melayu.......

MELAYU ITU BUKAN RUPA, BUKAN KULIT, DAN BUKAN ORANG....

MELAYU ITU ALAM, DUNIA, PEMIKIRAN KETUHANAN....

MELAYU ITU... BUDAYA YANG MEMERINTAH

Saturday, April 11, 2015

FALSAFAH MELAYU 2

FALSAFAH MELAYU 2

(Karya : RADEN MAS PRABHU GUSTI AGUNG KI ASMORO WIJOYO, Universiti Mahasiddha)

Pengenalan Falsafah Melayu II

Falsafah Melayu II ini adalah sambungan kepada siri pertama Falsafah Melayu yang merupakan penulisan yang di harap menjadi kemestian memilikinya sebagai kanonikal Melayu, sesuatu yang merupakan skriptualisitk bangsa Melayu, sesuatu yang di pandang sebagai pembakar semangat Melayu, penunjuk jati diri orang Melayu serta kaedah baik pulih jiwa dan naluri Melayu agar Melayu menjadi dirinya sendiri, berdiri di atas kejatian bangsanya dan berbudaya dengan budaya asli tanpa influensi dari mana-mana doktrin yang bukan Melayu. Ia adalah sumbangan kesusasteraan Melayu dan pencetus kebangkitan orang Melayu. Di harapkan sesiapa yang membacanya harus memahami tujuannya, jangan terus menuduh tanpa memahami akan maksudnya dan memahami erti yang hendak di sampaikan. Falsafah Melayu hanya melingkari bulatan MELAYU dan tiada kaitan dengan yang lain. Maka janganlah berkata ianya dakyah yang menyesatkan hanya jika ianya menepikan fahaman dan ajaran bangsa lain, jika ianya menjadi anutan orang Melayu. Falsafah Melayu hanya untuk orang Melayu yang inginkan kembali jati dirinya, yang inginkan ketulinan diri dan siapa dirinya sebagai orang Melayu.

Rasanya tidak salah dalam menyampaikan sesuatu yang berteraskan bangsa kita sebagai bangsa Melayu dan rasanya tidak salah juga jika mengagungkan bangsa sendiri. Ada ke salahnya? Haruskah orang Melayu membanggakan bangsa lain? Tanyalah diri sendiri. Falsafah Melayu adalah falsafah jiwa bangsanya, bukan falsafah berkenaan ajaran dan doktrin bangsa lain. Adakah takut semua akan bangsa sendiri atau malu menjadi Melayu, malu di katakan sebagai orang Melayu yang penuh kepercayaan tahyul dan primitif nilai kehidupan mereka ibarat orang asli di hutan. Adakah bangsa sendiri malu dirinya di lahirkan sebagai orang Melayu. Sepatutnya kitalah yang paling bangga di lahirkan sebagai orang Melayu. Kita akan kekal dan tetap banggakan bangsa kelahiran kita sampai mati. Tiada sesiapa yang kita lihat hanya bangsa kita bangsa Melayu bangsa yang terhebat di mukabumi ini.
Di harapkan juga Falsafah Melayu akan menjadi sumber inspirasi dan aspirasi kepada mereka yang haus dan dahagakan pengenalan diri mereka sebagai Melayu dan ingin sekali menambah kamus perbendaharaan Melayu serta keilmuannya. Mereka yang benar-benar ikhlas akan diri mereka sebagai orang Melayu pasti akan secara jujur bersetuju dengan apa yang di tulis dengan syarat tidak di kemudikan apa yang di katakan di sini ke arah fahaman bangsa lain dan jangan sekali-kali membuat perbandingan dengan ajaran dan doktrin bangsa lain. Takut ianya boleh mengelirukan kerana Falsafah Melayu berdasarkan seratus peratus elemen dan unsur Melayu tanpa ada tokok tambah dari fahaman bangsa lain.

Terimalah Falsafah Melayu sebagai satu kesusasteraan Melayu dan jadikanlah ia sesuatu yang boleh menambahkan dan meluaskan horizon pemikiran pembaca dan anggaplah ia satu hadiah yang berharga demi bangsa Melayu dan survivalitinya di masa akan datang moga anak cucu Melayu tidak hilang jati dirinya dan semoga orang Melayu dapat meraih kembali posisi mereka sebagai juara di persada dunia dan menjadi bangsa penguasa di mukabumi ini. Inilah harapan penulis dengan tulus demi bangsanya bukan demi sesiapa jua, demi anak cucunya dan bukan demi orang lain yang hanya inginkan kehancuran bangsa Melayu. Moga penulis yang kecil ini menjadi satu bahan telahan untuk orang Melayu yang ikhlas dalam mencari jati dirinya sebagai Melayu dan moga menjadi pembuka hijab akan pencarian tentang Melayu itu secara lebih intim dan lebih dalam lagi pengertiannya seperti yang tidak pernah di ketahui. Jangan terkejut dan tidak percaya tentang huraian Melayu di sini kerana apa yang di bentangkan adalah sesuatu yang di luar skop pengajian Melayu dan pengenalan tentang Melayu yang tiada dalam kajian sesiapa kerana skop Melayu yang di bentangkan adakah hasil dari pemikiran Melayu yang mengamati kehidupan bangsanya dan mendapatkan satu kesimpulan dari sudut hakikat dan bukan pandangan lahiriahnya.
Harap sidang pembaca memahaminya dan bersungguh-sungguh memahaminya sebelum merumuskan apa-apa kerana penulisan ini bukan hendak meremehkan sesiapa atau menghina mana-mana orang Melayu atau bangsa lain yang bukan Melayu. Ia adalah niat suci demi menceritakan umbi jati orang Melayu dan kehidupan orang Melayu yang kini di landa dilemma dan hilang akan identitinya sebagai Melayu akibat perubahan zaman dan asimilasi budaya bangsa lain yang kini sudah di serap orang Melayu. Terimalah Falsafah Melayu II dan selamat membaca.







Falsafah Melayu II

Falsafah Melayu adalah falsafah yang berorientasikan KETUHANAN @ HAKIKAT. Deduksi dan konklusi yang berorientasikan hakikat dan merupakan dasar pemikiran Melayu di alam ini. Falsafah ini yang merupakan fondasi kepada kenyataan diri orang Melayu itu sendiri dalam mencari identitinya dan mendapatkan kesedaran hidupnya di dunia ini. Melayu sudah lama ada dan sudah memiliki peradabannya secara fizikal mahupun dalam konteks spiritual. Orang Melayu sudah meneroka alam ghaib dengan keilmuannya dan mampu berkomunikasi dengan makhluk ghaib. Samada nyata atau ghaib alamnya sudah di fahami oleh orang Melayu. Bukanlah sesuatu yag menghairankan bagi orang Melayu akan semua prasarana alam ini sama ada ghaib atau nyata. Kita orang Melayu dah biasa.

Falsafah Melayu adalah satu filsafat yang bersifatkan holistik di mana ia memainkan peranan dalam menjana kefahaman bangsanya dan interaksi dirinya dengan budaya Melayu serta menerapkan cara dan gaya hidup yang berorientasikan hakikat dan bukan bersandarkan nafsu. Ramai orang Melayu tidak sedar akan nalurinya yang sebenarnya sentiasa berselera dengan nilai-niai harmonis yang di alami oleh jiwanya dalam jalan ketuhanan tiada kira prasarana keruhanian apa juapun asalkan mereka dapat mendekati akan alam ruhaniah dan mendapatkan jalan pengenalan akan Tuhannya serta menyelami ilmu Tuhannya yang berupa hikmah yang menjadi topik utama dalam pencarian keilmuannya.

Inilah falsafah kehidupan orang Melayu yang ramai tidak menyedarinya. Ramai orang Melayu amat prihatin dengan pegangan agamanya dan menganggap ianya sebagai prasarana keruhanian dan jiwanya. Keruhanian adalah teras dirinya dan orang Melayu berpaksikan keruhanian dalam perjalanan kehidupannya di dunia bukan menjadi materialistik seperti yang di sangkakan. Orang Melayu berubah haluannya kerana di serapkan dengan pegangan kepercayaan yang tidak sinonim dengan dirinya dan membahayakan diri orang Melayu yang di tekankan keruhanian yang bersandarkan materialistik sebagai pegangannya. Ketulusan orang Melayu dalam menjalankan aktiviti keagamaan ataupun keruhanian patut di banggakan dan puratanya orang-orang tua Melayu yang ada setia dan taat akan kepercayaannya. Mereka menjadi pengikut yang hebat dan sentiasa bersedia menjalan aktiviti itu tanpa susah payah jika di bandingkan dengan bangsa lain. Tapi adakah kepercayaan atau pegangan yang di miliki itu mampu memajukan diri orang Melayu atau membuatkan orang Melayu mengalami konflik di atas pendasaran kepercayaan itu bersandarkan budaya orang asing yang bukan Melayu.

Kehidupan keruhanian atau berteraskan hakikat adalah urat dan nadi kehidupan orang Melayu dan menjadi warisan yang amat di hargai. Tidak mungkin orang Melayu hidup di dunia ini atau menjalani kehidupannya sebagai manusia di bumi ini tanpa berpandukan falsafah kehidupan yang bersendikan hakikat. Ramai orang Melayu kini sudah tidak lagi memahami betapa pentingnya akan hakikat dan ramai yang tidak memahami akan hakikat itu yang amat berkait dengan kehidupannya sebagai orang Melayu. Tanpa ada hakikat atau nilai hakikat itu, orang Melayu hilang sudah akan jati dirinya sebagai orang Melayu. Kepayahan yang di alami oleh orang Melayu kerana bersimpangnya bebarapa fakta yang membuatkan orang Melayu terkeliru dalam mendefinasikan keruhanian yang menggunakan aliran fikiran bangsa lain yang tidak seerti dengan logika keruhanian dan pembuktiannya jauh tersimpang dari perjalanan keilmuan Melayu yang sebenarnya walaupun mengetahui akan kebenaran itu jika muncul adalah sesuatu yang sama akan isi dan kandungannya.

Orang Melayu hidup berhakikat atau boleh di sinonimkan sebagai hidup bertuhan yang mana ianya adalah umbi atau fondasi kewujudan orang Melayu di dunia ini. Anutan dan kepercayaan orang Melayu yang ada hari ini hanyalah merupakan prasarana keruhaniannya dan bukan jawapan akan dirinya dan jika ianya menyingkap akan asal usulnya orang Melayu dan kaitannya dengan kepercayaannya, akan kita dapati tiada terdapat jawapan dalam prasarana keruhaniannya. Anutan yang ada hanya merupakan aktiviti prasarana keruhanian yang tidak membawa kepada erti Melayu atau mendapatkan perkaitannya dengan dirinya sebagai orang Melayu. Secara ontologinya Falsafah Melayu adalah kajian tentang dirinya, kejadian dan kewujudannya serta perkaitan akan adanya Melayu di atas dunia yang mana tiada jawapan yang dapat di dalam prasarana keruhanian itu kerana jawapan yang di sediakan tiada menunjukkan perkaitannya dengan orang Melayu. Maka orang Melayu tidak berjumpa secara ontologinya akan asal usul Melayu dalam ajaran atau doktrin anutannya. Hanya mengikuti akan penjelasan yang ada dan mengambilnya sebagai bahan bukti akan kejadian Melayu.

Terlalu banyak fakta di perlukan untuk menceritakan asal usul Melayu dan bukan hanya mengambil penampilan ilmu bangsa lain dan di jadikan sejarah bangsa sendiri dan menjadikan ia jua cerita bangsa Melayu. Semua itu rasionalnya tidak membawa apa-apa pengertian dan jika di lihat apa yang tertera dalam doktrin mereka kita lihat secara budayanya amat jauh berbeza dan apatah lagi falsafah kehidupan dan pembentukan nilai budaya yang tidak sama. Orang Melayu tidak lagi dapat membezakan dirinya samaada dia bangsa Melayu atau sebangsa dengan anutan bangsa itu. Kekeliruan ini sudah menjadi dilemma bangsa yang merumitkan sistem kehidupan orang Melayu kini.

Falsafah Melayu ingin mengutarakan kemelut ini dengan memberi kefahaman setulin mungkin akan pemikiran orang Melayu. Falsafah kehidupan orang Melayu berpaksikan ketuhanan dan ketuhanan yang di maksudkan adalah ketuhanan dalam kefahaman Melayu. Orang Melayu tidak lari dari kefahaman bangsanya yang berteraskan Tuhan. Adalah agak ganjil jika di katakan orang Melayu sudah lama tahu siapa Tuhannya kerana hari ini tiada kata Tuhan atau keterangan mengenainya dalam kesusasteraan agamanya. Di anggap selama ini dalam melayari masa orang Melayu bertukar-tukar prasarana keruhaniannya dari satu agama ke agama yang lain. Tiada ketetapan dalam anutan orang Melayu. Orang Melayu merobah keyakinannya dengan pertukaran agamanya. Tapi ramai yang tidak mengerti akan orang Melayu sentiasa hidup bertuhan dan Tuhan tetap satu dan orang Melayu hanya menyembah Tuhan yang satu. Agama hanya prasarana sahaja iaitu prasarana keruhanian dan jiwanya. Ianya sebagai landasan dalam mencari Tuhannya dan pakaiannya di atas dunia ini. Diri orang Melayu tidak berubah, mereka tetap dengan kepercayaan akan Tuhan yang satu. Inilah enigma Melayu.

Orang Melayu menyedari bahawa tanpa dapat mengetahui dan mengenali siapa Tuhannya, dirinya tidak mungkin akan lengkap kerana orang Melayu amat memahami perkaitan dirinya dengan Tuhannya. Untuk itu orang Melayu mempelajari sesuatu itu bukan di atas kata dan ayat sahaja bahkan mencari erti terdalam dalam merungkaikan hakikatnya. Orang Melayu tahu hanya dengan ilmu hakikat sahaja dia dapat mengenali Tuhannya sebenar-benarnya. Hakikat segala yang ada maupun ghaib ataupun nyata adalah dari Tuhannya dan milik Tuhannya. Tiada kebenaran di alam mayapada ini yang tidak berhakikatkan Dia. Dialah segala-galanya. Inilah garis panduan orang Melayu dalam hidupnya. Setiap yang hendak di buat oleh orang Melayu adalah pembuatan yang bersendikan Tuhan. Inilah kehebatan orang Melayu kerana mengaku akan hakikat Tuhan itu adalah punca segala dan sumber dirinya dalam kuasa dan keilmuannya. Ramai pendita Melayu dan cendiakawan Melayu melahirkan karya mereka dan karyaan mereka mendapat penghormatan dari bangsa lain kerana keilmuan Melayu yang bersumberkan ketuhanan atau hakikat itu menjadikan mereka sebagai pemungkah dan pembuka akan rahsia ketuhanan dalam keilmuan mereka mahupun dari segi teknologi yang di milikinya.

Orang Melayu memahami bahawa hakikat itu tiada terbogel begitu sahaja bahkan ianya terselindung di dalam rupabentuk, terahsia di balik kata dan ayat, tersembunyi di balik apa yang kita nampak dan terlihat oleh mata dan minda orang Melayu serta segala apa jua di alam ini hanya merupakan inkapsulasi akan kebenaran yang di namakan hakikat itu. Orang Melayu tahu hidup dalam kebenaran adalah kerahmatan Tuhan yang di carinya kerana segala apa yang kelihatan di alam ini tidak membawa erti yang sempurna di dalam kehidupannya. Hidup bertuhan adalah tema falsafah kehidupan orang Melayu. Inilah warisan yang di warisi sehingga kini walau ramai menolak akan fakta dan kebenaran ini kerana hidup orang Melayu sekarang sudah jauh dari peranti kehidupannya. Orang Melayu menolak adanya kefahaman bangsanya yang jauh lebih intim dengan kebenaran dari usul falsafah bangsa lain. Mereka sudah lupa asal bangsanya dan tidak lagi melihat bangsanya sebagai bangsa yang agung dan mampu memiliki kepintaran dan kebijaksanaan dalam mengolah masalah ketuhanan mahupun kehidupan yang di lalui.

Bagi orang Melayu hidup tanpa hakikat sama seperti hidup tiada berperasaan. Hanya melihat sesuatu tanpa merasainya. Dalam keilmuan Melayu menyatakan hanya dengan memahami sesuatu secara berfikir tanpa merasai akan sesuatu itu maka ilmu tentang sesuatu itu tidak lengkap. Sebagai contoh melihat secawan kopi tanpa merasanya maka kesahihan kopi atau pengetahuan tentang kopi itu tidak lengkap dan tidak dapat di pastikan kebenarannya. Maka tanpa hakikat apa jua yang kita pelajari dan cuba memahaminya hanyalah percubaan yang sia-sia kerana kenal hanya kulitnya tapi isinya kosong belaka. Ilmu sebegini rupa merupakan ilmu yang tidak diingini oleh Melayu kerana ianya hanyalah fahaman yang belum terbukti kebenarannya. Jika benar jua, tetap tiada kepastiannya dan tanpa kepastian amat sukar orang Melayu hendak mempercayainya, hanya ikut-ikut bukan caranya kita orang Melayu menimba ilmu.

Hidup berhakikat adalah prinsipal kehidupan Melayu. Orang Melayu tahu prinsipal-prinsipal hakikat adalah prinsipal-prinsipal yang berlandaskan ketuhanan di mana ianya adalah hikmah pelaksanaan Tuhan dalam TajjaliNya. Orang Melayu amat mengerti jika sesuatu yang di raih lebih-lebih lagi keilmuannya jika ianya tiada prinsipal-prinsipal ketuhanan itu, ianya tidak akan kekal lama dan sentiasa perlu di ubah sedangkan prinsipal-prinsipal ketuhanan adalah PRIME CAUSAL KNOWLEDGE. Ia tidak rusak dan tidak mengalamai perubahan. Hanya kaedah pembentukannya mungkin berlainan akibat perubahan zaman namun integriti prinsipal tidak tercalar dan tidak berubah. Inilah hikmah yang sudah ada dalam alam ini yang merupakan sesuatu yang INHERENT, sentiasa ada kekal atribusinya.

Orang Melayu memfokuskan segala indera mindanya ke arah meraih ilmu yang sebegitu rupa dan memahami akan prinsipal-prinsipal itu dan akhirnya di halakan apa yang di raihnya ke arah pembentukan keilmuan yang dapat membantu pembinaan prasarana holistik Melayu dan peradabannya sebagai manusia yang memahami apa yang di kehendaki oleh Tuhannya. Seterusnya menggunakan ilmu itu menjaga alam dan keselamatan manusia agar tidak menggunakan ilmu yang bersandarkan nafsu dapat menghancurkan apa yang Tuhan telah jadikan.

Melayu dalam falsafah kehidupannya amat arif tentang hakikat dirinya. Mereka mengetahui setiap yang nyata ini hanyalah kesan dari sesuatu yang menjadi sebabnya. Dunia yang nyata ini bukanlah dunia kausal atau punca sebabnya. Ianya hanyalah kesan akan Tajjaliat Tuhannya. Jika melihat akan apa yang berlaku di alam ini dan menganggapkan ia sebagai kebenaran maka kita akan tertipu. Orang Melayu sudah jauh penilikannya dan tidak semudah itu mempercayai sesuatu bersandarkan apa yang di lihatnya. Setiap usul hendaklah di uji akan kebenarannya dan tidak hanya menerima bulat-bulat tanpa mengkaji sejauh mana usul itu membawa kita kepada kebenaran. Maka orang Melayu tidak semudah itu menerima buah fikiran bangsa lain hanya kerana semata-mata benar bagi mereka, tapi belum lagi benar pada kita orang Melayu. Proses berfikir Melayu itu adalah proses yang sentiasa menguji akan ketahanan data yang ada untuk sejumlah masa dan akan cuba membongkar isi kandungan data itu untuk mendapatkan rasa elingnya supaya data yang di bentang berada dalam lingkungan prasarana minda Melayu iaitu SEQUENCE TRUE & LOGIC nya atau berfikir secara HIGHER ORDER atau CRITICAL THINKING yang menjadi tunjang keintektualiti Melayu.

Sesuatu yang di katakan ilmu pengetahuan yang hendak di terima seharusnya di terima sesudah berfikir habis-habisan bukan hanya mempercayai sesuatu itu bulat-bulat. Jika kita tidak menggunakan akal fikiran kita maka sia-sialah menjadi manusia yang di lengkapkan dengan prasarana mindanya, hanya menjadi binatang dan Pak Turut sahaja. Melayu harus mengamalkan sikap sentiasa berfikir dan menghujahkan sesuatu hal dan di uji akan ketahanan data tersebut sebelum menerimanya. Orang Melayu harus mendapatkan batasan ilmu itu dan kesesuaian mengikut tradisi budaya bangsa Melayu dan jika perlu di ubah maka ubahlah agar orang Melayu tidak di landa konflik akibat perbezaan kefahaman budaya atau kefahaman ilmu yang berbeza adat logikanya dan kebiasaan kehidupan orang Melayu.

Orang Melayu pemikirannya bersistemkan hakikat. Hakikat yang di fahami oleh Melayu iaitu hakikat yang TRANCENDENTAL yang hanya boleh di raih oleh RASA sebagai medium pelengkap akan sesuatu itu. Menerima hanya menerima tanpa bukti RASA dan deduksi LOGIC & TRUE, Melayu melihat kenyataan itu sebagai sesuatu yang LOW ORDER of THINKING di mana prasarananya hanya LOWER MIND yang berfungsi secara BINARY bukan MELAYU dalam HIGHER ORDER of THINKING yang berfungsi secara TRINARY ataupun QUATERNARY pada HIGHER MIND. Ini adalah set-set atau pola pemikiran yang menggunakan logika yang berlainan dari yang biasa. Kebolehan Melayu berfikir secara HIGHER ORDER sudah lama ada dan terpendam sebagai potensi yang hanya menunggu di bangkitkan dan di gunakan sebagai sistem berfikirnya orang Melayu. Kemungkinan ramai yang membaca Falsafah Melayu ini akan terpinga-pinga dengan penjelasan ini kerana mereka tidak pernah tahu akan perkara ini.

Setiap sesuatu itu tidak akan di terima oleh orang Melayu selagi kebenaran itu tidak dapat di buktikan hakikatnya maka tiada logiknya mereka menerima apa saja sebagai sesuatu yang wajib untuk diri mereka apatah lagi jika di paksa menerimanya tanpa sebarang kemungkinan untuk berhujah dan mendapatkan kepastian yang sesuai dengan logika dan pola pemikiran Melayu yang adalah berhakikat. Orang Melayu akan berhujah autensitinya mengikut kaedah keilmuan Melayu agar pemikiran orang Melayu tidak semudah itu di racuni dengan hujah-hujah yang lemah dan tiada mengikut sistem hakikat. Orang Melayu memiliki sistem pemikirannya yang tersendiri yang di bangunkan hasil dari usaha-usaha meraih kefahaman akan siapa dirinya dan perkaitan dengan Tuhannya. Kita orang Melayu memiliki sistem pemikiran yang menjadi tradisi keilmuan orang Melayu itu sendiri dan warisan yang di warisi turun temurun oleh datuk nenek moyang orang Melayu yang menjadi pelopor dan pencetus budaya pemikiran orang Melayu itu juga sebagai pencetus budaya berilmu.

Falsafah Melayu II seterusnya ingin membawa sidang pembaca kepada isi atau kontenasi kefahaman Melayu dalam fondasi falsafah kehidupan dan menggariskan suatu keterangan tentang apa yang Melayu tahu tentang dirinya dan apa yang di raihnya selama ini dan di rumuskan sebagai Interpretasi dan Kontenasi Fondasi Diri Melayu sebagai falsafahnya.








Interpretasi dan Kontenasi Fondasi Falsafah Melayu

Hidup Melayu adalah hidup Tuhannya.

Orang Melayu amat peka dengan perbezaan yang ujud menjadi garis pemisah akan mana yang benar mana yang bathil. Orang Melayu tidak mengeluarkan pendapat-pendapatnya hanya sekadar membaca kitab atau perantaraan kalam sahaja tanpa ianya terbukti di atas dirinya sendiri. Orang Melayu cuba mendekati kebenaran yang ada mengikut kemampuan dirinya berserta formula-formula yang di jadikan perintis dalam mencapai hakikat akan sesuatu itu. Pendapat atau keterangan yang ada samada perlu di buktikan atau hanya di terima tanpa perlu di buktikan tidak menjadi satu kemestian menerimanya dan jika hendak di terima jua orang Melayu akan menggunakan LOGIC & TRUE SEQUENCE sebagai pematika akalnya dalam merungkai akan ketetapan pendapat atau keterangan samada patut di terima atau tidak perlu di terima tanpa menyisih atau membuangnya. Logika Melayu bertanggapan bahawa bukti kebenaran pendapat atau ayat-ayat yang menjadi keterangan seharus di pertimbangkan akan kesesuaian budayanya dan melihat kesulitan yang akan timbul dalam penerimaan pendapat atau satu-satu keterangan. Amat sukar dalam menilai sesuatu itu benar atau tidak kerana pemikiran yang menerimanya hakikatnya tidak mampu untuk melihat apa yang di maksudkan dan mendapat tahu akan cerita yang tersembunyi di sebalik pendapat dan keterangan itu.

Dalam perjalanan hidup berilmu orang Melayu tahu semua yang ada adalah hak milik Tuhannya. Manusia tidak melihat kebenaran ini sebagaimana orang Melayu melihatnya. Orang Melayu merasai akan kebenaran ini pada dirinya dan apa jua yang ada pada dirinya adalah milik Tuhannya jua. Tiada ada segala sesuatu di alam ini yang bukan milikNya. Kebenaran itu di rasai oleh orang Melayu dengan dirinya sendiri tanpa hasutan dan tanpa influensi dari sesiapa. Orang Melayu meraih sendiri kefahamannya dan mendapatkan sendiri kebenarannya. Jadi orang Melayu tahu manusia tetap manusia walau setinggi manapun darjatnya tidak akan sekali-kali mampu meraih akan pengenalan Tuhannya apatah lagi berkeinginan menjadi seperti Tuhannya. Orang Melayu berkeyakinan bahawa hidupnya merupakan hidup atau milik Tuhannya. Hidupnya Melayu bukan hidupnya sendiri dan tiada bukti yang menunjukkan pemilikan hidup itu adalah haknya.

Hidup itu hidup Tuhannya dan sekali-kali bukan miliknya. Hidup orang Melayu itu adalah hidup Tuhannya dan bukan di istiharkan sebagai milik sejati orang Melayu. Ianya adalah pinjaman dan lebih merupakan satu pajakan yang mana suatu hari nanti pasti akan di pulangkan kepada Empunya hidup itu. Memahami akan kenyataan ini orang Melayu sentiasa berusaha untuk menyatakan hidup Tuhannya dan bukan hidup dirinya sebagaimana yang telah di nyatakan. Orang Melayu tiada kehidupan dan jika ada kehidupannya sebagai orang Melayu ianya hanyalah semata-mata menyatakan hidup Tuhannya. Oleh itu setiap orang Melayu harus sedar kewujudannya atau eksistensinya hanyalah bayangan akan hidup Tuhannya yang kini di milikinya sebagai satu kehidupan di atas dunia ini. Hidup Melayu hidup BERTUHAN. Bertuhan membawa erti akan latarbelakang orang Melayu itu. Kita lihat pada bangsa lain di mana mereka bersikap yakin akan dirinya dan jika mereka membuat sesuatu mereka yakin akan kemampuan dan kebolehan mereka. Inilah SELF-CONFIDENCE mereka. Keyakinan di atas diri sendiri sedangkan orang Melayu yakin akan diri mereka bukan di atas diri mereka tapi yakin Tuhan bersama dengan mereka. Tanpa Tuhan orang Melayu tidak mungkin yakin kerana yakin atas diri sendiri ertinya bertunggakkan nafsu dan ke egoaan seperti ini tiada membawa erti untuk orang Melayu. Yakin orang Melayu di atas pembuatan mereka kerana yakin Tuhan sentiasa bersama dan beserta dengan mereka.

Orang Melayu sedar akan kebenaran hidupnya, kebenaran akan hakikat hidup dan kehidupannya yang merupakan kesementaraan dan bersandarkan hidup Tuhannya. Hidupnya orang Melayu di lihat hanya sebagai penjelmaan perbuatan Tuhannya dan tiada essensinya hanya menyatakan hidup Tuhannya. Orang Melayu sudah mencapai kesedaran ini lantas menumpukan seluruh hidupnya ke arah mencapai kesempurnaan hidupnya dengan falsafah kehidupan yang mengikut hakikatnya dan tidak melulu di dalam hidup bertubuh yang bertumpu di atas nafsu. Tubuh hanyalah kenderaan bagi orang Melayu untuk kehidupan di atas mukabumi ini. Tubuh hanyalah untuk menyatakan kehidupan Tuhannya dan menjalankan hidup yang berorientasikan pencernaan akal yang memahami kedudukan hidup yang hanyalah di atas ehsan Tuhannya dan memahami akan kehidupan yang di beri itu adalah sebahagian Tajjaliat-Nya.
Orang Melayu sudah lama faham akan ketiadaan dirinya kerana Diri Yang Wajibul Wujud adalah Tuhannya. Orang Melayu hanya ada di pementasan tajjali sebagai sesuatu yang ada sementara sahaja dan faham akan kembali dirinya suatu hari menjadi tidak ada sebagaimana asalnya dari tiada. Orang Melayu memahami akan tugasan menyatakan ketuhanannya di mana sahaja dan dalam bentuk apa jua sekalipun. Inilah asal falsafah Melayu yang sentiasa berkiblatkan hakikat tanpa ada sebarang keraguan kerana hanya hakikat sahaja mampu menunjukkan akan kebenaran Tuhannya bukan sekadar ambil tahu atau ikut-ikut tapi terbukti di atas dirinya sendiri akan kebenaran ini. Ini cara Melayu memahami akan sesuatu itu bukan di atas kata orang, bukan atas bacaan kitab orang tetapi melaluinya sendiri akan kebenaran itu dan di buktikan dengan dirinya sendiri. Jika hanya mengikut-ngikut tanpa bukti di atas dirinya orang Melayu merasakan kesempurnaan pengetahuan akan perkara itu masih lagi sesuatu yang di luar dirinya bukan yang di alami oleh dirinya dan yang di buktikan di atas akal dan kudrat anugerah Tuhannya. Orang Melayu amat prihatin dan berhati-hati dalam mengikuti satu-satu kepercayaan atau kefahaman tanpa di tapis dan di analisakan logikanya dan mesti mengikut dan tidak melanggar tunggak adatnya sebagai orang Melayu serta tradisi kehidupannya yang membentuk siapa dirinya sebagai orang Melayu.

Falsafah yang membentuk kehidupan orang Melayu adalah falsafah yang bersandarkan Tuhannya dalam bentuk apa jua sekalipun mesti mencerminkan ketuhanannya iaitu falsafah yang menyatakan hakikat segala sesuatu itu dan bukan permukaan kehidupan yang hanya mencerminkan nafsunya. Hidup tanpa Tuhannya adalah kehidupan yang tiada bertujuan dan merupakan kehidupan yang bersendikan syaitan sebagai kuasa yang menhidupkan dirinya. Tanpa Tuhan, hidup seseorang itu akan hanyut di bawa arus kehidupan yang hanya memperagakan kewujudan dirinya sendiri dan hanya menyatakan kehendak dirinya sendiri. Mereka adalah boneka kuasa syaitan dan merasakan adanya diri mereka itu sesuatu yang penting dan bermakna sedangkan hidup hanya bermakna jika kita ada Tuhan kita yang mana tanpa Dia adalah merupakan kehidupan yang penuh dengan kebohongan dan kedustaan yang akan membawa manusia itu ke arah kemusnahan dan kehancuran dirinya. Orang Melayu hidup berhakikat dan itulah falsafah kehidupannya.

Orang Melayu sudah lama memahami pemasalahan materialisma yang menjadi inti kehidupan manusia yang mana menjadi teraju kehidupan di dunia ini. Sesiapa sahaja akan merasa betapa hidupnya berharga dan apa yang di lakukannya adalah petanda akan ada dirinya. Manusia mahu AKUnya itu di perakui oleh Tuhannya dan memohon agar hidupnya kekal seperti Tuhannya. Konsep sebegini rupa adalah model kehidupan yang amat merbahaya kerana manusia itu bukan asalnya dari ADA dan pasti kembali kepada TIADA, yang ada hanya Dia Tuhan kita. Hanya Dia sahaja yang Kekal untuk selamanya. Manusia pasti akan hilang dan kembali menjadi TIDAK ADA. Falsafah sebegini rupa adalah kenyataan yang amat perit untuk manusia menerimanya kerana tersangat berkeinginan menjadi seperti Tuhannya. Orang Melayu memahami bahawa asal dirinya itu bukan dari Tuhan tetapi di adakan oleh Tuhan dari KEADAAN TIADA menjadi ADA akibat Tajjali Dirinya. Manusia bukanlah PRIME CAUSE tetapi hanya keperluan untuk melengkapkan TajjaliNya. Orang Melayu memahami ke hujung mana sekalipun manusia tetap akan sampai kepada hakikatnya yang tidak pernah ada. Manusia tidak mungkin akan kekal kerana essensi manusia dan asal usulnya adalah kejadian yang sementara maka kekekalan tidak mungkin di miliki kerana yang kekal hanya Dia Tuhan kita. Dialah Wujud Sejati dan makhluk atau manusia tidak akan mampu ujud dan hidup berkekalan kerana itu adalah Dia. Adanya orang Melayu hanya kerana ada Tuhannya yang mana tanpa Dia orang Melayu tidak akan ada. Tanpa orang Melayu Tuhan tetap ada.

Ada Melayu ada Tuhannya.

Melayu meletakkan keyakinan kewujudan dirinya di atas kewujudan Tuhannya. Kita sebagai orang Melayu memahami akan kebenaran ini. Tiada Tuhannya tiadalah dia. Tiada Melayu Tuhan tetap ada. Makhluk tidak menyatakan Tuhannya, Tuhan menyatakan makhluknya dengan DiriNya. Dirinyalah diri sekelian mahkluk itu. Makhluk asalnya tidak ada. Ada Dia adalah makhluk. Tiada makhluk Dia tetap ada. Makhluk tidak mampu ujud dengan sendiri kerana makhluk asalnya tidak ada. Tuhan tidak memerlukan sesiapa untuk membuktikan ada DiriNya. Dia ada dengan SendiriNya. Tiada alam ini pun Dia tetap ada dan tiada makhluk pun Dia tetap ada. Maka dalam falsafah Melayu menyatakan bahawa setiap Melayu wajib menyatakan ADANYA Tuhannya bukan ADANYA dirinya. Orang Melayu faham akan perkaitan kewujudannya itu TIADA maka Melayu mengajak setiap orang Melayu sempurnakan kenyataan ini dengan berusaha untuk meniadakan dirinya setiap waktu dan cuba menyatakan Tuhannya dan ini bukan bermakna dia menjadi Tuhannya. Mengaku dirinya Tuhan adalah syaitan dirinya. Orang Melayu mengakui kebenaran ADAnya Tuhannya dengan menafikan eksistensi dirinya sebagai Wujud yang Hak. Inilah kesempurnaan mengenal diri.

Kerana itu orang Melayu beriktikad kepada WUJUD YANG SATU. Wujud dirinya bersandarkan wujud Tuhannya dan orang Melayu memahami benar akan kebenaran ini. Oleh itu orang Melayu tahu ada dirinya kerana ada Tuhannya dan segala sesuatu itu bersabit dengan yang HAQ itu jua. Dia hanyalah ada di atas keberadaan Tuhannya. Menafikan Tuhan menafikan wujudnya dia sebagai orang Melayu. Amatlah berbeza kefahaman manusia lain atau falsafah pemikiran bangsa lain yang tidak menepati pola pemikiran hakikat sebagaimana Melayu mengamalkannya dalam falsafah kehidupannya. Orang Melayu sudah lama menyedari akan kesulitan dalam memahami kehidupan ini hanya berpandukan ayat dan keterangan yang hanya membicarakan aspek-aspek yang tidak universal kerana lebih cenderung atau di warnai oleh budaya bangsa masing-masing yang mana skop kefahaman hanya bersandarkan budaya manusia itu sahaja. Dalam mengikuti pola pemikiran yang sedemikian rupa membuatkan ramai orang Melayu terjerumus kepada konsep makhluk adalah khalik dan makhluk boleh jadi khalik. Juga bahawa perjanjian kehidupan yang kekal ke atas makhluk yang asalnya bukan kekal dan tidak akan kekal.
Lebih merumitkan lagi apabila orang Melayu terpaksa akur akan falsafah kehidupan mereka yang langsung berlainan adat dan budaya dan tidak sinonim dengan budaya sendiri. Akibat penerapan atau proses asimilasi yang berlaku maka wujudlah kecacatan atau dilemma bangsa itu kerana bertempur dua budaya yang tidak sama. Orang Melayu tahu akan dilemma bangsanya kini akibat bertembungnya dua budaya yang tidak sama bentuk dan hakikatnya. Orang Melayu seharusnya lebih peka akan kedudukan budaya mereka yang bertentangan dengan budaya asing yang menular di dalam kehidupan seharian mereka yang mana membuatkan bangsa Melayu menjadi lemah kerana sudah jauh dari jati dirinya dan falsafah kehidupannya yang bersendikan hakikat. Mereka perlahan-perlahan dan secara tidak sedar di keluarkan cara hidup berhakikat kepada cara hidup yang SUPERFICIAL. Orang Melayu kini hanya menerima prasarana fizikalitinya sebagai tunggak falsafah hidupnya dan bukan prasarana spiritualitinya sebagai asas kehidupan dan kebenaran di atas siapa dirinya sebagai orang Melayu.

Orang Melayu seharusnya menyedari akan hakikat bangsanya dan memahami akan budaya bangsanya yang mana pada asalnya bersendikan hakikat. Kini keilmuan Melayu yang berteraskan hakikat di persalahkan dan di hukum mengikut kayu ukuran bangsa lain yang tidak bersendikan hakikat walaupun terdapat ajaran-ajaran hakikat yang menyonsang dan menerbitkan kekeliruan di mata masyarakat kerana kurang faham dan tidak arif mengolah isi kandungan ajaran itu. Ini tidak bermakna ianya harus di tolak begitu sahaja. Masih ada ajaran yang masih kekal kesuciannya dan menerangkan ajaran itu secara akademik dan logika yang menuruti prinsipal hakikat yang sebenarnya. Jangan hanya mempersalahkan ajaran hakikat hanya semata-mata ianya bertentangan dengan pegangan dan ajaran bangsa lain yang tidak sinonim dengan cara kita orang Melayu. Orang Melayu tidak boleh lari dari ajaran yang berbentuk hakikat mahupun apa yang di katakan keruhanian atau kebatinan. Semua itu adalah persada ilmu Melayu dan di mana sahaja terdapat pembelajaran serantau nusantara dan masih di amalkan dan di pelajari oleh berjuta-juta orang Melayu samada terang atau tersembunyi aktiviti mereka.

Keilmuan Melayu di zahirkan di atas pengamatan atau teropong hakikat bukan terkalam di atas pengajian hukum yang hanya keterangan dan ayat tanpa ada hakikat yang menjadi isinya. Tujuan keilmuan Melayu hanya di atas satu tujuan iaitu membuktikan ada Tuhannya dan bukan percaya tapi bukti di atas dirinya sendiri. Ayat sahaja tidak membuktikan apa-apa, ianya hanya keterangan bukan bukti adanya Dia.

Ilmu Melayu Ilmu Tuhannya.

Setiap orang Melayu berwawasan ketuhanan atau hakikat dan halatuju ilmu Melayu hanya satu iaitu membuktikan kebenaran bahawa dirinya @ AKUnya itu hakikatnya tidak pernah ada kerana yang ada hanya Tuhannya. Ada dirinya itu suatu anugerah yang tidak terkira dan beranggapan adalah tugasnya sebagai orang Melayu mendalami rahsia dirinya dan alam ini semata-mata untuk mendapatkan fakta logika untuk penghapusan dirinya demi membuktikan ada Tuhannya. Maka segala apa jua bentuk keilmuan Melayu dalam pelbagai disiplin keilmuan memuarakan keunggulan dan keesaan Tuhannya dan itulah Ilmu Melayu jika di perolehi olehnya itulah jua ilmu Tuhannya yang mana jika di balikkan paksi ilmu itu adalah semata-mata ilmu yang menyatakan Diri Tuhan itu sendiri. Inilah tajjali yang di fahami oleh orang Melayu. Inilah Ilmu yang di fahami oleh orang Melayu iaitu segala Ilmu itu adalah Ilmu Tuhannya jua. Manusia tidak mampu berilmu dan tak mungkin mendapatkan Ilmu itu tanpa ianya mengembalikannya pada Tuhannya. Ilmu yang di raih oleh akal di prasarana fizikal ini hanya separuh kebenarannya dan tiada makna walau berguna untuk manusia. Ini bukan persepsi orang Melayu dalam berilmu, semua Ilmu orang Melayu adalah mendapatkan Tuhannya dan akhirnya mendapatkan kebenaran dirinya sendiri sebagai sesuatu yang tak pernah ada.

Pembentukan ilmu Melayu melayari ruang dan waktu serta disertasi yang acapkali di kendalikan dalam bentuk-bentuk berahsia dan di ungkap dengan dalaman kata yang meliputi isi ajarannya. Orang Melayu mengawal akan ilmunya dan di pagar dengan keselamatan yang menjauhi manusia yang belum sempurna dirinya dan yang akan mengambil kesempatan menjaja ilmu itu sebagai bahan hujahan remeh temeh. Ilmu Melayu adalah amanah Tuhannya dan adalah sesuatu yang bukan boleh di peragakan dan di sebarkan tanpa ada sekatan dan had yang di benarkan. Ratusan parameter yang menjadi dinding ilmu itu agar tidak terbuka ilmu itu sebarangan. Ramai yang ada hari ini bercerita akan keilmuan Melayu sebagai ajaran hakikat, petua-petua, amalan kebatinan dan tidak tertinggal kepustakaan yang kepelbagaian bentuk sastera dalam bentuk hikayat. Kesemua itu adalah keilmuan Melayu yang hari ini banyak yang sudah lusuh dan makin pudar sehingga ianya bukanlah kebanggaan orang Melayu hari ini. Namun ini semua masih anak ilmu sahaja, belum ilmu orang Melayu yang terpendam dan di simpan dalam rahsia.

Orang Melayu mengambil berat akan hukum keilmuan dan akibatnya jika ilmu itu jatuh ke tangan manusia yang akan menyalahgunakan ia demi kepentingan dirinya sendiri. Orang Melayu melindungi dan menyamarkan ilmunya dengan pelbagai inkapsulasi agar ia menjadi kapsul masa yang sentiasa menjaga integriti ilmu itu agar kekal keaslian dan tidak hilang hikmah ilmu itu di dalam perjalanannya merentasi ruang dan masa. Oleh itu ramai orang Melayu sekarang tidak berjaya memahami akan isi sebenarnya atau apa yang hendak di sampaikan. Proses memahami akan cara Melayu menginkapsulasikan ilmunya sudah hilang kerana orang Melayu kini sudah di dogmakan dengan pemikiran dan budaya asing yang tiada sama dengan bangsanya sendiri. Ilmu Melayu kini di remeh temehkan dan menjadi bahan ketawa oleh bangsa sendiri kerana sudah sombong dan bongkak serta merasa dirinya mulia di sisi bangsa asing yang menjadi ketuanan dirinya.

Orang Melayu memiliki hakikat sebagai garis panduan keilmuannya. Mereka tidak mencari kuasa, tidak mengharap apa-apa dari Tuhannya hanya sekadar hamba yang menggunakan seluruh kudratnya memastikan setiap perolehan ilmu itu tanda shukurnya dan rahmat Tuhannya dalam pengenalan dan mengenal siapakah Tuhannya. Jika di lakukan aplikasi ilmu itu hanya semata-mata sebagai sumbangannya pada manusia agar kesulitan dan kesukaran hidup di dunia di permudahkan dan demi kesejahteraan umat manusia sahaja. Ini semua sebagai tanda menunjukkan akan kasih sayang Tuhan terhadap makhluknya.
Orang Melayu menganggap ilmu itu ilmu Tuhannya dan jika mereka memperolehkannya, mereka akan menjaga ilmu itu sebagai menjaga sesuatu yang terlalu berharga. Orang Melayu tahu ilmu itu anugerah Tuhannya kerana mereka tahu sebagai manusia tiada ada kemungkinan mendapatkan ilmu itu tanpa restu Tuhannya. Oleh itu dalam penapisan perolehan ilmu yang di raih oleh orang Melayu, mereka menentukan ketetapan ilmu itu hanya bernilai jika ianya berbentuk hakikat sahaja iaitu menuju satu jawapan sahaja iaitu Tuhannya. Biar bentuk apa jua ilmu yang di perolehi oleh orang Melayu mereka akan menepikan ilmu-ilmu yang tiada membawa hakikat ketuhanannya. Ilmu orang Melayu memang merangkumi hitam dan putih, baik dan jahat namun untuk orang Melayu mereka mengelaskannya dan ada yang mengamalkannya demi kepentingan kejahatan dan kejahilan dirinya yang masih nafsu dirinya namun bagi Melayu yang elit mereka hanya berilmukan ketuhanan yang sejati di mana ilmu yang hanya membawa kehancuran dirinya dan mengujudkan Tuhannya.

Tidak di nafikan penggunaan ilmu kebatinan dan sihir berlaku di kalangan orang Melayu yang tidak nampak hakikat dirinya namun begitu keseimbangan ilmu itu tetap ada di mana pendita-pendita Melayu akan cuba mendatangkan kesedaran ketuhanan pada mereka. Tidak bermakna orang Melayu yang mengamalkan ilmu hitam atau penggunaan mantra yang menguasai makhluk ghaib sebagai penghalang kehidupan orang Melayu itu. Ianya hanyalah sekadar mainan anak kecil yang mana semua pemasalahan yang di ujudkan hasil dari pengamalan ilmu itu dapat di tangani. Semua itu mudah untuk orang Melayu kerana orang Melayu tahu asal usul ilmu itu dan pantang larang serta perjanjian makhluk ghaib yang akan membuatkan mereka akur akan kehendak orang Melayu.

Yang menjadi masalah hanyalah orang Melayu kini sudah lupa akan adat resam nenek moyang dan tiada mahu ambil tahu akan adat resamnya sehingga makhluk ghaib peliharaannya itu menjadi liar dan bertindak mengacau anak cucu. Segalanya sudah termaktub dalam keilmuan Melayu akan cara untuk berurusan dengan makhluk itu dan pastinya mengikut adat resam Melayu dan bukan adat atau cara budaya asing yang tiada sinonim dengan adat Melayu. Oleh kerana ilmu orang Melayu ilmu Tuhannya maka orang Melayu menguasai ilmu jahat dan baik. Ramai orang Melayu tidak memahami kaedah keilmuan bangsanya kerana sudah jauh terasing dari bangsanya sendiri. Mereka tidak merasakan bahang kehebatan keilmuan bangsanya tetapi mengagungkan ilmu bangsa lain.

Kepakaran orang Melayu dalam keilmuannya jauh meluas merangkumi pelbagai aspek kehidupan dan berkebolehan menguasai unsur alam dan menundukkan hukum alam di bawah kehendak mereka namun sampai hari ini ramai yang tidak berjaya menembusi hikmah keilmuan nenek moyang mereka kerana sudah ketandusan keinginan untuk mempelajari cara-cara keilmuan Melayu kerana beranggapan ilmu Melayu sebagai sesuatu yang bersalahan dengan budaya asing yang di bawa oleh orang Melayu kini. Selagi orang Melayu tidak mahu melihat kehebatan ilmu bangsanya sendiri selagi itulah keilmuan Melayu akan terpendam dan akhirnya akan pupus jua suatu hari. Oleh itu harus di sedari akan hakikat ini dan kita harus membangkitkan semangat Melayu itu agar di tunjukkan kehebatan keilmuan Melayu dan menyedarkan asal tujuan keilmuan itu yang hanya mengarah kepada mengenali Tuhannya dan bukan hanya sekadar pengamal ilmu hitam dan sesat sebagaimana yang di fahami oleh orang Melayu kini.

Hakikat Melayu Tajjali Tuhannya.

Satu tanggapan yang bukan berupa kebongkakan dan kesombongan malah menyatakan hakikat Melayu itu adalah semata-mata menyatakan tajjali Tuhannya. Apa jua yang di maksudkan didalam keterangan ini semuanya merefleksikan akan kenyataan Tuhan itu jua. Melayu pada esensinya tiada dan tidak mungkin ada. Ianya hanyalah ungkapan yang membawa erti kuwujudan satu bangsa yang berpaksikan ketuhanan dan ujud di atas sebab menyatakan Tuhan itu sendiri. Orang Melayu harus tahu sejak awal adanya orang Melayu, mereka ini mewarisi keilmuan hakikat sebagai panduan kehidupan di dunia dan kerana itulah orang Melayu hidup bertuhan. Seawal-awal kehidupan orang Melayu menjalani kehidupannya di dunia sudah di tegaskan betapa pentingnya mencari dan mengenal Tuhannya. Anak-anak kecil sudah di beri cerita ketuhanan dan asal usul Melayu sebagai asas jati dirinya agar Melayu dirinya tidak hilang dan mengekalkan nilai Melayu itu.

Semangat Melayu di hidupkan dengan hakikat dan bukan teras hidup dunia yang hanya merupakan singgahan sahaja. Orang Melayu hidup dan berfalsafahkan hakikat sahaja dan sekali-kali tidak akan membawa dirinya ke kancah nafsu yang menjadi sumber kehancuran dirinya. Orang Melayu membawa hakikat sebagai sejati dirinya dan memahami tubuh atau nafsu itu hanya pakaian sementara yang dijadikan sebagai tataran jalan hidupnya didunia sebagai ujian ke atas dirinya dalam mengotakan perjanjian dengan Tuhannya. Samaada Melayu sudah lupa atau masih ingat akan perjanjian ini terpulang kepada individu yang mengaku Melayu dirinya. Melayu yang sejati dirinya akan tetap ingat dan tidak akan berpaling dari kebenaran ini. Hanya diri sendiri mahu tidak mahu percaya akan kebenaran dirinya.

Tajjali Tuhan itu merupakan agenda Dirinya dan Melayu itu menjayakan agenda Tuhannya. Usaha-usaha Melayu dalam kehidupannya di dunia adalah usaha-usaha menyatakan Tajjali Tuhannya dalam apa jua bentuk sekalipun. Kejayaan Melayu amat bergantung dalam usaha dirinya menyatakan hakikat itu. Orang Melayu faham adalah suatu kepayahan dalam menjayakan agenda Tuhan namun dengan berkeyakinan di atas hakikat yang menjadi inti Melayu itu mereka yakin meraka akan berjaya dan itulah impian setiap orang Melayu sebagai hamba Tuhannya hanya menyatakan kehendak Tuhannya sahaja.
Orang Melayu mewarisi keilmuan yang bersandarkan hakikat dan semestinya mencerminkan tajjali Tuhannya. Penghakikatan Melayu merupakan benih warisan tajjali itu jua maka setiap orang Melayu harus mengambil berat akan kejatian dirinya agar tidak terpesong dengan amanah Tuhannya dan menjadi fitrah orang Melayu itu sendiri kekal dalam hakikat dan sentiasa mengekalkan identiti hakikat sebagai identiti dirinya. Hakikat Melayu Tajjali Tuhannya adalah semboyan pelepas semangat dan bukti adanya Melayu itu adalah bukti akan tajjali Tuhannya. Amatlah bersalahan jika kita orang Melayu hanya mampu mentafsirkan ayat-ayat Tuhannya tanpa mampu mencungkil mesej-mesej yang hendak disampaikan demi kesempurnaan tajjali itu. Ia adalah anugerah Tuhan pada orang Melayu yang di beri keupayaan berhakikat dan kebolehan dalam mencapai akan hakikat segala sesuatu itu. Orang Melayu bukan pentafsir ayat-ayat Tuhannya tetapi mampu untuk menerima mesej hakikat yang terkandung dalam ayat-ayat Tuhannya serta mendapatkan hikmat penjelmaan alam ini sebagai kesan akan Tajjali Tuhannya.

Kita orang Melayu berperanan sebagai penata hakikat dan pengolah hikmat Tuhannya. Orang Melayu harus memahami karakteristik Melayu itu suatu misteri dalam kehidupan tajjali ini. Melayu itu perlambangan akan hakikat tajjali Tuhannya. Setiap urat dan nadi Melayu mengalir hakikat itu sebagai sumber gerak dan hidup Melayu itu. Melayu bukan wujud dan lahir sebagai organisma alam sahaja tetapi merupakan entiti yang berfikiran ketuhanan. Setiap langkah dan setiap tindakan yang di ambil oleh orang Melayu semuanya itu bersendikan hakikat.
Maka orang Melayu yang sudah di dis-orientasikan dari paksi hakikatnya harus kembali dan mengambil balik posisi mereka sebagai ahli hakikat dalam masyarakat manusia. Manusia yang ada sememangnya tidak sama sebab kejadiannya. Melayu di wujudkan atas hakikat tajjali itu bukan peneroka alam nyata yang tidak dapat melihat Tuhannya dimana-mana. Kerana itulah orang Melayu hidup bertuhan dan agama hanya pakaiannya sahaja untuk menginkapsulasikan pengetahuan dan perolehan hakikat segala sesuatu.

Orang Melayu hidup dalam penuh penyamaran dan sentiasa menyembunyikan keilmuannya sebagai keselamatan ilmu yang di raihnya agar tidak jatuh ke tangan mereka yang tidak bertanggungjawab. Oleh itu amat sukar bagi manusia lain untuk mengenal Melayu sebenar-benarnya. Melayu tahu hidup dunia penuh dengan manusia serigala dan buaya buas yang sentiasa cenderung ke arah kehancuran diri sendiri. Jika keilmuan Melayu jatuh ke tangan mereka maka mereka akan menggunakannya demi diri mereka yang masih di tahap nafsu yang tercela. Mereka akan mengekspolitasikannya demi kekuasaan dan penghambaan manusia di bawah mereka dan menggunakan manusia sebagai alat pencapaian nafsunya.

Memahami akan hakikat Melayu memahami jua kita akan kenapa hakikat itu memainkan peranan yang besar dalam memahami tajjali Tuhan. Hakikat akan segala sesuatu itu adalah Dia semata-mata. Dia Tuhan kita adalah jawapan yang kita ingini dan jua hakikat tajjali itu. Maka mereka yang tidak memahami akan hakikat pasti tidak akan memahami tajjali Tuhannya. Manusia yang ada hanya berlandaskan ilmu pengetahuan diatas kefahaman di atas apa yang mereka dapat sentuh dan dirabai oleh indera mereka. Mengenali hakikat sebagai satu yang mampu menerangkan apa yang ada di sebalik apa yang nyata ini adalah merupakan satu-satu jalan pengetahuan yang hakiki tanpa ada salut yang menutupi apa yang di raih secara hakikat sedangkan apa yang kita raih dari pengamatan dengan indera kita hanyalah merupakan kulit atau sarung yang menyembunyikan kebenaran yang terselindung.
Oleh itu orang Melayu menghargai ilmu pengetahuan berbentuk hakiat lebih dari yang lain kerana hanya dengan hakikat sahaja orang Melayu mendapatkan kebenaran erti hidupnya dan kejadiannya yang memainkan peranan dalam tajjali Tuhannya. Orang Melayu tidak akan tergamam dan kehairanan dengan keterangan agama yang masih keanak-anakan dan masih berbau nafsu yang mempromosi kesejahteraan individu serta upah yang hanya merupakan kuih manis sebagai upah amalannya. Orang Melayu telah lama dewasa dalam kefahaman ini dan mereka melakukan sesuatu itu demi cintanya pada Tuhannya tanpa perlu ada upah dan ganjaran kerana keikhlasan beramal tiada perlu ada ganjaran.

Hanya orang Melayu sahaja tidak memerlukan apa jua tataran dan janji manis dari sesiapa demi mengganjarankan kerja dan amal hidup di dunia kerana dalam hakikat kita akan tahu adanya makhluk itu adalah atas EHSAN sahaja dan hidu berbakti sebagah hamba tiada dan pasti tiada akan mendapat apa-apa kerana hamba yang sejati tiada memiliki apa-apa dan tiada dia memiliki walau dirinya. Dia adalah milik Tuhannya dan apa sahaja yang di kerahkan adalah tanggungjawabnya melakukan dengan terbaik dan tentulah tanpa upah. Upahnya yang terbaik adalah ada dan wujud sebagai hamba Tuhannya dan sujud dan akur akan perintahnya tanpa ada kepentingan nafsunya sebagaimana ramai yang berharap akan balasan Tuhannya. Melayu tahu adanya dia adalah cukup kerana tiada yang terhebat melainkan menjadi hamba Tuhannya yang terbaik.

Pandangan Melayu Penglihatan Tuhannya.

Orang Melayu memahami akan hakikatnya itu tiada dan segala apa yang ada pada dirinya adalah milik Tuhannya. Dia di anugerahkan kekuatan itu semata-mata untuk berbakti demi Tuhannya. Maka orang Melayu menggunakan apa jua kelengkapan Tuhan pada dirinya sebagai alat untuk berbakti dan memahami hakikat tajjali Tuhannya. Orang Melayu tidak menghalakan segala keupayaan Tuhannya demi kenikmatan dan kehendak nafsunya yang selera kepada keindahan dunia dan meraih nikmat nafsu sendiri. Inilah yang menjadi kebiasaan manusia menggunakan apa yang ada pada dirinya demi nikmat nafsu duniawi dan terlupa bahawa anugerah yang ada adalah di gunakan untuk melihat Dia dan di gunakan demi bakti untuknya.

Pandangan Melayu adalah cermin hakikat yang di mana-mana sahaja di hala penglihatannya akan kelihatanlah kebenaran akan wajah Tuhannya. Orang Melayu tidak melihat makhluk tetapi hakikat makhluk itu yang menjadi pendiri makhluk itu iaitu Tuhannya. Bukan pada dirinya sahaja ternyata akan hakikat Tuhannya bahkan pada setiap makhluk itu tercermin akan hakikat yang menyatakan akan Dirinya Tuhan kita sebagai hakikat yang ada. Makhluk tidak memiliki diri kerana HAKIKAT MAKHLUK TIDAK ADA. Maka hakikat yang ada hanya Tuhan. Dialah diri sekelian makhluk yang ada. Tanpa Dia makhluk yang ada mati, buta, pekak dan bisu malah hanya merupakan objek yang tidak bernyawa. Orang Melayu menyedari akan kenyataan ini sudah berkurun lamanya sedangkan manusia yang ada baru merangkak dalam pembelajaran mengenal akan Tuhannya.

Pandangan orang Melayu jua adalah imbasan pemikirannya dan cara mereka berfikir akan sesuatu perkara itu sentiasa bersendikan hakikat. Mereka tidak akan menerima apa jua keterangan manusia atau ilmu mereka yang hanya menunjukkan perkalaman nafsunya dan segala hukum yang hanya berlandaskan kesejahteraan nafsu dan hidup duniawi. Orang Melayu sudah lama meningggalkan dunia materialisma dan kehidupan yang berbaur nafsu duniawi. Orang Melayu meneruskan sisa hidupnya di dunia hanya sekadar dia menantikan masanya untuk kembali ke asalnya. Hidupnya ala kadar sahaja tanpa ada pergelutan dalam perebutan kuasa dan kedudukan untuk menunjukkan kekuatan mereka sebagai kaum yang terhebat. Tuhan teramat lebih hebat DiriNya.

Janganlah ada Melayu yang menepikan fakta ini hanya semata-mata diri mereka telah menjadi penganut budaya bangsa lain dan meremeh temehkan kenyataan ini serasa apa yang di paparkan ini hanya dongengan dan mainan mimpi serta tergelak akan kehebatan ayat yang tertera menceritakan akan orang Melayu yang sejati dirinya. Orang Melayu tidak perlu didikan Ketuhanan dan tidak perlu di perkenalkan siapa Tuhannya. Orang Melayu memahami Tuhannya dan tahu akan batasan dirinya dalam mengenal akan siapa Tuhannya. Orang Melayu telus pandangannya dalam mencari jawapan hidup dirinya dan perkaitan dirinya dengan Tuhannya. Orang Melayu melihat segalanya dengan teropong hakikat maka tiadalah ternampak olehnya dalam pandangannya semata-mata hanya Tuhannya sahaja sebagai hakikat segala apa jua yang nyata walau ghaib atau nyata.

Pandangan Melayu mewarisi penglihatan Tuhannya dimana segala apa yang tercerna pada fikirannya hanyalah semata-mata berasal dari kajian hakikat dan bersendi akan Tuhannya. Jika segala fikiran tiada membawa kepada hakikat atau Tuhan sebagai jawapannya maka orang Melayu akan menepikannya dan tidak akan menerimanya. Jika setiap pengetahuan dan mata penglihatannya hanya mampu melihat kehadiran dirinya dan hanya di gunakan semata-mata oleh nafsunya maka orang Melayu mendefinasikan dirinya sebagai makhluk yang jahil akan Tuhannya. Hanya yang jahil nampak diri sendiri sedangkan mereka yang sudah berilmu nampak akan Tuhannya sebagai hakikat dirinya. Orang Melayu tahu hakikat diri mereka tidak ada kerana hakikat diri itu Tuhannya dan dia hanya bersandar diatas kebenaran ini dan ada hanya sementara bahkan aku-nya itupun hakikat tidak ada.

Oleh itu orang Melayu hanya tunduk pada Tuhannya tiada ada yang lain mampu menundukkan dirinya orang Melayu itu. Orang Melayu tiada takut apa dan sesiapa jua dan jika takut hanya pada Tuhannya jika dia sebagai orang Melayu gagal menjalankan agenda tajjali Tuhannya dan gagal melihat hakikat hidup itu Tuhannya jua. Yang paling di takuti oleh orang Melayu adalah mensyirikkan Tuhannya dengan dirinya. Inilah menyebabkan kenapa orang Melayu berusaha menghapuskan keberadaan dirinya kerana di takuti ianya akan mensyirikkan keberadaan Tuhannya di atas akunya diri orang Melayu itu.

Manusia biasa tiada takut akan mensyirikkan dirinya dengan Tuhannya kerana pandangan mereka belum hakiki dan tak mungkin memahami akan kebenaran ini kerana mereka masih jahil akan Tuhannya. Mereka hanya menyatakan keberadaan diri mereka sahaja sahaja keberadaan Tuhannya hanyalah dongeng dan tiada asas untuk membukti akan adanya Tuhan itu. Mereka menerima keterangan dan ayat yang menceritakan Tuhan itu tetapi tidak mampu melihat adanya Dia teramat hampir dengan diri manusia itu. Dialah sebenar-benar diri manusia itu dan manusia di dalam kejahilan merasai akunya itu berdiri dengan sendiri dan miliknya sedangkan manusia itu ada di atas kesementaraan jua dan pasti akan hancur menjadi tiada. Di dalam memahami tajjali Tuhannya manusia harus faham bahawa dia ada di atas ehsan Tuhannya dan di adakan hanya sekadar tajjali Dia jua dan adalah kewajipan manusia itu setelah memahami kedudukan dirinya mendapatkan kesempurnaan tajjali itu dengan menghancurkan dirinya dan mengujudkan diri Tuhannya dengan menyatakan hakikat dirinya. Diri manusia tidak ada dan tak pernah ada dari dulu dan selamanya. Yang ada dan yang wajib wujud itu adalah Tuhannya, zat wajibul wujud. Kenapa tak percaya?

Kerana itulah pandangan Melayu penglihatan Tuhannya. Orang tidak nampak dirinya ada dan jika ada ianya hanyalah bersandar akan Diri Tuhannya yang menjadi hakikat dirinya. Adanya hanya EHSAN dan bertugas menjadi hambanya demi menyatakan Tajjali Tuhannya dan menjayakan agenda tajjali itu. Orang Melayu berperanan sebagai petugas-petugas menjalankan wawasan agenda Tuhan dalam tajjaliNya. Bukan menyatakan kehendak diri sendiri dan hidup demi nafsunya dan kepentingan diri sendiri. Orang Melayu tidak hirau akan kedudukan dirinya di atas dunia, tak kira siapa dan apa jua dirinya, dia memahami hakikat adanya dia semata-mata menyatakan agenda Tuhannya. Kerana itu pola kehidupan orang Melayu adalah pola kehidupan tajjali Tuhan itu sendiri yang membawa dirinya kearah kelompok yang berusaha menjayakan wawasan tajjali Tuhannya.

Pandangan orang Melayu terhadap dunia memang amat ketara perbezaannya kerana orang Melayu melihat alam ini dan dunia yang di diami hanya merupakan satu kesementaraan yang membolehkan dia berbakti dan menjayakan tajjali itu. Orang Melayu melihat kehidupannya di dunia hanya penempatan sementara untuk bertugas dan bukan menjadikan dunia ini tempat dia mencari rezeki dan membesarkan keluarganya. Di sini orang Melayu cuba mendapatkan hakikat dan mencari apakah tugas yang patut di lakukannya demi agenda tajjali Tuhannya. Mereka orang Melayu akan cuba menyatakan tajjali Tuhannya sesempurna yang boleh agar jika tamat tempohnya di dunia ini dia sekurang-kurang sudah dapat menjalankan sesuatu yang berfaedah demi Tuhannya dan bukan dirinya.

Fikiran Melayu Keilmuan Tuhannya.

Setiap fikiran yang terbit dalam dirinya orang Melayu adalah buah fikiran yang berbentuk hakikat dan oleh kerana itu orang Melayu tidak akan membawa fikirannya hanyut dalam fikiran yang bersendikan nafsunya kerana raihan dari nafsu hanya akan membawa dia orang Melayu jauh dari Tuhannya kerana nafsu tidak akan mahu tunduk pada Tuhannya. Orang Melayu amat prihatin dalam pemikirannya agar setiap apa yang di luahkan oleh fikirannya hanya mencerminkan akan Tuhannya dan hanya di terima fikiran itu jika ianya membawa kepada usaha-usaha menjayakan tajjali itu.

Setiap buah fikiran orang Melayu harus tercetus dalam raihannya mendalami akan hakikat dan Tuhannya. Dari cetusan fikiran yang sesuai dengan kaedah hakikat sahaja menjadi medan keilmuan orang Melayu itu. Jika ujud fikiran yang tidak menyatakan Tuhannya maka orang Melayu akan membatalkannya dan menganggap itu adalah cetusan fikiran syaitan dan iblis yang cenderung agar manusia tiada mahu ingat akan Tuhannya. Cetusan fikiran yang paling bahaya adalah cetusan fikiran AKUnya manusia itu yang akan mempertahankan keberadaan dirinya dan takut hilang akan dirinya serta akunya yang di nikmati di atas anugerah Tuhannya. Manusia biasa tidak akan mahu tahu hakikatnya kerana tahu hakikat dirinya tahulah akan dirinya sebenar tiada dan segala apa yang di miliki olehnya selama ini hanya hayalan dirinya sahaja. Semua milik Tuhan. Manusia tiada memiliki apa-apa walaupun akunya itu adalah sandaran atas ada Tuhannya. Semua hayalan sahaja tapi manusia tidak mahu terima hakikat ini.

Orang Melayu berfikir sedalam-dalamnya dan memilih buah fikiran yang bersendikan hakikat sahaja sebagai panduan hidupnya di atas dunia. Orang Melayu berfikir atas apa yang di lihatnya dan apa yang di bacanya. Dia tidak akan menerima bulat-bulat hanya sekadar semua orang mempercayainya. Orang Melayu akan cuba membuktikan dengan dirinya akan kebenaran sesuatu itu. Orang Melayu bukan orang yang suka ikut-ikut tanpa berfikir semasak-masaknya sesuatu itu sebelum menerimanya. Kini ramai orang Melayu yang ada sudah tidak lagi mengendalikan fikirannya secara hakikat tetapi lebih bersandarkan apa yang ada pada keterangan ayat dan kitab tanpa ada penyelidikan yang sempurna di atas kebenarannya. Hanya berpandukan apa yang ada di depan mata tanpa meneropongnya dari sudut hakikat. Mereka menerima sahaja tanpa berfikir akannya.

Fikiran orang Melayu berlandaskan dirinya dan cara hidupnya yang tersendiri. Fikiran orang Melayu adalah fikiran bangsanya, fikiran budaya dan adatnya yang membentuk dia sebagai orang Melayu. Jika kita sudah tidak lagi berfikir sebagai orang Melayu bermakna kita sudah hilang jati diri kita sebagai orang Melayu. Memang ramai rasa ini tidak relevan tapi fikirlah bijak dan bodohnya seseorang itu sebenarnya menunjukkan kebodohan bangsa itu sendiri. Bangsa yang bodoh perlu di wakilkan oleh seorang sahaja , jika bodoh dia bodohlah bangsanya. Sehebat mana hendak di katakan dirinya tetap seluruh bangsanya adalah bangsa yang bodoh. Mengapa orang Melayu menerima budaya orang yang bodoh?

Bodoh amat sinonim dengan jahil kerana dalam kajian hakikat bodoh itu tidak tahu siapa Tuhannya. Adakah kita boleh berkenalan dengan seseorang dengan hanya membaca biodatanya atau kita perlu berdepan dengannya dan sendiri menyaksikan diri orang itu dengan mata kepala kita baru kenal kita sungguh-sungguh orang itu. Kerana itu orang Melayu berkata bukti Tuhan itu atas dirinya sendiri. Tiada sesiapa boleh menyatakan Tuhan tanpa terbukti di atas dirinya. Selain dari itu hanya percaya atas cerita orang sedangkan dirinya sendiri masih ragu-ragu akan adanya Tuhan kerana tiada terbukti di atas dirinya.

Oleh itu fikiran orang Melayu itu sentiasa di dalam lingkungan keilmuan Tuhannya dan dia mengekalkan tradisi ini dalam pembelajaran dan keilmuan orang Melayu itu sendiri. Bahkan orang Melayu menginkapsulasikannya sehingga ianya menjadi ajaran serta ilmu rahsia yang tidak semudah itu dapat di tembusi oleh mereka yang ingin mengenal Keilmuan Melayu. Orang Melayu berorientasikan Tuhannya dan hanya Tuhannya itulah jawapan di atas segala-galanya. Tiada yang lain-lain mahunya melainkan Tuhannya sahaja. Cukuplah Tuhan itu kerana mendapatkan Dia adalah mendapatkan seluruh alam dan sekelian isinya jika ada yang memahaminya. Berfikir cara orang Melayu adalah berfikir akan Tuhannya setiap masa dan waktu hingga tamat riwayatnya di dunia ini. Inilah orang Melayu, apa jua dalam fikirannya hanya tentang Tuhannya dan tiada yang lain-lain. Urusan dunia adalah urusan yang kecil dan tiada guna berfikir panjang akannya kerana dunia sentiasa sibuk dalam urusan nafsu dan jika kita terperangkap maka kita kan lupa akan Tuhan kita.

Fikiran orang Melayu adalah LANSKAP KETUHANAN yang di warisi turun temurun dari mereka yang terdahulu tetapi kini berlaku kecacatan sehingga orang Melayu tidak lagi sehebat orang Melayu yang pada suatu ketika dahulu adalah di lihat sebagai pencetus ketamadunan dan pemimpin manusia. Kini orang Melayu di perhambakan oleh bangsa yang rendah dan tiada mutu dirinya malah orang Melayu bangga menjadi hamba kepada mereka. Mereka hidup dengan adat dan budaya bangsa asing sedangkan adat dan budaya Melayu terlebih tinggi nilainya kerana orang Melayu adalah orang hakikat. Hari ini orang Melayu harus sedar akan kenyataan ini dan orang Melayu harus terbuka dengan apa yang di perkatakan kerana inilah kebenaran akan siapa orang Melayu yang sebenarnya.

Orang Melayu amat tajam fikirannya dan sentiasa meneliti akan sesuatu itu dengan kaedah hakikat. Mereka mendalami ajaran hakikat dan memahami sesuatu itu dengan cahaya hakikat dan bukan cahaya luar yang sentiasa mengelirukan kerana ianya cahaya nafsu dan nafsu adalah sesuatu yang mengelirukan kerana ianya tiada hakikat di dalamnya dan jika ada ianya adalah shaitan dan iblis jua. Manusia yang bertindak dan berfikir secara begitu seolah-olah dia adalah shaitan itu jua. Orang Melayu membawa fikirannya kearah Tuhan dan mereka tidak akan sesat kerana tunggak dan sendi kewujudan dirinya menuju kepada Tuhannya sahaja. Mereka tidak akan dapat di pesongkan oleh sesiapa kerana hati dan mata hatinya hanya melihat Tuhan sahaja tiada yang lain-lain yang memesongkan mereka kerana orang Melayu hidup bertuhan atau mengikut cara hidup hakikat yang tidak lain hanya menyatakan Tuhannya dan menjayakan agenda tajjali Tuhannya sahaja.

Orang Melayu harus kembali berfikir dan menggunakan pemikirannya dalam bentuk ketuhanannya ataupun hakikat kerana pemikiran orang Melayu adalah pemikiran hakikat dan hendaklah kita semua orang Melayu kembali menjadi pemikir-pemikir hakikat. Orang Melayu harus mencapai kaedah hakikat dalam menyempurnakan apa jua yang hendak di raih di alam mayapada ini melalui hakikat. Selagi kita masih menggunakan kaedah ilmiah yang tidak bersendikan hakikat, selagi itulah rahsia tajjali tidak akan dapat di fahami dan hakikat kenapa kita ada tidak dapat di selarikan dengan agenda tajjali Tuhan kita. Sebagaimana yang di beritahu fikiran Melayu berlegar di atas keilmuan Tuhannya dan bukan nafsu atau syaitan sebagai pendaya di sebalik fikiran itu. Harus di tahukan perbezaan di antara ilmu yang berdasarkan hakikat dan yang bukan hakikat. Manusia tidak dapat menilaikan yang mana intan yang mana kaca selagi tidak dapat memutuskan yang mana berfikir secara hakikat yang mana tidak.

Teras Melayu teras Tuhannya.

Kehidupan orang Melayu adalah kehidupan yang sentiasa dinamik dan tiada putus dalam memperbaharui akan kesilapan dan kesalahan yang di temui dalam dirinya dan sentiasa berusaha menyatakan kemanusiaan yang berdasarkan sifat Tuhannya dan bukan AKU-nya yang merupakan EGO ke-iblis-annya. Orang Melayu merendahkan dirinya dalam hidup dan sentiasa tidak berkehendak apa jua dari Tuhan kerana hamba tidak memiliki apa-apa dan tuannya lebih tahu apa yang di perlukannya. Orang Melayu menyimpulkan apa yang ada pada dirinya sudah amat mencukupi dan terpulang pada kita untuk melaksanakan kehidupan ini dengan apa yang kita ada.

Orang Melayu sentiasa bersyukur pada Tuhan kerana apa yang ada padanya sudah mencukupi dan amat berlebihan lagi anugerah Tuhannya. Orang Melayu tidak memohon kerana tiada apa yang perlu di pohon kerana segala pada dirinya sudah lengkap. Hanya jika manusia itu malas dan tiada mengenali dirinya saja sentiasa tiada puas dan reda dengan kejadian dirinya kerana terasa ada kecacatan pada dirinya. Orang Melayu tidak begitu, segalanya sudah lengkap. Mereka menggunakan apa yang ada pada diri mereka dan mencapai kehendak mereka di dunia dengan kekuatan tubuhnya dan kebolehan berfikir untuk menyelesaikan masalah mereka di dunia ini. Mereka tidak keterlaluan di dalam hidup di atas dunia ini kerana segala apa yang di dunia ini bersifat sementara dan tiada daim selamanya.

Mengejar dunia hanyalah untuk manusia yang jahil akan Tuhannya. Orang Melayu mengejar Tuhannya dan hidup di dunia hanya landasan dan tempat menjayakannya. Orang Melayu tahu nilai dirinya hanya bernilai jika dia dapat menyatakan Tuhannya dan menjayakan agenda tajjali Tuhannya. Selain daripada itu mereka tiada minat akannya. Jika mereka menyatakan sesuatu di atas dunia ianya hanya inkapsulasi akan keilmuannya yang berupa hakikat. Maka disinilah tercetusnya peradaban Melayu yang menjadi misteri kepada manusia lain yang tiada tahu kunci akan keilmuan dan cara hidup orang Melayu. Teras Melayu adalah teras Tuhannya maka setiap apa jua tentang dirinya maupun sebagai bangsa serta adat budayanya ianya hanya perlambangan akan Tuhannya jua dan ini adalah benar kerana jika seseorang itu memahami akan erti hakikat maka dia akan tahu tiada yang maujud hanya Tuhannya maka atas kefahaman hakikat ini jualah Melayu berteraskan Tuhannya bukan syaitan ataupun nafsunya.

Adalah sesuatu yang janggal jika kita orang Melayu pada hakikatnya tidak menyatakan Tuhannya namun inilah hakikatnya. Mereka yang tidak kenal erti Melayu dan tidak mengikuti jejak orang Melayu yang meninggalkan kesan peradabannya di masa yang lampau mudah terkeliru dengan kenyataan bangsa lain yang mengambil budaya Melayu sebagai budaya mereka dan dengan bangganya mengaku peradaban itu milik mereka dan orang Melayu mengikuti mereka dari belakang dan mengambil peradaban mereka sebagai tatacara hidup orang Melayu. Melayu tidak hairan dengan perkara itu kerana mereka hanya mampu mentafsirkan peradaban itu secara luaran sahaja hakikatnya tiada dapat jua. Peradaban Melayu tidak pernah berubah namun di dalam peredaran zaman orang Melayu sentiasa prihatin akan keilmuan mereka dan peradaban mereka yang bersendikan hakikat dan demi menjaga ketulinan dan kesucian kehidupan mereka orang Melayu menginkapsulasikan segalanya dalam pelbagai bentuk agar rahsia dan integritinya tetap terjamin walaupun ianya akan mengharungi ribuan tahun sehingga ada yang mampu membuka kekunci rahsia peradaban Melayu dan keilmuannya.

Disinilah terletak tanggungjawab kita sebagai orang Melayu kini untuk mencungkil kembali dan membuka rahsia peradaban nenek moyang kita dan memahami akan keilmuan mereka dan mengembalikan kegemilangan orang Melayu sebagaimana nenek moyang kita suatu masa dahulu. Teras Melayu adalah teras yang bukan berasal dari bumi ini. Ianya adalah kesinambungan makhluk awal yang mewakili orang Melayu pada suatu masa dan ketika dunia masih muda dan manusia masih lagi ibarat anak kecil yang merangkak. Teras ini adalah teras pemangkin akan terujudnya manusia yang mampu manzahirkan nilai kemanusiaan yang mulia dan terunggul. Inilah teras yang di pusakai oleh kita orang Melayu dan seharusnya kita bangga dengan asal usul kita yang sudah lama menerima hakikat sebagai jalan kehidupannya di dunia ini.

Sebagai orang Melayu yang memiliki teras hakikat sepatutnya terlebih maju di dalam pemikiran ketuhanannya dan terlebih mampu dalam merungkaikan pemasalahan hakikat dan ketuhanan tetapi apa yang terlihat kini adalah sebaliknya. Ada di antara mereka sudah tersalah anggap dan memahami hakikat dengan fahaman ingin menjadi Tuhan atau sebaliknya menjadi khadam bangsa lain yang jauh rendah mutu pemikirannya. Dua perkara ini menjadikan Melayu tercemar kesucian bangsanya dan harus di perbetulkan kedudukan ini. Ilmu yang di warisi oleh orang Melayu sekali-kali tidak membawa sesiapapun kepada fahaman bersatu dengan Tuhannya atau menjadi Tuhannya. Ini bukan teras Melayu. Melayu tahu dirinya tiada dan yang ada hanya Tuhannya. Dia sekali-kali tidak akan jadi Tuhannya dan jika dia tiadapun Tuhan tetap ada. Dia Berdiri dengan Sendirinya tanpa memerlukan sesiapa.

Yang lebih menyedihkan lagi apabila orang Melayu mengikuti dan menganuti cara hidup dan budaya asing yang tidak sinonim dengan adat budayanya, bahkan menjadi budak suruhan kepada mereka, Pak Angguk dan Pak Sanggup kepada mereka yang kononnya di lihat sebagai tuan mereka. Adalah amat bersalahan jika kita orang Melayu mengambil adat resam kehidupan bangsa lain sebagai adat kita. Kita akan mengalami dilemma, krisis dan konflik yang timbul akibat bertembungnya dua budaya yang tak sehaluan isi kandungannya. Setiap budaya terbentuk atas dasar bangsa dan hukum yang di wakili adalah hukum satu bangsa itu sahaja. Hukum satu-satu bangsa tidak boleh kita gunakan di atas bangsa kita kerana orang Melayu memiliki ukuran hukuman yang se alur dengan resmi serta tata hidupnya sebagai orang Melayu.

Kerana itu harus di fahamkan teras Melayu itu sudah terbentuk dan di tentukan aplikasinya demi menjana hakikat dan berlandaskan hakikat namun ramai yang cuba meninggalkan adat budaya sendiri demi kesetiaan menganuti budaya bangsa asing yang sudah tentu bukan Melayu. Selagi kita orang Melayu tiada sedar teras bangsanya berteraskan hakikat selagi itulah orang Melayu mudah hanyut dalam fikiran mereka dan mudah terpengaruh dengan budaya bangsa lain sehingga di takuti orang Melayu hanya tinggal nama sahaja dirinya sudah tiada. Anak cucu orang Melayu kini menjadi pengemis dunia yang sudah hilang akan hakikat dirinya dan hakikat bangsanya sebagai Melayu. Wahai orang Melayu masih ada kerasaan akan Melayu dirinya, marilah bersama menghidupkan kembali semangat kemelayuan kita dengan mengembalikan tatacara kehidupan kita dari keduniaan kearah hakikat dimana Tuhan itu menjadi tema kehidupan kita dan bukan tataran budaya ketuhanan yang masih berbau nafsu dan di takuti menjadi kita orang yang tidak dapat bersama menjayakan tajjali Tuhan itu. Biarlah kefahaman ini sampai di pengetahuan kita orang Melayu dan kuat berusaha kembali ke kiblat kita yang asal iaitu menuju Tuhan kita dan bukan yang selainnya.

Teras Melayu adalah teras yang telah di uji oleh ruang dan masa sebegitu lama. Teras Melayu bukanlah teras yang baru terbina dan perlu melalui proses ketahanannya bahkan sudah melebihi piawai peradaban manusia. Kita melihat sendiri akan teras yang kita warisi dari orang Melayu sebelum ini di mana ianya memberi kita identiti serta menunjukkan kebolehan orang Melayu dalam pelbagai sudut kehidupan, kaya dengan seni dan kesusasteraan serta fasih dalam olahan keilmuan di mana ramai datang berguru dengan orang Melayu sebagaimana terlihat dalam sejarah Sriwijaya. Kita juga melihat orang Melayu di gunapakai di atas keahlian mereka dalam satu kepakaran seperti Panglima Awang AKA Awang Mat Gila @ Henry The Black yang membantu Ferdinand Magellan mengelilingi dunia pada tahun 1522 Masihi namun orang Melayu tetap tidak mendapat penghargaan dan orang Melayu sendiri tidak endah akan kehebatan bangsa sendiri.

Untuk apa di pertikaikan lagi teras Melayu dan mengapa teras ini semakin pudar. Orang Melayu sudah tidak bangga dengan apa yang di warisi oleh bangsanya. Masih terdapat ratusan bukti menunjukkan bahawa teras Melayu ada sejarah pembuktian dan terdapat banyak legasi orang Melayu yang menunjukkan kehebatan orang Melayu itu. Orang Melayu kini sudah beralih teras mereka kepada teras budaya bangsa asing yang lemah dan ini menyebabkan orang Melayu sudah tidak meneruskan usaha-usaha nenek moyang mereka yang selama ini mempertahankan adat dan budaya kehidupan yang menjadi teras orang Melayu itu sendiri.

Maka kita sebagai orang Melayu harus memahami teras kita sebagai orang Melayu adalah teras yang berasaskan Tuhannya bukan teras yang terbina dari alur nafsunya atau keduniaan sepertimana teras bangsa yang lain. Orang Melayu selagi tidak mahu menerima hakikat dirinya yang berteraskan hakikat atau Tuhannya akan mudah hanyut di bawa arus godaan nafsu duniawi.

Kehebatan Melayu Anugerah Tuhannya.

Orang Melayu sudah lali dengan kehidupan dunia dan amat memahami selok-belok dunia ini. Mereka sudah lama dalam perjalanan mereka sebagai manusia di bumi ini. Dalam kehidupan sebagai orang Melayu, mereka cuba mendapatkan keilmuan yang dapat di jadikan senjata guna melawan godaan nafsu dan menjalani kehidupan yang berteraskan hakikat. Orang Melayu mempamirkan kehebatan mereka dalam menguasai ilmu dunia dan akhirat serta menguasai unsur-unsur alam dan makhluk-makhluk yang bukan manusia di gunakan sebagai kemudahan mereka di dunia ini. Orang Melayu menguasai ilmu itu dan bukan sebagai paparan kehebatan mereka tetapi hanya demi kepentingan kehidupan mereka semasa mereka masih di atas dunia ini.

Orang Melayu tidak memperagakan ilmunya bahkan di sorok dari mata manusia yang lain. Mereka hanya menampakkan sebahagian sahaja ilmu dan kehebatan mereka kerana selainnya hanya di simpan sebagai khazanah keilmuan mereka sahaja. Orang Melayu tidak akan menggunakan ilmunya hanya semata-mata kerana terdesak oleh kehidupan tetapi jika di perlukan demi menegakkan kebenaran Tuhannya. Ramai yang terkeliru dengan sikap orang Melayu yang sentiasa bersikap acuh tak acuh sahaja tetapi jika berlaku darurat dan keadaan memaksa mereka maka baru di tunjukkan apa yang mereka miliki seperti mana pernah berlaku dalam kejadian 13 MEI di tanah air kita. Orang Melayu tahu kehebatan diri mereka anugerah Tuhannya bukan bangga dengan apa yang di miliki bahkan mereka hanya jadi penyadur akan tugasan Tuhan dalam menjayakan tajjalinya.

Inilah hakikat Melayu dan kehebatan yang mereka miliki adalah sesuatu yang hanya bersendikan hakikat dan bukan penyeri nafsunya dan menunjuk-nunjuk akan anugerah Tuhannya. Jangan ada yang terlalu biadap dan berkata Melayu pengecut dan penakut. Orang Melayu sudah tidak mahu lagi bertarung di dunia ini kerana mereka sudah merasai akan kesengsaraan ini dan memahami akibat peperangan yang hanya merugikan dan tiada siapa yang akan menang di dalam pertarungan itu. Orang Melayu berundur dari pesada dunia semata-mata inginkan kehidupan yang sempurna dan di dalam keamanan agar dapat beramal dan terus menghidupkan jalan hakikat tanpa ada apa-apa gangguan dari dunia dan manusia yang ada.






Orientasi Falsafah Melayu

Mengenal Falsafah Melayu adalah satu kemestian dan bukan sesuatu yang di pinggirkan dari kehidupan kita sebagai orang Melayu, ianya seharusnya menjadi asas kefahaman untuk setiap orang Melayu yang ikhlas akan apa dan siapa dirinya iaitu teras eksistensi dirinya atau kewujudannya di atas muka bumi ini. Orang Melayu adalah bangsa dirinya dan bangsa dirinya memiliki nilai-nilai kebudayaan dan peradabannya sendiri yang membezakan dia dan bangsa yang lain. Setiap definisi akan dirinya mencerminkan nilai-nilai keperibadian bangsanya, nilai-nilai adab dan tatacara kehidupannya tersendiri. Setiap apa yang di lihat pada seseorang Melayu itu secara umumnya akan terlihat nilai-nilai kemelayuan itu sebagai perlambangan dirinya bangsa Melayu itu.

Falsafah Melayu adalah lakaran dan pendefinisian yang berasaskan pemerhatian kehidupan orang Melayu secara keseluruhan tanpa membabitkan unsur-unsur budaya asing yang menjadi kayu ukuran dan pentafsiran akan siapa kita orang Melayu. Bangsa lain dan sesiapa sahaja pada logika tidak boleh menyatakan satu fakta tentang Melayu apatah lagi mengusulkan fikiran mereka terhadap orang Melayu. Mereka bukan Melayu dan bukan orang Melayu. Tiada kesamaan akan perihal hukum dan kebudayaan antara kita orang Melayu dan mereka. Bangsa lain akan melihat sesuatu tentang kita mengikut kacamata dan pandangan mereka dan bukan mengikut kacamata dan pandangan orang Melayu.

Apa yang lebih menyedihkan adalah orang Melayu kini menjadikan usul mereka sebagai satu ikutan dan menjadi pendasaran falsafah kehidupan mereka bahkan lagi amat menghinakan apabila orang Melayu merendah-rendahkan dan memandang hina akan falsafah kehidupan dan kebudayaan orang Melayu itu sendiri. Anak cucu bahkan malu akan dirinya sebagai orang Melayu dan malu dengan adat tatacara nenek moyang mereka yang dianggap menganuti ajaran yang kolot dan bertentangan dengan ajaran dan doktrin bangsa asing. Sudah semestinya ia bertentangan kerana budaya orang lain tidak sama dengan budaya bangsa kita. Makan minum kita tak sama dengan mereka, maka arus peradaban yang membudayakan Melayu sebagai siapa kita orang Melayu tentulah memiliki jurang perbezaan.

Arus kehidupan orang Melayu pada fizikalitinya adalah berbeda kerana habitat kehidupan dan struktur geografinya apatah lagi pembentukan pemikiran dan keilmuannya tampak berbeda. Bagaimana secara saintifiknya orang Melayu hendak berbaju tebal dan berjubah untuk mengatasi masalah climate yang di hadapi oleh mereka yang berlainan zon geografi. Takkan orang Melayu begitu bodoh sehingga tidak mampu mengadaptasikan dirinya dengan persekitarannya. Jika binatang memiliki kebolehan untuk berinteraksi dengan habitatnya, takkan orang Melayu bodoh dan tolol dari binatang. Setiap apa yang di ujudkan dan terujud dalam domain kehidupan orang Melayu kesemuanya adalah hasil dari kehidupan yang berorientasikan tempat dan habitatnya.

Selain daripada itu adalah pengamatan bangsa dalam membentuk asas pengetahuan demi survival dalam arus kehidupannya. Setiap manusia berakal dan berkebolehan untuk berfikir dan hasil dari pemikirannya maka ujud penghasilan teknologi yang berasaskan kebolehan bangsa itu dalam survival kehidupannya dengan mengujudkan teknologi asas seperti penternakan dan membina tempat-tempat yang di jadikan sebagai tempat penginapan, kandang binatang, serta pelbagai arkitektur yang dilihat sebagai monumen-monumen yang mencerminkan kesenian dan kehebatan bangsa itu. Cuba lihat seni arkitektur BOROBODUR yang mengkagumkan bangsa lain. Monumen yang sebegitu rupa tersergam sebagai ciptaan teknologi orang Melayu dalam seni arkitektur adalah perlambangan kebolehan orang Melayu dalam menguasai ilmu seni bina yang jauh lebih canggih dan hebat jika di bandingkan dengan setengah bangsa lain yang masih mundur pada tika dan zaman itu.

Kenapa kita orang Melayu tiada melihat dan mengambilkira akan segala yang ada dalam domain Melayu? Adakah kita tidak ada mata dan tiada kebolehan untuk berfikir akan semua ini? Kenapa orang Melayu tidak mahu menerimanya sebagai perlambangan keperkasaan bangsanya yang mampu menundukkan bangsa lain dari segi pemikiran dan keilmuannya? Adakah anak cucu sengaja tidak mahu menerima hakikat kebolehan datuk dan nenek moyang mereka yang pada suatu ketika dahulu sudah menerajui bidang ilmiah dan teknologi yang jauh lebih hebat dari bangsa lain yang kini di jadikan doktrin kehidupannya?

Tidak ada kesalahan dalam mengambil keilmuan dari bangsa lain tetapi harus di ubahsuai dengan budaya dan cara pemikiran kita sebagai orang Melayu kerana teras kita adalah bangsa kita dan bangsa kita adalah diri kita. Kita boleh mengadaptasi akan keilmuan bangsa lain tetapi harus mengikut garis panduan budaya kita dan bukannya budaya dan keilmuan kita mengikut panduan budaya mereka. Jika anak cucu tiada jati dirinya maka mereka ini akan mudah tunduk dan menjadi hamba kepada bangsa lain melalui doktrin dan ajaran mereka. Orang Melayu seharusnya mengutamakan budaya dan keperibadian bangsanya barulah menilaikan doktrin dan ajaran bangsa lain yang mana sesuai dan sinonim dengan cara kehidupan kita sebagai orang Melayu.

Jika di dapati akan ada permasalahan pada orang Melayu dalam doktrin dan ajaran mereka, haruslah di tapis atau di ketepikan kerana ianya boleh memudaratkan bangsa kita yang sudah sedia ada doktrin dan ajaran dalam arus kehidupannya dan janganlah pula kita membudayakan bangsa kita dengan budaya mereka yang tiada persamaan kehidupan dan pemikirannya dengan kita orang Melayu. Ramai orang Melayu sendiri taksub dengan kehebatan bangsa lain dan mengagungkan mereka sedangkan mereka hanya memandang remeh akan bangsa Melayu yang di sangkanya hebat dan berintigriti rupanya hanya bangsa yang bingai dan jahil akan kehebatan bangsanya sendiri. Ini adalah fakta dan kenyataan.

Kerana inilah kita orang Melayu mengalami dilema bangsanya yang menghurung bisul dan nanah akibat segelintir orang Melayu yang menjadi batu penghasut dan kroni bangsa lain yang ingin memperhambakan bangsa Melayu secara sedar atau tidak. Kita sebagai orang Melayu harus berfikir kembali akan setiap tindakan kita yang telah lalu dan lihat di mana silapnya kita sehingga bangsa kita di landa musibah pertarungan budaya-budaya asing yang menghancurkan integriti kita sebagai bangsa Melayu yang suatu ketika dahulu di pandang sebagai pencetus ketamadunan. Orang Melayu begitu mudah menjual maruah bangsanya demi inginkan kerestuan tuannya yang menjanjikan upah yang lumayan.

Kini maruah bangsa sudah tergadai dan bangsa Melayu hanya ibarat binatang yang melata dan di cucuk hidungnya oleh bangsa lain yang berjaya menyerapkan ajaran dan doktrin falsafah kehidupan mereka. Orang Melayu tiada lagi mampu untuk berdiri sendiri lagi kerana seluruh generasi kini telah di lumpuhkan dan di patahkan semangat kemelayuannya. Melayu hanya nama sahaja tiada isi lagi kerana telah di punahkan dan di hancurkan oleh mereka-mereka yang tidak mahu nama Melayu menjulang di pesada dan mercu kejayaan di dunia seperti kegemilangannya dahulu.

Lebih menyakitkan hati lagi ialah apabila segala urusan mengembalikan maruah Melayu atau untuk memartabatkan bangsa Melayu itu di halang oleh bangsa Melayu itu sendiri yang sudah menjadi tali barut bangsa lain yang tidak inginkan kebangkitan Melayu itu. Mereka bermati-matian mengiakan kehebatan falsafah bangsa lain yang menjadi tuan mereka dan sekali-kali tidak mahu bangsanya lebih hebat dari bangsa tuannya. Mereka ini adalah pengkhianat bangsa dan pemusnah identiti Melayu dan musuh dalam selimut yang sepatutnya di singkirkan dari menerajui dan memimpin kehidupan bangsa Melayu.

Kita lihat dalam fenomena menjuarai pemartabatan bangsa Melayu sebenarnya adalah propaganda penghancuran bangsa Melayu itu sendiri. Mereka melaungkan pemartabatan Melayu di atas lidah yang fasih akan ajaran dan doktrin bangsa lain sehingga pemartabatan bangsa Melayu harus mengikut nilai-nilai yang di tetapkan oleh bangsa lain dan bukan kita sendiri yang menetapkannya. Ada yang hanya menjuarainya menyusur lanskap politik yang membawa piagam perjuangan Melayu tetapi mereka sendiri adalah mangsa arena politik yang bersandarkan kepentingan sendiri dan daya juang yang lemah kerana mereka tiada kerasaan akan menyebelahi bangsanya dan memahami penderitaan bangsanya yang sudah di mamah racun dominasi pemikiran bangsa lain.

Mereka hanya sanggup bersuara di belakang tetapi tiada berani mempertahankan walaupun perkataan MELAYU kerana takut akan diskriminasi bangsa lain. Kenapa harus melaungkan KETUANAN MELAYU jika hanya bercakap dalam selimut dan takut menghadapi kenyataan yang akan membawa kepada ketidak-popularitian mereka nanti sehingga karier mereka menjadi musnah. Jika demi bangsa ianya adalah satu pengorbanan dan patut kita bangga akan pengorbanan itu tapi tidak. Ramai bercakap pasal Melayu tetapi hanya kata-kata yang nipis dan maung baunya, hanya kata-kata sahaja tanpa bukti perjuangan yang sebenarnya.

Setiap perjuangan adalah pengorbanan dan bukan hanya di landasan kata dan simposium yang mendebarkan hati setiap orang Melayu, ianya adalah bukti akan kejatian dirinya sebagai orang Melayu. Oleh itu falsafah Melayu adalah satu pendekatan yang mencabar setiap orang Melayu jika benar zahir batinnya Melayu dan jika benar dirinya Melayu yang membawa nilai Melayu akan faham kenapa berbeda Melayu dalam bentuk keturunan dan Melayu dalam bentuk orangnya. Orang Melayu memiliki dan membawa nilai bangsa pada dirinya sedangkan keturunan Melayu hanya rupa dan beradat Melayu tetapi jiwanya bukan Melayu kerana nilai yang di bawanya adalah nilai tuannya yang merupakan ajaran dan doktrin mereka sebagai nilai dirinya. Kesemua kata-kata ini benar jika kita benar inginkan kejatian diri kita sebagai orang Melayu.

Bagi orang Melayu, Falsafah Melayu adalah satu injeksi pemikiran dalam merobah akan definisi dan tafsir ertikata Melayu itu yang selama ini adalah KATA HINA yang memperbodohkan kita dan beranggapan bahawa bangsa Melayu tidak akan bangkit dan melawan tuannya. Mereka salah dan mereka sendirilah bodoh dalam andaian mereka bahawa Melayu lemah dan tidak akan mampu bangkit mendapatkan kejatian dirinya. Mereka ingat dan menyangka bangsa Melayu akan memohon pertolongan dari mereka demi membantu dan mengajar orang Melayu bagaimana hendak hidup di atas dunia ini. Orang Melayu di lihat dan di nilaikan sebagai O.K.U. yang cacat lagi tidak berakal. Segala apa yang orang Melayu hendak buat harus merujuk kepada hukum mereka, perundangan mereka serta natijah mereka kerana tanpa mereka orang Melayu serupa HANTU TIDAK BERTUAN.

Jika kita tidak menerima hakikat ini maka kita memanglah bangsa yang bodoh dan tidak berakal. Bangsa Melayu serupa anjing dan tidak mampu membuat apa jua tanpa rujukan tuannya. Di mana solidariti sesama kita sebagai satu bangsa. Bangsa kita sudah berpecah dan berbalah sesama sendiri di atas pendapat dan fahaman yang berasaskan ajaran dan doktrin bangsa lain. Kenapa harus kita bertelagah sesama kita hanya kerana ingin menegakkan kefahaman dan falsafah indoktrinasi bangsa lain yang hanya kepingin melihat kejatuhan bangsa kita. Mereka hanya ada satu tujuan iaitu memperhambakan semua bangsa Melayu dengan ajaran dan doktrin mereka sebagai PENJAJAH.

Falsafah Melayu mengajak orang Melayu berfikir dan tidak menerima sesuatu itu tanpa usul periksa dan menapisnya mengikut kesesuaian bangsa kita. Yang ada hanyalah juara-juara ajaran dan doktrin bangsa penjajah dan bangga dengan menjadi hamba mereka dan menjadi sombong di atas kemuliaan mereka sebagai hamba penjajah, menjuarai ajaran dan doktrin mereka, mempelopori falsafah dan kebudayaan bangsa penjajah itu. Kini orang Melayu harus bangkit dalam kekemelutan dan dilema yang melanda bangsanya sendiri. Orang Melayu harus bangkit dan sedar akan kehancuran bangsanya adalah akibat dogma dan indoktrinasi bangsa penjajah yang menjadikan matlamat kehancuran bangsa Melayu sebagai agenda utama mereka.

Jangan ada orang Melayu yang sudah jauh hanyut dalam kehidupannya merasai bahawa Falsafah Melayu adalah racun kepada diri mereka tetapi seharusnya di jadikan sebagai antidot dan diagnosis akan penyakit dirinya yang sudah tergelincir dari nilai jatinya sebagai orang Melayu. Jika benar Melayu dirinya maka dia harus menerima hakikat akan kebenaran Falsafah Melayu ini. Jika merasakan bahawa apa yang di perkatakan dalam penulisan ini sebagai bahaya dan mudarat pada dirinya maka ketahuilah bahawa anda sekelian sudah di dogmatasikan dan di indoktrinasikan oleh penjajah yang berjaya menyerapkan ajaran dan budaya mereka. Anda sudah bukan Melayu lagi tetapi hanya berketurunan Melayu sahaja.


Jika ini adalah benar bermakna sesiapa sahaja yang tergolong dalam kumpulan anti-Melayu seharusnya menghindarkan diri dari persada Melayu dan jangan gelarkan diri anda sebagai orang Melayu, hanya keturunan Melayu seperti mana keturunan SERANI. Tidak selayaknya lagi cuba menjadi AUTHORITY @ OTORITI kepada orang Melayu dan jangan bersuara bagi pihak orang Melayu kerana tiada ada lagi persamaan antara orang Melayu dan keturunan Melayu. Mereka ini adalah terkeluar dari ertikata bangsa Melayu dan bukan lagi dalam domain atau kelompok Melayu Tulin lagi Jati Dirinya.

Falsafah Melayu adalah FALSAFAH KEJATIAN ORANG MELAYU maka sesiapa sahaja yang merasai akan dirinya sebagai orang Melayu harus mengenalnya, harus membacanya, harus mengupas dan menilaikan isi kandungannya sebagai sesuatu milik dirinya jua. Seharusnya tiada akan wujud kejanggalan dan kepelikan dalam apa yang di utarakan dalam Falsafah Melayu kerana segala yang tertulis adalah berkisar di atas Hak Melayu, Ilmu Melayu dan Budaya Melayu itu sendiri tanpa ada tambahan dari anasir luar dan unsur asing yang tidak sinonim dengan Melayu. Isi Melayu Kulit Melayu Luar Dalam Melayu Tulin Melayu.

Falsafah Melayu memperjuangkan Hak Melayu sebagai Melayu dalam ertikata kejatian dan kesucian nilai Melayu dalam keasliannya atau ORIGINALITInya. Kini orang Melayu hidup bercampur aduk budayanya dan falsafah kehidupannya. Kita harus menapis dan menyuling akan unsur percampuran itu dan menyaringnya ke arah mendapatkan nilai-nilai asli kita sebagai orang Melayu. Falsafah Melayu adalah DE FACTO Melayu. Mendapatkan kejatian diri kita sebagai orang Melayu adalah tema Falsafah Melayu. Oleh itu harus semua yang mengaku dirinya orang Melayu dan merasai akan dirinya sungguh-sungguh orang Melayu mendapatkan pengertian Falsafah Melayu ini agar orang Melayu dapat kembali menjadi Melayu yang Asli dan bukan Melayu yang sudah bersarung dengan falsafah budaya bangsa asing yang kini menjadi falsafah hidupnya.

Inilah orientasi Falsafah Melayu dalam mencernakan kesedaran akan apa dan siapa itu orang Melayu dalam konteks keasliannya dan mendapatkan kembali jati dirinya yang sudah hilang dan pupus di telan arus zaman sehingga kita orang Melayu terpaksa tunduk pada bangsa asing tidak sebagaimana orang Melayu dahulu agung dan perkasa di era kegemilangannya. Jika kita orang Melayu tiada memiliki sejarah pembuktian akan kehebatannya maka kita harus terima kenyataan akan bangsa kita yang primitif lagi lemah, akan tetapi fakta yang ada tidak begitu!

Marilah kita semua berfikir dan memang berfikir itu budaya orang Melayu bukan membaca seperti bangsa lain. Hanya dengan berfikir sahaja menjadikan kita orang yang mendapat ilmu dan dapat mengetahui akan sukatan penulisan samada ianya benar atau tidak. Hanya dengan menerima bulat-bulat apa yang di ajar tanpa berfikir apa yang di ajar atau di baca, kita tidak akan ke mana-mana dan pemikiran kita tidak pro-aktif, hanya pasif menerima sahaja dan akur akan segalanya tanpa mampu membuat sebarang penilaian yang mana elok yang mana tidak. Bangsa yang tidak mampu berfikir adalah bangsa yang mundur dan tidak akan ada kemajuan pada bangsa itu. Bangsa itu dengan mudah menjadi mangsa penjajahan dan inilah yang berlaku pada bangsa kita hari ini.

Kita orang Melayu masih tidak nampak yang mana baik dan buruk untuk kita. Segala ukurun baik dan jahat adalah mengikut kayu pengukur bangsa lain yang menjadi doktrin kehidupan bangsa kita yang ada. Sepatutnya harus di lihat akan ukuran itu dari kacamata orang Melayu dan berfikir akan isi kandungan ajaran dan doktrin itu agar tidak bercanggah dengan tradisi kebudayaan serta cara kehidupan orang Melayu. Inilah yang sepatutnya di lakukan oleh orang Melayu tetapi malangnya orang Melayu tidak mampu untuk berdiri di atas kakinya sendiri dan akibat dari penceroboh bangsa mampu membeli dan mengikat hidung orang Melayu yang sanggup menggadaikan maruahnya dan bangsanya dan menjualnya dengan harga yang murah kepada bangsa penjajah.

Oleh itu anak cucu yang ada berfikirlah dan amatilah akan Falsafah Melayu dan kaji akan kebenaran kata-kata yang ada kerana kebangkitan dan kesedaran orang Melayu yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kejatian dirinya amat tertakluk dalam usaha di dalam penulisan Falsafah Melayu. Jangan ambil mudah dan mengira bahawa Falsafah Melayu adalah penulisan yang jahat dan sebagai propaganda untuk menghuru-harakan bangsa malah doktrin bangsa penjajah jauh lagi jahat kerana Falsafah Melayu adalah usaha untuk mengembalikan dan memartabatkan kembali bangsa Melayu di persada dunia sedangkan falsafah bangsa lain hanya untuk menenggelamkan Melayu dan menjatuhkan martabat Melayu dari persada dunia. Fikirkanlah.
Lebih menghina lagi adalah agenda memperhambakan diri orang Melayu itu kepada ketuanan bangsa penjajah. Orang Melayu sudah terserap kepada ideologi ketuanan bangsa penjajah dan inilah lumrah orang Melayu yang tidak akan akur pada kehebatan dan kebolehan bangsanya sendiri bahkan menghukumkan budaya sendiri dengan budaya tuannya. Adakah tidak kita nampak akan fenomena ini yang telah menular sekian lama sehingga kehidupan orang Melayu terjejas dan mencemar kedaulatan bangsa kita bangsa Melayu. Anak kita mati ibarat sesuatu yang tidak berharga semata-mata hendak menegakkan hukuman bangsa lain. Apa yang berlaku dalam persekitaran kehidupan orang Melayu semuanya adalah berteraskan hukuman budaya bangsa lain. Orang Melayu sudah menjadi bangsa yang lemah lagi daif, tiada ada apa-apa kebolehan, hanya menyerah nasibnya pada tuannya dan ehsan tuannya akan upah yang lumayan dalam menjalankan hukum budaya mereka di atas bangsanya sendiri.

Falsafah Melayu adalah penulisan yang membawa kepada suatu bentuk pemikiran atau mengajak orang Melayu berfikir agar kita dapat berdiri kembali dan menentukan nasib bangsa kita dengan kayu ukuran budaya kita sendiri tanpa mengikut buta-buta akan hukuman budaya bangsa lain. Selagi kesedaran ini tiada pada semua diri orang Melayu, selagi itulah akan ujud dilema di atas pertembungan dua budaya yang berbeza nilai peradabannya dan berbeza nilai kehidupannya. Kita harus bangga dengan bangsa kita sebagai orang Melayu dan mengekalkan tradisi dan nilai murni bangsa kita tanpa perlu menggantikannya dengan nilai bangsa lain.

Di manakah cacat celanya bangsa kita sehingga bangsa kita hanya menjadi tohmahan dan bahan ejekan bangsa lain yang sengaja mempersendakan bangsa kita dengan ungkapan dan penceritaan keburukan bangsa kita yang tiada adab sedangkan keburukan bangsa asing di sorok dari anak cucu Melayu sehingga kecelaan mereka jika kita menyatakannya akan mendapat hukuman berat serta orang Melayu tidak boleh menceritakan keburukan bangsa lain tetapi bangsa lain boleh pula memburukkan kita orang Melayu. Orang Melayu jahat belaka, bangsa Tuan kita baik belaka.

Selamilah wahai Melayu akan kehidupan kita yang selama ini adalah warisan adat dan budaya datuk nenek moyang kita. Selamilah sedalam mungkin akan alam Melayu yang kini sudah menjadi sesuatu yang tidak lagi di banggakan kerana sudah memeluk fahaman bangsa lain yang tiada langsung elemen Melayu yang boleh kita banggakan tapi apa yang berlaku adalah kita bersikap seperti si Tanggang yang malu akan ibunya seorang sakai dan di anggap tidak civilised dan memalukan kerana beranggapan dengan tanggapan bangsa lain yang memberi ukuran mereka menilaikan siapa yang mulia siapa yang hina di atas mukabumi ini. Alangkah sesuatu yang jijik apa yang berlaku dengan sikap si Tanggang yang derhaka pada ibunya yang membesarkan dan memberi makan masa kecilnya sehingga jasa ibunya di anggap tidak setara dengan jasa tuannya yang memuliakan dirinya di atas tanggapan bangsa tuannya, bukan memeluk ibunya dan sujud cium kaki ibunya yang kotor dan penuh debu bumi. Ibunya hanya ingin berjumpa dengan anaknya yang di besarkan dengan kasih sayangnya, malangnya dia di anggap sebagai sesuatu yang hina dan kotor oleh anaknya kerana anaknya sudah memiliki fahaman baru seperti mana yang di ajar oleh tuannya yang berbangsa asing.

Betapa sayu dan hibanya hati seorang ibu yang di ketepikan dan di hina kerana di anggap bukan segolongan dengan pengikut yang memegang falsafah hidup budaya bangsa asing. Sedarkah kita semua bagaimana orang Melayu kini sudah jauh dari jati dirinya semata-mata kerana ukuran budaya kita tidak sama dengan budaya bangsa lain. Sedarkah kita akan kedudukan kita sebagai orang Melayu hanya berpendiriankan pendirian bangsa asing dan lebih teruk lagi menghina bangsanya sendiri demi kepentingan pendirian yang di tegakkan oleh bangsa lain. Adakah logik bangsa Melayu memakai hukum bangsa lain dalam menghukum bangsanya sendiri.

Mengenal Melayu adalah satu kemestian bagi anak cucu tapi biarlah pengenalan itu dalam bentuk Melayu yang tulin bukan di ambil dari tulisan bangsa lain dan pahaman bangsa lain pula. Kita berasa hairan bila orang Melayu berkata sesuatu tentang Melayu mesti hendak di ambil sejarahnya dari kitab dan buku bangsa lain, pemerhatian bangsa lain serta kacamata orang lain. Mengapa kita boleh terima fakta mereka sedangkan mereka bukan Melayu. Inilah sikap Melayu yang sudah derhaka di atas bangsanya sendiri kerana sentiasa hendak merujuk pada hukum bangsa lain dan bersandar akan hukum mereka kerana jika tiada memakai kata mereka orang Melayu tiada definisi dan tiada ujud di masa yang lampau. Segalanya harus melalui mereka, harus memakai kepakaran mereka dan mesti ujud mengikut ajaran mereka.

Setiap bangsa akan menegakkan budaya bangsanya dan tiada satu bangsapun meninggalkan adat resam bangsanya. Jadi kenapa Melayu tidak begitu. Hanya semata-mata kerana sudah terpengaruh dengan doktrin ajaran bangsa lain Melayu mesti menafikan akar umbinya sendiri? Isu Melayu adalah isu orang Melayu sebagai bangsanya dan adat kehidupannya selama ini yang sudah beribu tahun dalam kronologi tamadunnya. Ramai orang Melayu masih ibarat katak di bawah tempurung, bersikap acuh tak acuh dan di perbodohkan agar menjadi alat bangsa lain dalam menegakkan fahaman dan doktrin budaya mereka. Inilah sikap penjajah sepertimana yang di beritahu dalam penulisan ini. Sakitnya orang Melayu sudah ke tahap kritikal dan orang Melayu masih tidak mahu memandang sebab musababnya adalah kerana memakai resmi kehidupan bangsa lain yang tak sama adatnya. Adat Melayu adat yang kolot dan berunsur jahat serta tidak sesuai jika hendak menyemai benih fikiran bangsa lain kerana mereka tidak akan berjaya jika orang Melayu mengekalkan identiti dirinya sebagai orang Melayu yang berpegang kuat akan tradisi orang Melayu sepertimana yang di warisi oleh datuk nenek moyang kita dari zaman dahulu.

Dalam meng-orientasikan kembali adalah sesuatu yang amat susah dan merupakan satu kerja yang tidak akan menghasilkan apa-apa jika penulisan ini hanya di anggap sebagai bahan celoteh dan tatapan minda yang hanya minat membaca tanpa menyedari akan hasrat penulis yang ikhlas dalam membangkitkan kembali bangsanya yang telah lama terjerumus ke arah gaya kehidupan yang jauh menyimpang dari cara kita, adat resam orang Melayu dahulu kala hanya semata-mata kata orang lain yang memberi definisi akan siapa Melayu? Sedarlah wahai orang Melayu akan kenyataan ini yang selama ini di selindungi dan di sorok agar Melayu jangan tahu kehebatannya takut akan bangkit melawan tuannya yang sekarang menjajahi setiap hati dan minda orang Melayu agar kekal dalam genggaman mereka.

Di akhir kata dalam sudut orientasi Falsafah Melayu ini di harapkan sesiapa yang memahami akan arah dan halatuju Falsafah Melayu tetapkanlah pendirian mereka dan jangan gusar di atas siapa yang benar dan siapa yang salah. Apa yang hendak di capai dalam Falsafah Melayu adalah untuk mendapatkan jati diri orang Melayu dan keaslian nilai Melayu itu yang selama ini di sanjung oleh warisan kita semua orang Melayu dari dahulu kala dan kenapa pula harus kita beralih dari paksi kita orang Melayu. Kita adalah bangsa yang hebat dan terbukti dalam pensejarahan yang ada. Kenapa malu jadi Melayu, kenapa malu dengan budaya Melayu sendiri yang di anggap kolot dan bertentangan dengan kacamata bangsa lain. Inilah semua eleman-elemen yang menjadikan kita semua orang Melayu dan bangsa Melayu dan tanpanya tanyalah diri sendiri APA dan SIAPAKAH orang Melayu? Inilah warisan yang menjadikan kita orang Melayu hari ini, kenapa tidak kita kekalkan kejatian diri kita dan nilai-nilai Melayu yang asli! Tanpanya bukanlah kita Melayu....hanya keturunan Melayu.





Pembentukan Falsafah Melayu

Falsafah Melayu adalah satu pengamatan dan terjemahan penulisan yang merangkumi aspek Melayu dari kehidupan dan peradabannya sejak turun temurun sehinggalah kita yang ujud pada hari ini mewarisi tradisi Melayu yang menjadi tunjang diri orang Melayu. Sebagaimana di gariskan di peringkat awal bagaimana takrif Melayu di jabarkan di dalam penulisan ini menunjukkan satu arah dan halatuju yang konkrit iaitu ke arah ketuhanan dan meliputi segala yang di miliki oleh orang Melayu samada jalan hidupnya mahupun adat dan ilmu semuanya hanya menuju ke arah ketuhanan. Jika unsur kemanusiaan ujud dalam sistem falsafah orang Melayu maka itu bukanlah pilihan orang Melayu dan mereka tidak akan bersungguh-sungguh dalam hal itu kerana orang Melayu sudah lama di atas dunia ini dan cukup memahami akan perbezaan ilmu yang mementingkan dunia dan berlandaskan hawa nafsu dan ilmu ketuhanan.

Orang Melayu sudah menyusuri dunia ini sebegitu lama dan orang Melayu sudah pun matang dalam penilaian kehidupannya dan mereka peka dengan perubahan zaman dan perubahan manusia yang mengekori perubahan zaman itu. Semuanya di baharukan namun orang Melayu tahu manusia yang memacu era kegemilangan bangsa masing-masing akan cuba menjual dan meniagakan budaya baharu mereka agar dapat mereka menguasai manusia dengan dogma keagamaan atau keilmuan. Mereka ini adalah anak-anak yang baru mencuba nasib mereka di medan kehidupan dunia dan ghairah dengan apa yang mereka miliki. Bermegah dan melaungkan ke seluruh dunia bahawa merekalah manusia terpilih dan yang lain hanya hantu dan setan. Mereka berdekah-dekah dalam ketawa seolah-olah kejayaan yang mereka capai dalam membawa perubahan dunia memuktamadkan kedudukan mereka sebagai bangsa berkuasa tapi mereka tidak sedar apa yang baharu pada mereka ketika itu kini sudah menjadi lapuk dan korup.

Mereka kini di ambang kehancuran era kegemilangan mereka. Dalam sedar tidak sedar arus perubahan akan sekali lagi membawa sesuatu yang baharu dan akan mengganti apa yang lama termasuklah kepercayaan mereka-mereka yang suatu ketika dahulu adalah sesuatu yang gah. Kini hanya menungu masa semuanya akan di ganti dengan yang baharu. Tiada ada sesuatu yang kekal di dunia ini. Orang Melayu sudah lama tahu akan bertukar ganti dan disilih gantikan tiap sesuatu di atas dunia ini. Tiada orang Melayu takut di atas ketibaan sesuatu yang baharu dan tahu jika sampai masanya akan luput dan hilang jualah dari muka bumi ini. Perubahan pasti akan berlaku di tiap kejadian alam ini kerana kejadian alam ini dan sekelian isinya adalah suatu kesementaraan sahaja. Setiap denyut hidup akan mengalami kehancuran dan setiap yang terbangun samada peradaban atau ketamadunan pasti menghala ke arah kehancuran untuk di ganti dengan yang baharu. Inilah kehidupan.

Falsafah Melayu terbentuk dari pemahaman ini dan berjuang untuk mendapatkan pemartabatan dirinya setelah sekian lama mengharungi tata kehidupan dan peradaban bangsa lain yang menjadi ikutannya selama ini. Maka detik perubahan yang di nantikan menjadi peluang untuk membangkitkan dan menyedarkan kepada mereka yang inginkan perubahan dirinya dari hidup cara orang lain kepada hidup cara sendiri sebagaimana hidup orang Melayu di suatu ketika dahulu yang menjadi era kegemilangan bangsanya. Akibat arus perubahan yang memaksa orang Melayu berundur dari pesada dunia ini maka pada hari ini sekali lagi Melayu akan menerima perubahan, cuma kali ini mengembalikan kegemilangan Melayu ke satu aras yang lebih canggih dan tetap paksi perubahan itu di dalam agenda orang Melayu untuk kembali berkuasa di mukabumi sepertimana pernah mereka alami di masa yang lampau.
Melahirkan kembali Melayu Lama di dalam bentuk Melayu Baru, inilah tema Falsafah Melayu yang membicarakan kembali akan kedudukan budaya dan pemikiran orang Melayu yang kini sudah jauh terpesong akibat di landa arus perubahan dan kemasukan fahaman dan gaya hidup bangsa asing yang merubah orang Melayu dan memaksa orang Melayu berubah demi survival bangsa Melayu. Membentuk Melayu itu kembali ke acuan asal adalah logika yang pertama dalam pembentukan Falsafah Melayu. Mencari Melayu adalah usaha ramai yang berminat dalam menyusuri sejarah bangsanya dan dalam pencarian yang melalui pelbagai disiplin ilmu melihat akan banyak keragaman pemfaktaan yang menilaikan Melayu mengikut penilaian setiap skolar dan ahli pengkaji yang kebanyakannya bukanlah orang Melayu tetapi bangsa asing yang jatinya bukan Melayu. Kita telah merumuskan akan kedudukan setiap penilaian dan penulisan bangsa yang bukan Melayu tidak mungkin rasa akan Melayu itu, hanya berfikir dan menganalisa melalui penelitian fikir bukan rasa tidak mungkin lengkap gambaran Melayu yang ingin di lakarkan itu.

Falsafah Melayu adalah falsafah bangsanya.

Mencari hikmah yang hilang dalam jati diri orang Melayu yang kini harus di cari kembali demi survival bangsanya agar kesinambungan bangsanya tetap berpaksi di atas keaslian zahir dan batinnya Melayu itu bukan yang sudah jadi hybrid bangsanya.

Ramai yang berbicara dan mengupas akan kedudukan Melayu itu seperti pakar-pakar sejarah yang merujuk kepada penulisan di arkib-arkib yang menyimpan buku-buku mengenai Melayu namun semuanya hanya lahiriah sahaja. Mereka tidak berupaya menyelami rasa bagaimana menjadi seorang Melayu.

Penilaian juga dari pelbagai sudut akedemik yang menceritakan asal usul, DNA TRACE, antropologi Melayu serta banyak penceritaan yang di katakan ada kaitan dengan Melayu seperti cerita Nabi Ibrahim dan Qaturah yang di percayai menurunkan bangsa Jawi atau Melayu. Adakah semua semudah itu sahaja hendak di terima?

Bagaimana dengan keturunan Iskandar Zulkarnain yang bondanya adalah Ratu Balqis dan ayahandanya Raja Sulaiman dan dialah pemerintah bangsa Melayu yang merupakan keturunannya?

Bagaimana jika kita lihat akan pensejarahan di Arab yang menceritakan tentang kedatangan seorang yang di kenali sebagai IBRAHIM yang membawa ajarannya ke sana. Lihat sinopsis di bawah;

Dari sebuah buku yang bernama “Sayar−ul−Okul” yang disimpan didalam Perpustakaan Makhtab−e−Sultania di Istanbul, pada halaman 315, tercatat satu inskripsi yang ditemukan pada piring emas yang digantung didalam Kaabah di Mekah. Inskripsi yang tertulis pada piring emas itu merujuk kepada Raja Vikrama Aditya. Ramai mengatakan bahawa Raja Vikrama Aditya adalah Raja yang di katakan datang dari India membawa agama suchi berbentuk VEDIC bukan HINDU ke Tanah Mekah.

Teks inskripsi Vikrama Aditya yang di temukan pada piring emas yang di gantung di dalam Kabah di Mekah ini, di catat pada halaman 315 dari buku yang berjudul 'Sayar-ul-Okul’ yang di simpan di dalam perpustakaan Makhtab-e-Sultania di Istanbul, Turki. Terjemahan inskripsi
(Sayar ul Okul berarti 'Kata2 Berkesan')


Tafsiran dalam Bahasa Inggeris

"Fortunate are those who were born (and lived) during king Vikram’s reign. He was a noble, generous dutiful ruler, devoted to the welfare of his subjects. But at that time we Arabs, oblivious of God, were lost in sensual pleasures. Plotting and torture were rampant. The darkness of ignorance had enveloped our country. Like the lamb struggling for her life in the cruel paws of a wolf we Arabs were caught up in ignorance. The entire country was enveloped in a darkness so intense as on a new moon night. But the present dawn and pleasant sunshine of education is the result of the favour of the noble king Vikramaditya whose benevolent supervision did not lose sight of us- foreigners as we were. He spread his sacred religion amongst us and sent scholars whose brilliance shone like that of the sun from his country to ours. These scholars and preceptors through whose benevolence we were once again made cognisant of the presence of God, introduced to His sacred existence and put on the road of Truth, had come to our country to preach their religion and impart education at king Vikramaditya’s behest."

Tafsiran Melayu-nya

"Beruntunglah mereka yang lahir (dan hidup) selama kuasa Raja Vikram. Dia seorang penguasa penuh kasih, terhormat dan berbakti pada penduduknya. Namun pada saat itu, kami Arab, tidak peduli pada Tuhan, tenggelam dalam kenikmatan nafsu. Kejahatan dan penindasan berlaku dengan meluas ... Kami, Arab, terjerat dalam kegelapan (jahiliyah)... namun pendidikan yang di sebar Raja Vikramaditya tidak mencampakkan kami, orang2 asing. Dia menyebarkan agama sucinya di antara kami dan mengirimkan ahli2 yang kepintarannya bersinar seperti matahari dari negaranya kenegara kami..." ..........

Ini bahasa Arabnya :

"Itrashaphai Santu Ibikramatul Phahalameen Karimun Yartapheeha Wayosassaru Bihillahaya Samaini Ela Motakabberen Sihillaha Yuhee Quid Min Howa Yapakhara Phajjal Asari Nahone Osirom Bayjayhalem. Yundan Blabin Kajan Blnaya Khtoryaha Sadunya Kanateph Netephi Bejehalin Atadari Bilamasa- Rateen Phakef Tasabuhu Kaunnieja Majekaralhada Walador. As Hmiman Burukankad Toluho Watastaru Hihila Yakajibaymana Balay Kulk Amarena Phaneya Jaunabilamary Bikramatum". (Page 315 Sayar-ul-okul).

SAYAR –UL-KUL menceritakan akan perayaan OKAJ yang di adakan setiap tahun di Mekah di mana di adakan simposium sajak di mana penyajak-penyajak yang handal di masa itu mengambil bahagian dan sajak yang terbaik di anugerah dengan puijian dan hadiah. Sajak yang terbaik akan dipahat di kepingan emas dan di gantung didalam Kaabah sementara yang lain di tulis diatas kulit unta atau kambing. Tradisi ini berlarutan beribu tahun dan di dalam Kaabah tersimpan himpunan khazanah sajak-sajak ini. Tradisi ini adalah serpihan tradisi Vedic yang di bawa dan di peloporkan oleh Raja Vikrama Aditya.

Semasa zaman pengambilalihan Kaabah di tangan Nabi Muhammad, Hassan Bin Sawik, penyajak, beliau adalah di antara mereka yang memasuki Kaabah dan berjaya memiliki beberapa sajak yang terpahat di kepingan-kepingan emas. Cucu Sawik yang ingin upah lumayan telah menyerahkan kepingan emas kepada Nabi Muhammad dan bertemu dengan skolar Arab yang terkenal Abu Amir Asamai dan menerima 5 keping emas dan 16 keping kulit dengan karya sajak yang memenangi pertandingan di perayaan OKAJ. Di antara koleksi yang di terima adalah karya Jarrham Bintoi yang hidup 165 tahun sebelum Muhammad yang menceritakan kisah Raja Vikrama Aditya.

Fakta yang tertera di atas adalah fakta sejarah yang tercatit dalam lingkungan 2500 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhamad dan semua fakta itu adalah nyata dan di catit dengan sempurna dan semua itu dalam buku Sayar ul Okul kini tersimpan di Turki bahkan artifak IBRAHIM atau Raja Vikrama masih ada dan tersimpan secara rahsia di Turki. Jika pensejarahan ini terbukti benar mengapa ahli akademik dan skolar-skolar yang ada tidak tahu dan mengambilnya sebagai bukti kedudukan Nabi Ibrahim bukan hanya sekadar penceritaan dari kitab Taurat, Injil dan AlQuran sahaja. Ajaran yang di bawa oleh Nabi Ibrahim atau Raja Vikrama adalah suatu ajaran purba yang mana ajaran ini berkembang menjadi isi kepada tradisi keagamaan Hindu pada hari ini. Agama Hindu adalah sesuatu yang baru kerana ajaran asalnya telah hilang dan musnah. Serpihan yang ada di perbaiki dan di tambah sehingga ujudlah doktrin Hindu yang ada pada hari ini. Ajaran sebelum hindu di kenali sebagai VEDIC yang menghasilkan VEDA atau kitab suchi orang Hindu. Ajaran Ibrahim sebenarnya melangkaui lebih awal dari VEDIC atau adalah ajaran PRE-VEDIC yang mana ajaran itu adalah ajaran yang lurus atau HANAFI yang menceritakan akan Tuhan yang satu. Kini ajaran itu telah hilang atau di ubahsuai oleh manusia.

Jika kita lihat website ASAL USUL ORANG MELAYU sedikit sebanyak dapat di baca akan beberapa keterangan tentang asal Melayu, bani jawi dan kaitan dengan Nabi Ibrahim dan bani Yahudi yang di kerah mencari bangsa yang di panggil THE LOST TRIBE OF ISRAEL.

Ketahuilah sesungguhnya terdapat satu kajian bahawa bangsa Melayu adalah berasal dari keturunan Nabi Ibrahim dari isteri ketiga yang bernama Siti Qaturah@Keturah. Sebelum meninggal dunia Nabi Ibrahim AS telah mewasiatkan kepada anak-anaknya ( KETURUNAN YAHUDI dari Yakob dan ARAB dari Ismael) untuk mencari sekeping tanah semenanjung di hujung dunia. Kerana di sana nanti akan lahir dari keturunan ini satu Raja akhir zaman bernama Al Mahdi. *MAHADI* *M.H.D.* *MAHADEV* dalam sukukata sanskrit. (berdasarkan apa yang di katakan, AL-MAHDI adalah kelahiran BANGSA MELAYU dan Ibrahim kerahkan sekelian keturunannya agar mencari AL-MAHDI, Raja Melayu Raja akhir zaman.)

Diceritakan juga Al Mahdi akan pulang semula ke tanah asal bersama kaumnya dan akan memusnahkan bangsa Yahudi. (di sini bukanlah bangsa Yahudi seperti yang di katakan kerana jika benar, Nabi Ibrahim tak akan mengerah anak cucunya mencari pembunuh keturunannya tetapi lebih kepada erti menghancurkan kejahatan dan kejahilan manusia agar di lenyapkan dari mukabumi ini) Wasiat ini di laksanakan oleh anak-anak Nabi Ibrahim dan kisah ini dicatit dalam kitab-kitab Yahudi. Sejarah berlalu zaman berzaman. Kisah ini juga diceritakan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat, yang mana 60 para sahabat telah mengembara ke Timur mencari Bani Jawi.

Bani Jawi terkenal dengan akhlak dan kelemah-lembutan mereka kerana mereka berdarah bangsawan dan kesatria perang yang dihormati. Jawi atau Jiwi dalam bahasa sanskrit : Ji=satu & Wi=Tuhan, yakni maksud nya bangsa yang percaya kepada Tuhan (hidup bertuhan). Dimanakah negara di hujung dunia ini yang masih beramal dengan mempercayai adanya Tuhan yang satu?

Wahai Bani Jawi, wahai keturunan kaum yang hilang. Rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam Kotak Tabut rahsia sejak beribu-ribu tahun. Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia @ ’di penghujung dunia.’

Menurut satu versi dari sebuah manuskrip kuno, Keturah adalah isteri ketiga Nabi Ibrahim a.s. Setelah kewafatan Sarah, Nabi Ishak a.s. telah merayu Nabi Ibrahim a.s. untuk berkahwin dengan ibu angkat beliau dari kerajaan Champa Kuno (bukan Champa Baru di era Angkor). Akhirnya Nabi Ibrahim a.s. bersetuju dan berkahwin dengan Keturah dan telah dikurniakan ALLAH 6 orang anak. Nama anak-anak Keturah adalah Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak dan Shuah (versi ini di ambil dari kitab Yahudi dan Bible yang mana adalah bukan dari sejarah yang di ketahui oleh Melayu).

Mengikut satu pandangan yang lain adalah isteri Ibrahim namanya SARAI atau S.R.I iaitu SRI bukan SARAI kerana tambahan sukukata yang merobah kata SRI kepada SARAI. SRI adalah DEWI SRI iaitu satu-satunya isteri Ibrahim atau Raja Vikrama tadi.

Banyak fakta telah di putarbelit kerana salah mengerti akan doktrin keagamaan yang kebanyakannya mengandungi ajaran ketuhanan yang di tulis dalam maksud yang tidak mudah di baca. Semuanya mengandungi hikmah atau ilmu sejati yang tersembunyi di sebalik apa yang tersurat di dalam kitab keagamaan itu. Hanya membaca apa yang tersurat sahaja tidak akan terbuka apa yang tersirat. Jika kita hendak mengenali Melayu dan siapa Melayu hanyalah di ketahui oleh orang Melayu sahaja. Segala sorotan cerita yang di paparkan sebagai contoh di atas adalah merupakan penceritaan satu bangsa yang hebat, tersembunyi, misteri dan merupakan bangsa yang di nanti-nantikan untuk menerajui pemerintahan dunia ini di akhir zaman. Bangsa Melayu adalah enigma yang menjadi tajuk utama dalam pengetahuan bangsa lain sebagaimana di khabarkan dalam kitab-kitab purba. Kebanyakan mereka tidak tahu akan kedudukan Melayu dan bagaimana yang di katakan orang Melayu hanya di ceritakan akan kenaikan satu bangsa di akhir zaman bersama Rajanya Raja Melayu berbangsa Melayu akan melenyapkan kejahatan untuk kali terakhir di mukabumi ini. Raja Melayu akan memimpin seluruh umat manusia ke arah zaman kegemilangan kehidupan dunia ini untuk kali terakhir.

Pembentukan Falsafah Melayu adalah satu pembentukan manifesto Melayu dalam mengembalikan jati diri orang Melayu dan di harapkan akan order kehidupan orang Melayu akan di hidupkan kembali. Moga Melayu jadi Melayu dalam ertikata Melayu Bijaksana, Melayu Sakti. Inilah Melayu yang di katakan sebagai bangsa yang terhebat di muka bumi ini. Bangsa yang memiliki keperibadian yang mulia, lemah lembut dan amat bijak dalam keilmuannya. Hari ini kita lihat tiada tanda-tanda yang menunjukkan akan keperibadian yang di maksudkan. Jika ada hanya cerita yang hilang di telan zaman dan kebanyakan rekod dan data mengenai orang Melayu telah hilang dan hanya tinggal sejarah dan kebanyakan sejarah ini di kategorikan sebagi mitos atau penglipur lara sahaja kerana ramai yang tidak dapat mengupas akan isi kandungannya dan semudah itu sahaja di katakan dongeng kerana tidak paham cerita Melayu.

Mari kita lihat dalam sejarah Melayu yang mana terdapat satu hikayat yang terkenal iaitu HIKAYAT PUTERI GUNUNG LEDANG dimana Sultan Mahmud di kenakan syarat untuk peminangannya iaitu Puteri Gunung Ledang mengenakan tujuh syarat yang tak mampu di tunaikan, iaitu :
Sebuah jambatan emas yang di bina dari istana Melaka hinga ke puncak Gunung Ledang, sebuah jambatan perak yang di bina dari puncak Gunung Ledang hingga ke istana Melaka, tujuh dulang hati nyamuk, tujuh dulang hati kuman, tujuh tempayan air mata anak dara, tujuh tempayan air pinang muda dan semangkuk darah Raja Muda"

Mari kita lihat pula kisah MIKRAJnya Nabi Muhammad pada permulaan beliau naik ke langit seperti di bawah:

After the Prophet took this night journey from Masjid al-Haram to Masjid al-Aqsa, he ascended to the upper heavens. The Prophet ascended to the heaven on stairs, called AL-MIRQAT, in which one step is made of gold and the next of silver, and so on. These stairs are veiled from us.

Jika di lihat akan dua kenyataan di atas maka kelihatan persamaan yang kelihatan iaitu kedua-duanya menceritakan akan JAMBATAN@TANGGA EMAS dan PERAK. Adakah kita tidak melihat akan sesuatu penceritaan samada kisah Nabi Muhammad atau Puteri Gunung Ledang itu memiliki sesuatu yang tersirat dan mesej yang hendak di sampaikan merupakan satu keilmuan, tetapi dan malang sekali ramai orang Melayu tidak memiliki akal yang sempurna dalam pengkajian mereka akan perkara ini. Jika kisah Nabi Muhammad di anggap satu peristiwa yang menakjubkan kenapa tersisih pula Hikayat Puteri Gunung Ledang sebagai mitos dan penglipur lara sahaja. Hikayat Puteri Gunung Ledang adalah satu penceritaan Keilmuan Melayu dan hanya Melayu sahaja yang tahu akan hakikat cerita itu. Hanya Melayu sahaja yang mengetahui apa yang tersirat dan ilmu yang terkandung di dalam penceritaan itu. Bagaimanakah orang Melayu merendah-rendahkan keilmuan bangsanya sendiri dan meremeh-temehkannya dan tidak terbuka pintu hati mereka akan pengertian yang mendalam akan cerita datuk nenek moyang mereka sehingga menganggap kesusasteraan Melayu tidak lain hanya merupakan cerita kanak-kanak dan mitos tanpa mendapat apa-apa hikmah dari penceritaan itu.

Kebangkitan Melayu adalah pembentukan semula akan diri orang Melayu itu ke arah kejatian dirinya yang selama ini telah di robah dan di perkudakan oleh doktrin bangsa lain agar Melayu tetap hilang dan tersembunyi dari persada dunia. Sama sekali tidak. Melayu akan terus berjuang dan pasti akan bangkit memenuhi ramalannya sebagai bangsa yang akan menerajui pemerintahan dunia kali terakhir sebelum Kiamat dunia ini. Orang Melayu berdiri di atas dirinya, rasanya dan pemikirannya sendiri tanpa di warnai oleh budaya bangsa lain yang bukan Melayu. Jangan hendak di samakan, tidak mungkin jati diri orang Melayu memakai fahaman bangsa lain dan hukum bangsa lain demi bangsanya. Seharusnya mesti ada garis pemisah di antara yang mana hukum bangsa sendiri dan yang mana bukan. Tidak salah memakai hukum bangsa lain tetapi tidak di utamakan hanya sebagai hukum yang jika ada memperbaiki bangsa Melayu dan bukan mengelirukan orang Melayu yang tak sama fitrahnya dan tak sama pemikirannya. Apatah lagi budaya Melayu tidak sinonim dengan mana-mana budaya bangsa lain.

Janganlah kita bertonggakkan hukum bangsa lain yang jauh berbeza budayanya tetapi sebaliknya hukum bangsa lain sepatutnya menuruti garis panduan budaya bangsa kita. Tidak salah mengikuti ajaran dan tatasusila bangsa lain tapi biarlah di tapis dan di sesuaikan dengan kerasaan dan kehidupan orang Melayu takut-takut akan ujud konflik dan krisis dalam kejiwaan orang Melayu yang membuatkan mereka di dalam keadaan yang terpaksa samada nak ikut cara kita orang Melayu atau hukum bangsa lain. Yang akan menjadi mangsa kekeliruan dan konflik adalah orang Melayu sendiri dan akhirnya orang Melayu berpecah belah dan hilang maruah bangsa dan martabatnya menjadi bangsa yang hina dan membunuh sesama bangsanya hanya semata-mata hendak mempertegakkan hukum bangsa lain. Amat memalukan apa yang di lihat pada hari ini dimana orang Melayu memulau bangsanya sendiri hanya di atas hukum bangsa lain. Amat menyedihkan bila orang Melayu akhirnya bercerai-berai dan musnah sesama sendiri akibat gejala fahaman bangsa lain yang berkemungkinan menggunakan doktrin mereka agar bangsa Melayu tidak akan bersatu dan seterusnya tidak akan berjaya memenuhi ramalan yang di perkatakan.

Melayu harus di bentukkan kembali dan di satukan kembali di atas dasar bangsanya agar Melayu pulih dan bergabung menjadi bangsa yang perkasa dan mampu menandingi kehebatan bangsa lain yang selama ini memandang rendah mutu nilai jati orang Melayu kerana orang Melayu mudah menjadi pencacai mereka yang ingin manakluk bangsa Melayu. Orang Melayu mudah terikut-ikut dan terlalu mudah menerima saranan bangsa lain yang hanya inginkan kehancuran bangsa Melayu. Orang Melayu mudah di beli hatinya, mudah di ikat hidungnya dan mudah di pengaruhi pemikirannya. Inilah apa yang telah berlaku sejak berzaman hingga orang Melayu lumpuh, buta dan menjadi tidak siuman lagi di dalam kehidupan mereka yang menjadi nanah dan kudis budaya yang hakikatnya sudah melampaui batas dan di takuti orang Melayu sudah hilang kebolehan untuk berdiri sendiri, berfikir sendiri hanya akur dan tunduk fahaman bangsa lain tanpa ada sikap yang merasai kesatuan bangsanya dan ingin melihat bangsanya tidak di porak-perandakan oleh propaganda bangsa asing.

Hari ini apa yang di perkatakan di sini adalah kenyataan dan orang Melayu di rundung dilema bangsanya kerana sudah huru-hara kehidupan mereka, tiada bersatunya orang Melayu, tiada kerasaan bangga di atas menjadi orang Melayu bahkan tidak pentingpun jadi orang Melayu. Di manakah orang Melayu yang ikhlas dan menyayangi bangsanya. Tiada dan tidak ada. Hanya rupa Melayu, makan Melayu, hanya sekadar bertubuh Melayu tetapi jiwa sudah bukan Melayu dan tataran falsafah kehidupan tidak mendominasi akan tradisi Melayu yang menjadi keagungan bangsa Melayu suatu masa dahulu. Orang Melayu harus di susun kembali satu persatu dan dapatkan kaedah kemelayuan atau tatacara kehidupan yang benar-benr bersendikan Melayu Sejati bukan di campur adukkan tradisi Melayu dengan tradisi bangsa lain.

Jika kita benar-benar yakin akan ramalan bangsa Melayu seperti yang di war-warkan, maka seharusnya kita patut ambil satu tindakan yang mungkin agak drastik dan mengejutkan orang Melayu kerana kita sudah jauh terpesong dan sudah luntur ingatan kita sebagai orang Melayu, bagaimana sepatutnya kita hidup dan kesedaran sebagai orang Melayu bagaimana pula caranya menghadapi dunia ini. Jangan di kotak-katikkan isu Melayu dan di jadikan bahan ejekan dalam kajian hendak memperkasakan bangsa Melayu menggunakan kaedah bangsa lain dan menjadikan kefahaman bangsa lain sebagai sandaran menaikkan martabat orang Melayu. Harus ingat hanya Melayu sahaja tahu Melayu. Jangan sampai terlupa cara kita orang Melayu tetap memiliki ilmunya sendiri dan tetap beradabkan kebudayaan dan nilai keperibadian yang mencerminkan Melayu yang sejati. Orang Melayu bukanlah satu bangsa yang baru bahkan terlihat peninggalan Melayu yang menunjukkan kebolehan orang Melayu dalam pelbagai aspek dan disiplin keilmuan yang melangkaui bangsa lain. Cuma kini semua sudah hilang akibat tiada keprihatinan anak cucu terhadapnya.

Anak cucu Melayu mencari penyelesaian dilema bangsanya menggunakan kayu ukuran bangsa lain yang tidak sewajarnya di jadikan resolusi permasalahan bangsanya. Harus di cari pada orang Melayu itu sendiri. Tengok dan lihat serta belajar pada orang-orang tua yang tahu sejarah bangsanya dan tahu cerita-cerita Melayu. Namun semua itu sudah tidak di ambil berat dan setiap cerita Melayu jika bercanggah dengan kefahaman bangsa lain terus di caci dan di buang begitu sahaja kerana ianya cerita kolot dan tiada di dalam keilmuan bangsa lain yang kini sudah menjadi kefahaman dan teras nilai peribadi Melayu itu. Melayu sudah berkanser dan kansernya sudah merebak ke segenap urat darah bangsa dan sudah menular ke jiwa bangsanya. Adakah harapan lagi? Pasti ada, jika orang Melayu sungguh-sungguh sedar akan kesilapan mereka, itupun jika mereka menerima hakikatnya dan jika tidak, tiada apa yang boleh di buat.

Amat penting bagi sidang pembaca sekelian menyedari akan niat suci penulisan ini yang hanya menceritakan akan Melayu sebagai bangsa dan kejatian dirinya. Ianya tiada berkait dengan mana-mana ideologi atau kefahaman yang ingin merusakkan bangsa Melayu bahkan di sini di perjuangkan nilai-nilai Melayu yang Sejati tanpa di ikat dengan pandangan mana-mana pihak yang bukan Melayu. Kita Melayu dan sebagai orang Melayu tahulah nalurinya samada penulisan ini mengarahkan kepada fahaman bangsa lain atau semata-mata mengarah kepada pihak Melayu. Pembentukan manifesto baru untuk order Melayu Baru harus menjadi tujuan kita hari ini. Order lama yang di ikuti dan di amalikan oleh orang Melayu hari ini tidak lagi mencerminkan ketulinan Melayu tetapi sudah bercampur aduk dengan pelbagai aliran pemikiran dan buah pandangan yang bersandarkan fahaman bangsa lain.

Dalam pembentukan Falsafah Melayu kita semua patut bersetuju untuk bersama-sama menyelamatkan bangsa kita dari hancur dan berpecah belah, bermusuh sesama kita dan menepikan kaitan bangsa menjunjung perkaitan yang tiada kaitan dengan bangsa kita. Kita patut menghormati sesama bangsa, berkata dengan lemah lembut sesama kita, beradab dengan sesama kita bahkan dalam apa situasi sekalipun harus menyokong bangsanya dan menyelamatkan bangsanya. Jangan di ketepikan bangsa kita dan jangan menghina sesama bangsa semata-mata berbeza arah kehidupan dan pandangan kehidupan serta tegur menegur cara yang elok bukan terus menghentam mereka dengan kata-kata yang kesat. Tak pernah datuk nenek moyang kita berjuang demi sesiapa, semuanya di lakukan demi anak cucu yang akan menyambung legasinya dan membawa nama baik keluarga sebagai orang Melayu bangsa terhebat.

Jangan malu dengan diri kita. Orang Melayu sudah lama di persada dunia dan amat arif dalam kehidupannya di atas dunia tetapi kenapa semua kata-kata dan cerita tentang kehebatan Melayu hari ini tiada nampak di mata. Orang Melayu leka dalam permainan dunia dan kejahatan hati manusia yang inginkan kehancuran bangsa Melayu. Semuanya logik semuanya masuk akal jika kita tahu akan kebangkitan bangsa Melayu seperti yang telah di ramalkan. Manusia lain akan cuba sedaya upaya melumpuhkan bangsa Melayu agar tidak dapat naik dan muncul sebagai juara di mercu dunia sebagai bangsa pemerintah yang berkuasa dan mampu menundukkan semua manusia di bumi ini. Jangan kata apa di sebut ini satu dongengan dan angan-angan sahaja. Semua orang tahu siapa Melayu dan apa Melayu boleh buat di atas dunia ini, sayang hanya anak cucu Melayu sahaja yang jahil akan bangsanya dan tidak percaya akan bangsa Melayu adalah bangsa yang teragung di atas mukabumi ini.

Melayu kini semacam INFERIORITY COMPLEX, semua berkenaan Melayu semacam penyakit kusta yang membawa nilai rendah diri dan tidak mampu bersuara kerana melihat dirinya sebagai Melayu adalah sesuatu yang menjijikkan dan sesuatu yang tiada harga diri. Orang Melayu suka mengidolakan bangsa lain, terasa mulia bangsa lain, bijaknya bangsa lain sementara dirinya hanya bangkai busuk yang bernyawa tiada ada apa-apa. Beginikah orang Melayu sekaligus banggga dan serta merta berundur dan jatuh rebah menyungkur sujud pada bangsa lain. Sibuk sana sini bercakap hendak memartabatkan bangsa Melayu, ingin melihat orang Melayu berjaya di peringkat global tetapi gagal untuk membentuk Melayu itu pada dirinya dan tidak menggunakan petua orang tua kita tetapi memakai formula kejayaan bangsa asing yang kononnya bangsa teraju dunia dan terpilih di atas dunia. Apa yang kurangnya pada kita sebagai orang Melayu. Cacatkah kita, kita ada bukti kejayaan di zaman yang lampau, ada TRACK RECORD dalam pensejarahan bangsa Melayu. Terdapat banyak rekod sejarah yang memaparkan kehidupan dan ketamadunan orang Melayu yang menunjukkan kebolehan mereka mendahului bangsa lain dalam pelbagai teknologi dan keilmuan tapi masih lagi bangsa Melayu di perkecilkan dirinya dan di sisih dalam kategori bangsa yang hebat.

Inilah gejala doktrin penjajah yang menjalankan aktiviti-aktivi demi melumpuhkan semua jentera Melayu agar tak mampu berfikir sendiri hanya menerima apa yang di ajar oleh bangsa yang menjajah diri, hati dan meracun jiwa Melayu. Kerana itulah perlu order Melayu lama di ganti dengan order baru yang hanya menggunakan kaedah Melayu, berdasarkan pandangan Melayu dan hanya berpandukan unsur-unsur Melayu sahaja agar pembentukan order Melayu baru menjaminkan ketulinan polisi dan manifestonya. Jika kita tidak membawa perubahan ini maka bangsa kita akan menjadi bahan ketawa bangsa lain kerana kejayaan mereka dalam menghalang kebangkitan bangsa kita menjadi bangsa penguasa di mukabumi ini.

Adakah kemungkinan kejayaan akan dapat di kecapi oleh bangsa Melayu atau akan gagal akhirnya? Ini semua amat bergantung pada kesedaran orang Melayu yang memperjuangkan haknya sebagai orang Melayu dan berkerjasama membantu dalam mendaulatkan bangsanya. Kegagalan juga adalah besar kerana ramai orang Melayu yang sudah di BRAINWASH oleh penjajah dengan doktrin mereka tetap akan setia dengan pegangan tuannya dan secara sedar tidak sedar menjadi batu penghalang dalam usaha Melayu untuk membangunkan bangsanya menuju kejayaan di mukabumi ini. Mereka inilah dalang dan gunting dalam lipatan yang akan menjadi ejen tuan penjajahnya menjaminkan agar orang Melayu tidak akan naik dan menjadi bangsa penguasa. Meraka adalah talibarut tuannya dan menjadi penghasut-panghasut yang bergerak dengan secara diplomasi dan secara kata-kata yang membangkitkan kemarahan bangsa Melayu yang bodoh dan tiada pembelajaran dan terbuka kepada pembangunan minda yang rasional agar menghukum sesiapa sahaja yang bergerak ke arah kemajuan bangsa Melayu. Mereka menasihati pula orang Melayu lain agar memusuhi dan jangan membantu mereka yang berjuang demi bangsa Melayu bukan demi bangsa tuannya yang bukan bangsa Melayu.

Menyedarkan orang Melayu adalah sebab adanya Falsafah Melayu agar orang Melayu dapat bangkit perlahan-lahan dan baikpulih diri masing dalam menyempurnakan fitrahnya sebagai Melayu dan akhirnya menyedari akan misi yang lebih besar dalam memenuhi ramalan tentang bangsanya sebagai bangsa penguasa di atas bumi ini. Inilah pembentukan baru orang Melayu dan inilah falsafah yang hendak di bicarakan agar orang Melayu dapat mencari sesuatu di dalam penulisan ini agar dapat di gunakan sebagai falsafah baru dirinya.
.....................................................................................


No comments:

Post a Comment