melayu.......

MELAYU ITU BUKAN RUPA, BUKAN KULIT, DAN BUKAN ORANG....

MELAYU ITU ALAM, DUNIA, PEMIKIRAN KETUHANAN....

MELAYU ITU... BUDAYA YANG MEMERINTAH

Sunday, March 28, 2010

INTRODUCTION

SALAM SEJAHTERA untuk semua

"MULA CIPTA RUPA NYATA, ASALNYA CIRI PADUKA RAJA, MEMULIAKAN MELAYU SELURUH DUNIA, SEKELIAN YANG GHAIB MAUPUN NYATA, ASAL SASTRA KALAM PADUKA, SEKELIP MATA MENJADI ADA, CERITA MELAYU DIKALA PURBA, HIDUP KEMBALI DIKALAMULA"

Wahai anak-anak bangsaku..... izinkanlah hamba menumpang lalu di perbatasan ini mencoretkan serba sedikit luahan dan berkongsi karya, moga dapat di jadikan panduan untuk anak dan cucu demi graha Melayu.

Melayu menyampaikan maksud melalui bercerita kepada anak cucunya. Nasihat, panduan, cerita, seloka, gurindam, pantun, peribahasa dan sebagainya adalah wadah penyampaian yang di amalkan oleh Melayu sejak berzaman demi menyampaikan sesuatu maksud. Beradab sopan adalah jati diri Melayu, dalam bercerita diselitkan maksud yang tersirat dan tersurat untuk difahami tanpa menyisihkan kehormatan penyampai dan pendengar. Betapa indahnya pengajian Melayu itu.....

Beberapa petikan dan seloka sebagai pengenalan awal.. :

..."...buat apa berkira-kira, selagi hati masih durjana, buat apa berjanji setia, hanya semu lidah berkata...."

..."...katamu hebat dibibir sahaja, bila salah diam sahaja, bila gagal ada alasannya, bila kalah yang lain sebabnya, bila mungkir bukan salahnya, bila dipuji akulah orangnga..."

..."...kenapa berdalih bermain kata, katamu ia tidak pun sama, kenapa kata berjanji setia, kenapa lari tiba masanya, kenapa tidak tegakkan kata, pantang Melayu berdalih adanya, tiada Melayu mungkir janjinya, tiada Melayu dengki hatinya..."

..."...janji jangan ditinggalkan sahaja, kelak badanmu akan binasa..."

..."...hidup takut sengsara tiba, hidup berlakon di atas rasa, atau jahat hatimu jua, tiada nyata bila sukanya, bila susah menimpa rasa, baru nampak akan celanya, baru terkeluar akan berangnya, baru terbuka pekong di dada, aduhai Melayu tak kenang jasa..."

..."...tiada mahu bersama-sama, tiada mahu mengota kata, tiada mahu malu sikapnya, hanya benar rasa sentiasa, bila di tegur pantas balasnya, bila di usik cemas hatinya, bila susah goyang hidupnya, bila marah segera hukumnya, bila berjanji memilih jasanya, bila bertuan yang kaya raya sahaja..."

..."...inikah Melayu diberi nama, tugas diatas upah yang ada, atau rela berkorban nyawa, atau mati diatas kebenaranya..."

..."...jika di cela marah hatinya, bila di uji kecil dirinya, bila susah hilang semangatnya, bila senang lupa janjinya..."

..."...bila diminta berkira-kira, bila menolak ditimbang-timbangnya, kalau yang benar lakukan sahaja, biar yang salah dihukum sahaja, berdolak-daleh kerjanya kita, takut mati miskinnya kita, kata orang di atas dunia, berani itu kerana benarnya, takut itu ada lah salahnya..."

..."...Melayu apa Melayu nista, Melayu mana gagah dirinya, hanya seloka menunggu senja, hanya mati menunggu akhirnya..."

..."...mengenal ikat tersimpul rata, tiga kerat pembekal makna, jika bijak buka sampulnya, jika hebat pecah ruyungnya, jika tidak berundur saja..."

petikan-petikan di atas bukanlah sesuatu yang baru, malah ianya sudah berzaman dilidah Melayu yang mengajar anak cucunya dalam melayari kehidupan di dunia yang fana ini. Sedikit-demi sedikit ianya samada secara sengaja atau tidak sengaja, secara sedar atau tidak, secara halus atau kasar... ianya semakin hilang di kaburi dakyah-dakyah, perbuatan, kehendak, naluri dan nafsu yang berleluasa. Bangkitlah bangsaku... kembalilah kepada yang asalmu... satu bangsa yang terhormat, gagah di nusantara, penegak kebenaran yang hakiki, budaya yang memerintah.... Ketahuilah... Melayu sudah lama di dunia ini....
sekian dahulu, terima kasih.

1 comment:

  1. Melayu itu Alam, Dunia Pemikiran Ketuhanan dan Budaya Yang Memerintah. Itu sebab banjaran gunung tertinggi di dunia dinamakan Himalaya (Hi=gunung, malaya=malai/malay/malayu/melayu. Memang Melayu itu ada saktinya yang tidak dipunyai oleh bangsa-bangsa lain. Saya adalah seorang anak murid Prabhu Agung Ki Asmoro Wijoyo yang akan memikul tugas untuk menghidupkan fitrah Melayu supaya orang Melayu dapat kembali kenal kepada identiti keMelayuannya, bukan identiti orang lain. Orang Melayu hilang identiti bila agama-agama Hindu dan Buddha dari India masuk ke Alam Melayu. Selepas itu agama Islam dari Timur Tengah pula masuk ke rantau ini di mana raja-raja, pembesar dan rakyat memeluk agama tersebut setelah "murtad" dari agama Hindu dan Buddha. Selepas itu penjajah Barat dan agama Kristian pula masuk ke Alam Melayu yang menghilangkan terus identiti Melayu. Alam Melayu dipecah menjadi negara-negara seperti Indonesia, Malaysia, Singapura, Sri Lanka, Myanmar, Thailand, Brunai, Filipina, Vietnam, Laos, Kampuchea, Hong Kong, Taiwan, Polynesia, Melanesia dan Hawaii. Orang Melayu telah hilang identiti aslinya apabila mereka berpecah menjadi Jawa, Sunda, Minang, Bugis, Batak, Melayu, Iban, Kadazandusun, Filipino, Siam, dsb. Saya percaya 300 juta orang Melayu di Alam Melayu (Nusantara) ini boleh menjadi kuasa dunia jika sekiranya mereka balik ke pangkal jalan menjadi Orang Melayu Sejati dan mengenepikan fahaman politik, agama dan suku. Orang Melayu Sejati memegang tiga prinsip hidup yang utama, iaitu 1) Tidak boleh berdolak dalik, 2) Tidak boleh berhasad dengki, dan 3) Tidak boleh mungkir janji. Teruskan menulis Malenka Sri Elang. Ikuti blog saya yang ada menyingkap sedikit hal ini. http://drilyasharunmalaysia.blogspot.com atau email: drilyasmy@yahoo.co.uk atau jurusstrumformula@yahoo.co.uk

    ReplyDelete