melayu.......

MELAYU ITU BUKAN RUPA, BUKAN KULIT, DAN BUKAN ORANG....

MELAYU ITU ALAM, DUNIA, PEMIKIRAN KETUHANAN....

MELAYU ITU... BUDAYA YANG MEMERINTAH

Wednesday, April 21, 2010

SELOKA MELAYU

Melayu bercerita dengan pelbagai cara dari hati ke hati melalui lidah & telinga demi menyampaikan sesuatu maksud, niat, teguran, nasihat, panduan dan sebagainya. Banyak keadaan ianya telah ditokok tambah bagi melunakkan dan melemakkan bicara, namun intipatinya masih seikhlas dan seluhur pembuka kata. Tidak dinafikan, sepanjang jalan bercerita, terdapat jua tokokkan dan tambahan bagi kepentingan diri sendiri pencerita yang mana jika ada baiknya, di resap di jiwa dan dijadikan teladan, manakala jika ada buruknya, tetap diresap di jiwa dan di jadikan sempadan. Namun begitu, berseloka dan bergurindam adalah wadah jati diri turunan pusaka yang semakin pupus dek kecanggihan era yang telah menimbulkan bencana. Kembalilah ke asalnya wahai anak bangsa.... bacalah dan fahamilah, dalam berseloka, ada gurauan, dalam bergurindam ada panduan, jadikanlah pengajaran dan sempadan, semoga hilang segala kerisauan dan muncullah kerinduan.... MELAYU

Refer to Pages utk siri-siri Seloka Melayu nukilan Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Widjoyo, Mahasiddha

6 comments:

  1. Salam Malenka Sri Elang.
    Selamat Hari Raya Aidiladha.

    Saya baru habiskan kesemua entry anda. Amat mendalam maksudnya.

    Saya masih menunggu entry terbaru dari anda.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  2. Hamba mohon maaf kerana terlalu lama menyepikan diri, menyelami kegundahan....hamba amat menghargai kesabaran tuanhamba meluangkan masa menyelami apa yang dipaparkan di sini. Teruskanlah....sebatikanlah mudah-mudahan nukilan dari Raden Mas ini tersebar dan memunafaatkan Melayu keseluruhannya

    ReplyDelete
  3. Malengka Sri Elang siapakah gerangan tuan di bawah naungan Mas Prabu Gusti ?

    ReplyDelete
  4. Amat banyak rahsia melayu di balik tabir tapi kenapa kearah keDEWAan ???Apa hubungan raden mas prabu dengan bentara guru ???

    ReplyDelete
  5. Salam Malenka Sri Elang.

    Terima kasih di atas kesudian saudara berkongsi luahan rasa melalui penulisan seloka, lebih-lebih lagi yang terbaru ini.

    Hasil penulisan saudara menambah lagi kelazatan rasa di dalam kehidupan ini...

    Betapa amat berertinya 'rasa' itu...

    Oh, betapa rindu ku rasakan...

    Oleh itu, teruskanlah berjuang...

    Wassalam.

    ReplyDelete
  6. Assalam, Malenka Sri Elang terpuji atas nama paduka agung serta bentara guru berbulu roma songsang semoga kesampaian "rasa" hendaknya.
    Betapa amat lazat "rasa" atau "resa" tiada dapat diertikan,,,,, dari tubuh...dari perasaan...dari "raganya" tiada rupa , tiada penjelasan .. tapi ada!!! KEARAH MANA PERJUANGAN HARUS KE TITIKNYA ,,,DI MANA???? ke Mahasiddha....untuk apa ? hak siapa IA !!!
    Malenka Sri elang terpuji disisi Paduka yang sudah berarah tujunya perjuangan di iring i salah seorang tiga beradik dari bentara guru, tunjukan hamba compas tujunya.........
    sultan pen keng.

    ReplyDelete