melayu.......

MELAYU ITU BUKAN RUPA, BUKAN KULIT, DAN BUKAN ORANG....

MELAYU ITU ALAM, DUNIA, PEMIKIRAN KETUHANAN....

MELAYU ITU... BUDAYA YANG MEMERINTAH

Tuesday, August 14, 2012

SELOKA MELAYU (13) SEROJA ALIF

13. SELOKA MELAYU SEROJA ALIF Ini seloka hiasan rasa, membawa akal kepada hujungnya, akalrasa cantuman namanya, bernama seroja seri alifnya, menjadi seloka tajuk akannya, sebagai permata untuk manusia, yang berakal dan bijak sahaja, bukan semua golongan manusia, kerana tak mungkin diterimanya, kerana hidup dah selesa, kerana diri dah amat tua, kalau mengaji bengak sahaja, kalau mengkaji tidurlah dia, tiada munafaat akannya kita, menerangkan maksud pada manusia, kerana ramai dah mati jiwanya, apa lagi akal yang ada, dah dituba pelbagai ilmunya, menjadi batu akan pendiriannya, tak guna bicara dengan mereka, kerana dah pandai segala-galanya, kerana itu kita berseloka, mengajak yang sudi membaca akannya, supaya akal yang ada padanya, jadi pendanda akan fikirnya, memberi tertib pada dirinya, dapat merasa akan katanya, dapat sedap akan sarinya, dapat lengkap akan maksudnya, dapat paham gerak gerinya, kerana rasa menanam imannya, akan bukti sendiri jadinya, kerana jika kita tak fasihnya, nescaya gagal akan alamnya, kerana fikir banyak cabangnya, kerana fikir seribu bayangnya, disitu tempat was-was yang ada, yakin atas logik sahaja, bukan iman disebut walinya, atas kitab merentas dunia, dari barat hingga timurnya, cerita akan rasanya jua, menjadi seloka Melayulah pula, kerana gaya bahasa yang ada, lebih senang jadi kiasnya, kerana Melayu memang hebatnya, segala rupa boleh diserapnya, kerana Melayu terangnya bermata, hidupnya pula ada berasa, bukan manusia buta segala, apa yang ada nafsu sahaja, inilah jadi seloka kita, seroja alif diberi namanya, sebagi gaya menampak rasa, sebagai bentuk rasa manusia, jadi ayat soroknya rasa, agar menjadi tanda yang nyata, sebagai Melayu kersa berasa, bukan fikiran yakinnya tiada, jadi manusia tak susah mana, lengkap sifat waras otaknya, cukup masa matilah pula, tiada kenangan jadi cerita, bila lama dilupa manusia, cerita dia tak segah mana, cuma manusia yang Melayu dirinya, sampai berzaman dikenang jasanya, kerana pepatah Melayu yang ada, selagi hidup biar berguna, sudah mati atas nya jasa, jika kita hendak bernama, biar bernama diatas Melayunya, bukan nama manusia yang ada, kerana jiwa nafsu bentuknya, bukan rasa akan sucinya, kerana suci itu raginya, menjadi benih tempatnya rasa, rasa yang membawa akan hadirNya, diatas manusia bertahtalah ia, didalam hati duduk bersila, jika tahu akan rahsianya, dapatlah jadi manusia sempurna, kerana seroja alif rasanya, kerana seroja dangdut bunyinya, kerana seroja bunga Melayunya, bukan ciptaan sesiapa yang ada, ia lambang Melayu rasanya, jika resmi akan dirinya, menjadi Melayu akan sirnya, nescaya paham akan ceritanya, mengenal seroja jadi rasanya, serupa bau takluknya bunga, begitu akan ruh bangsanya, menjadi Melayu bukan mudahnya, kerana Melayu nama sahaja, dimana pati nak jadinya ia, hanya pada rahsia dirinya, kerana rahsia sir alamnya, akan alam pemikiran Tuhannya, kita Melayu jadi rasanya, sir itu akan baunya, manusia jadi bentuk yang ada, baru seroja menjadi nyata, jadi alif sempurna insannya, jika paham erti seloka, membawa kita kearah Tuhannya, jika mahu ikut rentaknya, carilah rasa didalam cita, cita membawa saat bahagia, bila dapat paham rasanya, kerana itu tinggi makamnya, tiada yang jadi tanpa rasanya, jika dibelek akannya kita, seluruh kitab menanya siapa, akan manusia dan tuhannya, dalam agama sebagai perumpamaannya, tapi akal hendaklah serta, bukan akal mukanya dunia, tapi akal isinya rasa, merasa akan kehendak Tuhannya, dalam cerita penuh contohnya, mengenal hamba dengan tuannya, mengenal jalan lurus yang ada, hanya rasa yang tahu rahsianya, jika dibaca seloka yang ada, semua membawa bingkisan rasa, kerana ilmu tiada lengkapnya, tanpa rasa sebagai ukurnya, kerana akal fikir manusia, tiada dapat menembus ia, kerana akal fikiran manusia, tiada nampak esa Tuhannya, hanya dimana tunjuk nafsunya, hanya disitu henti fikirnya, jika hendak paksanya ia, nescaya gila isim jadinya, maka tuan serta doanya, doa didalam serban kupiahnya, bukan doa dalam hatinya, hanya dosa penuh hidupnya, hidup hanya berpura-pura, atas Islam jadi tunggangnya, beribadat cara sama fikirnya, hanya buntu tak menjadi apa, dimana kesan doa dibaca, pada Tuhan angkat tangannya, sedangkan rasa terbiar sahaja, kerana mainan arab akalnya, tapi Melayu pencipta rasa, guna rasa mendapat hikmahnya, bukan fikir utama adanya, kerana fikir pendek ukurnya, hanya logika jadi ukurnya, sedangkan Tuhan tiada dimata, tiada berupa serupa makhluknya, kenapa tak cuba resepi kita, mengenal Tuhan dengan rasanya, jika ikut hukum dunia, cukup hanya dengan tahunya, selagi itu diguna kita, takkan dapat dekat denganNya, sedangkan banyak contoh yang ada, Dia ada bersama kita, tapi kenapa tak dapat jua, kerana akal tak nampak jua, kerana nafsu jadi galasnya, kerana itu tiada dapat kita, kerana rasa tiada diguna, jadilah manusia bijak akalnya, bukan sekadar fikir sahaja, ia bersama rasa dalamnya, baru sempurna akan tahunya, sekadar pikir takkan kemana, kalau beriman akhir kafirnya, kerana fikir tak memberi buktinya, hanya rasa dapat menembusinya, jika kita dapat bezanya, akan akal manusia biasa, dengan akal mempunyai rasa, amat terbeza akan mutunya, kerana akal yang kedua, sentiasa dalam akan duduknya, hanya yang rasa tahu sedapnya, hanya yang rasa tahu pahitnya, kerana itu Melayu dah tahunya, selagi fikir tak membawa kemana, kerana itu kita berusaha, diatas rasa menyemai yakinnya, mencari Tuhan tiada berjumpa, guna akal untuk bekerja, bukan guna alat imannya, kerana belum nampak cahayanya, hanya rasa jadi penghulunya, kerana rasa jauh pahamnya, bukan rasa atas nafsunya, itu rasa membawa neraka, bukan membawa erti imannya, memberi benar akan aminnnya, itu hanya gurauan dunia, atas fikir pendek kuasanya, atas fikir yang curang dirinya, tiada yakin barang ghaibnya, itulah kita sebagai manusia, jangan berhenti atas fikirnya, teruskan dalam akan rasanya, gunakan rasa penimbal ilmunya, baru terang maksud siratnya, kerana ayat itu bermakna, selagi dihati bukan dikepala, itulah alamat kalam yang tiba, sebagai amar akan Tuhannya, cuba fikir sedalam-dalamnya, yakin apa padanya kita, atas percaya orang yang kata, atas kitab beribu tahun lamanya, jika kita tiada ujinya, tiada tahu salah benarnya, tiada tahu ia tidaknya, kerana itu wajiblah kita, bukti kebenaran akan ayatnya, bukan pada percaya kata, diri sendiri tempat buktinya, diri sendiri jadi saksinya, bukan atas bicara manusia, yang pandai membaca sahaja, tiada tahu maksud Tuhannya, hanya sekadar andaian dibuatnya, atas fikir pendek akalnya, bukan tekun dalam rasanya, mencari bukti atas dirinya, kalau betul Tuhan itu ada, buktikan pada dirimu jua, bukan atas lintas firkirnya, bukan atas bacaan kitabnya, itu semua tidak bermakna, selagi tak dapat bukti yang nyata, selagi itu Tuhan dongeng sahaja, cuba lihat sekeliling kita, pada kita ada suluhnya, pada kita ada ertinya, Tuhan itu hanya bermakna, pada diri sendiri jua, bukan dapat bukti dikongsinya, ia hanya untuk dirinya, siapa yang tiada dapat kerjakannya, mencari bukti atas diri sendirinya, maka tiada mungkin mendapat ia, akan kebenaran ada Tuhannya, hanya fikir akan kejadiannya, sampai mati tak nampak apa, jika benar itu katanya, manusialah kejadian terbaiknya, kenapa tak kaji diri yang ada, kenapa tak kenal hakikat dirinya, disitu banyak tanda Tuhannya, takkan pada unta jelas Tuhannya, takkan bulu mata unta macam mata Tuhannya, kenapa manusia begitu bodohnya, mengkaji Tuhan diserendah kejadiannya, bukankah manusia itu terbaik yang ada, disitu jika dilihat seribu rahsia, hanya menunggu siapa yang arifnya, mengenal diri sedalam-dalamnya, inilah hakikat akannya manusia, menjadi cermin akan Tuhannya, segalanya ada pada kita jua, tiada makhluk lain selengkap kita, kita jualah tempat nyatanya Tuhan kita, akan segala kuasanya, ada pada kita jua, cuba renung kata yang ada, pada seloka diguris kita, mengenal Tuhan wajib adanya, kerana manusia ciptaan Dia, selagi hidup kita bernyawa, selagi dapat akal bicara, carilah ilmu mengenal akannya, bukan melalui kitab yang ada, itu sudah berkurun adanya, tapi lebih kepada dalilnya, bukan sifat 20 sahaja, itu cerita budak adanya, takkan cukup sebagai contohnya, hanya cerita orang yang tua, tak tahu dimana bukti akannya, cuba lihat cermin dirinya, disana lengkap akan dalilnya, Tuhan kita sentiasa ada, Cuma fikir tak nampak akannya, kerana hati hanya berdusta, menyembah Tuhan tak tahu dimana, selagi fikir jadi contohnya, hanya mahu rengkasan sahaja, tiada usaha mencari sungguhnya, kerana fikir tak ada daya, kerana itu ramai bodohnya, jadi pak angguk akan kuliahnya, bukan mencuba dalamkan rasanya, merasai akan kehadiran Tuhannya, merasa akan kebesaranNya, pada kita jua tempatnya, jika ditanya yang dah hafal kitabnya, kitab yang ada jahil sahaja, sekadar cakap mulut berkata, sekadar tulis berulang kalinya, sekadar cantik warna tulisannya, apa yang ada hanya cerita, bukan bukti dalil yang nyata, menyatakan Tuhan itu ada pada kita, tapi ramai marahlah pula, kerana otak bengak sahaja, ada mata tapi buta, ada hati dah lama matinya, kerana fikir jadi tuannya, kerana fikir nafsu kuasanya, bukan rasa dalam akalnya, menjana iman yakin akan Tuhannya, manusia hanya percaya sahaja, tiada yakin akan dirinya, bukan mencari Tuhan adanya,tapi mengumpal pahala sebanyaknya, bila mati boleh kesyurga, dapt bidadari sebagai ganjarannya, itulah tongong manusia semua, ingat apa Tuhannya kita, jadi bapak ayam memuaskan nafsu kita, Dia Tuhan sekelian alam yang ada, manusia hanya ciptaan sahaja, disuruh belajar kenal diriNya, bukan mengikut nafsu durjana, bukan mengikut fikir yang sesat adanya, selagi tiada akal pada kita, nescaya hilang panduan kita, dimana ada Tuhan kita, hanya sekadar percaya sahaja, ibadat sekadar kewajipan sahaja, bukan atas cinta Tuhannya, jika tak buat takut masuk neraka, bukan takut marah Tuhannya, itulah manusia fikir pendeknya, dah lah sombong bonkaklah pula, terasa ijazah penentu imannya, terasa kuliah diberi tentu syurganya, sekadar pesan disampaikannya, atas dasar fikir yang ada, hanya dusta dia semata-mata, berpura-pura diatas lidahnya, kerana cakap hanya percaya, tiada yakin ujud Tuhannya, jika dia benar berkata, dah tentu dia usahakannya, mencari bukti Tuhan yang ada, sebagai manusia pilihan akanNya, mendapat rahmat akan ilmunya, kerana mencari dimana Tuhannya, bukan seperti ayat tertera, hanya tulisan tiada makna, takkan tahu olehnya kita, sekadar tahu Tuhan atas cerita, sekadar tahu Tuhan atas kitab sahaja, dimana kita hendak tahunya, itu menjana percaya sahaja, bukan sebagai bukti dirinya, saksi akan ujud Tuhannya, kerana itu sekelian yang ada, awal agama mengenal Dia, jika tidak sesatlah kita, kerana percaya atas orang kata, bukan diri mencari buktinya, ujud Tuhan terang padanya, baru kita cinta padaNya, kalau tak kenal maka tak cinta, bukan hanya percaya sahaja, percaya itu lemah bunyinya, seolah-olah tak penting adanya, bukan kenal dan cinta Tuhannya, kerana itu kenallah Dia, pada dirimu terang dan nyata, tanda kuasa meliputi diri kita, anugerah akan kehadiran diriNya, jangan jadi ruginya kita, selagi hayat masih ada, kenallah diri serata-rata, kerana ia kamus Tuhannya, disana tersembunyi rahsia dirinya, tapi ramai tidak percaya, mencari Tuhan seluruh alamnya, seperti Ibrahim mencari Tuhannya, akhirnya berjumpa akannya dia, pada dirinya tamat pencariannya, jadikan ini cerita berguna, jangan kata sesat adanya, cuba pakai akal yang ada, mana contoh terbaik yang ada, bukan dikajji akan zatNya, tapi sifat yang ada pada kita, hidup kita memakai hayatnya, mendengar kita memakai pendengarannya, melihat kita memakai penglihatannya, berkata kita memakai kalamnya, nah itu semua bukti pada kita, bahawa tiada sesempurna contoh kitalah jua, kenapa manusia masih butanya, otak hanya fikir sahaja, tiada rasa menyelami rahsianya, akan kehadiran Tuhan kita, pada kita adanya Dia, terang menjadi dalilnya, kenapa manusia harus jauh kesana, pada fikir melamun entah kemana, dalam ibadat berangan jua, tiada henti fikir seketika, hanyut mengikut lamunan nafsunya, sedangkan ia tiada gunanya, itulah manusia hanyut sahaja, setiap saat rugi semata, kerana fikir membawa kita, jauh dari pesada Tuhannya, mencari bukti didepan mata, mengenali Tuhan seberang sana, tiada ada untung akannya, hanya lemah badan sahaja, akhirnya tua mati jua, dimana Tuhan cerita sahaja, bila ditanya siapakah Tuhan kita, hanya kenal diatas nama, nama banyak tak tahu tuannya, kerana hanya kenal namaNya, itu Allah bahasa arabnya, ertinya Tuhan pada bahasa kita, kenapa kita tak ada otak ke, ingat Allah itu nama jampinya, mengenal nama tiada gunanya, kerana Allah itu bahasa arab sahaja, bukan erti keramatlah pula, jika tiada tahu kenal diriNya, kita hanya bodoh belaka, cuba pakai akal yang ada, bukan fikir yang sempit adanya, cuba buka minda seluruhnya, cuba tanya pada diri klita, cukupkah kenal Tuhan atas namanya, tiada terasa akan ujudnya, tiada siapa yang fikir begitunya, kerana hidup dah tak lama jua, tak lama lagi mati kita, hidup didunia sia-sia sahaja, kalau dikatakan dalam ayatnya, manusia kena berbakti padanya, cukupkah kenal nama sahaja, tiada usaha mengenal Dia, sedekat yang boleh atas usaha kita, diberi akalpun tiada guna, baik jadi binatang sahaja, kerana hidup nak senang sahaja, dapat tidur cukup makannya, itulah manusia dalam ayatnya, hanya binatang yang melata pandai berkata-kata sahaja, jika terasa diri bukan binatang pula, cubalah usaha carikan Dia, jumpakan Dia dalam diri kita, bukti yang terang lagi nyata, sebagai dalil akan Tuhan kita, ramai yang arif bicara tentangnya, tapi tak jug berubah akan sifatnya, kerana akal beku adanya, hanya fikiran jandi tuan rumahnya, diganding nafsu sebagai bininya, alamat tak sampai tujuan kita, selagi manusia tak mahu terima, akan kata yang menyingung ini adanya, alamat kita dah sasau jadinya, tiada tahu hidup dunia, hanya serupa binatang sahaja, sekadar menjalankan perintah darinya, itu semua ikut-ikut aje, bukan benar dari hatinya, menyembah Tuhan tiada ada, hanya tipu hati berkata, aku menyembah Dia, tapi hati tak nampak jua, akan Tuhan ada padanya, kerana dibelengu nafsu yang ada, jahil di akan Tuhannya, jangan kata kita berdusta, jangan mati kata kita tak cerita pula, jika bijak ambillah pahamnya, semoga yang ada dapat faedahnya, bukan cerita membawa fitnahnya, kerana mungkin ramai yang jahilnya, tak tahu Tuhan ada bersama kita, dalam ayatnya terang dan nyata, sebagai contoh Dia dekat dengan kita, kenapa kata kata kita dusta, kenapa ingat kita nak sesat orang pul, kita bersandar akan ayatNya, bukan ayat rekaan kita, bukan ayat hawa nafsunya, bukan dongeng penglipur lara, bukan hiasan ayat seloka, kerana kita ikhlas adanya, mengenalkan Tuhan dekatnya pada kita, cuma ramai tak rasa hadirnya, kerana ingat dah kenal Tuhannya, sekadar fikir membaca banyaknya, ingat belajar sampai kenegeri Cina, semua nak buat apa, pada kita nyata dalilnya, menjadi iktibar yang beriman denganNya, itulah kita selagi manusia, takkan terima ayatnya kita, kerana manusia sifatnya hina, hendak menang akan pahamannya, tiada mahu berkongsi ruangnya, dengan kita hanya berseloka, kalau rasa tiada gunanya, jangan dibaca dari awalnya, kerana itu wajiblah kita pula, menerima hakikat ini adanya, moga dapat restu darinya, membuka ikatan yang tersimpul adanya, memberi paham guna akalnya, bukan fikir kust sahaja, tiada memberi hanya baghal sahaja, kalau kita nak pandai jua, kenalah ada sikap terbuka, ada otak kajikan ia, yang mana benar yang mana salahnya, takkan sampai tua nak ditunjuk jua, takkan dah tua nak diajar jua, ada otak tak mahu guna, hanya ikut rentak nafsunya, yang seronok itu ikutnya, yang mana susah ditinggalkannya, kerana takut sesat pula, sekarang sesat tak tahu jua, kerana hidup dah lama didunia, mati hanya perkara kedua, bukan takut mati datangnya, kerana nafsu dah pujuk dia, tak payah kenal Tuhan yang ada, ambil aku sebagai Tuhan katanya, kerana jalanku amat mudahnya, Tuhan itu susah dan ghaib adanya, takkan sampai pemikiran kita, itulah nafsu memujuk kita, jangan guna akal yang ada, simpan didalam peti sahaja, cukup fikir yang pendek nampaknya, cukup hidup yang dah aman adanya, kerana jika dalam perginya, nescaya nafsu hancur jadinya, mengenal kebenaran amat bahaya, kerana nafsu tiada upaya, berlawan dengan kebenaran yang ada, nafsu hanya bathil sahaja, sanggupkah manusia menerima, akan hakikat kata yang ada, selagi hidup diatas dunia, kenallah diri serata-rata, jika rasa perlu tahunya, buktikan pada diri sendiri jua, Tuhan ada bersama kita, tak jauh mana jua, tapi nafsu dengan fikirnya, takkan sampai walau berdua, kerana pintu pengenalan Dia, hanya untuk yang terpilih sahaja, ushakan jadi pilihan yang ada, bukan umat yang disesatkanNya, jangan risau taku sesat pula, mengata seloka tipu sahaja, kalau tak tahu jangan menduga, kalau tak paham jangan komen bodohnya, jika benar akan kehendaknya, tahulah bahawa kita adalah dalilNya, selagi itu wahai yang ada, jangan persiakan waktu muda kita, carilah sesuatu yang berharga adanya, sebagai bekalan perjalanan kita, bukan hanya amalan yang ada, itu sedikit akan hikmahnya, mencari Dia diatas yang lainnya, itu lebih bermakna adanya, cuba paham kata seloka, kerana seloka memberi cerita, agar yang membaca dapat pahamnya, kerana ini Melayu caranya, mengenal Tuhan bukan sekadar nama, kerana Melayu jiwa yang berakal, bukan nafsu jadi jenteranya , bukan fikir jadi pemandunya, tapi akal yang bijaksana, dan berani mencari kebenaran Tuhannya, bukan sekadar dengar cerita, dari mulut manusia yang ada, kerana manusia jahil sahaja, tiada kenal akan ketuhanannya, jadi kita Melayu yang ada, ini seloka amat bermakna, jangan dikenal hanya atas nama, kenallah bagaimana orangnya, begitu juga dengan Tuhan kita, carila Dia sehingga berjumpa, dimana dalilnya hanya ada pada kita, pada akal bukan fikirnya, seperti seroja alif selokanya, menjadi bukti atas dalilnya, maka tamatlah bicara kita, cara Melayu lama yang ada, jangan marah ditegur kita, kita hanya berkata sahaja, bukti hanya pada empunya jiwa.

No comments:

Post a Comment