melayu.......

MELAYU ITU BUKAN RUPA, BUKAN KULIT, DAN BUKAN ORANG....

MELAYU ITU ALAM, DUNIA, PEMIKIRAN KETUHANAN....

MELAYU ITU... BUDAYA YANG MEMERINTAH

Tuesday, August 14, 2012

SELOKA MELAYU (16) LEMBARAN RAHSIA

16. SELOKA MELAYU LEMBARAN RAHSIA Ini seloka melayu kita, seloka membuka lembaran rahsia, lembaran akan seribu kuasa, mengenal Melayu sakti ilmunya, bukan untuk semua yang ada, hanya mereka yang tahu ertinya, jika membaca kata maksudnya, tiada kunci tiada gunanya, awalilah dengan hati terbuka, guna akal memahaminya, bukan baca sekadar cerita, tapi cari akan hikmahnya, mengenal Melayu akan mulanya, pada tafsir akan alamnya, baru paham jalur ayatnya, mengenal rahsia akan patinya, kerana Melayu hebat orangnya, bila berkata seribu makna, bukan sembunyi akan rahsia, tapi begini Melayu caranya, membuka jalan mengenal akannya, kalau tidak semua tahunya, tak kira penghianat atau pembela, takut yang jahat dapat rahsianya, kerana hati dengki sahaja, selagi jiwa belum Melayunya, takkan dapat paham akannya, kenal Melayu 3 pantangnya, tak boleh berdolak dalih mulanya, kedua tidak memungkiri janjinya dan akhir tiada hasad dengkinya, kalau lengkap akan dirinya, tiga perkara ada padanya, baru terbuka akan lembarannya, mengenal Melayu dan ilmunya, baru hikmat ilmu yang ada, menjadi terbukti akan saktinya, maka jika membawa raga, raga berisi kaula negara, jika tahu Melayu itu apa, Melayu itu isi akan mentera, jika membaca akan mentera, tiada jadinya tanpa kuasa, carilah dimana letaknya kuasa, pada alam atau manusia, jika paham mencari akannya, tentu berjumpa dimana-mana, pada anasir empat yang ada, itu pembungkus tubuh yang nyata, nyawa tempat kalam bersuara, patinya terletak dibawah punggungnya, kalau andik bijaklah sana, bagai Tuah mengalah musuhnya, dimana terbit matahari dunia, disitu akhir alur kuasanya, cuba renung sedalam-dalamnya, mengenal kuasa tanpa tubuhnya, ibarat angin tiada haluannya, carilah arah yang empat jua, tempat nyata mulanya kuasa, dari tengah merebak luasnya, pada kita jua lengkarnya, tiada keluar dari batasnya, bagai telur jadi ayamnya, cuma ada tiga lapisnya, itu tanda kuasa ada, tanda ujud akan raganya, baru dapat dipegang kita, baru dapat nampak mananya, baru boleh olah akannya, baru guna pakai sahaja, ingat akan Melayu yang ada, belajar tak perlu padanya kita, memang Melayu tak perlu belajarnya, kerana apa dicita dapat semuanya, kerana itu hanya manusia, yang masih bodoh dungu akalnya, itu memang wajib belajar adanya, kerana masih jahil dirinya, Melayu tak perlu itu semua, sekali tenung dapat jawapnya, kerana ini cara Melayunya, mendapat ilmu laduni sahaja, tak perlu belajar atau membaca, kerana yang membaca masih bodohnya, yang bijak mendapat ilmu akannya, atas akal yang mengetahui adanya, bukan akal binatang yang ada, atas nafsu itu kuasanya, kerana amat jahil dirinya, kerana akal rendah mutunya, tidak Melayu jati dirinya, segala ilmu dalam alamnya, apa jua hendak hatinya, tercetus segala rahsia yang ada, bukan atas akal sahaja, tapi jua jiwa Melayunya, selagi berdiri 3 tiangnya, selagi itu harapannya ada, mengenal rahsia akan kuasanya, mengenal diri tiada orangnya, mengenal Melayu pada alamnya, mengenal ujud tiada nyata, itu ibarat kuasanya kita, atas diri nafas yang ada, bukan semudah sangkanya kita, atas rahsia ilmu yang ada, ini bukan ilmu dunia, mengenal jin dan ayat yang ada, ini sakti diri yang ada, tiada tunduk hanya Tuhannya, inlah kuasa Melayu yang ada, kuasa atas dirinya jua, membuka lembaran rahsia yang ada, atas kuasa milik dirinya, bukan menuntut pada makhluknya, memohon sepotong jampi yang ada, bukan ayat dibaca akannya, berulang kali hingga sebatinya, tapi rahsia kuasa berkuasa, dalam rahsia kamus manusia, mengenal insan padanya kita, serupa tahu erti kuasa, kerana insan tempat rahsia, itulah kuasa seluruh alamnya, jika kita tak tahu akannya, bagaimana hendak dapat kuasaya, jika terbuka akan hijabnya, tahu kuasa ada pada kita, itu nyata akan empunyanya, pada kita jua soroknya, buka hati bukakan mata, pada makrifat hujung akannya, mencari paham pada rahsia, serupa paham akan dirinya, jika kita menanam lada, tanamlah ia ditepi kalinya, jika dapat ilmu akannya, baru tahu dimana rahsianya, jika hendak menuntut ilmunya, hanya ada pada Melayunya, tiada rahsia diberi akannya, selagi tak paham akan dirinya, kita Melayu canggih jadinya, bukan sebarang anasir biasa, bukan empat seperti biasa, tapi lima dalam karungnya, cuba lihat akan diri kita, dimana letak rasa merasa, bukan hati tempat dikata, kerana disana nafsu yang ada, kerana manusia dah lupa dirinya, kalau kenal setakat ilmunya, bukan akal memberi tunjuknya, tapi seribu paham dalam kepalanya, ilmu diraih atas kitabnya, bukan paham diberi Tuhannya, akan rahsia tiada terbuka, selagi manusia pakai otaknya, hanya dapat luaran sahaja, kerana itu kita buta, pada hakikat kenyataan kita, kerana akal tiada menjelma, hanya tidur dalam karungnya, ingat kajian dalam doanya, membuka kata akan hikmatnya, disangka Arab dapat umbinya, tak hanya pucuk sahaja, dibarat ingat situ tempatnya, hanya gudang sampah belaka, disana orang tiada Tuhannya, kalau ada patung sahaja, bukan teknologi ukur akannya, tapi hikmat akan dirinya, bukan jua ilmu dunia, dituntut nak jadi pawang yang ada, ubat sakit hanya badannya, tapi jiwa syaitan jua, ingat alim dapat restuNya, apa restu jahil dirinya, disangka mati terbuka rahsianya, sedangkan mati ketanah jua, apa guna berkadam adanya, kadam yang ada jin belaka, nak cari kadam dalam ayatNya, kadam apa tuannya kan ada, minta pada tuannya jua, dialah Tuhan pujian kita, tapi manusia durjana, baca ayat nak cari harta, bila doa dunia mintanya, murah rezeki panjang umurnya, takut susah takut matinya, manusia mana hebat ilmunya, nak tahu rahsia dalam kitabNya, mengaji dipondok sampai tuanya, sampai botak panjang janggutnya, kalau berserban berlapis adanya, kalau ijazah berkepuk adanya, tapi malang tak tahu jua, ilmu ada pada dirinya, sudah lengkap akan segalanya, tapi enggan mencarinya, kerana manusia bodoh belaka, ada barang pada dirinya, tapi malas nak temukan ia, masih meminta pada Tuhannya, masih takbur akan amalannya, hantu dan syaitan murah harganya, tapi manusia teramat hinanya, kerana nafsu mainan hatinya, jahat dirinya tiada tahu akannya, jika dikata sesat dirinya, nescaya marah maki hamunnya, katanya dia ada rahsia, rahsia akan mulia dirinya, membaca doa berzikir dirinya, memohon petunjuk jalan lurusnya, tapi itu sekadar sahaja, kerana cinta pada anak bini jua, bukan Dia yang jadi Tuhan kita, sekadar sembang ditepi ambangnya, kata Tuhan ada tapi cakap sahaja, jika benar akan katanya, kata percaya Tuhan itu ada, kenapa tak cari sampai jumpanya, kerana manusia cakap sahaja, kata cinta akan Tuhannya, kata matiku hidupku hanya untukNya, tapi itu omong kosong belaka, kerana hatinya tetap cinta dunia, kerana hakikat manusia yang ada, hanya binatang yang melata, pandai berkata-kata, ingat amalan menjana pahala, keran takut masuk neraka, bukan amalan atas cintaNya, kerana Tuhan tiada dicarinya, itulah kata Tuhan ada, tapi masih tak dicarinya, sampai mati tiada tahunya, akan asal segala yang ada, hidupnya hanya berpura-pura, tiada ketemu jalan kembalinya, oleh itu Melayu yang ada, cari ilmu kenal rahsia, bukan pada kitab dunia, tapi didalam dirimu jua, carilah Dia pada dirimujua, buktikan Dia benar adanya, bukan sekadar tahu sahaja, tapi bukti akan hadirNya, baru dapat afdal akannya, mengenal Tuhan pada diri kita jua, kerana kita dijadikan olehNya, sempurna tiada tolok bandingnya, tapi kenapa manusia buta, mencari Tuhan dalam hidupnya, pada dunia jijik adanya, tetap lupa akan dirinya, sekadar mengaji akan dirinya, pada ilmu buatan manusia, tiada mungkin terbuka rahsia, jika benar hendak tahunya, cari laduni anugerah Tuhannya, amat terang tiada soroknya, dimana kau lihat seluruhnya dia, tapi kenapa tiada mahunya, hendakkan rentak mainan dirnya, hendak corak yang biasa akannya, kerana takut sesat dirinya, pada laluan bukan jalannya, pada pintu dunia masuknya, bukan akhirat sempit mulutnya, itulah manusia, sentiasa da alasannya, kerana apa belajarnya jua, hanya guna atas dunia, tiada kira ghaib nyatanya, sama sahaja dunia jua, bukan jalan makrifat sebenarnya, hapus dirinya sebagai manusia, baru tunduk akan nafsunya, tapi manusia lemah semuanya, takut gila rosak akalnya, kerana hidup mesti berharta, ada pangkat dipuja manusia, bukan pujaan Tuhannya kita, sentiasa menunggu tibanya kita, digerbang kebenaran akan ilmunya, mengenal Dia dalam dirinya, ini rahsia padanya kita, amanah kita janjinya kita, tapi manusia tak selera akannya, kerana takut tak masuk syurga, kalau neraka pucat mukannya, apa nak dikira kata hatinya, Tuhan ada bayang sahaja, kita solat kerana kita, kerana Dia tak nampak jua, itulah hakikat diri kiat berpura dalam kebenaran dirinya, hanya tipu sahaja yang ada, bukan takut atas akalnya, tapi takut akan nafsunya, nafsu yang ada tiada kekalnya, kerana itu hendaknya kita, wang ringgit harta didamba, bini cantik puas nafsunya, kalau begini masihnya kita, sampai bila tak kemana-mana, apatah rahsia Tuhannya kita, tenggelam hilang tiada apa, maka ini duganya kita, konon bijak membuka rahsia, mencari lembaran kosong belaka, kalau ada hikayat dirinya, diatas kuasa nafsunya jua, jangan lupa asalnya kita, selagi manusia takkan berjumpa, kerana rahsia tiada berjumpa, walau hidup sampai matinya, tiada berjumpa akan rahsianya, jadilah seperti pengemis yang ada, mengemis akan satu ringgit sahaja, itulah cara didalam dunia, mengenal yang satu itu jua, ada bayangnya pada kita, menjadi rahsia hidup kita, jika berjumpa hebatlah dia, tapi yang ada pandai berkata, atas iman pembuka rahsia, mengenal Tuhan melalui dirinya, jika ikut martabat tujuhnya, nescaya terjebak liku nafsunya, jika ikut fatwa ulamaknya, sampai kelubang 6 kaki jua, takkan dapat tuah hidupnya, atas ulamak ada gajinya, bukan menentang kufur dunia, bukan menegak benar Tuhannya, tapi nafsu menjadi tuannya, kerana suka akan Arabnya, kerana parti ia sahaja, apa dikata bukan haknya, kerana tauliah dunia sahaja, bukan rahmat ilham Tuhannya, menjadi pejuang akan kebenaranNya, hanya mengikut rentak dunia, mana sesuai itu ikutnya, bukan ajaran mengenal rahsia, ajaran mengenal akan luarnya, sampai bila nak hafalkannya, bila mati tak ingat jua, jangan dengki padanya kita, kita hanya senda mengena, jika takut hadap dirinya, kita doa sihat tubuhnya, biar kaya sampai matinya, harap dapat berkat agamanya, jika kita sangka sampai tujunya, jangan menyesal jika tiada, kita tegur akan yang ada, jangan berkata jika tiada tahunya, tahu diambil dari kitabnya, bukan laduni pembuka rahsia, jika mahu kenal akannya, sabar kan diri tunduk nafsunya, jangan melenting atas fikirnya, kerana marah nafsunya jua, jika benar mencari rahsia, rahsia apa nafsu sahaja, jika benar mencari Dia, apa ada selagi didunia, ingat wahai penggemar rahsia, bukan bertafakur didalam gua, bukan berzikir hingga subuhnya, bukan panjang doa berjela, memohon sekeping hati mulia, takkan bersih akan dirinya, selagi hidup bergelumang dosa, dosa hati tiada perinya, hanya akan sesat selamanya, inikan pula konon cerita, tahu rahsia segala Tuhannya, jika tiada dalam kitabnya, nescaya kafir jadinya kita, tapi jika tiada dalam hatinya, itu tidak menjadi apa, kerana hati tersembunyi adanya, mati pula tak siapa tahunya, entah syurga entah neraka, tiada siapa yang peduli akannya, apa yang penting diatas dunia, mesti nampak akan alimnya, nampak janggut ijazah namanya, baru disegani akan manusia, manusia bodoh diperlekehkannya, manusia bijak dihukum akannya, kerana kuasa akan nafsunya, bukan takut akan Tuhannya, jatuh humum senang sahaja, tapi memaafkan berat hatinya, kerana tak mahu tunduk nafsunya, hukum mesti dijalankan jua, jangan kita jadi mereka, hanya hidup menunggang berhala, berhala nafsu dirinya jua, takkan terbuka rahsia Tuhannya, apa lagi kuasa yang ada, hanya kuasa akan nafsunya, mencari hendak sampai hajatnya, itu kuasa milik akannya, nafsu jualah Tuhan akannya, bukan Tuhan bijak bistarinya, kerana menghina sesama manusia, Tuhan tiada hukum sewenangnya, tapi manusia lurus butanya, ikut rasa iman didada, iman yang ada sarung nafsunya, jika duduk memberi kata, kata yang ada ajuk sahaja, seperti tiung pandai berkata, celuk sana celuk sini adanya, menjadi bahan bukti manusia, jika bodoh boleh ditipunya, kalau tak boleh Allah saja tahu maknanya, inilah cerita manusia yang ada, mencari rahsia dalam lembarannya, tiada bertemu sampai matinya, tiada dapat sampai hujungnya, kerana rahsia itu terang dan nyata, pada kita akan tempatnya, tapi ramai tidak percaya, kerana nafsu amat tebalnya, menjadi hijab akan rahsianya, menjadi penghalang akan jalannya, menjadi tembok penglihatannya, menjadi bisul dalam badannya, menjadi penyakit akan hatinya, jika kita tak ubat kannya, sampai mati binatanglah kita, kurang-kurang pandai berkata, lebih-lebih jadi tanah jua, ingat sampai kepada Tuhannya, Tuhan apa nafsu tuannya, bukan hikmah penjana hidupnya, bukan rahsia pembuka pengenalannya, bukan hati yang fana dunia, tapi hati sayang anak bininya, kerana jihad pakai bom sahaja, tak perlu otak yang tajam akalnya, kerana jihad atas nafsunya, pakai bom nafsunya jua, sampai mati takkan berjaya, kerana bom buatan manusia, bukan buatan Tuhannya kita, katanya bom zikir tarikatnya, zikir apa lidah nafsu jua, ada amalan otak sahaja, bukan akal penyuluh dirinya, akal dari cahaya Tuhannya, tapi manusia gagal sentiasa, ada otak suloh nafsunya, ada lidah ludah sahaja, sedarkah kalam lalu sentiasa, tapi lidah kematu adanya, biasa dengan kata dunia, kata Tuhan nafi belaka, jika iman ada didada, sebut ALLAH bergetar jiwanya, ini hanya tunduk sahaja, lemah jiwa mati hatinya, tak payah cerita pada kita, manusia pandai bermain kata, kata indah jadi pagarnya, kata benci pembunuh bangsa, lidah manusia racun sahaja, kata hanya mainan nafsunya, memusing kata sedap dengarnya, jika benar undurlah pula, jika tak tahan melawanlah dia, kita hanya menjadi mangsa, kerana kuasa ditangan dia, kuasa dunia pembela nafsunya, bukan kuasa anugerah Tuhannya, sebagai tanda dapat rahsianya, sebagai bukti adanya Dia, bukan sekadar tahu sahaja, tapi dirasa didalam jiwa, itulah tanda lembaran rahsia, menjadi nyata padanya kita, mengenal Dia padanya kita, baru dapat erti rahsia, disana ada seribu perkara, ehwal akan laduninya ia, jika dikaji otak manusia, tiada sampai pengetahuan akannya, kerana lemah tak dapat buktinya, katanya kita gila semua, kerana semangat separuh ada, kerana seronok didalam dunia, seronok bersama nafsu yang ada, jangan lupa Melayunya kita, kita Melayu bijak orangnya, mencari ilmu tak payah belajarnya, hanya jati akan dirinya, tiada Melayu tahu ertinya, Melayu hanya sarung sahaja, sarung akan nafsunya jau, atas budaya dah jadi Arabnya, bukan Melayu yang lembut jiwanya, bukan Melayu yang tinggi budinya, bukan Melayu yang bersopan santunnya, tapi Melayu dah kurang ajar belaka, budaya Melayu hilang taringnya, kerana dipakai jubah yang ada, hingga Melayu tak nampak dirinya, apa yang ada hanya nafsunya, seronok dan bangga akan dirinya, disangka mulia masuk syurga, aduhai manusia bodoh belaka, jangan ingat pandai semua, jika bijak apa tandanya, tanya lah diri Melayukah kita, Melayu layu hilang isinya, hanya bentuk rupa sahaja, kalau ada Melayu berkata, aku Melayu sejati adanya, itu kata timbang beratnya, takut Melayu sarung sahaja, bukan jati seperti dikata, kerana kata pernah berkata, Melayu sejati Melayu sakti adanya, jika hanya otak yang ada, rupa dan cakap Melayu sahaja, belum sampai akannya makna, erti Melayu dahulukala, itulah rahsia Tuhannya kita, pada Melayu berjiwa sama, hanya tunduk akan Tuhannya, menegak kebenaran panji hidupnya, bukan tunduk pada manusia, yang bodoh pengikut nafsu dirinya, walau manis bunyi katanya, awas dia serapi-rapinya, inilah perosak bangsa yang ada, janji diatas kuasa dirinya, sebagai ketua pemimpin agama, atau ketua pembela partinya, ingat akan musuhnya kita, jahil itu sebesar dosa, menjadi berkuasa memerintah manusia, menipu sekelian Melayu adanya, inilah kita menilai bangsa, atas rupa atau ilmunya, bukan ilmu dijana nafsunya, tapi laduni akan asalnya, baru rahsia menjadi nyata, mengenal yang mana Melayu derhaka, kerana itu lembaran rahsia, tiada mudah dapatkannya, lihat akan semu yang ada, ia kuasa sihir hebatnya, mengaku Tuhan dihati manusia, berupa malaikat putih sinarnya, itu maya peracun jiwa, kasih dunia belaian cinta, atas nikmat hidup berkeluarga, bila mati cerai semua, apa yang tinggal hati merana, kerana kasih tingga didunia, seorang mengadap hukum kan tiba, hanya doa pengiring kata, melihat rahsia kini terbuka, itu rahsia benar adanya, kenyataan akan kebenaran hidup kita, selagi masih adanya nyawa, carilah erti rahsianya kaula, tujuh lapis hijab yang ada, sebagai arash tetapnya kita, bila berdiri sama tingginya, bila duduk tak sama rendahnya, carilah dimana manikam bermula, pada tiga tempat duduknya, seperti Khidir dengan siMusa, mengenal rahsia mencari hikmahnya, dilautan dua bertemu tiada, disimpang tiga mula arusnya, itulah bidalan mengambil kata, mengenal rahsia dalam rongganya, ditunjuk terang akan asasnya, tapi tiada tahunya kita, kerana mata memandang dunia, otak yang ada nafsu isinya, jika ditanya tiada jawapnya, kerana siMusapu tertipu jua, bila bertemu tak paham jua, kerana otak malap sentiasa, membunuh budak besar dosanya, kerana itu hukum manusia, tapi rahsia tak kenal sesiapa, jika belot nahas hidup kita, jadi jangan beranganlah kita, ingat kitab lengkap jawapnya, ingat amal dapat tembusnya, ingat zikir dapat bukakannya, ingat-ingat dah tahu semua, kita hidup dalam gelita, tak mungkin dapat rahsia Tuhannya, kerana ia lalu sahaja, tak siapa sedar akan datangnya, selagi kita berjiwa manusia, takkan mungkin paham jalan yang ada, rahsia bukan seperti rupa, dapat dilihat bila dah jumpa, kerana cuba paham tujuhnya, ia kampung singgah hikmahnya, menjadi nyata bila kusyuknya, menjadi bercahaya bila disuluhnya, menjadi syaitan kuat nafsunya, menjadi unsur hidupnya kita, itu kuasa manika yang ada, menjadi rahsia kaula berjasa, tanya pada diri yang ada, membuka rahsia paduka raja, Melayu itu haknya siapa, jika hebat menjadi manusia, mengenal diri hanya sarungnya, bukan ghaib ataupun nyata, walau digunung atau pondoknya, ingat mudah membuka rahsia, jika tiada tahu kuncinya, yang mana hujung akan ilmunya, disitu tempat rahsia terbuka, disitu juga kuasa yang ada, selagi kita rasa sahaja, belum bukti menjadi nyata, jangan disangka terbuka rahsia, sedangkan semu menipu semua, kerana rahsia tetap rahsia, hanya laduni akan lalunya, pembuka simpul akan yang tiga, pembuka hijab akan tujuhnya, baru paham membaca seloka, kerana seloka hanya kiasnya, takkan dapat nampak dimata, kerana nafsu penyuloh otaknya, jika ingat kisah sitanggang, disumpah ibunya sakai orangnya, pahamkah kita bagaimananya ia, datangnya kuasa beserta ibunya, atas alim akan amalnya, atas agama atau jampinya, atau diatas kebenaran yang ada, kerana derhaka akan asalnya, disitu bermula pintu salbinya, mengenal asal janji Tuhannya, membuka rahsia pada Adamnya, dan sekelian anak cucunya, tapi Melayu tak reti apa, kerana Melayu hilang aslinya, jika paham akan kisahnya, kenapa Arab dipuja jua, sedangkan Melayu bangsa pertama, menjadi tanda akan rahsianya, kenapa kita ragu akannya, tak mungkin tembus akan maksudnya, kerana tebal bulu didada, bukan ilmu dari Tuhannya, kerana itu bukan mudahnya, mencari cahaya dikegelapan manusia, selagi tiada tahu akannya, bahawa Melayu itulah rahsia, selagi itu tiada pahamnya, walau seloka panjang berjela, tiada terjumpa akan hikmahnya, jika tahu akannya ia, carilah ia dirimua jua, bukan insan seperti dikata, hanya Melayulah akan benihnya, jika paham baru sempurna, mengenal alam tujuh tubuhnya, tubuh itu bayangan kuasa, menjadi ilmu pada yang tiada, menjadi benar sekelian kata, kata KUN itulah dia, atas terbuka inti rahsia, harap dapat jumpanya kita, sebelum mati datang menjelma, kerana jadi bangkai sahaja, dimamah cacing dan ulat yang ada, kita tetap tiada adanya, hanya resmi memakai nama, hanya serupa bangkai bernyawa, tiada yang ada nafasnya hama, disedut untuk kekal nafsunya, tiada tahu akan jahilnya, kerana amanah Tuhan pada kita, mengenal akan rahsia diriNya, pada kita disuruh carinya, agar selamat perjalanan kita, supaya kita tidak lupa, jika ditanya akhirnya cerita, kita tiada lalai adanya, kerana hidup mendamba rahsia, tetap ingat sampai bila-bila, baru sempurna fitrahnya kita, segala hanya duga sahaja, duga guna mencari rahsia, bukan rahsia itu tiada, hanya pada Melayu tempatnya, jangan kita tiada percaya, baca ayat tak nampak Melayunya, hanya bahasa Arab yang nyata, tapi kisah Melayu jua, susah nak kata kalau dah buta, apa lagi jahil adanya, kerana Melayu tak nampak taringnya, tapi yang lain ambil kesempatannya, itu rahsia dijunjung adanya pada ubun mahkota paduka, mengenal rahsia padma nirupa, ambil akan kenal Tuhannya, nyawa yang ada sia-sia sahaja, kerana tak paham akan jalannya, konon tafakur akan rahsia, tafakur apa kosong isinya, kerana rahsia takkan terbuka, jika Melayu tak kenal dirinya, mengenal akan bungkus rahsia, ia ramuan pembunuh dunia, bagai keris menusuk sukma, tanda diksa kan bermula, memula langkah lam jalallah namanya, 720 akan corak yang ada, membentuk awan-awan rupanya, bagaikan petir lalu isinya, serupa ular tulang belakangnya, serupa ayam 3 telurnya, serupa api air wajahnya, itulah pembuka akan pintunya, kepada mereka yang benar hendaknya, nescaya hancur isi kulitnya, kerana nafsu tiada tempat teduhnya, baru dapat tanggal akan dirinya, dari belengu syahwat dunia, tiada dia merasa kasihnya, pada dunia dah jadi abunya, dia hanya sebatang kara, meniti urat seisi dunia, menjadi lelayang diangkasa Tuhannya, baru ditelan akan rahmatNya, baru kenal akan dirinya, pada peringkat buka pertama, itupun dah pengsan bila terbuka, inikan pula 7 lapisnya, yang mana hendak dibuka akannya, jangan tamak memilih adanya, kerana nafsu tetap adanya, walau wali ada kurangya, sama juga dengan yang lainnya, masih hendak nikmat tubuhnya, apa yang halal ambil semua, selagi nafsu memerlukannya, selagi nafsu dan hanya nafsu jua, tetap diri nafsu itu jua, tiada kira yang mana dia, itu ini pun nafsu jua, kerana itu adanya syurga, untuk sambung nikmat dunia, cuma disana kekal adanya, bersama bidadari menjaga kita, boleh main bila-bila masa, semua muda cantik belaka, ingatlah wahai manusia semua, jika nafsu Tuhannya kita, tetap nafsu jualah kita, ingat dah alim soleh adanya, memohon syurga atas nafsunya, memang benar ini katanya, kenapa beramal tiada upahnya, selagi manusia jahil sahaja, sampai kiamat tak jadi apa, manusia hanya nafsu sahaja, tak kan terbuka ini rahsia, kerana rahsia adanya kita, tempat sorok akan abdinya, siapa paham akan maksudnya, nescaya dapat akan rahsianya, baru tahu Melayu itu apa, inilah rahsia tiada bernama, jika bernama Melayu namanya, jika tahu akan jadinya, pada seloka terang ceritanya, mengenal Melayu dirinya kita, serupa tahu akan rahsiaNya, serupa tahu akan Tuhannya, menjadi apa padanya kita, bukan lidah mengucap adanya, pada Nur bersinar dimata, itu tanda syuhadah kita, atas Nur nyata akanNya, bukti Tuhan padanya kita, sentiasa bersinar dihati kita, tapi buta kita padanya, kerana berat hati memikulnya, akibat ditekan nafsu yang ada, kerana nafsu tak suka Dia, kerana mengajak tinggalkan dunia, bukan tinggal akan nyatanya, tapi hati alih kesana, walau tubuh diatas dunia, hati hanya kepada Dia, jangan salah paham akannya, nanti jadi mubaligh gila, menyeru nafsu kembali adanya, sedangkan nafsu dunia rumahnya, jangan bodoh diri berkata, kerana tak tahu muka malunya, jangan dipujuk nafsu yang ada, hanya akan rugi sentiasa, tiada mahu akan mereka, kebenaran akan Tuhannya, hanya berpura depannya kita, tapi dihati engkar jua, amal hanya menunjuk lakunya, agar tidak dikeji dirinya, bukan amal akan Tuhannya, bukan amal taubat dirinya, tapi makin tebal nafsunya, inilah seloka lembaran yang ada, membuka rahsia pada yang ada, semoga dapat segera tahunya, akan pembuka hikmah Tuhannya, bagi yang ingin mendapat sinarnya, akan rahsia perbuka kedua, menjadi tangga darma mulia, menjadi tempat singgah sentosa, serupa rumpai laut yang ada, menjadi jinak sekelian syahwatnya, menjadi alpa kita dibuatnya, kerana peringkat kedua adanya, mengenal isi akan rupanya, berwajah serupa denda yang ada, serupa lagi nafsu dan jiwanya, bersama didalam nikmat raganya, tiada nampak geliga yang ada, geliga yang ada mengikut rasanya, jika berupa padanya kita, hanya berupa ular berbisa, bertanduk dua dalam kandangnya, menunggu masa membuka rahsia, pada mereka paham isinya, cuba buka ikat yang ada, selagi Melayu tak sampai dirinya, tak sampai makna kepada kita, carilah erti kata seloka, pangkat kedua banyak gegarnya, hingga lupa akan hasratnya, selagi kita lupa akadnya, tak nikah kita sumbang jadinya, paham akan lenggoknya kita, berbicara akan perkara rahsia, dalam kelambu duduk berdua, baru paham geliga yang ada, pada diri terang tandanya, membuka nirupa dalam mayanya, serupa mencari masin garamnya, hanya masin pemisah rasanya, begitulah mengenal pintu kedua, begitu pula tiga yang ada, tempat menggali rahsia yang ada, seperti cahaya dalam geliga, terang merebak seluruh alamnya, bertangan banyak memukau rasa, menjadi tanda pintu ketiga, maka jika kita lihat akannya, serupa mentari terbit barunya, menyinar mata dalam yang ada, jadi kuasa alam batinnya, itulah kita jika bertanya, pintu rahsia pelbagai rupa, ada yang terang nampak mananya, ada yang tiada nampak bayangnya, jika mengintai akan rahsianya, tiada tahu akan nisbahnya, kerana ukur kita manusia, tiada serupa rahsia dirinya, kerana Melayu empunya cara, mengungkai rahsia bersahaja sahaja, bukan terbuka kerana tapanya, bukan teruk hafal jampinya, tapi sedar membawa padanya, sebagai Melayu tak susah mana, kerana rahsia ada ditangannya, tapi Melayu tak pandai dapatkannya, kerana Melayu tak percaya dirinya, kerana Melayu suka nafsu pilihannya, atas apa orang berkata, atas apa dipilih untuknya, bukan pikir angguk sahaja, itulah jadi pilihan hatinya, bukan mencari erti Melayunya, bukan menyedari hakikat Melayunya, tapi cara budaya yang ada, menjadi budak suruhan jua, itulah Melayu dah jadi hamba, bukan pada Tuhan yang esa, tapi kepada Arab yang ada, selagi tiada rasa Melayunya, nescaya bingung membaca seloka, kerana seloka hanya cara Melayunya, bukan cara orang putih yang ada, bukan cara ilmiah dunia, kerana itu Melayu yang ada, jika diri belum sahihnya, jangan terasa ilmu dapatnya, jangan fikir dapat akan pahamnya, berusahalah kepada dirinya, agar Melayunya menjadi nyata, atas seloka jadi kiasnya, kepada mereka ditangga ketiga, membuka rahsia Melayu yang punya, hanya Melayu paham akannya, lihat keliling alamnya kita, nescaya terlihat kunci yang ada, membawa erti hidupnya kita, kerana apa yang ada, hanya bayang akan semuNya, kepada mereka yang telah leka, alpa akan sinar ujiannya, hanya akan tunduk pada lemahnya, kerana doa menuju dunia, jika baik hanya nafsunya, jika jahat itupun nafsunya, jika alim pun nafsu jua, tiada dapat akannya kita, melihat sinar hatinya kita, walau belajar akan hakikatnya, selagi kita tiada Melayunya, hanya angan mendodoi rasa, hanya angan memujuk hatinya, agar percaya diri selamat adanya, selagi berpegang kepercayaannya, nescaya tiada masuk neraka, inilah khayalan diatas dunia, menyuruh manusia tegakkan agama, agama yang ada sandar nafsunya, kerana seronok mengaji akannya, tiada tahu mana pangkalnya, tiada tahu mana hujungnya, hanya yakin atas cerita, bukan dibukti akan benarnya, inilah manusia tipu dirinya, hanya pengecut bangsat sahaja, hanya berani atas cerita, tapi takut mencari benarnya, disangka akalnya merestui dia, tak tau akal binatang sahaja, berkata iman manis dibibirnya, memuji Tuhan diatas lidah sahaja, sedangkan Tuhan itu sungguh nyata, tapi siapa yang percaya, percaya atas kitab dan hadisnya, tiada yang berani menuja hakikatnya, mencari bukti pada dirinya, mencari benar akan ujudnya, hanya disandar akan fikirnya, mengaji diatas huruf dan ayatnya, bukan mengkaji akan ujudnya, mencari bukti hingga adanya, pada diri ada segalanya, bila dikata mustahil jawapnya, tapi kata beriman orangnya, tak percaya setakat lidah sahaja, otak yang ada kotak besi sahaja, kelak mati hilang isinya, itulah manusia dialamnya jua, alam yang gelap tiada cahaya, jangan sangka mudahnya pula, sekadar amal yang ada, tiada akan menjana apa, kerana hati jahil dirinya, disangka amal membawa dirinya, kepada Tuhan yang dipujanya, ingatlah wahai Melayu yang ada, jangan jadi seperti mereka, cari dan kenal akan Tuhan kita, Dia sentiasa ada, bersama kita dimana-mana sahaja, inilah kebenaran tiada berubahnya, setakat ini dapatnya kita, mengenal sedar diri yang ada, ditingkat tiga tak jauh mana, inilah hangat membawa makna, pada raga yang memahaminya, bukan raga hilang dirinya, kerana hangus dibakar nafsunya, apa yang ada sarung berkata, berfikir setakat menjawap dunia, bukan mengadap akan Tuhannya, kerana diri tiada adanya, inilah petua untuk mereka, mengenal rahsia diperingkat ketiga, jangan jadi firaun bodohnya, masih mahu jadi manusia, masih nak ikut akan nafsunya, bukan dia maksudnya kita, tapi mereka serupa dengannya, walau alim hanya fikirnya, tubuh masih jadi saksinya, akan kehendak melengkari nafsunya, hanya yang nampak anak bininya, bukan Tuhan melewati akalnya, itulah rahsia yang ada pada kita, tiada terbuka untuk sesiapa, kerana manusia tak layak tahunya, cukup dengan amal yang ada, yang lain hanya rahsia untuknya, tak perlu tahu tak perlu tanya, manusia tetap jahilnya jua, itu rahsia membawa kita, dari alam kesatu alamnya, mengenal diriNya sebenarnya, bukan diatas kata manusia, Tuhan hanya bayang sahaja, kerana Tuhan tak mungkin buktinya ada, diatas alam ciptaanNya, itu hanya semu sahaja, menipu mata nafsu sahaja, kebesaran ilahi tiada disana, pada kita jua terangnya, apa ada pada alamnya, hanya kilauan imbasan nafsu sahaja, tiada bukti agung diriNya, itulah ibarat Ibrahim mencari Tuhannya, tiada berjumpa akan buktinya, hanya secantik alam tiada gunanya, kalau ia, dah lama Ibrahim jumpa, akan Tuhannya disana, tapi dimanakah dapat Tuhannya, apabila beralih pada dirinya, pada hati dan rahsia hatinya, hanya pada manusia sahaja, amat jelas akan buktinya, tapi manusia tiada percaya, kerana itu tiada gunanya, memperkenal rahsia pada dirinya, kerana tak mungkin paham akannya, hati ada batu sahaja, begitulah akan tempat ketiga, baru tiga dah kabur akalnya, inikan pula mengenal empatnya, pada hati akan sirNya, ini hanya tempat pilihannya, membuka rahsia empat ini adanya, seperti membuka pintu syurga yang ada, kerana amat susah untuk kita, selagi nafsu menjadi rajanya, kerana itu empat ini bahagia namanya, atas nafsu yang tunduk akan Tuhannya, bukan nafsu menunggang manusia, bukan manusia hamba nafsunya, inilah syarat mengenal empatnya, empat muka empat sifatnya, menjadi kota akan tahtanya, menyinari dialam daimnya, hanya terbuka pada pilihannya, tiada menjadi suatu yang rahsia, jika mengetahui akan jalannya, tapi bagi manusia, tiada mungkin tahu rahsianya, kerana terbukti dalam sejarahnya, manusia hanya berpura akan Tuhannya, tiada nampak walau tahunya, tetap berdalil akan nafsunya, tak mahu akur akan tunjuk yang ada, hendak tunjuk dari nafsunya jua, inilah empat rahsia berada, pada muka menghala wujudnya, dimana kau sua disitu wajahNya, ini rahsia empat yang ada, memberi erti akan nasibnya manusia, diatas dunia mencari cahaya, cahaya ilahi pedoman didunia, siapa yang tahu rahsia terbuka, nescaya sakratul menyinar rahsianya, ini tempat manusia bahagia, menjadi getar iman di dada, menjadi sir akan tubuhnya, menjadi tenang sekelian anggota, bila rahsia kenal dirinya, menjadi dia akan salamya, seperti masuk syurga ilahinya, sebagai bukti tamat jalannya, singgah sebentar penat didunia, agar terus ke alam makrifatnya, inilah ibarat tempat yang ada, empat tempat memilih rasa, rasa yang ada sebagai tunjuk jalannya, sebagai ilmu ilham pada kita, bagai empat kelopak yang ada, duabelas atas lapan dibawahnya, itulah pintu asma’ adamnya, menjadi zikir akan sirnya, menjadi cahaya akan kalbunya, terpancar hebat seluruh alamnya, menjadi gemilang menutup nafsunya, hingga hancur tiada bekasnya, jika paham jalan yang empatnya, nescaya paham akan jalan perkenalannya, atas dirinya tanda yang nyata, bukti Tuhan itu ada, bukan diatas pelajaran dunianya, mengenal Tuhan atas alam yang ada, tiada akan berjumpa kita, seperti Ibrahim mencari Tuhannya, hanya pada dirinya jua, tempat bertemu akan hakikatnya, maka empat ini rahsia sahabatnya, kepada mereka yang cuba bukanya, tanpa tahu akan kuncinya, nescaya terbakar akan dirinya, maka awas mereka yang jahil dirinya, jangan sangka iman dah tebal adanya, perasan nak masuk syurga Tuhanya, itu hanya angan sahaja, hanya lipur dihati yang duka, kerana mati ketanah jua, bagi manusia itu sahaja, tapi mereka yang Melayu dirinya,ini satu peluang yang ada, mendapatkan bukti akan Tuhannya, menjadi satu seronok hatinya, mengenal Tuhan akan jalannya, diatas budaya Melayu yang hebat dirinya, tiada takut akan sesiapa, hanya penegak kebenaran yang ada, jika paham wahai yang ada, Melayu itu serupa kembarnya, menjadi silau akan rahsianya, menjadi tempat ujud kalamnya, mengatakan rahsia pada kekasihnya, serupa intan dengan kilaunya, membentuk rahsia menjadi manusia, diatas Melayu jua alamnya, diatas Melayu jua kalamnya, diatas Melayu jua akan rahsianya, terpendam dalam sanubarinya, bukan sekadar nafsu yang berkata, diatas alim serban dan janggutnya, hanya sukma yang sesat pahamnya, hanya diri yang tak nampak akan Tuhannya, hanya bermimpi alamat baiknya, itu sangka jiwa yang ada, tapi mimpi hanya mimpi jua, tiada akan menjadi apa, selagi diri belum Melayunya, selagi itu ianya rahsia, rahsia itu khazanah akan ilmunya,membawa kenal yang empat jua, supaya kita pahamkan segera, bahawaTuhan itu ada, bersama kita selamanya, tapi jangan mudah padanya, memahami simbol aksara rahsia, hanya semu dimata kita, bagi mereka yang masih manusia, tak mungkin lengkap akan pengenalannya, tak mungkin paham jalan cerita, kerana yang ada pandai membaca, pandai hafal tafsirannya jua, tiada tahu akan gunakannya, kerana diri dah hilang aslinya, diri dah jadi teritip nafsunya, serupa gelap dalam terangnya, kerana empat banyak rahsianya, berupa pelbagai sinar akannya, sinar yang mabuk jadinya kita, kerana iman goyang sahaja, hati ada berdebu jua, dah jadi kubur berpalang pula, buka ayat tulisan kita, ayat Melayu berbentuk selolka, tapi ayat yang tak paham makna, bila ditafsir baru dapatnya, inilah empat cerita yang ada, bagai istana diatas air malanya, tempat nyata perintah alamnya, tempat kita ambil tarikatnya, tempat manusia jumpa akan pintunya, pintu rahsia membuka kalbunya, jadi buta sekelian melihatnya, hilang dunia, akhirat sahaja, tapi kita tak mampu jua, kerana Melayu dah fasik jua, tiada mahu mengaku Melayunya, malu bila dia berkata, kerana bunyi Arabnya tiada, asalkan boleh kita ikutkan dia, baru alim kerana terang Arabnya, bukan hati tak memilih bahasanya, kerana Tuhan itu Arab untuk kita, bukan Tuhan yang memiliki segala bahasa, memahami apa bahasa jua, sedangkan manusia bangga adanya, kerana dia pandai berkata-kata, lebih mulia dari Tuhannya, kerana nafsu menyuruh dia, sombong dengan agama dirinya, lebih mulia dari sekelian yang ada, itulah manusia neraka tempatnya, bukan syurga jadi tujunya, tapi angan kesana hendaknya, tapi itu sangkanya sahaja, akhirnya neraka jualah perginya, disana duduk bodoh sahaja, ada otak simpan dikoceknya, ada mata simpan dalam begnya, ada hati masuk peti ais sahaja, itulah kita kiasnya jua, ada rahsia tiada gunanya, jika dibuka sia-sia sahaja, Melayu yang ada dah layu jua, kerana hilang akan jatinya, sudah ditelan perubahan masa, ditelan budaya asing adanya, kini Melayu nama sahaja, itupun bin Arab jua, mana Melayu yang jati dirinya, pada kita tetap adanya, tapi tak mahu tahu rahsianya, itulah sebab empat susahnya, kerana itu sumber kuasanya, disitu tempat pintu padanya, menembus kalbi sir akan sirnya, mengenal empat tamat jalan manusia, mengenal lima mula makam ketuhanannya, kerana ia kaitannya sama, satu mula satu awalnya, dimana bermula disitu akhirnya, memahami empat tanpa yang lima, ibarat ada bayang sahaja, kerana kuasa tiada diempatnya, itu hanya sungai mengalir dibawahnya, pahamkan yang ada semua, sungai empat cabangnya jua, ditempat rahsia mula menjelma, menjadi kuasa akan diri kita, menjalankan urusan diatas dunia, dialah wazir menunjuk khidmatnya, kepada sesiapa yang tahu rahsianya, kepada yang bijak memahami ayatnya, bukan sekadar tenteram jiwanya, itu hanya nafsu yang lemah jua, kerana tak tahan sinar sirnya, apa maksud tersirat disana, pada empat undi posnya jua, tapi tak sampai pada kita, kerana dicuri nafsu yang ada, itulah tanda kita dah lupa, akan asal alam jadinya, disangka ia beru sahaja, tak tau berjuta tahun sudahnya, Melayu itulah wangsa pertama, bernama Adam rahsia dirinya, tapi kita takkan percaya, kerana Arab dah konker semua, semuanya Arab dan tiada bangsa yang lain kononnya, itulah bodoh Melayu yang ada, ada otak tak pakai jua, simpan buat pais dan budu sahaja, bila disoal tahu jawapnya, jawap hasil perah nafsunya, bukan akal yang mencari benarnya, kenapa sampai begini jadinya, Melayu sudah hilang panduannya, Melayu hilang tiada arahnya, seperti empat arah yang ada, membawa kita ke gerbang nikmatnya, jika paham mana tujunya, baru dapat rahsia arahnya, menuju satu atau banyaknya, pilihlah jika pahamakan maksudnya, jika mencari akan pusatnya, ada pada pula yang lima, kerana itu mula asalnya, menjadi mata air syurganya, tempat mula sekelian kuasa, tempat nyata sekelian suara, tempat kita ambil umrahnya, harus peka katanya kita, kias ini berbentuk seloka , sebagai lembaran nyata rahsia, supaya dapat akan hikmahnya, baru Melayu jati dirinya, mengenal Tuhan pada tandanya, jadi kita sebagai khalifahnya, bukan menjadi hamba nafsunya, bukan menjadi kelabu matanya, bukan menjadi batu hatinya, bukan jadi pak tongong pula, hanya angguk apa orang kata, ingat Melayu tak perlu diajar, Melayu dah lama bertuhan adanya, beribu tahun diatas dunia, tapi Melayu bijak adanya, menyembunyi rahsia dalam dirinya, sebagai khazanah bekalan dunia, untuk anak cucu diguna pula, sebagai petunjuk berkelana dia, diatas tugas menyelamat manusia, dari sesat nafsu dirinya, dari hanyut dialam mayanya, kerana manusia lupa Tuhannya, jadilah berok berupa manusia, jadi ungka dikalangan manusia, tiada tahu akan asalnya, dari mana datangnya dia, dari mana jadinya dia, bukan semua tertulis adanya, hanya mitos jadi ceritanya, kerana Melayu dah tiada ada jua, hanya tubuh dan rupa sahaja, nama tiada Arabnya jua, itulah Melayu hanyut terus dimamah masa, makin pudar tiada bekasnya, jangan kita begitu pula adanya, semoga kita tak sesat jadinya, kerana itu seloka ada, seloka sebagai seruan kita, agar Melayu kembali ada, menegak kebenaran diatas dunia, bukan perjuangan diatas nafsunya, tapi kebenaran HAQ Tuhan kita, menjadikan alam sebagai jajahnya, memerintah alam adil adanya, kepada makhluk serupa rakyatnya, dan Dia sebagai Rajanya, itulah Melayu jika nak tahu adanya, selagi Melayu mesti beraja, Raja itu tahtanya lima, tempat titah menjadi nyata, pada kuasa empat cabangnya, Dia hanya duduk sahaja, atas titah jadi segalanya, itu menjadi suralokanya, akan yana ilmu akannya, menjadi perintah untuk manusia, agar ikut gerak Tuhannya, bukan gerak dari nafsunya, hanya solat berpura-pura, tapi solat jati geraknya, merasai kehadiran akan Tuhannya, baru sempurna makrifat kita, sempurna adanya ibadat dengannya, baru dapat rahsia terbuka, baru tahu erti solatnya, jika kita tiada daptnya, solat hanya kewajipan sahaja, bukan atas cinta membara, kepada khalik asalnya kita, hanya musibah atas kita, kerena menyembah nafsunya jua, buka kearah Tuhannya kita, kerana tiada tahu jalannya, jangan marah jika membaca, memang ini hakikat akannya, jika kita tiada tahunya, kita beramal nafsu Tuhannya, bukan dia jadi tujunya, tapi nafsu berupa Tuhannya, ingat dah sampai akan ajalannya, jalan mana nafsu sahaja, jika nak tahu rahsia yang lima, bunuhlah nafsu tinggalkan dunia, baru paham mana benarnya, baru nampak tertipu dirinya, atas percaya apa orang kata, bukan mencari bukti untuk dirinya, tapi malas hendak akannya, kerana nafsu cukup sebagai Tuhannya, tak perlu paham tak perlu carinya, apa yang senang tak perlu sakit kepala, begitulah rahsia pintu kelima, akhirnya cahaya menuju otaknya, pelbagai warna menuju pahamnya, akan sinaran kalbu membuka, akan rahsia dipangkal otaknya, menjadi rasa merasa akannya, embun ketuhanan halwa yang ada, menjadi tanda ia terbuka, kasyaf rasa segala alammya, dalam bentuk pelbagai rasanya, menyatu akan hakikat padanya, memberi paham sekelian akalnya, bahawa dia tiada ada, tiada tuan akan pakainya, hanya sembahan untuk dirinya, bukan akhir paham yang ada, hanya menjana ilham padanya, mengenal akan hakikat rasa, itu ilmu amat dalamnya, tiada yang sampai jika butanya, pada rasa nafsu beraja, tiada terbuka akan makamnya, jika Melayunya masih alpa, akan rasa membawa binasa, akan rasa rindu akanNya, dalam rasa ujud rahsianya, semuanya ada kerana rasaa, tanpa rasa nafsupun tak berguna, itulah pangkal akan rahsia, mengenal Tuhan dalam hadirnya, jika tiada tahu akannya, maka rugi yang amat masa hidupnya, hanya rasa makanan dunia, tiada terasa nikmat Tuhannya, jika paham akan katanya, nescaya tahu rahsia kelima, itulah kuasa kalam KUNnya, jika mengerti apa ertinya, jika bicara tiada hikmahnya, semuanya kaku tiada bermaya, tiada yang jadi sekelian doanya, kerana doa nafsunya jua, bukan jampi pembuka simpulnya, bukan kunci pembuka saktinya, inilah rasa pembina kalamnya, pada kata yang berjanji setia, pada kata yang buruk padahnya, pada kata ia sentiasa, pada kata tahu akan rasanya, pada rasa jualah rahsia, bukti akan bukti dirinya, kerana Tuhan hadir sentiasa, tiada nampak padanya mata, tapi pada hati yang merasa, bukan hati tunggangan nafsunya, hanya nak rasa sedap tubuhnya, bukan rasa diluar sahaja, tapi rasa didalam rasa, rasa halus sukma menuja, rasa peka dalam akalnya, merasa akan hadir Tuhannya, itulah syarat membuka ia, akan pintu rahsia kelima, semoga dapat mereka akannya, kalau paham jadilah ia, itulah isyarat kepada mereka, yang hilang rasa menjadi rasa, rasa nikmat akan Tuhannya, atas pengetahuan hadir diriNya, pada kita terang dan nyata, akan bukti kehadiran Dia, tapi kita masih tak percaya, kerana nafsu selindung rasa, rasa yang ada dengki sahaja, atau syahwat menuja dirinya, bukan rasa memberi imannnya, tapi rasa sebagai manusia, tiada terbuka akan rahsia, selagi selubung nafsu rasanya, bukan rasa patinya kita, menjadi tempat nyata ujudnya, kerana rasa hujahnya tiada, hanya bukti atas dirinya, ini lembaran pembuka rahsia, untuk anak cucu Melayu sahaja, yang dapat erti akan selokanya, kerana mengenal Tuhan dalam Arabnya, tiada ketemu akanya dia, hanya Tuhan tiada bentuknya,tiada serupa akannya Dia, dengan sesiapa atau apa jua, haruslah paham erti rahsia, bukan mainan manusia nafsu dia, ini ajaran pembuka akan hikmahnya, kepada mereka yang bijaksana, mengenal mana isi kulitnya, mengenal mana islam luar sahaja, banyak tapi sedikit yang ada, apatah lagi ditahap kelima, hanya menunggu tak tiba jua, akan piala kemenangan manusia, tiada yang dapat akan hadiahnya jua, hanya sumpahan akan dirinya, kerana gagal memanusiakan nafsunya, hanya menjadi sarung akannya, dia tiada yang ada nafsunya jua, itulah rupa manusia yang ada, hanya bayang kan pergi jua, ibarat senja sementara sahaja, begitulah kelima akan pergi jua, menuju keenam tempat akhirnya, menanti akan tukar sarungnya, dari rasa tahu patinya pula, bagi mereka yang paham jalan kesana, pasti tahu apa bendanya, disana tenggelam matahari malam, tiada lagi akan menjelma, tiada nafsu dapat kesana, kerana sampai matilah dia, hanya mereka yang tukar sarungnya, dari tidak menjadi kekalnya, baru faham fuad dimana, dari empat terus keenam jua, mata hakiki fuad itu jua, tempat melihat akan ilmunya, bukan nafsu dihati manusia, berupa malaikat tapi iblis jua, jangan ingat tak takut hatinya, belum tentu benar akan agamanya, selagi nafsu bermaharajalela, tetap jadi bangkai bernyawa, tetap jadi insan derhaka, tetap tak jadi Melayunya, baru kita paham asalnya, yang mana iman dikata orangnya, yang ada hanya saka nafsunya, menyamar sebagai dirinya jua, jadi dengar sekelian yang ada, dari kelima itu kembangnya, kuncup diatas enam kiranya, kelima nyata awan birunya, keenam nyata hampir malamnya, jika dilihat lima yang ada, serupa budak menangis sahaja, manja dia menghukum dirinya, kerana kalam milik akannya, jika kita berkata dengannya, jangan dilalu atas nafsu kita, kerana manusia, tetap jahil jua, tiada tahu akan Tuhannya, kerana nafsu pelindung agamanya, bukan Tuhan tempat teduhnya, bukan mencari kebenaran dirinya, tapi suka dengar kata manusia, jika alim nam[pak dimata, segera bertanya akan Tuhannya, alim apa jahil semata, dia pun masih dalam neraka, hanya tiada bau akannya, kerana hidung disumbat parfum nafsunya, itulah jangan mudah menyangka, nampak yang lawa ia semua, nampak alimnya ikut segala, sudah resmi Melayu yang ada, pak sanggup semua yang ada, menanggung hutang piutang nafsunya, bila mati tahulah dia, jangan kita menjadi akannya, seperti mengaji kenal huruf sahaja, tiada paham apa bacanya, asalkan sedap betul tajwidnya, bukan memahami rahsia Tuahannya, atas ayat diturun kedunia, kerana Tuhan tak suruh mengajinya, tapi disuruh mengkajinya, tapi nafsu tak nampak pula, hanya sedap merdu suara, mendayu-dayu memujuk nafsunya, atas tajwid nafsu bagi markahnya, kerana seronok nafsu mendengarnya, bukan mendapat hikmah pengajarannya, bukan hendakkan apa isinya, tapi kulit dipuja-pujanya, kerana manusia nafsu jua, mati ketanah akhirnya, apa nak dikira bodoh pandainya, kita mati jadi tanah jua, selagi ada nafsu padanya, bak kita bersuka-suka, mati tetap tak dapat apa, kerana baca bukan isinya, tapi baca akan tajwidnya, itulah jika tahu rahsia enamnya, kerana lengkap petala yang ada, asal manusia ayat penyata, akan wahyu Tuhan didunia, kerana tak nampat didepan mata, siapa yang tahu bila matinya, itulah manusia tahfiz akannya, supaya dapat berkata dalam kuburnya, pakai ayant Tuhan yang ada, semoga tidak dipukul malaikatnya, bukan mencari dan hafal hikmahnya, mencari menggali akan rahsianya, supaya kita selamat adanya, dapat tahu akan rahsianya, ini tiada peduli akannya, kerana tak masuk akal katanya, mana mungkin manusia tahunya, hanya tahu nahu Arabnya, bukan rahsia sebagai permata, dalam ayatnya dapatkan kita, semoga terang hidup didunia, supaya paham mana benarnya, kerana itu enam yang ada, amat hebat peri ceritanya, nak buat apa berikan jua, selagi manusia tetap nafsunya, disitu cabang berbayang dua, tiga tenggelam dibelakangnya, terpancar akan mani manusia, sebagi tempat mengambil rupa, benih pramana ikatan mesra, antara kita dengan pencipta, itulah tetap ayahnya kita, kasihnya sepanjang jalan hidup kita, mana yang rasa tahu jawapnya , harap tahu akan ertinya, bukan semudah membuka kuncinya, selagi bahasa manusia yang ada, tak mugkin terbuka pancaran suria, kerana tenggelam tiada makna, hanya musafir yang berkelana, dicabang dua disimpang tiga, disitu jadi kembang berdua, kembarnya sama jantan betina, kelopaknya sama cerah purnama, tempat yang arif menghukum dunia, tempat kitab dibuka ertinya, memberi paham sida yang ada, mengenal Tuhan pada dirinya, mengenal sungguh akan buktinya, jangan jadi seperti nafsunya, tiada akan percaya apa, kerana iman mainan mulutnya, bukan hati yang fana dunia, selagi kita bernama manusia, selagi itu duduk bawahnya, hidup hanya sandiwara sahaja, bukan takut akan Tuhannya, kerana janji telah dilupa, saat asal dahulu kala, disini tempat enam rahsia, tempat sumpah akan Tuhannya, menjadi nyata jika sungguhnya, melihat alam seluas-luasnya, baru kita nampak hakikatnya, bahawa kita bayang sahaja, tiada nyata akan hakikatnya, hanya menumpang rahsia keenamnya, jika paham adillah kita, baru sungguh mujahadahnya dia, baru paham akan cintanya, pada purnama akan tujunya, baru mengerti sekelian Melayunya, baru tahu mana esanya, pada dirinya semu sahaja, tiada pernah ujud adanya, hanya diatas bayang Tuhannya, sebagai tempat insan tercipta, menjadi rupa akan geraknay tempat gerak jatuh bertimpa, tempat asal balik wal asalnya, tempat cantum bindu namanya, tempat pulih anggota batinnya, maka siap akan rahsia, menjadi pesada hidup manusia, menjadi tahu mana yang sampainya, menjadi bukti tahu Tuhannya, itulah enam pembuka sampulnya, diatas hujung tujuh petala, seribu makna seribu warnanya, jadi ghaib akan segala, jadi nyata akan Tuhannya, baru sangkala meniup nafirinya, tanda kiamat dah tiba masanya, bari mereka redha Tuhannya, nescaya tenang akan hatinya, jika tidak gementar tubuhnya, kerana sangkala jadi gelap alamnya, siapa sampai tanpa sucinya, siapa mencuri tiba disana, dalam nafsu kosa dirinya, nescaya mati sert-merta, kerana nafsu tiada dayanya, kerana manusia bukan itu tempatnya, hanya yang kekal dalam imannya, kekal bersama bukti Tuhannya, maka moksa akan tubuhnya, jadi ghaib akan ujudnya, hanya selimut akan doanya, menjadi fakir sekelian dunia, tiada apa nampak disana, hanya kegelapan menyalut rahsia, tiada yang tahu dirinya dimana, kerana masa tiada tandanya, hanya rela mati akannya, atas nafsu yang amat durjana, selagi manusia itulah kita, takkan paham ini rahsia, kerana jalan ini adanya, khusus untuk Melayu yang ada, bukan semua dapat bacanya, bukan semua paham akannya, bukan semua tahu jawapnya, bukan semua direstuinya, maka sekelian Melayu yang ada, begini cerita membuka rahsia, atas lembaran tersorok adanya, tapi terang jelas dan nyata, semoga dapat ilham erita, padanya, mencari kunci dalam seloka, memang tak mudah dalam cerita, mengenal Tuhan pada dirinya kita, tiada siapa akan percaya, kerana nafsu selubung dirinya, jika kita benar Melayunya, nescaya dapat akan maksudnya, ketujuh itu penghujung kepalanya, tempat dipegang selama hidupnya, mereka yang paham tuju rahsia, mengerti ini caranya kita, sembunyi kata dalam ayatnya, sembunyi rahsia dalam terangnya, mereka yang paham nescaya berjaya, dengan syarat Melayu dirinya, bukan yang lain ganti dirinya, tiada akan kesampaian jua, maka ini akhir seloka, tempat lembaran membuka rahsia, jika kita betul hendaknya, jadilah Melayu sebenar-benarnya, baru dapat isi maknanya, baru paham ia kenapa, baru ketujuh gulung tikarnya, kerana lembaran berakhir adanya, itulah lembaran rahsia namanya, sebagai tata untuk bicara, mengenal diri dialam abdinya, mengenal huruf tiada rupanya, mengenal niat sebeum ujudnya, mengenal tahu sebelum tahunya, mengenal diri sejak azalinya, mengenal akan pati Tuhannya, menjadi AKU pada manusia, menjadi hayat hidup didunia, menjadi rahsia bernama manusia.

No comments:

Post a Comment