melayu.......

MELAYU ITU BUKAN RUPA, BUKAN KULIT, DAN BUKAN ORANG....

MELAYU ITU ALAM, DUNIA, PEMIKIRAN KETUHANAN....

MELAYU ITU... BUDAYA YANG MEMERINTAH

Tuesday, August 14, 2012

SELOKA MELAYU (19) MAK SARA JIWA

19. SELOKA MELAYU MAK SARA JIWA Ini seloka mat mak sara jiwa, empunya kersa pandu bathara, buat bicara akal yang ada, dalam mencari asal Tuhannya, walaupun ada tiada nyatanya, pada manusia yang khayal dunia, amal atas nafsu sahaja, tiada telus tembus kasafnya, kerana tebal kulit dirinya, tiada mahu tunjuk bicara, tiada mahu usaha mulia, hanya upah syurga Tuhannya, inilah kersa membawa cipta, atas kajian alam Tuhannya, bukan mudah seperti bicara, bukan mudah seperti dirasa, bukan mudah mahu jadinya, atas diri yang yang diberi rahmatNya, nescaya segera akannya dia, pada jalan yang satu jua, dalam makrifat kata sentosa, dalam makrifat dendam kesuma, dalam makrifat hati yang fana, dalam makrifat batinnya indera, dalam makrifat ertinya ada, dalam wujud tiada bayangnya, kalau ada tiada rupanya, inilah jalan sukma antera, dandanera rupanama sat jua, jalan urip sakuntala, jalan baitul tripaloka saptana, jalan tali kemanadu namanya, jika mengaji akannya dia, biar lengkap akan fahamnya, jangan bicara pada lidahmu jua, kerana tiada arif orangnya, mengata akan kata yang teruja, kerana nafsu masih beraja, pada lidah akan duduknya, bukan akal yang mengaji akannya, hanya diri yang tiada ada, ingatlah akan mula asalnya, kata ada makna tiada, makna ada tiada katanya, hanya bunyi desing telinga, hanya gerak lidah sahaja, huruf tiada paham pun tiada, inilah bidalan mengaji akannya, biar betul nafasnya kita, bukan nyawa binatang bicara, tapi akal yang telah dewasa, jangan cuba menabik dada, atas ilmu diatas dunia, hanya warkah tinta nafsunya, bukan atas gerak Tuhannya, hanya ilmu kufur sentiasa, wahai sekelian manusia yang ada, jika dicerna sinar suria, jika di curi sinar purnama, jika diambil Nur alammnya, tiada cukup suluh akannya, kerana ini bukan caranya, kerana manusia tiada asalnya, mana dia tiada dimana-mana, pada diri yang telah tiada, disitulah ketemu akannya ia, inilah seloka mak sara jiwa, mengenal hadir akan Tuhan kita, pada mereka yang tahu dirinya, sungguh tiada mahu akannya, segala yang ada bayang sahaja, inilah kebenaran akan hakikatnya, tiada manusia mahu kenal akannya, hanya kata teruja jua, atas nafsu hebat dirinya, kerana sudah alim akan ilmunya, kerana sudah hebat nur didadanya, kerana kasaf sudah hatinya, kerana jadi sekelian ilmunya, kerana fana dalam solatnya, kerana hafal segala ayat sucinya, kerana sudah melewati makam walinya, kerana sudah bertemu sekelian ghaib yang ada, ini hanya semu akan jahilnya kita, ini hanya bayang yang tiada jua, wahai manusia jika tahu akannya kita, tiada upaya manusia itu atas apa jua, tiada mahu jua segala kehendaknya kita, atas apa kita mahu akannya, itu hanya gerak akhirnya, bukan mula gerak yang ada, kerana manusia tiada geraknya, jika ada nafsu namanya, jika katanya hatinya jua, itu semu tarikat nafsunya, bukan jalan yang membawa redha, hanya jalan lurus tiada akhirnya, wahai manusia diatas dunia yang fana, jika setitis air tirtanya, jatuh diatas lidah manusia, nescaya bicaralah dia akannya, akan segala kalam Tuhannya, akan segala rahsia alam insannya, akan segala bahasa rasanya, akan segala hati yang ada, tiada dia berkata pada kita, kerana bicaranya sudah pulih asalnya, hanya puji daim sentiasa, bukan puji sebarang katanya, itu puja rahsia hatinya jua, yang asyik pada hapus dirinya, kerana asalnya sudah jadi kunnya, kata Tuhan kalam ghaibnya, bukan susunan doanya kita, kerana ghaib tiada dalam kamus kita, ghaib asal tiada ada, hanya nyata Tuhannya kita, pada dirinya sendiri jua, bukan puja akan kita padanya, wahai manusia yang masih dungu dirinya, jahil sahaja yang ada padanya kita, kerana tiada tahu akan usul yang ada, usul akan bicara kalamnya, tiada ada pada kajian manusia, tiada ada dalam pengetahuan sekelian hambanya, walau malaikat dibawah arashnya, kerana jika kita paham akannya, nescaya kafir dirinya kita, kerana tiada sama kita manusia, dengan Tuhan kita, tiada boleh kita kata akan dirinya, itulah jadi akan akal yang ada, tempat jadi segala yang ada, jadi cermin hakikat diri asal adanya, nyata pada pencerminan durga, hapus bayang kilaf jadinya, hapus kilaf alif namanya, hapus alif dur namanya, hapus dur ainul namanya, hapul ainul sod namya, inilah panca sinar uripnya, jadi buta makhluk yang ada, kerana sinar hadir akan dirinya, pada akal jatuh bayangnya, jadi kita sekelian makhluknya, kerana bayang asal sodnya jua, inilah akal arjuna dalilnya, akal redha berjuang demi dirinya, hanya mahu mati dalam hatinya, mati yang tiada pernah mahu hidupnya, mati yang membawa kita kepusara hayatul inana, mati yang membawa kehidupan amirta sukmanya, mati yang membawa kita ke syurga arsatul ilahiya, mati yang membawa kita kepada gudang perbendaharaannya, mati yang membawa kita mengenalinya, mati yang membawa kita kepada akal utamanya, mengenal ilmu mula tajjalinnya, inilah mujahaddah akan akal kita, dalam mengenal siapa Tuhan kita, tiada mungkin terbuka rahsianya, selagi manusia tiada rahmatnya, tiada mungkin kita sampai akan ilmunya, tiada kita dapat paham akan dirinya, walau sifat nyata dibaca, paham sekelian akal yang membaca, itu sifat atas jahilnya kita, berpandu akan tajjali yang telah lama tiada, atas pengajian kemanusian kita, yang masih jauh suci hatinya, dalam kajian alim dunia, sujud hanya atas tikarnya, sedangkan hati dipeluk dunia, seronok atas tangisan nafsunya, yang gemar akan sandiwara dunia, itu laku dusta sahaja, manusia semua jahat belaka, tiada bakti tulin ikhlasnya, hanya kata lidah nafsunya, atas ayat baca sahaja, bukan laku hati yang taqwa, bukan laku atas gerak asalnya, semua sudah jauh terbenam dirinya, jadi benih dunia nafsunya, semua yang ada shaitan kuasanya, bukan kuasa membela dharma, tapi sombong akan agama dirinya, hanya pakaian sorok jahatnya, bukan atas cinta pada Tuhannya, tapi cinta agama nafsunya, inilah bicara akannya kita, pada manusia sentiasa lupa dirinya, pesan diberi hanya alatan nafsunya jua, bukan arus membawa hancur dirinya, tapi makin kental akan nafsunya, tiada manusia mungkin paham, bahasa akan kalam Tuhannya, walau nyata tetap buta akannya, kerana tiada kenal huruf yang ada, hanya baca ikut akalnya, akal yang kematu sudah jahilnya, kerana berpandu nafsu yang jahil akan Tuhannya, inilah jalan kita cari akannya dia, pada seloka mak sara jiwa, kita paham akan ertinya, bukan erti yang nyata pada kita, tapi erti ghaib sukhma kita, baru kita tahu jalannya, tahu jalan atas nyawa berkata, bukan lidah menuja ayatnya, tapi daim nyawa pada Tuhannya, kerana alim nyawa akan ilmu Tuhannya, inilah jalan ketemukan kita, bukan akal menapis hadisnya, bukan akal yang mengaji ayat didunianya, tapi hati yang buta pada dunia, nampaknya sakratul keliling hidup yang ada, baru betul arus jalan kita, tiada warna tinta dunia, tiada bisik nafsu durjana, tiada sombong atas alim ilmunya, bukan tertera dalam kamus otaknya, tapi diri yang semakin bodohnya, diri yang semakin tiada dunianya, terserlah hanya pantulan mikrajnya, baru budi menjadi tuannya, baru sunyi jadi temannya, baru hangus rentung hidupnya, tiada lagi semu nafsunya, tiada lagi mainan jahilnya, hanya tiada yang ada sahaja, dimana jua kelihatannya, tiada dunia hanya ghaib sahaja, meliputi akan kalbu sukmanya, baru tahu siapa dirinya, tiada ada tiada nyata, inilah tali kemandunya, tali nyawa sastra mulia, kata ada harum baunya, bukan kata membawa makna, tapi kata membawa rasa, atas paham jahil dirinya, hanya sebak ada didada, atas jahil tak dapat paham akannya, inilah cara diksa yang ada, pada ajaran ketuhanan kita, bukan paham cara manusia, paham kita atas rahmatnya, inilah diksa mak sara jiwa, diksa hati purna sarawa, diksa akal sarpa jannama, diksa atama budi harira, summa walaika katamarga, sana dharma, fil akhira fil mansuha fil ambalika, inilah jalan tiga saudara, pada kasih ibu kita jua, jatuh syurga ditapak kakinya, inilah cara Melayu kita mengenal kasih akan Tuhan kita, pada bhumi nyata sarung bayangnya, jadi kita sekelian manusia, bukan benih syaitan melata, jadi manusia penduduk dunia, ingatlah wahai manusia yang ada, jika gagal dapat pahamnya, nescaya tiada tahu mana akhirnya, apatah mula gelap sahaja, tiada sinaran akan akalnya, kerana gelap asap dunia, kelabu mata pada akhirnya, jadi hampas tiupan noda, berterbangan atas jahil dirinya, jadi baka sarung syaitan sahaja, jadi rupa manusia berok jua, hanya alim pada ilmunya, bukan nyata hikmah Tuhannya, pada nafas hanya dosa sahaja, kerana hati takbur sentiasa, semangat yang ada hanya kulit agama, rihan hati dunia kasihnya, inilah bicara pada seloka kita, mak sara jiwa nama kajinya kita, pada ilham tiada dapatnya kita, selagi manusia tiada raginya, hanya sagu tinta nafsunya, inilah jalan tali akasa, tali kemandu mak sara jiwa, hai tali tali kemandu pujanya, tali kemandu mak sara jiwa namanya, panji kahyangan asal namamu jua, jadi nama pada sang bathara, jadi janji sulam cintanya, nyata pada nyawanya kita, atas kilau membakar jiwa, tiada ada pada manusia, pada Melayu adanya jua, inilah serapah puja nyawanya, mengenal akan hakiki urip yang ada, baru tahu rasa akan hadirnya, pada kita Melayu pilihannya, baru paham asal julamnya, kerana Melayu itu zat khalifatullah alaikum salam jua, jangan ragu kata yang ada, ini ayat manusia yang bodoh jua, kerana tiada terbeza, sekelian manusia diatas dunia, mana kata hikmah isinya, kerana jahil sentiasa akal manusia, hanya hafal suka hatinya, pada ayat menuja nafsunya, bukan ayat pada akalnya, kerana tiada sampai padanya, paham akan ketuhanan pada dirinya, hanya ada paham biasa, pada akal sejengkal sahaja, bukan akal nur alamnya, tapi sendat nafsu isinya, jika paham hanya ayatnya, bukan makna ertikatanya, bukan paham kerana akalnya, inilah manusia tiada ketuhanannya, bermain ayat akan Tuhannya, dalam bicara rujuk bukunya, pada guru yang empat bininya, pada pondok yang dah usangnya, bukan pada hati yang tajjalinya, sekelian ilmu kasyaf ruhaninya, tapi jasmani mandian dunia, inilah manusia tiada mengertinya, keras hati tegak nafsunya, pada paham ilmu dirinya, hanya kata seringkas hurufnya, tiada ada kalimah tauhidnya, kerana tajjali tiada tahunya, akan asal siapa tuannya, pada dirinya senyum hebatnya, bibir berkata senget bangganya, konon dah hebat jin sebelahnya, khadam bersepah tunduk padanya, tapi nafsu tetap tuannya, inilah kita bicara akannya, mengenal diri dilembaran dunia, hanya kata wahyu nafsunya, tiada dapat hikmah rasanya, dalam hatinya hanya dusta, kerana baka syaitan manusia, jahat bertopeng islam dirinya, islam apa hanya akuan sahaja, tiada dapat rasa hadirnya, akan Tuhan dimana sahaja, hanya sekongkol dengan anak bininya, pada masyarakat umat durjana, pada masjid tempat teduhnya, agar tiada cela dirinya, inilah manusia kesian dirinya, minta pada doa berjela, panjang umur untuk amalannya, agar nafsu dapat bermaharajalela, inilah kata untuk manusia, amaran agar ingat tajjali Tuhan kita, bukan kita seronok adanya, hanya semu mainan nafsunya, selagi manusia tetap dirinya, kata ini tiada berkatnya, ini kata hebat isinya, hanya mereka yang dapat rahmat Tuhannya, akan tahu apa maksudnya, akan tahu kenapa begini tulisnya, akan tahu rahsia mak sara jiwa, tiada berbadan berjiwa sama, bertajuk ia mengal tama, sebagai acara untuk mengenal Tuhannya, nyata pada nyawa yang daim, akan Tuhannya, tiada bercerai jua, sebagai jalan mengenal akan kenalnya, mana dia ada dirinya, sebagai teki dalam tekanya, sebagai alam nyata gelarnya, sebagai aku dalam engkaunya, sebagai hikmah dalam kalamnya, sebagai hayat tetap uripnya, tiada berupa berjiwa sama, itulah nyata akan adanya, pada kita hikmah berdenda, pada kita lagu syahdunya, pada kita guru tahu segalanya, pada kita jatuh niatnya, jadi rasa buana alitnya, jadi zat wajibul wujudnya, jadi segala tajjali yang lama, sudah berlalu hanya pada masanya, tiada tempat kita adanya, hanya dia sebabnya, tajjali itulah ilmu pengenalannya, selagi kita tiada paham akannya, tiada terungkap akan madah yang ada, seloka hanya tempat baca sahaja, bukan hati tempat telaahnya, inilah manusia yang terasa hebatnya, memahami ayat seronok sahaja, kerana nafsu itu dirinya, bukan akal yang sentiasa menerpa, mencari hikmah tempat nyatanya dia, pada paham yang diluar dunia, disitu tempat musyahadah kita, bukan celah kelangkang bini kita, bukan didalam kitab agama kita, pada hati yang bersih nafsunya, pada hati yang kalbun tetapnya ia, pada titik yang tiada bergetar paksinya, inilah kita mengenal seloka, seloka mak sara jiwa namanya, tiada berbadan berjiwa sama, bertajuk merak mengal tama, panji kahyangan namanya jua, seimbas pandang berupa sama, dimana sahaja jadi arupa, atas serupa seiras semuanya, tiada terbeza akan bezanya, kerana rupa sama sahaja, inilah bicara orang yang bijaksana, atas rahmat Tuhan pada dirinya, melimpah segala paham akan akalnya, dalam tahu jadi ilmunya, kerana rasa tiada terbahagi jua, kerana rasa tahu akan hadirnya, Tuhan kita serupa itu bidalannya, jika paham carilah ertinya, dimana ada pantulan akan bayangnya, yang membawa kita pada asal tajjalinya, pada seimbas pandang berupa sama, lesap dipangkal meniti dipucuknya, pucuk bertatah indra sarinya, inilah kosa alam ghaibnya, pada kita cereka sahaja, ayat hanya bacaan sahaja, cuba paham tiada kemana, selagi rasa tiada ada, rasa bagaimana katanya kita, bukan rasa syahdu nafsunya, syahwat hanya menuja berahinya, atas seronok duduk berdua, dalam hawa melengkari dirinya, tiada terbuka rahsia Tuhannya, ingatlah wahai sekelian manusia, ini seloka bukan dibaca, dipuja ia pada hatinya, kerana disitu rasa sejatinya, bukan rasa akan syahwatnya sahaja, kerana berok tetap berok jua, jika manusia akan dirinya, maka sudah dewasalah dia, paham segala apa dibaca, hanya cetusan minda yang manusia, menampung akan ilmu Tuhannya, kerana manusia tetap jahil semua, tiada ilmu di ketuhanannya, hanya manusia yang berupa manusia, tapi diri nafsulah jua, inilah ibarat tamsil seloka, mengenalkan Tuhan pada Melayunya, jika kita benar janji kita, pada syuhadat itu tandanya, akan bakti tiada taranya, bukan solat tunggang nafsunya, tapi erti pembayang syariatnya, kerana kenal akan bacanya, tiada rasa pada niatnya, kerana itulah kita berseloka, agar paham segerakan tiba, mengenalkan erti dalam dunia, sebagai tata untuk bicara, mengenal sang adi dalam kurnia, kurnia dunia jahil neraka, neraka yang ada syurga kita, kerana tiada dapat kita beza, akan nikmat kufur jadinya, kerana manusia tiada ada hakikatnya, hanya dia mengenal dirinya, itulah kata pendita arif adanya, tajjali itu hanya kenyataan dia, bukan kita yang asyik mengada, hendak itu hendak ini adanya, kerana kesian dirinya jahil sentiasa, mengaji atas sedap suara nafsunya, bukan kaji akan akal kita padanya, bagaimana manusia bisa tahu nya, hanya tahu atas bayang dirinya, tiada kekal tiada ada kebenarannya, inilah dijihad siang malam adanya, sampai mati tetap dalam jahilnya, kata neraka kata syurganya, kata syurga kata nerakanya, inilah seloka mak sara jiwa, mengenal akan jalan Tuhannya, pada nyawa tetaplah ia, pada semua mengaji akannya, harus dapat erti rasanya, bukan zauk rasa yang buta, jika tiada serta akal akannya, nescaya mabuk seorang dirinya, mabuk dalam jahil nafsunya, kerana tiada dapat akan kawalnya, ibarat gelora bidai lautnya, tiada akal bertahan selamanya, inilah andai kata yang ada, dalam seloka menjadi afdiatnya, dalam kata susun ayatnya, hikmah tetap dalam kendinya, kendi ad-din asma hasbulnya, jadi gila memandangnya, kerana tiada tahu akan dirinya, hanya semu cermin dirinya, dalam seloka ketemui ia, wahai Melayu yang dah jadi dirinya, jangan cepat berkata ya, walhal ya itu gelap maknanya, kerana waham sentiasa nyata, pada akal yang masih manusia, masih muda umur ruhnya, masih awal perjalanan nafasnya, masih jauh jahil nyawanya, inilah kata arif berkata, bukan sandar kitab yang ada, bukan sandar hadis nabinya, tapi kebenaran akan Tuhannya, membara didalam darah merahnya, yang tetap akan imannya, walau waham jadi mulanya, pasti akan sampai jua tempatnya, kerana hati kematu ia, akan jahil pada dunia, bukan pada kenal dirinya, inilah sejati dirinya, puji hati rahsia maknawinya, tetap zulmat dalam afirinya, tetap jahil dalam ilmunya, inilah kita selagi manusia, tetap dalam kandung ibu kita, harap paham segeranya kita, kasih tiada berbelah bagi adanya, jika berbelah kerana diri yang ada, masih mahu dunia akannya, tiada selamat tibanya kita, dimana jua nerakalah tujunya, bukan rahmat Tuhan dipinta, tapi celaka dalam sukanya, kerana seronok masih didunia, sayang anak dan bininya jua, bukan mahu cari Tuhannya, solat masih jemaah manusia, bukan ghaibul asraf jemaah malaika, suka dimasjid orang kenalnya, bukan insan pencinta Tuhannya, penegak kebenaran dharma Tuhannya, inilah kata manusia kata, kata manusia serupa berok jua, isyarat bisu huruf dunia, bukan isyarat hikmah Tuhannya, selagi manusia tetap jahillah jua, hanya pejuang yang mati nafsunya, yang merana dalam dunia, pasti menemui apa ertinya, selagi diri didalam dunia, tiada yang ada tanda benarnya, hanya tanda penipuan maya, membawa kita kekancah neraka, awasilah manusia, jangan cepat dabikkan dada, jangan terasa dah wali dirinya, jangan rasa dah tinggi ilmunya, selagi duduk dengan anak bininya, selagi itu serumpun dengan berok yang ada, fahamilah akan diri kita, biar dikeji dari dipuja, nescaya sombong jadi kita, takut serupa iblis yang ada, tiada mahu tuduk dirinya, kerana dah hebat rasa dirinya, ikut petua insan mulia, jadi mukamil dalam cintanya, pada Tuhannya itulah sahaja, segala yang ada semu jua, kasih manapun diri kita, tetap jadi racun berbisa, kerana manusia nampak yang ada sahaja, sedangkan Tuhan ghaib dirinya, carilah wahai manusia yang ada, pengenalan akan Tuhan sebenarnya, pada tajjali nyata ceritanya, pada seloka nyata tandanya, isyarat gambaran hikmah ilmunya, inilah seloka mak sara jiwa, seimbas pandang berupa sama, lesap dipangkal meniti dipucuk pula, pucuk bertatah indra sarira, putih kujunjung kuning ku tatang jua, inilah tanda bicara ghaibnya, putih aksara purnama amrita, kuning aksara mulia agama, mulia lagi ajaran bathara, mengajar sama tiada bezanya, pada manusia yang memahami ketuhanannya, kita semua satu puncanya, bukan berbilang atas bangsanya, itu hanya bentuk sahaja, bukan hakiki diri manusia, samarupa samarasa sama sahaja, dimana-mana esa jua, inilah ajaran ketuhanan yang ada, membawa kita cinta semua, tiada berbeza apa bangsanya, tiada beza apa agamanya, tiada beza buruk baiknya, semua itu ertinya esa jua, pada ketuhanan kita baru pahamnya, bukan kemanusian kita yang kufur sentiasa, walau hebat rasa dirinya, walau mulia rasa dirinya, pada Tuhan sama sahaja, hanya mereka yang telah hancur dirinya, atas cinta akan Tuhannya, hanya mereka yang berjaya, mengenal ketuhanan yang ada, inilah pati agama, pati segala ilmu dunia, pati segala bukti adanya, Tuhan kita teramat ghaib segalanya, pahamilah wahai manusia yang ada, peganglah ajaran bathara guru ya, berdiri sama tingginya, duduk sama rendah pula, samarupa samarasa, tercuit peha kanan yang kiri terasa jua, manusia yang ada bermusuh sukanya, tiada kira apa agama berperang hendak sahaja, sedangkan hakikat sama jua, tiada paham oleh dirinya, selagi manusia namanya kita, selagi itulah hijab selamanya, tiada dapat erti sebenarnya, rahsia tajjali Tuhan kita, hanya bersandar dalil yang ada, paham atas otak manusia, kajian dari nas nafsunya, alim atas hebat nafsunya, semuanya akan hancur jua, tiada kekekalan asalnya, tiada jualah akhirnya jua, fahamkan ini manusia, hijab nafsu hanya kamu semua, hanya manusia yang sentiasa jahat tiada satu baiknya, hanya hati yang durjana, sifat yang penuh derhaka, biadab akan susila dharma, pengkhianat yang sentiasa selera nafsunya, pada kacamatanya hanya semu sahaja, tiada terbuka ketuhanannya, mengenal dia akan siapa Tuhannya, hanya sifat duapuloh yang ada, jadi panduan diatas dunia, bagai semut rapi susunnya, begitulah alim akannya kita, tersusun atas semu yang ada, rapi tersusun menutup kalbunya, tiada ruang untuknya kita, membuka hati seluas-luasnya, menerima rahmat Tuhan kita, atas cinta semua manusia, tiada beza rupa dan agama, baru islam dirinya kita, baru sempurna fitrah kita, mengenal Tuhan kita atas sifat ketuhanan kita, baru sejahtera ruh kita, baru tunduk nafsu kita, inilah ajaran bathara guru ya, berdiri sama tinggi duduk sama rendahnya, rendahku lagi dalam jangkauan, tiada yang lain-lain lagi, hyang-lah manikam apitam ayunan maha sakti ya bathara, ya arjuna dewata pura sangkamalika, nyata hadir Tuhan kita, atas ilmu paham yang satu jua, perhatikanlah ia pada dirimu jua, terang dan nyata bukti Tuhan kita, menjadi nyawa yang arif atas ilmunya, baru kita katam ilmunya, mengenal Tuhan di ketuhanan kita, membawa hancur kemanusian kita, itulah kebenaran tiada berubah jua, hanya tajjali jadinya kita, atas tajjali Tuhan kita, menyatakan dirinya, dengan dirinya jua, jadi rahsia insan mulia, yang tiada lagi dirinya, hanya bayangan yang esa jua, inilah seloka mak sara jiwa, sebagai seloka pedoman yang ada, seloka cerita Melayu yang ada, mengenal Tuhan dialam maya, moga dapat rahmat Tuhan kita, moga sampai segala tujuan kita, sebagai arif akan ilmunya, baru sempurna manusia kita, kamil mukamil dalam pengetahuannya, bukan kita jadi Tuhan pula, manusia tetap manusia, tiada siapa serupa dengannya, dalam apa jua, fahamilah dan mengerti segera, seloka Melayu mak sara jiwa, ini ajaran bathara guru yang ada, untuk anak cucu Melayu yang ada, bukan dibaca dengan kanta dunia, tetapi selamilah kata dihati jua.

No comments:

Post a Comment