melayu.......

MELAYU ITU BUKAN RUPA, BUKAN KULIT, DAN BUKAN ORANG....

MELAYU ITU ALAM, DUNIA, PEMIKIRAN KETUHANAN....

MELAYU ITU... BUDAYA YANG MEMERINTAH

Tuesday, August 14, 2012

SELOKA MELAYU (08) GHUYUB SATU ALAM

SELOKA MELAYU (08) GHUYUB SATU ALAM Ini mula kisah alamNya, Ghuyub Satu Alam akan selokanya, Sat Maha Chat Anandha Rasaja empunya kala, namanya jua kekal ada selama-lamanya, Ghaibul Ghaib dibahasakan akannya, sajian untuk yang atas sahaja, kurang Lima itu lapisnya, kerana Empat berupa pula, atasnya arupa sahaja, bukan bawah yang masih buta, bukan celik itu tandanya, tapi sedar hina dirinya, asal manusia dibhumi melata, hanya ada nafsu sahaja, bagi mereka terima dirinya, itu tanda mula martabatnya, baru seloka dapat dibaca, atas hati ikhlas yang ada, bukan akal mendabik dada, serasa ilmu diatas dunia, dipelajari hafal semuanya, segala hukum diketahuinya, sedangkan seloka madah dewata, bukan tatapan mata manusia, hanya hati tempat ilhamnya, hanya hati tempat wahyunya, dibaca dengan lidah kesuma, diingat dengan ruh arifin, ditelaah dengan Al-Qudus, bukan sebarang dapat memahaminya, jika manusia itu dirimu, hanya ingat dosa pahala, harta dan benda, anak dan bininya, selagi itu belum kau memilikinya, kehebatan ilmu Tuhannya, masih jauh wahai rastana, ingat rangkap dibacainya, bahawa manusia nafsu kejadiannya, tiada sama Zat Tuhannya, tapi Dia ada bersama, seperti ayatNya dikatakannya, AKU ADA DIMANA-MANA, bukan wahdatul wujudnya pula, pahaman Ibnu Arabi tuan ilmunya, atau Hulul dari Hallajnya, yang merana diatas kesempitan akalnya, tiada sakti seperti Melayu yang ada, tiada ilmu seperti dirinya kita, wangsa Melayu titisan batara, apa jua kefahaman diatasnya, tiada sama akan pengertiannya, kalau ikut bunyinya ada, tapi tak sama akan ilmunya, ini Melayu ilmunya jua, bukan sama dengan mereka, hanya Melayu paham akannya, walau dibaca sama ayatnya, walau difaham sama kefahamannya, kerana Melayu tiada belajarnya, tak pakai otak macam mereka, kerana Melayu itu bukan orang adanya, ia adalah alam itu ertinya, yang sudah Melayu necaya paham akannya, seperti ayat 4 surah al-Hadidnya: “Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas ‘arsyNya. Dia mengetahui segala yang masuk ke dalam bumi dan segala yang keluar darinya, segala yang turun dari langit dan segala yang naik ke sana, dan DIA BESERTA KAMU DIMANA SAJA KAMU BERADA. Dan Allah maha Melihat apa yang kamu kerjakan”, maka inilah yang hendaknya kita, paham atas kebenaranNya jua, tanpaNya tak mungkin ada, akan kebenarannya hakikat kita, sahlah ia pada kenyataannya kita, diatas pentas hidup didunia, kehidupan yang dinamakan manusia, inilah agama adanya ia, kerana nafsu turunlah ia, sebagai petunjuk kepada kita, mengenal jalan Rahmannya jua, ini bidalan akannya kita, mengenal Tuhan tak samanya kita, jangan ada gopoh akannya, memahami ilmu tulisan manusia, selagi diri didalam dunia, jauh berjalan balik kerumahnya, selagi seronok akan hidupnya, belum arif ilmu Tuhannya, selagi hidup ada padanya, masih banyak perlu dizakatnya, selagi mati tidak dinantinya, selagi itu belum khatamnya, lihat lah sekeliling yang ada dimata, ramai mengkaji ilmu agama, menjadikah ia pedoman didada, menjadikah ia suluhan jiwa, menjadikah ia berkat hidupnya, menjadikah ia penenang nafsunya, menjadikah ia tuju matinya, menjadikah ia pendidikan akhlaknya, menjadikah ia iktibar lakunya, menjadikah ia hujah untuk kafirnya, menjadikah ia Islam dirinya, menjadikan ia bakti yang Esa, menjadikan ia sahabat setia, menjadikan ia apa sahaja, asal lengkap rasa dijiwa, asal akal rasa bijaknya, asal amal cukup adanya, asal cacat dapat pulihnya, asal jahil tahu agamanya, asal buta celiklah pula, asal agama nigama amarnya, maka ini nukilan kita, bicara mereka bertaraf pendita, bukan mereka berpegang shariatnya, tetapi mendapat bukti akan Tuhannya, bukan dari kitab yang ada, atau ilmu mulut manusia, belum terbukti hadir Tuhannya, hanya sekadar tahu sahaja, tiada rasa akan kehadiranNya, masih tebal dunianya, masih jahil akan Tuhannya, masih didalam semu dunia, tiada apa hampas belaka, sambil bicara kita bersama, kalau dikampung minumlah kopi ‘O’ adanya, O itu asalnya tiada, namun ada ‘O’ sahaja, inilah minumnya kita, mengenal asal ‘O’ lah jua, bermula segala akan tertibnya, sebelum dihidang akan juadahnya, tanpa ‘O’ bolehlah juga, tapi taklah rancak bicaranya kita, jadi ini kisah akannya, cara Melayu selokalah ia, bukan bahan lucu adanya, tapi memang inilah gayanya, kalau tak kisah kita teruskannya, seperti mana ramai dah sangka, mengenal ilmu banyak ragamnya, memang mengenal itu wajib adanya, itulah ilmu kata manusia, disuruh rasul mencarinya, walau sampai kenegeri Cina, kerana akal itu kerjanya, kerana nafsu suka buang masa, tak kira apa caranya jua, membacapun buangkan masa, tapi paham akan maksudnya, buang itu banyak caranya, pilih cara yang afdalnya ada, bukan jadi besoknya pula, cuma sekarang titinya kita, langkah yang ada membawa kesana, maka buang masa yang ada, tinggalkan menjadi kesan yang berguna, agar parut menjadi buktinya, akan jihad kejalanNya, maka masa buang sahaja, buang air buang sedara, buang air besar buasirlah pula, selagi tersangkut hati didunia, perit sembelit mati susahnya, ini ibarat orang berseloka, menanam ubi belakang rumahnya, terasa hendak ambil sahaja, bukan serai tepi rumahnya, kerana serai lain rupanya, macam lalangpun ada juga, tapi lebih gunanya pula, dari lalang menyemak sahaja, ubi lagi baik adanya, pasal dalam banyak tak tanya, tahu ada tak nampak rupanya, kecil besar tak tahu jua, nak tengok isi galilah kita, baru nampak bukti dimata, barulah dapat makan hikmahnya, barulah ilmu menjadi nyata, bukan mainan kata sahaja, ada bukti itulah tanda, ilmu membawa kepada kesedaranNya, bukan rasa manusia yang ada, serasa ilmu hebat didada, dada apa pada manusia, penuh dengan nafsu durjana, hanya dosa tak nampak dimata, kerana didalam tak nampak buruknya, apatah lagi pakai indahnya, berjubah diluar nak tunjuk ilmunya, Tuhan tak heran kita nak pakai apa, hati masih bogel sentiasa, menari berjoget dipesta nafsunya, tiada dapat diketahui manusia, disorok dengan dalil nafsuhanya, itulah manusia pandai berpura, mereka yang bodoh ikut sahaja, hanya takut disebat bontotnya, takut mati tiada menolongnya, hanya seronok mulut bicara, hati hanya pada dunia, soalan bodoh diajunya jua, atas perkara anak bininya, tak cukup dengan dugaan Tuhannya, mencari alasan untuk dirinya, agar kepala tak pening jadinya, agar nafsu sejuk seketika, agar masyarakat tidak menghinanya, itulah kita semua manusia, bukan mengaji hakikat yang ada, hanya semu itu hiburannya, duduk belakang ustad yang ada, seronok dengar suaranya berkata, melonjak nafsu ghairah akannya, balik terbayang hensom orangnya, jadikan menantu dapat masuk syurga, ustad dah Tiga bininya, tak cukup ke lagi nak pula, ikut sunah nabinya kita, banyak bini banyak pahalanya, itulah ajaran promosi nafsunya, bukan jihad menghancurkannya, ditambah madu menguatkan batinnya, batin nafsu seperti hantu raya, cuma tak nyata padanya kita, seronok manusia khayal didunia, janganlah andik seperti mereka, menukar agama dengan nafsunya, menjual ilmu dengan nafsunya, nescaya rosak kita semua, itulah angkara murka, tiada tahu akan jalan hidupnya, kaca disangkakan intan adanya, tiada mahu zuhud didunia, hanya berkepit dengan bini mudanya sahaja, lupa akan kesementaraannya, mati pasti akan menjelma, selagi hidup dihurung nafsunya, segala amal tiada berguna, tapi manusia tak paham akannya, terasa amal ada upahnya, terasa diri hamba nakkan habuannya, sedangkan Tuhan itu tempat kembalinya kita, bukan syurga dan syufaat dipinta, tapi Cinta yang tiada taranya, sebagai bakti hidup manusia, tanda terima kasih akan Tuhannya, diberi hidup walau bayangnya, barulah hapus segala dosa, kerana bayang kembali ketuannya, jangan kata seloka ini cereka, ianya datang bukan sembarangnya, ada laluan ada caranya, hanya hati yang terbuka dadanya, pada cahaya makrifat yang ada, setelah lebur nafsu yang derhaka, itulah tafsir akannya kita, manusia biasa diatas dunia, tiada kira agama dan bangsa, lain kita Melayu orangnya, ada ilmu dari moyangnya, tak perlu kaji akan semuanya, tak perlu belajar untuk ijazahnya, semua ada pada Melayunya, apa yang perlu sedar akannya, baru tahu hebat dirinya, bukan telaah akan kitabnya, bukan zikir mainan bibirnya, tapi marga akan Melayunya, bukti sakti akan titisanya, hanya Melayu itulah adanya, tiada yang lain-lainnya, paham ye jangan lupakannya, maka sambung fikirannya kita, akan hendak pada fahamnya, akan seloka inilah adanya, akan wujud yang tiada nyata, asal ghuyub alamnya ia, ghaibul ghaib iapun jua, ramai tahu tapi tak jadi apa, itu hakikat ilmu manusia, ramai bertanya tiada pastinya, mengenal alam tiada mulanya, mengenal Ibnu Arabi akan kitabnya, mengenal Tuhan akan kitabnya, mengenal ibubapa adakah kitabnya, menjadikan kita ada ke bukunya, pada Melayu bukannya baca, apa nak baca mata sahaja, hati mati tak tahu jua, rasa handal ilmu akannya, rasa hebat Tok Guru panggilannya, Muhammad bodoh tak tahu baca juga, konon dapat diilham dalam dzauknya, konon dapat ilmu ghaibnya, otak pandai dah boleh huraikannya, kata ulamak kata sahnya, tak tahu apa tahu manusia, nak tahu juga asal nak saja, apa yang nak apa yang ada, tak kira apa janji nak je, ada nak ada pak, ada pak ada mak, ada tiga lengkap lah hendaknya, dari tak tahu menjadi tahunya, apa yang tahu belakang cerita, tahupun serupa tak tahu jua, inilah asal orang nak tahu adanya, akan alam ghaib namanya jua, kerana hebat akan ceritanya, kerana gelap alamnya ia, tak nampak apa gelita sahaja, itulah ghaib tafsirnya kita, seperti sibuta akanya kita, ghaib dimata telinga tak juga, daripada buta baiklah ghaib adanya, kerana itu mencarilah kita, akan ilmu ghaibul ghaib katanya, ramai suka akan misterinya, ramai yang suka kerana gelap-gelapnya, tak nampak apa kena raba juga, itulah kita buta bermata, depan mata ada ghaib katanya, tiada ada katanya ada juga, walau tiada ada sesiapa, siapa bodoh tak tahulah kita, biar ghaib biar buta, rasa-rasa ada ke bezanya, rasa-rasa dalam gelap ke, rasa-rasa dapat ke, rasa-rasa paham ke, tak tau nak cakap le, manusia ni tak de katanya ghaib, yang ada tak nampak nafinya pula, mana buta mana ghaibnya, susah kita dibuatnya, kerana ada sama tak adanya, pahamlah kita hendak akannya, mengenal ilmu curiga sahaja, tiada pasti khayal yang ada, betul tidak janji ada cerita, kasaf ke yang menulisnya, guru mana dah sampai alamnya, ada bukti dalam kitabnya, atau tulisan pahamnya tiada, akal berkata memutar ayatnya, kepala berpusing terbalikkan maknanya, rasa hebat pidato akannya, entah ye entah tidaknya, walau ruhnya sampai belum ghalibnya, naik ke langit belum fana nafsunya, macammana nak ambil katanya, macammana nak iakannya, mana wali dah tiada dirinya, hanya yang tiada bernama, tiada warna dalam hatinya, tiada gerak selamanya, bolehkah manusia dalam dirinya, suci sehingga jadi Tuhannya, dapatkah kata ini benar adanya, atau ilusi untuk seketika, mainan tidur itu mimpinya, mainan jaga tahukah kita, selagi sedar kita manusia, takkan terpisah badan dan nyawa, bukan Ruh pemimpin manusia, tapi akal yang Islam dirinya, akan nafsu yang Islam jadinya, akan kita yang Islam sepenuhnya, maka berkata yang pandai berkata, kata apa bunyi katanya, bukan katak pula sebutnya, jika tempurung atas kepalanya kita, dalam tiada nampaknya apa, kerana ghaib dalam katanya, tempurung ibarat ghaib yang ada, diri didalam gelita namanya, tiada ada rasa gelap sahaja, tapi itu kata berkata, orang nya pula buta matanya, duduk dalam tempurung kataknya, dua-dua sama sahaja, kata katak bunyinya manusia, bunyi katak kataklah yang punya, jangan pening wahai saudara, kita ni pandai jenaka mengena, siapa makan cili terasalah pedasnya, walau dah biasa dalam tiadanya, serasa ada bagai pedasnya, jangan tak paham akan kata kita, kerana kata hurufnya sahaja, tiada makna ghaib maksudnya, inilah seloka sambungnya pula, ketika alam tiada apa-apa, entah berantah jualah ia, kata orang gelap amatnya, macam bulu hantu raya gamaknya, gelap itu ghaib Arabnya, La Ta’ayan panggilan mesranya, kalau kita Pak Tam lah dia, bukan Pak Hitam dari Nigeria, itu orang banyak penipunya, mengaku saudara Islam agamanya, tapi duit kita itu hendaknya, belum ada apa jua, kiasnya orang akan alamNya, pada tika dan saat itu adanya, tiada mentari atau segala yang ada, mana tahu itu semua, karangan orang yang ghaib agaknya, kerana dasyat amat bunyinya, kita ternganga akan kisahnya, itulah bicara tasauf katanya, ketuhanan pun boleh pakai jua, asalkan maksud sampai pada kita, tak kira apa bahasa yang ada, janji sampai pada akalnya, paham tak paham belakang cerita, maka ditilik nujum yang ada, pakai teropong makrifat katanya, mengujudkan suatu asal sesuatunya, kerana tak tahu nak cakapkannya, maka dikata orang itu mulanya, apa yang mula macammana pula, tak tahu jua akannya kita, kata pendita Zat namanya, asal Sat asal yang ada, maka kitapun ikut-ikut saja, tangkap muat orang K.L kata, tangkap tak muat L.K agaknya, itulah nisbah akan katanya, nisbah pada alam yang tiada, dikarangan ghuyub ini seloka, satu alam satu namanya, dikisah orang tasauf tulisannya, hakikat insanpun dalamnya ada juga, tulisan Sheikh yang ahli ketuhanannya, tak kurang kitab perjalanan batinnya, kitab bermacam rupa dan bentuknya, sebagai alat akan ceritanya, cerita alam ghaib akannya, banyak kitab ditulis atasnya, oleh manusia sekerat ilmunya, ditulis manusia separuh binatang separuh manusia, wah itu macampun ada juga, hebat, hebat ini manusia, maka bermulalah kisahnya jua, berseloka akan wujudnya mula, dari sat asalnya mula, adi mulam mula namanya, bukan Adam seperti adanya, itu tanah pandai berkata, DARI MALAYSIA PERGI KE JEDDAH DIA, NAK JUMPA DENGAN SITI HAWA, kita punya “MADE IN MALAYSIA”, pasal kita semua boleh katanya, tak kira apa boleh saja, jadi tuan bacalah akannya, kitab kita Melayu adanya, akan cerita ghaibul ghaibnya, ini alam bukan semesta yang ada, bukan alam akan manusia, tapi alam tempat AKUnya, tiada terang sedikitpun jua, tapi ada bukti wujudnya, cuma jauh dari akalnya manusia, menzahirkah ia kafir jadinya, bukan ia perpustakaan negara, bukan suhuf terkumpul adanya, bukan fikiran manusia disana, bukan makrifat jadinya pula, bukan bicara patut adanya, bukan luahan hati sengsara, bukan tempat hujah manusia, bukan tempat ambil ilmunya, bukan asal kitabnya jua, tapi cerita tiada hurufnya, dikalam oleh kuasa sahaja, bagai hujan tiada basahnya, bagai malam tiada gelapnya, bagai mentari tiada cahayanya, bagai perempuan pondanpun ia juga, bagai bisu berkata dihatinya pula, bagai buta tapi dapat dirabanya, dalam gelap itu tak jadi hal katanya, janji dapat akan Nik Mat nya, kata orang dialah penghulunya, nak tahu carilah dia, nak alamat ada pada kita, nak tahu akan rumahnya, kenalah bayar kat kita pula, kerana umat hanya saganya, kerana PROTON dah tak berharga, kerana suruh hanya lidahnya, tapi susah nak percaya pula, kerana PERO-DUAnya pula, ini lidah tak guna adanya, kerana gerak itu yang ada, bukan GERAKAN partinya pula, itu semua lakonan sahaja, UMNO, PAS sama sahaja, jadi KUN jadi adanya, bukan KUN parti yang ada, 5 tahun sekali cukuplah pula, banyak tahun muak lah pula, sebab janji KUN manusia, bukan KUN jadi alamnya, bukan KUN-TAU ilmunya pula, harap sabar wahai sedara, bila pula jadi SEDARA, SEUDApun tiada jua, bangunan UDA ada le, itupun dah dibeli Cina, yang kaya kaya le, yang miskin gadai anaknya, jadi peminta sedekah lah dia, emak bapak tak kisah apa, asal duit dalam koceknya, ini resmi Melayu sekarang bukan resmi dahulu kala, maka disuratkan seterusnya, mengenal akan alam ghaibnya, inilah kisah lama adanya, zaman Jepun memerintah Malaya, hari-hari makan ubi kayu semua, kaki bengkak naik bisul pula, begitulah kita manusia didunia, hari-hari tertipu adanya, tak nak terima, hakikat ini adanya, walau terbukti ada bisulnya, tapi POYO la pula, tak mengaku akan salahnya, tak mengaku bodohnya pula, maklumlah rumah bertingkat-tingkat adanya, bukan teres tapi flat rupanya, dimana jua rumah nak ada, begitulah akan ceritanya kita, belum berumah lagi manusia, bukan gua ye sedara, kerana tuan ghaibnya pula, kunci hilang letak dimana, kata orang tempatnya rahsia, tak taulah CEK dah penat memikirkannya, bilalah nak habis cerita ni pula, drama kat TV pun tamat jua, maka jangan diambil kira, kerana MASA belum adanya, kerana ruang terbuka belumnya, kerana tayangan belum bermula, pentas ada masih gelapnya, tiket habis terjual adanya, hanya menunggu SHOW bermula, penonton masih belum adanya, semua datang bila sampai masanya, mahu lihat INUL Goyang jangan marah ye, FIKIRKANLAH..bila saat tiba adanya, datanglah kehendak bertandang adanya, dalam gelap ujudlah ia, apa namanya tiada tahunya kita, tapi nama samarannya G.G sahaja, Gelap Gelita pun ia, Ghaibul Ghaib pun ia, yang mana satu sama sahaja, asal bernama boleh kenal akannya, tiada nama cari tak berjumpa, sekampung belum ada sesiapa, ayam direban bertelur belumnya jua, kambing ditambat hanya talinya, lembu tiada tahi sahaja, bila dilihat akan keadaaannya, musnah dilanda taufan adanya, semua sunyi unggas pun tiada, hanya bayu membelai rasa, kehendak tiada tahu dirinya, kerana kehendak tiada rupanya, berahi hanya maninya jua, tiada sesiapa dimana adanya, asal jadi yang satu jua, asal adi mani tercinta, pada masa masuk waktunya, beduk berbunyi tanda bangun nya, dari tidur jaga jadinya , dari mimpi nyata ingatnya, impian akan kehendaknya jua, tiada nyata gambar sahaja, ibarat layar tiada anginnya, belum ada zat sematanya, belum ada apa yang ada, belum ada erti adanya, belum ada akal pertama, belum ada rasa dirinya, belum ada cipta kersanya, belum ada akan fikirnya, belum ada nafsu dan manusia, belum ada nabi dan rasulnya, hanya kehendak gelap gelita, tiada cahaya menyuluh kehendaknya, hanya amma graha rahasianya, rupa tiada berbayang jernihnya, ibarat kilas ikan geraknya, tenang tiada kocaknya, hanya bayang jernih arupanya, tak nampak apa hanya kosong sahaja. Kehendak jadi akannya ia, suatu tekun atas Satnya, amma jadi cahaya kemala, bukan nur bagai dikata, kerana nur bayang ertinya, bukan cahaya seperti dikata, ia sinaran Sat yang Esa, menjadi tubuh aka sifatnya, didalam satu dua adanya, jadi ia Sang Nur Cahaya, kerana terang dan malam bersama, kerana ada dan tiada ujudnya sama, kerana satu jadinya dua, walau dua dalam satunya, jika jadi hilang kesannya, jika tiada ujud kesannya pula, inilah orang ambila bicara, kaca tiada nampak dirinya, hanya telus sambung alamnya, begitu kehendak menjadi ada, walau ada tiadapun sama, kerana hendak akan dirinya, walau ada telus dirinya, tiada nampak akannya ia, walau ada didepan mata, tetap telus cahaya dirinya, tapi bayang sama hadirnya, kerana bayang cacatlah ia, dari terang kelabu matanya, apa yang nampak semu sahaja, bayang itu kesan hadirnya, akan cahaya dirinya jua, bila bayang hadir padanya, kelam separuh alam yang ada, kerana sifat hendak berbentuk adanya, kerana sifat hendakkan ada ujudnya, kerana sifat hendakkan diri yang dua jua, maka jadilah ia atas KUN yang ada, maka bayang naik bertiga mengadap cahaya kelam adanya, kelabu asap ekavarnanya, anekavarna masih jernihnya, bila bertemu tiga yang ada, pecah dirinya tujuh warnanya, namun diam tiada geraknya, maka sapta tetap sunyinya jua, maka tiada yang masih berupa, kerana cahaya tiada terangnya, kerana bayang himpit ruangnya, jadilah sat matanya dua, itulah semata-mata ianya jua, jadi satu dalam rimbunnya, jadi satu dalam kolamnya, jadi satu dalam pasunya, jadi satu dalam dirinya, walau beza adinya jua, tunggal nyata satmatanya, jadi matahari pun jua, jadi lautan akan daratnya, baru kekal tetap dan taat, baru jadi boleh adanya, KUN berpindah kepada cahayanya, jadi sembunyi akan dirinya, dalam terang sukat malamnya, dalam gelap sukat darjah cahayanya, 360 semua yang ada, itulah ahli baitullah yang ada, hanya cahaya semata-mata, menjadi kaabah putih isinya, dialam kita hitam kulitnya, disini ia hidup berkata, pada kita kelam cahaya, disini ia seloka berjiwa, pada kita mati ayatnya, disini ia panji alam namanya, pada kita kuku sekupas jadinya pula, disini ia alim Tuhannya, pada kita ilmu semunya, disini ia ketetapan adanya, pada kita bercerai anak bininya, disini ia sehati sejiwa, pada kita muslihat akan dirinya, disini ia panca delima, pada kita panca jahannam, itulah andai kita bicara, mengenal akan hebatnya bahasa, tiada orang dapat tahunya, kerana kata mulutnya tiada, jika mulut itu adanya, hanya kita yang pandai berkata, kemana jadi akannya tinta, dalam lautan asmara cinta, kemana pergi akan kalamnya, asta-hablum an-nas kata HUnya, kemana pergi pencareknya pula, Melayu alam Paduka namanya, bila ditanya ghaibul-ghaibnya, tiada yang tahu akan jadinya, apa yang ada tiruan sahaja, tiada yang kasyaf sampai kesana, jangan bodoh jadinya kita ye, ikut sahaja papa ilmu kita, ikut Tok Arab kelubang buaya arahnya jua, mati dibaham jahil Arab jua, bukankah cahaya menjadi lautnya, bayang tumpang sekaki sahaja, dapatkah kita mengenal ia, pasti kepada hukum manusia, atau andai sahaja yang ada, menjadi kitab untuk manusia, ikutan anak cucu yang ada, tiada tahu asal ilmunya, semua bersandar akan akalnya, akal lama dah tak laku pula, sebab akal mengaji bawah sahaja, dibawa keatas kafirlah pula, maklumlah manusia cacat akalnya, kerana nafsu menunggangnya, bukan ruh punca kuasanya, bukan ilham dari kalbunya, tapi nafsu yang merupa dirinya, bukan shaitan wahai saudara, ia hanya kuasa dunia, tiada mudarat kepada kita, selagi Melayu namanya kita, inilah tunjuk jalan yang ada, kepada ilmu Melayu akan alamNya, baru anak cucu sedar akannya, bagaimana alam ini ujudnya, dari ghuyub sekelian mulanya, satu alam asat sahaja, belum empunya diri nyata adanya, batinNya dalam Zatnya, dapatkah manusia menilik akannya, memikir akan batin akan zatnya, jika tahu ceritakan ia, nyatakan pada kitab agar dibaca manusia, ini hanya rujukan sheikh yang ada, kita tak tahu martabat ilmunya, hanya digemborkan akan namanya, konon sahabat akrab akan nabi kita, seolah tiada dosa dan keldai otaknya, mana Melayu yang hebat ilmunya, kenapa tak mahu akan dirinya, kerana diri malu bangsanya, malu Melayu akan dirinya kita, takut dicela Arab yang ada, inikah Tuhan mengadili akan makhluknya, dibeza akan bangsanya jua, ghaibul ghaib kan tiada, mana pula ada bezanya, kenapa sombong akan ilmu yang ada, semua tafsir akal dunia, masih nak peluk akan bininya, takut anak mati semua, sedangkan yang haq tiada miliknya, hanya kebenaran itu yang ada, tiada kita manusia yang ada, dapat menelan pil ketuhanan yang ada, takut hancur akan dirinya, gila kerana tiada nafsunya, gila takut seorang dirinya, mana anak mana bininya, semua tempat seronok nafsu sahaja, bukankah Tuhan katanya ada, manusia itu untuk diuji, ikut hati nak uji apa, manusia hanya binatang yang melata, hanya pandai berkata-kata, ramai pula tak setuju adanya, ramai marah akan kenyataannya, manusia tak mengaku binatang dirinya, kalau betul manusia dirinya, carilah Tuhan didalam dirinya, kenapa hendakkan dunia yang ada, bila bersolat hanya acara sahaja, hati tiada ada beserta akan Tuhannya, otak berlegar masaalah yang ada, bukan tunduk pana’ dirinya, inikah cara kita bicara, mengenal Tuhan bukan senangnya, selagi manusia diatas dunia, tiada dapat sebarang hikmahnya, kalau disebut pasal yang ada, segera tunjuk akan pahamnya, entah ia entah tidaknya, siapa tahu akan benarnya, jika diukur akal manusia, hanya mampu mengikut nafsunya sahaja, lebih dari itu tak ada apa, akal memikir 24 jam yang ada, akan nasib dirinya bukan Tuhan yang menantinya, tapi kekasih nun jauh dimata, dirindui setiap masa, bukan Tuhan yang menjadikan dirinya, tetapi kekasih yang dapat dipeluknya, bukan Tuhan tak nampak dimata, hanya kata lidah ucapnya, tapi hati tiada percaya, kerana Tuhan itu wajid adanya, sekadar pohon tempat rendangnya, bukan sungguh hendakNya, cukup syarat sebagai Islamnya, cukup syarat akan solatnya, tiada hendak akan cinta Tuhannya, hanya rezeki dan kesihatan hendaknya, bukan jalan kembali kepadanya, inilah manusia tiada kemana, bosan alam mendengarkannya, hikayat manusia dah lapuk tiada hebatnya, hanya lakunan filem tak laku adanya, watak yang ada tua sahaja, muka muda bibirnya tua, cerita ulangan banyak kalinya, muak telinga mendengar dialognya, yang bodoh bolehlah terima, itu terasa hebat dah adanya, tak tahu ilmu Tuhan itu ada pada dirinya, cuma perlu kenal dirinya, inilah sebab seloka ini ada, menceritakan ghuyub asalnya kita, tiada yang ada hanya Dia, tapi tiada yang percaya, segala urusan agama dunia sahaja, bukan ditekankan hakikatnya, hanya shariat tebal semata-mata, mati tak tahu jua, yakin hanya atas apa orang kata, bukan bukti nampak dimata, kita jangan seperti mereka, buktikan Tuhan itu ada, bukan tahu sahaja ye, mesti ada bukti akannya ia, baru Islam lengkap adanya, mengenal tuan akan agamanya, bukan bawaan manusia yang ada, akal jengkek pendek dan jahil, yang tahu atas kitab sahaja, hukum jatuh atas kehendak nafsunya, salah orang cela sahaja, hukum mesti ada, kasih sayang nombor dua, fahamilah hai anak cucu yang ada, Tuhan itu amat pengasih dan penyayangnya, kenapa nak hukum manusia lemah adanya, shariat sebagai pedoman didunia, bukan hukum menghina manusia, tapi manusia lagak seperti Tuhannya, menghukum manusia atas kitabnya, bukan hati kasih sayangNya, tapi Ego akan pangkat dunianya, terasa hukumnya atas titah Tuhan, tak sedar sandaran nafsu sahaja, inilah kita manusia didunia, sampai kiamat tak berubah adanya, hanya jika kita sedar siapa diri kita, keturunan Melayu hebat adanya, inilah ghuyub akan akhirnya, dimana mula itulah akahirnya, paham wahai sekelian Melayu yang ada, baru sempurna akan ilmu kita, baru sempurna akan diri kita.

No comments:

Post a Comment