melayu.......

MELAYU ITU BUKAN RUPA, BUKAN KULIT, DAN BUKAN ORANG....

MELAYU ITU ALAM, DUNIA, PEMIKIRAN KETUHANAN....

MELAYU ITU... BUDAYA YANG MEMERINTAH

SELOKA MELAYU : (16) (17) (18) (19) (20)

16. Seloka Melayu

Lembaran Rahsia

Ini seloka melayu kita, seloka membuka lembaran rahsia, lembaran akan seribu kuasa, mengenal Melayu sakti ilmunya, bukan untuk semua yang ada, hanya mereka yang tahu ertinya, jika membaca kata maksudnya, tiada kunci tiada gunanya, awalilah dengan hati terbuka, guna akal memahaminya, bukan baca sekadar cerita, tapi cari akan hikmahnya, mengenal Melayu akan mulanya, pada tafsir akan alamnya, baru paham jalur ayatnya, mengenal rahsia akan patinya, kerana Melayu hebat orangnya, bila berkata seribu makna, bukan sembunyi akan rahsia, tapi begini Melayu caranya, membuka jalan mengenal akannya, kalau tidak semua tahunya, tak kira penghianat atau pembela, takut yang jahat dapat rahsianya, kerana hati dengki sahaja, selagi jiwa belum Melayunya, takkan dapat paham akannya, kenal Melayu 3 pantangnya, tak boleh berdolak dalih mulanya, kedua tidak memungkiri janjinya dan akhir tiada hasad dengkinya, kalau lengkap akan dirinya, tiga perkara ada padanya, baru terbuka akan lembarannya, mengenal Melayu dan ilmunya, baru hikmat ilmu yang ada, menjadi terbukti akan saktinya, maka jika membawa raga, raga berisi kaula negara, jika tahu Melayu itu apa, Melayu itu isi akan mentera, jika membaca akan mentera, tiada jadinya tanpa kuasa, carilah dimana letaknya kuasa, pada alam atau manusia, jika paham mencari akannya, tentu berjumpa dimana-mana, pada anasir empat yang ada, itu pembungkus tubuh yang nyata, nyawa tempat kalam bersuara, patinya terletak dibawah punggungnya, kalau andik bijaklah sana, bagai Tuah mengalah musuhnya, dimana terbit matahari dunia, disitu akhir alur kuasanya, cuba renung sedalam-dalamnya, mengenal kuasa tanpa tubuhnya, ibarat angin tiada haluannya, carilah arah yang empat jua, tempat nyata mulanya kuasa, dari tengah merebak luasnya, pada kita jua lengkarnya, tiada keluar dari batasnya, bagai telur jadi ayamnya, cuma ada tiga lapisnya, itu tanda kuasa ada, tanda ujud akan raganya, baru dapat dipegang kita, baru dapat nampak mananya, baru boleh olah akannya, baru guna pakai sahaja, ingat akan Melayu yang ada, belajar tak perlu padanya kita, memang Melayu tak perlu belajarnya, kerana apa dicita dapat semuanya, kerana itu hanya manusia, yang masih bodoh dungu akalnya, itu memang wajib belajar adanya, kerana masih jahil dirinya, Melayu tak perlu itu semua, sekali tenung dapat jawapnya, kerana ini cara Melayunya, mendapat ilmu laduni sahaja, tak perlu belajar atau membaca, kerana yang membaca masih bodohnya, yang bijak mendapat ilmu akannya, atas akal yang mengetahui adanya, bukan akal binatang yang ada, atas nafsu itu kuasanya, kerana amat jahil dirinya, kerana akal rendah mutunya, tidak Melayu jati dirinya, segala ilmu dalam alamnya, apa jua hendak hatinya, tercetus segala rahsia yang ada, bukan atas akal sahaja, tapi jua jiwa Melayunya, selagi berdiri 3 tiangnya, selagi itu harapannya ada, mengenal rahsia akan kuasanya, mengenal diri tiada orangnya, mengenal Melayu pada alamnya, mengenal ujud tiada nyata, itu ibarat kuasanya kita, atas diri nafas yang ada, bukan semudah sangkanya kita, atas rahsia ilmu yang ada, ini bukan ilmu dunia, mengenal jin dan ayat yang ada, ini sakti diri yang ada, tiada tunduk hanya Tuhannya, inlah kuasa Melayu yang ada, kuasa atas dirinya jua, membuka lembaran rahsia yang ada, atas kuasa milik dirinya, bukan menuntut pada makhluknya, memohon sepotong jampi yang ada, bukan ayat dibaca akannya, berulang kali hingga sebatinya, tapi rahsia kuasa berkuasa, dalam rahsia kamus manusia, mengenal insan padanya kita, serupa tahu erti kuasa, kerana insan tempat rahsia, itulah kuasa seluruh alamnya, jika kita tak tahu akannya, bagaimana hendak dapat kuasaya, jika terbuka akan hijabnya, tahu kuasa ada pada kita, itu nyata akan empunyanya, pada kita jua soroknya, buka hati bukakan mata, pada makrifat hujung akannya, mencari paham pada rahsia, serupa paham akan dirinya, jika kita menanam lada, tanamlah ia ditepi kalinya, jika dapat ilmu akannya, baru tahu dimana rahsianya, jika hendak menuntut ilmunya, hanya ada pada Melayunya, tiada rahsia diberi akannya, selagi tak paham akan dirinya, kita Melayu canggih jadinya, bukan sebarang anasir biasa, bukan empat seperti biasa, tapi lima dalam karungnya, cuba lihat akan diri kita, dimana letak rasa merasa, bukan hati tempat dikata, kerana disana nafsu yang ada, kerana manusia dah lupa dirinya, kalau kenal setakat ilmunya, bukan akal memberi tunjuknya, tapi seribu paham dalam kepalanya, ilmu diraih atas kitabnya, bukan paham diberi Tuhannya, akan rahsia tiada terbuka, selagi manusia pakai otaknya, hanya dapat luaran sahaja, kerana itu kita buta, pada hakikat kenyataan kita, kerana akal tiada menjelma, hanya tidur dalam karungnya, ingat kajian dalam doanya, membuka kata akan hikmatnya, disangka Arab dapat umbinya, tak hanya pucuk sahaja, dibarat ingat situ tempatnya, hanya gudang sampah belaka, disana orang tiada Tuhannya, kalau ada patung sahaja, bukan teknologi ukur akannya, tapi hikmat akan dirinya, bukan jua ilmu dunia, dituntut nak jadi pawang yang ada, ubat sakit hanya badannya, tapi jiwa syaitan jua, ingat alim dapat restuNya, apa restu jahil dirinya, disangka mati terbuka rahsianya, sedangkan mati ketanah jua, apa guna berkadam adanya, kadam yang ada jin belaka, nak cari kadam dalam ayatNya, kadam apa tuannya kan ada, minta pada tuannya jua, dialah Tuhan pujian kita, tapi manusia durjana, baca ayat nak cari harta, bila doa dunia mintanya, murah rezeki panjang umurnya, takut susah takut matinya, manusia mana hebat ilmunya, nak tahu rahsia dalam kitabNya, mengaji dipondok sampai tuanya, sampai botak panjang janggutnya, kalau berserban berlapis adanya, kalau ijazah berkepuk adanya, tapi malang tak tahu jua, ilmu ada pada dirinya, sudah lengkap akan segalanya, tapi enggan mencarinya, kerana manusia bodoh belaka, ada barang pada dirinya, tapi malas nak temukan ia, masih meminta pada Tuhannya, masih takbur akan amalannya, hantu dan syaitan murah harganya, tapi manusia teramat hinanya, kerana nafsu mainan hatinya, jahat dirinya tiada tahu akannya, jika dikata sesat dirinya, nescaya marah maki hamunnya, katanya dia ada rahsia, rahsia akan mulia dirinya, membaca doa berzikir dirinya, memohon petunjuk jalan lurusnya, tapi itu sekadar sahaja, kerana cinta pada anak bini jua, bukan Dia yang jadi Tuhan kita, sekadar sembang ditepi ambangnya, kata Tuhan ada tapi cakap sahaja, jika benar akan katanya, kata percaya Tuhan itu ada, kenapa tak cari sampai jumpanya, kerana manusia cakap sahaja, kata cinta akan Tuhannya, kata matiku hidupku hanya untukNya, tapi itu omong kosong belaka, kerana hatinya tetap cinta dunia, kerana hakikat manusia yang ada, hanya binatang yang melata, pandai berkata-kata, ingat amalan menjana pahala, keran takut masuk neraka, bukan amalan atas cintaNya, kerana Tuhan tiada dicarinya, itulah kata Tuhan ada, tapi masih tak dicarinya, sampai mati tiada tahunya, akan asal segala yang ada, hidupnya hanya berpura-pura, tiada ketemu jalan kembalinya, oleh itu Melayu yang ada, cari ilmu kenal rahsia, bukan pada kitab dunia, tapi didalam dirimu jua, carilah Dia pada dirimujua, buktikan Dia benar adanya, bukan sekadar tahu sahaja, tapi bukti akan hadirNya, baru dapat afdal akannya, mengenal Tuhan pada diri kita jua, kerana kita dijadikan olehNya, sempurna tiada tolok bandingnya, tapi kenapa manusia buta, mencari Tuhan dalam hidupnya, pada dunia jijik adanya, tetap lupa akan dirinya, sekadar mengaji akan dirinya, pada ilmu buatan manusia, tiada mungkin terbuka rahsia, jika benar hendak tahunya, cari laduni anugerah Tuhannya, amat terang tiada soroknya, dimana kau lihat seluruhnya dia, tapi kenapa tiada mahunya, hendakkan rentak mainan dirnya, hendak corak yang biasa akannya, kerana takut sesat dirinya, pada laluan bukan jalannya, pada pintu dunia masuknya, bukan akhirat sempit mulutnya, itulah manusia, sentiasa da alasannya, kerana apa belajarnya jua, hanya guna atas dunia, tiada kira ghaib nyatanya, sama sahaja dunia jua, bukan jalan makrifat sebenarnya, hapus dirinya sebagai manusia, baru tunduk akan nafsunya, tapi manusia lemah semuanya, takut gila rosak akalnya, kerana hidup mesti berharta, ada pangkat dipuja manusia, bukan pujaan Tuhannya kita, sentiasa menunggu tibanya kita, digerbang kebenaran akan ilmunya, mengenal Dia dalam dirinya, ini rahsia padanya kita, amanah kita janjinya kita, tapi manusia tak selera akannya, kerana takut tak masuk syurga, kalau neraka pucat mukannya, apa nak dikira kata hatinya, Tuhan ada bayang sahaja, kita solat kerana kita, kerana Dia tak nampak jua, itulah hakikat diri kiat berpura dalam kebenaran dirinya, hanya tipu sahaja yang ada, bukan takut atas akalnya, tapi takut akan nafsunya, nafsu yang ada tiada kekalnya, kerana itu hendaknya kita, wang ringgit harta didamba, bini cantik puas nafsunya, kalau begini masihnya kita, sampai bila tak kemana-mana, apatah rahsia Tuhannya kita, tenggelam hilang tiada apa, maka ini duganya kita, konon bijak membuka rahsia, mencari lembaran kosong belaka, kalau ada hikayat dirinya, diatas kuasa nafsunya jua, jangan lupa asalnya kita, selagi manusia takkan berjumpa, kerana rahsia tiada berjumpa, walau hidup sampai matinya, tiada berjumpa akan rahsianya, jadilah seperti pengemis yang ada, mengemis akan satu ringgit sahaja, itulah cara didalam dunia, mengenal yang satu itu jua, ada bayangnya pada kita, menjadi rahsia hidup kita, jika berjumpa hebatlah dia, tapi yang ada pandai berkata, atas iman pembuka rahsia, mengenal Tuhan melalui dirinya, jika ikut martabat tujuhnya, nescaya terjebak liku nafsunya, jika ikut fatwa ulamaknya, sampai kelubang 6 kaki jua, takkan dapat tuah hidupnya, atas ulamak ada gajinya, bukan menentang kufur dunia, bukan menegak benar Tuhannya, tapi nafsu menjadi tuannya, kerana suka akan Arabnya, kerana parti ia sahaja, apa dikata bukan haknya, kerana tauliah dunia sahaja, bukan rahmat ilham Tuhannya, menjadi pejuang akan kebenaranNya, hanya mengikut rentak dunia, mana sesuai itu ikutnya, bukan ajaran mengenal rahsia, ajaran mengenal akan luarnya, sampai bila nak hafalkannya, bila mati tak ingat jua, jangan dengki padanya kita, kita hanya senda mengena, jika takut hadap dirinya, kita doa sihat tubuhnya, biar kaya sampai matinya, harap dapat berkat agamanya, jika kita sangka sampai tujunya, jangan menyesal jika tiada, kita tegur akan yang ada, jangan berkata jika tiada tahunya, tahu diambil dari kitabnya, bukan laduni pembuka rahsia, jika mahu kenal akannya, sabar kan diri tunduk nafsunya, jangan melenting atas fikirnya, kerana marah nafsunya jua, jika benar mencari rahsia, rahsia apa nafsu sahaja, jika benar mencari Dia, apa ada selagi didunia, ingat wahai penggemar rahsia, bukan bertafakur didalam gua, bukan berzikir hingga subuhnya, bukan panjang doa berjela, memohon sekeping hati mulia, takkan bersih akan dirinya, selagi hidup bergelumang dosa, dosa hati tiada perinya, hanya akan sesat selamanya, inikan pula konon cerita, tahu rahsia segala Tuhannya, jika tiada dalam kitabnya, nescaya kafir jadinya kita, tapi jika tiada dalam hatinya, itu tidak menjadi apa, kerana hati tersembunyi adanya, mati pula tak siapa tahunya, entah syurga entah neraka, tiada siapa yang peduli akannya, apa yang penting diatas dunia, mesti nampak akan alimnya, nampak janggut ijazah namanya, baru disegani akan manusia, manusia bodoh diperlekehkannya, manusia bijak dihukum akannya, kerana kuasa akan nafsunya, bukan takut akan Tuhannya, jatuh humum senang sahaja, tapi memaafkan berat hatinya, kerana tak mahu tunduk nafsunya, hukum mesti dijalankan jua, jangan kita jadi mereka, hanya hidup menunggang berhala, berhala nafsu dirinya jua, takkan terbuka rahsia Tuhannya, apa lagi kuasa yang ada, hanya kuasa akan nafsunya, mencari hendak sampai hajatnya, itu kuasa milik akannya, nafsu jualah Tuhan akannya, bukan Tuhan bijak bistarinya, kerana menghina sesama manusia, Tuhan tiada hukum sewenangnya, tapi manusia lurus butanya, ikut rasa iman didada, iman yang ada sarung nafsunya, jika duduk memberi kata, kata yang ada ajuk sahaja, seperti tiung pandai berkata, celuk sana celuk sini adanya, menjadi bahan bukti manusia, jika bodoh boleh ditipunya, kalau tak boleh Allah saja tahu maknanya, inilah cerita manusia yang ada, mencari rahsia dalam lembarannya, tiada bertemu sampai matinya, tiada dapat sampai hujungnya, kerana rahsia itu terang dan nyata, pada kita akan tempatnya, tapi ramai tidak percaya, kerana nafsu amat tebalnya, menjadi hijab akan rahsianya, menjadi penghalang akan jalannya, menjadi tembok penglihatannya, menjadi bisul dalam badannya, menjadi penyakit akan hatinya, jika kita tak ubat kannya, sampai mati binatanglah kita, kurang-kurang pandai berkata, lebih-lebih jadi tanah jua, ingat sampai kepada Tuhannya, Tuhan apa nafsu tuannya, bukan hikmah penjana hidupnya, bukan rahsia pembuka pengenalannya, bukan hati yang fana dunia, tapi hati sayang anak bininya, kerana jihad pakai bom sahaja, tak perlu otak yang tajam akalnya, kerana jihad atas nafsunya, pakai bom nafsunya jua, sampai mati takkan berjaya, kerana bom buatan manusia, bukan buatan Tuhannya kita, katanya bom zikir tarikatnya, zikir apa lidah nafsu jua, ada amalan otak sahaja, bukan akal penyuluh dirinya, akal dari cahaya Tuhannya, tapi manusia gagal sentiasa, ada otak suloh nafsunya, ada lidah ludah sahaja, sedarkah kalam lalu sentiasa, tapi lidah kematu adanya, biasa dengan kata dunia, kata Tuhan nafi belaka, jika iman ada didada, sebut ALLAH bergetar jiwanya, ini hanya tunduk sahaja, lemah jiwa mati hatinya, tak payah cerita pada kita, manusia pandai bermain kata, kata indah jadi pagarnya, kata benci pembunuh bangsa, lidah manusia racun sahaja, kata hanya mainan nafsunya, memusing kata sedap dengarnya, jika benar undurlah pula, jika tak tahan melawanlah dia, kita hanya menjadi mangsa, kerana kuasa ditangan dia, kuasa dunia pembela nafsunya, bukan kuasa anugerah Tuhannya, sebagai tanda dapat rahsianya, sebagai bukti adanya Dia, bukan sekadar tahu sahaja, tapi dirasa didalam jiwa, itulah tanda lembaran rahsia, menjadi nyata padanya kita, mengenal Dia padanya kita, baru dapat erti rahsia, disana ada seribu perkara, ehwal akan laduninya ia, jika dikaji otak manusia, tiada sampai pengetahuan akannya, kerana lemah tak dapat buktinya, katanya kita gila semua, kerana semangat separuh ada, kerana seronok didalam dunia, seronok bersama nafsu yang ada, jangan lupa Melayunya kita, kita Melayu bijak orangnya, mencari ilmu tak payah belajarnya, hanya jati akan dirinya, tiada Melayu tahu ertinya, Melayu hanya sarung sahaja, sarung akan nafsunya jau, atas budaya dah jadi Arabnya, bukan Melayu yang lembut jiwanya, bukan Melayu yang tinggi budinya, bukan Melayu yang bersopan santunnya, tapi Melayu dah kurang ajar belaka, budaya Melayu hilang taringnya, kerana dipakai jubah yang ada, hingga Melayu tak nampak dirinya, apa yang ada hanya nafsunya, seronok dan bangga akan dirinya, disangka mulia masuk syurga, aduhai manusia bodoh belaka, jangan ingat pandai semua, jika bijak apa tandanya, tanya lah diri Melayukah kita, Melayu layu hilang isinya, hanya bentuk rupa sahaja, kalau ada Melayu berkata, aku Melayu sejati adanya, itu kata timbang beratnya, takut Melayu sarung sahaja, bukan jati seperti dikata, kerana kata pernah berkata, Melayu sejati Melayu sakti adanya, jika hanya otak yang ada, rupa dan cakap Melayu sahaja, belum sampai akannya makna, erti Melayu dahulukala, itulah rahsia Tuhannya kita, pada Melayu berjiwa sama, hanya tunduk akan Tuhannya, menegak kebenaran panji hidupnya, bukan tunduk pada manusia, yang bodoh pengikut nafsu dirinya, walau manis bunyi katanya, awas dia serapi-rapinya, inilah perosak bangsa yang ada, janji diatas kuasa dirinya, sebagai ketua pemimpin agama, atau ketua pembela partinya, ingat akan musuhnya kita, jahil itu sebesar dosa, menjadi berkuasa memerintah manusia, menipu sekelian Melayu adanya, inilah kita menilai bangsa, atas rupa atau ilmunya, bukan ilmu dijana nafsunya, tapi laduni akan asalnya, baru rahsia menjadi nyata, mengenal yang mana Melayu derhaka, kerana itu lembaran rahsia, tiada mudah dapatkannya, lihat akan semu yang ada, ia kuasa sihir hebatnya, mengaku Tuhan dihati manusia, berupa malaikat putih sinarnya, itu maya peracun jiwa, kasih dunia belaian cinta, atas nikmat hidup berkeluarga, bila mati cerai semua, apa yang tinggal hati merana, kerana kasih tingga didunia, seorang mengadap hukum kan tiba, hanya doa pengiring kata, melihat rahsia kini terbuka, itu rahsia benar adanya, kenyataan akan kebenaran hidup kita, selagi masih adanya nyawa, carilah erti rahsianya kaula, tujuh lapis hijab yang ada, sebagai arash tetapnya kita, bila berdiri sama tingginya, bila duduk tak sama rendahnya, carilah dimana manikam bermula, pada tiga tempat duduknya, seperti Khidir dengan siMusa, mengenal rahsia mencari hikmahnya, dilautan dua bertemu tiada, disimpang tiga mula arusnya, itulah bidalan mengambil kata, mengenal rahsia dalam rongganya, ditunjuk terang akan asasnya, tapi tiada tahunya kita, kerana mata memandang dunia, otak yang ada nafsu isinya, jika ditanya tiada jawapnya, kerana siMusapu tertipu jua, bila bertemu tak paham jua, kerana otak malap sentiasa, membunuh budak besar dosanya, kerana itu hukum manusia, tapi rahsia tak kenal sesiapa, jika belot nahas hidup kita, jadi jangan beranganlah kita, ingat kitab lengkap jawapnya, ingat amal dapat tembusnya, ingat zikir dapat bukakannya, ingat-ingat dah tahu semua, kita hidup dalam gelita, tak mungkin dapat rahsia Tuhannya, kerana ia lalu sahaja, tak siapa sedar akan datangnya, selagi kita berjiwa manusia, takkan mungkin paham jalan yang ada, rahsia bukan seperti rupa, dapat dilihat bila dah jumpa, kerana cuba paham tujuhnya, ia kampung singgah hikmahnya, menjadi nyata bila kusyuknya, menjadi bercahaya bila disuluhnya, menjadi syaitan kuat nafsunya, menjadi unsur hidupnya kita, itu kuasa manika yang ada, menjadi rahsia kaula berjasa, tanya pada diri yang ada, membuka rahsia paduka raja, Melayu itu haknya siapa, jika hebat menjadi manusia, mengenal diri hanya sarungnya, bukan ghaib ataupun nyata, walau digunung atau pondoknya, ingat mudah membuka rahsia, jika tiada tahu kuncinya, yang mana hujung akan ilmunya, disitu tempat rahsia terbuka, disitu juga kuasa yang ada, selagi kita rasa sahaja, belum bukti menjadi nyata, jangan disangka terbuka rahsia, sedangkan semu menipu semua, kerana rahsia tetap rahsia, hanya laduni akan lalunya, pembuka simpul akan yang tiga, pembuka hijab akan tujuhnya, baru paham membaca seloka, kerana seloka hanya kiasnya, takkan dapat nampak dimata, kerana nafsu penyuloh otaknya, jika ingat kisah sitanggang, disumpah ibunya sakai orangnya, pahamkah kita bagaimananya ia, datangnya kuasa beserta ibunya, atas alim akan amalnya, atas agama atau jampinya, atau diatas kebenaran yang ada, kerana derhaka akan asalnya, disitu bermula pintu salbinya, mengenal asal janji Tuhannya, membuka rahsia pada Adamnya, dan sekelian anak cucunya, tapi Melayu tak reti apa, kerana Melayu hilang aslinya, jika paham akan kisahnya, kenapa Arab dipuja jua, sedangkan Melayu bangsa pertama, menjadi tanda akan rahsianya, kenapa kita ragu akannya, tak mungkin tembus akan maksudnya, kerana tebal bulu didada, bukan ilmu dari Tuhannya, kerana itu bukan mudahnya, mencari cahaya dikegelapan manusia, selagi tiada tahu akannya, bahawa Melayu itulah rahsia, selagi itu tiada pahamnya, walau seloka panjang berjela, tiada terjumpa akan hikmahnya, jika tahu akannya ia, carilah ia dirimua jua, bukan insan seperti dikata, hanya Melayulah akan benihnya, jika paham baru sempurna, mengenal alam tujuh tubuhnya, tubuh itu bayangan kuasa, menjadi ilmu pada yang tiada, menjadi benar sekelian kata, kata KUN itulah dia, atas terbuka inti rahsia, harap dapat jumpanya kita, sebelum mati datang menjelma, kerana jadi bangkai sahaja, dimamah cacing dan ulat yang ada, kita tetap tiada adanya, hanya resmi memakai nama, hanya serupa bangkai bernyawa, tiada yang ada nafasnya hama, disedut untuk kekal nafsunya, tiada tahu akan jahilnya, kerana amanah Tuhan pada kita, mengenal akan rahsia diriNya, pada kita disuruh carinya, agar selamat perjalanan kita, supaya kita tidak lupa, jika ditanya akhirnya cerita, kita tiada lalai adanya, kerana hidup mendamba rahsia, tetap ingat sampai bila-bila, baru sempurna fitrahnya kita, segala hanya duga sahaja, duga guna mencari rahsia, bukan rahsia itu tiada, hanya pada Melayu tempatnya, jangan kita tiada percaya, baca ayat tak nampak Melayunya, hanya bahasa Arab yang nyata, tapi kisah Melayu jua, susah nak kata kalau dah buta, apa lagi jahil adanya, kerana Melayu tak nampak taringnya, tapi yang lain ambil kesempatannya, itu rahsia dijunjung adanya pada ubun mahkota paduka, mengenal rahsia padma nirupa, ambil akan kenal Tuhannya, nyawa yang ada sia-sia sahaja, kerana tak paham akan jalannya, konon tafakur akan rahsia, tafakur apa kosong isinya, kerana rahsia takkan terbuka, jika Melayu tak kenal dirinya, mengenal akan bungkus rahsia, ia ramuan pembunuh dunia, bagai keris menusuk sukma, tanda diksa kan bermula, memula langkah lam jalallah namanya, 720 akan corak yang ada, membentuk awan-awan rupanya, bagaikan petir lalu isinya, serupa ular tulang belakangnya, serupa ayam 3 telurnya, serupa api air wajahnya, itulah pembuka akan pintunya, kepada mereka yang benar hendaknya, nescaya hancur isi kulitnya, kerana nafsu tiada tempat teduhnya, baru dapat tanggal akan dirinya, dari belengu syahwat dunia, tiada dia merasa kasihnya, pada dunia dah jadi abunya, dia hanya sebatang kara, meniti urat seisi dunia, menjadi lelayang diangkasa Tuhannya, baru ditelan akan rahmatNya, baru kenal akan dirinya, pada peringkat buka pertama, itupun dah pengsan bila terbuka, inikan pula 7 lapisnya, yang mana hendak dibuka akannya, jangan tamak memilih adanya, kerana nafsu tetap adanya, walau wali ada kurangya, sama juga dengan yang lainnya, masih hendak nikmat tubuhnya, apa yang halal ambil semua, selagi nafsu memerlukannya, selagi nafsu dan hanya nafsu jua, tetap diri nafsu itu jua, tiada kira yang mana dia, itu ini pun nafsu jua, kerana itu adanya syurga, untuk sambung nikmat dunia, cuma disana kekal adanya, bersama bidadari menjaga kita, boleh main bila-bila masa, semua muda cantik belaka, ingatlah wahai manusia semua, jika nafsu Tuhannya kita, tetap nafsu jualah kita, ingat dah alim soleh adanya, memohon syurga atas nafsunya, memang benar ini katanya, kenapa beramal tiada upahnya, selagi manusia jahil sahaja, sampai kiamat tak jadi apa, manusia hanya nafsu sahaja, tak kan terbuka ini rahsia, kerana rahsia adanya kita, tempat sorok akan abdinya, siapa paham akan maksudnya, nescaya dapat akan rahsianya, baru tahu Melayu itu apa, inilah rahsia tiada bernama, jika bernama Melayu namanya, jika tahu akan jadinya, pada seloka terang ceritanya, mengenal Melayu dirinya kita, serupa tahu akan rahsiaNya, serupa tahu akan Tuhannya, menjadi apa padanya kita, bukan lidah mengucap adanya, pada Nur bersinar dimata, itu tanda syuhadah kita, atas Nur nyata akanNya, bukti Tuhan padanya kita, sentiasa bersinar dihati kita, tapi buta kita padanya, kerana berat hati memikulnya, akibat ditekan nafsu yang ada, kerana nafsu tak suka Dia, kerana mengajak tinggalkan dunia, bukan tinggal akan nyatanya, tapi hati alih kesana, walau tubuh diatas dunia, hati hanya kepada Dia, jangan salah paham akannya, nanti jadi mubaligh gila, menyeru nafsu kembali adanya, sedangkan nafsu dunia rumahnya, jangan bodoh diri berkata, kerana tak tahu muka malunya, jangan dipujuk nafsu yang ada, hanya akan rugi sentiasa, tiada mahu akan mereka, kebenaran akan Tuhannya, hanya berpura depannya kita, tapi dihati engkar jua, amal hanya menunjuk lakunya, agar tidak dikeji dirinya, bukan amal akan Tuhannya, bukan amal taubat dirinya, tapi makin tebal nafsunya, inilah seloka lembaran yang ada, membuka rahsia pada yang ada, semoga dapat segera tahunya, akan pembuka hikmah Tuhannya, bagi yang ingin mendapat sinarnya, akan rahsia perbuka kedua, menjadi tangga darma mulia, menjadi tempat singgah sentosa, serupa rumpai laut yang ada, menjadi jinak sekelian syahwatnya, menjadi alpa kita dibuatnya, kerana peringkat kedua adanya, mengenal isi akan rupanya, berwajah serupa denda yang ada, serupa lagi nafsu dan jiwanya, bersama didalam nikmat raganya, tiada nampak geliga yang ada, geliga yang ada mengikut rasanya, jika berupa padanya kita, hanya berupa ular berbisa, bertanduk dua dalam kandangnya, menunggu masa membuka rahsia, pada mereka paham isinya, cuba buka ikat yang ada, selagi Melayu tak sampai dirinya, tak sampai makna kepada kita, carilah erti kata seloka, pangkat kedua banyak gegarnya, hingga lupa akan hasratnya, selagi kita lupa akadnya, tak nikah kita sumbang jadinya, paham akan lenggoknya kita, berbicara akan perkara rahsia, dalam kelambu duduk berdua, baru paham geliga yang ada, pada diri terang tandanya, membuka nirupa dalam mayanya, serupa mencari masin garamnya, hanya masin pemisah rasanya, begitulah mengenal pintu kedua, begitu pula tiga yang ada, tempat menggali rahsia yang ada, seperti cahaya dalam geliga, terang merebak seluruh alamnya, bertangan banyak memukau rasa, menjadi tanda pintu ketiga, maka jika kita lihat akannya, serupa mentari terbit barunya, menyinar mata dalam yang ada, jadi kuasa alam batinnya, itulah kita jika bertanya, pintu rahsia pelbagai rupa, ada yang terang nampak mananya, ada yang tiada nampak bayangnya, jika mengintai akan rahsianya, tiada tahu akan nisbahnya, kerana ukur kita manusia, tiada serupa rahsia dirinya, kerana Melayu empunya cara, mengungkai rahsia bersahaja sahaja, bukan terbuka kerana tapanya, bukan teruk hafal jampinya, tapi sedar membawa padanya, sebagai Melayu tak susah mana, kerana rahsia ada ditangannya, tapi Melayu tak pandai dapatkannya, kerana Melayu tak percaya dirinya, kerana Melayu suka nafsu pilihannya, atas apa orang berkata, atas apa dipilih untuknya, bukan pikir angguk sahaja, itulah jadi pilihan hatinya, bukan mencari erti Melayunya, bukan menyedari hakikat Melayunya, tapi cara budaya yang ada, menjadi budak suruhan jua, itulah Melayu dah jadi hamba, bukan pada Tuhan yang esa, tapi kepada Arab yang ada, selagi tiada rasa Melayunya, nescaya bingung membaca seloka, kerana seloka hanya cara Melayunya, bukan cara orang putih yang ada, bukan cara ilmiah dunia, kerana itu Melayu yang ada, jika diri belum sahihnya, jangan terasa ilmu dapatnya, jangan fikir dapat akan pahamnya, berusahalah kepada dirinya, agar Melayunya menjadi nyata, atas seloka jadi kiasnya, kepada mereka ditangga ketiga, membuka rahsia Melayu yang punya, hanya Melayu paham akannya, lihat keliling alamnya kita, nescaya terlihat kunci yang ada, membawa erti hidupnya kita, kerana apa yang ada, hanya bayang akan semuNya, kepada mereka yang telah leka, alpa akan sinar ujiannya, hanya akan tunduk pada lemahnya, kerana doa menuju dunia, jika baik hanya nafsunya, jika jahat itupun nafsunya, jika alim pun nafsu jua, tiada dapat akannya kita, melihat sinar hatinya kita, walau belajar akan hakikatnya, selagi kita tiada Melayunya, hanya angan mendodoi rasa, hanya angan memujuk hatinya, agar percaya diri selamat adanya, selagi berpegang kepercayaannya, nescaya tiada masuk neraka, inilah khayalan diatas dunia, menyuruh manusia tegakkan agama, agama yang ada sandar nafsunya, kerana seronok mengaji akannya, tiada tahu mana pangkalnya, tiada tahu mana hujungnya, hanya yakin atas cerita, bukan dibukti akan benarnya, inilah manusia tipu dirinya, hanya pengecut bangsat sahaja, hanya berani atas cerita, tapi takut mencari benarnya, disangka akalnya merestui dia, tak tau akal binatang sahaja, berkata iman manis dibibirnya, memuji Tuhan diatas lidah sahaja, sedangkan Tuhan itu sungguh nyata, tapi siapa yang percaya, percaya atas kitab dan hadisnya, tiada yang berani menuja hakikatnya, mencari bukti pada dirinya, mencari benar akan ujudnya, hanya disandar akan fikirnya, mengaji diatas huruf dan ayatnya, bukan mengkaji akan ujudnya, mencari bukti hingga adanya, pada diri ada segalanya, bila dikata mustahil jawapnya, tapi kata beriman orangnya, tak percaya setakat lidah sahaja, otak yang ada kotak besi sahaja, kelak mati hilang isinya, itulah manusia dialamnya jua, alam yang gelap tiada cahaya, jangan sangka mudahnya pula, sekadar amal yang ada, tiada akan menjana apa, kerana hati jahil dirinya, disangka amal membawa dirinya, kepada Tuhan yang dipujanya, ingatlah wahai Melayu yang ada, jangan jadi seperti mereka, cari dan kenal akan Tuhan kita, Dia sentiasa ada, bersama kita dimana-mana sahaja, inilah kebenaran tiada berubahnya, setakat ini dapatnya kita, mengenal sedar diri yang ada, ditingkat tiga tak jauh mana, inilah hangat membawa makna, pada raga yang memahaminya, bukan raga hilang dirinya, kerana hangus dibakar nafsunya, apa yang ada sarung berkata, berfikir setakat menjawap dunia, bukan mengadap akan Tuhannya, kerana diri tiada adanya, inilah petua untuk mereka, mengenal rahsia diperingkat ketiga, jangan jadi firaun bodohnya, masih mahu jadi manusia, masih nak ikut akan nafsunya, bukan dia maksudnya kita, tapi mereka serupa dengannya, walau alim hanya fikirnya, tubuh masih jadi saksinya, akan kehendak melengkari nafsunya, hanya yang nampak anak bininya, bukan Tuhan melewati akalnya, itulah rahsia yang ada pada kita, tiada terbuka untuk sesiapa, kerana manusia tak layak tahunya, cukup dengan amal yang ada, yang lain hanya rahsia untuknya, tak perlu tahu tak perlu tanya, manusia tetap jahilnya jua, itu rahsia membawa kita, dari alam kesatu alamnya, mengenal diriNya sebenarnya, bukan diatas kata manusia, Tuhan hanya bayang sahaja, kerana Tuhan tak mungkin buktinya ada, diatas alam ciptaanNya, itu hanya semu sahaja, menipu mata nafsu sahaja, kebesaran ilahi tiada disana, pada kita jua terangnya, apa ada pada alamnya, hanya kilauan imbasan nafsu sahaja, tiada bukti agung diriNya, itulah ibarat Ibrahim mencari Tuhannya, tiada berjumpa akan buktinya, hanya secantik alam tiada gunanya, kalau ia, dah lama Ibrahim jumpa, akan Tuhannya disana, tapi dimanakah dapat Tuhannya, apabila beralih pada dirinya, pada hati dan rahsia hatinya, hanya pada manusia sahaja, amat jelas akan buktinya, tapi manusia tiada percaya, kerana itu tiada gunanya, memperkenal rahsia pada dirinya, kerana tak mungkin paham akannya, hati ada batu sahaja, begitulah akan tempat ketiga, baru tiga dah kabur akalnya, inikan pula mengenal empatnya, pada hati akan sirNya, ini hanya tempat pilihannya, membuka rahsia empat ini adanya, seperti membuka pintu syurga yang ada, kerana amat susah untuk kita, selagi nafsu menjadi rajanya, kerana itu empat ini bahagia namanya, atas nafsu yang tunduk akan Tuhannya, bukan nafsu menunggang manusia, bukan manusia hamba nafsunya, inilah syarat mengenal empatnya, empat muka empat sifatnya, menjadi kota akan tahtanya, menyinari dialam daimnya, hanya terbuka pada pilihannya, tiada menjadi suatu yang rahsia, jika mengetahui akan jalannya, tapi bagi manusia, tiada mungkin tahu rahsianya, kerana terbukti dalam sejarahnya, manusia hanya berpura akan Tuhannya, tiada nampak walau tahunya, tetap berdalil akan nafsunya, tak mahu akur akan tunjuk yang ada, hendak tunjuk dari nafsunya jua, inilah empat rahsia berada, pada muka menghala wujudnya, dimana kau sua disitu wajahNya, ini rahsia empat yang ada, memberi erti akan nasibnya manusia, diatas dunia mencari cahaya, cahaya ilahi pedoman didunia, siapa yang tahu rahsia terbuka, nescaya sakratul menyinar rahsianya, ini tempat manusia bahagia, menjadi getar iman di dada, menjadi sir akan tubuhnya, menjadi tenang sekelian anggota, bila rahsia kenal dirinya, menjadi dia akan salamya, seperti masuk syurga ilahinya, sebagai bukti tamat jalannya, singgah sebentar penat didunia, agar terus ke alam makrifatnya, inilah ibarat tempat yang ada, empat tempat memilih rasa, rasa yang ada sebagai tunjuk jalannya, sebagai ilmu ilham pada kita, bagai empat kelopak yang ada, duabelas atas lapan dibawahnya, itulah pintu asma’ adamnya, menjadi zikir akan sirnya, menjadi cahaya akan kalbunya, terpancar hebat seluruh alamnya, menjadi gemilang menutup nafsunya, hingga hancur tiada bekasnya, jika paham jalan yang empatnya, nescaya paham akan jalan perkenalannya, atas dirinya tanda yang nyata, bukti Tuhan itu ada, bukan diatas pelajaran dunianya, mengenal Tuhan atas alam yang ada, tiada akan berjumpa kita, seperti Ibrahim mencari Tuhannya, hanya pada dirinya jua, tempat bertemu akan hakikatnya, maka empat ini rahsia sahabatnya, kepada mereka yang cuba bukanya, tanpa tahu akan kuncinya, nescaya terbakar akan dirinya, maka awas mereka yang jahil dirinya, jangan sangka iman dah tebal adanya, perasan nak masuk syurga Tuhanya, itu hanya angan sahaja, hanya lipur dihati yang duka, kerana mati ketanah jua, bagi manusia itu sahaja, tapi mereka yang Melayu dirinya,ini satu peluang yang ada, mendapatkan bukti akan Tuhannya, menjadi satu seronok hatinya, mengenal Tuhan akan jalannya, diatas budaya Melayu yang hebat dirinya, tiada takut akan sesiapa, hanya penegak kebenaran yang ada, jika paham wahai yang ada, Melayu itu serupa kembarnya, menjadi silau akan rahsianya, menjadi tempat ujud kalamnya, mengatakan rahsia pada kekasihnya, serupa intan dengan kilaunya, membentuk rahsia menjadi manusia, diatas Melayu jua alamnya, diatas Melayu jua kalamnya, diatas Melayu jua akan rahsianya, terpendam dalam sanubarinya, bukan sekadar nafsu yang berkata, diatas alim serban dan janggutnya, hanya sukma yang sesat pahamnya, hanya diri yang tak nampak akan Tuhannya, hanya bermimpi alamat baiknya, itu sangka jiwa yang ada, tapi mimpi hanya mimpi jua, tiada akan menjadi apa, selagi diri belum Melayunya, selagi itu ianya rahsia, rahsia itu khazanah akan ilmunya,membawa kenal yang empat jua, supaya kita pahamkan segera, bahawaTuhan itu ada, bersama kita selamanya, tapi jangan mudah padanya, memahami simbol aksara rahsia, hanya semu dimata kita, bagi mereka yang masih manusia, tak mungkin lengkap akan pengenalannya, tak mungkin paham jalan cerita, kerana yang ada pandai membaca, pandai hafal tafsirannya jua, tiada tahu akan gunakannya, kerana diri dah hilang aslinya, diri dah jadi teritip nafsunya, serupa gelap dalam terangnya, kerana empat banyak rahsianya, berupa pelbagai sinar akannya, sinar yang mabuk jadinya kita, kerana iman goyang sahaja, hati ada berdebu jua, dah jadi kubur berpalang pula, buka ayat tulisan kita, ayat Melayu berbentuk selolka, tapi ayat yang tak paham makna, bila ditafsir baru dapatnya, inilah empat cerita yang ada, bagai istana diatas air malanya, tempat nyata perintah alamnya, tempat kita ambil tarikatnya, tempat manusia jumpa akan pintunya, pintu rahsia membuka kalbunya, jadi buta sekelian melihatnya, hilang dunia, akhirat sahaja, tapi kita tak mampu jua, kerana Melayu dah fasik jua, tiada mahu mengaku Melayunya, malu bila dia berkata, kerana bunyi Arabnya tiada, asalkan boleh kita ikutkan dia, baru alim kerana terang Arabnya, bukan hati tak memilih bahasanya, kerana Tuhan itu Arab untuk kita, bukan Tuhan yang memiliki segala bahasa, memahami apa bahasa jua, sedangkan manusia bangga adanya, kerana dia pandai berkata-kata, lebih mulia dari Tuhannya, kerana nafsu menyuruh dia, sombong dengan agama dirinya, lebih mulia dari sekelian yang ada, itulah manusia neraka tempatnya, bukan syurga jadi tujunya, tapi angan kesana hendaknya, tapi itu sangkanya sahaja, akhirnya neraka jualah perginya, disana duduk bodoh sahaja, ada otak simpan dikoceknya, ada mata simpan dalam begnya, ada hati masuk peti ais sahaja, itulah kita kiasnya jua, ada rahsia tiada gunanya, jika dibuka sia-sia sahaja, Melayu yang ada dah layu jua, kerana hilang akan jatinya, sudah ditelan perubahan masa, ditelan budaya asing adanya, kini Melayu nama sahaja, itupun bin Arab jua, mana Melayu yang jati dirinya, pada kita tetap adanya, tapi tak mahu tahu rahsianya, itulah sebab empat susahnya, kerana itu sumber kuasanya, disitu tempat pintu padanya, menembus kalbi sir akan sirnya, mengenal empat tamat jalan manusia, mengenal lima mula makam ketuhanannya, kerana ia kaitannya sama, satu mula satu awalnya, dimana bermula disitu akhirnya, memahami empat tanpa yang lima, ibarat ada bayang sahaja, kerana kuasa tiada diempatnya, itu hanya sungai mengalir dibawahnya, pahamkan yang ada semua, sungai empat cabangnya jua, ditempat rahsia mula menjelma, menjadi kuasa akan diri kita, menjalankan urusan diatas dunia, dialah wazir menunjuk khidmatnya, kepada sesiapa yang tahu rahsianya, kepada yang bijak memahami ayatnya, bukan sekadar tenteram jiwanya, itu hanya nafsu yang lemah jua, kerana tak tahan sinar sirnya, apa maksud tersirat disana, pada empat undi posnya jua, tapi tak sampai pada kita, kerana dicuri nafsu yang ada, itulah tanda kita dah lupa, akan asal alam jadinya, disangka ia beru sahaja, tak tau berjuta tahun sudahnya, Melayu itulah wangsa pertama, bernama Adam rahsia dirinya, tapi kita takkan percaya, kerana Arab dah konker semua, semuanya Arab dan tiada bangsa yang lain kononnya, itulah bodoh Melayu yang ada, ada otak tak pakai jua, simpan buat pais dan budu sahaja, bila disoal tahu jawapnya, jawap hasil perah nafsunya, bukan akal yang mencari benarnya, kenapa sampai begini jadinya, Melayu sudah hilang panduannya, Melayu hilang tiada arahnya, seperti empat arah yang ada, membawa kita ke gerbang nikmatnya, jika paham mana tujunya, baru dapat rahsia arahnya, menuju satu atau banyaknya, pilihlah jika pahamakan maksudnya, jika mencari akan pusatnya, ada pada pula yang lima, kerana itu mula asalnya, menjadi mata air syurganya, tempat mula sekelian kuasa, tempat nyata sekelian suara, tempat kita ambil umrahnya, harus peka katanya kita, kias ini berbentuk seloka , sebagai lembaran nyata rahsia, supaya dapat akan hikmahnya, baru Melayu jati dirinya, mengenal Tuhan pada tandanya, jadi kita sebagai khalifahnya, bukan menjadi hamba nafsunya, bukan menjadi kelabu matanya, bukan menjadi batu hatinya, bukan jadi pak tongong pula, hanya angguk apa orang kata, ingat Melayu tak perlu diajar, Melayu dah lama bertuhan adanya, beribu tahun diatas dunia, tapi Melayu bijak adanya, menyembunyi rahsia dalam dirinya, sebagai khazanah bekalan dunia, untuk anak cucu diguna pula, sebagai petunjuk berkelana dia, diatas tugas menyelamat manusia, dari sesat nafsu dirinya, dari hanyut dialam mayanya, kerana manusia lupa Tuhannya, jadilah berok berupa manusia, jadi ungka dikalangan manusia, tiada tahu akan asalnya, dari mana datangnya dia, dari mana jadinya dia, bukan semua tertulis adanya, hanya mitos jadi ceritanya, kerana Melayu dah tiada ada jua, hanya tubuh dan rupa sahaja, nama tiada Arabnya jua, itulah Melayu hanyut terus dimamah masa, makin pudar tiada bekasnya, jangan kita begitu pula adanya, semoga kita tak sesat jadinya, kerana itu seloka ada, seloka sebagai seruan kita, agar Melayu kembali ada, menegak kebenaran diatas dunia, bukan perjuangan diatas nafsunya, tapi kebenaran HAQ Tuhan kita, menjadikan alam sebagai jajahnya, memerintah alam adil adanya, kepada makhluk serupa rakyatnya, dan Dia sebagai Rajanya, itulah Melayu jika nak tahu adanya, selagi Melayu mesti beraja, Raja itu tahtanya lima, tempat titah menjadi nyata, pada kuasa empat cabangnya, Dia hanya duduk sahaja, atas titah jadi segalanya, itu menjadi suralokanya, akan yana ilmu akannya, menjadi perintah untuk manusia, agar ikut gerak Tuhannya, bukan gerak dari nafsunya, hanya solat berpura-pura, tapi solat jati geraknya, merasai kehadiran akan Tuhannya, baru sempurna makrifat kita, sempurna adanya ibadat dengannya, baru dapat rahsia terbuka, baru tahu erti solatnya, jika kita tiada daptnya, solat hanya kewajipan sahaja, bukan atas cinta membara, kepada khalik asalnya kita, hanya musibah atas kita, kerena menyembah nafsunya jua, buka kearah Tuhannya kita, kerana tiada tahu jalannya, jangan marah jika membaca, memang ini hakikat akannya, jika kita tiada tahunya, kita beramal nafsu Tuhannya, bukan dia jadi tujunya, tapi nafsu berupa Tuhannya, ingat dah sampai akan ajalannya, jalan mana nafsu sahaja, jika nak tahu rahsia yang lima, bunuhlah nafsu tinggalkan dunia, baru paham mana benarnya, baru nampak tertipu dirinya, atas percaya apa orang kata, bukan mencari bukti untuk dirinya, tapi malas hendak akannya, kerana nafsu cukup sebagai Tuhannya, tak perlu paham tak perlu carinya, apa yang senang tak perlu sakit kepala, begitulah rahsia pintu kelima, akhirnya cahaya menuju otaknya, pelbagai warna menuju pahamnya, akan sinaran kalbu membuka, akan rahsia dipangkal otaknya, menjadi rasa merasa akannya, embun ketuhanan halwa yang ada, menjadi tanda ia terbuka, kasyaf rasa segala alammya, dalam bentuk pelbagai rasanya, menyatu akan hakikat padanya, memberi paham sekelian akalnya, bahawa dia tiada ada, tiada tuan akan pakainya, hanya sembahan untuk dirinya, bukan akhir paham yang ada, hanya menjana ilham padanya, mengenal akan hakikat rasa, itu ilmu amat dalamnya, tiada yang sampai jika butanya, pada rasa nafsu beraja, tiada terbuka akan makamnya, jika Melayunya masih alpa, akan rasa membawa binasa, akan rasa rindu akanNya, dalam rasa ujud rahsianya, semuanya ada kerana rasaa, tanpa rasa nafsupun tak berguna, itulah pangkal akan rahsia, mengenal Tuhan dalam hadirnya, jika tiada tahu akannya, maka rugi yang amat masa hidupnya, hanya rasa makanan dunia, tiada terasa nikmat Tuhannya, jika paham akan katanya, nescaya tahu rahsia kelima, itulah kuasa kalam KUNnya, jika mengerti apa ertinya, jika bicara tiada hikmahnya, semuanya kaku tiada bermaya, tiada yang jadi sekelian doanya, kerana doa nafsunya jua, bukan jampi pembuka simpulnya, bukan kunci pembuka saktinya, inilah rasa pembina kalamnya, pada kata yang berjanji setia, pada kata yang buruk padahnya, pada kata ia sentiasa, pada kata tahu akan rasanya, pada rasa jualah rahsia, bukti akan bukti dirinya, kerana Tuhan hadir sentiasa, tiada nampak padanya mata, tapi pada hati yang merasa, bukan hati tunggangan nafsunya, hanya nak rasa sedap tubuhnya, bukan rasa diluar sahaja, tapi rasa didalam rasa, rasa halus sukma menuja, rasa peka dalam akalnya, merasa akan hadir Tuhannya, itulah syarat membuka ia, akan pintu rahsia kelima, semoga dapat mereka akannya, kalau paham jadilah ia, itulah isyarat kepada mereka, yang hilang rasa menjadi rasa, rasa nikmat akan Tuhannya, atas pengetahuan hadir diriNya, pada kita terang dan nyata, akan bukti kehadiran Dia, tapi kita masih tak percaya, kerana nafsu selindung rasa, rasa yang ada dengki sahaja, atau syahwat menuja dirinya, bukan rasa memberi imannnya, tapi rasa sebagai manusia, tiada terbuka akan rahsia, selagi selubung nafsu rasanya, bukan rasa patinya kita, menjadi tempat nyata ujudnya, kerana rasa hujahnya tiada, hanya bukti atas dirinya, ini lembaran pembuka rahsia, untuk anak cucu Melayu sahaja, yang dapat erti akan selokanya, kerana mengenal Tuhan dalam Arabnya, tiada ketemu akanya dia, hanya Tuhan tiada bentuknya,tiada serupa akannya Dia, dengan sesiapa atau apa jua, haruslah paham erti rahsia, bukan mainan manusia nafsu dia, ini ajaran pembuka akan hikmahnya, kepada mereka yang bijaksana, mengenal mana isi kulitnya, mengenal mana islam luar sahaja, banyak tapi sedikit yang ada, apatah lagi ditahap kelima, hanya menunggu tak tiba jua, akan piala kemenangan manusia, tiada yang dapat akan hadiahnya jua, hanya sumpahan akan dirinya, kerana gagal memanusiakan nafsunya, hanya menjadi sarung akannya, dia tiada yang ada nafsunya jua, itulah rupa manusia yang ada, hanya bayang kan pergi jua, ibarat senja sementara sahaja, begitulah kelima akan pergi jua, menuju keenam tempat akhirnya, menanti akan tukar sarungnya, dari rasa tahu patinya pula, bagi mereka yang paham jalan kesana, pasti tahu apa bendanya, disana tenggelam matahari malam, tiada lagi akan menjelma, tiada nafsu dapat kesana, kerana sampai matilah dia, hanya mereka yang tukar sarungnya, dari tidak menjadi kekalnya, baru faham fuad dimana, dari empat terus keenam jua, mata hakiki fuad itu jua, tempat melihat akan ilmunya, bukan nafsu dihati manusia, berupa malaikat tapi iblis jua, jangan ingat tak takut hatinya, belum tentu benar akan agamanya, selagi nafsu bermaharajalela, tetap jadi bangkai bernyawa, tetap jadi insan derhaka, tetap tak jadi Melayunya, baru kita paham asalnya, yang mana iman dikata orangnya, yang ada hanya saka nafsunya, menyamar sebagai dirinya jua, jadi dengar sekelian yang ada, dari kelima itu kembangnya, kuncup diatas enam kiranya, kelima nyata awan birunya, keenam nyata hampir malamnya, jika dilihat lima yang ada, serupa budak menangis sahaja, manja dia menghukum dirinya, kerana kalam milik akannya, jika kita berkata dengannya, jangan dilalu atas nafsu kita, kerana manusia, tetap jahil jua, tiada tahu akan Tuhannya, kerana nafsu pelindung agamanya, bukan Tuhan tempat teduhnya, bukan mencari kebenaran dirinya, tapi suka dengar kata manusia, jika alim nam[pak dimata, segera bertanya akan Tuhannya, alim apa jahil semata, dia pun masih dalam neraka, hanya tiada bau akannya, kerana hidung disumbat parfum nafsunya, itulah jangan mudah menyangka, nampak yang lawa ia semua, nampak alimnya ikut segala, sudah resmi Melayu yang ada, pak sanggup semua yang ada, menanggung hutang piutang nafsunya, bila mati tahulah dia, jangan kita menjadi akannya, seperti mengaji kenal huruf sahaja, tiada paham apa bacanya, asalkan sedap betul tajwidnya, bukan memahami rahsia Tuahannya, atas ayat diturun kedunia, kerana Tuhan tak suruh mengajinya, tapi disuruh mengkajinya, tapi nafsu tak nampak pula, hanya sedap merdu suara, mendayu-dayu memujuk nafsunya, atas tajwid nafsu bagi markahnya, kerana seronok nafsu mendengarnya, bukan mendapat hikmah pengajarannya, bukan hendakkan apa isinya, tapi kulit dipuja-pujanya, kerana manusia nafsu jua, mati ketanah akhirnya, apa nak dikira bodoh pandainya, kita mati jadi tanah jua, selagi ada nafsu padanya, bak kita bersuka-suka, mati tetap tak dapat apa, kerana baca bukan isinya, tapi baca akan tajwidnya, itulah jika tahu rahsia enamnya, kerana lengkap petala yang ada, asal manusia ayat penyata, akan wahyu Tuhan didunia, kerana tak nampat didepan mata, siapa yang tahu bila matinya, itulah manusia tahfiz akannya, supaya dapat berkata dalam kuburnya, pakai ayant Tuhan yang ada, semoga tidak dipukul malaikatnya, bukan mencari dan hafal hikmahnya, mencari menggali akan rahsianya, supaya kita selamat adanya, dapat tahu akan rahsianya, ini tiada peduli akannya, kerana tak masuk akal katanya, mana mungkin manusia tahunya, hanya tahu nahu Arabnya, bukan rahsia sebagai permata, dalam ayatnya dapatkan kita, semoga terang hidup didunia, supaya paham mana benarnya, kerana itu enam yang ada, amat hebat peri ceritanya, nak buat apa berikan jua, selagi manusia tetap nafsunya, disitu cabang berbayang dua, tiga tenggelam dibelakangnya, terpancar akan mani manusia, sebagi tempat mengambil rupa, benih pramana ikatan mesra, antara kita dengan pencipta, itulah tetap ayahnya kita, kasihnya sepanjang jalan hidup kita, mana yang rasa tahu jawapnya , harap tahu akan ertinya, bukan semudah membuka kuncinya, selagi bahasa manusia yang ada, tak mugkin terbuka pancaran suria, kerana tenggelam tiada makna, hanya musafir yang berkelana, dicabang dua disimpang tiga, disitu jadi kembang berdua, kembarnya sama jantan betina, kelopaknya sama cerah purnama, tempat yang arif menghukum dunia, tempat kitab dibuka ertinya, memberi paham sida yang ada, mengenal Tuhan pada dirinya, mengenal sungguh akan buktinya, jangan jadi seperti nafsunya, tiada akan percaya apa, kerana iman mainan mulutnya, bukan hati yang fana dunia, selagi kita bernama manusia, selagi itu duduk bawahnya, hidup hanya sandiwara sahaja, bukan takut akan Tuhannya, kerana janji telah dilupa, saat asal dahulu kala, disini tempat enam rahsia, tempat sumpah akan Tuhannya, menjadi nyata jika sungguhnya, melihat alam seluas-luasnya, baru kita nampak hakikatnya, bahawa kita bayang sahaja, tiada nyata akan hakikatnya, hanya menumpang rahsia keenamnya, jika paham adillah kita, baru sungguh mujahadahnya dia, baru paham akan cintanya, pada purnama akan tujunya, baru mengerti sekelian Melayunya, baru tahu mana esanya, pada dirinya semu sahaja, tiada pernah ujud adanya, hanya diatas bayang Tuhannya, sebagai tempat insan tercipta, menjadi rupa akan geraknay tempat gerak jatuh bertimpa, tempat asal balik wal asalnya, tempat cantum bindu namanya, tempat pulih anggota batinnya, maka siap akan rahsia, menjadi pesada hidup manusia, menjadi tahu mana yang sampainya, menjadi bukti tahu Tuhannya, itulah enam pembuka sampulnya, diatas hujung tujuh petala, seribu makna seribu warnanya, jadi ghaib akan segala, jadi nyata akan Tuhannya, baru sangkala meniup nafirinya, tanda kiamat dah tiba masanya, bari mereka redha Tuhannya, nescaya tenang akan hatinya, jika tidak gementar tubuhnya, kerana sangkala jadi gelap alamnya, siapa sampai tanpa sucinya, siapa mencuri tiba disana, dalam nafsu kosa dirinya, nescaya mati sert-merta, kerana nafsu tiada dayanya, kerana manusia bukan itu tempatnya, hanya yang kekal dalam imannya, kekal bersama bukti Tuhannya, maka moksa akan tubuhnya, jadi ghaib akan ujudnya, hanya selimut akan doanya, menjadi fakir sekelian dunia, tiada apa nampak disana, hanya kegelapan menyalut rahsia, tiada yang tahu dirinya dimana, kerana masa tiada tandanya, hanya rela mati akannya, atas nafsu yang amat durjana, selagi manusia itulah kita, takkan paham ini rahsia, kerana jalan ini adanya, khusus untuk Melayu yang ada, bukan semua dapat bacanya, bukan semua paham akannya, bukan semua tahu jawapnya, bukan semua direstuinya, maka sekelian Melayu yang ada, begini cerita membuka rahsia, atas lembaran tersorok adanya, tapi terang jelas dan nyata, semoga dapat ilham erita, padanya, mencari kunci dalam seloka, memang tak mudah dalam cerita, mengenal Tuhan pada dirinya kita, tiada siapa akan percaya, kerana nafsu selubung dirinya, jika kita benar Melayunya, nescaya dapat akan maksudnya, ketujuh itu penghujung kepalanya, tempat dipegang selama hidupnya, mereka yang paham tuju rahsia, mengerti ini caranya kita, sembunyi kata dalam ayatnya, sembunyi rahsia dalam terangnya, mereka yang paham nescaya berjaya, dengan syarat Melayu dirinya, bukan yang lain ganti dirinya, tiada akan kesampaian jua, maka ini akhir seloka, tempat lembaran membuka rahsia, jika kita betul hendaknya, jadilah Melayu sebenar-benarnya, baru dapat isi maknanya, baru paham ia kenapa, baru ketujuh gulung tikarnya, kerana lembaran berakhir adanya, itulah lembaran rahsia namanya, sebagai tata untuk bicara, mengenal diri dialam abdinya, mengenal huruf tiada rupanya, mengenal niat sebeum ujudnya, mengenal tahu sebelum tahunya, mengenal diri sejak azalinya, mengenal akan pati Tuhannya, menjadi AKU pada manusia, menjadi hayat hidup didunia, menjadi rahsia bernama manusia.



17. SELOKA MELAYU

SUKHMA SAKTI

Ini selokala gurihnya siddha, memberi kenal akan sang atama, hatta seloka ini berharga, bagi mereka yang bercita-cita, mengerah kersa kearah sukhma, mengenal dirinya serata-rata, kerana tahu apa ruginya, jika hidup diatas dunia, gagal mencari jawapan yang ada, soalnya mengapa ada manusia, mengapa wajib mencari Tuhannya, kerana ini seloka dinyata, dikalam atas soal yang ada, seloka kata sakti adanya, simpanlah walau sekerat dua, jangan disimpan dikocek sahaja, gunakan ia semaikan didada, sebati ia dalam jiwamu, pahamkan erti akan seloka, jika tidak sia-sia belaka, kerana seloka menyusun kata, atas olahan akal berjiwa, tidak terbuka akan isinya, tidak paham sesiapa membaca, tak mudah itu dapat maksudnya, tak kan dapat akan hikmahnya, kerana seloka bermain kata, kerana seloka hanya dirasa, bukan fikir diguna kita, kerana fikir sempit caranya, marilah renung baca bersama, mengenal akan dirinya kita, bukan susah dalam mengajinya, tapi hati tak mahu percaya, kerana terbiasa ajaran yang ada, mengenal manusia dengan budaya, mengenal Tuhan dengan agama, tapi tiada mengerti jua, kerana erti hakikat manusia, adalah makhluk yang melata, hanya pandai berkata-kata, bukan ada akal sempurna, hanya fikir dari otaknya, besar sedikit dari binatang yang ada, mengenal Tuhan bukan dipaksa, kenal Dia bukan seperti kawan kita, Dia itu sesuatu tiada bagainya, tapi ada tandanya dapat diteka, ada buktinya pada kita, jika kita bijaksana, tak perlu jauh memikirkannya, kerana Dia ada sentiasa bersama kita, dimana saja kita berada, itupun jika paham akan ayatNya, menyatakan akan diriNya jua, tiada siapa empunya kersa, atas bicara seperti dikata, hanya Dia Maha Segalanya, memiliki apa wujud yang nyata, walau ghaib sampai kiamatnya, hanya satu yang ada, terang dan jelas dalam seloka, manusia itulah dalilnya jua, lagi nyata tiada soroknya, kerana manusia itu adalah adamnya, adam dalil akan Tuhannya, sifat manusia sifat yang mulia, kerana itulah sempurnanya kita, kerana sifat Dia nyata dipinjam kita, nyata kias akan adaNya, terang bukti kuasaNya pada kita, tiada makhluk sesempurna kita, tak perlu kaji sifat makhluk yang ada, hanya manusia sifat yang sempurna, kajilah diri sendiri jua, kalau nak cari akan jawapnya, seperti dalam kitab yang ada, mengenal siapa dirinya kita, seluruh dunia bicara akannya, awal agama mengenal Allah jua, mengenal Allah mengenal diri kita, ini kata sering bergema, sering didengar merata-rata, tertulis dan dipahat manusia, berabad adanya, menjadi rahsia kepada yang ada, mencari akan pengenalan dirinya, itulah kita sebagai manusia, wajib mengenal dulu sebelum mula, kehidupan didunia jangan sia-sia, selagi ada nyawanya kita, gunalah sebaik yang ada, nescaya bila mati kita, sudah siapa akan segala usaha, hanya yang telah sempurna memahaminya, hanya yang telah tiba, tahu kemana haluan seterusnya, mati bukan perhentian akhir untuknya, inilah siddha manusia sempurna, maka dimulalah akan kita, dalam bicara yang amat berharga, pada perbendaharaan akan Tuhan kita, membuka pengenalan akan rahsianya, mengenal diri sempurna yang ada, itulah fitrah diberi nama, fitrah itu kenal akan Tuhannya, fitrah itu semulajadinya, fitrah itu jalan lurus yang ada, fitrah pembimbing kepadaNya, fitrah inilah diri rahsia, pemegang segala urusetia, akan khidmat pada Tuhannya, maka disinilah tempat bermula, adanya fitrah pada diri kita jua, jangan dicari yang lain pula, ada sama menyamar jua, dikata fitrah tapi nafsunya, kerana yang ada mengaji bawah sahaja, dikatanya tempat yang tinggi pula, tinggi apa semuanya sama, atas bawah alamNya jua, tapi ramai keliru adanya, mengaji kitab tiada asalnya, hanya tahu ambil bacanya, tiada dikaji oleh akalnya, hanya seronok zikir akannya, zikir apa maksud tak sampai jua, hanya hangat punggungnya jua, ada setengah kebas jadinya, kerana Tuhan akan datang berjumpa, kurang-kurang wali yang tiba, wali apa diri tak kenal jua, yang mana nyata yang mana ujudnya, kalau ujud belumlah nyata, akan tempat hadirnya Tuhan kita, mana anta maksudnya kita, adakah seperti dikata mereka, guru tarikat dan hakikatnya, atau syariat yang hanya kulitnya, langit mana hendak dijumpa, biru hijau warna sahaja, bukan diri bukti padanya, akan hadir sang ilahinya, itulah manusia sepi sahaja, warak hanya muka sahaja, lidah berkata dalil berjela, ulang-ulang itu jua, bukan fitrah qudus wabika, tapi wahabi atau hadarinya, sunnah yang ada jemaah tiada, kalau shiah sesah sahaja, berpasenteran untuk mengumpul muridnya, mujahidin hanya dibayar nyawa, inilah hakikat manusia melata, hanya hidup sementara jua, kaji agama atas nafsunya, lelah berzikir keras lidahnya, sedangkan fitrah sebelahnya sahaja, tiada diketahui akan dirinya, inikan pula yang maha Esa, hanya dilidah ucap sahaja, berkobar semangat nafsunya jua, hendak mati masuk syurga, bukan makhluk Tuhan dijaga, kalau boleh musnah semua, fitrah apa nama ininya, mengenal agama sekerat sahaja, atas ajar manusia dunia, bukan jihad akan nafsunya, bukan kasih sayang semua, tak kira semua kafir sahaja, dirinya sahaja yang amat mulia, sedangkan Tuhan ada dimana-mana, dengan sesiapa jua dia beserta, jika tidak matilah kita, nak bernafas tiada bolehnya, itulah tanda arif yang ada, bukan atas fikir ilmunya, ilmu diambil dalam dunia, bukan ilmu tiada celanya, tiada bau akan nafsunya, tiada bau akan hapaknya, ini ilmu dingaji manusia, ilmu sekerat-sekerat jua, tiada sampai akan umbinya kerana tahu atas fikirnya, serta nafsu pewarna ayatnya, pakai dalil nak sorok bodohnya, pada sendiri kosong sahaja, tiada jawapan dari hatinya, kerana hati dah batu jadinya, akibat lama didalam dunia, lama mati akan dirinya, hanya nafsu berupa dia, bercakap hanya kepentingan dirinya, nak kata hebat tidaklah jua, mana manusia tahu jawapnya, hanya atas tulisan sahaja, kalau buta habislah dia, tiada panduan pada dirinya, hanya harapan betul jawapnya, jika benar itulah kita, alamat kiamatpun tiada guna, kerana manusia ikut sahaja, tiada mahu kaji dirinya, inilah seloka pembuka jalannya, pada insan yang tahu palsunya, hidup dunia semu sahaja, tiada kekal selama-lamanya, baru manusia tahu akan ehwalnya, dia hanya sarung sahaja, sarung binatang pandai berkata, bukan diri yang asal adanya, diri asal fitrah Tuhannya, itulah kenyataan akan manusia, tiada elok cela sahaja, kerana bangga mulia dirinya, disangka alam hak miliknya, baru didunia dah lupa Tuhannya, hanya anggap iman sudahnya, iman apa buta sahaja, paham tiada akan Tuhannya, hanya paham atas tahu sahaja, hati masih tetap durjana, hati masih jahat sentiasa, walau tiada nampak luarnya, dalamnya busuk bangkai baunya, dirinya yang ada sudah lama matinya, hanya tinggal sarung sahaja, itupun masih ada garantinya, kalau tidak sarungpun tak ada guna, jadi wahai peminat seloka, kita cerita sambil bersenda, jangan marah jika terkena, kerana ini Melayu caranya, menunjukkan cara jalan yang ada, jalan cerita orang yang lama, buka lama kerana nyanyuknya, tapi lama diatas dunia, kenal selok liku akannya, maka inilah hasilnya seloka akan sukhma saktinya, sabagai tanda Melayu ada, sebagai tanda Tuhan itu ujud adanya, jangan hati tidak percaya, kerana ramai ikrar lidahnya, hati tetap tiada serta, kerana jika benar adanya, maka hati kita sejahtera, tiada kita kasar adanya, seperti Arab amat jahilnya, kerana itu disitu turunnya, agama Tuhan membimbing mereka, amat keras hukum atas mereka, kerana biadap adanya mereka, bangsa Arab jahilliyah lakunya, bukan Melayu kita adanya, sudah bersopan dan ada adatnya, beribu tahun ada tamadunnya, tamadun lama tinggi nilainya, tapi hilang ditelan arabnya, hingga Melayu dah jadi mereka, Melayu dah jadi bangsa yang lupa, akan susila budi neneknya, maka inilah atas sebabnya, seloka selalu berpesan adanya, bangsa jangan kita lupakannya, kerana ia teras diri kita, agama hanya pakaian sahaja, diatas dunia agar baik jadinya, mengenal Tuhan supaya boleh baliknya, mati tidak ke tanah sahaja, ini fakta benar adanya, bukan sekadar cerita sahaja, Melayu memang dah lupa asalnya, kerana malu akan dirinya, takut dikata sakailah pula, sedangkan Arab mulia sahaja, bukan Islam tapi bangsanya, sedang Islam untuk semua , bukan Arab bukan manusia, ia turun untuk nafsu yang ada, dan Arab memang paling jahilnya, kasar dan tiada santun budinya, ingatlah kita Melayu ada maruah jua, bukan semua dalil arab sahaja, Melayu ramai yang tinggi moralnya, Melayu ramai yang ikhlas dirinya, hemahnya tinggi kaya budinya, kenapa nak pakai dalil arabnya, semua sahabat nabi jujur orangnya, tapi Melayu jahat sahaja, tiada yang jujur penipu semuanya, datuk nenek kita bangsa kurang ajar ye, datuk kita hidup menipu selama hidupnya, keturunan kita perompak dan perogol ke agaknya, anak dibunuh hidup-hidup tiada kasihannya, benarkah Melayu jahat dirinya, jahil dan tiada timbang rasa, setahu kita yang jahil Arab jua, Melayu tak berperangai seperti mereka, masih jua nak pakai dalil Arabnya, perumpamaan Melayu tak ada nilainya, walau kita guna tiada diagungkannya, sahabat nabi mulialah jua, kata mereka lebih hebat adanya, sedangkan Melayu bodoh belaka, sampai bila Melayu begini adanya, tidak sedar diri didunia, Melayu sudah bertamadun adanya, sedangkan Arab masih jahilnya, tapi Melayu tak mahu terima hakikatnya, Arab jua yang hendaknya, bukan dirinya keturunan Melayunya, tapi keturunan Arab yang jahil perangainya, kasar dan tiada adab manusia, hanya mengikut perangai dirinya, hina dan keji tiada hebatnya, hanya setelah ada agama, baru mereka ada baiknya, itupun berlagak jua, ingat mereka dah hebat adanya, Melayu jadi hamba mereka, budaya mereka ikutan kita, bukan budaya Islam yang ada, hanya budaya Arab jua yang ada, agama itu tiada warnanya, kerana ia akhirat jalannya, jalan dunia sederhanalah jua, tapi Melayu tak mahu percaya, Islam itu ingatnya apa, hanya sarung budaya Arab sahaj, mana ada budaya Islamnya, hanya budaya Arab yang ada, itupun kita tak mahu percaya, tetap Arab itu Isalam tanggapnya, sedangkan jauh akan bezanya, agama itu dari Tuhan kita, untuk tundukkan nafsu yang add, bukan Arab akannya ia, hanya sarung turun disana, takkan Melayu tak ada otaknya, suka ikut-ikut sahaja, sudah bodoh tak malu pula, diri kita mualaf sahaja, tapi ingat dah jadi Arabnya, kerana nama melambangkan Islamnya, bukan hati yang ikhlas akan Tuhannya, bukan jiwa yang mencari Tuhannya, hanya nafsu dicari dia, kahwin empat kalau mampunya, bukan kurang satu cukupnya, kerana nafsu itulah Tuhannya, Islam hanya landasan dirinya, tempat bersandar akan nafsunya, tapi manusia tiada tahhunya, kerana jahil jadinya pula, sedang Arab hebatlah pula, rugi Melayu ambil tempatnya, dari maju mundir dirinya, fikir hanya agama Arabnya, bukan Islam semesta alamnya, tapi Arab dikatanya agama, jangan marah jika kita kita, kerana benar seloka berdenda, jangan marah kalau benarnya, ini hanya senda sahaja, kalau tahu dan ada pahamnya, maka usahakanlah dapatkannya, hanya Dia Tuhannya kita, tiada yang lain itu pastinya, bukan Tuhan itu Arab pula, gelak hati dengar akannya, kerana Melayu tak tahu apa, ditipu Arab seluruh hidupnya, inilah landasan kita bermula, akar masih Melayu jua, nasib baik makan nasinya, kalau kurma dah tentu murtad Melayunya, jangan kata kita ikut mat sallehpun sama, tapi tiada yang buka akan puasanya, dengan keju serta mentega, harap paham apa yang dikata, bukan nak kutuk Melayu yang ada, tapi Melayu tak mahu akurnya, akan diri keturunan mulia, tetap sahabat nabi pilihnya, betapa hebat pejuang Arab mati syahidnya, sedangkan pahlawan Melayu teramat hebatnya, gugur mereka tiada yang bela, nama mereka dibuang sahaja, kerana Arab tetap mulia jua, semua jujur baik belaka, Melayu hanya sakai sahaja, Melayu pengecut baka penyangak adanya, itulah kita bodoh yang ada, hanya ikut-ikut sahaja, tak mahu fikir akan dirinya, Tuhan itu ada dimana-mana, Tuhan itu bukan milik Arab sahaja, sedangkan dalil untuk semua, setiap makhluk itu dalilnya, inikan pula kita manusia, dalil yang hebat tiada tandingnya, ganti sifat lengkap tubuhnya, segalanya ada pada kita jua, cuba direnung alam yang ada, atau makhluk seluruh semesta, tiada selengkap manusianya kita, kenapa tak kaji asalnya kita, kenapa tiada tahunya jua, manusia itu dalil DiriNya, bukankah manusia jua ceritanya, bukan berok ataupun kera, jadi kias akan ujudnya, pada manusia amatlah nyata, kita dalil akan buktiNya, maka manusia tak paham jua, tak mahu terima hakikat Dia, kita manusia bayangannya Ia, sebagai ganti diatas dunia, jika kita tiada tahu jua, atau degil tak mahu terima , atau sombong nak Arab jua, amatlah rugi kita Melayu orangnya, amatlah rugi kita Melayu bangsanya, maka kenallah asalnya kita, sebagai tempat perkenalan pertama, pada kulit ujud isinya, baru arif kita belajarnya, baru benar akan ilmunya, kalau kulit rupanya nangka, takkan isi cempedak jua, itulah tempat kita bermula pada rupa bangsa diri kita, baru kedua kita kata, pada diriku nyatanya Dia, hanya kita sebagai rahsianya, dapat tahu akan duduknya, akan Tuhan kita bagaimananya Ia, bukan seperti lakaran pahamnya, seolah-olah Tuhan melihat pula, sedangka Dia Maha Melihat, pada isi kita kaji pula, langkah kedua mengenal Dia, inilah asal fitrah yang ada, cerita awal akan seloka, mengenal fitrah jantung nya kita, hidup atas kurniaan Dia, jadi cari isi kandungnya, baru paham dimana fitrahnya, bukan ia berbangsa Arab pula, tapi ruhaniah cahaya alamnya, menyinar manusia menunjukkan Dia, bukan dunia nampak matanya, tapi selagi manusia kulitnya jua, tiadakan paham isinya pula, kerana tak mahu terima adatnya, Melayu juga tahu Tuhannya, takkan Arab tahu semua, Melayu lagi hebat dirinya, mengenal fitrah dah lama tahunya, cuma ramai tak sangka kebolehannya, serasa hanya seabad sahaja, manusia hidup di permukaan dunia, tiada tahu asalnya dunia, tentang kejadian alam dan manusia, hanya ikut apa kitab kata, atau kajian bijak pandai dunia, mana manusia tahu semua, tak ilmunya setanding Dia, jadi kita fikirlah pula, takkan Melayu bodoh adanya, kerana jiwa dijajah adanya, kerana itulah hidup menghamba, pada sesiapa memberi untungnya, bukan menegak kebenaran Tuhannya, hanya dengar kata nafsunya, kerana itu Melayu merana, atas dasar penjajah yang ada, ikut hukum cara mereka, ilmu ada cara mereka, gaya hidup cara mereka, Melayu dah tak ada miskin dan papa, begitulah dengan pengetahuan kita, semuanya datang dari mereka, kita kaji pakai kayu ukur mereka, kita fikir ikut pemikiran mereka, kita tak boleh buat satu apa jua, mesti ada bau Arabnya, adakah dikata semua nabi yang ada, lahir hanya di Mekah sahaja, kurang tidak MIDDLE EAST katanya, apa yang ada gurun sahaja, kerja hanya menternak binatang yang ada, Melayu sudah bertempur adanya, memiliki kerajan yang besar dan perkasa, ikut ulama, nabi hanya disana, disebelah sini hanya sakai dan berok sahaja, Melayu duduk diatas pokok katanya, orang Arab mulia dalam khemahnya, ia ke sebagai katanya, betul ke semua nabi disana, 6,000 tahun paling kurang nya, Melayu dah masak nasi 9,000 tahun adanya, tak kecohpun kita, apa nak jadi dengan orang kita, tanah Arab bawah laut adanya, kita sudah menjajah dunia, tak ke malu kita yang ada, walaupun hebat dihina jua, bukan penjajah yang datang adanya, tapi Melayu jua pengkhianat bangsanya, konon berselindung disebalik agama, hanya dusta dan hipokrit sahaja, selagi kita tiada sedarnya, selagi itu tiada fitrahnya, menjadi hanya batu yang daifnya, tiada guna kita mati sahaja, hidup apa namanya kita, selagi diri hilang maruahnya, hanya budaya asingnya jua, sedangkan kita hamba sahaya, ditanah sendiri menjadi kulinya, atas budaya menghancurkan kita, hingga Melayu pengecut jadinya, jadi hamba akan tuannya, jadi hamba akan nafsunya, jadi hamba akan sheikhnya, tiada Melayu berdiri adanya, melainkan diatas bukan budayanya, bagaimana pula hendaknya kita, konon sudah kenal Tuhannya, diri sendiripun tak tau siapa, ibarat kulit tak tau nama, bagaimana Tuhan hendak dikenalnya, ibarat isi tiada kan jumpa, kerana kulit tak tau bentuknya, padah kita berkata-kata, atas alim akan agama, menyembah Tuhan tiada dipinta, salah manusia terbiasa akannya, zaman dahulu ada berhala, zaman sekarang nafsu gantinya, tapi sama serupa sahaja, itulah kita tak paham akan jalannya, kita hanya menyatakan sahaja, akan ketuhanan yang ada pada diri kita, atas kemanusian kita jua tempatnya, jangan ada salah pahamnya, jika tak tahu tanya yang ada, menyembah Tuhan serupa tak ada, menyatakan ketuhanan itu pada fitrahnya, baru betul jalan agama, baru dapat jadi baiknya, kalau tidak sampai matinya, sembahyang tiada merobah apa, dia tetap jahat hatinya, Cuma dah tua tak larat pula, pasal itu kemasjid adanya, kalau ke kelab dicela pula, kerana diri dah tua adanya, inilah jadi budaya kita, bila tua kemasjid semuanya, bukan nak paham erti dirinya, kelak mati tak tahu jua, ingat senang jadi Islamnya, ingat mudah begitu sahaja, jika tua kemasjid jawapnya, konon tiada nampak jahat dirinya, tapi dah tua tiada guna, nafsu sudah membatu adanya, cuma tua tiada tenaga, masa muda wah! Hebat Che Mahmood kita, itulah Melayu cara barunya, cara lama tiada pahamnya, konon inilah resamnya kita, Melayu tua tiada laratnya, masjid jadi lambang imannya, bukan diri dikenal akannya, bukan fitrah Tuhan dikajinya, tapi sombong duduk disaf pertama, jangan ingat mudah macamtu saja, kita tiada ada apa-apa, hanya tubuh yang nak tunggu matinya, jiwa tetap shirik khafinya, pada Tuhan tiada percaya, kerana tiada ilmu akannya, hanya ikut kata imam yang ada, janji cukup solatnya kita, tapi diri hantu raya jua, tetap jahil akan nyawanya, tiada ketahuan asal dirinya, mati balik jadi tanah jua, jangan marah jangan kesalkannya, inilah akibat jahil adanya, otak tiada diperahnya jua, cuba memahami akan kulitnya, baru dapat isi yang ada, baru tahu Tuhan itu ada, pada kita ada fitrahnya, kenallah Ia padanya kita, bukan kitab berlambak adanya, baca hanya membuang masa, tak nak tengok yang lain pula, tua tak larat sombonglah pula, tua bukan tanda hebatnya, tapi jiwa yang sudah bergelora, batu paham inti buahnya, baru tahu sedap akannya, bukan jadi contoh yang ada, hanya kata dan pakai lawa sahaja, ada stail ada gayanya, ada rupa tapi binatang jua, bukan Nur yang meliputinya, tapi nafsu menunggang dirinya, tiada tahu kerana dah tua, otak yang ada dah beku jua, malam tidur berdengkur pula, nafas keluar seperti naga, hanya nafsu turun naiknya, bukan nafas yang tahu kehendak Tuhannya, inilah seloka memberi cerita, jalan kepada mengenal akanNya, fitrah itu rahsianya Dia, pada kita tempat suluknya, bukan gua tempat bertapa, atau masjid mengapus dosanya, diri jua baitul kafnya, dalam hati bertahta cahayanya, itu sukhma sakti namanya, cara Melayu menyatakannya, bukan Arab empunya kalbunya, tapi Melayu jiwa gelora, hanya Dia nyata adanya, gantu wujud rupa yang tiada, bentuk hanya kias sahaja, menjadi dalil adanya Dia, fitrah saksi jiwanya kita, dalam hati bertemu kita, baru paham fitrah maksudnya, kiamat ada untuknya kita, sudah hapus akan hukumnya, kenal siapa akan dirinya, itu fitrah kiasnya jua, akan agama kepada dia, bukan sembah seperti berhala, tapi pada Dia yang ada, bukan sembah tiada berjumpa, tapi nyata pada kita jua, inilah paham mengenal diriNya, bukan kita bernama manusia, manusia hanya bayang sahaja, dari tanah dibentukkannya, diguna hanya diatas dunia, sudah tua ditanam akannya, mereka yang hidup tahu rahsianya, mereka yang mati kembali ke tanah jua, Tuhan tiada kenalnya kita, kerana hidup berpura-pura, sembah hanya nak tunjuk manusia, konon dia pengikut setia, takut dituduh kafir dirinya, sedangkan hati dah lama matinya, tak payah susah dalam hidupnya, manusia tiada mahu Tuhannya, hanya ikut berpura sahaja, asal hidup tak dipandang hina, untung apa akan agamanya, hanya landasan untuk nafsunya, jika ditanya tak mengaku pula, takut tercalar status dirinya, maklumlah ahli ulama agama, ustad atau iman yang ada, paling kurang bertimbun ijazahnya, hanya kajian diatas dunia, paham hanya diotak sahaja, hati tiada pahamnya jua, ikut shariat kepentingannya, atas status memperbodohkan manusia, kerana ingat diri alimnya, alim apa lampu pun tiada, hendak menyuluh nafsu sahaja, hendak beramal nafsunya jua, bukan hati yang cinta Tuhannya, alhamdulillah atas nikmat nafsunya, kurang-kurang ada pangkatnya, kurang-kurang dapat jadi kariernya, memang mahal bayar maharnya, tapi ini rezeki Tuhan katanya, mempermainkan ayatNya perkara biasa, manusia apa tahunya pula, sekadar mencari rezeki halalnya, kita ingat hebatlah dirinya, diapun serupa kita, cuma bergelar ulama dirinya, atas ijazah UIAnya atau di Cairo tempat belajarnya, pakai otak menghafal ajarannya, bukan hati jadi gudangnya, akan ilmu laduni Tuhannya, begitulah kita jika nak berjaya, mengenal Tuhan pada diri kita jua, penuh tanda dan bukti kekuasaannya, tapi manusia tak naklah pula, kerana jika dikaji akan dirinya, tiada dia nampak tanda Tuhannya, tapi hanya setan yang ada, bermaharalela dalam alimnya, kerana itu takutlah mereka, kerana tahu diri aib sahaja, penuh dengan nafsu dunia, bukan iman yang bercahaya adanya, menerangi diri jadi baiknya, atau sedar siapa dirinya dan berusaha memperbaiki akan jalan ilmunya, baru sempurna ujudnya kita, atas berkat agama kita, baru betul paham fitrahnya, baru lurus jalan padaNya, inilah seloka persembahan kita, untuk mereka yang ingin fana, dari jahil ada ilmunya, dari mati hidup hatinya, dari kafir Islam lah pula, baru bahagia hidup kita, kerana tugas mengenal Dia, dapat kita menyatakannya, atas sifat kita manusia, atas kehendak akan fitrahnya, baru kita bernama manusia, bukan binatang rupa yang ada, tapi hati sukhma saktinya.



18. SELOKA MELAYU

NYANYI PAK UNTUNG

Ini seloka nukilan rasa, sebagai sastra bahasanya kita, hidup bergurau ada bersenda, dalam bersenda kita mengena, ini cara Melayu kita, bukan manusia panjang ceritanya, kalau bersembang berjela-jela, tiada munafaat buangkan masa, hanya seronok melayan rasa, ada berangan nak jadi kaya, ada juga nakkan janda, ada hasrat tolong keluarga, konon nak jadi manusia sempurna, sempurna apa hampas sahaja, amal tiada duitpun tak ada, hanya keluhan dimalam sunyinya, menyanyi lagu pak untung namanya, irama lama dah tak laku jua, itulah ragam manusia yang ada, kita inipun sama sahaja, hendak untung rugi yang ada, bukan menang dalam hidupnya, serata-rata sia belaka, kerana nafsu masih kawannya, bukan iman tersemat didada, bukan ilmu pembuka kasyafnya, hanya khayal mimpi seronoknya, bukan kebenaran atas dirinya, tiada diukur akan bolehnya, hanya ikut ragam manusia, yang miskin nak jadi kaya, yang buruk nak jadi lawanya, yang seronok kawan sembangnya, bercerita akan besok nak kaya, atas komisen berbilion undertakingnya, bukan kenyataan bodoh dirinya, asal kampung masuk bandarnya, asal bodoh jahillah pula, ingat duit melayang padanya, atas meja dikedai mamaknya, seolah semua magik belaka, barang dipinta jadi sahaja, inlah ibarat seloka kita, seloka bernama nyanyi pak untungnya, untuk kias mereka yang ada, kias cara selamba sahaja, takut keras marahlah pula, kerana manusia lembut jiwanya, mudah melayang dihanyut angannya, mudah sedih tengok dirinya, miskin terbiar oleh Tuhannya, bukan atas jahilnya jua, tiada usaha ubah hidupnya, hanya harapkan subsidi Tuhannya, manalah tahu besok kaya pula, nombor ekor jadi taruhannya, kena first prize ok lah juga, tak nak kalah dalam hidupnya, atas angan meriba nafsunya, atas bodoh dalam pikirnya, untung datang atas rezeki katanya, siapa tahu untung sabut timbul pula, itulah harapan kita semua, dalam doa restu nabinya, akan Tuhan pohon makbulnya, akan permintaan nafsunya jua, yang sentiasa selera pada khayalnya, dalam solat tiada alimnya, kerana doa untuk dunia, panjang umur dan cepat kaya, bukan mohon ilmu bekalnya, ilmu mengenal mana semunya, ilmu mengenal mana tipunya, mana jalan nafsu pilihnya, agar selamat pilihnya kita, aga hidup sejahtera adanya, baru kita dapat rasainya, bahawa hidup menipu adanya, yang tertipu lebih ramainya, kerana mata kelabu sahaja, atas nafsu yang gila dunia, sinar berahi tarikan hatinya, berahi hidup seronok hatinya, pada dunia itu tumpunya, pada cantik dan banyak duitnya, dapat berpoya dengan kawannya, tunjuk eksen hebat dirinya, banyak awek keliling dirinya, kelak miskin tahulah dia, mana kawan dan anak bininya, selagi ada sayang semua, sudah papa jalanlah sendirinya, kiri kanan hanya buaya, bukan manusia berhati mulia, semua harap dapat belanja, dari kita yang jadi mangsa, tapi semua sama sahaja, kalau untung rugipun sama, tiada munafaat kerjanya kita, atas dunia tiada untungnya, buat baik atau jahatnya, tolong orangpun kita disantaunya, jahat manusia tiada taranya, kerana itu awaslah adanya, jalan didunia bukan seronok adanya, hanya menanti kita kan kecundang jua, itulah kenangan manusia didunia, nikmat hanya seketika sahaja, atas pahaman shariatnya jua, hakikat tiada dilihat jua, kerana takut sesatlah pula, apatah nafsu amat kejamnya, lagi pandai kita lagi diujinya, sampai mati tetap tiada jayanya, kalau adapun batu nesannya sahaja, dipahat nama tanda kuburnya, nasib baik ada tandanya, kalau tiada hilang begitu sahaja, kerana manusia serupa tiada, adapun tiada berguna, jasa hanya untuk nafsunya, bukan dirinya yang akan mati jua, tak nak kenal rahsia dirinya, tak nak tahu kemana nanti perginya, takut salah pahaman pula, kata ilmu hanya didunia, shariat itu cukup adanya, mati nanti masuk syurganya, entah ia entah tidaknya, adakah amal pasti diterima, atau andainnya sahaja, kerana seronok masih hatinya, melayan nafas yang gelap warnanya, menghirup udara najis dunia, tiada yang terasa takut matinya, kerana diri terasa muda, amal syariat lengkap adanya, cukup untuk masuk ke syurga, jangan bodoh wahai manusia, kalau benar seperti dikata, sudah pasti sekarang kita mulakannya, jangan tunggu pak untung tiba, dengan rezeki segenggam adanya, jika dibuka kosong sahaja, kerana untung diatas dunia, hakikat tiada ada bermakna, inilah nasib jiwa yang lara, atas lagu senandung rindunya, asyik akan irama dunia, melihat tingkah laku manusia, hanya penat sahaja yang ada, sibuk bekerja mencari rezekinya, tapi angan tetap adanya, berlayar sama dalam hidupnya, mimpi yang indah harapan citanya, kerana hidup mesti berjaya, atas kita hikmah agama, berdoa sama imam disana, dalam masjid banyak partinya, jika dikira penat jarinya, kerana manusia kongsi amalnya, amal menjana kehidupan nafsunya, tiada yang mahu diri miskinnya, semua nak kaya dan ada namanya, walau imam nak kira incomenya, kalau sikit tak panggilpun tak pe, kat rumah jumaah boleh juga, bukan nak imamkan manusia yang ada, imam apa kalau nafsunya jua, hanya ikut rentak yang ada, masjid sama rumahnya jua, tempat bersembang gelak ketawa, lagi seronok mengajarlah dia, bercerita akan hebat dirinya, menjawab soalan yang bodoh-bodoh sahaja, bukan soalan yang tinggi hikmahnya, kerana jemaah yang jahil adanya, tiada paham erti agama, hanya tahu syariat sahaja, nak tau banyakpun tak guna jua, kerana hidup tak pakai hakikatnya, kerana budi ukuran wangnya, kalau baik atas kayanya, bukan mulia hati dirinya, bukan atas ilmu hikmahnya, tapi ilmu politk dunia, mencari rezeki dibawah mejanya, bukan atas ikhlas dirinya, untung sedikit banyak pahalanya, tapi beli murah jual mahal semahalnya, inilah kita manusia namanya, mana-manapun sama jua, depan belakang nak untung sahaja, sikit-sikit tak mau pula, kalau boleh semalam kayanya, bukan besok sehari dua, kalau berbini serentak empat hendaknya, kalau projek biar berbilion nilainya, kalau berumah biar 3 ekar kandangnya, kalau belajar biar Oxford lulusannya, kalau imam mesti al-azhar tempat ngajinya, kalau minum belakang coket sahaja, kalau shopping KLCC pula, bukan apa kita suka-suka sahaja, hidup ini untuk kita, dunia milik kita semua, walau sementara kita tak kisah jua, sebab esok tak mati jua, dunia tercipta untuk kita, selagi Islam ok semua, yang kafir pasti keneraka dan kita kesyurga pula, walau sama mabuk semeja, orang islam tak menjadi apa, duniakan kita yang punya, dah tua taubatlah kita, banyak masa atas dunia, kita perah nafsu kita, akal yang ada campak sahaja, belajar apa semua nak duit aje, kita manusia islam mulia, bukan mualaf saudara baru kita, kita pasti jadi selamat jua, perbuatan kita Allah redhai sahaja, kerana kita umat Muhammad adanya, umat yang paling hebat katanya, kerana nafsu tiada kuasa, hanya Allah Maha Kuasa.
Kalau serka ribut sekampung, jangan kita tutupkan ruyung, kalau hati masih merundung, jangan salah hidup tak beruntung,
Lihat hidup anak situntung, hanya menanti siksa meraung, kerana hati belum dihurung, hidup hanya hendakkan untung,
Inilah pesan mereka yang mendung, tunggu saat nesan digantung, atas bumi tiada disanjung, dalam bumi tiada jua untung.
Inilah rupa seloka yang ada, mengena bukan sakit hatinya, tapi seloka pembuka mata, buka hati teramat susahnya, kerana rasa tiada disana, hanya mata rambang sahaja, pikir ikut pahamnya raja, apa nampak itu hendaknya, bukan duduk pikirkan semua, mana yang baik mana tak eloknya, bukan melulu buat sahaja, bukan rasa molek ke kita, jika buat ada ke untungnya, tapi kata hanyalah kata, belakang tetap hendaknya jua, kerana nafsu dah jadi dirinya, bukan pedoman agama yang ada, agar jadi manusia berguna, banyak contoh dalam hidup kita, melihat mereka rugi sahaja, bila mati nganga mulutnya, hanya sekadar melopong sahaja, kerana mati tiada bermakna, hanya anak bini keliling yang ada, serta saudara meneman sementara, masuk kubur pergilah semua, tinggal kita seorang kara, menunggu cacing kan tiba, jadi saksi jahilnya kita, atas dunia mengejar bayang sahaja, bukan kebenaran dicarinya, dunia bukan elok adanya, ia neraka berupa syurga, tapi bila kita utarakannya, dia tetap tidak percaya, mungkin salah ibu mengandung jua, atau memang bakanya tak berguna, semua hidup nak berkira-kira, bila mengaji atas huruf sahaja, bukan erti dicari akannya, kerana mata rabunlah pula, asyik terpukau sinar dunia, hati hanya memendam rasa, atas berahi syurga nafsunya, menyala marak itu rupanya, habis hangus terbakar imannya, tiada lagi hati manusia, hanya hati syaitannya jua, tiada menyesal atas lakunya, tiada tahu akan kebenaranya, tiada tahu bila matinya, hanya menunggu sampai ke senja, otak senget tunggu nak gila, tapi masih tak perasan jua, kerana mulut boleh berkata, hati jua masih merasa, tapi ada sesuatu tak kena, kerana hidup tak nampak apa, hujung kita hampas belaka, kerana kita hidup bukan senangnya, diberi peluang mengenal dirinya, tapi manusia tak percaya, katanya ilmu ini sesat adanya, tapi masih ramai yang berjaya, atas belajar kenal dirinya, bukan kita nak jadi Tuhan pula, mana ada itu syirik adanya, kita belajar untuk diri kita, supaya kita lebih pahamnya, resmi manusia atas dunia, serta diri menjadi batin kita, mengenal akan kaitannya pula, yang batin dengan Tuhannya kita, bukan kita diluar tubuh sahaja, sampai masa ketanah jua, mengenal diri banyak untungnya, bukan tubuh untung yang ada, hanya menanggung sakit tuanya, tempat hati menyesal yang ada, gelisah tiada aman fikirannya, sedangkan yang batin itu tempat Nur yang ada, bukan Nurlaila anak pak untung ya, itu cantik menggiurkan hati kita, meleleh air liur dibuatnya, amat cantik rupa bentuknya, walau berpurdah tutup tubuhnya, tetap terbayang akan aurnya, macam nampak je buah dadanya, besar mana punggung nya, hebat mata kasar kita, macam x-ray melihat semua, hairan kita dibuat akannya, bab nurlaila nampak je batinnya, bab Allah butalah pula, bab diri tiada nampak jua, diri batin tak percayanya jua, tapi batin nurlaila nampak lah pula, kenapa manusia begitu tabiatnya, yang kasar nampak batinnya, pada yang batin tiada nampak mata kasarnya, adakah kita salah tajuknya, mengenal nafsu sama agamanya, tiada kita terbeza akan rupanya, kerana Allah itulah nafsu kita, dan nafsu kita itulah Dia jua, sebab manusia tiada terbeza, akan kehendak mana pilihnya, mana yang rugi mana untungnya, kalau untung menang dirinya, atas jahil pandangan mata, atas gelap rasa hatinya, semua hanya agak-agak sahaja, tapi untuknya inilah pilihnya, untung dunia sekejap sahaja, rugi yang ada bila matinya, atas mengaji dah handal pikirnya, diri kebal tak dimakan dosanya, bila mati masuk syurga katanya, syurga apa jauh lagi ya, mati masuk tanah dulu ya, dah berbilion tahun baru dihidupkan semua, dihitung dulu akan amalnya, kalau baik barulah masuk syurga, ada juga mati terus ke neraka katanya, gila ke apa, ada yang kata ruh arwah tersiksa adanya, kesian kita dibuatnya, tapi bodoh tak terkira jua, konon kasyaf melihat yang ghaibnya, konon diberkati oleh ilmu sheikhnya, atas zikir berjela panjangnya, atas warak’ amal ibadatnya, kenapa manusia rugi sahaja, atas ilmu sia-sia sahaja, nafsu masih tebal padanya, kalau nampak ghaib yang ada, kemungkinan besar permainan makhluk sejenis alamnya, contoh Jin didalam sana, serta akal yang dah rosak wayarnya, kita taksub akan kelebihan kita, rasa alim diri dan diberkahi Tuhannya, sedangkan rosak jua dirinya, kerana tak tahu mana benarnya, konon ayat menjadi pagarnya, atas amalan tak pernah mis solatnya, kebajikan membawa sombong padanya, tiada nampak mana jahilnya, kerana dia berserban kepalanya, yang lain kafir gaya hidupnya, itulah rugi umat manusia, terlalu taksub akan ajarannya, pada mata tinggi akan ilmunya, maklumlah lama duduk diMekah katanya, tak sedar disana paling banyak Jin yang ada, entah betul ke tidak belajarnya, tak siapa tahu akan kedudukannya, tapi yang nyata akan ‘statement’ nya, emak kita sekarang tersiksa dalam kuburnya, sedangkan Quran tak kata apa, hanya menunggu hari kiamatnya, baru dihitung akan amalnya, tak tahulah sekarang apa nak jadinya kita, makin alim makin banyak pula songehnya, semua yang ada salah sahaja, hanya dia betul seorangnya, bukan kita nak dendam pada dia, tapi pikir logik yang ada, bukan kita nak betulkan dirinya, bukan nak tegak benang yang dah basah pula, semua ini atas bicara jua, cara seloka mengajak berpikir seketika, agar kita duduk tarik nafas kita, luar dan dalam turun naiknya, agar aman rasa hatinya, tetap akan pendirian hidupnya, berfikir cara rasional yang berguna, bukan ekstrem dalam ungkapan katanya, bukan duduk dalam zikirnya, merasai sudah terkena akan ZaukNya, nak kata macammanna pula, sini betul sana ada salahnya jua, bukan kah manusia itu hanya rugi sahaja, amat kejam dalam fikirannya, tiada elok pada matanya, tiada elok rasa hatinya, tiada eloklah nasihatnya pada kita, walau ayat disusun berdalil Hurairahnya, namun tuju tetap ke jahil dirinya, yang mendengar pun sama juga, dah bodoh tak panda merasa, betul ke kata atas hurainya, nasihat hanya akan dirinya, kerana dirinya yang penting jua, bukan jemaah yang bodoh melihatnya, tahu angguk akan katanya, ia betul tidak mungkinkah semua tiada makna, apa yang penting tunjukkan handalnya, tak la malu dilihat manusia, kurang-kurang ambil berat jua, akan surau nak roboh tiangnya, baru dipuji sekelian yang ada, pak untung kita tak lah jahil dirinya, boleh kita menumpang dirinya, untung-untung untung jua, rugi pak untung sama sahaja, semua untung belaka, berkat nama untung akannya, kita semua pasti rugi sahaja, apa jua tiada untungnya, begitulah kita Melayu dirinya, suka seloka atas nasihatnya, jadi cerita dibaca manusia, agar dapat kongsi ayatnya, tapi hikmah pada yang tahu jua, bukan ayat bermain dimata, itu bidalan seloka yang ada, untuk mereka yang dah fasih membaca, tahulah mana nak cari isinya, bukan semua sama isinya, ada yang tebal ada nipisnya, ada yang manis ada jua pahitnya, pandai-pandailah memilih rasa, pandai=pandailah memilih kata, kata mana ada ertinya, kata mana senda belaka, siapa tahu dia terkena, rasa sendiri tak perlu cerita, kita manusia sama sahaja, semua daif dan bodoh jua, tiada yang lebih tiada yang terbaik adanya, masih dalam perjalanan hidup yang ada, kelak mati penentu garis tamatnya, baru tahu siapa yang untung dirinya, selagi kita diatas dunia, bernafas seperti sediakala, baik mengaji kenal diri kita, kerana tiada rugi jika berjaya, semua wali ikut jalan ini jua, cuma mereka tekun belajarnya, yakin dengan wadah yang ada, walau sikit diamalkannya, sebagai pakaian dalam dirinya, luar tetap agama yang ada, itu hanya shariat sahaja, tiada guna jika isi tiada, oleh itu pahamlah kita semua, mengenal akan perjalanan dunia, memberi kita paham akan diri kita, hanya hanyut mengikut arus yang ada, akhirnya tiada sampainya jua, tahun pasti berganti tahun adanya, bukan diri semakin muda, tapi tua setiap harinya, adakah kita sudah sedia, akan memikir akhirnya hidup kita, atas yakin orang bicara, akan agama tak tahu puncanya, hanya mengaji nak sedap bunyinya, bukan mengkaji akan hikmahnya, itulah manusia didakap nafsunya, tajwid itu amat beratnya, sedangkan hikmah sampah sahaja, bukan tak nak diri mencuba, tapi akal sengkat dan pendek pula, baru setengah ayat dibaca, dah menguap nak tidur pula, bukan shaitan datang menggoda, tapi akal tak dapat terima, inilah hakikat kita manusia, tiada jadi urusan dirinya, hanya urusan dunia sahaja, mampu manusia selesaikannya, urusan mati tunggu sahaja, urusan batin tak payah percaya, kerana Islam dah lengkap semuanya, sembahyangpun cukup sharatnya, kenapa perlu nak belajar pahamnya, cukup akan fardu ainnya, tak perlu tasauf atau tarikatnya, tak perlu mengenal diri sendirinya, itu hanya manusia gila, tak perlu belajar setinggi itu adanya, cukup kelas agama yang ada, tak cukup disurau banyak ustad yang ada, ada yang muda ada yang tua, yang kelakar ada yang sedap suaranya ada, yang hensem ada yang tua dah buta pun ada, pilih ikut rasa merasa, surau dah macam the mall yang ada, ikut partipun boleh juga, kalau tidak ikut sahaja, lepas kuliah baliklah tidur pula, apa yang dikata tak menjadi apa, masuk telinga kanan keluar kanan jua, walau nabi suruh carinya, akan ilmu sampai ke Cina, tapi kita tak dengar pula, kalau tahu tak paham maksudnya pula, bukan ayat sedap nak dengarnya, tapi hikmah Tuhan kita, menjadi wahyu untuk manusia, mengenal akan diriNya jua, supaya menyembah bukan angin sahaja, solat hanya takut masuk neraka, tapi hati merasa hadirnya, baru Tuhan menjadi nyata, pada hati yang tahu duduknya, bukan pada jantung zahirnya, tapi ada pada tengah kita, itu hati nama ertinya, bukan tahu walau dibaca, bukan terbuka hati merasa, selagi hati tiada ada, hanya nafsu jadi rajanya, ditunggang sampai matinya jua, tiada dapat barang dicarinya, rugi tiada untungnya jua, itulah resam kita berbudaya, suka sangat yang bukan-bukannya, bukan apa nak tukar rasa, penat juga jadi Melayunya, jadi arab ok lah juga, dapat kahwin empat bininya, kalau Melayu satu sahaja, kerana itu Melayu tak suka, kerana diri nafsu sahaja, pahamlah tuan seloka kita, bukan kata mengata sesiapa, ini hanya kias membaca, pada hati jua tempatnya, akan erti maksud yang ada, bukan ayat didepan mata, memberi marah jika terkena, jadi baris dalam perdunya, memberi bayang akan hajatnya, kerana huruf tiada maknanya, hanya dakwat sama rupanya, satu warna tiada berubahnya, pahamkan sungguh jika membaca, bukan mata melihat garisnya, bukan mata melihat abjadnya, itu hanya pembungkus kata, agar terselindung maksud sebenarnya, jika paham tujuannya kita, dalam kias kita berkata, dalam ayat kita merasa, dalam hati berkata-kata, dalam rasa nafsu sahaja, jangan sampai kita terkena, akan sinar cahaya palsunya, siapakah dapat beza isinya, jika hikmah tiada pada kita, sebab itu seloka berupa, berupa akan kata yang selamba, agar manusia jadi terpedaya, dalam ingat dah paham semua, tapi maksud larilah pula, lari jauh dalam angannya, dalam paham hidup yang ada, selarikan ia dengan hidupmu jua, baru tahu paksi ertinya, baru nampak bagai sibuta, hanya rasa penunjuk jalannya, tetap sampai walau setapak adanya, itu mula kita belajarnya, bukan nak cepat sampainya kita, besok ada untuk mencuba, tetapkan hati semangat yang ada, selagi Melayu tetap berjaya, bukan atas dasar percaya, terbukti atas kenyataan kita, kerana itu wahai saudara, belajarlah akan kenal diri kita, sebagai Melayu penting adanya, agar selamat jalan didunia, tidak tertipu Arab yang ada, itu semua bohong belaka, Islam tiada warna apa, hanya ikhlas akan Tuhannya, atas cinta bukan tanggungjawabnya, atas sungguh cinta padaNya, bukan takut masuk neraka, itu semua untuk anak-anak sahaja, yang dewasa patut pikir semula, hidup tak lama mati jua, berjinaklah dengan Tuhan yang ada, bukan cinta pada anak bininya, itu hanya sementara sahaja, pada Tuhan kekal adanya, jika tak paham susahlah kita, jika nak tahu boleh diajarnya, Tuhan itu amat nyatanya, pada kita bukti tiada tara, akan kehadiran kuasaNya jua, tapi ramai tidak percaya, kerana dilihat manusia kafir sahaja, sedangkan Tuhan Islam agamanya, itulah tafsir pendek ilmunya, kenapa melihat diluar kita, jika kita hendak pahamnya, cuba tenung dalamnya kita, cuba renung isi hati kita, disana mula akan jalannya, jalan kembali lurus adanya, bukan tubuh dilihat kita, itu cuma sarung sahaja, tiada siapa nak makan kulitnya, semua makan tetap isinya, begitu juga jalan padaNya, bukan diluar akan nyatanya, tapi dalam hatinya kita, baru paham ertinya syurga, akan nafsu yang tenang jiwanya, baru paham jalan yang ada, selagi didunia semu sahaja, tiada nampak sirotul mustaqimnya, hanya alur yang berahi sahaja, dijalan alur situ akhirnya, bukan baitul makmur sampainya jua, begitulah tafsir memberi maksudnya, pada yang arif tiga itulah jua, jadi batu sempadannya kita, mengenal akan jalan lurusNya, nyata pada nafasnya kita, nyata pada hidupnya kita, nyata pada akalnya kita, dari hati punca segala, maupun baik atau jahatnya, bebal cerdik situlah timbulnya, akan cahaya sedarnya kita, walau mimpi itulah jua pandangnya, bukan silau mata batinnya, tapi silau akan hakikatnya, kerana terlebih membaca adanya, kitab ditulis atas karangan dunia, bukan laduni yang jadi panduannya, oleh itu kita berkata, pada ayat menunjuk rasa, hidup biarlah berguna mati barulah berjasa, tiadalah rugi mengenal diri kita, hanya untung dimana-mana, ibarat nama seloka kita, tamat mengaji akannya kita, seloka nyanyi pak untung jua, untuk mereka yang sampai masanya, mengenal akan diri yang fana, hanya rindu jadi alifnya, hanya cinta jadi banya, hanya untung itu tanya.



19. SELOKA MELAYU

MAK SARA JIWA

Ini seloka mat mak sara jiwa, empunya kersa pandu bathara, buat bicara akal yang ada, dalam mencari asal Tuhannya, walaupun ada tiada nyatanya, pada manusia yang khayal dunia, amal atas nafsu sahaja, tiada telus tembus kasafnya, kerana tebal kulit dirinya, tiada mahu tunjuk bicara, tiada mahu usaha mulia, hanya upah syurga Tuhannya, inilah kersa membawa cipta, atas kajian alam Tuhannya, bukan mudah seperti bicara, bukan mudah seperti dirasa, bukan mudah mahu jadinya, atas diri yang yang diberi rahmatNya, nescaya segera akannya dia, pada jalan yang satu jua, dalam makrifat kata sentosa, dalam makrifat dendam kesuma, dalam makrifat hati yang fana, dalam makrifat batinnya indera, dalam makrifat ertinya ada, dalam wujud tiada bayangnya, kalau ada tiada rupanya, inilah jalan sukma antera, dandanera rupanama sat jua, jalan urip sakuntala, jalan baitul tripaloka saptana, jalan tali kemanadu namanya, jika mengaji akannya dia, biar lengkap akan fahamnya, jangan bicara pada lidahmu jua, kerana tiada arif orangnya, mengata akan kata yang teruja, kerana nafsu masih beraja, pada lidah akan duduknya, bukan akal yang mengaji akannya, hanya diri yang tiada ada, ingatlah akan mula asalnya, kata ada makna tiada, makna ada tiada katanya, hanya bunyi desing telinga, hanya gerak lidah sahaja, huruf tiada paham pun tiada, inilah bidalan mengaji akannya, biar betul nafasnya kita, bukan nyawa binatang bicara, tapi akal yang telah dewasa, jangan cuba menabik dada, atas ilmu diatas dunia, hanya warkah tinta nafsunya, bukan atas gerak Tuhannya, hanya ilmu kufur sentiasa, wahai sekelian manusia yang ada, jika dicerna sinar suria, jika di curi sinar purnama, jika diambil Nur alammnya, tiada cukup suluh akannya, kerana ini bukan caranya, kerana manusia tiada asalnya, mana dia tiada dimana-mana, pada diri yang telah tiada, disitulah ketemu akannya ia, inilah seloka mak sara jiwa, mengenal hadir akan Tuhan kita, pada mereka yang tahu dirinya, sungguh tiada mahu akannya, segala yang ada bayang sahaja, inilah kebenaran akan hakikatnya, tiada manusia mahu kenal akannya, hanya kata teruja jua, atas nafsu hebat dirinya, kerana sudah alim akan ilmunya, kerana sudah hebat nur didadanya, kerana kasaf sudah hatinya, kerana jadi sekelian ilmunya, kerana fana dalam solatnya, kerana hafal segala ayat sucinya, kerana sudah melewati makam walinya, kerana sudah bertemu sekelian ghaib yang ada, ini hanya semu akan jahilnya kita, ini hanya bayang yang tiada jua, wahai manusia jika tahu akannya kita, tiada upaya manusia itu atas apa jua, tiada mahu jua segala kehendaknya kita, atas apa kita mahu akannya, itu hanya gerak akhirnya, bukan mula gerak yang ada, kerana manusia tiada geraknya, jika ada nafsu namanya, jika katanya hatinya jua, itu semu tarikat nafsunya, bukan jalan yang membawa redha, hanya jalan lurus tiada akhirnya, wahai manusia diatas dunia yang fana, jika setitis air tirtanya, jatuh diatas lidah manusia, nescaya bicaralah dia akannya, akan segala kalam Tuhannya, akan segala rahsia alam insannya, akan segala bahasa rasanya, akan segala hati yang ada, tiada dia berkata pada kita, kerana bicaranya sudah pulih asalnya, hanya puji daim sentiasa, bukan puji sebarang katanya, itu puja rahsia hatinya jua, yang asyik pada hapus dirinya, kerana asalnya sudah jadi kunnya, kata Tuhan kalam ghaibnya, bukan susunan doanya kita, kerana ghaib tiada dalam kamus kita, ghaib asal tiada ada, hanya nyata Tuhannya kita, pada dirinya sendiri jua, bukan puja akan kita padanya, wahai manusia yang masih dungu dirinya, jahil sahaja yang ada padanya kita, kerana tiada tahu akan usul yang ada, usul akan bicara kalamnya, tiada ada pada kajian manusia, tiada ada dalam pengetahuan sekelian hambanya, walau malaikat dibawah arashnya, kerana jika kita paham akannya, nescaya kafir dirinya kita, kerana tiada sama kita manusia, dengan Tuhan kita, tiada boleh kita kata akan dirinya, itulah jadi akan akal yang ada, tempat jadi segala yang ada, jadi cermin hakikat diri asal adanya, nyata pada pencerminan durga, hapus bayang kilaf jadinya, hapus kilaf alif namanya, hapus alif dur namanya, hapus dur ainul namanya, hapul ainul sod namya, inilah panca sinar uripnya, jadi buta makhluk yang ada, kerana sinar hadir akan dirinya, pada akal jatuh bayangnya, jadi kita sekelian makhluknya, kerana bayang asal sodnya jua, inilah akal arjuna dalilnya, akal redha berjuang demi dirinya, hanya mahu mati dalam hatinya, mati yang tiada pernah mahu hidupnya, mati yang membawa kita kepusara hayatul inana, mati yang membawa kehidupan amirta sukmanya, mati yang membawa kita ke syurga arsatul ilahiya, mati yang membawa kita kepada gudang perbendaharaannya, mati yang membawa kita mengenalinya, mati yang membawa kita kepada akal utamanya, mengenal ilmu mula tajjalinnya, inilah mujahaddah akan akal kita, dalam mengenal siapa Tuhan kita, tiada mungkin terbuka rahsianya, selagi manusia tiada rahmatnya, tiada mungkin kita sampai akan ilmunya, tiada kita dapat paham akan dirinya, walau sifat nyata dibaca, paham sekelian akal yang membaca, itu sifat atas jahilnya kita, berpandu akan tajjali yang telah lama tiada, atas pengajian kemanusian kita, yang masih jauh suci hatinya, dalam kajian alim dunia, sujud hanya atas tikarnya, sedangkan hati dipeluk dunia, seronok atas tangisan nafsunya, yang gemar akan sandiwara dunia, itu laku dusta sahaja, manusia semua jahat belaka, tiada bakti tulin ikhlasnya, hanya kata lidah nafsunya, atas ayat baca sahaja, bukan laku hati yang taqwa, bukan laku atas gerak asalnya, semua sudah jauh terbenam dirinya, jadi benih dunia nafsunya, semua yang ada shaitan kuasanya, bukan kuasa membela dharma, tapi sombong akan agama dirinya, hanya pakaian sorok jahatnya, bukan atas cinta pada Tuhannya, tapi cinta agama nafsunya, inilah bicara akannya kita, pada manusia sentiasa lupa dirinya, pesan diberi hanya alatan nafsunya jua, bukan arus membawa hancur dirinya, tapi makin kental akan nafsunya, tiada manusia mungkin paham, bahasa akan kalam Tuhannya, walau nyata tetap buta akannya, kerana tiada kenal huruf yang ada, hanya baca ikut akalnya, akal yang kematu sudah jahilnya, kerana berpandu nafsu yang jahil akan Tuhannya, inilah jalan kita cari akannya dia, pada seloka mak sara jiwa, kita paham akan ertinya, bukan erti yang nyata pada kita, tapi erti ghaib sukhma kita, baru kita tahu jalannya, tahu jalan atas nyawa berkata, bukan lidah menuja ayatnya, tapi daim nyawa pada Tuhannya, kerana alim nyawa akan ilmu Tuhannya, inilah jalan ketemukan kita, bukan akal menapis hadisnya, bukan akal yang mengaji ayat didunianya, tapi hati yang buta pada dunia, nampaknya sakratul keliling hidup yang ada, baru betul arus jalan kita, tiada warna tinta dunia, tiada bisik nafsu durjana, tiada sombong atas alim ilmunya, bukan tertera dalam kamus otaknya, tapi diri yang semakin bodohnya, diri yang semakin tiada dunianya, terserlah hanya pantulan mikrajnya, baru budi menjadi tuannya, baru sunyi jadi temannya, baru hangus rentung hidupnya, tiada lagi semu nafsunya, tiada lagi mainan jahilnya, hanya tiada yang ada sahaja, dimana jua kelihatannya, tiada dunia hanya ghaib sahaja, meliputi akan kalbu sukmanya, baru tahu siapa dirinya, tiada ada tiada nyata, inilah tali kemandunya, tali nyawa sastra mulia, kata ada harum baunya, bukan kata membawa makna, tapi kata membawa rasa, atas paham jahil dirinya, hanya sebak ada didada, atas jahil tak dapat paham akannya, inilah cara diksa yang ada, pada ajaran ketuhanan kita, bukan paham cara manusia, paham kita atas rahmatnya, inilah diksa mak sara jiwa, diksa hati purna sarawa, diksa akal sarpa jannama, diksa atama budi harira, summa walaika katamarga, sana dharma, fil akhira fil mansuha fil ambalika, inilah jalan tiga saudara, pada kasih ibu kita jua, jatuh syurga ditapak kakinya, inilah cara Melayu kita mengenal kasih akan Tuhan kita, pada bhumi nyata sarung bayangnya, jadi kita sekelian manusia, bukan benih syaitan melata, jadi manusia penduduk dunia, ingatlah wahai manusia yang ada, jika gagal dapat pahamnya, nescaya tiada tahu mana akhirnya, apatah mula gelap sahaja, tiada sinaran akan akalnya, kerana gelap asap dunia, kelabu mata pada akhirnya, jadi hampas tiupan noda, berterbangan atas jahil dirinya, jadi baka sarung syaitan sahaja, jadi rupa manusia berok jua, hanya alim pada ilmunya, bukan nyata hikmah Tuhannya, pada nafas hanya dosa sahaja, kerana hati takbur sentiasa, semangat yang ada hanya kulit agama, rihan hati dunia kasihnya, inilah bicara pada seloka kita, mak sara jiwa nama kajinya kita, pada ilham tiada dapatnya kita, selagi manusia tiada raginya, hanya sagu tinta nafsunya, inilah jalan tali akasa, tali kemandu mak sara jiwa, hai tali tali kemandu pujanya, tali kemandu mak sara jiwa namanya, panji kahyangan asal namamu jua, jadi nama pada sang bathara, jadi janji sulam cintanya, nyata pada nyawanya kita, atas kilau membakar jiwa, tiada ada pada manusia, pada Melayu adanya jua, inilah serapah puja nyawanya, mengenal akan hakiki urip yang ada, baru tahu rasa akan hadirnya, pada kita Melayu pilihannya, baru paham asal julamnya, kerana Melayu itu zat khalifatullah alaikum salam jua, jangan ragu kata yang ada, ini ayat manusia yang bodoh jua, kerana tiada terbeza, sekelian manusia diatas dunia, mana kata hikmah isinya, kerana jahil sentiasa akal manusia, hanya hafal suka hatinya, pada ayat menuja nafsunya, bukan ayat pada akalnya, kerana tiada sampai padanya, paham akan ketuhanan pada dirinya, hanya ada paham biasa, pada akal sejengkal sahaja, bukan akal nur alamnya, tapi sendat nafsu isinya, jika paham hanya ayatnya, bukan makna ertikatanya, bukan paham kerana akalnya, inilah manusia tiada ketuhanannya, bermain ayat akan Tuhannya, dalam bicara rujuk bukunya, pada guru yang empat bininya, pada pondok yang dah usangnya, bukan pada hati yang tajjalinya, sekelian ilmu kasyaf ruhaninya, tapi jasmani mandian dunia, inilah manusia tiada mengertinya, keras hati tegak nafsunya, pada paham ilmu dirinya, hanya kata seringkas hurufnya, tiada ada kalimah tauhidnya, kerana tajjali tiada tahunya, akan asal siapa tuannya, pada dirinya senyum hebatnya, bibir berkata senget bangganya, konon dah hebat jin sebelahnya, khadam bersepah tunduk padanya, tapi nafsu tetap tuannya, inilah kita bicara akannya, mengenal diri dilembaran dunia, hanya kata wahyu nafsunya, tiada dapat hikmah rasanya, dalam hatinya hanya dusta, kerana baka syaitan manusia, jahat bertopeng islam dirinya, islam apa hanya akuan sahaja, tiada dapat rasa hadirnya, akan Tuhan dimana sahaja, hanya sekongkol dengan anak bininya, pada masyarakat umat durjana, pada masjid tempat teduhnya, agar tiada cela dirinya, inilah manusia kesian dirinya, minta pada doa berjela, panjang umur untuk amalannya, agar nafsu dapat bermaharajalela, inilah kata untuk manusia, amaran agar ingat tajjali Tuhan kita, bukan kita seronok adanya, hanya semu mainan nafsunya, selagi manusia tetap dirinya, kata ini tiada berkatnya, ini kata hebat isinya, hanya mereka yang dapat rahmat Tuhannya, akan tahu apa maksudnya, akan tahu kenapa begini tulisnya, akan tahu rahsia mak sara jiwa, tiada berbadan berjiwa sama, bertajuk ia mengal tama, sebagai acara untuk mengenal Tuhannya, nyata pada nyawa yang daim, akan Tuhannya, tiada bercerai jua, sebagai jalan mengenal akan kenalnya, mana dia ada dirinya, sebagai teki dalam tekanya, sebagai alam nyata gelarnya, sebagai aku dalam engkaunya, sebagai hikmah dalam kalamnya, sebagai hayat tetap uripnya, tiada berupa berjiwa sama, itulah nyata akan adanya, pada kita hikmah berdenda, pada kita lagu syahdunya, pada kita guru tahu segalanya, pada kita jatuh niatnya, jadi rasa buana alitnya, jadi zat wajibul wujudnya, jadi segala tajjali yang lama, sudah berlalu hanya pada masanya, tiada tempat kita adanya, hanya dia sebabnya, tajjali itulah ilmu pengenalannya, selagi kita tiada paham akannya, tiada terungkap akan madah yang ada, seloka hanya tempat baca sahaja, bukan hati tempat telaahnya, inilah manusia yang terasa hebatnya, memahami ayat seronok sahaja, kerana nafsu itu dirinya, bukan akal yang sentiasa menerpa, mencari hikmah tempat nyatanya dia, pada paham yang diluar dunia, disitu tempat musyahadah kita, bukan celah kelangkang bini kita, bukan didalam kitab agama kita, pada hati yang bersih nafsunya, pada hati yang kalbun tetapnya ia, pada titik yang tiada bergetar paksinya, inilah kita mengenal seloka, seloka mak sara jiwa namanya, tiada berbadan berjiwa sama, bertajuk merak mengal tama, panji kahyangan namanya jua, seimbas pandang berupa sama, dimana sahaja jadi arupa, atas serupa seiras semuanya, tiada terbeza akan bezanya, kerana rupa sama sahaja, inilah bicara orang yang bijaksana, atas rahmat Tuhan pada dirinya, melimpah segala paham akan akalnya, dalam tahu jadi ilmunya, kerana rasa tiada terbahagi jua, kerana rasa tahu akan hadirnya, Tuhan kita serupa itu bidalannya, jika paham carilah ertinya, dimana ada pantulan akan bayangnya, yang membawa kita pada asal tajjalinya, pada seimbas pandang berupa sama, lesap dipangkal meniti dipucuknya, pucuk bertatah indra sarinya, inilah kosa alam ghaibnya, pada kita cereka sahaja, ayat hanya bacaan sahaja, cuba paham tiada kemana, selagi rasa tiada ada, rasa bagaimana katanya kita, bukan rasa syahdu nafsunya, syahwat hanya menuja berahinya, atas seronok duduk berdua, dalam hawa melengkari dirinya, tiada terbuka rahsia Tuhannya, ingatlah wahai sekelian manusia, ini seloka bukan dibaca, dipuja ia pada hatinya, kerana disitu rasa sejatinya, bukan rasa akan syahwatnya sahaja, kerana berok tetap berok jua, jika manusia akan dirinya, maka sudah dewasalah dia, paham segala apa dibaca, hanya cetusan minda yang manusia, menampung akan ilmu Tuhannya, kerana manusia tetap jahil semua, tiada ilmu di ketuhanannya, hanya manusia yang berupa manusia, tapi diri nafsulah jua, inilah ibarat tamsil seloka, mengenalkan Tuhan pada Melayunya, jika kita benar janji kita, pada syuhadat itu tandanya, akan bakti tiada taranya, bukan solat tunggang nafsunya, tapi erti pembayang syariatnya, kerana kenal akan bacanya, tiada rasa pada niatnya, kerana itulah kita berseloka, agar paham segerakan tiba, mengenalkan erti dalam dunia, sebagai tata untuk bicara, mengenal sang adi dalam kurnia, kurnia dunia jahil neraka, neraka yang ada syurga kita, kerana tiada dapat kita beza, akan nikmat kufur jadinya, kerana manusia tiada ada hakikatnya, hanya dia mengenal dirinya, itulah kata pendita arif adanya, tajjali itu hanya kenyataan dia, bukan kita yang asyik mengada, hendak itu hendak ini adanya, kerana kesian dirinya jahil sentiasa, mengaji atas sedap suara nafsunya, bukan kaji akan akal kita padanya, bagaimana manusia bisa tahu nya, hanya tahu atas bayang dirinya, tiada kekal tiada ada kebenarannya, inilah dijihad siang malam adanya, sampai mati tetap dalam jahilnya, kata neraka kata syurganya, kata syurga kata nerakanya, inilah seloka mak sara jiwa, mengenal akan jalan Tuhannya, pada nyawa tetaplah ia, pada semua mengaji akannya, harus dapat erti rasanya, bukan zauk rasa yang buta, jika tiada serta akal akannya, nescaya mabuk seorang dirinya, mabuk dalam jahil nafsunya, kerana tiada dapat akan kawalnya, ibarat gelora bidai lautnya, tiada akal bertahan selamanya, inilah andai kata yang ada, dalam seloka menjadi afdiatnya, dalam kata susun ayatnya, hikmah tetap dalam kendinya, kendi ad-din asma hasbulnya, jadi gila memandangnya, kerana tiada tahu akan dirinya, hanya semu cermin dirinya, dalam seloka ketemui ia, wahai Melayu yang dah jadi dirinya, jangan cepat berkata ya, walhal ya itu gelap maknanya, kerana waham sentiasa nyata, pada akal yang masih manusia, masih muda umur ruhnya, masih awal perjalanan nafasnya, masih jauh jahil nyawanya, inilah kata arif berkata, bukan sandar kitab yang ada, bukan sandar hadis nabinya, tapi kebenaran akan Tuhannya, membara didalam darah merahnya, yang tetap akan imannya, walau waham jadi mulanya, pasti akan sampai jua tempatnya, kerana hati kematu ia, akan jahil pada dunia, bukan pada kenal dirinya, inilah sejati dirinya, puji hati rahsia maknawinya, tetap zulmat dalam afirinya, tetap jahil dalam ilmunya, inilah kita selagi manusia, tetap dalam kandung ibu kita, harap paham segeranya kita, kasih tiada berbelah bagi adanya, jika berbelah kerana diri yang ada, masih mahu dunia akannya, tiada selamat tibanya kita, dimana jua nerakalah tujunya, bukan rahmat Tuhan dipinta, tapi celaka dalam sukanya, kerana seronok masih didunia, sayang anak dan bininya jua, bukan mahu cari Tuhannya, solat masih jemaah manusia, bukan ghaibul asraf jemaah malaika, suka dimasjid orang kenalnya, bukan insan pencinta Tuhannya, penegak kebenaran dharma Tuhannya, inilah kata manusia kata, kata manusia serupa berok jua, isyarat bisu huruf dunia, bukan isyarat hikmah Tuhannya, selagi manusia tetap jahillah jua, hanya pejuang yang mati nafsunya, yang merana dalam dunia, pasti menemui apa ertinya, selagi diri didalam dunia, tiada yang ada tanda benarnya, hanya tanda penipuan maya, membawa kita kekancah neraka, awasilah manusia, jangan cepat dabikkan dada, jangan terasa dah wali dirinya, jangan rasa dah tinggi ilmunya, selagi duduk dengan anak bininya, selagi itu serumpun dengan berok yang ada, fahamilah akan diri kita, biar dikeji dari dipuja, nescaya sombong jadi kita, takut serupa iblis yang ada, tiada mahu tuduk dirinya, kerana dah hebat rasa dirinya, ikut petua insan mulia, jadi mukamil dalam cintanya, pada Tuhannya itulah sahaja, segala yang ada semu jua, kasih manapun diri kita, tetap jadi racun berbisa, kerana manusia nampak yang ada sahaja, sedangkan Tuhan ghaib dirinya, carilah wahai manusia yang ada, pengenalan akan Tuhan sebenarnya, pada tajjali nyata ceritanya, pada seloka nyata tandanya, isyarat gambaran hikmah ilmunya, inilah seloka mak sara jiwa, seimbas pandang berupa sama, lesap dipangkal meniti dipucuk pula, pucuk bertatah indra sarira, putih kujunjung kuning ku tatang jua, inilah tanda bicara ghaibnya, putih aksara purnama amrita, kuning aksara mulia agama, mulia lagi ajaran bathara, mengajar sama tiada bezanya, pada manusia yang memahami ketuhanannya, kita semua satu puncanya, bukan berbilang atas bangsanya, itu hanya bentuk sahaja, bukan hakiki diri manusia, samarupa samarasa sama sahaja, dimana-mana esa jua, inilah ajaran ketuhanan yang ada, membawa kita cinta semua, tiada berbeza apa bangsanya, tiada beza apa agamanya, tiada beza buruk baiknya, semua itu ertinya esa jua, pada ketuhanan kita baru pahamnya, bukan kemanusian kita yang kufur sentiasa, walau hebat rasa dirinya, walau mulia rasa dirinya, pada Tuhan sama sahaja, hanya mereka yang telah hancur dirinya, atas cinta akan Tuhannya, hanya mereka yang berjaya, mengenal ketuhanan yang ada, inilah pati agama, pati segala ilmu dunia, pati segala bukti adanya, Tuhan kita teramat ghaib segalanya, pahamilah wahai manusia yang ada, peganglah ajaran bathara guru ya, berdiri sama tingginya, duduk sama rendah pula, samarupa samarasa, tercuit peha kanan yang kiri terasa jua, manusia yang ada bermusuh sukanya, tiada kira apa agama berperang hendak sahaja, sedangkan hakikat sama jua, tiada paham oleh dirinya, selagi manusia namanya kita, selagi itulah hijab selamanya, tiada dapat erti sebenarnya, rahsia tajjali Tuhan kita, hanya bersandar dalil yang ada, paham atas otak manusia, kajian dari nas nafsunya, alim atas hebat nafsunya, semuanya akan hancur jua, tiada kekekalan asalnya, tiada jualah akhirnya jua, fahamkan ini manusia, hijab nafsu hanya kamu semua, hanya manusia yang sentiasa jahat tiada satu baiknya, hanya hati yang durjana, sifat yang penuh derhaka, biadab akan susila dharma, pengkhianat yang sentiasa selera nafsunya, pada kacamatanya hanya semu sahaja, tiada terbuka ketuhanannya, mengenal dia akan siapa Tuhannya, hanya sifat duapuloh yang ada, jadi panduan diatas dunia, bagai semut rapi susunnya, begitulah alim akannya kita, tersusun atas semu yang ada, rapi tersusun menutup kalbunya, tiada ruang untuknya kita, membuka hati seluas-luasnya, menerima rahmat Tuhan kita, atas cinta semua manusia, tiada beza rupa dan agama, baru islam dirinya kita, baru sempurna fitrah kita, mengenal Tuhan kita atas sifat ketuhanan kita, baru sejahtera ruh kita, baru tunduk nafsu kita, inilah ajaran bathara guru ya, berdiri sama tinggi duduk sama rendahnya, rendahku lagi dalam jangkauan, tiada yang lain-lain lagi, hyang-lah manikam apitam ayunan maha sakti ya bathara, ya arjuna dewata pura sangkamalika, nyata hadir Tuhan kita, atas ilmu paham yang satu jua, perhatikanlah ia pada dirimu jua, terang dan nyata bukti Tuhan kita, menjadi nyawa yang arif atas ilmunya, baru kita katam ilmunya, mengenal Tuhan di ketuhanan kita, membawa hancur kemanusian kita, itulah kebenaran tiada berubah jua, hanya tajjali jadinya kita, atas tajjali Tuhan kita, menyatakan dirinya, dengan dirinya jua, jadi rahsia insan mulia, yang tiada lagi dirinya, hanya bayangan yang esa jua, inilah seloka mak sara jiwa, sebagai seloka pedoman yang ada, seloka cerita Melayu yang ada, mengenal Tuhan dialam maya, moga dapat rahmat Tuhan kita, moga sampai segala tujuan kita, sebagai arif akan ilmunya, baru sempurna manusia kita, kamil mukamil dalam pengetahuannya, bukan kita jadi Tuhan pula, manusia tetap manusia, tiada siapa serupa dengannya, dalam apa jua, fahamilah dan mengerti segera, seloka Melayu mak sara jiwa, ini ajaran bathara guru yang ada, untuk anak cucu Melayu yang ada, bukan dibaca dengan kanta dunia, tetapi selamilah kata dihati jua.



20. SELOKA MELAYU

KECUBUNG HITAM

Asal mana datang rahsia, seloka ini menyatakannya, nyata memberi kata kiasnya, kias erti akan suratnya, surat diguris dengan tinta, tinta tulis tinta rahsia, menjadi sirat erti terbuka, terbuka jadi sebagai kalam bicara, bicara seloka bicara pendita, menyurat akan rahsia satnya, moga warga Melayu didunia, dapat munafaat seloka yang ada, amatilah ini permata mulia, mula bicara akan seloka, mencerna sinar dikalamula, Adimoolam nama tersira, sebagai kalam mula bicara, dari tiada erti yang ada, dari penuh kosong jadinya, kosong jadi bayang sejahtera, tajjali jadi kitab manusia, cerita akan mula yang ada, prilmula jada bindu berdenda, menjadi benih kesuma maya, joyita akma mandala dunia, dari kuasa menjelma kasa, dari pala menjadi tala, tujuh ajaib jadinya kita, mula jadi malaiyana, mula asal malaikunta, inilah bicara alam yang fana, dari tiada menjadi bermakna, atas kesedaran diri yang ada, menjadi kanta saptavarna, getar itulah asal kita, sekelian Melayu itulah jua, menjadi nyata dialam maya, putih jan hitam janana, asal cermerlang kucubung dulunya, baru susun alam yang ada, atas tajjali kias manusia, maka ingat sekelian yang ada, jangan hajat menuja rasa, jika dicermin amat kecilnya, selagi masih bernama manusia, tiada terjengkau akal yang ada, inilah kecubung hitam kiasnya, alam tahud tiada berbeza, belum lagi ta’yan namanya, belum tahu lagi manusia, mana punca jadi alamnya, masih dalam bahtera asatnya, belum berbindu belum berkata, kalam masih belum dijana, akan Kun tiadalah makna, kerana Kehendak masih tiada, masih nyenyak dalam beradunya, ibarat mayat dalam kuburnya, belum sampai masa jaganya, belum diseru bangkit mulanya, hingga sampai 7 purnama, baru terjaga Empunya Dirinya, dalam diam ujud geraknya, bangkit dalam punikam gelora, menghempas badal dalam sunyinya, bergetar diri dalam tembuninya, getar bergema seluruh alamnya, kerana diri nak kenal dirinya, sekelian lama tiada bernyawa, baru kini lengkap jaganya, baru jaga dalam ghaibnya, belum kenal siapa dirinya, bila kehendak berahi jadinya, maka tajjali akan zatnya, dari satu alamnya jua, tiada yang asal bernikah dua, hanya bayangan membawa raga, jadi tempat nyatanya ia, kerana diri tiada berupa, mencari bayang tempat nyatanya, baru sempurna tajjalinya ia, hanya cacat tak cukup akalnya, kerana amat besar dirinya, jadi kerdil dikaca akalnya, inilah jadi zat alamnya, kini berdua dalam satunya, satu jadi kias akannya, satu jadi badal untuknya, menjana ada dalam dirinya, bernama ia akan duwita, jadi sempurna padanya kita, kerana paham atas bayangnya, hanya sagi rupa akannya, jadi tajjali pahamnya kita, kerana mengaji ilmu akannya, bukan jadi serta-mertanya, jadi dalam ruang dan masa, itulah kala diberi nama, itulah rona akan gelarnya, bukan kajian untuk manusia, hanya tahu dalam ilmunya, pada akal jua makamnya, bukan diri kita semua, kerana kita tiadalah ada, kalau ada sangkut denganNya, jadi nyata akan tajjaliNya, jadi wajib kita kenalkannya, kerana manusia tanda nyatanya, bukan wujud sama denganNya, oleh itu wahai manusia, jangan kata mudah bacanya, Tuhan tak sama dengannya kita, kita takkan jadi DiriNya, siapa kata dirinya sama, satu zat dengan Tuhannya, ketahuilah wahai manusia, itu dusta bohong belaka, kerana cepat nak paham akannya, tiada akar tempat silanya, tiada diri tempat duduknya, itu semua ilmu belaka, ilmu tajjali akan Tuhan kita, kita jangan paham sahaja, tahu benar dengan rasanya, manusia takkan jadi Tuhannya, takkan jadi Allah yang Esa, siapa mengaji cara yang ada, nescaya dikutuk oleh dewata, kerana hinanya martabat manusia, sanggup hendak jadi tuannya, kita manusia tetap jahilnya, tiada bijak atas katanya, hanya mengaji ikut nafsunya, bukan mati atas kebenarannya, jika dilihat ajaran yang ada, semua sesat nyata fitnahnya, kita manusia harus berjaga, nafsu sering menoda kita, mengajak manusia melawan Tuhannya, konon kita Allah semua, asal kamu Allah jua, kembali ke Allah itu diajarnya, ini semua perbuatan gila, tiada afdal ngajinya kita, tiada manusia jadi Tuhannya, kerana kita asalnya tiada, kembalilah kita akan asalnya, iaitu tiada dan tetap tiada, yang ada hanyalah Dia, zat wajibul ujud Dia sahaja, inilah hakikat diri manusia, asal tiada kembali menjadi tiada, bayang yang ada itulah kita, yang kita sanjung mahkota dunia, hanya sementara ada ujudnya, bukan kekal sentiasa ada, hanya kita rasa yang ada, walau hanya teka sahaja, kita hidup dalam gelita, kerana tajali itu mayanya, bukan akan haq Dirinya, itu rahsia tiada pada kita, jangan sangka dah hebat dirinya, semua ilmu dalam dadanya, sehingga hendak jadi Tuhannya, itulah hasrat iblis durjana, menghasut manusia melawan Tuhannya, jangan kita seperti dirinya, sang iblis tetap menggoda kita, lihat bagaimana Adam dan Hawa, jadi contoh kepada kita, kerana lupa asal dirinya, termakan kata iblis derhaka, akhirnya jatuh keatas dunia, jadi manusia hina bangsanya, kerana manusia lemah semua, bila diuji marah hatinya, bila ditegur masam mukanya, bila dihina melawanlah pula, inilah baka manusia didunia, hanya jahil akan semuanya, jangan ikut seperti mereka, berpeganglah pada kebenaran yang ada, kebenaran yang jadi perisai kita, pada Allah kembalinya kita, bukan jadi seperti Dirinya, kembali menjadi tiada ada, disisinya hanya bayangan sahaja, itulah kita asal mulanya, rahsia asal tajjali yang ada, bukan cerita kita manusia, tapi akan cerita Dirinya, manusia hanya menyatakkannya, manusia hanya tempat ujudnya, manusia lapik akan kakiNya, tapi manusia sombong pula, terasa mulia akan dirinya, dibanding berok dihutan sana, dirinya hebat tiada perinya, kalau baca dalam ayatNya, manusia itu adalah hanya, binatang melata yang pandai berkata sahaja, itulah hakikat akannya kita, bukan hebat seperti disangka, ingatnya semua manusia yang ada, menjadi khalifah diatas dunia, itulah yang paham akan akalnya, tapi tiada dibaca dengan telitinya, bahawa khalifah itu seorang sahaja, bukan semua manusia didunia, itulah hakikat kita semua, bukan menjadi khalifah akan Tuhannya, hanya sahaya yang jahil adanya, tiada mungkin menjadi penguasa dunia apabila ingin jadi tuannya, inilah hakikat wahai manusia, terimalah dengan terbuka, walau sakit hati dan kepala, hakikat ini berubah tiada, dari dulu dan selamanya, kita takkan jadi khalifahnya, hanya dia seorang sahaja, menjadi khalifah penggantinNya, fahamilah benar akan ayatnya, jangan cepat paham hendaknya, kerana tamak nak jadi tuannya, pikirlah wahai manusia, tiada benar dan dusta sahaja, kita takkan jadi Tuhan kita, bila bayang jadi nyatanya, nyata atas sifat yang dua, ada siang ada malamnya, ada baik ada jahatnya, ada dua dalam satunya, sebagai pecahan akan satunya, jadi sempurna dua satunya, jadi nyata satu duanya, inilah tera lapisnya dua, inilah hayat hidup matinya, jadi hikmah dalam jahilnya, untuk manusia mengambil sumpahnya, jadi bayang dunia sahaja, jadi bentuk bukan isinya, bukan rupa idaman maya, tapi gerak sentiasa teruja, atas puja tajjali Dirinya, jadi aksara pentas alita, jadi senda untuk wayangnya, jadi kelir cipta kersanya, jadi api cinta araba, jadi sifat bayangan dunia, jadi makam martabat pertama, akan susur gelombang irama, jadi nada berjiwa ajunta, kosa ahdah dalam wahdahnya, jadi sifat pati zatNya jua, tiada ada sesiapa disana, wahai manusia bicaralah mulia, jangan kata manis nafsunya, kerana akal yang telah ada, pada manusia tiada kasyafnya, hanya genta dalam kesedarannya, akibat kesan akan tajjaliNya, walau indah benar lihatnya, itu semua semu sahaja, yang Haq tiada kelihatan jua, hanya akal lumpur sahaja, najis dunia makannya kita, najis dunia jugalah kita, jangan kafir dirinya kita, menyangka martabat kita manusia, sama dengan Dia yang Esa, jangan lupa kita tiada, tiada jualah kembalinya kita, inilah pendua penghulunya kita, walau satu dua alamnya, walau sebijak manapun kita, masih menumpang nafsu dunia, tiada tersentuh akal pertama, kerana itu wajiblah kita, akur akan shuhadah tauhidnya, kerana ia tanda tajjaliNya, bukan kita wahai manusia, kita penyata sahaja, sebagai Adam tiada dirinya, hanya nyawa kadim dalamnya, selagi dizin oleh Tuhan kita, awaslah wahai manusia semua, selagi wahdah kata sahaja, hanya andaian huraian minda, pada nas nafsu warnanya, hanya bayang bukan sebenarnya, kerana manusia bayang sahaja, adapun tiada hakikat dirinya, tiada manusia itu berzat jua, kerana ada yang telah berkata, zat kita zat Tuhan kita, itu salah wahai manusia, katalah kamu tiada ada, tiada zat hanya bayang sahaja, gerak pun hanya atas Tuhannya, atas gerak akan rupanya, bukan bentuk yang nampak dimata, itu hanya semu sahaja, kita manusia buta matanya, bukan nampak akan kebenarannya, hanya rasa dah jadi Dia, itu rasa nafsu sahaja, memperkosa haknya Dia, kerana disangka Tuhannya kita, dapat diraih dengan ruhnya, itulah bodohnya manusia, duduk atas udara sahaja, melayang atas ehsan angin yang ada, bukan atas kuasa dirinya, yang tak mungkin ujud ganti Tuhannya, inilah rahsia jadinya kita, asal tiada tetap tiada jua, dari dua tadi tiga jadinya, disebut wahdah oleh sufinya, kerana dah pandai mengajinya, disangka langit sampai padanya, langit apa segalanya Dia, langit apa rangkaian tajjalinya sahaja, mana langit di kata manusia, langit yang ada lapik kenyataanNya, bukan pemisah sejuk hangatnya, ia kajian kata manusia, agar paham akan kuasaNya, sebagai tanda sempadan untuk kita, tiada kita sampai padaNya, tiada pula Dia kepada kita, itu kata manusia sahaja, atas jahil akan ilmunya, hanya mustahil keliling kita, tiada harus atau wajibnya, manusia sampai jadi Tuhannya, kerana yang tiga ujud satu jua, tiada tiga satulah jua, ingat manusia jika tahu haqNya, jangan jadi iblis dilaknatNya, kerana merasa ada dirinya, sanggup melawan kenyataan dirinya, disangka hebat akan ilmunya, ilmu hanya bayangan sahaja, ilmu iu tajjaliNya jua, ramai sangka paham akannya, tapi sayang dongeng semua, tahu atas bayang sahaja, tiada sempurna ilmu kita, kerana paham akan hakikatnya, ilmu itu pancaran delima, pecah tiga berkawan dua, itulah jadi adam yang tiada, hanya bejana akan kuasaNya, jadi kosa akan alamNya, bukan manusia yang ada didunia, tapi aksara susun kitabnya, atas azali kisah nasibnya, kita manusia mainan sahaja, jadi denda akan kersaNya, jadi alas kun hikmahnya, menyatakan asa tajjali Dirinya, bukan tajjali paham manusia, tapi tajjali akan rahsiaNya, tetap tiada tahu manusia, akan rahsia Tuhannya, seperti kajian ketuhanan atau hakikatnya, insan itu rahsiaNya dan dia rahsia insannya, rahsia itu bukan hak kita, insan itu bukanlah kita, jangan tergopoh wahai manusia, kita hanya binatang melata, bukan insan rahsiaNya, itu hanya tajjaliNya, jadi khalifah hikayatNya, bukan kita pelakun utama, hanya pelakun tambahan sahaja, latar belakang akan jalan cerita, jadi tanda untuk jalanNya, hanya Dia yang empunya skripnya, bukan kita manusia yang ada, amatilah akan seloka ini adanya, untuk manusia yang sesat didunia, atas syariat atau hakikatnya, semua sama tiada bermakna, hanya tanggapan yang merbahaya, atas jalan hidup didunia, kita bahan ujianNya sahaja, untuk Dia nyata tajjalinya, uji atas kuasaNya sahaja, bukan untuk uji Dirinya, hanya kesan jadi tamsilnya, hanya guruh bukan kilatnya, hanya angin bukan dinginnya, hanya bunyi bukan iramanya, hanya kata bukan maknanya, hanya ayat bukan hikmahnya, selagi itu wahai manusia, kata yang deras tiada dipikirnya, kelak binasa makan dirinya, jika cepat kata lidahnya, nescaya lari akan maksudnya, itulah kita bila bicara, atau mengaji kitab yang ada, jangan ambil tahu sahaja, harus ada rasa sukmanya, kerana ramai yang jadi gila, atas takbur sesak dadanya, atas yakin ada dirinya, apatah mengaku Allah dirinya, amat siksa pedih diterima, atas pengakuan iblis yang serupa, melawan Tuhan hingga dilaknatNya, ingat kita wahai manusia, ambil tauladan iblis yang hina, disangka wahdiah tigalah jua, bukan satu atas ertinya, bukan wahdah dua AkuNya, hanya Aku yang Esa jua, bukan bayang berkata adanya, itu hanya kesan kudratNya, tapi manusia lupa akan dirinya, dengan akal sejengkal adanya, disangka lautan ilmu Tuhannya, boleh diraih dalam usahanya, mengenal akan hakikat dirinya, yang tiada dan tetap tiada, tertipu atas nafsu dirinya, menyangka dirinya ada, sedangkan ada hanya kata sahaja, tiada bukti kekal dirinya, hanya neraka sebagai gantinya, tempat manusia yang sombong dirinya, disangka wahdah tiada bezanya, itulah manusia bodoh sahaja, dua mana dalam Esanya, tiada kita hanya Dia jua, inilah hakikat akan tajjaliNya, menjadi kenyataan akan kita, dinyatakan dalam ISLAMnya, bukan agama bondongan nafsu, bukan agama kuda dirinya, tapi hakikat tajjali Tuhan kita, inilah kebenaran yang ada, dari belum jadi akhirnya, bukan tiada kosong yang ada, itu kata ilmu manusia, masih cetek akan kajinya, yang kosong tetap tiada adanya, bukan tiada jadinya ada, jika benar ini hakikatnya, maka yang kosong itulah kita, manusia yang hakikatnya tiada, hanya tumpang akan hadirnya, pada alam medan kuasanya, hanya sifat yang jadi ahamnya, jadi keagungan manusia didunia, jadi pujaan akan semua, itu sahaja dapatnya kita, sampah tajjali jadi ilmunya, bukan hikmah penimbul rasa, dalam mengenal tajjaliNya, tapi dirinya yang hendak berkuasa, atas ilmu yang dipelajarinya, disangka sudah sampai matlamatnya, kata pujangga sastra dijana, sastra abadi diberi nama, kata manikam ini bacanya “Manalah bisa menembus qalbi, selagi akal menghijab diri, Makrifat tanda yang telah jadi, bukan tarikat menghindar diri, Jangan disangka wahdah didekati, wahdiah belum dikenal rapi, Alam mana hendak dijejaki, pada dirimu tandanya bakti, Bersatu dalam kelambu berahi, hilangnya salik tiada bukti.” Inilah seloka melayu kita, mengenal akan ilmu Tuhannya, jika jadi khatam kajinya, hanya jadi dalam ilmuNya, tiada kesan kepada Dia, hanya kita kesan hadirNya, hadir atas kuasa tajjali Dia, itulah jadi akan KehendakNya, bukan dia nampak Dirinya, itu kajian munafik sahaja, tiada Tuhan nampak Dirinya, jika benar seperti dikata, nescaya kiamat serta-merta, kerana mengaji tiada pahamnya, tiada boleh katakan Dia, tiada bicara serupa Dia, tiada ilmu sebelum tajjalinya, inilah hikmah pengajian kita, melayu jua paham akannya, bukan mereka tinggi ilmunya, seperti iblis sombong diriNya, kata diri Tuhan jadinya, kata Allah kembali asalnya, itu kajian tadika dunia, untuk mereka yang pendak akalnya, tajjali itu bukan mudahnya, merangkumi akan tiga kakinya, empat sendi lima rumahnya, terbentuk dalam graha makdumnya, bukan kajian wahdatul ujudnya, itu jauh dari simpangnya, bukan martabat tujuh adanya, hanya satu tujuh dalamnya, bukan terbuka di akal manusia, kerana ilmu itu rahsiaNya, jadi mana mungkin manusia, tahu akan sifat diriNya, sifat Dia hanya dua, dalam tajjali nyatanya ia, sebagai rapat pagar alamya, ruyung sugi arif aktafnya, bukan bidalan mengganti haramnya, bukan hadis sembang malaikatnya, bukan wahyu tuntunan dunia, bukan kata akal nafsunya, bukan boleh dibicara kita, hanya andaian otak sahaja, bukan kasyaf akan dirinya, konon dapat ilham Tuhannya, tiada kita mendapat apa, hanya bekas ilmu tajjaliNya, hanya sarung bungkah bayangNya, hanya kelam dalam terangNya, itulah kata arif sufinya, Tuhan itu bukan manusia, walau ruh hanya bahtera, membawa isi rahsia tajjaliNya, pahamlah oleh kamu semua, kecubung hitam nama seloka, bukan diberi nama sahaja, seribu hikmah terpendam dalamnya, jika bijak sekelian yang membaca, bacalah dengan hati terbuka, bukan sempit mainan akalnya, sudah taksub akan ilmunya, ketahuilah kebenaran hakikat yang ada, asal kita dari tiada, bukan ujud kekal dirinya, hanya sementara dipentas dunia, bayangan akan kesan tajjalinya, sekelip mata musnahlah kita, mana kita wahai manusia, kemana adanya tujuan kita, hanya mengikut kesan sahaja, jadi bayang tiada maknanya, itulah kita jadi manusia, hanya kesan akan tajjalinya, kerana itu jangan berbangga, manusia tetap tiada ada, hanya Dia dalam rancangannya, dari dulu hingga akhirnya, hanya menyatakan tajjali Dirinya, untuk memuji akan Dirinya, bukan kita jadi sebabnya, kita hanya kesan sahaja, pahamilah ini permata kata, untuk mereka yang selamat dirinya, jika paham akan hukumnya, segera ISLAM akan tajjaliNya, baru paham kenapa mengapa, atas kasih Tuhannya kita, atas mereka yang beriman adanya, atas janji dahulu kala, agar kita tiada alpa, nyatakanlah ketuhanan kita, itulah asal tajjali yang ada, dari ahdah sempurna diriNya, sampai wahdah pecahlah dua, wahdiah tiga pulang satunya, ikut mana caranya kita, tiada akan sampai kajinya, hanya tajjali itu sahaja, sampai manapun kajinya kita, selagi akal nafsu tunggangnya, takkan dapat ini rahsia, rahsia gusti dengan kaulanya, rahsia Allah akan Muhammadnya, inilah tajuk akan seloka, kecubung hitam tanda ilmunya, jadi rahsia dalam perbendaharaannya, bukan untuk dicungkil manusia, hanya tahu dalam ilmunya, sekadar cerita nak paham sahaja, takkan jadi Tuhan dirinya, itu mereka iblis bakanya, bukan baka nabinya kita, hanya sedap mulut bicara, sedap hati nak berkuasa adanya, jika kita paham akannya, selamatlah kita sentosa dirinya, baru dapat masuk rumahNya, baru dapat berkat dariNya, baru paham kita manusia, kemana jua hendaknya kita, akhirnya jadi tiada dirinya, inilah hakikat cerita seloka, memberi amaran sekelian manusia, jangan cuba kata dirinya, jadi Allah atau Tuhannya, itu mengundang celaka hidupnya, kerana sombong seperi Iblisnya, melawan akan hakikat tajjaliNya, hendak jadi seperti tuannya, ingat wahai manusia yang ada, asal kamu tiada, kembalilah menjadi tiada, pulangkan segala padaNya jua, baru tamat tajjali DiriNya, sempurnalah hakikat akan tajjaliNya, kita tetap begini adanya, tiada kuasa atau ilmunya, hanya Dia yang memiliki kita, kita hanya penyata tajjalinya, kita hanya bayang sahaja, tiada ada, tiada nyata, tiada ujud selama-lamanya.

No comments:

Post a Comment