat arat wangsanya jua, serat hukum bicara akannya, serat junjungan mantra pujanya, serat tama pujinya jua, serat harapa mulanya tiada, serat senja bingkisan rasa, serat sekupas isinya kata, serat permata matanya dunia, serat ehwal panji negara, serat paduka kalam tercipta, serat wahdah keemasan warnanya, serat wahdah putih sesucinya, serat ahdah duduklah kita, serat alif jua akannya, serat ba tanda jadinya, serat ta itulah dia, serat jadi manikam purba, serat nyawa makamnya purna, serat hati jantungnya ia, serat nafas akan alurnya, serat paduka diri empunya, serat serbat pelbagai guna, serat ilham untuk bicara, menjadi wahi khutbah pendita, dibaca sebagai kiasan bersama, agar munafaat sekelian yang ada, agar sentosa jagat nasuha, agar seronok kula menerpa, agar khayal hilang raganya, agar fana isinya manusia, agar sejuk bahang neraka, agar sedap dimakan khasiatnya, agar aman tubuhnya kita, agar menjadi petunjuk manusia, agar menjadi pandainya kita, agar menjadi sedar akalnya, sebagai pedoman iman didada, sebagai kebesaran Melayu beraja, sebagai hadiah yang hendak kesana, sebagai jampi siksanya jiwa, sebagai bantal letak khawasnya, sebagai penawar yang sesat jalannya, sebagai cahaya dikegelapan jahilnya, sebagai seloka usikan kita, sebagai ubat akan sakitnya, sebagai pengubat sepi hatinya, sebagai kitab untuk tatapannya, sebagai hadis renungan kalbunya, sebagai restu dari rajanya, sebagai mimpi yang tidur tak jaga, sebagai lukisan ilahi tandanya, sebagai nukilan abdi Tuhannya, sebagai sayap bebas terbangnya, sebagai awan berarak kelana, sebagai mega senja dah tiba, inilah samudra ilmu paduka, cepat tuan tetap duduknya, ayuhai tuan bukakan tirainya, wayang sudah nak bermula, wayang kuno ciptaan dewata, lengkap perkakas dengan dalangnya, seribu watak pemegang amanahnya, berdiri tegak sama rupanya, hanya nama saja bezanya, jalan cerita sudahpun ada, terbentang lembaran tertera seloka, marilah kita bacakannya, agar dapat ihsannya kita, belajar tauladan akan hikmahnya, ditanah berdaulat jadinya ia, ini seloka mula jadinya, diwayang orang dahulu kala, kisah si Musa empunya cerita, bukan ia sapi betina, bukan rekaan manusia yang ada, bukan angan panjang berjela, bukan terkalam dengan sendirinya, bukan dipena oleh sesiapa, bukan jin menuliskannya, bukan wahyu dari jibrilnya, bukan turun dari Tuhannya, bukan mainan mulut tercela, bukan akal menduga hebatnya, bukan nafsu kuasanya ia, bukan mata melihat akannya, bukan rasa mabukkan jiwa, bukan kitab arab bahasanya, bukan disalin Melayu jadinya, tapi nukilan paduka raja, dari titah bertukar rupanya, dari titah watikah jadinya, dari kata menjadi sastranya, dari kalam menjadi seloka, hanya Kun dari mulutnya, dari tiada menjadi adanya, dari ghaib menjadi zahirnya, inilah asal seloka tercipta, inilah seloka permata katanya, inilah sastra tersirat hikmahnya, inilah kata bersulam kebenarannya, inilah baca menjadi menteranya, inilah hakikat jadi intinya, inilah jampi menjadi doanya, inilah damba akan Tuhannya, inilah syair kelana dirinya, inilah kisah jadi tauladannya, inilah tunjuk jadi ajarnya, inilah bentuk Melayu adanya, sastra abadi induk kitabnya, tujuh lapis tiada warnanya, bergerak ayatnya bila dibaca, bergerak hurufnya membentuk rupa, sekelian tanda aksara dunia, sekelian nyata kata manusia, akan jin malaikatpun sama, satu bahasa tiada taranya, sekali pandang wajah yang sama, dua kali pandang fana dunia, dilihat dekat kecil akannya, dari jauh tak nampak akhirnya, tiada siapa tak gilakannya, tersurat segala zahir batinnya, akan cerita dialam maya, dari mula masa tercipta, kerana gerak akan hurufnya, siapa yang baca ghaib batinnya, indah terbuka pintunya syurga, barang dicita ada didalamnya, pelbagai ilmu hikmat hebatnya, segala rahsia terkandung akannya, inilah kitab akannya paduka, hikayat Melayu jua namanya, tintanya pandan wangi sentosa, pati sekelian cakrawala, kembara akan sekelian warga, kembang akan isi dunia, terbit segala cahaya sinarnya, geliga akan segala cita, asal tulis papan tandanya, cipta pertama akan saksinya, awal bermula kata akirnya, ini seloka benar adanya, untuk mereka yang ingin pana, asalkan jangan lidah berdusta, jangan hati ada hasadnya, jangan berdaleh bila ditanya, jangan mungkir akan janjinya, moga kita dapat berkatnya, sajian ini untuk kesana, bukan disini khayal sahaja, demi mereka yang telah terjaga, mula dengan nama Tuhannya, Tuhan Adam Ilahi Alam, Tuhan Asa Makrifat Sifatnya, AdiTat Ila Zatnya, ini kisahnya hasrat seloka, menyampaikan kisah akannya Musa, jabal amrat tempatnya Sunda, terkenal juga nama Atala, duduk Sivat diatas petala, mengaji Musa pada kalamnya, sudah lengkap jadi dirinya, sembilan bulan sepuluh harinya, lengkap hati lengkap akalnya, dari kecil sudah bijaknya, disuruh berguru pada batara, diasuh hinggalah dewasa, sudah lengkap kaji akan dirinya, sudah lengkap ilmu senjata, pelbagai hikmat ilmu mantera, tiada kurang akan hukumnya, arif akan isi dunia, walau syurga atau neraka, alam ghaib juga diketahuinya, lengkap segala amal diksanya, maka Musa dalam tapanya, menanti tiba akan masanya, kedunia kita menjadi gembala, akan kaum israil namanya, inilah seloka hikayat akannya, bukan cerita dikala duka, bukan dongeng si anak muda, atau kisah penglipur lara, buka hatimu bila membaca, buka akalmu mudah terima, buka matamu tatapi akannya, buka selubungmu bogelkan ia, buka sedarmu agar kau tak alpa, buka segala akan yang ada, kosongkan fikir tumpukan ia, hati-hati jangan gopohnya, baca perlahan pahamkan maksudnya, jangan cepat samakan lajunya, jangan lambat akan bacaannya, jangan terlalai tertinggal ayatnya, jangan ingat hafal akannya, ulangkan ia sehingga nyata, hikmahnya itulah akan maksudnya, bukan ayat bermain dimata, nescaya cerita lain jadinya, jalangan dunia memukau rasa, hairan rasa terpukau dunia, hairan lagi bodoh manusia, lebih hairan tak terasa dirinya, kenapa jahil akan keadaannya, kenapa kejam akan fitrahnya, kenapa lupa shuhadat tauhidnya, kenapa mungkir alastu rab nya, kenapa tak ingat akan kejadiannya, kenapa masih kafir agamanya, kenapa tak tetap akan fikirannya, kenapa masih ragu Tuhannya, sehingga bumi menjerit sakitnya, sehingga pokok tumbang semua, sehingga binatang pupus adanya, sehingga lautan kotor merbahaya, sehingga unggas tiada bersuara, sehingga cuaca berubah jadualnya, sehingga angin lain arahnya, sehingga manusia lemah jadinya, sehingga melayu arab jadinya, sehingga seru sampai padanya, sehingga ada hukum atasnya, sehingga dikutuk akan dewata, sehingga iman rosak binasa, kerana mangsanya hati durjana, inilah bermula israil bangsanya, dilidah Allah didalam Nafsu sahaja, berajakan hasad memerintah jasadnya, jadi khalifah menteri keinginannya, menjadi penguasa untung dunia, menjadi Agung duit kuasanya, menjadi kaya yang lain kulinya, menjadi ketua yang lain kuncunya, menjadi imam yang lain sesat sahaja, menjadi Islam, tolak dirinya yang lain kafir semua, menjadi guru tiada wali hanya dirinya, yang lain hanya hamba sahaya, yang hanya dungu belaka, yang lain bodoh tak tau apa, yang lain cukup minum sahaja, yang lain rumah murah sahaja, yang lain gaji cukup bayar hutangnya, yang lain mati tak kisah kuburnya, yang lain tak ada serupa ada, siapa engkar dibunuhnya, siapa melawan dipenjarakannya, siapa musuhnya disantau sahaja, siapa ikut senang hidupnya, siapa akur mendapat habuannya, ini ikutan syaitan sahaja, sama suratan sapi betina, bila sarat menanggung dosa, baru nampak akan celanya, tapi lumrah melayu kita, selalu terlambat hancur jua, ketika tiada yang sanggup terima, berdoalah baru pada yang Esa, kerana lemah tiada bermaya, musuh nafsu kuat adanya, habis diri habis pusaka, dimakan nafsu api shahwatnya, bila sampai akan tikanya, paduka Musa dihantar membela, kerana anak cucu dah cukup sengsara, kerana yang berada tak pedulikannya, hidup merana ditimpa bala, tiada senang susah sahaja, ketika dikabar akan berita, panglima melayu akan tiba, riuh sekampung semangat membara, menanti Musa dinusantara, bila senja hampir tibanya, datanglah Musa ditanah kampungnya, melihat umat hodoh belaka, kerana angkara nafsu durjana, tiada yang cantik cacat belaka, tiada yang mulia hina semuanya, tiada yang kuat lemah yang ada, apa nak jadi dengan kamu manusia, Musa menggeleng hiba hatinya, melayu hilang akar umbinya, manusia hilang kemanusiaannya, hanya binatang merata-rata, hanya pandai berkata-kata, hai bani israwi Musa berkata, tuhanmu Esa gagah perkasa, berdiri sendiri tanpa yang lainnya, kenapa hancur dunia jadinya, kubawa mati kalian semua, ku bawa menuju bakti padanya, syurgawi itulah tempatmu jua, kelak selesai tugas didunia, andai kau nafi diri binasa, nafi itu Melayu derhaka, takut nafsu menuduh dia, kerana dia sahabat setia, dibawa sama kemana-mana, ditelan api jahanam jua,kenapa lupa asalmu dewa, hai sekelian Melayu yang ada, kalian warga wangsa pertama, kalian sandri paduka raja, kenapa tak taat akannya dia, bukankah dikalam didulu kala, Melayu itu ada rajanya, kenapa diam kamu semua, tak adakah sampai ini berita, kita semua salah belaka, kerana tak mahu mencari Dia, tak mahu mengaku rajanya kita, tidak percaya dia ada, tidak yakin akan kuasanya, tak terima kasih akan rahmatnya, tak terasa Melayu dirinya, hanya budaya asing dibawa, kerana nenek moyang kafir adanya, kerana arab mulia agamanya, kerana Melayu sakai ke asalnya, kenapa bodoh amat bodohnya, selagi hidup dikandung bunia, takkan Melayu hilang didunia, paduka raja berpesan adanya, kamu semua panglima dunia, tapi lihat cerminkan muka, bayangan itu rupa bangsanya, bukan kita sudah adanya, sebelum manusia mengenal dunia, apa bukti mencari helahnya, malu mengaku Melayu dirinya, malu kerana Melayu celanya, malu kerana Melayu jahatnya, malu kerana Melayu tiada panduannya, atau hanya nafsu sebabnya, mengejar harta setiap masa, mengejar pangkat banyak duitnya, mengejar nama dipuji manusia, tiada akan mendapat apa, kamu tetap manusia biasa, hanya Melayu sakti orangnya, hebatnya dia diatas dunia, menjadi panglima penghancur dosa, pemburu sekelian hantu puaka, diatas dunia jahat sahaja, tiada kesal tiada kesannya, ruhnya mati begitu sahaja, ruhnya merajuk tiada lagi bersama, ruhnya terbang hilang kemana, ruhnya bodoh atas nafsunya, ruhnya lari daripadanya, ruhnya tak nak bertuan padanya, ruhnya lemas dalam dosanya, ruhnya hilang segala kuasa, ruhnya buruk tiada terjaga, ruhnya hancur badan binasa, inilah ragam manusia raya, inilah ragam tiada syukurnya, inilah ragam tiada ilmunya, inilah ragam salah anutannya, inilah ragam pembunuh jiwa, inilah ragam sesat pegangannya, yang intan dikata kaca, yang kusam katanya permata, yang batu katanya berkuasa, yang wahdatul-wujud ibnu arabi punya, yang mengaji kata imam ghazali hebatnya, hakikat insan jadi taruhannya, guru yang ada hanya tiung berkata, yang pandai menulis tiada isinya, yang arif hanya shariatnya sahaja, yang hakikat dah sampai Tuhan katanya, yang bodoh nganga sahaja, nak tanya tak paham apa, nak kata salah cerdikpun tiada, cakap nak besar sahaja, itulah Melayu madu dibuangnya, pahit ditelannya, sampah dimakannya, tahipun dia nak juga, apa dah jadi sampai sekarang bodoh sahaja, solat nya hanya kewajipan sahaja, bukan atas dasarnya cinta, kerana bini makan rumah sahaja, kalau kasih dimana sahaja, harga jangan ditanya abang bayar semuanya, itulah nasib anak cucu kita, nescaya mati tiada zuriatnya, kerana melayu tiada lagi atas dunia, hanya rupa yang tinggal sahaja, tinggal bayang wayang kulitnya, tiada semangat seperti adanya, takut hilang saktinya kita, Melayu sekarang pak turut sahaja, apa orang cakap ikut sahaja, asalkan dapat hajat nafsunya, kita duduk diam saja, Paduka Musa berbicara adanya, hamba ini utusan yang mulia, menunjukkan jalan diatas dunia, atas kurnia limpah paduka, menjadi gembala kamu semua, hamba bukan kekal adanya, kamu semua lupa asalnya, bila susah minta Tuhannya, masa senang lupa akanNya, hamba ini anak kumara, didiknya akan ida batara, sebab hamba dihantar olehnya, agar kutunjuk Melayu perkasa, agar kutunjuk Melayu hebatnya, agar kutunjuk Melayu panglima, agar kubukti Melayu saktinya, mari sekelian sandri yang ada, duduk disini kuajar mentera, moga kau lepas akan kutukannya, agar selamat kembali padanya, ingat kalian bukannya hamba, tapi tentera bala paduka, kalian sandri hebat belaka, pulihkan diri kembalikan asalnya, sucikan hati jauhi nafsunya, kajilah diri ketemu akanNya, tiliklah diri kamu hulubalangnya, masyur Melayu tersohor didunia, bukan hamba menyembah nafsunya, tetapi berjuang menentang musuhnya, walau nampak ghaibpun sama, selagi Melayu kutentang semua, bukan cerita karangan biasa tapi Empu yang bijaksana, serat dicarek dipuskara sunda, tempat awalnya hidup bermula, bukan tanah baru jadinya, sudah tenggelam timbul adanya, baca hikayat dipurba kala, tanah Melayu luas jajahnya, kamu baru turun semua, bukan lahir tiada asalnya, bukan ini negara kita, mari kubawa kamu kesana, asalnya kita darilah dewa, bukan kacukan moyet dan kera, ingat kita dah lama ada, bukan baru mengenal dunia, itulah hamba datang berkelana, bercerita hikayat paduka, agar Melayu dapat merasa akan hikmat Melayu adanya, bukankah dikata Melayu ada asalnya, bukan dari sakai asalnya, tetapi kahyangan indra pura, itulah asal semuanya kita, bukan manusia empunya tempatnya, hanya untuk Melayu sahaja, ingat-ingat pesan paduka, jangan tertipu semu dunia, ramai yang datang mengaku hebatnya, bila dijentik menangis pula, jangan disangka ramai tahunya, ilmu paduka bukan mudahnya, jangan ingat hakikat dah baca, makrifat terasa sampai sudahnya, ingatlah sekelian Melayu durjana, kalau diri terasa alimnya, belum tentu alimnya ia, kalau diri terasa hebatnya, semua itu nafsu belaka, ingat akan hai israil alpa, ketika tersiksa dan diduga, menjadi hamba penjajah yang ada, baru terasa sesak didada, tujuh keturunan menjadi hina, kerana mengikut budaya yang ada, tak sedar diri mula eloknya, akhir dimakan janjinya hampa, tulah raja atas rakyatnya, bangsa asing diagungkannya, bangsa sendiri dipandang hina, bila malam menjelang tiba, masing-masing terasa beratnya, berdoa agar terlepas cengkamannya, berdoa agar kembali ke asalnya, nasib baik ada kasihnya, paduka Musa datang menyelamatkannya, mendomba israil ditanah asalnya, namun segelintir percaya akannya, semasa Musa bersama israilnya, diajar akan asalnya kita, suatu masa dahulu kala, tercipta negara besar adanya, seluruh dunia kesana adanya, dataran Sunda terkenal adanya, tanah ibunda yang tercinta, edam kamula syurga dunia, tempat ketuhanan ilmu gudangnya, pelbagai pendita penuh disana, perwira srikandi pengawalnya pula, tidak kira gergasi ataupun manusia, pelbagai jenis pelbagai rupa, sekecil-kecilnya sebesar-besarnya, tinggi rendah sama sahaja, tetap Melayu itulah jua dirinya, lihat betapa ramainya disana, sekelian resi berkampung adanya, tak kurang dewa turun kesana, jika dikata bagaimana hebatnya, laksana permata penuh dunia, segala yang ada emas salutnya, petapa menapa dimana digunung mahendra, puncak indra mahameru namanya, pundit dan pandit bicaranakata, brahmana aryana aslinya gita, rumpunan harta Melayu garhanya, tempat dharma disanjung mulia, itulah semua Melayu belaka, tekun belajar mencungkil rahsia, akan rahsianya alam semesta, bimbingan akan guru betara, diberi ilmu sentosa ruhnya, para siddhanya pemegang kuasa, bertaman pustaka amanah paduka, seloka dibaca agamanya jua, tiada dengki tiada hasadnya, semua manusia aman sentosa, tiada ada hura hara, maka ketika sampai masanya, zaman berkalih berubah masa,kehendak akan bertukar tempatnya, maka bencana datang melanda, tenggelam seluruh benua kita, kini kisah berulang semula, hai israil jangan berduka, hamba datang menunjukkan jalannya, jangan gusar dihati semua, jalan kubawa ada benarnya, takkan sesat selamanya, ingat akan samari datangnya, mendalang diri menjadi ketua, israil akur ingat dia nabinya, tapi tiada terlihat akan lakunya, mementing diri dan kuasa yang ada, israil menjadi hambanya sahaja, konon Tuhan menguji kita, suruh sembahnya luaran sahaja, dihati tak perlu rasa adanya, cukup shariat sempurna agamanya, dapatkan pahala bidadari syurga, lebih mulia dari mendapatkanNya, manusia hanya sembang sahaja, takkan terbuka pati rahsianya, selagi shariat itu ikutnya, selagi tertib badan utama, bukan hati puncanya jua, selagi itu samirinya ada, menjadi kafir sekelian dirinya, kafir kerana jahil hakikatnya, menyembah sapi berapi mulutnya, hukum hakikat gila katanya, takkan manusia dapat kesana, sapi berkata nak buat apa, samiri kata kenapa nak pandainya, bukankah kita shariat agamanya, nak buat apa selam rahsianya, manusia cukup sembahkan badannya, biar berulat itu tak apa, dikubur malaikat menjaga, bidadari bersama melayan kita, tak cukupkah wahai manusia, jangan dengar Musa bicara, bicaranya itu sesat adanya, adakah tugas kita mengenalnya, cukup sembahnya walau tak nampak Dia, kitab ada jadi pedoman kita, empat imam cukup saksinya, cukup hanya diatas dunia, puaskan nafsu dengan anak dan bininya, cukup tak payah menjadi musafirnya, manusia tetap manusia jua, hanya binatang yang pandai berkata-kata, kenapa kalian bodoh belaka, tuhan kita tuhan yang asa, bukan tubuh pengganti adanya, bukan nafsu hakikatnya manusia, tapi ruh yang berkuasa, atas kita itu geraknya, tapi manusia buta matanya, seolah-olah Tuhan melihat kita, besok mati apa gunanya, Tuhan kita seolah-olah melihat kita, jangan takut akan Tuhannya kita, seolah-olah Dia melihat kita, paham kah tuan bicara kita, takut hanya dengar sahaja, dalam hati tertawa-tawa, tapi jiwa tiada jua gelora, pandai berhujah atas yakinnya, bahawa dia itu hamba Tuhannya, sedangkan dihati nafsu yang ada, itulah batinnya manusia, hakikatnya hanya nafsu dirinya, menjadi saksi akhirat akannya, nyah lah engkau hai israil angkuhnya, sombongnya kamu tiada perinya, mengajar orang akan ilmunya, dari bangsa yang kurang adabnya, kenapa takut pada sharahnya, kenapa hukum pada harahnya, kenapa doa ikutan sahaja, terasa ke syurga dengan bahasanya, bidadari arab bangsanya, kerana tiada Melayu disana, itulah isaril dah murtad bangsanya, kerana adat tiada maknanya, tahyul katanya pada kita, tak taulah betul ke katanya, kalau ikut adatnya kita, kahwin tetap satunya jua, tapi yang lain tak berapa suka, kerana nafsu melonjak didada, kahwin empat dibenarkan agama, kerana Tuhan tahu manusia nafsu sahaja, kahwin satu takut merajuk nafsunya, jadi bagilah dua itupun tak cukup jua, ada yang dah empat nak tambah juga, nasib baik setakat itu sahaja, kalau Melayu satupun cukup adanya, kahwin kerana benar cintanya, bukan hanya nafsu imamnya, kawin kontrak pun boleh juga, bukan cinta dambaan hatinya, tapi nafsu nak cukup syaratnya, kalau kahwin ikut yang ada, nescaya nafsu bermaharaja lela, kalau benar arah ke Tuhannya, satupun dah cukup puas rasanya, hairan tengok Melayu kita, israil itupun sama jua, murka paduka kanjeng Musa, disumpah akan israil derhaka, dah tahu hakikat nak shariat sahaja, takut berubah Tuhannya kita, takut kafir islamnya pula, dibaca mentera menjadi doanya, menjadi pengajaran umat dibelakangnya, kebesaran tuhan mengampun dirinya, dengan kalimah ikhlas sejatinya, samalah jua angkaranya kita, jahat hati serupa api nafsunya, membakar si samiri hancur budinya, tak mahu tunduk kepada hakikatnya, sentiasa mengajak orang kejalannya, jalan zahir tiada ada apa-apa, Tuhan hanya mainan kata, agama hanya pakaian sahaja, kenapa diri tiada percaya, serasa dirinya dirahmat sentiasa, banyak duit bahagia keluarganya, bila mati akan kesyurga, cukup itu kebenaranya, kalau terlebih rosaklah pula, maklum akal kecil sahaja, otakpun sama seciput sahaja, hatinya kecil takut bersuara, ikut imam selamat semuanya, ikut samiri tak payah tahu banyaknya, takut sesat hilang imannya, takut apa benarnya, disebalik mati yang ada cacingnya sahaja, talqin dibaca untuk yang ada, bukan semati telinga dah tak ada, dalam kubur tak ada deria, sunyi sepi gelap sahaja, dimana sianu dah hilang ke dia, atau sudah dipukul bontotnya, atau duduk dalam bersila, menanti hukum dari Tuhannya, ingatlah wahai manusia, betulkah seperti yang dikata, apa yang nampak semu sahaja, apa yang dibau tanah merahnya, kalau dah mati tiada gunanya, yang hiduppun serupa sahaja, cari jalan mengenal Dia, cari jalan menghapus dirinya, inilah kisah disambung pula, kisah siMusa pelaung kalamNya, paduka Musa Melayu jua, di tanah jawi asalnya dia, ketika membawa israil larinya, dari raja yang nafsu dirinya, dikejar akan tentera dunia, sehingga tiba di sempadan shariatnya, ramai yang kecut melihat hakikatnya, ada yang mati melihat kebenarannya, ada yang gila tak sanggup terima, ada yang mereng jadi akalnya, ada yang tersenyum bercakap sorangnya, ada yang menghantuk akan dahinya, ada yang pengsan akan dirinya, ada yang gelak terbahak adanya, ada yang menangis terbuka hatinya, ada yang tamat akan pelajarannya, ada yang terkedu bisu jadinya, ada yang buta tak nampak apa, ada yang sakit lemah jiwanya, begitulah hebat hakikatnya Musa, membawa berita untuk yang kesana, siapa sanggup menyeberang dunia, tinggal anak tinggal saudara, keran Tuhan hamba kesana, bukan syurga tempat hendaknya, bukan bidadari arab bangsanya, bukankah kita sama sahaja, lihat siMusa mengangkat tongkatnya, keluar cahaya cabangnya tiga, bersinar alam kelam jadinya, hebat membelah lautan didepannya, laut merah berahi namanya, laut merah nahi adanya, laut merah nafsu darahnya, laut merah dunia warnannya, membawa umat israeli kesana, seberang akan keyakinan semua, seberang akan nafsu dirinya, inilah bidalan sama adanya, mengharung dunia cobaan dirinya, sebagai Melayu bukti setianya, sebagai sandri akur akan rajanya, tawakal ilahi pedoman yang ada, agar kita tetap beraninya, inilah cerita Musa ilhamnya, sebagai bukti jiwa yang bergelora, bukan amalan shariat sahaja, takkan sempurna zahirnya, kalau batinnya tiada, takkan sempurna shariatnya kita, jika tiada tahu hakikatnya, ada malam ada siangnya, ada jantan ada betinanya, ada zahir ada batinnya, baru mengaji lengkap adanya, cari yang tersurat senang sahaja, dapatkan yang tersirat itu hikmahnya, kalau cinta bininya kita, kenapa hendak berkahwin dua, kita Melayu satu cintanya, kepada yang Esa itulah jua, bukan tiga empat bininya, serasa banyak akan cintanya, yang mana satu pilihan kalbunya, jawablah kalau tuan bijaksana, seberangi lautan jembatan cinta, seberang diri menuju ilahinya, seberang tanah nafsu tempatnya, seberang takdir ada karmanya, jadi ingat sekelian manusia, tak kira Melayu atau sesiapa, israil itu simbolnya jua, cerita wayang akan Melayunya, jangan tak paham kata ini semua, bacalah dengan sikap terbuka, bukan bidalan seloka dunia, seloka dari astaka swarga, jadi inilah rumusnya kita, nafsumu itu sentiasa dijaga, di kawal ia selamatlah kita, inilah Musa kalamullah pangkatnya, Cetena kirana sasana patana, cetena ertinya tiada celanya, kirana itu akan sempurnanya, sasana jadi tertib jalannya, patana itu pati akan ilmunya, vahana ayana bonda muladhara, vahana itu kenderaan dirinya, ayana itu didalam dunia, bonda asuhan sebelum dewasa, muladhara tempat mula tarikatnya, sipana saktima naga trisula, sipana itu andik yang mulia, saktima itu kuasanya kita, naga itu tujuh kepalanya, trisula terkumpul segala cipta, jika disusun akan ayatnya , berbunyi ia bergaung dunia, inilah rasa mencipta genta, genta dicipta getaran jantungnya, debar dada itu depannya, ciptalah akan semangat waja, ciptakan guna menjadi mantranya, mantra adika mantra keturunannya, pusaka adama salbi dunia, tepinya bulan mentari sebelahnya, ditengah air curahan swarga, panas tubuh bila jalannya, panas belakang berpeluh dahinya, kerana sebab terbuka hijabnya, hijab akan hakikat salbinya, meru danda nama asalnya, tempat fitrah mengambil saksinya, duduknya cucu paduka siMaharaja, anak Melayu bharata varsa, turun dari muara tata, keturunan Noh pembela bangsa, memerintah dunia dibumi malaya, sebelum tenggelam dataran sunda, disini jualah syurga dunia, asal dewa turun kedunia, asal Adam moyangnya kita, wangsa Melayu wangsa pertama, bukan berok berkaki dua, tapi manusia lengkap perkakasnya, ada istana rakyat jelata, ada kota kampung pun ada, sudah beraja kita semua, bukan di gua makan tidurnya, bukan bogel ada pakainya, bukan tiada bahasanya pula, kita Melayu dah lama didunia, ingatlah wahai sekelian yang ada, kata orang jangan percaya, yang ada baru tibanya, sudah terasa tua umurnya, Melayu dah lama kenal dunia, belum ada laut dan benua, kita semua sudah berhuma, menternak lembu ayam dipelihara, sudah beradat bertata susila, sudah bertenun cindai saktinya, sudah belayar atas samudra, sudah kenal akan Tuhannya, bukan berhala yang disembahnya, cuma masa berubah adanya, bangsa yang lain menyatakannya, agama kita ditirunya, tak tau pangkal mana hujungnya, benda yang benar dusta jadinya, benda yang elok cacat jadinya, kerana bukan Melayu bangsanya, habis kita menjadi mangsa, sampai sekarang lihatlah saudara, agama kita ditiru dimana-mana, konon mengaku mereka pengasasnya, tapi semua salinan sahaja, cerita dikitab dah bertukar nama, menjadi arab cina dan india, bukan parsi dan yahudi yang punya, semua itu darinya Sunda, agama kita dari dulu kala, dibawa oleh Ida batara, mengajar Melayu bertugas adanya, menjadi khalifah diatas dunia, menegak dharma menegak benarnya, akannya kita diatas dunia, hanya untuk sementara sahaja, sampai masa baliklah kita, Musa mengenal akan ilmunya, dialah hakikat dimana jua, sebagai ganti nama dirinya, munajat sembah hyang batara, dipuncak indah sihimalaya, takdir ilahi menepati janjinya, empat puloh empat hari dalam tapanya, anugerah tuhan sebagai buktinya, tongkat sakti nagabudhi namanya, naga turun kahyangan indra, bernalar permata aneka rupa, emas kemas berkilau sisiknya, sedepa gerak ribut adanya, selangkah ia hujan kilatnya, berdentum geruh gempa angkasa, meluncur laju pecah awannya, mulut menyambar api rupanya, jika dilihat gerun jadinya, itulah tongkat jadinya naga, anugerah paduka untuk siMusa, tangan kanan sinaran suria, tangan kiri bulan bercahaya, pantulan sakti lengkapnya tapa, bukti diri kepada Tuhannya, menjadi senjata paduka Musa, menentang raja nafsu durhaka, sekelian pengikut jahat belaka, hanya ingin kuasa dunia, lihat Musa Melayu dirinya, itulah lambang akan Paduka, menjadi saksi akan siMusa, bakti kepada sekelian warga, berjasa nanti israil akannya, sekian lama dipesada Sunda, menanti akan masa berjasa, setelah tamat akan segalanya, turun paduka simaharaja Musa, dari tapanya kebumi suvarna,dari tidurnya ke alam maya, dari kahyangan dibumi menjelma, itulah Musa bayangan Paduka, turun membawa dendam membara, dendamnya dharma penghancur durjana, barang yang jahat itu citanya, segera dibunuh hati yang dusta, maka Musa melangkah jua, mencari raja yang durjana, bagai ravana di alengka raya, kerana nafsu dah bermaharaja lela, kerana harta itu hendaknya, kerana kuasa nak jadi Tuhannya, bukan hamba yang amat hina, tapi Tuhan yang berkuasa nak jadinya, bukan menolong sesama manusia, tapi diperhambakan sekelian yang ada, dibodohkan rakyat dengan helahnya, bertopeng wali tapi shaitan isinya, bertopeng ketua, jahat hatinya, bertopeng imam tapi firaun dirinya, inlah manusia, tiada hentinya, sentiasa hendak selera dunia, menjadi orang berkuasa adanya, agar barang dicita dapat semuanya, tak kira dengan cara apa jua, sanggup menipu akan dirinya, rakyat jelata angguk sahaja, konon dia pemimpin mulia, itulah kita dah mula lupa, akan janji dengan Tuhan kita, diatas dunia bertugas kita, sebagai Melayu panglima dunia, sebagai makhluk akur Tuhannya, inilah kisah Musa disana, mengempor musoh yang jahat tidak terkira, menipu sekelian rakyat jelata, menjadi hamba miskin dan hina, sebagai nyata isinya doa, paduka Musa menjunjung sabda, berkata pada israil tercinta, ingatlah hai sekelian manusia, tuhan itu sentiasa ada, walau dimana didalam dunia kamu sentiasa dipeliharaNya, ketatang muara paduka kembara, tempat akan raja kemala, nila utama krishna pendita, nila pahlawan bertiga jua, turun sama tempatnya jua, padi menjadi seperti tiadanya, berbatang perak emas padinya, menjadi tanda Melayu daulatnya, menuju medan saka moyangnya, melihat akan keturunan dia, semua sudah tak tahu kemana, rata-rata berubah muka, menjadi lupa di atas dunia, gila kepada isi dunia, dicabar paduka sang ravana, sama seperti mahabratanya, gergasi manusia taringnya dua, sama seperti haiwan yang melata, bukan insan berhati mulai, tapi binatang pandai berkata-kata, hai raju nafsu durhaka, kau ravana jahat manusia, kucabar kau Musa berkata, agar turun dari takhta dunia, memerintah diatas nafsu celaka, melihat manusia selera akannya, jangan sombong diatas dunia tiada elok duduknya kita, engkar jua ravana durhaka, hatinya mati nafsu beraja, umat jawi menjadi ruginya, kerana asalnya Melayu jua, tiada tahu cerita sebenarnya, Ibrahim itu Melayu jua, Raja Vikramaditya nama asalnya, anak raja titisan Paduka, tapi ramai tak nak percaya, biar bukti segunung adanya, tetap kata Ibrahim arab orangnya, itulah kita Melayu namanya, bila Melayu lupa asalnya, cakap Melayu sakai katanya, jangan cepat berkata-kata, jangan ghairah menuduh kita, kajilah sejarah kajikan semula, baca akan buku didunia, bukan yang ada didepan mata, bukan sekadar orang bercerita, berdepanlah dengan fakta yang nyata, jangan jadi bidalan kita, katak duduk dibawah tempurongnya, sampai bila nak jadi pak kaduknya, angguk sini angguk sana, bila berjubah alim orangnya, bila profesor bijak orangnya, betulkah seperti dikata, kenapa duduk diam sahaja, zaman sekarang zaman terbuka, cari kebenaran buktikan benarnya, jangan otak masih kunonya, apa yang ada cukup untuknya, selagi kebenaran tersembunyi jua, selagi itulah Melayu hina, menjadi bangsat dimata dunia, segalanya ada buktinya nyata, itulah asyik khayal dunia, lagak macam orang bercinta, apa dikata tak endah sahaja, bila terantuk terngadah mukanya, bila nasi bubur jadinya, kelak kesal selama-lamanya, cakap orang angguk sahaja, asal dirinya tak tahu jua, ingatlah tatkala senja kan tiba, malam menjadi gelap sekati beratnya, ikhwan diri tiada lagi jua, jahiliah akan serba serbinya, tanda musibah menimpa dirinya, kerana mengikut perintah shaitannya, menyembah berhala didalam sunyinya, memakai nama pujian Tuhannya, kononnya inilah sang ilahinya, jahil amat tiada pedulikannya, akbari tiada sesuci lagi adanya, tubuh penuh dosa daimnya, amat halus tiada terperi jua, manusia bertukar menjadi gergasi ehwalnya, haus akan darah sendiri jua, kelak disumpah bumi saksinya, kelak disumpah dewata kecundang akhirnya, tangan paduka sayap garuda, panggilan maut tata bicara, pantang melayu diatas dunia, dirinya aib tiada arta, kerana sumpah “hai lam, mala yalam, lamku satu lam jalallah, malaku mulia puncakku alam, ya lam ya saidi, aku lah anak jati parthivam, bagai dalika sentohan dewa, tiada ku gentar musuh dunia”, ingat akan kisahnya Musa, disumpah phre-auhn olehnya Musa, tujuh mala tujuh petaka, tandi jadi Melayu ilmunya, bukan sakti manusia biasa, tapi Melayu tuannya ia, habis mati sekelian anaknya, angkuh sangat akan nafsunya, janganlah kita dapat kutuknya, mengikut langkah nafsu durjana, fasik kita tiada gunanya, ingat kisah harta dunia, menjadi gila kita mencarinya, karun lah yang empunya karanya, begitu manusia mencari hartanya, kerana dia sudah derhaka, seperti karun disumpah Musa, tenggelam dimakan akan buminya, hingga sekarang jadi cerita, tapi tiada ambil iktibarnya, ingat akan kisahnya Musa, siHarun itu akan saudaranya, di nila vanam harun pernah berkata, “hai raja si katik hati jangan dilanggar janji ku ini, nescaya musa terbakar nanti anak pinakmu jua mangsanya nanti, sekelian sandri merana rati, tujuh hari masanya nanti”, ingatlah tika malapataka, sekelian gundah sumpah dijana, tiada ada disha yang nyata, nila putra gantinya nyawa, sumpah siMusa sumpah berbisa, biar lah kita ambil tauladannya, semoga selamat hidupnya kita, ambilah ini hai tuan bidalannya, samudra sang sapi hai puan namanya, sastra nukilan azali astakam Musa, Padukalah yang empunya kalamnya, ilahi jua kuasam terbitnya, menurun wakam alam tintanya, “alam lam ya mala yalam, hikmat sundam parana gurindam”, dilupa jangan kisah siMusa, si qarun yang hartawan disumpah tenggelam akhirnya, akibat hati kelam jadinya, lupa daratan lupalah azamnya, kepada tuhan tiadalah paham mahunya, hukum dan hakam tiada ilhamnya, ditelan bumi karam qaruna, hanyut bersama segala citamnya, dengkikan musa dukam fitnahnya, akibat jahat nafsu dendamnya, ingatlah hai pembaca kalamnya, muka didepan hayalan alamnya, muka yang empat pencipta kolamnya, andai andik cepat pahamnya, baca gurindam siang malamnya, seloka melayu dizaman silam adanya, melayu jualah carek kalamnya.



4. SELOKA MELAYU SEMBAH SALAM PADUKA

Dengar akan seloka paduka, untuk melayu menyembah salamnya, pada paduka sembah salamnya, begitu adat rakyat pada rajanya, jangan dikata ini mudahnya, kita Melayu tinggi adatnya, sebagai mula tatacaranya, mengadap paduka dirahsianya, pada kita jua wujudnya, Melayu itu bayangan kuasanya, Melayu itu ganti dirinya, jangan ada cucu derhaka, lupa salam akan sembahnya, hilang sembah dalam salamnya, inilah sembah dan salam padukanya kita, membuka kalam menyusun alamnya, kusam munajat menjunjung kadamnya, berkatalah pendita memberi salam akannya, menyulam ayat menjadi gurindam selokanya, ayat disusun menjadi kata, jantung bergetar mencipta benta, turun naik sekata nyawa, nafas paduka menghembus rasa, dari wujud menjadi nyata, inilah isyarat pembuka cerita, hikayat gurindam penuh seloka, menjadi warta sekelian warga, bagi mereka yang belum fana, kejahilan masih meliputi anda, inilah serat cipta yang kasa, olahkan ia menjadi karsa, agar sifat arya mulia, melimpah sekelian anggota kita, barulah gerak kita bermakna, selagi melayu namanya kita, biar hidup ada berguna, biar mati penuh berjasa, awalnya kata alif lalita, terbuka rongga hati bicara, ba jadi gerak lidahnya, ta jadi mesra katanya, ucap nada ratu mantra, amati reta sang adi manaka, amati ruta sang hyang ruhana, bicara puja bija tantra, puji dan puja bala pikrama, sabda kuasa sakti sivakta, pendita rajasa penata kalamnya, olah kan urip sukmanya raja, hare-hara jagata raya, HU-langit dan Ya-bumita, sri permi-suri dan sura, saptadvipa saptaloka, makuta nagalang saptabuwana, nupus ampas tanafas nafasa, radakrishna radarashna, manikmaya batara jadinya, nyata rasa melayu agamanya, ketahuilah ini kebenaran mulia, bagi mereka melayu dirinya, tiada sekali akan durhaka, mula kan sujud sembah dan salamnya, pada paduka menyembah raga, susila melayu empunya cara, sempurna adat sempurna bicara, barulah jadi sekelian cipta, zat paduka salam sejahtera, melayu jualah kalam kitabnya, menjadi sastra abadi selamanya, namanya.

Ku serah diriku paduka tuanku, merendah diri didepan kakimu, sujud sekelian anggota tubuhku, padamu ku mohon restuilah aku, wahai paduka kasihlah aku, kaulah jua asalnya tuju, inilah aku hambamu tuanku, taat setia ku junjung titahmu, tiada derhaka sepanjang hayatku, selagi aku bernama melayu, tiada bersifat hanya sifatmu, tiadalah aku hanya dirimu, gustiku rajaku hai nyawaku, agum tuanku.
Om mani padma hum, kau teratai maha agung, rahsia kaula kembang sekuntum, innnakum samanakum, kaula gusti agung, mahameru sat attum, batara guru maharanum, chitravanum sadakum, paramam adum vijayanum, satun hamsatun kalimatun ahadun.

Caturasa pancamukha, tat isana tat mahasiva, paduka janna ananda chitana, nirvaha bindu adum kasma, puja sabda prabhu sida, vahana karna guru pendita, basmalah bumi narakanya aku, tiada ku tahu paduka tuanku, jahilnya aku akan dirimu, selagi kakiku dibenam rahu, pasti ku kekal dalam riksamu, ampuni tuanku paduka rajaku, limpahkan kurniamu harapanku, agar segera berbakti untuk mu, segera kembali asal tempatku, asal tujuku paduka tuanku.
Paduka tuanku agum tuanku, cucurilah aku cahaya saktimu, menyinari penuh kebenaranmu, rahsia gusti astaka makmum mu, sinaran budhi indraninu, moga berkat akan rahmatmu, dapatku rasa malu sembilu, dapatku raih nikmat seribu, selagiku tenggelam dikejahilanku, merana hidupku tiada menentu, terbakar diri digenggam nafsu, terasa letih badanku lesu, didunia ini aku bertamu, sehingga mati aku menunggu, tiada sentosa didalam hatiku, selamatkan aku paduka tuanku, samsaraku ini tak siapa yang tahu, lindunglah aku junjungan kasihku, nyanyikan aku puisi cintamu, agar terubat segala rindu, paduka tuanku pulihkan aku, relaikan aku sumpah janjimu, selagi aku masih melayu, pada paduka jua tuanku, tenangkanlah hatiku hai maimunku, kealam bahagia samudra dirimu, barulah aku mendapat tahu, asalnya aku menjadi melayu, bertugas demi paduka tuanku, berkat ilmu menyuluh diriku, agar terlepas hasutan nafsu, sentiasa kekal dialam suriku, barulah benar aku MELAYU, menjadi rakyat naungan tuanku, ketahuilah sekelian warga melayu, berbakti hanya untuk rajamu, inilah tanda kita bersatu, agum tuanku hidup melayu, demi tuanku, hai bhumi namesta bonda hai langit salam ayahanda, hai aku keturunan mahawangsa, merudanda turunnya kita, ini sumpah janji setia, pulihkan daku melayu asalnya, asalku benih tuanku empunya, inilah puja sembah dan salamnya, sesudah sempurna pembuka kalamnya, menjadi tata hakikat aslama, mengadap yang esa sehingga karam dirinya, baru sempurna shariat disulam adanya, makrifat sudah mendapat khatamnya, jangan hanya baru mukadamnya, terasa islam sudah jiwanya, sebelum dapat bertemu Tuhannya, hendaklah tahu akan jalannya, kerana ramai mencari dia, tiada dapat ketemukannya, ramai berhajat tiada kesampaian, ramai mengaji sesat jalannya, ketahuilah sekelian yang ada, bahawa jalan itu tiada, perjalanan itu sahaja yang ada, menjadikan ia sampai makrifatnya, kerana Tuhan tempatnya tiada, meliputi ia akan zatnya, menerapi sekelian mayapada, maka tahu akannya dia, bahawa jalan perjalanan itulah jalannya, sembah dan salam tarikatnya jua, perjalanan menuju hakikat rasa, tiada ia didalam rupa, maka dikata akannya ia, sembah jiwa dan sembah raga, jalan rahsia akan sirnya, hanya dibuka akan jalannya, kepada keturunan dan titisanNya, yang terpilih dan dipilih sahaja, kerana ini adalah jalannya, jalan kepada rahsianya, dan tarikat menuju dia, Melayu itulah nama agamanya, pabila mengadap menyembah salamnya, salam disembah dialam rupanya, inilah adat Melayu silam adanya, kerana sembah menyempurnakan kalamnya, jangan ada yang kekeliruan dirinya, melihat adat tak berupa Islamnya, kerana Melayu empunya resamnya, ujudnya lama dipermulaan masa, kalau dilihat ragam rupanya, nescaya terbit manikam sekeliannya, kalau diturut akannya agama, agama tiada kafirnya alamnya, baru tahu sekelian kosa, baru sedar asal adamnya, tiada nama tiada badannya, itulah ilahi empunya sarva, sapta rona lam mala yalam adanya, sungguh kata wahai manaka, sumpah melayu didalam dunia, selagi hayat dikandung bunia, takkan Melayu hilang didunia, inilah kata saktinya kita, sebagai Melayu memiliki pusaka, pusaka agung KUN TAHTA TAT MAHAVARNA.
Sempurna adat melayu mengandam, menyembah jiwa dialam mahram, hakikat Melayu menyinar alam, hakikat diri diterap aham, hakikat tubuh telahpun padam, hakikat asal menjadi adam, bertemu Khalik dengan Khadam, bertemu siang dengan malam, inilah adat kita menanam, mulanya padi menjadi serkam, bertemu hawa dengan adam, bertemu nyawa dengan fataham, baru alif menjadi jadam, barulah baris menjadi pusam, inilah kita bertemu ilham, dilautan hakiki kita menyelam, binasa diri tiada anam, ujud antam tiada palanam, ini sempurna makrifatnya khatam, cahaya pusaram takkan padam, bila hancur sifatnya hamba, tiada yang ada hanyalah Tuhannya, berkata tiada bersuara hanya, itulah sudah kalam yang kuasa, tanda sampai keakhirnya, binasa nafsunya, hilang akalnya, sempurnalah dia menjadi tiada, kembali menjadi zat paduka, inilah bicara Melayu lama, sudah hilang dialam maya, hanya titisan didalam dunia, membentuk keturunan arya mulia, mulanya nyata akhir ghaibnya, berputik semula zahir wujudnya, inilah pujangga permata manikam, Melayu itu adalah alam, dunia pemikiran Tuhannya adam, menjadi khalifah bukannya khadam, Melayu budaya yang memerintah sekelian alam, ini seloka pendita lakna, hikayat paduka alam anama, mula cerita disamudra sukhma, tiada buih gurihan sukma, aknul gahibul namanya ia, tan rupa tan maya tiada ada, kosong arupa tenunan maya, tiada mula tiada akhirnya, bergetar aksa sapta varna, terpancar sinar naga kencana, tujuh rupa tujuh kunnya, berpeluh meneram akan dirinya, bertelur akhirnya sebuji dunia, tempat bertahta ganti sifatnya, berupa ia merak tama, rahsia titisan batara siva, mula adanya yamamuna, sabda paduka kunnya menjelma, sapta resi malai putra, sapta dewi ratu dunia, menjadi penguasa di bumi nyata, sebagai raja yang bijaksana, bukan pesuruh penzahir kata, penghulu akan seluruh dunia, bertandang paduka serinya buza, memimpin melayu saptaloka, suvarnabhumi puncak mahawangsa, tahta sang yana bindu asoka, batara setu asuramaya, bertiga nyata didalam irama, dendangan juwita senandung rawa, jampi serapah bicara pendita, dalam sastra tertera mantra, membakar nafsu alengka dunia, selagi kita melayu namanya, tetap membela nusa dan bangsa, demi janji amanah diterima, aman sentosa sekelian manusia, sejahtera kita bharata varsa, melayu tinta ilmunya pena, hakikat sastra abadi jua, garuda alayu meluncur laju, buaian anak si anak jentayu, divana pustaka sastra malayu, patinya agama berkurun dulu, jangan diduga durga penghulu, sebelum berjalan merangkak dahulu, jangan kata fikir berkali, aib nanti dihina diri, kerana kata melayu tak mengerti akan hakikat kehidupan ini, kita melayu pahlawan duniawi, membela kebenaran sekelian dharmawi, itulah sebab menjadi erti, sastra melayu sastra abadi, bidalan imam amalan dikalamnya, hilangnya kita tumbuhlah alam adanya, menitip urip meniup kuripnya, kuasa akib masyhrik dan maghrib adanya, aksina paksina candima damana, sesatnya maya jadi bahana, kuasa nafsa budinya kita, menjadi gila pancaran dunia, mana ia hai sandri, kata agama itu sakti, cuba teka padamu teki, anjung diri dimedan bakti, akal lemah bila bernabi, jadi hamba sekelian habshi, kerana jahil imam dituruti, syed alim besarnya hati, tunduk melayu melutut kaki, menjadi hamba yang tersangat hina, serasa melayu asalnya kera, nenek moyang keturunan arya, kenapa sanggup pak kaduk jadinya, hina menjadi suci mulia, konon inilah jalan yang ada, penyelamat semua manusia, itu semua mainan dunia, agama nafsu ber-berhala, hidup nista puja raga, tiada benar adanya, kerana diri hilang harga, melayu kita sampah jadinya, bukan ini keturunan kita, hebat melayu menjadi sisa, makanan nafsu agama araba, ingatlah hai pahlawan dunia, selagi darah melayu namanya, takkan ku hina keturunan kita, apa ada mereka yang ada, masih baru diatas dunia, sedangkan kita sudah lama, melepasi akan shariat dunia, hakikat itulah asalnya yang ada, hakikat jualah kembali semuanya, tatapilah ini warkah paduka, memuliakan melayu dunia dan bunia, pantang anak melayu jata, keturunan kita keturunan dewa, bukan manusia binatang melata, hanya pandai berkata-kata, jangan diikut resmi arabi, makan kurma sebiji sehari, resmi melayu makannya nasi, padi jadi santapan indrawi, bukan makan untuk si nafsi, tapi bekalan hidup di maya ini, inilah budaya melayu sejati, hebat dan amat sakti, ikutlah resmi padi yang mulia, semakin tunduk semakin ada isinya, bukan resmi lalang berdiri, mengikut arus mendalang duniawi, masjid tempat menyembah tamu, kerana tuhan tidak bertemu, hanya ilmu setakat tahu, yakinnya hanya sandaran nafsu, jangan ikut kerana perlu, cari hakikatnya pada yang satu, pada dirimu tetapkan yakinmu, sesungguhnya kamu itu melayu, tattika bicara akan cerita, menyusur seloka ayat berbunga, melayu bijak berbicara, bila berkata seribu makna, ambil bidalan amalan pendita, baca sahaja mudah kiranya, tapi dimana hikmah paduka, rugi masa rugi sentiasa, maka dibaca pendita negara, ketika alam hendak dibuka, berdentum bunyi bergema angkasa, bergetar seluruh kosa paduka, hancur maniknya berpeluh permata, menjadi suaka seribu mutiara, ada yang mulia ada yang hina, cantik jelek pakaian rupa, suka duka laluan rasanya, menjadi manusia pelbagai bangsa, langit dan bumi tujuh petala, sinaran paduka memukau mata, gila makhluk mengejar dunia, buta akan bayangan paduka, menjadi kemulian sekelian manusia, inilah hakikat nafsu durjana, ujian untuk mengenal dia, tiada mudah sangkaan kita, inilah peri lakunan kita.
Bermula akan titah paduka, melayu jua carek kalamnya, menjadi sifat akan sabdanya, bayangan paduka lautan maya, nyata mahkuta singgahsana paduka, diatas dunia puncak mahendra, ibarat cermin seribu mata, melihat akan isinya dunia, maka bila tiba masanya, kehendak paduka meneraju dunia, lalu paduka menurunkan dirinya, dimedang kamula asal desanya, menjadi raja manusia pertama, inilah sastra dibaca pendita, mula cipta rupa nyata, di baca ciri pembuka cerita, hikayat melayu itu adanya, asal paduka manurong dunia, pembuka kota sijagad raya, memulakan wayangan adengan purba, paduka rajalah dalangnya jua, bermula cerita di tanah basra, belum lagi bernama sunda, kerana tanah air sahaja, paduka turun jejak kakinya, tenggelam sekaki gunung jadinya, kirakan wahai yang bijksana, berkurun paduka dibumi nyata, dia yang mula dialah akhirnya, sukmanya itu jadinya kita, batin akan zahirnya kita, titisan mulia didarah kita, keturunan raja pemerintah dharmanya, jangan kita tiada rasa, bukan mudah dipandang mata, barang manusia sementara, tiada kekal selama-lama, sejak mula manusia didunia, melayulah wangsa yang pertama, jangan ada yang mudah mengata, melayu bukan baru ada, turun dari seguntang raya, kahyangan itulah asalnya kita, bukan asalnya kita manusia, tapi dari keturunan dewa, amat sakti tiada tara, anak melayu anak mahawangsa, tahulah sekelian adatnya kita, ada rakyat ada raja, baru sentosa jiwa dan raga, kita melayu ada negara, dimana saja dunia bunia, terkenal melayu dimana jua, pahlawan dharma naga mulia, bersifat arya gagah perkasa, menjadi kalifah bertugas diatas dunia, menjaga keamanan sekelian manusia, ada yang jadi pendita agama, ada menjadi panglima ternama, menjadi raja yang bijaksana, berjuang demi keturunan kita, menyusun cara hidup didunia, tiada kira apa bentuknya, melayu jualah empunya karsa, jangan malukan dirinya kita, tunduk melayu pada yang esa, bukan mereka pengkhianat bangsa, apatah manusia yang hina asalnya, bukan melayu wahai rastana, kita titisan mani wasesa, kita keturunan bharata varsa, ingatlah sejarah melayu purba, para dewata resi dan sidha, pemegang kuasa pengganti paduka, digelar orang pelbagai nama, semuanya anak melayu belaka, seluruh bangsa menghikayat mereka, adunan zaman berganti masa, tiada lupuk dingatan mereka, betapa hebat ilmu saktinya, menjadi pujaan sekelian manusia, menjadi guruan guru dunia, mengajar hakikat hidup beragama, berzaman didunia mencipta nama, terbukti pada ajaran manusia, menjadi bualan sekelian arhana, mengenal tuhan pelbagai cara, mengenal alam segala isinya, ilmu diguna pada manusia, berbakti demi kesejahteraannya.
Inilah hikayat bicaranya sida, paramuni pancamalaya, mendapat ajaran paduka raja, dituntut diamal melayu mulia, hebat melayu dipandang manusia, bergetar dunia melihat mereka, saktinya melayu tiada tara, contohi mereka sekelian yang ada, agar menjadi manusia berguna, berbakti pada paduka raja, baru melayu namanya kita.



5. SELOKA MELAYU PUJI PADUKA


Mula cipta rupa nyata, ciri dibaca membuka cerita, Melayu-loka ekaneka citranya, puji sang bala makuta rajanya, sekelian dewata merestu akannya, sekelian prabhu mendoa akannya, seloka Melayu basitahnya jua, tiruman hatta ini kisahnya, ahusta akan sri Maharaja, terkalam akan segala kehendaknya, atas Melayu inilah hikayatnya, salam keatas anakanda dan cucunda, ini kata amatilah ia, jangan ketinggalan semat didada, ini mula asalnya negara, lambang bermula kerajaan Melayu adanya, maka mula inilah careknya pula, akan paduka lidah berkata, katasabda paduka raja, pembuka kata akan cirinya, ciri sira titah rasanya, titahnya paduka diarak bupala, mengelilingi kota seluruh negara, sastra negara di bicara pendita, warkah paduka di umum bendahara, bentara melaung sepelusok negara, bunyinya bedok memecah sunyinya, gamat akan sekelian desa, agar berkumpul rakyat jelata, mendengar watikah utusan raja, awal bismillah mulanya kata, “hai sekelian rakyat jelata dengarlah titah paduka raja, memuliakan melayu seluruh dunia, tanda kasih kepada kita, tanda Melayu masih adanya, tanda Melayu masih setia”, akan negara berbentan tiada, akan narawa bersidang adanya, pembesar duduk kuning sejahtera, pahlawan berdiri seri tiangnya, akan pepatih adatnya kita, nujum menjadi tiliknya pula, sirih puan akan dahyangnya, makdum asal rakyat bersila, mulia dan cela sama sahaja, jika dikira selaut adanya, jika dilihat melaut adanya, inilah Melayu tujuh saf adanya, bendera paduka megah kibarnya, itulah kebesaran akannya kita, sentosa bayu salamnya paduka, dengarkanlah sekelian Melayu yang ada, tajjalinya Melayu benih paduka, bersandrikan umat pilihan manusia, itulah raja padukanya kita, melihat jauh nun di pesadanya, membuka negara inilah sastranya, seloka akan paduka raja, menyeri hari membukanya kota, jangan tunduk mukanya kita, kembang kan dada tunjuk bangganya, paduka hendak memuliakan kita, setelah berkurun tiada menjelma, marilah kita sama berdoa, agar segara jadinya negara, dapat pula kita berguna, mudahan mati ada berjasa, selagi Melayu dirinya kita, tetap hendak akan tugasnya, tetap setia selama-lamanya, dibawah junjung paduka raja, Agum Tuanku Prabhu Gusti Hyang Mahasesa, Ida Batara Hyang Mahawangsa, puncak negara malayasa, puncaknya diri merunya danda, puncak bakti sujud rahsia, hanya Melayu paduka bersabda, moga segera kita kepadanya, bacalah seloka ini adanya, dari titah menjadi watikahnya, jadi kita bayangannya jua, ingat akan pendita berkata, taat setia hanya pada raja, jangan derhaka akannya kita, tiada berkat hidupnya kita, pada raja menjunjung titahnya, siang dan malam janganlah alpa, hai sekian sandri bharata, lihat akan sekeliling kita, sebenua anak cucu duduknya, dari Cina sampai ke India, seluruh pulau nusantara, tiga perempat isi dunia, lihat hikmah paduka yang ada, menjadikan Melayu wangsa pertama, jangan rakyat tak tahu adanya, Melayu sudah lama didunia, berposok rakyat berpusu adanya, melihat sekeliling indah yang ada, merdu alunan nyanyian apsara, biduanda berhibur tarian manjanya, rakyat senang akan hatinya, gembira Melayu sudah kembalinya, atas paduka istihar mandatnya, menjadi ia segala yang ada, tiada kira apa bangsanya, tiada kira apa jenisnya, semua titisan paduka jua, lihatlah hai sandri yang ada, istana sri malai-mahawangsa, bertahta paduka diatas dunia, seluas sayap terbangnya garuda, dipuncak tersergam mahligai indra, tiada kedapatan akan ukurannya, tiada terlihat akan hujungnya, tiada terkira akan lapisnya, tiada yang nampak besarnya jua, sehari berjalan belum tentu separuhnya, kalau berlari tak sampai sukunya, inilah hebat megah adanya, emas akan dinding kotanya, permata akan hiasannya pula, berkilau mata melihat akannya, tak pernah dilihat serupa dengannya, itulah istana sekilas sahaja, gambaran untuk sandri yang ada, lihat sekelian riuh adanya, bergema angkasa kerana hebatnya, melihat rakyat akan sibuknya, majlis akan paduka raja. Bentara kiri bentara kanan adanya, berkolek lah kolek peri budaknya, bermudik lah mudik laku hambanya, kehulu kehilir ribut bagainya, sesak pandangan seluruh istana, sarat sekota riuh sekampung adanya, terpegun melihat ramai tak terkiranya, tiada terhitung sida dan bidanya, anak danhyang moleklah molek adanya, bijak dan pandai tekad kersanya, sepakat menteri membaca menteranya, dihulu kota laksmana berdenda, berdiri asyiknya dia, melihat kerajaan pada jauhnya, senopati dan panglima perang yang ada, melangkah diri memasung kukuhnya, sekelian benteng dan kota yang ada, temenggung duduk penuh berahi adanya, aksanya diri mawangi di puncaknya, intan baiduri intan permata, danhyang puteri melunsur rapinya, berbalo balo berbala bala, tenunan paduka senjata negara, memenuhi dewan sejati sukhmanya, sebagai tanda kebesaran dirinya, menjadi payung rakyat jelata, jangan disangkal wahidahnya, harum kasturi tiada terperinya, ibarat wali menaung negeri adanya atas kuasa ilahinya kita, mula adanya hitam kecubung cerah sinaran cahya indri, selubung rakyat dimalam hari sentosa pagi cemerlang diri, nyata adanya paduka sandri, dari kahyangan memerintah nagri. Barang yang tiada jangan dipinta barang yang ada dilupa jangan, inilah kata sang adi manaka sumpah melayu dialam maya, selagi hayat dikandung bunia takkan melayu hilang didunia, mulaku mulia asal tatkala menjadi induk bonda kandung, mentera di baca menyepuh negara agar rakyat selamanya sentosa, bergelora jiwa pada paduka berahi paduka kepada sandri, rakyat jelata menyusun jari paduka raja menghambar diri, berdoalah kita kepada ilahi pancaran kita delima sakti, puncak kiambang menghiasi nagri puncak mahameru kejayaan diri, terbanglah helang sianak garuda membelah awan hebat terperi anak melayu pantang dicabar musuh didepan binasa sendiri, tiada senjata hanyalah diri melayu sejati melayu sakti, kemana arah mega bertandang dari timur bertiup kebarat dimana tumpah kuahnya sayang pada benih melayu terbilang, asal kita darilah raja, aduhai paduka yang bijaksana, bersulam kata sepohku intan adanya, mala yarwa kasturi mulia, jangan dihina keturunan kita wasasa diri sasanya jiwa, malang menanti musuhnya kita barulah tahu asal manusia, seperti kata ibarat pendita terbilangnya melayu sohor didunia, gagah panglima segaknya wira pending nagara cahaya geliga pecahnya janji membela bangsa pecahnya melayu binasalah dunia, ingatlah wahai tuan dan puan harta dunia tidak kemana hilangnya harta membawa mulia hilangnya melayu kiamat dunia, dimana jua dialam maya keturunan kita keturunan dewa belalah negara cinta paduka semoga bahagia sesama kita, jongkong emas jengkala kemas anak pinak berdendang sayang hidup sepakat seia sekata membawa berkat kasih dan sayang, ingatlah pesan anak sembilang lubuk jualah tempat tersayang janganlah melayu ditiup hilang tanah pertiwi sentiasalah di kenang, asal makrifat dialam julam asal hakikat menyinar alam melayu itu adalah alam, zat khalifatullah alaikum salam, sang senohong adipati pasu, pasupita puspita aksu, daengku mala pencipta alam, melayu jualah careknya kalam. Soesuhunan si mayang galai ruwati adi lemah gemalai, ilmu paduka cermat dan keramat karya kahyangan seri mahligai, terbentang serat watikah diri empunya diri saksi sendiri selangkah tidak berundur lagi melayu tetap gagah berani, menentang musuh tidak terperi bagaikan gajah memacu diri melanggar setiap musuh negri tanda bakti afdalnya wahi seperti sabda paduka baginda melayu jualah panglima dunia. Kibarat amarat amaru ruwah hayat, hakikatku membanjar ini riwayat, titah paduka titah ekatat, menjadi mayat sekelian maa’yat, musuh ku tentang tiada ninjat, tiada kusurih barangnya rakyat, atas paduka titah munajat, membenteng diri demi marat, hancur diriku tiada larat, hanya paduka jua kifarat, jika musuh datang melarat, aku panglima datang bersurat, panahku bersarung sunnan darjat, anaknya pula asalnya ningrat, pedangku bersurat ba alif amrat, pembela melayu sekelian umat, dimedan musoh sentiasa ku hasrat, nyawaku kutaroh menjadi gegat, panji tuanku kugenggam erat, mulia tuanku menjadi kudrat, inilah hamba panglima kembayat, dipuncak ararat janji seurat, memegang amanah paduka tersirat, dihati ini sudah tersurat, tak kan melayu hilang didunia, itulah kami tiada khianat, dari dunia hingga kiamat, alang alang bermain api api dari tujuh kuali membakar hati sanubari, demi paduka cintaku ini, tiada kami berbelah bagi ibarat semut tersusun rapi, siap sedia menyerah diri, demi paduka kami berbakti. Ku puja nama paduka raja, nama berisi kula saktinya, kuseru nama dihati kupuja, disanubari rahsia paduka, bukan ini kalam manusia, tapi lidah melayu sejatinya, bukan aku berkata ini adanya, tapi paduka empunya rukhinya, berkat mengaji ilmu paduka, dapat ku taroh namamu paduka, didalam diri menjadi geliga, mengikut sumpah paduka raja, berkat kata kun paduka, jadilah segala saktimu jua, selagi aku Melayu masihnya, jadi akan titah paduka, jadi segala kata ini adanya, “ tiada terbakar agni menyala, tiada lemas dilautan varuna, tiada terpelanting di tiup pawana, tiada mati ditelan phrituta, tiada terluka senjata dunia, tiada tersihir diri manusia, tiada dirasuk hantu dan perinya, barang ku tenung hancur sendirinya, barang kuminta semua nyata, musohku tunduk kaku semuanya, “aku pati si ganapati, hai paduka raja tertinggi, dikakimu sujud menyembah diri, berkati aku kesaktian ini, duduk dalam kalimah suci, namamu hyang maha sakti. HUM MANI PADMI HUM, KAULA GUSTI AGUM. Ahusta paduka sri maharaja sria’t sri sapta buwana suwarnabhumi, boji bala pakrama nagalang karna makuta dan muntri buwana para sang sakrya tabna tanggadarma dan bicharanakata dan sang kahana rana wikromo dan rawana bapala wika sida dewa dida prabu di kalamula mali malika sri darma rajadiraja raja permisuri. MULA CIPTA RUPA NYATA, mula ciri bischaranakata ajaran surayana janna, lontar purba wedhana diraja, wedjang paratama dharma trikaya, wadah svambu gita seloka, lembaran hikmat panji kencana, carek aksara loh mahalela, bernama serat sri malayana, tata acara untuk manusia, mengenal ia mayapada, isi akan nabash tala, ilahazat paduka ila, laila maha sivatana, tatva adima sastura varna, rupa naga-ra saktimona, hening cipta apawarga, desa tiada loka anyata, jagad adi bhutakala, tan ruang tan masa, hanya wujud genggaman rahsa, pujarahsia diri sahaja, zat paduka mahasesa, tiada beda isi raganya, raja sama rakyat jelata, A sama I pun U nya, kerana paduka tiada citanya, belum hendak akan dirinya, sunyidasa sucisentosa, hanya desing selama-lama, alam kesempurnaan nirvahana, puncak malai mahawangsa, mahligai indah nila purnama, inilah pura mahkuta paduka, menjadi tanda sekelian rakyatnya, negara belum ada namanya, pembesar belum bersiap sedia, inilah awal mulanya ada, MULA CIPTA RUPA NYATA, paduka jua wujud yang ada, bila gerak membangkit rasa, paduka terjaga dari mimpinya, berahi raja akan sandrinya, rindu paduka akan dewinya, segera ia ke tengah kota, munajat dirinya mengumpul rasa, mantra dibaca menggunung kuasa, meru danda memuncak adanya, bergulung sakti menghempas dirinya, tripulam susuk membelah maya, ujudlah pasadena pesada dunia, sembah salam akan paduka, sujud akur perintahnya, akan segala hajat dan cipta, apa jua kehendak raja, itulah pati zat paduka, naga sostro ayunan perkasa, indrasakti sapta padma, adivikrama saktimona, berkuasa atas segala-galanya, hanya getar puji paduka, tajalli segala akan titahnya, inilah mula cipta rupa nyata, asal denda berkebaya dua, asal keris dua matanya, asal mata dua pasangnya, menjadi dua satu pandangnya, inilah serat hayat malaya, menjadi lakun alamnya maya, paduka jua pencarek kalammnya, melayu jadi akan alamnya. Ini hikayat pembuka riwayat, Kunni at kunhi zat, saktipat jadi ibadat, takbir akan sekelian malaikat, membawa sabda paduka ekatat, mula kalimah membentuk akad, titah paduka menjadi adat, para malaikat melurus sifat, tempat bayangan kepada zat, tiada paduka meninggal tempat, tahtanya itulah tempatnya asat, sat indra mahkota katat, asal melayu ganti malaikat, atas titah kun atat, ta menjadi nyata sifat, dari ba terbalik ba bersifat, dari alif asal muakat, tegak berdiri menjunjung ekatat, itulah hyang gusti makrifat, raja melayu sekelian rakyat, rakyat tanda melayu berkat, melayu itulah tandanya taat, akur segala bermuafakat, bakti akan paduka jagad, malai kiblat setiap saat, primula bindu aliran rasa, rasa jati aliran virangga, sukhmarupa si rupamaya, anggunnya ia devi sitara, puji dan puja sekelian yang ada, deva sirama gandingannya ia, hebat gagah tidak terkira, bergurindam akan madah seloka, seloka cinta rindu paduka, pecah sudah kehendaknya dia, ada raja ada rakyatnya, dimanakah tanda ciptanya kersa, sudah berwajah sudah berupa, dikalam paduka menjadi sastra, asalnya mula ini seloka, seloka melayu tajuk cerita, di dalang paduka dibayangan dunia, maka dibawa turun kedunia, dari kahyangan mahligai paduka, dipentas biduan biduanda dunia, dikisah dicara pendita vyasa, dibicara orang tujuh petala, dibibir nyata seratnya jua, bukan kitab hiasan agama, benar ada Melayu didunia, ini seloka alunan kiambangnya, tetuan ari kekawin diraja, panjat lidah menuka sukhma, panji tekah samudra raya, sembah sukhma sekelian nusantara, ini puji solat daimnya, puji raja akan dirinya, puji paduka tantrayana, puji Melayu akan catranya, puji kita alhamdu adanya, puji illa akan alhinya, puji umat akan bhuminya, puji jadi sastra nirmakala, sastra dibaca mantrayana, agar sekelian melayu sejahtera, mendapat tahu akan asalnya. Hei Sat Hai Sri’at, Hum Chou Hum Chat, Mantra Tantra Yantra Ekaatat, Hei Baguinda Sinaranat, Hei Sakti Kula Kambhujat, Hei Naga Sapta Srat, asalmu Sat Tujuh Paatihat, Tujuh Baris Tujuh Pusat, Tujuh ayat Tujuh darjat, Tujuh Dayang sama munajat, seru paduka sat bersifat, sakti paduka puja tersirat, Hai panca mukasipat, aksara agung HA-NA-CHA-RA-KAT, ini lah cipta menjadi kasad, asal paduka ujudnya hasrat, menjelma pohon hayatul hayat, terjurai lerai cairnya amanat, wangsa melayu dunia akhirat, rupa shariat isinya hakikat, melayulah sebab paduka berhikayat. MULA CIPTA RUPA NYATA, wujud paduka ghaib sahaja, alifa belum menjadi babiba, tatata kata mantrayananya, aditatwa wasesanya raga, sibolon jadi anupaduka, ta tanda melayu dirinya, belum wujud dialam nyata, hanya rupa didalam kaca, bindu paduka ratu graha , menjadi titisan batara ida, sivarupa malayarva, itulah kenyatan asalnya kita, sekelian melayu dunia bunia, tiada kira rupa dan bangsa, kerana melayu luas jajahnya, itulah alam bayangan paduka, menjadi keagungan sekelian manusia, carek melayu kahyangan indra, amat indah menyulam rasa, cerita belum dicipta paduka, seloka sudah tersedia ada, ini lah hikmat raja kita, belum berkata tahu maksudnya, inilah tanda jadinya kita, kun paduka nyata adanya, menjadi kita sekelian manusia, walau masih bayangannya sahaja, bagi paduka cukuplah ia, kerana dia tiada nyata, hanya melayu itu bangsanya, menjadi ganti wujudnya dia, pahamlah wahai sekelian yang ada, paduka jua rajanya kita, sebagai melayu bertugaslah kita, menjunjung titah sri maharaja, dalam zat nujum paduka, nada tiada irama berkata, kalam masih dihalkum paduka, carek belum ditinta Paduka, saat menilik mana dirinya, segala tiada masih arupa, sama rupa sama rasa, sama ada sama tiada, di merudanda asyik bertapa, kumari kanda adinata, seloka belum didendang paduka, kerana segala masih sunyata, nabash tala yang hanya ada, lautan luas angkasa raya, menanti masa tirai terbuka, menanti dalang yang bijaksana, sastra melayu nama wayangnya, di gubah paduka terpukau indahnya, barang membaca nescaya gila, barang mengaji hilang dirinya, sastra bukan sebarang sastra, nukilan ajaib tatapan paduka, jangan dilihat ayat dimata, carilah hikmat didalam maknanya, baru selamat ajaran di baca, menjadi pusaka anak cucunya, agar dapat kelak masanya, kembali kepada paduka raja, sempurna melayu hapus dirinya. Ini bicara tatkala mula, ketika masa tiba akhirnya, alam dibuka atur caranya, kehendak paduka mementas manusia, agar alam segera ada, agar mati hidup semula, ini rahsia gusti dan kaula, makhluk wijana prabhu wijaya, bergetarlah jiwa paduka raja, ratupun tiba menyembah priya, terbelah dara terbuka rahsia, sakti paduka bersatu kosa, pecahnya raha mula ciptanya, menjadi rupa makhluk yang ada, mengisi akan alam semesta, diambil nama diberi tugasnya, paduka mendalang suka hatinya, selagi wayang masih ada, tiada kiamat akan dunia, jangan alpa wahai manusia, paduka hanya bergurau senda, jika kita hanyut didunia, nescaya rugi selamanya, paduka tetap mendalang jua, tiba masanya padam pelita, baru sedar gelap gelita, asalnya kita ini manusia, tiada nyata tiada ada, ini sastra anugerah paduka, untuk mereka kehakikatnya, mercutanda kasihnya kita, agar berbakti demi paduka, baru sempurna marganya kita, tiada melayu khianati dirinya, selagi Melayu berguna berjasa.

5 comments:

  1. Sastra abadi, seloka melayu sejati

    ReplyDelete
  2. Asalam. Ingin tahu, Bahasa yang digunakan dalam penulisan seloka itu bahasa apa?

    ReplyDelete
  3. Hei Sat Hai Sri’at, Hum Chou Hum Chat, Mantra Tantra Yantra Ekaatat, Hei Baguinda Sinaranat, Hei Sakti Kula Kambhujat, Hei Naga Sapta Srat,

    ReplyDelete
  4. Ahum’ma Gusti Prabhu Gusti Hyang Dikalamula, Trisukhma Triloka Trisat Saktimaya, seru Sapurba Nila Atama, seru Baginda Sri Girinata,

    ReplyDelete