melayu.......

MELAYU ITU BUKAN RUPA, BUKAN KULIT, DAN BUKAN ORANG....

MELAYU ITU ALAM, DUNIA, PEMIKIRAN KETUHANAN....

MELAYU ITU... BUDAYA YANG MEMERINTAH

SURIH MELAYU

(karya asal : Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asomoro Widjoyo, Mahasiddha)



Ku renung alam ku tenung aham, Ku lihat cahaya luar dan dalam, Ku rasa gerak dia didalam, Ku lihat rupa sekelian alam, Bukan kata lidah berkodam, Tapi kalam baitul mahram, Ujudnya dia diri terpendam, Bukan aku yang sudah beralam, Aku hanya bayangan khadam, Ini lah aku menatap karam, Sehingga bintang menjadi kelam, Atas fana ilmu yang khatam.
Surih 1


Hati al-kaf sirnya aku, Cerna sinar anbiya akbaru, Bertikwirama nadanya bindu, Akan kalam seri Melayu, Disini gerak menjadi tamu, Atas hadir paduka tuanku, Amatilah wahai anak cucuku, Dihati itulah tempat bersatu, Dalam hidup jika tak tahu, Akan asal puncanya aku, Sir kita dua dalam satu Sir aku tiadanya kamu.
Surih 2


Ini asal ajaran Melayu, Mula ajaran surayana manu, Mengenal akan diri yang satu, Sudah berbentuk bernama aku, Cari makna pada dirimu, Bagai mentari menyinar kaku, Didalam kamu rahsianya aku, Jangan ketawa akan ayatku, Ada hikmah jika kau tahu, Jadi bukti akan-nya aku, Pada rasa bukannya tahu, Kalau hendak kembali-nya aku
Surih 3


Ku peluk ku dakap kau saktiku, Kujunjung kukasih setiap waktu, Jangan dilerai saat bertemu, Kerana aku hanya tamumu, Hangat cintamu rasa dikalbu, Geloranya nyata pada diriku, Kau sakti pujaan dendamnya aku, Kau ujud hanya untuk diriku, Bukan rupa bayang mataku, Tapi asyik didalam rindu, Itulah aku pemegang rahsiamu, Jadilah kau punita haq-nya aku
Surih 4


Dunia ini naraka pertama, Jika tahu janganlah leka, Cari pintu cari jalannya, Agar dapat lepas darinya, Mereka yang ada leka sahaja, Kerana tiada nampak kebenarannya, Walau hidup terbakar adanya,, Sudah biasa tak menjadi apa, Kerana diri mati sudahnya, Oleh itu yang masih hidupnya, Usahakan ilmu kenal dirinya, Agar dapat jalan kembali kepadaNya.
Surih 5


Ini surih hikamah yang arif, Dalam rasa duduklah andik, Dialam sedar tiada takrif, Padam fikir hapuslah gurih, Ini anugerah yang terpilih, Atas jalan akal yang soleh, Dunia tiada menjadi kasih, Kerana fana hati yang bersih, Berkat mengaji sampai soreh, Sungguh akan tiada menoleh, Sesudah kenal diri yang makrif, Baru tahu sudah berkalih.
Surih 6


Turunnya kita dari watu gunung, Itulah asal melayu barong, Bukan sebarang tugas ditanggung, Akan titah paduka jua dijunjung, Jangan lupa melayu disanjung, Ingat ajaran to manurong, Membekal ilmu mengenal sarung, Mengenal hikmah didalam karong, Carikan ia didalam ruyong, Temukan ia pada dirimu buyong, Baru paham belajarnya ayong,Dari bawah menjadi merong.
Surih 7


Barang siapa mengaji hukumnya, Akan jadi satunya dua, Itu sifat semulajadinya, Bayang segala ujud yang nyata , Begitulah paham jadinya kita, Satu lelaki satu perempuannya, Hanya didunia terpisah adanya, Hakikat tiada pernah mendua, Jika paham akan ertinya, Duduk shakti itu dimana?, Segeralah cari erti maknanya, Agar jadi orang berkuasa.
Surih 8


Ini jalan ada hidupnya, Bukan jalan didalam kehidupannya, Mereka yang serta niat suchinya, Mencari kebenaran dilubuk neraka, Berbaktilah pada yang empunya tajjalinya, Moga dapat kun akannya, Barulah kita tamat jalannya, kenal siapa tuan uripnya, Inilah lakaran surih malayana, Sebagai gambaran nyata pesannya, Nyata hikmah dalam ayatnya, Nyata dia didalam akunya.
Surih 9


Mengenal tajjali dalam ghuyubnya, mengenal tajjali sama luarnya, isi dalam itu rasanya, isi luar itu rupanya, tajjali ghuyub akunya tiada, tajjali luar akunya ada, ada luar banyak bilangnya, tiadanya dalam esa lah jua, jika kembali akan fitrahnya, dalam tajjali luar dirinya, sama jadi isi kandungnya, itulah rahsia tajjali ertinya, bukan tajjali menyata kita, hanya Dia luar dalamnya, hanya Dia empunya ceritanya, hanya Dia tajjali Dirinya.
Surih 10


Mikraj itu turun naiknya, mikraj nafas dalam dirinya, jika sudah daim akannya, tahu segala kehendak Tuhannya, baru selamat akan dirinya, tiada binasa selama-lamanya, maka hendak salik pahamkannya, mengenal nafas wujud sejatinya, bukan nafas songsang arusnya, tapi nafas lurus jalannya, jalan akan nyawa kadimnya, taat perintah akan Tuhannya, inilah perkenalan dirinya kita, mengambil ISLAM akan agamanya, barulah sempurna kemanusiaan kita, walau masih atas dunia.
Surih 11


Wangsa Melayu wangsa Pertama, wangsa berdarah Nila Atama, bukan manusia asalnya dunia, tapi dari kahyangan kelima, tempat bonda ayahanda pertama, menurunkan Melayu diatas dunia, itulah titisan keturunan kita, Melayu sakti keturunan dewa, bukan baka berok yang ada, bukan tanah tubuhnya kita, itu hanya sarung sementara, agar didunia dapat berguna, agar mati dapat berjasa.
Surih 12


Ini surih ajaran Melayu, ajaran purba Bathara Guru, mengenal pahit akan hempedu, bukan manis serupa madu, inilah diksa cara Melayu, mengenal asal diri yang dulu, hanya bindu alamnya ba’du, baru jadi bentuk bertandu, baru nyawa bernama kamilu, belum lagi jadinya bandu, hanya serpihan alam beradu, turun dalam kosa yang pilu, menjadi manusia dibumi bertamu, bertugas demi Paduka Tuanku, itulah sumpah kita Melayu, menjadi arca dipintu wal-akhiru.
Surih 13


Kenal nafas kenal ibunya, asal nyawa mak sara jiwa, menjadi pati ilmunya rawa, agar Melayu kenal segera, yang mana semu yang mana wujudnya, agar tiada merana adanya, selagi kita tak pahamkannya, takkan terbuka hijab didada, kenal nafas ajaran bathara, mengenal sama jiwa yang ada, walau badan berbadan tiada, namun hidup nak kenal dia, jika tidak rugi sentiasa, tiada sampai kenal akanNya.
Surih 14


Ini surih gurindam Paduka, surih sakti gurindam mentera, mentera hikmah dipuja ia, didalam raga ujudnya ia, itulah nafas turun naiknya, menjadi nyawa hidup yang ada, duduk dalam hati merasa, bukan lidah mengucap kata, tapi jadi akan ayatnya, baru jadi ilmu akannya, gurindam sudah bertukar nama, dari bindu menjadi nada, dari nada jadi KUNnya, baru sakti menjadi nyata, baru ilmu jadi hikmahnya, baru gurindam lengkap kajinya.
Surih 15