melayu.......

MELAYU ITU BUKAN RUPA, BUKAN KULIT, DAN BUKAN ORANG....

MELAYU ITU ALAM, DUNIA, PEMIKIRAN KETUHANAN....

MELAYU ITU... BUDAYA YANG MEMERINTAH

SELOKA MELAYU : (11) (12) (13) (14) (15)

11. SELOKA MELAYU

KASAFI DJIWA

Ini cerita selokanya kita, sejak ada adam dan hawa, sembunyi djiwa sentosa marga, sembunyi rabbani dalam shuhada, bukan kata melambang bahasa, tapi bunyi akal yang ada, akan hikmat Tuhannya kita, menjadikan Melayu wangsa pertama, inilah mula seloka adanya, diberi nama kasafi djiwa, sebagai tanda mula manusia, asalnya djiwa tiada berkosa, didalam kasafi sembunyi Tuhan kita, kerana Dia tiada nyata, wujud sahaja dimana-mana, itulah sebab Allah namanya, kuasanya Dia memerintah kita, menjadi asirah manisan hawanya, menjadi bayang arafah adamnya, anak cucu titisan mereka, ditanah basrah jadinya kita, itulah nyata akan manusia, dari bayang akan rupanya, menjadi bentuk sekelian kita, dari belulang berdagingnya kita, itulah asal manusia adamnya, asal dari kasafi Tuhannya, amat hebat kejadian kita, tapi kita tak paham jua, ingat kita berok asalnya, itu manusia titisan bumita, kita Melayu asalnya dewa, dari langit jatuh ke dunia, jangan lupa usul adanya, membawa kita kearah sejahtera, selagi Melayu bertugaslah kita, atas janji Tuhannya kita, sebagai khalifah pengganti dia, bukan memerintah sebagai Dia, tetapi wazir yang bijaksana, memerintah akan nagara, ditanah sunda bertahta, akan kerajaan Melayu di puncak Mahameru adanya, tinggi mengawan tak terlihat mata, itulah kahyangan diberi nama, bermula Melayu diatas dunia, disitu mula benih yang ada, mengisi dunia akan keturunannya, kerana itu cucuku yang ada, cuba fikir akan hidup kita, walau keliling penuh manusia, tidak semua Melayu dirinya, didalam djiwa ada tandanya, kalau Melayu mesti beraja, tiada dengki tiada hasadnya, tiada takut miskin atau kaya, kerana Melayu bertugas adanya, menyemai damai atas dunia, bukan penghancur alam yang ada, hancur kerana tamakkan kuasa, itu kafir tiada islamnya, itu pembunuh bukan pembela, kita Melayu dendam tiada, kita Melayu kasih semuanya, jika ditanya kepada kita, benarkah jahat dirinya kita, asal Melayu bukan itu akan dirinya, tetapi mereka terpesong akidahnya, melihat mata hanya yang nyata, djiwa tiada mendapat tempatnya, hanya sebagai nyawa hidupnya, asal hidup seronok dunia, bukan asal Melayunya kita, mencari ilmu bersihkan djiwa, bukan hikmah santapan dirinya, tapi harta dan anak bininya, bukan mahu tunduk nafsunya, menjadi raja atas kehendaknya, bukan niat suci djiwanya, tapi kuasa dan harta bendanya, ingatlah anak cucu yang ada, djiwa kita Melayu rasanya, jangan ditukar agamanya kita, selagi islam selamatlah kita, bukan islam shariat sahaja, hakikat patut jadi gandingnya, kerana pepatah manusia lama, tiada sempurna shariat tanpa hakikatnya, djiwa diam dalam sirnya, bukan nafsu tempat teduhnya, itulah kasafi duduknya djiwa, tempat kita salam akhirnya, tempat kita ambil kalamnya, tempat iman makrifat tauhidnya, tempat diri ghaib selamanya, carilah paham atasnya seloka, kata tempat menyembah rasa, selagi djiwa tiada gelora, belum sampai qiamatnya kita, selagi itulah nafsu sahaja, selagi itulah gelap gelita, tiada cahaya pancar qalbunya, delima kesuma namanya ia, pancaran djiwa lima saudara, jadi penyuluh dialam maya, sebagai tunjuk jalannya kita, jika tetap iman didada, tiada salah langkahnya kita, cahaya hanya rupa sahaja, wajah yang mana pilihnya kita, selagi ilmu tiada ada, tak mungkin kita tahu pilihnya, jadilah Melayu yang bijaksana, berjalan seorang itu baiknya, dari bertiga tak tahu siapa, kalau berempat nak tanya siapa, jika berlima dapat subahatnya, itulah tanda djiwa dah gelora, hati-hati memilih rasa, kerena djiwa tiada kosanya, hanya rasa tiada rupanya, hanya rasa tiada rasanya, selagi kita belum khatamnya, carilah guru bertaraf pendita, agar ilmu dapatnya kita, atas dasar rasa dah ada, bukan lidah pandai berkata, bukan tahu baca sahaja, hikmah tiada dihatinya jua, kerana paham setengah sahaja, tiada dapat akan sebabnya, hanya rasa penimbul hikmahnya, hanya djiwa yang telah fana’nya, hanya nafsu yang tunduk kehendaknya, baru dapat alim dirinya, baru sebati menjadi kita, mengenal djiwa sebenarnya apa, bukan lafaz mainan lidahnya, bukan pandangan nafsu warnannya, bukan hafalan ribuan kitabnya, tapi kata sendiri yang punya, tapi ilmu laduni menjelma, dari ghaib menjadi nyata, diatas kalam tiada bentuknya, barulah jadi sekelian katanya, barulah dapat akan kehendaknya, bukan lagi diatas angannya, tapi djiwa yang ada kuasanya, baru Melayu mendapat nama, asalnya dari wangsa pertama, keturunan Adam dan juga Hawa, pemerintah akan seluruh dunia, barulah jadi Melayu perkasa, penegak kebenaran adil hukumya, bukan pemegang sepanduk dnnia, menjadi kuncu kafir yang ada, bukan penegak budaya asingnya, hingga rosak adat yang ada, bukan keling bukan arabnya, tapi Melayu jati dirinya, itulah anak cucu sekeliannya, selalu rasa Melayu cacat sentiasa, tiada molek ajar datuk nenek kita, takut kurafat segala ilmunya, maklumlah tinggi pelajaran agama, pakai jubah tanda alimnya, kalau hujah ada hadisnya, sedangkan Melayu amat kayanya, perimbunan dan pepatah pantun seloka, penuh hikmah dan petunjuk untuk kita, penuh nasihat dan petua hidup adanya, datuk nenek kitapun bijak juga, malah memandang jauh hidup yang ada, kerana Melayu berharta untuk anak cucunya, tiada kepentingan atas dirinya, segalanya kerana anak cucu jua, itulah Melayu harga dirinya, tiada melihat penat lelahnya, hanya melihat anak cucunya, menjadi permata dalam hidupnya, bukan kaya diatas dunia, tetapi sejahtera keturunannya, tapi anak cucu tiada paham jua, kerana disangka datuk nenek sakai belaka, tiada berilmu ketinggalan zamannya, sedangkan sekarang maju zamannya, tiada memandang ilmu dan petua, peninggalan datuk nenek kita, malu dan takut sesat pula, pawang dan bomoh tiada gunanya, kerana sangkanya kurafat sahaja, tiada yang elok dipandang mata, semua hina dan tiada nilainya, hati-hati bila berkata, kata Melayu sumbang bunyinya, kata arab hebat belaka, kata orang putih terpelajar rasanya, bukankah kita Melayu darahnya, makan lemang ketupat dodolnya, bukan dab dan tamar yang ada, jadi bahan masuk kesyurga, sebagai tanda alim orangnya, Tuhan islam arab agaknya, bukan Tuhan sekelian alam, itulah wahai Melayu yang ada, yang dikejar tiada dapatnya, yang dikendong berciciranlah pula, jangan wahai anak cucu yang ada, terasa hebat bila berserban pula, terasa solehah atas telekongnya, itu syarat kita beragama, bukan adat arab yang ada, tapi Melayu mudah hatinya, lembut kerana baik budinya, menghormati budaya bukan dirinya, adat bangsa yang kasar bahasanya, sedangkan Melayu halus bicaranya, mengatakan sesuatu penuh akalnya, tapi anak cucu tak pandai mengolahnya, tak pandai mencungkil akan rahsia, tak mahu mengaji sedalam-dalamnya, hanya mengikut resmi dunia, asal dipuji oleh manusia, itu rasanya ukuran dirinya, bukan pantun menyulam kata, tapi tajwid sedap arabnya, bukan hati Melayunya, bukan Islam akan agama, tapi arab segala-galanya, wahai cucu yang bijaksana, kata Melayu akan dirinya, tapi arab jua rupanya, kalau kita inginkan rusa, bukan peladuk dua serupa, kalau mengaji biar betul gurunya, bila beradab betul caranya, bila Melayu betul dirinya, sejati dan mulia, tanda afdal akan sukmanya, tiadaMelayu hilang didunia, tiada Melayu ghaib alamnya, tiada Melayu rosak akhlaknya, tiada Melayu gila dunia, tiada Melayu hancur djiwanya, agar Melayu kasaf Tuhannya, inilah bidalan petua adanya, mencari peniti dirimbun adanya, tiada kelihatan padanya mata, hanya yang arif dapat berjumpanya, bila Melayu ada segalanya, ini seloka untukmu jua, anak cucu janganlah derhaka, pantang dicabar musuh yang ada, kelak binasa sekelian yang ada, ingat akan janjinya kita, Melayu jualah panglima dunia, jangan dihina keturunan kita, keturunan kita wasesa adanya, jangan dikata Melayu kurang adatnya, sedangkan kita keturunan dewa, bukan binatang melata didunia, tiada beragama tiada Tuhannya, hanya mengikut arusnya masa, hilang pedoman kunci rahsia, hilang panduan kiblat hatinya, ditelan zaman dosa manusia, ditelan budaya asing yang ada, anak cucu hanyut selamanya, terkapai diatas cebisan dunia, hanyut tiada haluan dirinya, hanya akur apa yang ada, kalau arab arablah dia, kalau english english lah dia, kalau jepun matahari hadapnya, kalau indon berkiyailah pula, kalau sunnah jamaahlah dia, kalau sunni shiahlah pula, kalau dah bijak atheist jadinya, kerana otak geliga sentiasa, cuma tiada cahaya Tuhannya, terasa akal bijak olehnya, mencari fakta hendak tandanya, sedangkan diri jahil sentiasa, ingat mati tiada datangnya, hanya mudah fikir akannya, ingat hidup tiada gunanya, hanya landasan intelek yang ada, intelek didik bangsa derhaka, asal dari berok yang ada, bukan kita keturunan dewa, sudah menjajah dunia sepenuhnya, sudah berkurun diatas dunia, Melayu bukan baru adanya, Melayu pencetus tamadun manusia, Melayu membina tugu dunia, menjadi keajaiban manusia, katanya dibina keturunan mereka, tak tahu itu Melayu yang punya, tapi Melayu bijak orangnya, bukan dunia upah akannya, tapi untuk anak cucu yang ada, sebagai bukti hebat datuknya, tapi Melayu tak percaya pula, katanya tak mungkin datuku pandai orangnya, kerana datukku tiada arabnya, tiada belajar ke oxford sampainya, hanya mengaji dipondok sahaja, membaca pun tak pandai jua, hanya primitif perbuatan yang ada, memang benar cucuku yang ada, tapi itu rakyat sahaja, tak perlu susah payahnya pula, kerana ada yang bijaksana, sebagai pemimpin umat Melayunya, tetapi mereka ini hebat orangnya, jika dicari takkan berjumpa, jika ditanya tiada yang tahu pula, mereka yang bijak bukan menjual ilmunya, kalau nak tahu carilah mereka, mereka ada dimana sahaja, menyorok dalam rimbunan bangsanya, hanya menanti anak cucu sedar dirinya, baru menjelma akan mereka, baru nyata dimana duduknya, baru dapat akan pengetahuannya, Melayu yang ada tiada mahunya, akan Melayu yang gagah perkasa, panglima dunia pendita agama, bukan calang nak kenal mereka, ilmu mereka bukannya ada, cari didunia tiada berjumpa, hanya simbol dan seloka yang ada, tersirat erti sebenarnya, tersembunyi dari pandangan manusia, rahsia tetap rahsianya jua, hanya Melayu yang sedar dirinya, hanya Malayu yang mahu pikirkannya, baru terbuka hijab akannya, mengenal Melayu sebenar ertinya, bijak dan alim akan Tuhannya, bukan dikedai buku adanya, bukan dapat difotostate akan ajarannya, bukan boleh dipelajari diuniversiti yang ada, bukan tersimpan diperpustakaan negara kita, bukan pula didalam bahasa arabnya, atau abjad roman yang ada, ia ilmu didalam sukhmanya, hanya yang ada rasa djiwanya, hanya yang kasafi erti pahamnya, barulah terbuka pintu makrifatnya, mengenal diri itulah jua, ganti akan mukadam mulanya, melangkah kealam Melayu sebenarnya, tiada beza bunian dan manusia, semua sama tiada ghaibnya, hanya manusia tiada pahamnya, bahawa dunia semu sahaja, hati tiada mahu percaya, hidup ini sementara jua, itulah wahai cucu yang ada, jangan disangka Melayu lemahnya, belum terjumpa Melayu yang hebat pula, takut tak yakin akan ilmunya, kerana Melayu hebat yang ada, tak semudah itu mengenal mereka, mereka beribu tahun umunya, dikenali dengan pelbagai nama, mengikut peredaran masa yang ada, sehingga kini masih adanya, dipelbagai alam duduknya mereka, inilah para siddha rumpun manusia, Melayu yang lengkap sekelian saktinya, begitu juga pahlawan yang ada, walau mati jasad sahaja, diri mereka masih berkelana, diatas dunia menjaga anak cucunya, semoga selamat aman sentosa, inlah mereka Melayu sejatinya, mati hidupnya untuk anak cucunya jua, harap sekelian pembaca yang ada, ini seloka kasafi djiwa, bukan insaf diatas agamanya, insaf akan kebenaran katanya, jika bersumpah atas Allahnya, sedangkan nafsu jadi saksinya, kerana lidah keras jadinya, atas kata arab bunyinya, kerana tubuh akrobatik arabnya, bukan rahsia gerak yang ada, wahai cucu denagkan ia, seloka pembalut hikmah adanya, bukan kata menghina sesiapa, hanya ingin sedar semuanya, arab tiada jadi melayunya, tapi melayu mudah arabnya, tiada kelihatan dimana-mana, arab pakai songkok dikepalanya, tapi Melayu tidaklah pula, Melayu mudah mengikut adanya, bukan lemah kerana dirinya, tapi Melayu suka bergaya, kita tak kisah nak pakai apa, kerana manusia bebas dirinya, asal jangan lupa asalnya, kita Melayu tetap Melayunya, inilah kata bidalan berbicara, inilah ungkap kata sandongannya, inilah rupa nukilan hatinya, inilah ayat seloka jadinya, dari pena dakwat asalnya, dari titik jadi barisnya, dari baris ada bentuknya, 108 jadi hurufnya, jadi kitab beribu adanya, kita ghaib tulisnya tiada, kitab nyata huruf yang ada, kitab manusia lengkaplah pula, kitab Tuhan tersembunyi pada kita, itulah sastra abadi namanya, kerana Tuhan tiada berupa, maka ayat ganti ceritanya, menjadi seloka tenungan djiwa, menjadi santapan akal manusia, agar mencari asal dirinya, agar ketahui akan Tuhannya, bukanlah mudah jalan padaNya, tak susahlah pula jika tahu rahsianya, ini seloka dendangnya pula, menjadi suloh anak cucunya, semoga dapat paham akannya, seloka hanya gurauan senda, jika mahu iktibat akannya, mudahan dapat hikmah akannya, baru nampak jalan pulangnya, baru tahu kebenarannya, bukan ayat bermain dimata, hikmahnya jua sentiasa nyata, inilah kata pendita yang ada, mengenal Melayu serata-rata, baru jadi sakti dirinya, kalau hanya kaji hurufnya, sampai mati bukan hikmahnya, kalau ayat hafal sahaja, sampai kiamat tiada faedahnya, kalau membaca bukunya sahaja, tiada afdal ilmu dirinya, hendaklah kita tahu bacanya bukan dimata dihati jua, disitu tmpat terbit pahamnya, bukan mata bayang sahaja, tapi hati tahu ertinya, tapi hati dah mati jua, kerana banyak cinta dunia, banyak cinta agama luar sahaja, bukan agama hidup hatinya, mencari erti kata Tuhannya, hanya suka tajwid sahaja, sedap didengar nafsu yang ada, hafiz segala isi kitabnya, tapi bebal lembulah jua, bila ditanya akan rahsianya, tiada tahu akan jawabnya, dia hafiz akan ayatnya, bukan tahu akan rahsianya, segala yang ada kulit sahaja, isi tiada kedapatan jua, kerana otak bebal yang ada, tiada dapat akan ertinya, jangan jadi seperti mereka, mengaji hanya nak sedap bunyinya, bukan mencari rahsia Tuhannya, bukan hikmah hendaknya pula, tapi tahfiz segala ayatnya, tahu tidak kehendak Tuhannya, hanya hati penuh ayatnya, sedangkan hikmah itu benarnya, tapi tiada dapatnya jua, hati mati kelam matanya, kerana dah lama sesat didunia, mencari apa cucu semua, mengaji apa huruf sahaja, mengkaji apa bayang yang ada, beradat apa tiada hukumnya, Melayu apa tiada galurnya, itulah cucu cari maknanya, dalam diri terang jawapannya, mengenal diri kenal bangsanya, baru tahu siapa Tuhannya, bukan mudah menyingkap rahsia, rahsia sentiasa didalam bunia, bukan dunia hanya pokoknya, ghaib itu tempat tumbuhnya, bila lengkap akan edahnya, baru menjelma batang tubuhnya, itupun nasib jadi manusia, kalau tidak berok dan kera, sampai bila kita jadinya, berkurun sudah dalam dunia, Melayu semakin hilang dirinya, ditelan adat bukan bangsanya, ditelan diri bukan asalnya, ditelan hilang selama-lamanya, carilah arah tuju akannya, cari maksud seloka ini adanya, agar kita dapat hikmahnya, kerana isi ada rasanya, bukan manis tanggap manusia, bukan masam pula adanya, ia rasa sukhma bangasanya, ia halus rapi susunnya, disulam kata disulam ayatnya, hingga tiada nyata maksudnya, agar akal dipakai kita, mentafsir akan seloka yang ada, mencari makna bukan pikirnya, tapi tenung pusaka kita, tenung makrifat akan namanya, baru telus akan ertinya, baru terang hati membaca, baru sempurna akan ilmunya, ini lah kasafi djiwa namanya, menceritakan Melayu hebat ilmunya, mengkaji usul dan asal yang ada, dari nyata pada ghaibnya, bila kenal akan dirinya, empat lapis pembalut rasanya, tiga lapis hijab akalnya, tujuh lapis akan dirinya, sembilan rupa pengganti wajahnya, sepuluh lengkap akan adamnya, tiga belas jadi payung langitnya, tujuh belas jadi rakaat yang ada, duapuloh satu itu rumahnya, kalau dihitung amat banyaknya, asal manusia tiada hujungnya, mula hanya nyata bayangnya, isfanudin diberi nama, bayang mulia rupa sahaja, ahmanudin mulia adanya, terbentuk rupa nyata senyatanya, insanudin jadinya pula, jika ditelek dalam hakikatnya, tiada tahu asal jadinya, hanya cereka akan manusia, diambil dari ilmu yang ada, diturun oleh Melayu pertama, mengajar akan anak cucunya, tapi kini segala pudarnya, ditelan zaman berkurun adanya, kunci yang awal hilang entah kemana, hanya ayat jadi selokanya, jadi wahai cucu yang ada, usahakanlah dapat patinya, dalam ayat ada kuncinya, tapi erti dihati jua, bersihkan jiwa tajamkan otaknya, hanya sinar petunjuk yang ada, sinar dari kalbi abdullah, bukan syaitan laknatullah, duduk tafakur akan kitabnya, ada pada dada manusia, itu tempat ilham berkata, tapi awas hendaknya kita, selagi nafsu menetap disana, nescaya ilmu tiada afdalnya, kerana laku menjadi cela, kerana diri hilang Dianya, hanya aku pengukur rasa, aku nafsu pengganti kita, jadi jangan lupa Tuhan kita, Dia ada bersama kita, dimana kau sua didalam dunia, hanya wajahnya dimana-mana, jadilah cucu orang yang takwa, mengenal Tuhan pada dirinya jua, amat jelas akan kuasanya, pada kita tempat takliknya, pada kita itu buktinya, disuruh cari kenal diriNya, hanya kita Melayu yang ada, dapt hidup dialam takbirnya, bukan mereka berpura-pura, mengenal Tuhan dalam agama, terasa tiada dosa dirinya, kerana diri alim nampaknya, ibadat bukan tanda akurnya, ibadat bukan ukuran ilmunya, ibadat hanya kenyataan tajjalinya, tapi manusia tak paham jua, ada kitab baca sahaja, hati tiada paham ertinya, kalau mengaji biar sempurna, agar dapat rahmat Tuhannya, baru jadi Melayu saktinya, bukan Melayu pembunuh bangsa, kerana suka campur semua, sampai Melayu arab jadinya, hati-hati cucu semua, kebenaran tiada nampak didunia, manusia tenggelam nafsu sahaja, walau alim atau jahatnya, itu semua nafsu belaka, bukan pintu makrifat dibuka, bukan hakikat jadi intinya, tapi karim yang bijaksana, bertopeng manusia binatang sahaja, jika mengolah akan isinnya, harus ada pembekal katanya, bukan ayat bermain dimata, hikmahnya jua sentiasa nyata, ini kata bidalan pendita, bukan berok berupa manusia, ikut-ikut jejak yang ada, tapi pilih jejak manusia, janga jjadi serigala akhirnya, merah mata hilang akalnya, kerana dengki melihat kita, kerana tak ikut cakap mereka, kerana kuasa dunia perintahnya, akan hukum ikut hatinya, dendam pada manusia yang ada, suka hukum puas hatinya, tiada kasih tiada sayangnya, hendak tunjuk pada Tuhannya, betapa dia aku padaNya, hukum manusia jadi buktinya, baru rasa hati puasnnya, bila mati syurga sangkanya, tiada tahu hujung cerita, kerana tak mahu tunduk nafsunya, ingat manusia kamu semua, tiada terbuka ini rahsia, mengenal Tuhan tiada jalannya, mengenal diri itu mulanya, jangan rasa tiada gunanya, jangan kata sesat semua, apa diotak semu sahaja, hati tidak menjana apa, selagi manusia tunduklah kita, mohon rahmat tunjuk jalannya, Melayu sudah siap segalanya, hanya perlu olahan djiwanya, inilah kasafi djiwa adanya, seloka Melayu mengajar hikmahnya, hanya dapat pada mereka, yang sedar asal siapa dirinya, selagi kita Melayu namanya, tetap tiada sesat jalannya, kerana Melayu bertugas adanya, selagi hidup itu jalannya, baru Melayu kenal Tuhannya, pada diri tetap imannya, tiada kita batal shariatnya, hanya lengkap akan hakikatnya, sempurna makrifat sampai tarikatnya, inilah kita ambil saksinya, diatas kata alam manusia, bukan alam akan ilahinya, tempat ujud benihnya kita, jika mengaji akan ahdahnya, sampai insan titik akhirnya, tiada ada hikmat disana, hanya rupa bentuk yang ada, kerana benih yang itu jua, tiada yang paham barang mengajinya, oleh itu tahu geraknya, kerana gerak itu mulanya, jatuh atas rupa yang ada, baru ujud bentuk yang nyata, bukan panjang hakikatnya kita, hanya selangkah menuju dia, mengenal ilmu rahsia dirinya, tiada terungkap oleh manusia, selagi nafsu tebal adanya, tiada dapat cahaya ilahinya, apabila mati diri dunia, baru hidup diri akhiratnya, baru bermula jalan padanya, bukan dunia tempat mulanya, tapi mati atas dirinya, tiada nafsu menjadi saksinya, tapi ruhi akal yang suci alamnya, tempat kita mengaji ilmunya, tempat kita kenal diri kita, baru sempurna kaji dirinya, mengenal diri dialam abdinya, dapatlah kita mengenal patinya, sekelian ilmu alam sucinya, mengenal diri kasafi djiwa, ini seloka tamat adanya.



12. SELOKA MELAYU

HAYAMUN LAMUN

Kucapai pena disenjakala, kubuka ilham jendela maghribnya, ku hirup tinta mega menyala, ku lakar seloka gurih harinya, ku lakar jembangan semangat kata, ku sembah hayamun lamun namanya, ku seloka kata jadi arena, sebagai pembuka khayal manusia, mencari cahaya selindung purnama, dimana dapat ku hasratkan ia, pada kekasih lama menjelma, atau dia taat tak tiba, namun kasih tiada dilupa, tahukah kenapa begini jadinya, kenapa pilu hati merasa, kenapa hampa kosong belaka, kenapa cita maunya tiada, kenapa begini akhir jadinya, kerana hayamun datang melanda, lamun khayalan merosak jiwa, kerana fikir hilang arahnya, kerana hati punah dan lara, akibat sengat nafsu berbisa, akibat manusia mengajar bohongnya, akan cerita kosong belaka, kenapa suka bicara dusta, perkara lama jadi pujanya, kerana budaya dah tiada makna, segala yang ada tiada asasnya, mengikut arus ikutan sahaja, tiada teras pujaan bangsa, tiada jati hujung hayatnya, asyik akan merdu biduanda, bernasyid indah memuja Tuhannya, sedangkan nafsu menuja jua, dihujung nafas berbau sentiasa, tiada yang perasan akan hadirnya, kerana kematu sudah lidahnya, dapatkah terbeza akan suara, yang mana benar dari imannya, atau hanya lesu hidupnya, tiada irama nada bergema, hanya corong kumandang alunnya, suara panggilan tiada tujunya, hanya yang sudi menyahut sahutnya, lihat kita tenggelam akhirnya, lemas dalam bicara manusia, mengajar akan hukamah ijazahnya, akan tafsir sifar yang nyata, akan doa puja umurnya, pada hidup tiada diguna, hanyut impian mengejar bahagia, pada sekeliling dinding permata, tembok dunia kesayangan yang ada, hanya menanti reput kan tiba, selaput kapan menemani matinya, tiada yang mahu ikut bersama, hanya doa kiriman yang tercinta, melambai pergi hari ini sahaja, mana perginya bakti yang ada, tangisan untuk luahnya rasa, pada yang pergi akan hilang jua, tiada yang kekal akan ingatannya, kerana sebak tiada kan terima, hakikat hidup sementara sahaja, hati tetap berdaleh jua, mulut berkumit sedih adanya, kenapa manusia jahil tetapnya, atas kata timbangnya rasa, rasa yang ada tiada tapisnya, asal berkat diterima yang ada, agar tiada disisir sesiapa, agar dalam golongan dunia, tetap manusia dipandang mata, kerana baca hanya menbaca, yang dibaca hanya terluang masa, menanti datang perkara lainnya, sibuk selalu urusan dunia, berhenti sebentar lelah yang ada, diselit sesuatu mengisi ruangnya, pada cara budaya yang ada, seronok duduk dalam ibahnya, kerana sifat masyarakat yang ada, sudah lumrah begitu jalanya, duduk ditangga sembang yang ada, apa yang penting usahakan masa, cukup edah buang segala, kerana hidup serupa sahaja, siapa yang ada tak penting sebenarnya, kerana ada serupa tiada, tak kisah dimana tubuh berada, semua serupa sebangsa jua, hanya baju berbeza-beza, mana yang lawa itu pakainya, bukan kira faedah akannya, kerana tiada guna mengira, tetap jua gagal selama ada, terfikir sesiapa gunanya ada, diatas dunia semua berpura, memegang panji siang malamnya, dari muda ke tua badannya, fikir hanya perlu yang ada, atas pelajaran membentuk imunya, dipakai hanya ada gajinya, yang lain hanya hujah dirinya, menjadi pagar pangkat yang ada, takut bodoh dikata jirannya, takut pengecut dikata bininya, anak melihat sebelah mata, empunya diri diam sahaja, bila nak mula rumah bersama, kata mendirikan masjid adanya, indah mula tengah jemu jua, awal sahabat hujung bermusuh pula, ini resam Melayu kita, hajat sampai makbul permintaannya, malam pertama indah segalanya, malam kedua ada panasnya, malam seterus habis bakinya, dah lama-lama basi jadinya, itulah nak jadi cerita, akan hidup menderma sahaja, walau murah janji ada yurannya, ada yang yuran sekali sahaja, untuk digadai sampai tua, itupun kalau masih mesra, jadi kenangan rindu membara, hilang rindu hampas sahaja, janji hanya sesaat sahaja, hilang sesaat setahun lupanya, nasib diri membanting cinta, atas ikhlas tiang agama, harap budi tergadai jua, badan lunyai getah tiada, apa yang tinggal anaknya lima, kasih ada didepan sahaja, jauh didalam mengharap syurga, bidadari sebagai ganti yang ada, kenapa disana tiada bidadara, kerana wanita tiada harga, jangan kata sungguhnya kita, belum tahu apa yang ada, kita baca kitab yang mulia, menjanji syurga ganti amalnya, yang ada hanya bidadari sahaja, wanita disana duduk diam-diam sahaja, jangan banyak bicara katanya, wanita soleh tiada pilihan utama, asal masuk syurga disana, jadi isteri entah nombor berapa, takkan suami nak sayang kita, bidadari sana bergetah semua, umur muda belasan tahun adanya, bini yang ada kerepot semua, kerana mati umur dah tua, takkan muda semua jadinya, kalau mudapun dah tak dara jua, bidadari sana dara sentiasa, apa nak dikata Islam semua, jangan tak percaya akan ayatNya, takkan Tuhan berat sebelahnya, Dia adil lagi saksama, Dia mengetahui yang terbaik untuk manusia, hanya segolongan mendapat rahmatnya, makin seronok bila disana, penat beramal ada upahnya, seronoklah bapak kita dibuatnya, mak kita nak buat apa agaknya, tak pelah kita kan ada, kita jagalah mak kita disana, jadi anak untuk ibunya, bapak disana dah khayal nikmat syurga, kita tak kisah itu semua, apa yang penting selagi didunia, selagi itulah cari kebenarannya, benarkah apa dikata kitabnya, carilah hikmah akan maksudnya, bukan mencari ayat salahnyam, semata-mata nak punah dendam yang ada, jangan kita lupa tujuannya, hidup kita berbakti kepadaNya, apa yang diber berterima kasihlah kita, walau tak sepadan bakti didunia, walau penat beramal pun jua, jadi hamba percuma segala, asal dapat masuk syurganya, itupun dah kira OKlah juga, dari didunia tertipu sahaja, oleh mereka yang pandai berbicara, ingat baik ada maksudnya, ada kawan nak tumpang sahaja, ada sedara nak makan percuma, ada anak nak habiskan harta, nasib baik ada imannya, bersabar diatas dugaan Tuhannya, mudaha-mudahan dapat syurganya, hilang penat diriba manja, bidadari syurga harum tubuhnya, eeeh... seronoknya, geli teman dibuatnya, untung siapa dapat masuk syurga, itulah hadiah yang terbaik untuk umatnya, yang sabar mengharung hidupnya, yang yakin akan balasan Tuhannya, alhamdulillah kata kita, nasib baik aku lelaki katanya, kalau perempuan rugi amatnya, tapi lesbian tak taulah pula, mungkin dapat macam kita lelaki yang ada, bertuah juga nasib mereka, inilah kata sembang merata, melalaui masa terbuang sahaja, ada akal diperam sahaja, nak guna apa bodoh yang ada, ilmu tinggi segunung adanya, tapi akal sejengkal sahaja, kalau diukur akannya kita, tak banyak beza berok yang ada, hanya kita alim darinya, kerana manusia pandai membaca, ingatlah kala manusia bermula dari syurga turun kedunia, begitu juga kiasnya kita dari bawah turun ke syurga, sudah bawah ada bawah lagi rupanya, bukan bawah sebarang bawahnya, itu tempat gudang nikmatnya, selagi bawah tetap bawahnya, selagi itulah kena tunduk jua, walau diatas sama jua, atas apa bawah tiada, yang sedia ada tak paham jua, itulah bebal atas duduknya, yang bawah pak turut akan lenggoknya, terlebih lenggok putus urat pula, selagi sayang masih terasa, selagi itulah tak lupa akannya, walau dah lama jalan hidupnya, harap tua tak pandai jua, kitab dibaca mengisi masa, amal dibuat kerana dah tua, masa nak mati terasa nak tiba, yang mengaji ambil kata sahaja, buka dirasa akan intinya, inti apa hendaknya kita, hanya sedap melayan sahaja, layan apa khayal hendaknya, khayal membawa mimpi indahnya, mimpi yang ada seronok belaka, kerana jahil akan segalanya, begitu resam hidup didunia, apa yang berlaku terima sahaja, jangan difikir belakang ceritanya, tiada guna ditatap manusia, kerana manusia hamba sahaja, tiada boleh banyak tanya-tanya, nanti melawan pula, kata mengikut syaitan yang ada, jadi kafir akan agama, ke neraka jua tempat akhirnya, itulah kita kena akur jua, jangan melawan tiada menangnya, mencari kebenaran tiada didunia, hanya semu menutup akalnya, hati yang ada tak baik juga, baik kerana kudrat dah tiada, berhujah pandai mengusik jiwa, yang bodoh dengar angguk-angguk sahaja, tak paham pun ia juga, taku malu bodohnya pula, takut jahil kata orang pula, mengaji agama tak semudah yang ada, ia pengorbanan tiada tara, bukan boleh diandaikan sahaja, tiada boleh disyarat sahaja, mesti ada pembela kata, wajib ada hikmah didada, mengukum orang mudah sahaja, atas kuasa kerusi dunia, atas tugas memimpin adanya, atas kelebihan yang sedia ada, atas kepercayaan orang pada kita, atas pengajian agamanya kita, atas alim ilmunya kita, mengampun orang amat beratnya, kerana diri tak seimbang jua, hati hanya zulmat yang ada, gelap dalam bicaranya kita, kata hanya laluan sahaja, suara yang ada kalamnya jua, takkan sampai kita manusia, mengakaji hukum andaian dunia, segala yang indah tersorok adanya, sebagai hikmah yang bijaksana, yang bijak hanya segelintir sahaja, yang pandai beribu-ribu adanya, takkan menang lawannya kita, kerana yang bijak mengalah sahaja, kerana jiwa tiada selera, atas hujah mainan manusia, yang pandai hanya ilmu kertasnya, dihafal sentiasa jadi senjata, jika ditanya hikmah akannya, nescaya melawan dengan pandainya, bukan diam mendengar kata, dalam diam mengkaji pula, bersabar menanti ilhamkan tiba, ditimbang dengan rasa yang mulia, baru jadi wali sempurna, mendapat jawab dengan ikhlasnya, dari petunjuk Tuhannya kita, bukan rasa hati manusia, ikut akal pelajaran didunia, bukan solat hajat jalannya, memohon kebenaran secara ghaibnya, tapi mengikut buku dunia, mengikut apa ditulis manusia, sepatutnya kita memohon cahayaNya, meminta petunjuk dari Tuhan kita, bukan menuduh begitu sahaja, bukan mengikut hati membara, shariat ganti dendam manusia, atas hukum mengina pula, bukan kasih Ar-rahman dipuja, tapi dengki jadi alasannya, tak siapa dapat melihat hatinya, walau sebusuk bangkai yang ada, hati itu tiada warnanya, tiada bau tak nampak celanya, hanya merasa kesan dendamnya, atas kalimah bermukah imannya, terasa hebat fikir dirinya, Tuhan melihat segala-galanya, jangan kita bongkaklah pula, akhir kita belum tentu jua, mati nanti tahu sendirinya, kebenaran tetap adil hukumnya, tiada kira siapa kiata, jika hati masih hitamnya, walau berserban tetap jahil jua, ingatlah kalau mencari harta, harta ilmu tiada musanahnya, bukan ilmu sebarang pula, ilmu membawa jalan kepadaNya, bukan ilmu shariat sahaja, itu kulit tiada isinya, memahaminya sebagai manusia, tiada terbuka akan rahsianya, kerana manusia nafsu sahaja, walau baik atau jahatnya, tak kira tebal shariat dirinya, jangan ingat tentunya syurga, Tuhan tahu siapa benarnya, atas hikmah atau ilmunya, jangan kata seloka mengada, kerana terasa dikutuk adanya, bukan Melayu empunya cara, menghina kita sesama yang ada, kita membela nasibnya bangsa, agar selamat anak cucu yang ada, atas kasih sayang yang ada, jangan dirosak jiwa yang ada, semata-mata menegak benarnya, semata-mata kata atas agama, tapi hati busuk yang ada, ramai yang baca katam qurannya, ramai yang hafiz akan ayatnya, tapi tak ramai yang dapat guna akannya, sebagaimana pesan didalamnya, berpesan-pesan dengan kebenarannya, tapi ramai enggan terima, kerana tak sebulu katanya pula, kita haluan tak sama jua, ikut apa pelajaran didunia, segalanya tiada untuk kesana, hanya sedikit dapat hikmahnya, mengenal akan kata yang mulia, membawa berkat mengormati manusia, bukan menghukum sesedap rasa, walau dibalut hukum sharatnya, walaupun ia nyata salahnya, mengampunkan nya lebih berharga, tiada besar dosa didunia, kerana manusia perlu tunjuknya, kerana keras akan jalannya, nescaya musibah datang melanda, kata manusia tipu belaka, kerana asas nafsunya jua, baik atau jahatnya sama, kerana diri nafsu belaka, kalau manusia lainlah pula, penuh kasih sesama manusia, salah sedikit maafkan saja, beri peluang berfikir akannya, mudah-mudahan dapatlah dia, penghujung jalan jadi arifnya, membekal jasa pada yang muda, menunjuk jalan sebenarnya kita, bukan olahan hati durjana, bertopeng agama menuduh semua, hanya dia baik seorangnya, yang jahat dihina tanpa kira nya, bukan kasihan menbantu adanya, direjam kejam hancur jiwanya, hingga diri sesat jadinya, kerana contoh kejam yang ada, bukan prihatin masaalah yang ada, tapi hati dendam yang ada, jahat hati tiada dirasa, jahat mata nampak sahaja, kalau sendiri terkena jadinya, baru tahu tinggi rendahnya, selagi manusia namanya kita, jangan mudah menuduh sesiapa, kalau hukum timbang seadilnya, bukan semesti mengikut kitabnya, alangkan nabi mengampun umatnya, inikan kita orang biasa, jangan terasa cepat sombongnya, kerana yang lain tak pandai membaca, kerana yang lain jahil adanya, itu semua ujian untuk kita, sejauh mana pandai membawa, hidup yang ada sekejap sahaja, pejam dan kelip dah tiba matinya, ingat siapa diatas dunia, selagi berhutang kita adanya, pada manusia yang dizalimi kita, nescaya terbenam akannya kita, tiada restu untuk ke syurga, sehebat mana kita manusia, dengan Tuhan tak susah adanya sesama manusia lebih peritnya, selagi ada hutangnya kita, selagi itu jadi penghalangnya, selagi itu tak kemana kita, menjadi hantu dipermukaan dunia, ingatlah semua yang sudi membaca, bukan menuduh tak baik pula, sekadar renungan untuknya kita, lebih baik sekarang sedarnya kita, dari hanyut selama-lamanya, dunia penuh helah sentiasa, membawa kekancah kafirnya kita, lebih bahaya dalam alim kita, kerana iblispun hebat perinya, biar kafir islam matinya, dari islam kafir matinya, selagi hati mau sedarnya, selagi akal mau fikirnya, nescaya sampai tujuan kita, nescaya dapat cahaya akannya, kembali sempurna matinya kita, bukan tersangkut separuh jalannya, kerana bebal tak nak percaya, bahawa dosa hati bahaya, tiada nampak akan rupanya, kata manis bermacam ertinya, tiada yang tahu mana racunnya, tiada terbeza intan dan kaca, tiada terbau aroma neraka, tiada terasa durjana membara, hanya kulit jadi tutupnya, topeng kulit manusia dunia, dihati haloba akan menangnya, tiada kira siapa didepannya, asal puas hati didalamnya, asal jangan jatuh airmukanya, itulah manusia tiada sedar jua, ingat hidup main-main saja, alasan dibalut agama yang ada, kerana mudah bicara akannya, supaya yang jahil tunduk belaka, kerana yang jahil tak pandai membaca, yang pandai berlagaklah pula menjadi hakim hidup manusia, bukan pedoman akan Tuhannya, membantu manusia dengan kasihnya, tapi hukum seketat bolehnya, agar tak nampak hina akalnya, itulah lumrah yang sedia ada, yang benar alim kata bodohnya, kerana tiada ijazah padanya, bukankah hikmah milik Tuhan kita, hanya diberi ikut sukaNya, bukan kita penentu akannya, bukan kita memilih siapa yang benarnya, hanya Dia tahu segala-galanya, kita hanya gantinya sahaja, menjalan tugas atas namaNya, bukan atas hatinya kita, suka menghukum yang bodoh sahaja, yang bijak ditikam dari belakangnya, takut melawan bocorlah rahsia, inilah syaitan berupa manusia, didalam jubah sembunyinya ia, tak nampak kita akan dimananya, kerana yang ada hebat belaka, menunjuk jalan atas andainya, bukan hikmah tajuk utama, tapi hafalan sebanyak yang ada, semakin banyak buku dibaca, semakin banyak bodeknya pula, semakin pandai catur kelilingnya, semakin besar gajinya pula, bukan bertugas seikhlas adanya, tapi mencari kaya atas dunia, bukan kerja kelakuan dunia, tapi kerja tugas Tuhannya, itulah maksud seloka kita, bukan peri dunia halnya, tapi jalan kembali asalnya, kelak mati senyumlah kita, kerana semasa hayat didunia, kita belajar akan ilmunya, diguna hanya sampai jalannya, kepada yang lain membantu selaratnya, bukan upah diatas jasanya, tapi mudah hidup akhirnya, bila tamat perjalanannya, harap dapat kehadrat Tuhannya, bukan syurga pilih hatinya, tapi berserah akan takdirnya, semasa hidup bertamu kita, atas dunia memilih rasa, rasa benar selamatlah kita, salah rasa binasa jiwa, selagi kita hidup bernyawa, selagi itu kita diujinya, ingat jangan leka dan alpa, semoga rahmat diakhir masa, bila hujung sampai akannya, baru tahu siapa benarnya, harap yang sudi membaca akannya, mendapat sedar dalam seloka, bukan mengajar sesiapa yang ada, sekadar bercerita cara Melayunya, harap tiada kecil hatinya, besar sangatpun tak de guna, hanya isi udara yang ada, silap-silap meletup pula, jangan jadi siboncai tua, kulit keras tiada berguna, kalau melentur biar dari muda, bila dah keras patahlah pula, begitu adat ilmu adanya, mesti ada sikap terbuka, bukan kita hendak brainwashnya, tapi buka ruang otaknya, kebenaran tetap tiada pudarnya, yang palsu akan hancur akhirnya, memang itu jalan akannya, kalau tidak sesat selamanya, bukan akal merosak jiwa, tapi dengki dihati yang ada, bukan nasihat yang utama, tapi petunjuk yang memberi makna, jika kita tiada akalnya, semua diambil telan sahaja, benar hanya sekali memandangnya, bagaimana kita nampak salahnya,semua yang ada ikut sahaja, otak hanya iakan sahaja, hati tetap bingung jua, kerana hati tiada puasnya, nak dilawan takut tak cukup hujahnya, maklumlah kita orang kampung saja, sekolah tak tinggi sijil tiada, kalau tinggi bangunan sekolahnya, bukan diri akibat pengajiannya, semasa muda mengaji adanya, tapi tiada nampak gunanya ia, kaji apa saudara yang ada, akan ilmu yang baru umurnya, atau sejarah yang lama buktinya, kukuh sebagai tanda ilmunya, walaupun ia tak sama bentuknya, namun terserlah umbi asalnya, begitu juga Melayunya kita, bukan baru diatas dunia, ilmunya hebat tersebar merata, sepelusuk dunia ada tandanya, mengapa yang ada tak nampak akannya, betapa hebat Melayu adanya, jangan tak mengaku akan benarnya, jangan kata Melayu layu sahaja, tapi yang ada tak gemar pula, kerana hidup dijajah dah lama, kena brainwash sebegitu lama, sampai hilang identitinya pula, Melayu hanya tinggal orangnya, ibarat buah kulit sahaja, isi bertukar busuk baunya, inilah yang jadi dilema yang ada, Melayu hilang identiti katanya, kena cari sebab akannya, mencari bukti erti Melayunya, tapi digaul dengan keju dan tamarnya, tak tau resepi apa namanya, tapi agak-agak ini Melayu kot katanya, bukan teka wahai yang ada, bukti ada didepan mata, tapi Melayu tak nak terima, takut tergelincir iman yang ada, Perak Man bukti 20,000 tahunnya, tapi tak siapa hormat akannya, itu moyang kita yang ada, lebih tua dibanding Adamnya, ikut kitab 6,000 tahun sahaja, Perak Man jauh tua darinya, bukankah itu bukti yang nyata, Melayu dah lama maju adanya, lebih lama dari Adamnya, tapi ulamak tak setuju pula, ikut kitab lawannya fakta, tiada boleh angkuhnya kita, jika terbukti harus terima, berapa kerat Melayu yang ada, melawat Perak Man moyangnya kita, tak terasa jiwa kaitannya kita, ada persamaan Perak Man yang ada, tapi hati tak mahu jua, hendakkan budaya ISLAMIC CULTURE bunyinya, kerana Melayu terasa arabnya, terasa hebat walau tiada kaitnya, inilah Melayu lupa asalnya, dituba akan penjajah yang ada, mengapa nak promote bukan budaya kita, kenapa nak dijaja bukan barang kita, tapi suruh beli MADE IN MALAYSIA, tapi barang semua cap ARAB pula, Melayu hanya yang murah sahaja, kerana budaya kita sakai asalnya, budaya kita tiada Tuhannya, kalau ada berhala sahaja, semua Melayu salah sahaja, apa yang dibuat tak kena semua, bila mengaji kitab Melayunya, semua nampak sesat ajarannya, yang mengaji pula bodoh amatnya, guru yang ada tak paham isinya, pihak berkuasa nak hentam sahaja, inilah domba dilema kita, kiri kanan bodoh belaka, tiada satu tinggi akalnya, masing-masing mengikut rasanya, bukan duduk kaji bersama, cari akan maksud tersiratnya, tilik setiap ayat dalamnya, baru berkat dapat maksudnya, wahai saudara pikirlah pula, setiap yang ada bersabit sebabnya, bukan ujud begitu sahaja, mesti ada erti sebenarnya, jika kita ingin belajar akannya, mencari hikmah mengenal puncanya, mencari identiti dirinya kita, buka kan minda seluas-luasnya, baru kita ada majunya, kalau ikut hukum yang ada, sampai kiamat tetap mundurnya, yang maju hanya ilmu fikirnya, akalnya tetap sebesar kuman sahaja, kita harus tahu membeza, yang mana akal yang mana fikirnya, fikir hanya menjana ilmu akannya, akal pula menerbitkan budi akannya, jauh beza akal dan fikir adanya, akal hanya ada pada kita, bila tinggi hemah budinya, tapi tak siapa paham akannya, kerana tiada yang tahu akan rahsianya, tak tahu nak beza intan dan kaca, hanya fikir membentuk ilmunya, inilah akal jauh bezanya, tiada manusia memiliki akannya, keran manusia jauh evolusinya, masih tahap binatang yang berkata, belum binatang yang berakal adanya, inilah kebenaran dirinya kita, maju atas fikir yang ada, alim atas nafsu sahaja, tiada tembus akan akalnya, inilah RUH QUDUS adanya, melihat sekelian isi alam yang ada, tiada tersorok dari penglihatannya, barulah nampak akan isisnya, nampak akan hakikat yang ada, bukan kulit didepan mata, bukan rupa manusia yang ada, tapi sifat diri sebenarnya, samaada baik atau jahatnya, samaada suci atau syaitan dalamnya, baru nampak bezanya kita, baru tahu Melayu hebatnya, hanya Melayu faham ertinya, akan segala hikmat Tuhannya, bukan sekadar ALLAH SAHAJA YANG TAHU MAKSUDNYA, tapi Melayu dapat cungkil rahsiaNya, inlah hebat Melayu adanya, tapi sayang ramai tak suka, ada yang malu mengaku Melayu dirinya, jadilah orang putih atau arab pilihannya, Melayu hilang entah kemana, Melayu ghaib tiada kesannya, inilah kita malu amatnya, malu mengaku Melayu asalnya, memandang rendah keturunan dirinya, sedangkan Melayu pencetus budaya dunia, pembina tamadun seawal-awalnya, mendidik manusia yang selepasnya, mengajar manusia erti Tuhannya, tapi ramai kata kita dusta, walau bukti menggunung depan mata, tetap buta akan hakikatnya, tetap tak nak terima jua, keran takut identiti Melayunya hilang, walau hakikat arabnya jua, bukan Islam dari Tuhannya, tapi Islam dari orang Arabnya, sampai bila kita nak maju adanya, selagi kita tak memiliki haknya kita, hak yang asal Melayu budayanya, bukan seperti faham manusia, tapi erti MELAYU SEBENARNYA, iaitu MELAYU ITU ALAM, DUNIA PEMIKIRAN KETUHANAN, BUDAYA YANG MEMERINTAH adanya.



13. SELOKA MELAYU

SEROJA ALIF

Ini seloka hiasan rasa, membawa akal kepada hujungnya, akalrasa cantuman namanya, bernama seroja seri alifnya, menjadi seloka tajuk akannya, sebagai permata untuk manusia, yang berakal dan bijak sahaja, bukan semua golongan manusia, kerana tak mungkin diterimanya, kerana hidup dah selesa, kerana diri dah amat tua, kalau mengaji bengak sahaja, kalau mengkaji tidurlah dia, tiada munafaat akannya kita, menerangkan maksud pada manusia, kerana ramai dah mati jiwanya, apa lagi akal yang ada, dah dituba pelbagai ilmunya, menjadi batu akan pendiriannya, tak guna bicara dengan mereka, kerana dah pandai segala-galanya, kerana itu kita berseloka, mengajak yang sudi membaca akannya, supaya akal yang ada padanya, jadi pendanda akan fikirnya, memberi tertib pada dirinya, dapat merasa akan katanya, dapat sedap akan sarinya, dapat lengkap akan maksudnya, dapat paham gerak gerinya, kerana rasa menanam imannya, akan bukti sendiri jadinya, kerana jika kita tak fasihnya, nescaya gagal akan alamnya, kerana fikir banyak cabangnya, kerana fikir seribu bayangnya, disitu tempat was-was yang ada, yakin atas logik sahaja, bukan iman disebut walinya, atas kitab merentas dunia, dari barat hingga timurnya, cerita akan rasanya jua, menjadi seloka Melayulah pula, kerana gaya bahasa yang ada, lebih senang jadi kiasnya, kerana Melayu memang hebatnya, segala rupa boleh diserapnya, kerana Melayu terangnya bermata, hidupnya pula ada berasa, bukan manusia buta segala, apa yang ada nafsu sahaja, inilah jadi seloka kita, seroja alif diberi namanya, sebagi gaya menampak rasa, sebagai bentuk rasa manusia, jadi ayat soroknya rasa, agar menjadi tanda yang nyata, sebagai Melayu kersa berasa, bukan fikiran yakinnya tiada, jadi manusia tak susah mana, lengkap sifat waras otaknya, cukup masa matilah pula, tiada kenangan jadi cerita, bila lama dilupa manusia, cerita dia tak segah mana, cuma manusia yang Melayu dirinya, sampai berzaman dikenang jasanya, kerana pepatah Melayu yang ada, selagi hidup biar berguna, sudah mati atas nya jasa, jika kita hendak bernama, biar bernama diatas Melayunya, bukan nama manusia yang ada, kerana jiwa nafsu bentuknya, bukan rasa akan sucinya, kerana suci itu raginya, menjadi benih tempatnya rasa, rasa yang membawa akan hadirNya, diatas manusia bertahtalah ia, didalam hati duduk bersila, jika tahu akan rahsianya, dapatlah jadi manusia sempurna, kerana seroja alif rasanya, kerana seroja dangdut bunyinya, kerana seroja bunga Melayunya, bukan ciptaan sesiapa yang ada, ia lambang Melayu rasanya, jika resmi akan dirinya, menjadi Melayu akan sirnya, nescaya paham akan ceritanya, mengenal seroja jadi rasanya, serupa bau takluknya bunga, begitu akan ruh bangsanya, menjadi Melayu bukan mudahnya, kerana Melayu nama sahaja, dimana pati nak jadinya ia, hanya pada rahsia dirinya, kerana rahsia sir alamnya, akan alam pemikiran Tuhannya, kita Melayu jadi rasanya, sir itu akan baunya, manusia jadi bentuk yang ada, baru seroja menjadi nyata, jadi alif sempurna insannya, jika paham erti seloka, membawa kita kearah Tuhannya, jika mahu ikut rentaknya, carilah rasa didalam cita, cita membawa saat bahagia, bila dapat paham rasanya, kerana itu tinggi makamnya, tiada yang jadi tanpa rasanya, jika dibelek akannya kita, seluruh kitab menanya siapa, akan manusia dan tuhannya, dalam agama sebagai perumpamaannya, tapi akal hendaklah serta, bukan akal mukanya dunia, tapi akal isinya rasa, merasa akan kehendak Tuhannya, dalam cerita penuh contohnya, mengenal hamba dengan tuannya, mengenal jalan lurus yang ada, hanya rasa yang tahu rahsianya, jika dibaca seloka yang ada, semua membawa bingkisan rasa, kerana ilmu tiada lengkapnya, tanpa rasa sebagai ukurnya, kerana akal fikir manusia, tiada dapat menembus ia, kerana akal fikiran manusia, tiada nampak esa Tuhannya, hanya dimana tunjuk nafsunya, hanya disitu henti fikirnya, jika hendak paksanya ia, nescaya gila isim jadinya, maka tuan serta doanya, doa didalam serban kupiahnya, bukan doa dalam hatinya, hanya dosa penuh hidupnya, hidup hanya berpura-pura, atas Islam jadi tunggangnya, beribadat cara sama fikirnya, hanya buntu tak menjadi apa, dimana kesan doa dibaca, pada Tuhan angkat tangannya, sedangkan rasa terbiar sahaja, kerana mainan arab akalnya, tapi Melayu pencipta rasa, guna rasa mendapat hikmahnya, bukan fikir utama adanya, kerana fikir pendek ukurnya, hanya logika jadi ukurnya, sedangkan Tuhan tiada dimata, tiada berupa serupa makhluknya, kenapa tak cuba resepi kita, mengenal Tuhan dengan rasanya, jika ikut hukum dunia, cukup hanya dengan tahunya, selagi itu diguna kita, takkan dapat dekat denganNya, sedangkan banyak contoh yang ada, Dia ada bersama kita, tapi kenapa tak dapat jua, kerana akal tak nampak jua, kerana nafsu jadi galasnya, kerana itu tiada dapat kita, kerana rasa tiada diguna, jadilah manusia bijak akalnya, bukan sekadar fikir sahaja, ia bersama rasa dalamnya, baru sempurna akan tahunya, sekadar pikir takkan kemana, kalau beriman akhir kafirnya, kerana fikir tak memberi buktinya, hanya rasa dapat menembusinya, jika kita dapat bezanya, akan akal manusia biasa, dengan akal mempunyai rasa, amat terbeza akan mutunya, kerana akal yang kedua, sentiasa dalam akan duduknya, hanya yang rasa tahu sedapnya, hanya yang rasa tahu pahitnya, kerana itu Melayu dah tahunya, selagi fikir tak membawa kemana, kerana itu kita berusaha, diatas rasa menyemai yakinnya, mencari Tuhan tiada berjumpa, guna akal untuk bekerja, bukan guna alat imannya, kerana belum nampak cahayanya, hanya rasa jadi penghulunya, kerana rasa jauh pahamnya, bukan rasa atas nafsunya, itu rasa membawa neraka, bukan membawa erti imannya, memberi benar akan aminnnya, itu hanya gurauan dunia, atas fikir pendek kuasanya, atas fikir yang curang dirinya, tiada yakin barang ghaibnya, itulah kita sebagai manusia, jangan berhenti atas fikirnya, teruskan dalam akan rasanya, gunakan rasa penimbal ilmunya, baru terang maksud siratnya, kerana ayat itu bermakna, selagi dihati bukan dikepala, itulah alamat kalam yang tiba, sebagai amar akan Tuhannya, cuba fikir sedalam-dalamnya, yakin apa padanya kita, atas percaya orang yang kata, atas kitab beribu tahun lamanya, jika kita tiada ujinya, tiada tahu salah benarnya, tiada tahu ia tidaknya, kerana itu wajiblah kita, bukti kebenaran akan ayatnya, bukan pada percaya kata, diri sendiri tempat buktinya, diri sendiri jadi saksinya, bukan atas bicara manusia, yang pandai membaca sahaja, tiada tahu maksud Tuhannya, hanya sekadar andaian dibuatnya, atas fikir pendek akalnya, bukan tekun dalam rasanya, mencari bukti atas dirinya, kalau betul Tuhan itu ada, buktikan pada dirimu jua, bukan atas lintas firkirnya, bukan atas bacaan kitabnya, itu semua tidak bermakna, selagi tak dapat bukti yang nyata, selagi itu Tuhan dongeng sahaja, cuba lihat sekeliling kita, pada kita ada suluhnya, pada kita ada ertinya, Tuhan itu hanya bermakna, pada diri sendiri jua, bukan dapat bukti dikongsinya, ia hanya untuk dirinya, siapa yang tiada dapat kerjakannya, mencari bukti atas diri sendirinya, maka tiada mungkin mendapat ia, akan kebenaran ada Tuhannya, hanya fikir akan kejadiannya, sampai mati tak nampak apa, jika benar itu katanya, manusialah kejadian terbaiknya, kenapa tak kaji diri yang ada, kenapa tak kenal hakikat dirinya, disitu banyak tanda Tuhannya, takkan pada unta jelas Tuhannya, takkan bulu mata unta macam mata Tuhannya, kenapa manusia begitu bodohnya, mengkaji Tuhan diserendah kejadiannya, bukankah manusia itu terbaik yang ada, disitu jika dilihat seribu rahsia, hanya menunggu siapa yang arifnya, mengenal diri sedalam-dalamnya, inilah hakikat akannya manusia, menjadi cermin akan Tuhannya, segalanya ada pada kita jua, tiada makhluk lain selengkap kita, kita jualah tempat nyatanya Tuhan kita, akan segala kuasanya, ada pada kita jua, cuba renung kata yang ada, pada seloka diguris kita, mengenal Tuhan wajib adanya, kerana manusia ciptaan Dia, selagi hidup kita bernyawa, selagi dapat akal bicara, carilah ilmu mengenal akannya, bukan melalui kitab yang ada, itu sudah berkurun adanya, tapi lebih kepada dalilnya, bukan sifat 20 sahaja, itu cerita budak adanya, takkan cukup sebagai contohnya, hanya cerita orang yang tua, tak tahu dimana bukti akannya, cuba lihat cermin dirinya, disana lengkap akan dalilnya, Tuhan kita sentiasa ada, Cuma fikir tak nampak akannya, kerana hati hanya berdusta, menyembah Tuhan tak tahu dimana, selagi fikir jadi contohnya, hanya mahu rengkasan sahaja, tiada usaha mencari sungguhnya, kerana fikir tak ada daya, kerana itu ramai bodohnya, jadi pak angguk akan kuliahnya, bukan mencuba dalamkan rasanya, merasai akan kehadiran Tuhannya, merasa akan kebesaranNya, pada kita jua tempatnya, jika ditanya yang dah hafal kitabnya, kitab yang ada jahil sahaja, sekadar cakap mulut berkata, sekadar tulis berulang kalinya, sekadar cantik warna tulisannya, apa yang ada hanya cerita, bukan bukti dalil yang nyata, menyatakan Tuhan itu ada pada kita, tapi ramai marahlah pula, kerana otak bengak sahaja, ada mata tapi buta, ada hati dah lama matinya, kerana fikir jadi tuannya, kerana fikir nafsu kuasanya, bukan rasa dalam akalnya, menjana iman yakin akan Tuhannya, manusia hanya percaya sahaja, tiada yakin akan dirinya, bukan mencari Tuhan adanya,tapi mengumpal pahala sebanyaknya, bila mati boleh kesyurga, dapt bidadari sebagai ganjarannya, itulah tongong manusia semua, ingat apa Tuhannya kita, jadi bapak ayam memuaskan nafsu kita, Dia Tuhan sekelian alam yang ada, manusia hanya ciptaan sahaja, disuruh belajar kenal diriNya, bukan mengikut nafsu durjana, bukan mengikut fikir yang sesat adanya, selagi tiada akal pada kita, nescaya hilang panduan kita, dimana ada Tuhan kita, hanya sekadar percaya sahaja, ibadat sekadar kewajipan sahaja, bukan atas cinta Tuhannya, jika tak buat takut masuk neraka, bukan takut marah Tuhannya, itulah manusia fikir pendeknya, dah lah sombong bonkaklah pula, terasa ijazah penentu imannya, terasa kuliah diberi tentu syurganya, sekadar pesan disampaikannya, atas dasar fikir yang ada, hanya dusta dia semata-mata, berpura-pura diatas lidahnya, kerana cakap hanya percaya, tiada yakin ujud Tuhannya, jika dia benar berkata, dah tentu dia usahakannya, mencari bukti Tuhan yang ada, sebagai manusia pilihan akanNya, mendapat rahmat akan ilmunya, kerana mencari dimana Tuhannya, bukan seperti ayat tertera, hanya tulisan tiada makna, takkan tahu olehnya kita, sekadar tahu Tuhan atas cerita, sekadar tahu Tuhan atas kitab sahaja, dimana kita hendak tahunya, itu menjana percaya sahaja, bukan sebagai bukti dirinya, saksi akan ujud Tuhannya, kerana itu sekelian yang ada, awal agama mengenal Dia, jika tidak sesatlah kita, kerana percaya atas orang kata, bukan diri mencari buktinya, ujud Tuhan terang padanya, baru kita cinta padaNya, kalau tak kenal maka tak cinta, bukan hanya percaya sahaja, percaya itu lemah bunyinya, seolah-olah tak penting adanya, bukan kenal dan cinta Tuhannya, kerana itu kenallah Dia, pada dirimu terang dan nyata, tanda kuasa meliputi diri kita, anugerah akan kehadiran diriNya, jangan jadi ruginya kita, selagi hayat masih ada, kenallah diri serata-rata, kerana ia kamus Tuhannya, disana tersembunyi rahsia dirinya, tapi ramai tidak percaya, mencari Tuhan seluruh alamnya, seperti Ibrahim mencari Tuhannya, akhirnya berjumpa akannya dia, pada dirinya tamat pencariannya, jadikan ini cerita berguna, jangan kata sesat adanya, cuba pakai akal yang ada, mana contoh terbaik yang ada, bukan dikajji akan zatNya, tapi sifat yang ada pada kita, hidup kita memakai hayatnya, mendengar kita memakai pendengarannya, melihat kita memakai penglihatannya, berkata kita memakai kalamnya, nah itu semua bukti pada kita, bahawa tiada sesempurna contoh kitalah jua, kenapa manusia masih butanya, otak hanya fikir sahaja, tiada rasa menyelami rahsianya, akan kehadiran Tuhan kita, pada kita adanya Dia, terang menjadi dalilnya, kenapa manusia harus jauh kesana, pada fikir melamun entah kemana, dalam ibadat berangan jua, tiada henti fikir seketika, hanyut mengikut lamunan nafsunya, sedangkan ia tiada gunanya, itulah manusia hanyut sahaja, setiap saat rugi semata, kerana fikir membawa kita, jauh dari pesada Tuhannya, mencari bukti didepan mata, mengenali Tuhan seberang sana, tiada ada untung akannya, hanya lemah badan sahaja, akhirnya tua mati jua, dimana Tuhan cerita sahaja, bila ditanya siapakah Tuhan kita, hanya kenal diatas nama, nama banyak tak tahu tuannya, kerana hanya kenal namaNya, itu Allah bahasa arabnya, ertinya Tuhan pada bahasa kita, kenapa kita tak ada otak ke, ingat Allah itu nama jampinya, mengenal nama tiada gunanya, kerana Allah itu bahasa arab sahaja, bukan erti keramatlah pula, jika tiada tahu kenal diriNya, kita hanya bodoh belaka, cuba pakai akal yang ada, bukan fikir yang sempit adanya, cuba buka minda seluruhnya, cuba tanya pada diri klita, cukupkah kenal Tuhan atas namanya, tiada terasa akan ujudnya, tiada siapa yang fikir begitunya, kerana hidup dah tak lama jua, tak lama lagi mati kita, hidup didunia sia-sia sahaja, kalau dikatakan dalam ayatnya, manusia kena berbakti padanya, cukupkah kenal nama sahaja, tiada usaha mengenal Dia, sedekat yang boleh atas usaha kita, diberi akalpun tiada guna, baik jadi binatang sahaja, kerana hidup nak senang sahaja, dapat tidur cukup makannya, itulah manusia dalam ayatnya, hanya binatang yang melata pandai berkata-kata sahaja, jika terasa diri bukan binatang pula, cubalah usaha carikan Dia, jumpakan Dia dalam diri kita, bukti yang terang lagi nyata, sebagai dalil akan Tuhan kita, ramai yang arif bicara tentangnya, tapi tak jug berubah akan sifatnya, kerana akal beku adanya, hanya fikiran jandi tuan rumahnya, diganding nafsu sebagai bininya, alamat tak sampai tujuan kita, selagi manusia tak mahu terima, akan kata yang menyingung ini adanya, alamat kita dah sasau jadinya, tiada tahu hidup dunia, hanya serupa binatang sahaja, sekadar menjalankan perintah darinya, itu semua ikut-ikut aje, bukan benar dari hatinya, menyembah Tuhan tiada ada, hanya tipu hati berkata, aku menyembah Dia, tapi hati tak nampak jua, akan Tuhan ada padanya, kerana dibelengu nafsu yang ada, jahil di akan Tuhannya, jangan kata kita berdusta, jangan mati kata kita tak cerita pula, jika bijak ambillah pahamnya, semoga yang ada dapat faedahnya, bukan cerita membawa fitnahnya, kerana mungkin ramai yang jahilnya, tak tahu Tuhan ada bersama kita, dalam ayatnya terang dan nyata, sebagai contoh Dia dekat dengan kita, kenapa kata kata kita dusta, kenapa ingat kita nak sesat orang pul, kita bersandar akan ayatNya, bukan ayat rekaan kita, bukan ayat hawa nafsunya, bukan dongeng penglipur lara, bukan hiasan ayat seloka, kerana kita ikhlas adanya, mengenalkan Tuhan dekatnya pada kita, cuma ramai tak rasa hadirnya, kerana ingat dah kenal Tuhannya, sekadar fikir membaca banyaknya, ingat belajar sampai kenegeri Cina, semua nak buat apa, pada kita nyata dalilnya, menjadi iktibar yang beriman denganNya, itulah kita selagi manusia, takkan terima ayatnya kita, kerana manusia sifatnya hina, hendak menang akan pahamannya, tiada mahu berkongsi ruangnya, dengan kita hanya berseloka, kalau rasa tiada gunanya, jangan dibaca dari awalnya, kerana itu wajiblah kita pula, menerima hakikat ini adanya, moga dapat restu darinya, membuka ikatan yang tersimpul adanya, memberi paham guna akalnya, bukan fikir kust sahaja, tiada memberi hanya baghal sahaja, kalau kita nak pandai jua, kenalah ada sikap terbuka, ada otak kajikan ia, yang mana benar yang mana salahnya, takkan sampai tua nak ditunjuk jua, takkan dah tua nak diajar jua, ada otak tak mahu guna, hanya ikut rentak nafsunya, yang seronok itu ikutnya, yang mana susah ditinggalkannya, kerana takut sesat pula, sekarang sesat tak tahu jua, kerana hidup dah lama didunia, mati hanya perkara kedua, bukan takut mati datangnya, kerana nafsu dah pujuk dia, tak payah kenal Tuhan yang ada, ambil aku sebagai Tuhan katanya, kerana jalanku amat mudahnya, Tuhan itu susah dan ghaib adanya, takkan sampai pemikiran kita, itulah nafsu memujuk kita, jangan guna akal yang ada, simpan didalam peti sahaja, cukup fikir yang pendek nampaknya, cukup hidup yang dah aman adanya, kerana jika dalam perginya, nescaya nafsu hancur jadinya, mengenal kebenaran amat bahaya, kerana nafsu tiada upaya, berlawan dengan kebenaran yang ada, nafsu hanya bathil sahaja, sanggupkah manusia menerima, akan hakikat kata yang ada, selagi hidup diatas dunia, kenallah diri serata-rata, jika rasa perlu tahunya, buktikan pada diri sendiri jua, Tuhan ada bersama kita, tak jauh mana jua, tapi nafsu dengan fikirnya, takkan sampai walau berdua, kerana pintu pengenalan Dia, hanya untuk yang terpilih sahaja, ushakan jadi pilihan yang ada, bukan umat yang disesatkanNya, jangan risau taku sesat pula, mengata seloka tipu sahaja, kalau tak tahu jangan menduga, kalau tak paham jangan komen bodohnya, jika benar akan kehendaknya, tahulah bahawa kita adalah dalilNya, selagi itu wahai yang ada, jangan persiakan waktu muda kita, carilah sesuatu yang berharga adanya, sebagai bekalan perjalanan kita, bukan hanya amalan yang ada, itu sedikit akan hikmahnya, mencari Dia diatas yang lainnya, itu lebih bermakna adanya, cuba paham kata seloka, kerana seloka memberi cerita, agar yang membaca dapat pahamnya, kerana ini Melayu caranya, mengenal Tuhan bukan sekadar nama, kerana Melayu jiwa yang berakal, bukan nafsu jadi jenteranya , bukan fikir jadi pemandunya, tapi akal yang bijaksana, dan berani mencari kebenaran Tuhannya, bukan sekadar dengar cerita, dari mulut manusia yang ada, kerana manusia jahil sahaja, tiada kenal akan ketuhanannya, jadi kita Melayu yang ada, ini seloka amat bermakna, jangan dikenal hanya atas nama, kenallah bagaimana orangnya, begitu juga dengan Tuhan kita, carila Dia sehingga berjumpa, dimana dalilnya hanya ada pada kita, pada akal bukan fikirnya, seperti seroja alif selokanya, menjadi bukti atas dalilnya, maka tamatlah bicara kita, cara Melayu lama yang ada, jangan marah ditegur kita, kita hanya berkata sahaja, bukti hanya pada empunya jiwa.



14. SELOKA MELAYU

SALATUL MAKATUL

Ini seloka panduannya kita, mencari mula nyata alamnya, dari asal akan jadinya, mulacipta rupa nyatanya, inilah bidalan mencarek ilmunya, kalam dari ghaib yang ada, ibarat huruf titik sahaja, belum titik ghaib bulatnya, katakan mualim sahabat setia, mana tanda jadinya ia, tanda jadi bukannya kita, bukan rahsia nyata isinya, pada mana letak akan ibunya, adakah dapat diketahui kita, dapat diraih dek akal kita, datang ilmu kepadanya kita, dapat dipaham olehnya kita, andai nyata padanya mata, dapatkah dilihat olehnya kita, selagi hati belum kasyafnya, selagi tarikat baru lidahnya, selagi hendak masih nafsunya, hanya suaan andaian kita, belum benar akan nya ia, kerana tiada ada di dunia manusia, akan ilmu sebegini rupa, maka ini kata billah adanya, mencari bukti akannya ia, ada tersurat dilangit akbarnya, bersinar bagaikan tursina, namum belum dikalam sesiapa, itu sastra akan Tuhannya, tiada tertulis tiada bentuknya, namun pasti adanya ia, kerana tanpanya tiadalah cerita, namun ghaib ujudnya ia, inilah kitab yang terkarang sendirinya, menjadi kitab tiada hurufnya, bukan kitab tulisan manusia, kitab astabul hikayat tajjalinya, nyata hanya dipurnama kambula, halus bercahaya rupanya ia, menyinari akan rahsia diriNya, tiada nyata pada manusia, kerana manusia buta hakikat dirinya, kerana manusia pikir sahaja, tiada akal nuriman sadaka, belum jadi ia wahyunya, kerana wahyu hendakkan jibrailnya, sedangkan jibrail belum menerimanya, kerana akal tiada dayanya, kerana jibrail tiada memahaminya, kerana tiada yang ada mengajarnya, bukan jua bingkisan rasa, kerana rasa masih tiada, hanya cipta di hening sentiasa, mabuk dalam kekosongannya, bukan kata orang bicara, kerana bicara tiada suaranya, tiada papan akan kalamnya, bukan sajak nukilan cinta, bukan gurindam nyanyian nak dara, bukan wangi pandan harumnya, bukan iktisas akan katanya, bukan jua sangkaan jiwa, ini seloka membuka nusa, nusa bernama salatul adanya, salatul makatul itu jadinya, akan kalam empunya zatnya, sebagai sastra melayu selokanya, sebagai kajian sahabat yang ada, membicara raga dalam geraknya, menjadi rasa ini zatnya, jangan kita cepat akannya, memahami gerak atas ayatnya, kerana manusia bukan nya ada, hanya bentuk diatas rupanya, mengertilah wahai sahabat mulia, salatul makatul jadi seloka, asal menilik dirinya kita, asal mengaji usulnya kita, asal mencari jawab soalnya, asal mengaji hakikatnya kita, baru benar akan jalannya, menuju Tuhan ada adatnya, tiada sampai akannya kita, jika gerak belumlah ada, kerana tirai belum terbuka, kerana langit tujuhpun tiada, mana awal sahabat mulia, jika kita bawahpun tiada, bulat tiada memberi seginya, segi memberi lakaran buminya, bukan manusia mengenal dirinya, hanya akal akan tempatnya, menyata gerak itu sahaja, membawa kita kealam ilahiNya, kerana asal kita tiada, dimana sahaja hanyalah Dia, dengar sahabat seloka ini adanya, sebagai renungannya kita, agar tiada alpanya kita, mencari benih pokoknya tiada, bagaimana hendak asalnya kita, tiada ketahuan mula akannya, kerana Tuhan tiada isbatnya, hanya manusia bayang hadirnya, bukan kita mencari syurga, tapi rahmat akan laluannya, baru sempurna mengaji adanya, asalku tiada selama-lamanya, kalau kita asyik dunia, hanya rasa menimpa raga, kelak gerak tiada bermaya, kerana nafsu jadinya ia, inilah ajaran sahabat mulia, ikutnya resam paranya siddha, asal melayu bijaksananya, mengenalkan ilmun tiada tulisnya, pada hati jadi papan tandanya, bukan pikir yang hina alamnya, hanya nafsu jadi kuasanya, inilah ibarat sahabat yang ada, rasa Melayu tiada bolehnya, rasa Melayu hanya sakit yang ada, sedangkan kita dulu amat mulia, dianugerah Tuhan pelbagai saktinya, kini hilang tiada buktinya, kerana Melayu tiada percaya, akan ilmu miliknya kita, jauh hebat dari manusia yang ada, Melayu sudah lama diatas dunia, kita pencetus tamadun yang ada, dari awal wangsa pertama, memiliki ilmu terus dari Tuhannya, tiada melalui pikir yang ada, tapi hati yang tajam tiliknya, tembus akan tujuh petala, tiada belajar tahu serta-merta, inilah Melayu hebat caranya, mencari rahsia alam Tuhannya, kerana Melayu itu bukan orang adanya, bukan rupa dan bukan bangsanya, tapi alam dunia pemikiran ketuhanannya, budaya yang memerintah itulah dia, wassalama adama wassalama azama, asalnya kita mulanya tiada namun nyata pada Melayunya, inilah bukti wahai sahabat dengarkan ia, selagi kita masih Melayunya, pasti dapat kita akan segalanya, pusaka Melayu beribu hikmahnya, kaya dengan ilmu ketuhanannya, jika kita mahu menerimanya, jika kita akur akan Tuhannya kita, selagi nafsu bukan sarungnya kita, tapi cahaya tiada puncanya, tiada hujung tiada pangkalnya, suci diri suci hatinya, jauh dari khianat dunia, amatilah ini sselokanya kita, salatul makatul dikalam paduka, untuk Melayu yang ada didunia, mengajar akan rahsia Tuhannya, pada Melayu jadi kalam careknya, bukan jadi rebutan nafsu durjana, tapi akal yang sudah dewasanya, sudah mengenal akan hakikat dirinya, sudah tua akan umurnya, sudah letih dalam kelananya, sudah paham erti agamanya, sudah kenal akan Melayu sebenarnya, barulah terbuka hikmah akannya, barulah boleh mengaji akannya ia, kerana zat itu bukan ilmunya, hanya sifat bacaan manusia, zat itu tiadalah nyata diakalnya kita, kerana ghaib itu nyata pada akal kita, menjadi bayang pikir yang ada, ibarat gelap dimalam hari adanya, kerana matahari tiada cahayanya, hanya purnama tempat nyatanya, cahaya salbi adam aknawinya, purnama sembrana manikam akan jadinya, hiasan ilmu untuk nafsunya, bukan kebenaran yang ada ketentuannya, hakikat akan zat menjelma, menjadi mabuk sekelian manusia, tiada dapat menahan akan sumpahnya, kerana manusia tiada mahu akan Tuhannya, hanya hendak nafsu yang ada, itulah dikatakan manusia tempat akan Tuhannya, kerana tiada terbeza intan dan kaca, hanya imbasan rasa menuja, tiada ada hakikatnya jua, mengaji kita akan ilmuNya, hanya dapat ayat sahaja, bukan hikmah pengertian sebenarnya, kerana manusia taksub akan nafsunya, disangka itulah Tuhan pencipta yang ada, sedangkan Tuhan bukannya nyata, pada manusia hanya bicara, bukan bukti ada dirinya, asal lengkap akan amalnya, asal cukup shariatnya ia, asal dilihat oleh manusia, maka cukuplah pada pikirnya, adakah itu secukup tanda lengkapnya, sedangkan ilmu itu dalam adanya, sekadar mengenal permukaaan yang ada, manakan dapat akan isinya, hikmah itu tiada nyata padanya kita, selagi ayat hanya bermain dimata, belum tembus akan hatinya, kerana nafsu lapik dirinya, bukan makrifat cahaya akannya, tapi nafsu jadi rajanya, itulah kita sahabat mulia, selagi tiada rahmat Tuhannya kita, selagi itu segalanya racun pada kita, racun nafsu menusuk jiwa, mengikat kita ditiang neraka, tiada terasa akan bahangnya, kerana nafsu itulah tempatnya, bukan manusia berakal adanya, meniliti akan sempadan dirinya, yang mana bathil yang mana benar adanya, yang mana ketuhanannya, yang mana kemanusiaannya, haruslah kita tahu akan bezanya, kerana zat itu bukan sifatnya, kerana zat itu patinya sifat, bukan sifat 20 adanya, kerana 20 terlalu sedikit adanya, sedangkan Tuhan itu tiada ada bilangannya, hanya pikir manusia yang dungu merasakan dirinya hebat adanya, mengenal Tuhan atas 20 sifatnya, serasa sudah tahu akan segalanya, pada Tuhan tiada bilang yang ada, Dia tiada mula dan tiada akhirnya, mengikut akal tiada tahu jumlah semuanya, kerana pendak pikirnya kita, mengata 20 cukup adanya, itu sifat hanya mirip manusia, bukan diganding akan sifat Tuhannya, mengapa manusia rasanya begitu, sifat Tuhan hampir sama dengan dirinya, bukankah Tuhan itu tiada apa yang serupa denganNya, jika melihat ia bukan sifat rupanya, tapi kuasa melihat akannya, penglihatan yang tiada bahasa akannya, tapi manusia kata melihatlah Tuhan kita, sedangkan maksudnya bukan itu adanya, kerana penglihatan Tuhan itu tiada serupa manusia, tiada tertakrif akannya kita, mengapa masih manusia itu jua hendaknya, melihat itu bukan khayal manusia, pada pikir bijak rasanya, pada ilmu paham dah dia, sedangkan itu dongengan manusia, mengata akan Tuhannya, seperti Tuhan serupa manusia, tiada patut manusia itu adanya, mengkaji Tuhan dengan pikir yang ada, kerana pikir itu waham sentiasa, hanya nafsu itu kuasanya, sepatutnya kita lebih berhati adanya, mengata sesuatu bukan haknya kita, kerana zat itu tiada ada padanya kita, selagi manusia itu tiada mahu akan hakikatnya, pahamlah sahabat mulia, bukan berkata ini mencabar sesiapa, tetapi tahu kita manusia tiada upaya, mengaji Tuhan tiada kenal diri kita, hanya sesat selamanya yang ada, tahulah sahabat akan erti akannya, “yang melihat itu tiada, yang dilihat itu tiada” fahamilah ia sungguh-sungguh adanya, akan erti kata yang ada, daptkah terungkap akan rahsianya, bahawa manusia itu hanya nafsu semata-mata, melihat katanya walau tiada ada padanya, hanya yang dilihat itu benar adanya, pahamkah sahabat akan maksudnya, akan zat tiada perinya, hanya sifat akan kajinya, itulah kuasa akan diriNya, mengertilah manusia selagi didunia, tiada apa yang benar adannya, hanya kafir nafsu dimana-mana, lihatlah dengan penglihatan bukan mata katanya kita, mata melihat diatas nafsu sahaja, penglihatan itu kuasa ilahi yang ada, hanya berguna pada yang paham akannya, yang arif akan Tuhannya, yang sudah Insan kamil dirinya, barulah paham zatnya Tuhan kita itu, terang pada akal yang terpilih sahaja, bukan seluruh manusia yang ada, itu semu mainan shaitan sahaja, hanya manusia yang bodoh tak mahu mengerti apa-apa, yang ghaib itu mulanya kita, bukan kosong ditulis manusia, tapi penuh kalam isinya, hanya sastra nukilan ghaibnya, rasa sejati mengenal akannya, akal qudsi paham akan ertinya, bukan bacaan manusia yang ada, kerana paham manusia ada batasnya, mengaji akan ilmu Tuhannya, bukan pada ayat yang ada, tapi hikmah tersembunyi darinya mata, hanya hati yang dapat menerima, bukan hati duduk iblisnya, tapi hati yang hancur dirinya, tiada ada hanya akan Tuhannya jua, dipuja siang dan malam adanya, bukan harta anak bininya, itulah manusia jika ditanya, saksi atas Tuhan dan Rasulnya, hanya jari penunjuk akan adanya, hanya jari ganti berhalanya, tuju pada hantu nafsunya, pada lidah tempat katanya, laluan ayat bunyi sahaja, baca dia baris sahaja, bukan tetap hatinya jua, hanya sandar nafsu akan idhamnya, itu rupa dusta belaka, itu shirik khafi dirinya, kerana tiada Tuhan dikenalnya, tiada rasa akan kehadirannya, sedangkan Dia ada sentiasa dimana-mana, bukan pada ayat suci dibaca, hanya bayang pada matanya, hanya dilihat tiada pandangannya, hanya rupa tiada isinya, itu manusia melihat dengan nafsunya, itu tanda sudah islamnya, itu tanda sahih lakunya, pada shariat nyata imannya, bukan hati sentiasa gelora, akan Tuhan jadi saksinya, hanya nafsu imamnya jua, itulah manusia jika dikeji akan dirinya, marah nafsunya segera dikafirnya kita, itulah kita sahabat mulia, bongkak dan sombong dihatinya jua, bagi yang lain hanya rendah martabatnya, hanya dia alim dan masuk syurga adanya, hati hanya nafsu yang ada, dengki jika tiada mengikutnya, sembunyi sebalik alim pakaiannya, bukan doa sayang akan saudaranya, moga Allah membuka jalanNya, pada semua yang ada didunia, hanya hukum segera pada mereka, puas hatinya akan lakunya, itulah kita tiada Melayunya, kerana tiada kita bunuh sesiapa, kerana hukum memanglah ada, tapi Tuhan diatas undangnya, selagi kita berdaya memaafkannya, itu afdal akan hadir Tuhannya, pada hati kita manusia, atas kasih sayangnya jua, keampunan itu syurga bagi yang redha, bukan hukum siksaan jiwa, tiada tubuh menerima padahnya, hanya jiwa manusia jua, janganlah kita melebehi adat hidup yang ada, kerana mati seorang sahaja, tiada siapa bersama kita, hanya sunyi dibilik hukumanNya, awas sahabat selagi adanya hidup kita, lembutkan laku pada manusia, selagi kita masih Melayunya, harus hormat hidup yang ada, jagalah kata gerak yang ada, agar selamat meniti dunia, jangan alpa walau seketika, bila bersama manusia yang ada, jaga jangan celupar adanya, kerana kita buta didunia, tiada nampak benar yang ada, tiada nyata kebenaranNya, hanya bayang pengganti diriNya, jangan suka bertikam ilmu diriNya, kerana itu mainan lidahnya kita, tiada tulang tiada hakikatnya, suka besar dari kecilnya, suka menang dari alahnya, kerana akar lidah yang ada, umbinya nafsu bukan akalnya, asal menang tak kira apa, ilmu jadi taruhan nafsunya, inilah sebab manusia sombong adanya, terasa hebat dirinya, kerana agama hanya pakaian sahaja, belum lagi sebati pada kita, hanya hafal akan kitabnya, belum terserap pada batinnya, Allah hanya laungan azan sahaja, bukan getaran jiwa yang ada, bukan cinta yang memabukkan kita, tapi kembang akan juburnya, itulah jika benar islamnya, tiada dia cintakan dunia, keran Allah tiada nyata didunia ini, tapi manusia tiada percaya, Tuhan itu khayalan semesta, takut hukumanNya bukanNya dia, mana bisa sahabat mulia, manusia kasar kelakuannya, tiada halus kajinya jua, ambil apa yang penting sahaja, asal shariat lengkap lakunya, dikira Tuhan sudah gembira, rasa mati masuk syurganya, adakh mudah katanya kita, hanya Dia penentu akhirnya, selagi kita hanya percaya, tiada kenal dan cintakan Dia, bagaimana tentu amalnya kita, tentukah mati selamat kita adanya, atau gusar roh yang ada, tiada ketahuan akan hujung ceritanya, janganlah kita mudah akan agama kita, kerana kita nafsu sahaja, tiada apa ada pada kita, hanya kasih Tuhannya kita, jika Dia berkehendakkannya, bukan kita rasa dah mulia, kita hanya manusia sahabat yang ada, tiada mulia dirinya kita, hanya binatang yang melata pandai berkata-kata, inilah kita lidah nafsuha, bukan kalam penyebab akannya, bukan kalam akan tauhid pada Tuhannya, tapi nafsu sandaran akan saksinya, itulah dia manusia wahai sahabat mulia, kata menuja nafsu dirinya, bukan ikhlas akan Tuhannya, hanya cinta anak bininya, hanya dunia dipandang matanya, hanya hati lekat dunia, pada serban berjela panjangnya, pada kitab bertimbun adanya, bukan hati yang kasyaf adanya, mengaji ilmu dialam rahsiaNya, hanya panduan tulisan manusia, hanya ikutan nafsu gurunya, itulah kita sahabat mulia, cari hakikat akan segalanya, bukan kulit hiasan ayatnya, bukan dimata nampak ceritanya, itu hanya pengantar ilmunya, bukan inti hikmah yang ada, harus kita selam akan ceritanya, seloka hanya gurauan kita, menyampaikan rahsia melalui lenggoknya, jadi tauladan untuk semua, mencari kebenaran pusaka kita, dituntut moyang dahulu kala, kerana Melayu inilah hartanya, harga diri semasa berkelana, bukan kekayaan nafsu yang ada, hanya seronok diatas dunia, ghairah akan shariat sahaja, selagi hakikat tiada didapatnya, Melayu hilang perkasa dirinya, wahai sahabat yang mulia, tulisan ini puji akan Melayunya, tanda arif akan Tuhannya, bacalah selalu sebati padanya kita, agar Melayu tiada hilang didunia, carilah segera maksud hidupnya kita, kerana kiamat pasti menjelma, apatah mati ditepi sahaja, jangan nanti kesal akannya, selagi nyawa masih ditubuh kita, ambillah berkat seloka ini adanya, menjadi panduan seketika yang ada, jangan lambat belajar adanya, takut tak kesampaian akannya kita, bila dah tua baru balajarnya, otak dah beku tiada upaya, jangan kita begitu adanya, hidup hanya sementara, ibarat senja menanti malam tiba, wajibkan diri kenal dirinya, biar kenal serata-rata, bukan shariat tempat rahsianya, itu kulit penanggung rahsia, kenal betul inti agama, agar arif akan Tuhan kita, mencari Dia dialam dunia, tiada afdal hanya bebal yang ada, kerana zat itu ujud tiada nyata, sifat hanya dua sahaja, namaNya itu tanda kuasanya, afaal itulah kita semua, baru pandai kita berkata, bukan seperti tiung yang ada, atau muaalaf akan agamanya, kerana itu kita Melayu orangnya, menjadi panglima diatas dunia, perang sabil akan nafsunya, bukan manusia lain tuduh kafirnya, hanya Allah mengetahui perkara sebenarnya, jangan lupa akan pesanNya, hanya mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaranNya sahaja, dapat ganjaran tiada tandingannya, ganjaran atas sedar kebesaranNya, amat nyata padanya diri kita, harus sahabat rajin bertanya adanya, pada mereka yang tiada dirinya, hanya kuasa semata-mata, itulah alamat mereka yang fana, bukan dia yang beranak berbini, masih seronok tahlil adanya, makan juadah nafsu sahaja, carilah mereka yang tiada dirinya, sebatang kara diatas dunia, masih berkelana dalam dirinya, mencari bahagia sesaat sahaja, tanda masa akan kehadiranNya, bukan panjang doa dibaca, pada lidah benar bacaannya, tapi hati tiada paham jua, harus kita cepatkan jalannya, menuju hakikat bukan mudahnya, selagi alpa diatas dunia, hanya rugi semata-mata, tiada untung niaganya kita, menukar yang haq dengan isi neraka, pada shahwat tanda cintanya, bukan hati menyanjung budinya, bukan indah pada bahasanya, tapi alim akan lakunya, kenapa manusia masih buta akan hakikatnya, Tuhan itu pengasih dan penyayang diriNya, tetapi kita kejam sahaja, asal hati dendam terbalas adanya, asal hati bangga dengan hukumannya, inilah celaka manusia berkelana, kerana intan disangka kaca, sampah dunia dipuja akannya, kerana agama tempat selindungnya, tapi hati bagai serigala, jahat hati laku alimnya, konon nak tunjuk akan Tuhannya, bahawa hukum dijalan olehnya, sedangkan Tuhan tiada perlunya, akan hukum diatas dunia, hanya hati yang telah fana, dari hukum sekelian dunia, hanya kasih sayang yang ada, sebagai tanda cinta padaNya, bukan cinta seperti adatnya, manusia hanya nafsu sahaja, tempat nyata syahwat dirinya, bukan ruhani akan jisimnya, hanya diri binatangnya sahaja, jangan sahabat menjadi lupa, hanya bayang gila sahaja, bau belum dapat dirasa, sudah megah terasanya ada, sedang arif belumlah jua, jahil rasa ilmu didada, hanya lakun nafsu sahaja, selagi makrcifat belum jadinya, selagi kilaf tiada ertinya, selagi guruh dentumnya tiada, kilat tidak menjadi apa, ini adat sahabat mulia, hati-hati mencari harta, harta pusaka paling berharga, kerana ia benih asalnya, dari dahulu keturunan kita, sampailah kepada anak cucu yang ada, harta dijaga agama namanya, jangan kotorkan diatas dunia, kerana agama pakaiaannya kita, diatas dunia kita kelana, moga rahmat Tuhan atas kita, menjaga agamanya suci dan mulia, begitu juga ilmu untuk kita, kenal diri itu yang utama, cari sampai dapat umbinya, jangan sekadar membaca sahaja, hanya dapat rupanya ia, sedangkan isi tiada hasilnya, itulah orang arif bicara, selagi hidup diatas dunia, selagi itulah wajib atas kita, mengenal diri serata-rata, cara mana caranya kita, tiada perlu kita berkira, apa yang penting membawanya ia, akan khatam ilmu manusia, baru benar jalannya kita, dari dunia membawa akhirat adanya, jangan sahabat tiada fikirkannya, hidup ini sementara jua, hanya yang bijak paham perlunya, hanya yang berakal nampak hikmahnya, hanya yang beriman dapat munafaatnya, hanya yang ikhlas dapat jalannya, hanya yang berani berjaya akhirnya, marilah kita sahabat mulia, kenal akan mula adanya, seperti kain ditenun adanya, benang yang halus jadi bahannya, jika dilihat bercerainya ia, sudah ditenun sebidang jadinya, itulah ilmu adatnya kita, sedikit-sedikit bukit jadinya, secebis-secebis sebuku jadinya, seayat-seayat satu kitablah ia, sepotong hafal menjadi jampilah pula, itulah sahabat bicaranya kita, dari awal sinar sahaja, cahaya gelita pelita zatnya, cahaya permata putih kembarnya, mula terbeza akan nyatanya, dalam dua ada rahsianya, itulah tanda AKU adanya, nafi dalam kalimah diriNya, namun esa akan wujudnya, jangan ada tidak percaya, ghaib itu bukannya tiada, hanya wujud tiada nyata, ibarat orang mengaji adanya, kitab dibaca tiada pahamnya, kerana ilmu tiada rasanya, hanya mainan pikiran sahaja, itulah kita dendanya dua, tanda ada akan diriNya, jadi nyata padanya kita, sebagai akur akan Tuhannya, menjadi niat asalnya kita, niat menyata akan DiriNya, itu tajjali zat yang ada, bukan diri akannya ia, tapi kuasa membawa titahNya, menjadi nyata sekelian yang ada, dari wujud kepada ada, dari punca menjadi awalnya, ini bayang tajjali pertama, asal air mata sinarnya, mata dewata melihat gerhanyanya, ibarat subuh solat pertama, itulah tanda alam bermula, nyata zat nyata sifatnya, bukan nyata sebarang nyata, nyata hanya bayang sahaja, ditas cermin tiada nampaknya, hanya getar sinar menjelma, membawa makna akan ertinya, hikayat ada menjadi nyata, itulah kata hikmah pendita, sekelian itu mata sahaja, tiada ada nampak semua, itulah lihat akan Tuhannya, menjadi pandangan luas alamnya, selesai kira langkah pertama, tajjali kedua diberi nama, tajjali asal yang tiada, tajjali asal wujud sahaja, wujud kedua membentuk ilmuya, sebagai ain akan zatnya, itu nur zat empunya, diri asal rupa tiada, kosong mula cipta kosanya, rupa sebelum jadi lakarnya, menjadi kedua akan jadinya, baru sempurna akannya ia, kerana hendak jadi adanya, ada barang tempat nyatanya, dalam wujud kilas akannya, menjadi tamsil akan katanya, bidalan berbentuk akan barisnya, itu rupa esanya jua, ia pati akan zatnya, jadi dwirupa akan nyatanya, pada akal tiada bicara, kerana tirai belum terbuka, kerana dalang belum mulanya, masih sibuk dengan kerjanya, menyiap sifat bayangan mata, wayang bayang hanya rasanya, selagi dalang tiada hendaknya, maka wayang kiasan sahaja, kerana adat mula caranya, perlu tajjali tiga sempurna, ibarat kosa tripusana nagara, begitu alam wahdiah diberi nama, walau nama ada bezanya, namun hakikat yang itu jua, inilah ujud kaabah tiga kakinya, menyata illahi atas akalnya, nyata bayang dalangnya, itu hukum acaranya kita, hajat empunya nyata dirinya, hajat adat perlu barang akannya, begitu kita bicara tajalinya, dari esa berubah triuna, dari dwita sat-trinya, ini jadi orang gila adanya, kerana paham tiada pada kita, kerana pikir tiada akalnya, sandar nafsu gerak akannya, tiada kasyaf pada yang mulia, nampak hanya bayang sahaja, selagi itu sahabat kita, jangan disangka sudah pahamnya, kerana rahsia tiada nyatanya, hanya sebutan mulut manusia, kata jadi bukti ajarnya, walau terasa sudah katamnya, tiada mendapat isi akannya, kerana tajjali tiga adanya, jadi ganti akan namanya, nama itu sebut lidahnya, tarikat tubuh sempit adanya, kalau sampai tebing sahaja, belum cecah kaki dalamnya, akal manusia pikir sahaja, masih waham dan masih jahilnya, kerana gelap alamnya kita, walau terang benderang akannya, itu hanya kanta matanya, pantulan bayang atas gelapnya, itulah kita sahabat adanya, walau nyata bukti yakinnya, yakin atas serpihan tajjalinya, belum sampai manusia akannya, kerana tajjali itu dirinya, bukan kita jadi dirinya, kita binatang yang melata sahaja, menerima akan wujud Tuhan kita, jangan terpedaya akan sempurnanya kita, bila tahu terasa hebatnya, sedangkan ilmu Tuhan tiada hujungnya, kita tahu peniti besarnya, kita paham hama besarnya, apalah hendak bangganya kita, selagi otak jadi kenderaannya, selagi itu tiada afdalnya, ingatlah wahai sahabat mulia, di tiada menjadi ada, bukan tafsiran oleh manusia, ia ilmu milik diriNya, bukan manusia empunya cita, menjadi Tuhan dalam binatangnya, menjadi Tuhan dalam sarungnya, bukan hati yang telah berjihad, shahid atas dunia manusia, mati sudah akan dirinya, pada Dia ada segala, baru benar jalannya kita, salatul makatul jawapannya kita, jadi seloka untuk sahabat yang ada, bacalah ia dimana sahaja, umpama pelangi tiada warnanya, walau pudar banyak rahsianya, walau ayat jemu dibaca, tapi hati tahu rahsianya, melihat hati akan rahsia, tersirat dalam selokanya kita, wahai arif kenalilah ia, akan erti sebenarnya, akan arah maksud tujunya, lihat isi pada kulitnya, baru dapat paham diakal kita, bahawa tiada apa jua, segala bisu pekak dan tuli jua, kerana Tuhan ada dimana-mana, jangan alpa diatas dunia, kelak menyesal tiba masanya, inilah salatul makatul seloka namanya, untuk sahabat yang mulia dirinya.


15. SELOKA MELAYU

SILUMAK BUDIMAN

Inilah silumak budiman kisahnya, sebagai seloka empunya kersa, kerana hendak jenaka hikmahnya, semoga karya mendatang sembahnya, untuk senda masa yang ada, agar faedah untuk semua, bukan sekadar baca ianya, tapi tempat melamar adanya, akan ilmu Melayu gayanya, menyampai kata dalam selokanya, bukan ajar dan tunjuk lagaknya, hanya sekadar penglipur jiwa, bagi saudara yang suka mencarinya, akan nikmat seloka Melayunya, inilah madah kiasan rasa, untuk saudara penggemar rahsia, jika sungguh bagai dikata, nescaya seloka dapat membuktikannya, kepada mereka yang ambil lewa, anggaplah ini selogan mutiara, mana tahu sampai masanya, bila dibaca nampak isinya, bukan kulit rupa ayatnya, itu hanya karung hikmahnya, moga saudara dapat baktinya, sebagai Melayu inilah caranya, mengenal akan daifnya kita, bagai silumak tatacaranya, sembah wayang sembah bayangnya, itu kias melamun ilhamnya, menyalurkan petua dan seloka, bermain ayat membahasakan rasa, bukan tualang jejaknya ada, hanya kelana araknya mega, kalau tuan bijaklah sana, cari permata didalam ayatnya, baru sempurna amalnya kita, bukan ikut anginnya rasa, bukan basah tekak menelannya, bukan kantuk mata memandangnya, ini hiasan budiman arkata, melambai mesra akan tuntunnya, bukan lambaian sepoi bahasa, tapi sepoi menghapus dosa, ikutlah saudara rentaknya kita, ikut menari sepapan panjangnya, ikutkan irama segulung samudranya, ikutlah gurindam mainan cintanya, Melayu jualah empunya akalnya, menyaji cerita dalam nestapa, miskin dan hina didalam dunia, tiada pandai arif sahaja, tiada gedung ilmu didada, tapi niat hendakkan bangsa, menjadi termasyhur diatas dunia, bukan kerana kaya yang ada, atau ilmu menggunung adanya, tapi akal yang dapat berbicara, dalam bentuk asalnya kita, dari awal hingga akhirnya, selagi Melayu masih yang ada, bila mulut meluah kata, maka kata menjadi ayatnya, maka ayat menjadinya seloka, untuk tatapan saudara yang ada, jika berhajat teruskan ia, jika tidak tunggulah masa, tergerak hati bacalah ia, maka bermula akan cerita, sebelum kayanya amatlah papa, kedana lagi dari daifnya, terlebih daif kerana tiada, tiada yang ada sebatang kara, kara lagi tiada umbutnya, umbut yang ada tiada guna, guna hanya asas denaknya, denak hampas lembupun tak selera, selera apa hampas sahaja, hampas memang tak ada guna, tak guna lagi diletak jua, buat alas kaki manusia, manusia yang mati tiada jasanya, manusia yang hidup tiada guna, berguna apa musibah sahaja, musibah kerana tiada harganya, harga apa mahal semua, alah membeli alah lagi memakainya, pakai apa cantik luarnya, dalam sumbing senget semua, semua yang ada dalam raganya, raga ibarat seloka yang ada, seloka jadi silumak namanya, inilah kias untuk semua, ibarat silumak hamba nafsunya, amat miskin akan segalanya, kerana diri tiada tahunya, apa yang tahu makan minum sahaja, itulah daif akan akalnya, akal ada fikir tiada, hanya domba nafsu sahaja, tiada tunduk akan dirinya, kerana kaya diri dirasa, akan harta dunia kelilingnya, hanya sampah tiada murninya, kerana harta tahi dunia sahaja, secantik manapunlah rupa ragamnya, hanya semua perbuatan jua, itu kesan yang ada sahaja, bukan pati asal cerita, bukan berharga untuk manusia, kerana manusia nak dunia sahaja, pada silumak begitu jua, dunia untuk miliknya sahaja, pada silumak inilah tempatnya dia, menghamba nasib untuk dirinya, untung dunia kedapatan tiada, untung badan itu kiranya, untung nasib kaya raya, untung jodoh lawalah bininya, untung diri puntung jadinya, kayu bakaran lemang jua, dapat anak rajin semua, senang hati masuk hajinya, sampai masa matilah dia, hilang nesan hilanglah dia, sekampung tak kenal siapa dia, itu resmi orang dunia, masa berada dipuja ia, bila mati lupa semua, itulah miskin silumak adanya, teramat miskin dari pengemis yang ada, kerana adanya serupa tiada, hanya bayang ingatan sahaja, membentuk diri tiada apa-apa, lembaran khayalan impian dirinya, mengejar pahala atas daifnya, tiada mendapat akan hajatnya, kerana nafsu itu benihnya, bidadari ganti bininya, bukan berjasa bila matinya, hanya diganti nafsu pastinya, nafsu diri azali menanti, sejak kini hingga akhirnya, tiada diri itu jati jadinya, atas kaya budi yang ada, kerana budi tiada difaham jua, katanya macam seribu dua, kata yang mana saudara yang ada, kata hanya papa sahaja, kerana erti itu tiada mukanya, hanya bayang pada mata kita, tiada nampak akan hujungnya, kerana makna itu dalam adanya, bukan dimata nampak rupanya, jika itu kita kata, maka miskinlah kita jadinya, seperti silumak yang tiada apa-apa, walau sangkanya AKU kaya, kaya atas lenjaran dunia, miskin akan segalanya, miskin lagi hidup yang tiada, sudah mati lama adanya, tiada sedar akan maksudnya, kerana kata seribu makna, seloka ada seribu bunganya, seribu bunga pelbagai maksudnya, yang mana satu pilihan hatinya, dunia atau bukan dunia, jangan dibaca begitu sahaja, nescaya buta akan ayat sahaja, sedangkan erti buta jua, pada mereka sama sahaja, kerana manusia buta hatinya, yang nampak dua matanya, yang ketiga tetap rahsia, itulah hakikat mata namanya, melihat tiada yang dilihat itu ada, pahamkan saudara ertinya kata, kalau sibuta membawa sibuta, lambat laun masuk gaung juga, maka carilah erti miskinnya pula, baru tahu ertinya kaya, kaya bukan atas perkataannya, tapi erti hati yang ada, hidup dalam karmah uripnya, menjadi tempat gerak kuasanya, ada dalam dirinya kita, selindung dari mata yang ada, selindung dalam kaya dirinya, bukan kaya kata manusia, itu miskin tiada upaya, carilah kaya dalam kayaNya, baru temu akannya dia, kaya itu yang tiada miskinnya, kaya yang kekal 3 barangnya, tiada yang tahu kemana barangnya, kerana miskin melanda hidupnya, bah atas seronok jiwanya, banjir atas airmatanya, kalau rasa bingung jadinya, cepat saudara henti bacanya, takut penat tak terkira, kerana akal miskin yang ada, bukan kaya makrifat akannya, atas diri Islam namanya, bukan sekadar campak begitu saja, kerana diri lemah yang ada, bukan lemah tenaga batinnya, tapi lemah diri batinnya, kerana diri zahir sedarnya, zahir saja nilai akannya, kerana itu tiada sampainya, akan Islam tak bukan mudahnya, sekadar mengucap tiungpun boleh juga, itulah kita dungu orangnya, bukan Islam cakap sahaja, bukan laku tiada isinya, tak sempurna solat tanpa makrifatnya, tapi yang ada tak setuju pula, kerana hujah tiada hadisnya, kalau boleh bagi menang kat dia, kerana dia dah hafal segala shariahnya, kalau disoal jawabnya sentiasa ada, tapi ini bukan tujunya kita, mencari peniti dalam jarumnya, mencari kendi dalam kausnya, mencari bini dalam isterinya, dapatkah saudara nilai akannya, dapatkah hikmah nyata benarnya, bukan sekadar mengaku imannya, imam berjihad kearah haknya, bukan atas lisan manusia, membaca surah lengkap tajwidnya, dengan lagu seronok mendengarnya, kerana arab bahasa Tuhannya, adakah saudara memikirkannya, Islam itu tiada bangsanya, tiada dikurung dalam jubah arabnya, dari Adam dah ada agamanya, adakah tak sama akan isinya, walau shariat ada bezanya, antara nabi-nabi yang ada, namun hakikat tetap darinya, inilah kita hendak bertanya, Islam itu pegangnya apa, adakah sekadar pegangan dirinya, memegang agama atas nafsunya, bukan kebenaran hendak akannya, tapi senang hati hendaknya, tiada masaalah atas dirinya, asal ustad dapat jawabnya, asal merdeka hati sengsara, asal hati terubat sementara, adakah ini dicari kita, atas dunia sekejap sahaja, kerana hidup susah sahaja, kerana dunia gelap alamnya, disini berdagang rugi sahaja, walau apa jampi diguna, seribu hikmat akan pagarnya, pelaris nafsu memujuk manusia, tunduk pelanggan murah rezekinya, bukan redho akan Tuhannya, atas rezeki yang ditetapkannya, tapi manusia tak sabar adanya, ujian Tuhan menyusahkan dirinya, tak sanggup kita menghadapinya, kerana manusia lemah lembutnya, selembut sutera menyayangi dirinya, bukan cinta dikejarkannya, tapi naik main itu hendaknya, jangan marah wahai saudara, ini benar kata seloka, bukan menghina bangsa manusia, tapi hakikat kita binatang jua, melata dan pandai berkata-kata, tapi ramai tak terima hakikatnya, kerana diri keturunan mulia, mulia apanya bodoh belaka, nampak duit berebut juga, siapa yang tak nak kaya, katakan sahaja niat didada, tak salah selagi manusia, kerana kita binatang melata, ada hak sebelum akal tiba, ada hak sebelum iman menjelma, ada hak sebelum tepat Islamnya, ada hak selagi tak sempurna, pergilah cari rezeki yang ada, tafsir rezeki ertinya kaya, ada juga mencari kaya, tapi nak kaya guna ayatnya, inilah manusia yang ada, hanya nak kaya atas dunia, tapi katanya lembut selamba, tak usaha tak boleh juga, kita manusia wajib mencuba, untung sabut timbul adanya, untung batu tenggelamlah pula, bukan usaha atas akalnya, tapi doa minta kayanya, ayat seribu berdinar-dinar dibaca, ayat 3 KUL jadi dompet duitnya, itulah manusia benak jua, solat selalu agar hasilnya, dapat masuk syurga adanya, syurga berupa dunia yang ada, tempat jamu nafsu dirinya, cuma disana tiada dosanya, apa saja boleh semuanya, kerana nafsu isi syurganya, begitulah dengan yang ada, hendak duit ada keliling pinggangnya, baru dapat tolong orang katanya, itulah saudara manusia yang ada, berputar kata manis jawabnya, atas agama usaha nafsunya, bukan kembali mencari jalanNya, tapi jalan miskin dunia, kaya Tuhan tiada gunanya, kerana manusia bodoh belaka, tak paham apa erti yang ada, semua ditafsir nafsu sahaja, kerana nafsu amat bijaknya, menipu hati dalam ikhlasnya, menipu diri dengan janji Tuhannya, manusia mana yang tahu semua, baca Patihahpun terkedu kalbunya, hanya lidah pandai berkata, kerana lidah tiada tulangnya, hanya melambai kalam lalunya, tiada paham akan geraknya gerak, sirat akan kalamnya, hanya bunyi sedap nak dengarnya, hanya erti syahdu perasaannya, bukan kebenaran erti sebenarnya, bukan tersirat carinya ia, kerana tak mampu mengkaji akannya, itulah manusia miskin semuanya, apa kayanya tiada buktinya, bukan kaya ukuran manusia, bukan kaya atas dirinya, tapi kaya diluar dirinya, kaya yang ada pada Tuhannya, itulah manusia tiada pahamnya, jika diterangkan kata salah pula, sebab miskin menutup hijabnya, tiada paham miskin dan kaya, kerana kaya dilihat mata, atas nafsu tempat ujudnya, bukan yang asal turun kehendakNya, menjadi manusia tempat kenyataanNya, manalah tahu dirinya kita, kerana tak mahu belajar akannya, dahlah sombong hebat agamanya, terasa tahu mana hujungnya, apa yang tahu itulah semuanya, hai manusia janganlah peghak pula, selagi manusia tiada pandainya, kalau pandai tiga sahaja, pandai mengira, menulis dan membaca, lepas itu pandai berkata-kata, inilah hakikat akannya kita, binatang melata pandai berkata-kata, tapi manusia tak terima pula, kerana kaya menutup matanya, kerana berharta ditutup telinganya, kerana alim akan ilmunya, ditutup Tuhan akan hatinya, inilah kita sebenar-benarnya, tiada munafaat akan adanya, ada ke tak de serupa sahaja, manusia tetap tiada gunanya, hanya mengisi kekosongan nafsunya, berseronok diatas legaran hidupnya, atas masyarakat yang mengormatinya, atas orang kampung sayang padanya, hebat dari ketua kampung yang ada, itulah saudara kita yang ada, bukan kaya atas Tuhannya, tapi kaya nafsu padanya, pemujuk jiwa kawan setia, selagi kita masih bernyawa, selagi itu nafsu beraja, jangan ingat dah sampai adanya, apa yang sampai hajat dunia, bukan hajat menempa ilmunya, buat bekalan akhir hayatnya, tapi apa risaunya pula, insuran nyawa kan ada, kain kapan siap setnya, dengan mandi dan cateringnya, apa yang perlu duit sahaja, itulah kita saudara yang ada, semuanya nak duit juga, celik mata duit carinya, sampai mati duit ubatnya, bukan ilmu mengisi sukma, bukan nasihat guna otaknya, bukan mahbah akan Tuhannya, hanya cik siti girlfriend yang ada, walau bini dah masuk lima, masih tak sedar diri dah tua, terasa didunia muda selamanya, janji kaya banyak duitnya, kalau miskin melepas semuanya, itulah miskin tanda aibnya, miskin itu tiada taranya, bukan miskin kerana tiada, kerana miskin banyak karenahnya, kerana manusia itu sifatnya, masih jahil selimut dirinya, akal yang ada dah beku gamaknya, jadi sekerap getah yang ada, kerana tiada digunakannya, terletak dibelakang tepi jambannya, manusia bukan bijak akalnya, hanya yang mudah pakainya dia, bukan yang susah dicuba akannya, manusia hendak yang senang sahaja, kalau boleh depan matanya, kalau boleh suap mulutnya, kalau boleh tak payah usaha, kalau usaha mesti ada pengerasnya, tiada usaha tanpa upahnya, upah pula besar hendaknya, kalau tak boleh rasuah sahaja, itupun nak pakai duit juga, banyak duit banyak dapatnya, kerana hadiah besar menangnya, sebab rasuah mudah jalannya, semua yang ada tergadai sahaja, atas maruah hina manusia, yang gemar akan hidup didunia, memang susah mencari maknanya ye, bukan surat khabar yang senang baca, bukan kitab yang terang hadisnya, bukan al-kitab arab bahasanya, itu semua mudah dibaca, oleh orang atas dunia, kerana itulah tiada nampaknya, akan rahsia tersembunyi adanya, kerana rahsia tak nampak terangnya, bila penat jawab senangnya bukan sekadar menjawab dia, Allah lebih mengetahuilah pula, mulut berkata amat enaknya, tapi hati tak mahu kesana, tak mahu perah akal yang ada, hanya bersandar akan jawabnya, pada teks yang sedia ada, rujukan yang ada ganti dirinya, bukan akal yang bijak melihatnya, membongkar akan segala rahsia, itulah silumak amat miskinnya, kerana bodoh amat dungunya, tiada tahu siapa dirinya, lebih hina dari binatang yang ada, mereka tak kisah telanjang aje, bukan macam kita semua, segera datang nafsu gelora, melihat buah bergayut adanya, melihat bagai x-ray matanya, nampak telus seluar dalamnya, tak cukup lagi ada caranya, carilah geliga lipan yang ada, boleh nampak sekelian benda, tapi Allah tak nampak jua, kerana mata hala kedunia, nampak hanya segala benda, yang hina dina itulah jua, bukan hendak kearah Tuhannya, hanya mengikut pedoman nafsunya, kita kata itulah kata, kata yang berhormat amat mulia, berjanji akan membela yang ada, lantiklah dia sebagai ketuanya, tapi itu mainan manusia, biasalah orang kampung dibulinya, asal dapat pancing mereka, umpan cacingpun jadi juga, bukan itu katanya kita, dalam seloka menunjuk caranya, bukan hati berbicara sepinya, bukan tahu dalam fananya, bukan sedar akan Tuhannya, tapi jemaah meramaikan nafsunya, bukan mencari jawab hidupnya, kerana itulah miskinnya kita, sampai mati tetap papanya, tiada kaya jua akhirnya, tapi selalunya manusia, mana bisa mengerti pak eh nya, mahu untung berlipat ganda, sudah berlipat nak gulung pula, sudah gulung bungkuslah pula, sudah bungkus bayar harganya, tang bayar tu berat hatinya, kalau boleh free dapatnya, maklumlah ekonomi tak seberapa, sekarang barang dah naik harga, semua kerja mesti ada fee-nya, mana boleh free pula, itulah manusia pelik perangainya, dari dia kena bayarannya, hak orang free pula, begitulah manusia dalam amalnya, kalau solat tiada upahnya, mungkin tiada dilakukannya, ialah siapa yang mahu akannya, kerja free enggak ada pak nya, semua mesti ada upahnya, kurang-kurang satu bidadari mesti ada, nanti dia jagak samak kita, mesti nak yang cun punya, hati mana tak bergelora, budak 47 tahun pun lawa dimata, inikan pula licin permukaannya, tenggelam diri kita dibuatnya, lupalah segala-galanya, tapi yang ada bagaimana ya, habis bini nak campak mana, bini tak jadi muda ke nanti kat sana, takkan tua juga gamaknya, ia tak ia juga, bini anak bini satu dua dan tiga, nak buat camne kawan kita, mati kena serang kat syurgalah jawabnya, pikirkan wahai saudara yang ada, miskinnya kita tiada ketara, kerana miskin yang ada takrif manusia, atas apa yang nampak dimata, bukan ertikata sebenarnya, miskin atas bodoh dirinya, suka ikut mana yang dan sahaja, asal boleh ikut sahaja, kalau salah kita tunggu pula, kita cari pak kaduk yang ada, kita kata nanti dia punya angkara, kita hanya ikut dia sahaja, dialah penghulunya, kalau tidak kita kena pula, kita ikut dia, ikut apa dia kata, bukan kita pilih mana salahnya, kerana kita tiada upaya, kerana amat miskin papa lah pula, takkan kita jadi mangsanya, ooh kalau begitu senang hidup kita, kalau betul dipuja merata, bila dah salah kutuk habis-habis pula, manusia macam mananya kita, ada ke otak atau kepala, penuh angin isinya tiada, nasib baik tak macam belon kepala kita, meletup abis langsung tak berguna, itulah ibarat miskin silumak kita, harap harap dapat ijazah doktorlah dia, walau doktor pun sakit masuk hospital akhirnya, jangan kita rugi akhirnya, masa didunia pendek sangat pula, sekejap berlalu tak terasa kita, sedar-sedar dah jadi tua, walaupun doktor mati akhirnya, ilmu dunia tak kemana jua, cukup untuk kaya didunia, tapi miskin masih lagi kita, kerana mati tak bawa apa, tapi manusia tak sedar jua, bukan amalan membawa kaya, tapi jiwa gelora akan Tuhannya, baru bijak datang darinya, bagai roh qudus nama gantinya, baru nampak terangnya mata, walau rabun rasa nikmatnya, kerana jahil itulah dia, miskin dan papa akan Tuhannya, selagi hidup bertaut nyawa, jangan dilupa Tuhannya kita, selagi masih muda usia, carilah ilmu kenal dirinya, nescaya baru dapat pahamnya, kenapa manusia Adam namanya, bukan Qois gelar akannya, kerana rabbani itulah patinya, jangan anggap seloka hampa, hampa hanya yang tak kisah akannya, bukan seloka mengada-ngada, inilah cara adatnya kita, ikut resmi akan Melayunya, bergurau senda sambil mengena, agar dapat tahu segera, cerita nasihat untuk semua, baru cepat bijaknya kita, baru sedar akan ilmu yang ada, mencari wajib hingga berjumpa, jangan panas tahi ayam saja, bila tak dapat mengundur pula, Melayu apa namanya kita, selagi bernyawa berjuang keakhirnya, baru tetap imannya kita, menyerah diri bila matinya, bukan didunia alahnya kita, hanya masih belum sampainya, bila sampai tamatlah cerita, begitu juga silumak kita, cereka direka menempa seloka, seloka simiskin silumak namanya, mengenal dirinya sedaif yang ada, hingga dapat ilmu sebenarnya, mengenal diri itu jalannya, mendapat suluh dalam gelapnya, mendapat lihat dalam kaburnya, mendapat kaya dalam budinya, inilah seloka dicipta ayatnya, disusun bagai selendang putra, menghias hati gundah dunia, menjadi pati wali yang ada, menjadi soleh berkat amalnya, kerana amal bukan miskinnya, tapi kaya akan budinya, kerana budi tempatnya kita, dari mahfudz turun kedunia, ini jalan asalnya kita, mendapat restu keturunan kita, jadilah budi manik sementara, jadilah azimat didalam benta, menjadi nyata sekelian pahamnya, pada kabur hijab dunia, menjadi panji perjalanan kita, mencari kaya bukan didunia, kaya budi atas dirinya, itulah jati Melayu dirinya, bila silumak kenal dirinya, barulah kaya segala-galanya, barulah seloka sampai hajatnya, baru silumak menjadi budiman, atas rahmat Tuhan yang Esa, mengenalkan kita jalan lurusnya, dalam bentuk seloka yang ada, semoga saudara mendapat ilham akannya, barulah tamat berbuah hasilnya, menjadi seloka catitan ilmunya, menerapkan pati pada Melayunya, baru gedok heboh bunyinya, tanda Melayu sudah berjaya, atas kaya akan dirinya, tak perlu apa hanya Tuhannya, baru senyum panjang sehasta, baru ranum merah indahnya, baru hujan terasa airnya, baru minum tiada hausnya, baru mati hidup semula, baru jadi akan buatannya, baru dapat paham ertinya silumak budiman selokanya kita, tamat disini bicara kita, jika disambung berjelalah pula, takut saudara muaklah pula, ini salam pencarek kalamnya, menjadi bukti akan saktinya, Melayu tetap berdiri teguhnya, tiada miskin tiada kayanya, kerana segala yang ada didunia, bukan asalnya milik kita, tapi Dia yang Maha Kuasa.


(RMPGAKAW)

No comments:

Post a Comment