melayu.......

MELAYU ITU BUKAN RUPA, BUKAN KULIT, DAN BUKAN ORANG....

MELAYU ITU ALAM, DUNIA, PEMIKIRAN KETUHANAN....

MELAYU ITU... BUDAYA YANG MEMERINTAH

Tuesday, August 14, 2012

SELOKA MELAYU (09) AINUL KAF

SELOKA MELAYU (09) AINUL KAF Salam genta menyurat kata, salam benta menyirat hasratnya, ini seloka kilasan rasa, ini raga dendamnya puja, pada kosa hanyalah dosa, sukhma yang ada tuan nafsunya, ainul kaf jadi seloka, untuk renung sekelian yang ada, selagi kita masih manusia, tetap iman kandungnya kita, bukan kafir akan tahunya, namun taqwa bekal didada, pada erti segala nyawa, sarung nafas insan adamnya, inilah seloka padanya kita, mencari erti sembunyi kata, mencari ayat Melayu maksudnya, bukan mudah seperti disangka, kerana akal tiada beserta, hanya kehendak akan bentuknya, bukan rupa tempat geraknya, selagi kita tiada bertanya, pada jiwa hampa dunia, nescaya tiada nampak cahaya, hanya bayang seribu warna, bukan jelas ibarat kaca, nampak bayang nyata bentuknya, tapi kosong hampa belaka, ingatlah akan sekelian yang ada, Tuhan ada dimana-mana, terlebih jelas padanya kita, kerana kita menanggung rahsianya, kerana kita berjanji dahulu kala, fitrah itu besar amanahnya, tapi manusia sudah lupa, kerana sekarang bentuk sahaja, asal rupa tiada ketahuinya, apatah lagi hadir Tuhannya, tiada dirasa padanya jiwa, hanya hadir pada mereka, pada jiwa Melayu dirinya, bukan seloka mengusik akalnya, bukan nada tentu iramanya, tapi syahdu rasa pilunya, pada suara yang tiada maknanya, itu rasa si maharasa, rasa sekelian rasa yang ada, cuba tuan amati ia, rasa bagaimana mati adanya, tiada dapat mengatakannya, kerana mati tiada suara, kerana mati tiada tuannya, hanya badan tiada kuasanya, itulah kita janganlah alpa, kelak teraniya fitrah yang ada, itu janji pada Tuhan kita, kelak terima balasan dariNya, kerana manusia alpa sahaja, didalam hidup dunia, hendaknya, bukan mencari jalan padaNya, agar dapat pulang amanahnya, ramai yang ada tak nak percaya, kerana Tuhan hiasan sahaja, asal dapat puji manusia, terasa hebat akan dirinya, bukan hedak akan kasihnya, tapi takut masuk naraka, itulah resmi manusia adanya, tiada ikhlas tiada benarnya, hanya selindung sebalik agama, agar mulia dipandang mata, ibadat hanya kewajipan sahaja, bukan bakti atas cinta, manusia tak mampu bercita-cita, kerana cita atas nafsunya, bukan ilmu kembali sucinya, tapi lanjutan nafsu dunia, kerana bidadari cantik belaka, itulah harapan amalan dia, dapat syurga upah dirinya, bukan kembali asalnya kita, amatilah akan perbendaharaan kita, asal sebiji benih anama, benih asal mula manusia, asal bayang tiada beroma, asal rupa tiada berongga, asal muka tiada cahaya, hanya alur susur kuasanya, merangka diri hanya patinya, dari zat wujud mutlaknya, menjadi tajjali kejadiannya, hingga ujud hasrat ciptanya, itulah cinta kan Tuhan kita, membendung afiratnya ke akhir masa, bila sampai seru pada kita, untuk kembalikan fitrahNya, jangan tertinggal olehmu jua, kembalikan empunya diri dengan rahsianya, kerana itu sempurnanya kita, sebagai manusia wajiblah kita, oleh itu manusia yang ada, jangan lupa janjinya siMera, dia ada dibelakang kita, memerhati didalam sunyinya, mendengar dia ditelinga kita, jadi asyik khayalnya kita, melihat didalam sanubarinya kita, bersuara didalam mimpi kita, itulah kita jangan lupa, selagi mengalir darah merah kita, selagi itu tertakluknya kita, akan janji bondanya kita, menjadi anak mengenang jasa, kerana kita atas dunia, bukan syurga matinya kita, oleh itu baca seloka, cari jawap lengkap didalamnya, maka lihat pula asalnya, benih dari lumpur hutama, tempat bentuk mengambil rupa, oleh malaikat pemegang rahsianya, dibentuk dari rupa mulia, akan rahman dan rahimNya, sehingga terang sekelian sifatnya, lengkap ia akan rupanya, malakatul adama akan namanya, asal dari alam rohana, tanda jadi tajjaliNya pula, itulah pohon dunia jadinya, tempat jatuh hukum yang ada, tempat tersurat tujuh alifNya, tempat jadi tanda baNya, tempat nyata akan afaalNya, itu rupa Merak Karsani adanya, silau mata silau akannya, kerana silau cahaya terpujinya, itu asal rupa yang ada, manusia ibarat pohon syurgaNya, tujuh dahan cahayanya jua, berdaun emas beribu helainya, terletak ditengah syurgaNya, tiang seri akan alamNya, seri geliga naga seria, menjadi tunjang alam phataha, tujuh ruas mengisi alamnya, jadi ada alam sunyinya, penuh bunyi nafiri seroja, memanggil ujud Kun akannya, baru terang sekelian mata, melihat alam sudah ada, penuh isi benih makhluknya, untuk membuka cerita akannya, menjadi seloka kitab berkata, atas titih junjungan rahsia, mengujud manusia dibumi adanya, inilah hikayat cerita adanya, dari tiada menjadi nyata, bukan nyata atas diriNya, tapi bayang penjelmaan kuasanya, ramai yang bingung tiada pahamnya, kerana tajjali bukan diriNya, tapi kesan akan kuasanya, diatas kehendak Yang Maha Kuasa, inilah kisah Melayu adanya, ainul kaf akan jantungnya, ini rahsia graha kita, menjadi Melayu bertugas adanya, itulah fitrah akan Melayunya, menjadi panglima diatas dunia, selagi kita tiada sedarnya, betapa hebat Melayu adanya, jangan seperti Melayu yang ada, mudah kalah dengan nafsunya, bukan nafsu penentu imannya, tetapi Tuhan akan tempatnya, ingat wahai sekelian yang ada, kita Melayu biar berguna, selagi hidup diatas dunia, baru mati kita berjasa, jangan lupa asalnya kita, diatas dunia bertugas adanya, inilah seloka ainl kaf namanya, menjadi ingatan Melayu yang ada, kalau tuan mendabik dada, kerana rasa hebat dirinya, ingat neraka menanti kita, kelak kesal tiada gunanya, janji Melayu mengota kata, janji manusia lidah sahaja, janji Tuhan tepat masanya, janji kita berdalih sahaja, ingat tuan laksamana arjuna, bertempur menegak cahaya benarnya, ingat tuan hanya manusia, dimana jua dosa yang ada, menggali kubur simati empunya, menggali hati hidup yang ada, menanti dunia tiada akhirnya, menanti akhirat syurga tempatnya, minumlah tuan air cahaya, jangan dicampur nanah kafirnya, minumlah air permbersih jiwa, bukan arak buatan nafsunya, kalau disangka pagi menjelma, takkan sampai kokoknya tiada, jangan disangka hidup lamanya, mati pasti menjelma jua, kalau menyanyi lagu sentosa, kalau mengaji hakikat isinya, kalau manusia tetap jahilnya, kalau Melayu penuh ilmunya, ingat tuan sangkar maraka, sangkar emas tempat pujanya, ingat tuan asalmu jua, selagi Melayu tetap beraja, jangan kata Melayu tak guna, jangan kata seloka menghina, cermin diri lihatlah muka, muka manusia penderhaka bangsa, kerana takut dikutuk dirinya, kerana takut hilang hartanya, kerana takut hilang mulia, kerana takut rezeki tiada, kerana takut akan dirinya, kerana diri hanya manusia, bukan Melayu yang gagah perkasa, bukan Melayu hebat dirinya, tapi sarung talam dua muka, ya disini tidak disana, tiada mahu mengaku salahnya, cepat putus asa akalnya, kerana Melayu kamu lemah adanya, tiada iman hanya kias dirinya, menjadi cermin akan geraknya, diatas dunia ibarat bayang sahaja, tiada jati akan Melayunya, tiada yakin akan Tuhannya, kerana Tuhan tiada nampaknya, tapi mulut tetap memujinya, itulah manusia suka berpura, dihati gelap amat gelitanya, selagi boleh dapat habuannya, selagi itu nafsu tuannya, bukan Tuhan kebenaran hendaknya, tapi sedap dunia hendaknya, takut hilang segalanya, kerana percaya kata nafsunya, bukan sabar dalam hidupnya, tapi percaya kata manusia, bukan dihati tempat hidupnya, tapi diatas nikmat tubuhnya, itulah manusia berjanji setia, selagi untung tetap sedianya, bila rugi lari semua, bila diugut lemah hatinya, kerana Melayu pengecut adanya, bukan Melayu yang jati dirinya, tiada takut akan sesiapa, hanya menghormati yang membela bangsanya, bukan diatas kuasa dunia, tetapi amanah dipegang sentiasa, menegak kebenaran sampai bila-bila, baru Melayu tetap ujudnya, sehingga kiamat tetap adanya, inilah pesan Melayu adanya, kata seloka hanya kiasnya, untuk kita dunia sementara, tapi ramai hidup berpura, didepan kata ia semuanya, bila diuji tak tetap pendiriannya, kerana hanya manusia biasa, ingat berani ibarat singa, rupa kuduk dibawah tempurung jua, semangat hanya ada upahnya, bukan pejuang pembela bangsanya, ada berjuang diatas nama, tapi dibelakang untuk dirinya, inilah jika kita tahunya, bentuk manusia jiwa kosong belaka, diri Melayu baju sahaja, tempat meraih kasih dunia, Islam hanya pakai sahaja, agar tak jelek dipandang Tuhannya, bukan kerana hendak rahmatnya, tapi upah untuk anak bininya, ingat jangan putus asa adanya, diatas dunia ujian semua, siapa kalah neraka tempatnya, siapa menang syurga gantinya, inilah seloka ibarat tamsilnya, memberi sedar sekadar bolehnya, bukan seloka mengubah sikapnya, hanya sebagai renungan yang ada, diri sendirilah tanggung semua, jangan disalah sesiapa yang ada, takut mati atas dunia, lebih hina dari binatang yang ada, binatang tetap ikhlas hatinya, kerana tiada akal padanya, apa yang dapat itu sahaja, tidal seperti manusia yang ada, kalau sedikit merungut pula, kalau banyak tamak jadinya, bukan kebenaran hendak akannya, tapi seronok berkelah adanya, itulah Melayu tak kenang jasa, hidup mati berangan sahaja, jika berjanji berdalih sahaja, kebenaran ilmu mainan sahaja, jika salah bawa hatinya, disumpah Tuhan menjadi kera, ingat seloka hanya sendanya, ia kata amanat dariNya, memberi peringatan Melayu yang ada, jangan lupa Tuhan itu ada, agama bukan sarung sahaja, tiada bermakna jika berdusta, jiwa tiada akan senangnya, kerana dosa berlonggok banyaknya, tiada rasanya kebal nafsunya, itulah tanda musibah menimpa, selagi Melayu tiada sedarnya, selagi Melayu tak paham jua, alamat Melayu musnah akhirnya, tiada lagi penegak kebenaranNya, tiada lagi pejuang akan jalanya, hanya tinggal syaitan manusia, berupa Melayu bangsat bangsanya, ingat tuan selagi nafas masih ada, hidup ini bukan percuma, harta didunia tiada maknanya, anak isteri ujian dariNya, pangkat dan kekayaan milik dunia, dari syaitan yang sesat semuanya, ingat kita dah alim pula, ingat solat penampan dosanya, ingat amalan penepis neraka, sedangkan hati serupa serigala, tiada jua tunduk Tuhannya, hanya nafsu sebagai rajanya, bukan Melayu Tuhan rajanya, akur perintah menjalan tugasnya, menegak kebenaran sehingga matinya, sehingga manusia pulih usulnya, kepada fitrah asal mulanya, bukan manusia dah sesat jalannya, berupa syaitan dalam manusianya, berupa binatang dalam akalnya, bukan ikhlas hendak jalanya, menuju Tuhan akhir matinya, tapi seronok dunia yang ada, takut pada hukum dunia, inilah selalu jadinya kita, tiada sedar akan hidupnya, suka bermuka suka berpura, terasa kuasa dalam genggamnya, terasa hebat dihormat manusia, tapi itu bukan manusia, yang hormat hanya binatang yang ada, setia kerana upah yang ada, bukan hormat atas budinya, budi hanya wang ringgitnya, itu kawan semasa berada, bukan sahabat selama-lamanya, jangan kata tiada buktinya, tunggu miskin lihat apa jadinya, kawan mana berjanji setia, mereka hilang tiada pedulinya, jangan ingat seloka berdusta, seloka menunjuk akan jalanNya, semoga selamat perjalanan kita, diatas dunia sentiasa waspada, bukan semua manusia mulia, ramai hina serigala sahaja, tiada upah tiada buatnya, bukan bakti hati mulia, bukan atas upah sentiasa, ada yang duit ataupun syurga, asal upah menjana bahagia, bukan Melayu keturunan kita, hidup berbakti tiada upahnya, hanya melihat nasib anak cucunya, semoga tiada dihina manusia, inilah bidalan katanya kita, mencari sesuatu tiada bayangnya, jika ada rezeki yang tiba, bukan milik kita yang ada, itu untuk anak cucu kita, agar Melayu ada kesinambungannya, bukan Melayu derhaka budinya, menunggang bangsa untuk dirinya, slogan bangasa jadi taruhannya, hanya raih akan untungnya, budi bangsa digadai maruahnya, atas agama tempat niaganya, sebagai tiang urusan dunia, agar kuasa tiada kurangnya, bangsa Melayu dibodohkannya, kalau pandai dihukum segera, agar diri tak nampak jeleknya, walau bodoh lawa sentiasa, walau hina indah semuanya, Melayu terjual akan dirinya, kerana syaitan dah jadi rajanya, kerana nafsu memerintah hatinya, ingat akan sekelian yang ada, ramai manusia tak sedar dirinya, disangka hujan guruhpun tiada, disangka selamat pisau dilehernya, disangka aman musih kelilingnya, disangka suka beribu bencikannya, tapi mata tetap jua buta, kerana sombongnya tak terkira, terasa pandai benar belaka, tak sedar dibelakang dicaci sahaja, begitu manusia diatas dunia, yang berkuasa hanya lakon sahaja, moga mati jadi buktinya, hanya azab neraka yang ada, menjadi ganti hidup dunia, tiada salamat hidupnya kita, oleh itu sekelian yang ada, ini seloka mentera sejahtera, ainul kaf diberi nama, untuk mengajar hati manusia, untuk sedarkan jiwa yang ada, agar segera kembali fitrahnya, melihat dunia sementara sahaja, merasa hidup kelana adanya, bukan tempat akhir hidupnya, kepada Tuhan jua hukumnya, selagi manusia lemah yang ada, tiada kuat walaupun apa, hanya selindung sebalik baiknya, hanya berteduh bawah partinya, itulah manusia derhaka sentiasa, tunduk pada kafir yang ada, takut pada kafir didunia, bukan islam itu agamanya, islam hanya tempat bermuka, teramat hina jika bandingkannya, dari binatang yang ada didunia, kerana akal tiada gunanya, hanya nafsu jadi dirinya, takut segala diatas dunia, tiada takut mati kan tiba, serasa ilmu lengkap dah ada, kalau mati pasti ke syurga, itulah Melayu yang sentiasa lupa, perjuangan pahlawan menuntut hak kita, anak cucu dalam ingatnya, bukan kepentingan untuk dirinya, jika dilihat itulah yang ada, tiada lagi Melayu dirinya, hanya topeng pentasan dia, bukan naluri prihatin adanya, jika ditilik akan kitab kitab, Melayu yang ada dah hancur dirinya, hanya bayang jalan sendirinya, nafsu itulah diri yang ada, bukan beriman kepada Tuhannya, bukan Melayu jati dirinya, tapi sarung cari makannya, hanya tapak ujud nafsunya, ingat sekelian yang ada hendaknya, mencari ilmu wajiblah jua, bukan ilmu dijaja merata, bukan ilmu nak cepat naik pangkatnya, bukan ilmu nak duit banyaknya, bukan ilmu nak caci yang kurang agamanya, bukan ilmu nak meninggi dirinya, melihat hina yang bodoh bawahnya, itulah Melayu dah sesat adanya, semua kaca intan sangkanya, kerana tiada tahu bezanya, kerana jahil akan kebenarannya, hanya mengikut perut yang ada, tempat nafsunya bernafas didunia, bukan ikrar taat setia, membela bangsa selama-lamanya, membela hanya harta dan benda, kedudukan yang ada datas dunia, ini Melayu tiada gunanya, hidup mati sama sahaja, hanya ibarat jembalang yang ada, hantu rayapun seakannya jua, satu bangasa satu keturunannya, hanya jadi perintah nafsunya, ingat wahai Melayu yang ada, berdendang kasih yang dipuja jua, berdendang rindu kekasih adanya, bukan berdendang memujuk nafsunya, bukan bersajak memuji ketua yang kaya, bukan berkata diatas lidah sahaja, tapi hati Melayu dirinya, inilah kisah selokanya kita ainul kaf banyak khasiatnya, pelentur kesedaran akan Melayunya, penunjuk jalan akan agamanya, bukan tulisan membuang masa, bukan bacaan seronok adanya, ia ilham luka Melayu, melihat bangsa bertaraf hamba, bukan panglima digeruni manusia, tapi pondan tak cukup kelakiannya, bermisai kumis tapi lembut jiwanya, bangsa pengecut tiada maruahnya, diatas dunia dibeli sahaja, jadilah hamba pengkhianat bangsa, bodoh dan tuli gelap hidupnya, ajaran yang ada material sahaja, kalau agama tunduk akan nafsunya, bukan iman dan ilmu didada, tapi gaji bulanan yang ada, kedudukan sebagai penghukum manusia, konon dah hebat dihormati manusia, sijil yang ada bukti hebatnya, bukan kasyaf kebenarannya, bukan jujur perintah Tuhannya, tapi engkar didalam hatinya, inilah umat tak guna ada, hidup hanya nafsu sahaja, moga Tuhan tiba hukumnya, baru manusia insaf agaknya, baru Melayu sedar dirinya, tapi semua terlambat sahaja, nasi dah jadi bubur adanya, tiada maaf tiada ampunnya, kerana Melayu selalu terlajak adanya, bila dah sedar baru nak taubatnya, itu semua alasan sahaja, manusia nafsu takkan tunduk jua, hanya muka kasihan belaka, dihati tetap durjana perinya, moga sekelian paham maksudnya, bukan menghina sesama kita, tapi harus ada sedarnya,melihat kita sekelian manusia, tak nampak didalam jubah pakainya, entah ular atau seekor unta, entah bebal atau bodohnya, selagi dihormati tetap lupanya, ibarat kera berkata adanya, kata yang indah itu rasanya, kata yang bijak itu sangkanya, tapi lupa akan dirinya, masih ada yang bijaksana, melihat mereka tergelak hatinya, dalam hati berkatalah dia, kera perasan nak jadi manusia, kalau binatang binatanglah jua, walau dipakai jubah manusia, hanya yang kasyaf nampak bezanya, hanya yang berilmu nampak celanya, tetapi yang ada bersorak pula, bertepuk tangan memuji mereka, kerana mereka serupa sahaja, binatang yang melata pandai berkata-kata, itulah jumlah tak terkira kita, hampir semua baka kera agaknya, yang pandai dan bodoh sama sahaja, yang alim dan jahil pun sama jua, didunia ini tiada baiknya, yang ada hanya jahat sahaja, yang kurang melakukan kejahatan yang ada, itulah dikatakan baik yang ada, harap paham sekelian pembaca, ini kata benar adanya, tiada kita mulia didunia, selagi hidup mengejar harta, selagi hidup sombong dirinya, selagi bernyawa binatang hidupnya, hanya pandai berkata-kata, tiada mendapat restu Tuhannya, kerana diri jahil amatnya, tiada amanah tiada jitunya, atas kata berpura sahaja, lidah memang tiada tulangnya, manusia tiada akan dirinya, hanya nafsu itulah dia, hakikat manusia binatang jua, melata diatas dunia dan pandai berkata-kata, ini seloka ainul kaf namanya, bukan sekadar untuk dibaca, tapi tempat ambil hikmahnya, selagi kita tak nampak ertinya, selagi itu tebal nafsunya, harus yang ada ambilkan ayatnya, dikaji halus satu katanya, kerana ayat tempat ujudnya, hikamah terbenam didalam hurufnya, serupa gua kaf yang ada, tempat rahsia membentuk dirinya, bukan sir dalam arabnya, tapi insan sempurna harkatnya, insan mulia paksi dunia, inilah kias akan guanya, tempat turun segala yang mulia, tempat nyata adat kamilnya, tempat johar ambil manikamnya, tempat kemudi terus alirnya, bagaimana hendak kita pahamkannya, kaf bukan gua manusia, kerana manusia hampadarannya sahaja, sebagai bayang ujud kuasanya, ibarat rupa tempat tarinya, jadi agam akannya kita, jadi sumbi nar-nar yanakma, baru jadi lenta al-mana, baru lengkap keturunan yang ada, dari fitrah akan usulnya, bukan binatang akan asalnya, bukan jin bapaknya kita, hanya alim nak tunjuk manusia, tetapi penuh muslihat daimnya, tiada akan tuduk nafsunya, kerana manusia jahil sahaja, kerana nafsu darah dagingnya, bukan insan kaf yang mulia, gua tempat rahsia Tuhannya, tempat ainul jumpa kekasihnya, didalam gua sumaph setianya, selagi hidup didalam dunia, tiadaku lupa janjinya kita, taat setia padamu jua, sampai masa hancurlah kita, inilah ainul dalam kafnya jua, mengambil janji akan Tuhannya, ibarat cinta tapak katanya, pada Tuhannya kembalinya jua, mengapa manusia degil sentiasa, tiada nampak cahaya Tuhannya, tiada mahu ikut jalannya, lebih suka memikir dunia, lebih cendurung akan hawanya, bukan lidah mengucap cinta, tapi lidah meminta upahnya, kerana hamba dah pandai berkata, kalau kerja tiada upahnya, nescaya kubunuh akan tuannya, begitulah tersirat dihati mereka, busuk dan kotor hati mereka, bukan ibadat tanda terima kasihnya, tapi hendakkan ibadat dibalas setimpalnya, bukan ikhlas apa perbuatannya, sama ada syurga atau neraka, baginya itu bukan pilihnya, akan redho segala amalnya, kemana sahaja tiada berkira, atas bakti akna cintanya, tiada upah ganti penatnya, hanya kasih sayang Tuhannya, menerima apa jua seadanya, kerana hakikat hamba tiada ada, hanya tempat ujiannya sahaja, tapi kenapa manusia lupa, tetap sombong hebat perinya, tetap lupa akan janjinya, bahawa hidup hanya sementara, bukan cerita mainan mimpinya, hidup dalam kaf syaitannya, hidup atas zulmat ainulnya, bukan budi peri yang ada, cahaya iman sinar ainulnya, bukan Tuhan kafkan akannya, tapi iblis pemerintah hatinya, jangan yang ada mengikut langkahnya, nescaya hidup tiada gunanya, nescaya hidup mati tak berjasa, ini kita sumpah Melayunya, jangan lupa asal turunnya kita, dari kahyangan menjejak buminya, menjadi penegak adil hukumnya, bukan menghukum atas nafsunya, hanya penting kukuhkan dirinya, diatas dunia hendak berkuasa, menjadi syaitan talam dua muka, alim manusia serupa ifrit yang ada, hanya bayang kaf sahaja, tiada ainul cahaya nubawa, hanya tembaga emas rupanya, salut kaf tubuh dirinya, inilah seloka ainul kaf namanya, buat pesan Melayu yang ada, jangan dikata seloka main sahaja, kita dah dewasa dah tua pula, maka harap yang ada membaca, kaji ayatnya kaji maksudnya, ini seloka tamatlah jua.

No comments:

Post a Comment