melayu.......

MELAYU ITU BUKAN RUPA, BUKAN KULIT, DAN BUKAN ORANG....

MELAYU ITU ALAM, DUNIA, PEMIKIRAN KETUHANAN....

MELAYU ITU... BUDAYA YANG MEMERINTAH

Tuesday, August 14, 2012

SELOKA MELAYU (11) KASAFI DJIWA

11. SELOKA MELAYU KASAFI DJIWA Ini cerita selokanya kita, sejak ada adam dan hawa, sembunyi djiwa sentosa marga, sembunyi rabbani dalam shuhada, bukan kata melambang bahasa, tapi bunyi akal yang ada, akan hikmat Tuhannya kita, menjadikan Melayu wangsa pertama, inilah mula seloka adanya, diberi nama kasafi djiwa, sebagai tanda mula manusia, asalnya djiwa tiada berkosa, didalam kasafi sembunyi Tuhan kita, kerana Dia tiada nyata, wujud sahaja dimana-mana, itulah sebab Allah namanya, kuasanya Dia memerintah kita, menjadi asirah manisan hawanya, menjadi bayang arafah adamnya, anak cucu titisan mereka, ditanah basrah jadinya kita, itulah nyata akan manusia, dari bayang akan rupanya, menjadi bentuk sekelian kita, dari belulang berdagingnya kita, itulah asal manusia adamnya, asal dari kasafi Tuhannya, amat hebat kejadian kita, tapi kita tak paham jua, ingat kita berok asalnya, itu manusia titisan bumita, kita Melayu asalnya dewa, dari langit jatuh ke dunia, jangan lupa usul adanya, membawa kita kearah sejahtera, selagi Melayu bertugaslah kita, atas janji Tuhannya kita, sebagai khalifah pengganti dia, bukan memerintah sebagai Dia, tetapi wazir yang bijaksana, memerintah akan nagara, ditanah sunda bertahta, akan kerajaan Melayu di puncak Mahameru adanya, tinggi mengawan tak terlihat mata, itulah kahyangan diberi nama, bermula Melayu diatas dunia, disitu mula benih yang ada, mengisi dunia akan keturunannya, kerana itu cucuku yang ada, cuba fikir akan hidup kita, walau keliling penuh manusia, tidak semua Melayu dirinya, didalam djiwa ada tandanya, kalau Melayu mesti beraja, tiada dengki tiada hasadnya, tiada takut miskin atau kaya, kerana Melayu bertugas adanya, menyemai damai atas dunia, bukan penghancur alam yang ada, hancur kerana tamakkan kuasa, itu kafir tiada islamnya, itu pembunuh bukan pembela, kita Melayu dendam tiada, kita Melayu kasih semuanya, jika ditanya kepada kita, benarkah jahat dirinya kita, asal Melayu bukan itu akan dirinya, tetapi mereka terpesong akidahnya, melihat mata hanya yang nyata, djiwa tiada mendapat tempatnya, hanya sebagai nyawa hidupnya, asal hidup seronok dunia, bukan asal Melayunya kita, mencari ilmu bersihkan djiwa, bukan hikmah santapan dirinya, tapi harta dan anak bininya, bukan mahu tunduk nafsunya, menjadi raja atas kehendaknya, bukan niat suci djiwanya, tapi kuasa dan harta bendanya, ingatlah anak cucu yang ada, djiwa kita Melayu rasanya, jangan ditukar agamanya kita, selagi islam selamatlah kita, bukan islam shariat sahaja, hakikat patut jadi gandingnya, kerana pepatah manusia lama, tiada sempurna shariat tanpa hakikatnya, djiwa diam dalam sirnya, bukan nafsu tempat teduhnya, itulah kasafi duduknya djiwa, tempat kita salam akhirnya, tempat kita ambil kalamnya, tempat iman makrifat tauhidnya, tempat diri ghaib selamanya, carilah paham atasnya seloka, kata tempat menyembah rasa, selagi djiwa tiada gelora, belum sampai qiamatnya kita, selagi itulah nafsu sahaja, selagi itulah gelap gelita, tiada cahaya pancar qalbunya, delima kesuma namanya ia, pancaran djiwa lima saudara, jadi penyuluh dialam maya, sebagai tunjuk jalannya kita, jika tetap iman didada, tiada salah langkahnya kita, cahaya hanya rupa sahaja, wajah yang mana pilihnya kita, selagi ilmu tiada ada, tak mungkin kita tahu pilihnya, jadilah Melayu yang bijaksana, berjalan seorang itu baiknya, dari bertiga tak tahu siapa, kalau berempat nak tanya siapa, jika berlima dapat subahatnya, itulah tanda djiwa dah gelora, hati-hati memilih rasa, kerena djiwa tiada kosanya, hanya rasa tiada rupanya, hanya rasa tiada rasanya, selagi kita belum khatamnya, carilah guru bertaraf pendita, agar ilmu dapatnya kita, atas dasar rasa dah ada, bukan lidah pandai berkata, bukan tahu baca sahaja, hikmah tiada dihatinya jua, kerana paham setengah sahaja, tiada dapat akan sebabnya, hanya rasa penimbul hikmahnya, hanya djiwa yang telah fana’nya, hanya nafsu yang tunduk kehendaknya, baru dapat alim dirinya, baru sebati menjadi kita, mengenal djiwa sebenarnya apa, bukan lafaz mainan lidahnya, bukan pandangan nafsu warnannya, bukan hafalan ribuan kitabnya, tapi kata sendiri yang punya, tapi ilmu laduni menjelma, dari ghaib menjadi nyata, diatas kalam tiada bentuknya, barulah jadi sekelian katanya, barulah dapat akan kehendaknya, bukan lagi diatas angannya, tapi djiwa yang ada kuasanya, baru Melayu mendapat nama, asalnya dari wangsa pertama, keturunan Adam dan juga Hawa, pemerintah akan seluruh dunia, barulah jadi Melayu perkasa, penegak kebenaran adil hukumya, bukan pemegang sepanduk dnnia, menjadi kuncu kafir yang ada, bukan penegak budaya asingnya, hingga rosak adat yang ada, bukan keling bukan arabnya, tapi Melayu jati dirinya, itulah anak cucu sekeliannya, selalu rasa Melayu cacat sentiasa, tiada molek ajar datuk nenek kita, takut kurafat segala ilmunya, maklumlah tinggi pelajaran agama, pakai jubah tanda alimnya, kalau hujah ada hadisnya, sedangkan Melayu amat kayanya, perimbunan dan pepatah pantun seloka, penuh hikmah dan petunjuk untuk kita, penuh nasihat dan petua hidup adanya, datuk nenek kitapun bijak juga, malah memandang jauh hidup yang ada, kerana Melayu berharta untuk anak cucunya, tiada kepentingan atas dirinya, segalanya kerana anak cucu jua, itulah Melayu harga dirinya, tiada melihat penat lelahnya, hanya melihat anak cucunya, menjadi permata dalam hidupnya, bukan kaya diatas dunia, tetapi sejahtera keturunannya, tapi anak cucu tiada paham jua, kerana disangka datuk nenek sakai belaka, tiada berilmu ketinggalan zamannya, sedangkan sekarang maju zamannya, tiada memandang ilmu dan petua, peninggalan datuk nenek kita, malu dan takut sesat pula, pawang dan bomoh tiada gunanya, kerana sangkanya kurafat sahaja, tiada yang elok dipandang mata, semua hina dan tiada nilainya, hati-hati bila berkata, kata Melayu sumbang bunyinya, kata arab hebat belaka, kata orang putih terpelajar rasanya, bukankah kita Melayu darahnya, makan lemang ketupat dodolnya, bukan dab dan tamar yang ada, jadi bahan masuk kesyurga, sebagai tanda alim orangnya, Tuhan islam arab agaknya, bukan Tuhan sekelian alam, itulah wahai Melayu yang ada, yang dikejar tiada dapatnya, yang dikendong berciciranlah pula, jangan wahai anak cucu yang ada, terasa hebat bila berserban pula, terasa solehah atas telekongnya, itu syarat kita beragama, bukan adat arab yang ada, tapi Melayu mudah hatinya, lembut kerana baik budinya, menghormati budaya bukan dirinya, adat bangsa yang kasar bahasanya, sedangkan Melayu halus bicaranya, mengatakan sesuatu penuh akalnya, tapi anak cucu tak pandai mengolahnya, tak pandai mencungkil akan rahsia, tak mahu mengaji sedalam-dalamnya, hanya mengikut resmi dunia, asal dipuji oleh manusia, itu rasanya ukuran dirinya, bukan pantun menyulam kata, tapi tajwid sedap arabnya, bukan hati Melayunya, bukan Islam akan agama, tapi arab segala-galanya, wahai cucu yang bijaksana, kata Melayu akan dirinya, tapi arab jua rupanya, kalau kita inginkan rusa, bukan peladuk dua serupa, kalau mengaji biar betul gurunya, bila beradab betul caranya, bila Melayu betul dirinya, sejati dan mulia, tanda afdal akan sukmanya, tiadaMelayu hilang didunia, tiada Melayu ghaib alamnya, tiada Melayu rosak akhlaknya, tiada Melayu gila dunia, tiada Melayu hancur djiwanya, agar Melayu kasaf Tuhannya, inilah bidalan petua adanya, mencari peniti dirimbun adanya, tiada kelihatan padanya mata, hanya yang arif dapat berjumpanya, bila Melayu ada segalanya, ini seloka untukmu jua, anak cucu janganlah derhaka, pantang dicabar musuh yang ada, kelak binasa sekelian yang ada, ingat akan janjinya kita, Melayu jualah panglima dunia, jangan dihina keturunan kita, keturunan kita wasesa adanya, jangan dikata Melayu kurang adatnya, sedangkan kita keturunan dewa, bukan binatang melata didunia, tiada beragama tiada Tuhannya, hanya mengikut arusnya masa, hilang pedoman kunci rahsia, hilang panduan kiblat hatinya, ditelan zaman dosa manusia, ditelan budaya asing yang ada, anak cucu hanyut selamanya, terkapai diatas cebisan dunia, hanyut tiada haluan dirinya, hanya akur apa yang ada, kalau arab arablah dia, kalau english english lah dia, kalau jepun matahari hadapnya, kalau indon berkiyailah pula, kalau sunnah jamaahlah dia, kalau sunni shiahlah pula, kalau dah bijak atheist jadinya, kerana otak geliga sentiasa, cuma tiada cahaya Tuhannya, terasa akal bijak olehnya, mencari fakta hendak tandanya, sedangkan diri jahil sentiasa, ingat mati tiada datangnya, hanya mudah fikir akannya, ingat hidup tiada gunanya, hanya landasan intelek yang ada, intelek didik bangsa derhaka, asal dari berok yang ada, bukan kita keturunan dewa, sudah menjajah dunia sepenuhnya, sudah berkurun diatas dunia, Melayu bukan baru adanya, Melayu pencetus tamadun manusia, Melayu membina tugu dunia, menjadi keajaiban manusia, katanya dibina keturunan mereka, tak tahu itu Melayu yang punya, tapi Melayu bijak orangnya, bukan dunia upah akannya, tapi untuk anak cucu yang ada, sebagai bukti hebat datuknya, tapi Melayu tak percaya pula, katanya tak mungkin datuku pandai orangnya, kerana datukku tiada arabnya, tiada belajar ke oxford sampainya, hanya mengaji dipondok sahaja, membaca pun tak pandai jua, hanya primitif perbuatan yang ada, memang benar cucuku yang ada, tapi itu rakyat sahaja, tak perlu susah payahnya pula, kerana ada yang bijaksana, sebagai pemimpin umat Melayunya, tetapi mereka ini hebat orangnya, jika dicari takkan berjumpa, jika ditanya tiada yang tahu pula, mereka yang bijak bukan menjual ilmunya, kalau nak tahu carilah mereka, mereka ada dimana sahaja, menyorok dalam rimbunan bangsanya, hanya menanti anak cucu sedar dirinya, baru menjelma akan mereka, baru nyata dimana duduknya, baru dapat akan pengetahuannya, Melayu yang ada tiada mahunya, akan Melayu yang gagah perkasa, panglima dunia pendita agama, bukan calang nak kenal mereka, ilmu mereka bukannya ada, cari didunia tiada berjumpa, hanya simbol dan seloka yang ada, tersirat erti sebenarnya, tersembunyi dari pandangan manusia, rahsia tetap rahsianya jua, hanya Melayu yang sedar dirinya, hanya Malayu yang mahu pikirkannya, baru terbuka hijab akannya, mengenal Melayu sebenar ertinya, bijak dan alim akan Tuhannya, bukan dikedai buku adanya, bukan dapat difotostate akan ajarannya, bukan boleh dipelajari diuniversiti yang ada, bukan tersimpan diperpustakaan negara kita, bukan pula didalam bahasa arabnya, atau abjad roman yang ada, ia ilmu didalam sukhmanya, hanya yang ada rasa djiwanya, hanya yang kasafi erti pahamnya, barulah terbuka pintu makrifatnya, mengenal diri itulah jua, ganti akan mukadam mulanya, melangkah kealam Melayu sebenarnya, tiada beza bunian dan manusia, semua sama tiada ghaibnya, hanya manusia tiada pahamnya, bahawa dunia semu sahaja, hati tiada mahu percaya, hidup ini sementara jua, itulah wahai cucu yang ada, jangan disangka Melayu lemahnya, belum terjumpa Melayu yang hebat pula, takut tak yakin akan ilmunya, kerana Melayu hebat yang ada, tak semudah itu mengenal mereka, mereka beribu tahun umunya, dikenali dengan pelbagai nama, mengikut peredaran masa yang ada, sehingga kini masih adanya, dipelbagai alam duduknya mereka, inilah para siddha rumpun manusia, Melayu yang lengkap sekelian saktinya, begitu juga pahlawan yang ada, walau mati jasad sahaja, diri mereka masih berkelana, diatas dunia menjaga anak cucunya, semoga selamat aman sentosa, inlah mereka Melayu sejatinya, mati hidupnya untuk anak cucunya jua, harap sekelian pembaca yang ada, ini seloka kasafi djiwa, bukan insaf diatas agamanya, insaf akan kebenaran katanya, jika bersumpah atas Allahnya, sedangkan nafsu jadi saksinya, kerana lidah keras jadinya, atas kata arab bunyinya, kerana tubuh akrobatik arabnya, bukan rahsia gerak yang ada, wahai cucu denagkan ia, seloka pembalut hikmah adanya, bukan kata menghina sesiapa, hanya ingin sedar semuanya, arab tiada jadi melayunya, tapi melayu mudah arabnya, tiada kelihatan dimana-mana, arab pakai songkok dikepalanya, tapi Melayu tidaklah pula, Melayu mudah mengikut adanya, bukan lemah kerana dirinya, tapi Melayu suka bergaya, kita tak kisah nak pakai apa, kerana manusia bebas dirinya, asal jangan lupa asalnya, kita Melayu tetap Melayunya, inilah kata bidalan berbicara, inilah ungkap kata sandongannya, inilah rupa nukilan hatinya, inilah ayat seloka jadinya, dari pena dakwat asalnya, dari titik jadi barisnya, dari baris ada bentuknya, 108 jadi hurufnya, jadi kitab beribu adanya, kita ghaib tulisnya tiada, kitab nyata huruf yang ada, kitab manusia lengkaplah pula, kitab Tuhan tersembunyi pada kita, itulah sastra abadi namanya, kerana Tuhan tiada berupa, maka ayat ganti ceritanya, menjadi seloka tenungan djiwa, menjadi santapan akal manusia, agar mencari asal dirinya, agar ketahui akan Tuhannya, bukanlah mudah jalan padaNya, tak susahlah pula jika tahu rahsianya, ini seloka dendangnya pula, menjadi suloh anak cucunya, semoga dapat paham akannya, seloka hanya gurauan senda, jika mahu iktibat akannya, mudahan dapat hikmah akannya, baru nampak jalan pulangnya, baru tahu kebenarannya, bukan ayat bermain dimata, hikmahnya jua sentiasa nyata, inilah kata pendita yang ada, mengenal Melayu serata-rata, baru jadi sakti dirinya, kalau hanya kaji hurufnya, sampai mati bukan hikmahnya, kalau ayat hafal sahaja, sampai kiamat tiada faedahnya, kalau membaca bukunya sahaja, tiada afdal ilmu dirinya, hendaklah kita tahu bacanya bukan dimata dihati jua, disitu tmpat terbit pahamnya, bukan mata bayang sahaja, tapi hati tahu ertinya, tapi hati dah mati jua, kerana banyak cinta dunia, banyak cinta agama luar sahaja, bukan agama hidup hatinya, mencari erti kata Tuhannya, hanya suka tajwid sahaja, sedap didengar nafsu yang ada, hafiz segala isi kitabnya, tapi bebal lembulah jua, bila ditanya akan rahsianya, tiada tahu akan jawabnya, dia hafiz akan ayatnya, bukan tahu akan rahsianya, segala yang ada kulit sahaja, isi tiada kedapatan jua, kerana otak bebal yang ada, tiada dapat akan ertinya, jangan jadi seperti mereka, mengaji hanya nak sedap bunyinya, bukan mencari rahsia Tuhannya, bukan hikmah hendaknya pula, tapi tahfiz segala ayatnya, tahu tidak kehendak Tuhannya, hanya hati penuh ayatnya, sedangkan hikmah itu benarnya, tapi tiada dapatnya jua, hati mati kelam matanya, kerana dah lama sesat didunia, mencari apa cucu semua, mengaji apa huruf sahaja, mengkaji apa bayang yang ada, beradat apa tiada hukumnya, Melayu apa tiada galurnya, itulah cucu cari maknanya, dalam diri terang jawapannya, mengenal diri kenal bangsanya, baru tahu siapa Tuhannya, bukan mudah menyingkap rahsia, rahsia sentiasa didalam bunia, bukan dunia hanya pokoknya, ghaib itu tempat tumbuhnya, bila lengkap akan edahnya, baru menjelma batang tubuhnya, itupun nasib jadi manusia, kalau tidak berok dan kera, sampai bila kita jadinya, berkurun sudah dalam dunia, Melayu semakin hilang dirinya, ditelan adat bukan bangsanya, ditelan diri bukan asalnya, ditelan hilang selama-lamanya, carilah arah tuju akannya, cari maksud seloka ini adanya, agar kita dapat hikmahnya, kerana isi ada rasanya, bukan manis tanggap manusia, bukan masam pula adanya, ia rasa sukhma bangasanya, ia halus rapi susunnya, disulam kata disulam ayatnya, hingga tiada nyata maksudnya, agar akal dipakai kita, mentafsir akan seloka yang ada, mencari makna bukan pikirnya, tapi tenung pusaka kita, tenung makrifat akan namanya, baru telus akan ertinya, baru terang hati membaca, baru sempurna akan ilmunya, ini lah kasafi djiwa namanya, menceritakan Melayu hebat ilmunya, mengkaji usul dan asal yang ada, dari nyata pada ghaibnya, bila kenal akan dirinya, empat lapis pembalut rasanya, tiga lapis hijab akalnya, tujuh lapis akan dirinya, sembilan rupa pengganti wajahnya, sepuluh lengkap akan adamnya, tiga belas jadi payung langitnya, tujuh belas jadi rakaat yang ada, duapuloh satu itu rumahnya, kalau dihitung amat banyaknya, asal manusia tiada hujungnya, mula hanya nyata bayangnya, isfanudin diberi nama, bayang mulia rupa sahaja, ahmanudin mulia adanya, terbentuk rupa nyata senyatanya, insanudin jadinya pula, jika ditelek dalam hakikatnya, tiada tahu asal jadinya, hanya cereka akan manusia, diambil dari ilmu yang ada, diturun oleh Melayu pertama, mengajar akan anak cucunya, tapi kini segala pudarnya, ditelan zaman berkurun adanya, kunci yang awal hilang entah kemana, hanya ayat jadi selokanya, jadi wahai cucu yang ada, usahakanlah dapat patinya, dalam ayat ada kuncinya, tapi erti dihati jua, bersihkan jiwa tajamkan otaknya, hanya sinar petunjuk yang ada, sinar dari kalbi abdullah, bukan syaitan laknatullah, duduk tafakur akan kitabnya, ada pada dada manusia, itu tempat ilham berkata, tapi awas hendaknya kita, selagi nafsu menetap disana, nescaya ilmu tiada afdalnya, kerana laku menjadi cela, kerana diri hilang Dianya, hanya aku pengukur rasa, aku nafsu pengganti kita, jadi jangan lupa Tuhan kita, Dia ada bersama kita, dimana kau sua didalam dunia, hanya wajahnya dimana-mana, jadilah cucu orang yang takwa, mengenal Tuhan pada dirinya jua, amat jelas akan kuasanya, pada kita tempat takliknya, pada kita itu buktinya, disuruh cari kenal diriNya, hanya kita Melayu yang ada, dapt hidup dialam takbirnya, bukan mereka berpura-pura, mengenal Tuhan dalam agama, terasa tiada dosa dirinya, kerana diri alim nampaknya, ibadat bukan tanda akurnya, ibadat bukan ukuran ilmunya, ibadat hanya kenyataan tajjalinya, tapi manusia tak paham jua, ada kitab baca sahaja, hati tiada paham ertinya, kalau mengaji biar sempurna, agar dapat rahmat Tuhannya, baru jadi Melayu saktinya, bukan Melayu pembunuh bangsa, kerana suka campur semua, sampai Melayu arab jadinya, hati-hati cucu semua, kebenaran tiada nampak didunia, manusia tenggelam nafsu sahaja, walau alim atau jahatnya, itu semua nafsu belaka, bukan pintu makrifat dibuka, bukan hakikat jadi intinya, tapi karim yang bijaksana, bertopeng manusia binatang sahaja, jika mengolah akan isinnya, harus ada pembekal katanya, bukan ayat bermain dimata, hikmahnya jua sentiasa nyata, ini kata bidalan pendita, bukan berok berupa manusia, ikut-ikut jejak yang ada, tapi pilih jejak manusia, janga jjadi serigala akhirnya, merah mata hilang akalnya, kerana dengki melihat kita, kerana tak ikut cakap mereka, kerana kuasa dunia perintahnya, akan hukum ikut hatinya, dendam pada manusia yang ada, suka hukum puas hatinya, tiada kasih tiada sayangnya, hendak tunjuk pada Tuhannya, betapa dia aku padaNya, hukum manusia jadi buktinya, baru rasa hati puasnnya, bila mati syurga sangkanya, tiada tahu hujung cerita, kerana tak mahu tunduk nafsunya, ingat manusia kamu semua, tiada terbuka ini rahsia, mengenal Tuhan tiada jalannya, mengenal diri itu mulanya, jangan rasa tiada gunanya, jangan kata sesat semua, apa diotak semu sahaja, hati tidak menjana apa, selagi manusia tunduklah kita, mohon rahmat tunjuk jalannya, Melayu sudah siap segalanya, hanya perlu olahan djiwanya, inilah kasafi djiwa adanya, seloka Melayu mengajar hikmahnya, hanya dapat pada mereka, yang sedar asal siapa dirinya, selagi kita Melayu namanya, tetap tiada sesat jalannya, kerana Melayu bertugas adanya, selagi hidup itu jalannya, baru Melayu kenal Tuhannya, pada diri tetap imannya, tiada kita batal shariatnya, hanya lengkap akan hakikatnya, sempurna makrifat sampai tarikatnya, inilah kita ambil saksinya, diatas kata alam manusia, bukan alam akan ilahinya, tempat ujud benihnya kita, jika mengaji akan ahdahnya, sampai insan titik akhirnya, tiada ada hikmat disana, hanya rupa bentuk yang ada, kerana benih yang itu jua, tiada yang paham barang mengajinya, oleh itu tahu geraknya, kerana gerak itu mulanya, jatuh atas rupa yang ada, baru ujud bentuk yang nyata, bukan panjang hakikatnya kita, hanya selangkah menuju dia, mengenal ilmu rahsia dirinya, tiada terungkap oleh manusia, selagi nafsu tebal adanya, tiada dapat cahaya ilahinya, apabila mati diri dunia, baru hidup diri akhiratnya, baru bermula jalan padanya, bukan dunia tempat mulanya, tapi mati atas dirinya, tiada nafsu menjadi saksinya, tapi ruhi akal yang suci alamnya, tempat kita mengaji ilmunya, tempat kita kenal diri kita, baru sempurna kaji dirinya, mengenal diri dialam abdinya, dapatlah kita mengenal patinya, sekelian ilmu alam sucinya, mengenal diri kasafi djiwa, ini seloka tamat adanya.

No comments:

Post a Comment