melayu.......

MELAYU ITU BUKAN RUPA, BUKAN KULIT, DAN BUKAN ORANG....

MELAYU ITU ALAM, DUNIA, PEMIKIRAN KETUHANAN....

MELAYU ITU... BUDAYA YANG MEMERINTAH

Tuesday, August 14, 2012

SELOKA MELAYU (18) NYANYI PAK UNTUNG

18. SELOKA MELAYU NYANYI PAK UNTUNG Ini seloka nukilan rasa, sebagai sastra bahasanya kita, hidup bergurau ada bersenda, dalam bersenda kita mengena, ini cara Melayu kita, bukan manusia panjang ceritanya, kalau bersembang berjela-jela, tiada munafaat buangkan masa, hanya seronok melayan rasa, ada berangan nak jadi kaya, ada juga nakkan janda, ada hasrat tolong keluarga, konon nak jadi manusia sempurna, sempurna apa hampas sahaja, amal tiada duitpun tak ada, hanya keluhan dimalam sunyinya, menyanyi lagu pak untung namanya, irama lama dah tak laku jua, itulah ragam manusia yang ada, kita inipun sama sahaja, hendak untung rugi yang ada, bukan menang dalam hidupnya, serata-rata sia belaka, kerana nafsu masih kawannya, bukan iman tersemat didada, bukan ilmu pembuka kasyafnya, hanya khayal mimpi seronoknya, bukan kebenaran atas dirinya, tiada diukur akan bolehnya, hanya ikut ragam manusia, yang miskin nak jadi kaya, yang buruk nak jadi lawanya, yang seronok kawan sembangnya, bercerita akan besok nak kaya, atas komisen berbilion undertakingnya, bukan kenyataan bodoh dirinya, asal kampung masuk bandarnya, asal bodoh jahillah pula, ingat duit melayang padanya, atas meja dikedai mamaknya, seolah semua magik belaka, barang dipinta jadi sahaja, inlah ibarat seloka kita, seloka bernama nyanyi pak untungnya, untuk kias mereka yang ada, kias cara selamba sahaja, takut keras marahlah pula, kerana manusia lembut jiwanya, mudah melayang dihanyut angannya, mudah sedih tengok dirinya, miskin terbiar oleh Tuhannya, bukan atas jahilnya jua, tiada usaha ubah hidupnya, hanya harapkan subsidi Tuhannya, manalah tahu besok kaya pula, nombor ekor jadi taruhannya, kena first prize ok lah juga, tak nak kalah dalam hidupnya, atas angan meriba nafsunya, atas bodoh dalam pikirnya, untung datang atas rezeki katanya, siapa tahu untung sabut timbul pula, itulah harapan kita semua, dalam doa restu nabinya, akan Tuhan pohon makbulnya, akan permintaan nafsunya jua, yang sentiasa selera pada khayalnya, dalam solat tiada alimnya, kerana doa untuk dunia, panjang umur dan cepat kaya, bukan mohon ilmu bekalnya, ilmu mengenal mana semunya, ilmu mengenal mana tipunya, mana jalan nafsu pilihnya, agar selamat pilihnya kita, aga hidup sejahtera adanya, baru kita dapat rasainya, bahawa hidup menipu adanya, yang tertipu lebih ramainya, kerana mata kelabu sahaja, atas nafsu yang gila dunia, sinar berahi tarikan hatinya, berahi hidup seronok hatinya, pada dunia itu tumpunya, pada cantik dan banyak duitnya, dapat berpoya dengan kawannya, tunjuk eksen hebat dirinya, banyak awek keliling dirinya, kelak miskin tahulah dia, mana kawan dan anak bininya, selagi ada sayang semua, sudah papa jalanlah sendirinya, kiri kanan hanya buaya, bukan manusia berhati mulia, semua harap dapat belanja, dari kita yang jadi mangsa, tapi semua sama sahaja, kalau untung rugipun sama, tiada munafaat kerjanya kita, atas dunia tiada untungnya, buat baik atau jahatnya, tolong orangpun kita disantaunya, jahat manusia tiada taranya, kerana itu awaslah adanya, jalan didunia bukan seronok adanya, hanya menanti kita kan kecundang jua, itulah kenangan manusia didunia, nikmat hanya seketika sahaja, atas pahaman shariatnya jua, hakikat tiada dilihat jua, kerana takut sesatlah pula, apatah nafsu amat kejamnya, lagi pandai kita lagi diujinya, sampai mati tetap tiada jayanya, kalau adapun batu nesannya sahaja, dipahat nama tanda kuburnya, nasib baik ada tandanya, kalau tiada hilang begitu sahaja, kerana manusia serupa tiada, adapun tiada berguna, jasa hanya untuk nafsunya, bukan dirinya yang akan mati jua, tak nak kenal rahsia dirinya, tak nak tahu kemana nanti perginya, takut salah pahaman pula, kata ilmu hanya didunia, shariat itu cukup adanya, mati nanti masuk syurganya, entah ia entah tidaknya, adakah amal pasti diterima, atau andainnya sahaja, kerana seronok masih hatinya, melayan nafas yang gelap warnanya, menghirup udara najis dunia, tiada yang terasa takut matinya, kerana diri terasa muda, amal syariat lengkap adanya, cukup untuk masuk ke syurga, jangan bodoh wahai manusia, kalau benar seperti dikata, sudah pasti sekarang kita mulakannya, jangan tunggu pak untung tiba, dengan rezeki segenggam adanya, jika dibuka kosong sahaja, kerana untung diatas dunia, hakikat tiada ada bermakna, inilah nasib jiwa yang lara, atas lagu senandung rindunya, asyik akan irama dunia, melihat tingkah laku manusia, hanya penat sahaja yang ada, sibuk bekerja mencari rezekinya, tapi angan tetap adanya, berlayar sama dalam hidupnya, mimpi yang indah harapan citanya, kerana hidup mesti berjaya, atas kita hikmah agama, berdoa sama imam disana, dalam masjid banyak partinya, jika dikira penat jarinya, kerana manusia kongsi amalnya, amal menjana kehidupan nafsunya, tiada yang mahu diri miskinnya, semua nak kaya dan ada namanya, walau imam nak kira incomenya, kalau sikit tak panggilpun tak pe, kat rumah jumaah boleh juga, bukan nak imamkan manusia yang ada, imam apa kalau nafsunya jua, hanya ikut rentak yang ada, masjid sama rumahnya jua, tempat bersembang gelak ketawa, lagi seronok mengajarlah dia, bercerita akan hebat dirinya, menjawab soalan yang bodoh-bodoh sahaja, bukan soalan yang tinggi hikmahnya, kerana jemaah yang jahil adanya, tiada paham erti agama, hanya tahu syariat sahaja, nak tau banyakpun tak guna jua, kerana hidup tak pakai hakikatnya, kerana budi ukuran wangnya, kalau baik atas kayanya, bukan mulia hati dirinya, bukan atas ilmu hikmahnya, tapi ilmu politk dunia, mencari rezeki dibawah mejanya, bukan atas ikhlas dirinya, untung sedikit banyak pahalanya, tapi beli murah jual mahal semahalnya, inilah kita manusia namanya, mana-manapun sama jua, depan belakang nak untung sahaja, sikit-sikit tak mau pula, kalau boleh semalam kayanya, bukan besok sehari dua, kalau berbini serentak empat hendaknya, kalau projek biar berbilion nilainya, kalau berumah biar 3 ekar kandangnya, kalau belajar biar Oxford lulusannya, kalau imam mesti al-azhar tempat ngajinya, kalau minum belakang coket sahaja, kalau shopping KLCC pula, bukan apa kita suka-suka sahaja, hidup ini untuk kita, dunia milik kita semua, walau sementara kita tak kisah jua, sebab esok tak mati jua, dunia tercipta untuk kita, selagi Islam ok semua, yang kafir pasti keneraka dan kita kesyurga pula, walau sama mabuk semeja, orang islam tak menjadi apa, duniakan kita yang punya, dah tua taubatlah kita, banyak masa atas dunia, kita perah nafsu kita, akal yang ada campak sahaja, belajar apa semua nak duit aje, kita manusia islam mulia, bukan mualaf saudara baru kita, kita pasti jadi selamat jua, perbuatan kita Allah redhai sahaja, kerana kita umat Muhammad adanya, umat yang paling hebat katanya, kerana nafsu tiada kuasa, hanya Allah Maha Kuasa. Kalau serka ribut sekampung, jangan kita tutupkan ruyung, kalau hati masih merundung, jangan salah hidup tak beruntung, Lihat hidup anak situntung, hanya menanti siksa meraung, kerana hati belum dihurung, hidup hanya hendakkan untung, Inilah pesan mereka yang mendung, tunggu saat nesan digantung, atas bumi tiada disanjung, dalam bumi tiada jua untung. Inilah rupa seloka yang ada, mengena bukan sakit hatinya, tapi seloka pembuka mata, buka hati teramat susahnya, kerana rasa tiada disana, hanya mata rambang sahaja, pikir ikut pahamnya raja, apa nampak itu hendaknya, bukan duduk pikirkan semua, mana yang baik mana tak eloknya, bukan melulu buat sahaja, bukan rasa molek ke kita, jika buat ada ke untungnya, tapi kata hanyalah kata, belakang tetap hendaknya jua, kerana nafsu dah jadi dirinya, bukan pedoman agama yang ada, agar jadi manusia berguna, banyak contoh dalam hidup kita, melihat mereka rugi sahaja, bila mati nganga mulutnya, hanya sekadar melopong sahaja, kerana mati tiada bermakna, hanya anak bini keliling yang ada, serta saudara meneman sementara, masuk kubur pergilah semua, tinggal kita seorang kara, menunggu cacing kan tiba, jadi saksi jahilnya kita, atas dunia mengejar bayang sahaja, bukan kebenaran dicarinya, dunia bukan elok adanya, ia neraka berupa syurga, tapi bila kita utarakannya, dia tetap tidak percaya, mungkin salah ibu mengandung jua, atau memang bakanya tak berguna, semua hidup nak berkira-kira, bila mengaji atas huruf sahaja, bukan erti dicari akannya, kerana mata rabunlah pula, asyik terpukau sinar dunia, hati hanya memendam rasa, atas berahi syurga nafsunya, menyala marak itu rupanya, habis hangus terbakar imannya, tiada lagi hati manusia, hanya hati syaitannya jua, tiada menyesal atas lakunya, tiada tahu akan kebenaranya, tiada tahu bila matinya, hanya menunggu sampai ke senja, otak senget tunggu nak gila, tapi masih tak perasan jua, kerana mulut boleh berkata, hati jua masih merasa, tapi ada sesuatu tak kena, kerana hidup tak nampak apa, hujung kita hampas belaka, kerana kita hidup bukan senangnya, diberi peluang mengenal dirinya, tapi manusia tak percaya, katanya ilmu ini sesat adanya, tapi masih ramai yang berjaya, atas belajar kenal dirinya, bukan kita nak jadi Tuhan pula, mana ada itu syirik adanya, kita belajar untuk diri kita, supaya kita lebih pahamnya, resmi manusia atas dunia, serta diri menjadi batin kita, mengenal akan kaitannya pula, yang batin dengan Tuhannya kita, bukan kita diluar tubuh sahaja, sampai masa ketanah jua, mengenal diri banyak untungnya, bukan tubuh untung yang ada, hanya menanggung sakit tuanya, tempat hati menyesal yang ada, gelisah tiada aman fikirannya, sedangkan yang batin itu tempat Nur yang ada, bukan Nurlaila anak pak untung ya, itu cantik menggiurkan hati kita, meleleh air liur dibuatnya, amat cantik rupa bentuknya, walau berpurdah tutup tubuhnya, tetap terbayang akan aurnya, macam nampak je buah dadanya, besar mana punggung nya, hebat mata kasar kita, macam x-ray melihat semua, hairan kita dibuat akannya, bab nurlaila nampak je batinnya, bab Allah butalah pula, bab diri tiada nampak jua, diri batin tak percayanya jua, tapi batin nurlaila nampak lah pula, kenapa manusia begitu tabiatnya, yang kasar nampak batinnya, pada yang batin tiada nampak mata kasarnya, adakah kita salah tajuknya, mengenal nafsu sama agamanya, tiada kita terbeza akan rupanya, kerana Allah itulah nafsu kita, dan nafsu kita itulah Dia jua, sebab manusia tiada terbeza, akan kehendak mana pilihnya, mana yang rugi mana untungnya, kalau untung menang dirinya, atas jahil pandangan mata, atas gelap rasa hatinya, semua hanya agak-agak sahaja, tapi untuknya inilah pilihnya, untung dunia sekejap sahaja, rugi yang ada bila matinya, atas mengaji dah handal pikirnya, diri kebal tak dimakan dosanya, bila mati masuk syurga katanya, syurga apa jauh lagi ya, mati masuk tanah dulu ya, dah berbilion tahun baru dihidupkan semua, dihitung dulu akan amalnya, kalau baik barulah masuk syurga, ada juga mati terus ke neraka katanya, gila ke apa, ada yang kata ruh arwah tersiksa adanya, kesian kita dibuatnya, tapi bodoh tak terkira jua, konon kasyaf melihat yang ghaibnya, konon diberkati oleh ilmu sheikhnya, atas zikir berjela panjangnya, atas warak’ amal ibadatnya, kenapa manusia rugi sahaja, atas ilmu sia-sia sahaja, nafsu masih tebal padanya, kalau nampak ghaib yang ada, kemungkinan besar permainan makhluk sejenis alamnya, contoh Jin didalam sana, serta akal yang dah rosak wayarnya, kita taksub akan kelebihan kita, rasa alim diri dan diberkahi Tuhannya, sedangkan rosak jua dirinya, kerana tak tahu mana benarnya, konon ayat menjadi pagarnya, atas amalan tak pernah mis solatnya, kebajikan membawa sombong padanya, tiada nampak mana jahilnya, kerana dia berserban kepalanya, yang lain kafir gaya hidupnya, itulah rugi umat manusia, terlalu taksub akan ajarannya, pada mata tinggi akan ilmunya, maklumlah lama duduk diMekah katanya, tak sedar disana paling banyak Jin yang ada, entah betul ke tidak belajarnya, tak siapa tahu akan kedudukannya, tapi yang nyata akan ‘statement’ nya, emak kita sekarang tersiksa dalam kuburnya, sedangkan Quran tak kata apa, hanya menunggu hari kiamatnya, baru dihitung akan amalnya, tak tahulah sekarang apa nak jadinya kita, makin alim makin banyak pula songehnya, semua yang ada salah sahaja, hanya dia betul seorangnya, bukan kita nak dendam pada dia, tapi pikir logik yang ada, bukan kita nak betulkan dirinya, bukan nak tegak benang yang dah basah pula, semua ini atas bicara jua, cara seloka mengajak berpikir seketika, agar kita duduk tarik nafas kita, luar dan dalam turun naiknya, agar aman rasa hatinya, tetap akan pendirian hidupnya, berfikir cara rasional yang berguna, bukan ekstrem dalam ungkapan katanya, bukan duduk dalam zikirnya, merasai sudah terkena akan ZaukNya, nak kata macammanna pula, sini betul sana ada salahnya jua, bukan kah manusia itu hanya rugi sahaja, amat kejam dalam fikirannya, tiada elok pada matanya, tiada elok rasa hatinya, tiada eloklah nasihatnya pada kita, walau ayat disusun berdalil Hurairahnya, namun tuju tetap ke jahil dirinya, yang mendengar pun sama juga, dah bodoh tak panda merasa, betul ke kata atas hurainya, nasihat hanya akan dirinya, kerana dirinya yang penting jua, bukan jemaah yang bodoh melihatnya, tahu angguk akan katanya, ia betul tidak mungkinkah semua tiada makna, apa yang penting tunjukkan handalnya, tak la malu dilihat manusia, kurang-kurang ambil berat jua, akan surau nak roboh tiangnya, baru dipuji sekelian yang ada, pak untung kita tak lah jahil dirinya, boleh kita menumpang dirinya, untung-untung untung jua, rugi pak untung sama sahaja, semua untung belaka, berkat nama untung akannya, kita semua pasti rugi sahaja, apa jua tiada untungnya, begitulah kita Melayu dirinya, suka seloka atas nasihatnya, jadi cerita dibaca manusia, agar dapat kongsi ayatnya, tapi hikmah pada yang tahu jua, bukan ayat bermain dimata, itu bidalan seloka yang ada, untuk mereka yang dah fasih membaca, tahulah mana nak cari isinya, bukan semua sama isinya, ada yang tebal ada nipisnya, ada yang manis ada jua pahitnya, pandai-pandailah memilih rasa, pandai=pandailah memilih kata, kata mana ada ertinya, kata mana senda belaka, siapa tahu dia terkena, rasa sendiri tak perlu cerita, kita manusia sama sahaja, semua daif dan bodoh jua, tiada yang lebih tiada yang terbaik adanya, masih dalam perjalanan hidup yang ada, kelak mati penentu garis tamatnya, baru tahu siapa yang untung dirinya, selagi kita diatas dunia, bernafas seperti sediakala, baik mengaji kenal diri kita, kerana tiada rugi jika berjaya, semua wali ikut jalan ini jua, cuma mereka tekun belajarnya, yakin dengan wadah yang ada, walau sikit diamalkannya, sebagai pakaian dalam dirinya, luar tetap agama yang ada, itu hanya shariat sahaja, tiada guna jika isi tiada, oleh itu pahamlah kita semua, mengenal akan perjalanan dunia, memberi kita paham akan diri kita, hanya hanyut mengikut arus yang ada, akhirnya tiada sampainya jua, tahun pasti berganti tahun adanya, bukan diri semakin muda, tapi tua setiap harinya, adakah kita sudah sedia, akan memikir akhirnya hidup kita, atas yakin orang bicara, akan agama tak tahu puncanya, hanya mengaji nak sedap bunyinya, bukan mengkaji akan hikmahnya, itulah manusia didakap nafsunya, tajwid itu amat beratnya, sedangkan hikmah sampah sahaja, bukan tak nak diri mencuba, tapi akal sengkat dan pendek pula, baru setengah ayat dibaca, dah menguap nak tidur pula, bukan shaitan datang menggoda, tapi akal tak dapat terima, inilah hakikat kita manusia, tiada jadi urusan dirinya, hanya urusan dunia sahaja, mampu manusia selesaikannya, urusan mati tunggu sahaja, urusan batin tak payah percaya, kerana Islam dah lengkap semuanya, sembahyangpun cukup sharatnya, kenapa perlu nak belajar pahamnya, cukup akan fardu ainnya, tak perlu tasauf atau tarikatnya, tak perlu mengenal diri sendirinya, itu hanya manusia gila, tak perlu belajar setinggi itu adanya, cukup kelas agama yang ada, tak cukup disurau banyak ustad yang ada, ada yang muda ada yang tua, yang kelakar ada yang sedap suaranya ada, yang hensem ada yang tua dah buta pun ada, pilih ikut rasa merasa, surau dah macam the mall yang ada, ikut partipun boleh juga, kalau tidak ikut sahaja, lepas kuliah baliklah tidur pula, apa yang dikata tak menjadi apa, masuk telinga kanan keluar kanan jua, walau nabi suruh carinya, akan ilmu sampai ke Cina, tapi kita tak dengar pula, kalau tahu tak paham maksudnya pula, bukan ayat sedap nak dengarnya, tapi hikmah Tuhan kita, menjadi wahyu untuk manusia, mengenal akan diriNya jua, supaya menyembah bukan angin sahaja, solat hanya takut masuk neraka, tapi hati merasa hadirnya, baru Tuhan menjadi nyata, pada hati yang tahu duduknya, bukan pada jantung zahirnya, tapi ada pada tengah kita, itu hati nama ertinya, bukan tahu walau dibaca, bukan terbuka hati merasa, selagi hati tiada ada, hanya nafsu jadi rajanya, ditunggang sampai matinya jua, tiada dapat barang dicarinya, rugi tiada untungnya jua, itulah resam kita berbudaya, suka sangat yang bukan-bukannya, bukan apa nak tukar rasa, penat juga jadi Melayunya, jadi arab ok lah juga, dapat kahwin empat bininya, kalau Melayu satu sahaja, kerana itu Melayu tak suka, kerana diri nafsu sahaja, pahamlah tuan seloka kita, bukan kata mengata sesiapa, ini hanya kias membaca, pada hati jua tempatnya, akan erti maksud yang ada, bukan ayat didepan mata, memberi marah jika terkena, jadi baris dalam perdunya, memberi bayang akan hajatnya, kerana huruf tiada maknanya, hanya dakwat sama rupanya, satu warna tiada berubahnya, pahamkan sungguh jika membaca, bukan mata melihat garisnya, bukan mata melihat abjadnya, itu hanya pembungkus kata, agar terselindung maksud sebenarnya, jika paham tujuannya kita, dalam kias kita berkata, dalam ayat kita merasa, dalam hati berkata-kata, dalam rasa nafsu sahaja, jangan sampai kita terkena, akan sinar cahaya palsunya, siapakah dapat beza isinya, jika hikmah tiada pada kita, sebab itu seloka berupa, berupa akan kata yang selamba, agar manusia jadi terpedaya, dalam ingat dah paham semua, tapi maksud larilah pula, lari jauh dalam angannya, dalam paham hidup yang ada, selarikan ia dengan hidupmu jua, baru tahu paksi ertinya, baru nampak bagai sibuta, hanya rasa penunjuk jalannya, tetap sampai walau setapak adanya, itu mula kita belajarnya, bukan nak cepat sampainya kita, besok ada untuk mencuba, tetapkan hati semangat yang ada, selagi Melayu tetap berjaya, bukan atas dasar percaya, terbukti atas kenyataan kita, kerana itu wahai saudara, belajarlah akan kenal diri kita, sebagai Melayu penting adanya, agar selamat jalan didunia, tidak tertipu Arab yang ada, itu semua bohong belaka, Islam tiada warna apa, hanya ikhlas akan Tuhannya, atas cinta bukan tanggungjawabnya, atas sungguh cinta padaNya, bukan takut masuk neraka, itu semua untuk anak-anak sahaja, yang dewasa patut pikir semula, hidup tak lama mati jua, berjinaklah dengan Tuhan yang ada, bukan cinta pada anak bininya, itu hanya sementara sahaja, pada Tuhan kekal adanya, jika tak paham susahlah kita, jika nak tahu boleh diajarnya, Tuhan itu amat nyatanya, pada kita bukti tiada tara, akan kehadiran kuasaNya jua, tapi ramai tidak percaya, kerana dilihat manusia kafir sahaja, sedangkan Tuhan Islam agamanya, itulah tafsir pendek ilmunya, kenapa melihat diluar kita, jika kita hendak pahamnya, cuba tenung dalamnya kita, cuba renung isi hati kita, disana mula akan jalannya, jalan kembali lurus adanya, bukan tubuh dilihat kita, itu cuma sarung sahaja, tiada siapa nak makan kulitnya, semua makan tetap isinya, begitu juga jalan padaNya, bukan diluar akan nyatanya, tapi dalam hatinya kita, baru paham ertinya syurga, akan nafsu yang tenang jiwanya, baru paham jalan yang ada, selagi didunia semu sahaja, tiada nampak sirotul mustaqimnya, hanya alur yang berahi sahaja, dijalan alur situ akhirnya, bukan baitul makmur sampainya jua, begitulah tafsir memberi maksudnya, pada yang arif tiga itulah jua, jadi batu sempadannya kita, mengenal akan jalan lurusNya, nyata pada nafasnya kita, nyata pada hidupnya kita, nyata pada akalnya kita, dari hati punca segala, maupun baik atau jahatnya, bebal cerdik situlah timbulnya, akan cahaya sedarnya kita, walau mimpi itulah jua pandangnya, bukan silau mata batinnya, tapi silau akan hakikatnya, kerana terlebih membaca adanya, kitab ditulis atas karangan dunia, bukan laduni yang jadi panduannya, oleh itu kita berkata, pada ayat menunjuk rasa, hidup biarlah berguna mati barulah berjasa, tiadalah rugi mengenal diri kita, hanya untung dimana-mana, ibarat nama seloka kita, tamat mengaji akannya kita, seloka nyanyi pak untung jua, untuk mereka yang sampai masanya, mengenal akan diri yang fana, hanya rindu jadi alifnya, hanya cinta jadi banya, hanya untung itu tanya.

No comments:

Post a Comment