melayu.......

MELAYU ITU BUKAN RUPA, BUKAN KULIT, DAN BUKAN ORANG....

MELAYU ITU ALAM, DUNIA, PEMIKIRAN KETUHANAN....

MELAYU ITU... BUDAYA YANG MEMERINTAH

Tuesday, August 14, 2012

SELOKA MELAYU (12) HAYAMUN LAMUN

12. SELOKA MELAYU HAYAMUN LAMUN Kucapai pena disenjakala, kubuka ilham jendela maghribnya, ku hirup tinta mega menyala, ku lakar seloka gurih harinya, ku lakar jembangan semangat kata, ku sembah hayamun lamun namanya, ku seloka kata jadi arena, sebagai pembuka khayal manusia, mencari cahaya selindung purnama, dimana dapat ku hasratkan ia, pada kekasih lama menjelma, atau dia taat tak tiba, namun kasih tiada dilupa, tahukah kenapa begini jadinya, kenapa pilu hati merasa, kenapa hampa kosong belaka, kenapa cita maunya tiada, kenapa begini akhir jadinya, kerana hayamun datang melanda, lamun khayalan merosak jiwa, kerana fikir hilang arahnya, kerana hati punah dan lara, akibat sengat nafsu berbisa, akibat manusia mengajar bohongnya, akan cerita kosong belaka, kenapa suka bicara dusta, perkara lama jadi pujanya, kerana budaya dah tiada makna, segala yang ada tiada asasnya, mengikut arus ikutan sahaja, tiada teras pujaan bangsa, tiada jati hujung hayatnya, asyik akan merdu biduanda, bernasyid indah memuja Tuhannya, sedangkan nafsu menuja jua, dihujung nafas berbau sentiasa, tiada yang perasan akan hadirnya, kerana kematu sudah lidahnya, dapatkah terbeza akan suara, yang mana benar dari imannya, atau hanya lesu hidupnya, tiada irama nada bergema, hanya corong kumandang alunnya, suara panggilan tiada tujunya, hanya yang sudi menyahut sahutnya, lihat kita tenggelam akhirnya, lemas dalam bicara manusia, mengajar akan hukamah ijazahnya, akan tafsir sifar yang nyata, akan doa puja umurnya, pada hidup tiada diguna, hanyut impian mengejar bahagia, pada sekeliling dinding permata, tembok dunia kesayangan yang ada, hanya menanti reput kan tiba, selaput kapan menemani matinya, tiada yang mahu ikut bersama, hanya doa kiriman yang tercinta, melambai pergi hari ini sahaja, mana perginya bakti yang ada, tangisan untuk luahnya rasa, pada yang pergi akan hilang jua, tiada yang kekal akan ingatannya, kerana sebak tiada kan terima, hakikat hidup sementara sahaja, hati tetap berdaleh jua, mulut berkumit sedih adanya, kenapa manusia jahil tetapnya, atas kata timbangnya rasa, rasa yang ada tiada tapisnya, asal berkat diterima yang ada, agar tiada disisir sesiapa, agar dalam golongan dunia, tetap manusia dipandang mata, kerana baca hanya menbaca, yang dibaca hanya terluang masa, menanti datang perkara lainnya, sibuk selalu urusan dunia, berhenti sebentar lelah yang ada, diselit sesuatu mengisi ruangnya, pada cara budaya yang ada, seronok duduk dalam ibahnya, kerana sifat masyarakat yang ada, sudah lumrah begitu jalanya, duduk ditangga sembang yang ada, apa yang penting usahakan masa, cukup edah buang segala, kerana hidup serupa sahaja, siapa yang ada tak penting sebenarnya, kerana ada serupa tiada, tak kisah dimana tubuh berada, semua serupa sebangsa jua, hanya baju berbeza-beza, mana yang lawa itu pakainya, bukan kira faedah akannya, kerana tiada guna mengira, tetap jua gagal selama ada, terfikir sesiapa gunanya ada, diatas dunia semua berpura, memegang panji siang malamnya, dari muda ke tua badannya, fikir hanya perlu yang ada, atas pelajaran membentuk imunya, dipakai hanya ada gajinya, yang lain hanya hujah dirinya, menjadi pagar pangkat yang ada, takut bodoh dikata jirannya, takut pengecut dikata bininya, anak melihat sebelah mata, empunya diri diam sahaja, bila nak mula rumah bersama, kata mendirikan masjid adanya, indah mula tengah jemu jua, awal sahabat hujung bermusuh pula, ini resam Melayu kita, hajat sampai makbul permintaannya, malam pertama indah segalanya, malam kedua ada panasnya, malam seterus habis bakinya, dah lama-lama basi jadinya, itulah nak jadi cerita, akan hidup menderma sahaja, walau murah janji ada yurannya, ada yang yuran sekali sahaja, untuk digadai sampai tua, itupun kalau masih mesra, jadi kenangan rindu membara, hilang rindu hampas sahaja, janji hanya sesaat sahaja, hilang sesaat setahun lupanya, nasib diri membanting cinta, atas ikhlas tiang agama, harap budi tergadai jua, badan lunyai getah tiada, apa yang tinggal anaknya lima, kasih ada didepan sahaja, jauh didalam mengharap syurga, bidadari sebagai ganti yang ada, kenapa disana tiada bidadara, kerana wanita tiada harga, jangan kata sungguhnya kita, belum tahu apa yang ada, kita baca kitab yang mulia, menjanji syurga ganti amalnya, yang ada hanya bidadari sahaja, wanita disana duduk diam-diam sahaja, jangan banyak bicara katanya, wanita soleh tiada pilihan utama, asal masuk syurga disana, jadi isteri entah nombor berapa, takkan suami nak sayang kita, bidadari sana bergetah semua, umur muda belasan tahun adanya, bini yang ada kerepot semua, kerana mati umur dah tua, takkan muda semua jadinya, kalau mudapun dah tak dara jua, bidadari sana dara sentiasa, apa nak dikata Islam semua, jangan tak percaya akan ayatNya, takkan Tuhan berat sebelahnya, Dia adil lagi saksama, Dia mengetahui yang terbaik untuk manusia, hanya segolongan mendapat rahmatnya, makin seronok bila disana, penat beramal ada upahnya, seronoklah bapak kita dibuatnya, mak kita nak buat apa agaknya, tak pelah kita kan ada, kita jagalah mak kita disana, jadi anak untuk ibunya, bapak disana dah khayal nikmat syurga, kita tak kisah itu semua, apa yang penting selagi didunia, selagi itulah cari kebenarannya, benarkah apa dikata kitabnya, carilah hikmah akan maksudnya, bukan mencari ayat salahnyam, semata-mata nak punah dendam yang ada, jangan kita lupa tujuannya, hidup kita berbakti kepadaNya, apa yang diber berterima kasihlah kita, walau tak sepadan bakti didunia, walau penat beramal pun jua, jadi hamba percuma segala, asal dapat masuk syurganya, itupun dah kira OKlah juga, dari didunia tertipu sahaja, oleh mereka yang pandai berbicara, ingat baik ada maksudnya, ada kawan nak tumpang sahaja, ada sedara nak makan percuma, ada anak nak habiskan harta, nasib baik ada imannya, bersabar diatas dugaan Tuhannya, mudaha-mudahan dapat syurganya, hilang penat diriba manja, bidadari syurga harum tubuhnya, eeeh... seronoknya, geli teman dibuatnya, untung siapa dapat masuk syurga, itulah hadiah yang terbaik untuk umatnya, yang sabar mengharung hidupnya, yang yakin akan balasan Tuhannya, alhamdulillah kata kita, nasib baik aku lelaki katanya, kalau perempuan rugi amatnya, tapi lesbian tak taulah pula, mungkin dapat macam kita lelaki yang ada, bertuah juga nasib mereka, inilah kata sembang merata, melalaui masa terbuang sahaja, ada akal diperam sahaja, nak guna apa bodoh yang ada, ilmu tinggi segunung adanya, tapi akal sejengkal sahaja, kalau diukur akannya kita, tak banyak beza berok yang ada, hanya kita alim darinya, kerana manusia pandai membaca, ingatlah kala manusia bermula dari syurga turun kedunia, begitu juga kiasnya kita dari bawah turun ke syurga, sudah bawah ada bawah lagi rupanya, bukan bawah sebarang bawahnya, itu tempat gudang nikmatnya, selagi bawah tetap bawahnya, selagi itulah kena tunduk jua, walau diatas sama jua, atas apa bawah tiada, yang sedia ada tak paham jua, itulah bebal atas duduknya, yang bawah pak turut akan lenggoknya, terlebih lenggok putus urat pula, selagi sayang masih terasa, selagi itulah tak lupa akannya, walau dah lama jalan hidupnya, harap tua tak pandai jua, kitab dibaca mengisi masa, amal dibuat kerana dah tua, masa nak mati terasa nak tiba, yang mengaji ambil kata sahaja, buka dirasa akan intinya, inti apa hendaknya kita, hanya sedap melayan sahaja, layan apa khayal hendaknya, khayal membawa mimpi indahnya, mimpi yang ada seronok belaka, kerana jahil akan segalanya, begitu resam hidup didunia, apa yang berlaku terima sahaja, jangan difikir belakang ceritanya, tiada guna ditatap manusia, kerana manusia hamba sahaja, tiada boleh banyak tanya-tanya, nanti melawan pula, kata mengikut syaitan yang ada, jadi kafir akan agama, ke neraka jua tempat akhirnya, itulah kita kena akur jua, jangan melawan tiada menangnya, mencari kebenaran tiada didunia, hanya semu menutup akalnya, hati yang ada tak baik juga, baik kerana kudrat dah tiada, berhujah pandai mengusik jiwa, yang bodoh dengar angguk-angguk sahaja, tak paham pun ia juga, taku malu bodohnya pula, takut jahil kata orang pula, mengaji agama tak semudah yang ada, ia pengorbanan tiada tara, bukan boleh diandaikan sahaja, tiada boleh disyarat sahaja, mesti ada pembela kata, wajib ada hikmah didada, mengukum orang mudah sahaja, atas kuasa kerusi dunia, atas tugas memimpin adanya, atas kelebihan yang sedia ada, atas kepercayaan orang pada kita, atas pengajian agamanya kita, atas alim ilmunya kita, mengampun orang amat beratnya, kerana diri tak seimbang jua, hati hanya zulmat yang ada, gelap dalam bicaranya kita, kata hanya laluan sahaja, suara yang ada kalamnya jua, takkan sampai kita manusia, mengakaji hukum andaian dunia, segala yang indah tersorok adanya, sebagai hikmah yang bijaksana, yang bijak hanya segelintir sahaja, yang pandai beribu-ribu adanya, takkan menang lawannya kita, kerana yang bijak mengalah sahaja, kerana jiwa tiada selera, atas hujah mainan manusia, yang pandai hanya ilmu kertasnya, dihafal sentiasa jadi senjata, jika ditanya hikmah akannya, nescaya melawan dengan pandainya, bukan diam mendengar kata, dalam diam mengkaji pula, bersabar menanti ilhamkan tiba, ditimbang dengan rasa yang mulia, baru jadi wali sempurna, mendapat jawab dengan ikhlasnya, dari petunjuk Tuhannya kita, bukan rasa hati manusia, ikut akal pelajaran didunia, bukan solat hajat jalannya, memohon kebenaran secara ghaibnya, tapi mengikut buku dunia, mengikut apa ditulis manusia, sepatutnya kita memohon cahayaNya, meminta petunjuk dari Tuhan kita, bukan menuduh begitu sahaja, bukan mengikut hati membara, shariat ganti dendam manusia, atas hukum mengina pula, bukan kasih Ar-rahman dipuja, tapi dengki jadi alasannya, tak siapa dapat melihat hatinya, walau sebusuk bangkai yang ada, hati itu tiada warnanya, tiada bau tak nampak celanya, hanya merasa kesan dendamnya, atas kalimah bermukah imannya, terasa hebat fikir dirinya, Tuhan melihat segala-galanya, jangan kita bongkaklah pula, akhir kita belum tentu jua, mati nanti tahu sendirinya, kebenaran tetap adil hukumnya, tiada kira siapa kiata, jika hati masih hitamnya, walau berserban tetap jahil jua, ingatlah kalau mencari harta, harta ilmu tiada musanahnya, bukan ilmu sebarang pula, ilmu membawa jalan kepadaNya, bukan ilmu shariat sahaja, itu kulit tiada isinya, memahaminya sebagai manusia, tiada terbuka akan rahsianya, kerana manusia nafsu sahaja, walau baik atau jahatnya, tak kira tebal shariat dirinya, jangan ingat tentunya syurga, Tuhan tahu siapa benarnya, atas hikmah atau ilmunya, jangan kata seloka mengada, kerana terasa dikutuk adanya, bukan Melayu empunya cara, menghina kita sesama yang ada, kita membela nasibnya bangsa, agar selamat anak cucu yang ada, atas kasih sayang yang ada, jangan dirosak jiwa yang ada, semata-mata menegak benarnya, semata-mata kata atas agama, tapi hati busuk yang ada, ramai yang baca katam qurannya, ramai yang hafiz akan ayatnya, tapi tak ramai yang dapat guna akannya, sebagaimana pesan didalamnya, berpesan-pesan dengan kebenarannya, tapi ramai enggan terima, kerana tak sebulu katanya pula, kita haluan tak sama jua, ikut apa pelajaran didunia, segalanya tiada untuk kesana, hanya sedikit dapat hikmahnya, mengenal akan kata yang mulia, membawa berkat mengormati manusia, bukan menghukum sesedap rasa, walau dibalut hukum sharatnya, walaupun ia nyata salahnya, mengampunkan nya lebih berharga, tiada besar dosa didunia, kerana manusia perlu tunjuknya, kerana keras akan jalannya, nescaya musibah datang melanda, kata manusia tipu belaka, kerana asas nafsunya jua, baik atau jahatnya sama, kerana diri nafsu belaka, kalau manusia lainlah pula, penuh kasih sesama manusia, salah sedikit maafkan saja, beri peluang berfikir akannya, mudah-mudahan dapatlah dia, penghujung jalan jadi arifnya, membekal jasa pada yang muda, menunjuk jalan sebenarnya kita, bukan olahan hati durjana, bertopeng agama menuduh semua, hanya dia baik seorangnya, yang jahat dihina tanpa kira nya, bukan kasihan menbantu adanya, direjam kejam hancur jiwanya, hingga diri sesat jadinya, kerana contoh kejam yang ada, bukan prihatin masaalah yang ada, tapi hati dendam yang ada, jahat hati tiada dirasa, jahat mata nampak sahaja, kalau sendiri terkena jadinya, baru tahu tinggi rendahnya, selagi manusia namanya kita, jangan mudah menuduh sesiapa, kalau hukum timbang seadilnya, bukan semesti mengikut kitabnya, alangkan nabi mengampun umatnya, inikan kita orang biasa, jangan terasa cepat sombongnya, kerana yang lain tak pandai membaca, kerana yang lain jahil adanya, itu semua ujian untuk kita, sejauh mana pandai membawa, hidup yang ada sekejap sahaja, pejam dan kelip dah tiba matinya, ingat siapa diatas dunia, selagi berhutang kita adanya, pada manusia yang dizalimi kita, nescaya terbenam akannya kita, tiada restu untuk ke syurga, sehebat mana kita manusia, dengan Tuhan tak susah adanya sesama manusia lebih peritnya, selagi ada hutangnya kita, selagi itu jadi penghalangnya, selagi itu tak kemana kita, menjadi hantu dipermukaan dunia, ingatlah semua yang sudi membaca, bukan menuduh tak baik pula, sekadar renungan untuknya kita, lebih baik sekarang sedarnya kita, dari hanyut selama-lamanya, dunia penuh helah sentiasa, membawa kekancah kafirnya kita, lebih bahaya dalam alim kita, kerana iblispun hebat perinya, biar kafir islam matinya, dari islam kafir matinya, selagi hati mau sedarnya, selagi akal mau fikirnya, nescaya sampai tujuan kita, nescaya dapat cahaya akannya, kembali sempurna matinya kita, bukan tersangkut separuh jalannya, kerana bebal tak nak percaya, bahawa dosa hati bahaya, tiada nampak akan rupanya, kata manis bermacam ertinya, tiada yang tahu mana racunnya, tiada terbeza intan dan kaca, tiada terbau aroma neraka, tiada terasa durjana membara, hanya kulit jadi tutupnya, topeng kulit manusia dunia, dihati haloba akan menangnya, tiada kira siapa didepannya, asal puas hati didalamnya, asal jangan jatuh airmukanya, itulah manusia tiada sedar jua, ingat hidup main-main saja, alasan dibalut agama yang ada, kerana mudah bicara akannya, supaya yang jahil tunduk belaka, kerana yang jahil tak pandai membaca, yang pandai berlagaklah pula menjadi hakim hidup manusia, bukan pedoman akan Tuhannya, membantu manusia dengan kasihnya, tapi hukum seketat bolehnya, agar tak nampak hina akalnya, itulah lumrah yang sedia ada, yang benar alim kata bodohnya, kerana tiada ijazah padanya, bukankah hikmah milik Tuhan kita, hanya diberi ikut sukaNya, bukan kita penentu akannya, bukan kita memilih siapa yang benarnya, hanya Dia tahu segala-galanya, kita hanya gantinya sahaja, menjalan tugas atas namaNya, bukan atas hatinya kita, suka menghukum yang bodoh sahaja, yang bijak ditikam dari belakangnya, takut melawan bocorlah rahsia, inilah syaitan berupa manusia, didalam jubah sembunyinya ia, tak nampak kita akan dimananya, kerana yang ada hebat belaka, menunjuk jalan atas andainya, bukan hikmah tajuk utama, tapi hafalan sebanyak yang ada, semakin banyak buku dibaca, semakin banyak bodeknya pula, semakin pandai catur kelilingnya, semakin besar gajinya pula, bukan bertugas seikhlas adanya, tapi mencari kaya atas dunia, bukan kerja kelakuan dunia, tapi kerja tugas Tuhannya, itulah maksud seloka kita, bukan peri dunia halnya, tapi jalan kembali asalnya, kelak mati senyumlah kita, kerana semasa hayat didunia, kita belajar akan ilmunya, diguna hanya sampai jalannya, kepada yang lain membantu selaratnya, bukan upah diatas jasanya, tapi mudah hidup akhirnya, bila tamat perjalanannya, harap dapat kehadrat Tuhannya, bukan syurga pilih hatinya, tapi berserah akan takdirnya, semasa hidup bertamu kita, atas dunia memilih rasa, rasa benar selamatlah kita, salah rasa binasa jiwa, selagi kita hidup bernyawa, selagi itu kita diujinya, ingat jangan leka dan alpa, semoga rahmat diakhir masa, bila hujung sampai akannya, baru tahu siapa benarnya, harap yang sudi membaca akannya, mendapat sedar dalam seloka, bukan mengajar sesiapa yang ada, sekadar bercerita cara Melayunya, harap tiada kecil hatinya, besar sangatpun tak de guna, hanya isi udara yang ada, silap-silap meletup pula, jangan jadi siboncai tua, kulit keras tiada berguna, kalau melentur biar dari muda, bila dah keras patahlah pula, begitu adat ilmu adanya, mesti ada sikap terbuka, bukan kita hendak brainwashnya, tapi buka ruang otaknya, kebenaran tetap tiada pudarnya, yang palsu akan hancur akhirnya, memang itu jalan akannya, kalau tidak sesat selamanya, bukan akal merosak jiwa, tapi dengki dihati yang ada, bukan nasihat yang utama, tapi petunjuk yang memberi makna, jika kita tiada akalnya, semua diambil telan sahaja, benar hanya sekali memandangnya, bagaimana kita nampak salahnya,semua yang ada ikut sahaja, otak hanya iakan sahaja, hati tetap bingung jua, kerana hati tiada puasnya, nak dilawan takut tak cukup hujahnya, maklumlah kita orang kampung saja, sekolah tak tinggi sijil tiada, kalau tinggi bangunan sekolahnya, bukan diri akibat pengajiannya, semasa muda mengaji adanya, tapi tiada nampak gunanya ia, kaji apa saudara yang ada, akan ilmu yang baru umurnya, atau sejarah yang lama buktinya, kukuh sebagai tanda ilmunya, walaupun ia tak sama bentuknya, namun terserlah umbi asalnya, begitu juga Melayunya kita, bukan baru diatas dunia, ilmunya hebat tersebar merata, sepelusuk dunia ada tandanya, mengapa yang ada tak nampak akannya, betapa hebat Melayu adanya, jangan tak mengaku akan benarnya, jangan kata Melayu layu sahaja, tapi yang ada tak gemar pula, kerana hidup dijajah dah lama, kena brainwash sebegitu lama, sampai hilang identitinya pula, Melayu hanya tinggal orangnya, ibarat buah kulit sahaja, isi bertukar busuk baunya, inilah yang jadi dilema yang ada, Melayu hilang identiti katanya, kena cari sebab akannya, mencari bukti erti Melayunya, tapi digaul dengan keju dan tamarnya, tak tau resepi apa namanya, tapi agak-agak ini Melayu kot katanya, bukan teka wahai yang ada, bukti ada didepan mata, tapi Melayu tak nak terima, takut tergelincir iman yang ada, Perak Man bukti 20,000 tahunnya, tapi tak siapa hormat akannya, itu moyang kita yang ada, lebih tua dibanding Adamnya, ikut kitab 6,000 tahun sahaja, Perak Man jauh tua darinya, bukankah itu bukti yang nyata, Melayu dah lama maju adanya, lebih lama dari Adamnya, tapi ulamak tak setuju pula, ikut kitab lawannya fakta, tiada boleh angkuhnya kita, jika terbukti harus terima, berapa kerat Melayu yang ada, melawat Perak Man moyangnya kita, tak terasa jiwa kaitannya kita, ada persamaan Perak Man yang ada, tapi hati tak mahu jua, hendakkan budaya ISLAMIC CULTURE bunyinya, kerana Melayu terasa arabnya, terasa hebat walau tiada kaitnya, inilah Melayu lupa asalnya, dituba akan penjajah yang ada, mengapa nak promote bukan budaya kita, kenapa nak dijaja bukan barang kita, tapi suruh beli MADE IN MALAYSIA, tapi barang semua cap ARAB pula, Melayu hanya yang murah sahaja, kerana budaya kita sakai asalnya, budaya kita tiada Tuhannya, kalau ada berhala sahaja, semua Melayu salah sahaja, apa yang dibuat tak kena semua, bila mengaji kitab Melayunya, semua nampak sesat ajarannya, yang mengaji pula bodoh amatnya, guru yang ada tak paham isinya, pihak berkuasa nak hentam sahaja, inilah domba dilema kita, kiri kanan bodoh belaka, tiada satu tinggi akalnya, masing-masing mengikut rasanya, bukan duduk kaji bersama, cari akan maksud tersiratnya, tilik setiap ayat dalamnya, baru berkat dapat maksudnya, wahai saudara pikirlah pula, setiap yang ada bersabit sebabnya, bukan ujud begitu sahaja, mesti ada erti sebenarnya, jika kita ingin belajar akannya, mencari hikmah mengenal puncanya, mencari identiti dirinya kita, buka kan minda seluas-luasnya, baru kita ada majunya, kalau ikut hukum yang ada, sampai kiamat tetap mundurnya, yang maju hanya ilmu fikirnya, akalnya tetap sebesar kuman sahaja, kita harus tahu membeza, yang mana akal yang mana fikirnya, fikir hanya menjana ilmu akannya, akal pula menerbitkan budi akannya, jauh beza akal dan fikir adanya, akal hanya ada pada kita, bila tinggi hemah budinya, tapi tak siapa paham akannya, kerana tiada yang tahu akan rahsianya, tak tahu nak beza intan dan kaca, hanya fikir membentuk ilmunya, inilah akal jauh bezanya, tiada manusia memiliki akannya, keran manusia jauh evolusinya, masih tahap binatang yang berkata, belum binatang yang berakal adanya, inilah kebenaran dirinya kita, maju atas fikir yang ada, alim atas nafsu sahaja, tiada tembus akan akalnya, inilah RUH QUDUS adanya, melihat sekelian isi alam yang ada, tiada tersorok dari penglihatannya, barulah nampak akan isisnya, nampak akan hakikat yang ada, bukan kulit didepan mata, bukan rupa manusia yang ada, tapi sifat diri sebenarnya, samaada baik atau jahatnya, samaada suci atau syaitan dalamnya, baru nampak bezanya kita, baru tahu Melayu hebatnya, hanya Melayu faham ertinya, akan segala hikmat Tuhannya, bukan sekadar ALLAH SAHAJA YANG TAHU MAKSUDNYA, tapi Melayu dapat cungkil rahsiaNya, inlah hebat Melayu adanya, tapi sayang ramai tak suka, ada yang malu mengaku Melayu dirinya, jadilah orang putih atau arab pilihannya, Melayu hilang entah kemana, Melayu ghaib tiada kesannya, inilah kita malu amatnya, malu mengaku Melayu asalnya, memandang rendah keturunan dirinya, sedangkan Melayu pencetus budaya dunia, pembina tamadun seawal-awalnya, mendidik manusia yang selepasnya, mengajar manusia erti Tuhannya, tapi ramai kata kita dusta, walau bukti menggunung depan mata, tetap buta akan hakikatnya, tetap tak nak terima jua, keran takut identiti Melayunya hilang, walau hakikat arabnya jua, bukan Islam dari Tuhannya, tapi Islam dari orang Arabnya, sampai bila kita nak maju adanya, selagi kita tak memiliki haknya kita, hak yang asal Melayu budayanya, bukan seperti faham manusia, tapi erti MELAYU SEBENARNYA, iaitu MELAYU ITU ALAM, DUNIA PEMIKIRAN KETUHANAN, BUDAYA YANG MEMERINTAH adanya.

No comments:

Post a Comment