melayu.......

MELAYU ITU BUKAN RUPA, BUKAN KULIT, DAN BUKAN ORANG....

MELAYU ITU ALAM, DUNIA, PEMIKIRAN KETUHANAN....

MELAYU ITU... BUDAYA YANG MEMERINTAH

Tuesday, August 14, 2012

SELOKA MELAYU (14) SALATUL MAKATUL

14. SELOKA MELAYU SALATUL MAKATUL Ini seloka panduannya kita, mencari mula nyata alamnya, dari asal akan jadinya, mulacipta rupa nyatanya, inilah bidalan mencarek ilmunya, kalam dari ghaib yang ada, ibarat huruf titik sahaja, belum titik ghaib bulatnya, katakan mualim sahabat setia, mana tanda jadinya ia, tanda jadi bukannya kita, bukan rahsia nyata isinya, pada mana letak akan ibunya, adakah dapat diketahui kita, dapat diraih dek akal kita, datang ilmu kepadanya kita, dapat dipaham olehnya kita, andai nyata padanya mata, dapatkah dilihat olehnya kita, selagi hati belum kasyafnya, selagi tarikat baru lidahnya, selagi hendak masih nafsunya, hanya suaan andaian kita, belum benar akan nya ia, kerana tiada ada di dunia manusia, akan ilmu sebegini rupa, maka ini kata billah adanya, mencari bukti akannya ia, ada tersurat dilangit akbarnya, bersinar bagaikan tursina, namum belum dikalam sesiapa, itu sastra akan Tuhannya, tiada tertulis tiada bentuknya, namun pasti adanya ia, kerana tanpanya tiadalah cerita, namun ghaib ujudnya ia, inilah kitab yang terkarang sendirinya, menjadi kitab tiada hurufnya, bukan kitab tulisan manusia, kitab astabul hikayat tajjalinya, nyata hanya dipurnama kambula, halus bercahaya rupanya ia, menyinari akan rahsia diriNya, tiada nyata pada manusia, kerana manusia buta hakikat dirinya, kerana manusia pikir sahaja, tiada akal nuriman sadaka, belum jadi ia wahyunya, kerana wahyu hendakkan jibrailnya, sedangkan jibrail belum menerimanya, kerana akal tiada dayanya, kerana jibrail tiada memahaminya, kerana tiada yang ada mengajarnya, bukan jua bingkisan rasa, kerana rasa masih tiada, hanya cipta di hening sentiasa, mabuk dalam kekosongannya, bukan kata orang bicara, kerana bicara tiada suaranya, tiada papan akan kalamnya, bukan sajak nukilan cinta, bukan gurindam nyanyian nak dara, bukan wangi pandan harumnya, bukan iktisas akan katanya, bukan jua sangkaan jiwa, ini seloka membuka nusa, nusa bernama salatul adanya, salatul makatul itu jadinya, akan kalam empunya zatnya, sebagai sastra melayu selokanya, sebagai kajian sahabat yang ada, membicara raga dalam geraknya, menjadi rasa ini zatnya, jangan kita cepat akannya, memahami gerak atas ayatnya, kerana manusia bukan nya ada, hanya bentuk diatas rupanya, mengertilah wahai sahabat mulia, salatul makatul jadi seloka, asal menilik dirinya kita, asal mengaji usulnya kita, asal mencari jawab soalnya, asal mengaji hakikatnya kita, baru benar akan jalannya, menuju Tuhan ada adatnya, tiada sampai akannya kita, jika gerak belumlah ada, kerana tirai belum terbuka, kerana langit tujuhpun tiada, mana awal sahabat mulia, jika kita bawahpun tiada, bulat tiada memberi seginya, segi memberi lakaran buminya, bukan manusia mengenal dirinya, hanya akal akan tempatnya, menyata gerak itu sahaja, membawa kita kealam ilahiNya, kerana asal kita tiada, dimana sahaja hanyalah Dia, dengar sahabat seloka ini adanya, sebagai renungannya kita, agar tiada alpanya kita, mencari benih pokoknya tiada, bagaimana hendak asalnya kita, tiada ketahuan mula akannya, kerana Tuhan tiada isbatnya, hanya manusia bayang hadirnya, bukan kita mencari syurga, tapi rahmat akan laluannya, baru sempurna mengaji adanya, asalku tiada selama-lamanya, kalau kita asyik dunia, hanya rasa menimpa raga, kelak gerak tiada bermaya, kerana nafsu jadinya ia, inilah ajaran sahabat mulia, ikutnya resam paranya siddha, asal melayu bijaksananya, mengenalkan ilmun tiada tulisnya, pada hati jadi papan tandanya, bukan pikir yang hina alamnya, hanya nafsu jadi kuasanya, inilah ibarat sahabat yang ada, rasa Melayu tiada bolehnya, rasa Melayu hanya sakit yang ada, sedangkan kita dulu amat mulia, dianugerah Tuhan pelbagai saktinya, kini hilang tiada buktinya, kerana Melayu tiada percaya, akan ilmu miliknya kita, jauh hebat dari manusia yang ada, Melayu sudah lama diatas dunia, kita pencetus tamadun yang ada, dari awal wangsa pertama, memiliki ilmu terus dari Tuhannya, tiada melalui pikir yang ada, tapi hati yang tajam tiliknya, tembus akan tujuh petala, tiada belajar tahu serta-merta, inilah Melayu hebat caranya, mencari rahsia alam Tuhannya, kerana Melayu itu bukan orang adanya, bukan rupa dan bukan bangsanya, tapi alam dunia pemikiran ketuhanannya, budaya yang memerintah itulah dia, wassalama adama wassalama azama, asalnya kita mulanya tiada namun nyata pada Melayunya, inilah bukti wahai sahabat dengarkan ia, selagi kita masih Melayunya, pasti dapat kita akan segalanya, pusaka Melayu beribu hikmahnya, kaya dengan ilmu ketuhanannya, jika kita mahu menerimanya, jika kita akur akan Tuhannya kita, selagi nafsu bukan sarungnya kita, tapi cahaya tiada puncanya, tiada hujung tiada pangkalnya, suci diri suci hatinya, jauh dari khianat dunia, amatilah ini sselokanya kita, salatul makatul dikalam paduka, untuk Melayu yang ada didunia, mengajar akan rahsia Tuhannya, pada Melayu jadi kalam careknya, bukan jadi rebutan nafsu durjana, tapi akal yang sudah dewasanya, sudah mengenal akan hakikat dirinya, sudah tua akan umurnya, sudah letih dalam kelananya, sudah paham erti agamanya, sudah kenal akan Melayu sebenarnya, barulah terbuka hikmah akannya, barulah boleh mengaji akannya ia, kerana zat itu bukan ilmunya, hanya sifat bacaan manusia, zat itu tiadalah nyata diakalnya kita, kerana ghaib itu nyata pada akal kita, menjadi bayang pikir yang ada, ibarat gelap dimalam hari adanya, kerana matahari tiada cahayanya, hanya purnama tempat nyatanya, cahaya salbi adam aknawinya, purnama sembrana manikam akan jadinya, hiasan ilmu untuk nafsunya, bukan kebenaran yang ada ketentuannya, hakikat akan zat menjelma, menjadi mabuk sekelian manusia, tiada dapat menahan akan sumpahnya, kerana manusia tiada mahu akan Tuhannya, hanya hendak nafsu yang ada, itulah dikatakan manusia tempat akan Tuhannya, kerana tiada terbeza intan dan kaca, hanya imbasan rasa menuja, tiada ada hakikatnya jua, mengaji kita akan ilmuNya, hanya dapat ayat sahaja, bukan hikmah pengertian sebenarnya, kerana manusia taksub akan nafsunya, disangka itulah Tuhan pencipta yang ada, sedangkan Tuhan bukannya nyata, pada manusia hanya bicara, bukan bukti ada dirinya, asal lengkap akan amalnya, asal cukup shariatnya ia, asal dilihat oleh manusia, maka cukuplah pada pikirnya, adakah itu secukup tanda lengkapnya, sedangkan ilmu itu dalam adanya, sekadar mengenal permukaaan yang ada, manakan dapat akan isinya, hikmah itu tiada nyata padanya kita, selagi ayat hanya bermain dimata, belum tembus akan hatinya, kerana nafsu lapik dirinya, bukan makrifat cahaya akannya, tapi nafsu jadi rajanya, itulah kita sahabat mulia, selagi tiada rahmat Tuhannya kita, selagi itu segalanya racun pada kita, racun nafsu menusuk jiwa, mengikat kita ditiang neraka, tiada terasa akan bahangnya, kerana nafsu itulah tempatnya, bukan manusia berakal adanya, meniliti akan sempadan dirinya, yang mana bathil yang mana benar adanya, yang mana ketuhanannya, yang mana kemanusiaannya, haruslah kita tahu akan bezanya, kerana zat itu bukan sifatnya, kerana zat itu patinya sifat, bukan sifat 20 adanya, kerana 20 terlalu sedikit adanya, sedangkan Tuhan itu tiada ada bilangannya, hanya pikir manusia yang dungu merasakan dirinya hebat adanya, mengenal Tuhan atas 20 sifatnya, serasa sudah tahu akan segalanya, pada Tuhan tiada bilang yang ada, Dia tiada mula dan tiada akhirnya, mengikut akal tiada tahu jumlah semuanya, kerana pendak pikirnya kita, mengata 20 cukup adanya, itu sifat hanya mirip manusia, bukan diganding akan sifat Tuhannya, mengapa manusia rasanya begitu, sifat Tuhan hampir sama dengan dirinya, bukankah Tuhan itu tiada apa yang serupa denganNya, jika melihat ia bukan sifat rupanya, tapi kuasa melihat akannya, penglihatan yang tiada bahasa akannya, tapi manusia kata melihatlah Tuhan kita, sedangkan maksudnya bukan itu adanya, kerana penglihatan Tuhan itu tiada serupa manusia, tiada tertakrif akannya kita, mengapa masih manusia itu jua hendaknya, melihat itu bukan khayal manusia, pada pikir bijak rasanya, pada ilmu paham dah dia, sedangkan itu dongengan manusia, mengata akan Tuhannya, seperti Tuhan serupa manusia, tiada patut manusia itu adanya, mengkaji Tuhan dengan pikir yang ada, kerana pikir itu waham sentiasa, hanya nafsu itu kuasanya, sepatutnya kita lebih berhati adanya, mengata sesuatu bukan haknya kita, kerana zat itu tiada ada padanya kita, selagi manusia itu tiada mahu akan hakikatnya, pahamlah sahabat mulia, bukan berkata ini mencabar sesiapa, tetapi tahu kita manusia tiada upaya, mengaji Tuhan tiada kenal diri kita, hanya sesat selamanya yang ada, tahulah sahabat akan erti akannya, “yang melihat itu tiada, yang dilihat itu tiada” fahamilah ia sungguh-sungguh adanya, akan erti kata yang ada, daptkah terungkap akan rahsianya, bahawa manusia itu hanya nafsu semata-mata, melihat katanya walau tiada ada padanya, hanya yang dilihat itu benar adanya, pahamkah sahabat akan maksudnya, akan zat tiada perinya, hanya sifat akan kajinya, itulah kuasa akan diriNya, mengertilah manusia selagi didunia, tiada apa yang benar adannya, hanya kafir nafsu dimana-mana, lihatlah dengan penglihatan bukan mata katanya kita, mata melihat diatas nafsu sahaja, penglihatan itu kuasa ilahi yang ada, hanya berguna pada yang paham akannya, yang arif akan Tuhannya, yang sudah Insan kamil dirinya, barulah paham zatnya Tuhan kita itu, terang pada akal yang terpilih sahaja, bukan seluruh manusia yang ada, itu semu mainan shaitan sahaja, hanya manusia yang bodoh tak mahu mengerti apa-apa, yang ghaib itu mulanya kita, bukan kosong ditulis manusia, tapi penuh kalam isinya, hanya sastra nukilan ghaibnya, rasa sejati mengenal akannya, akal qudsi paham akan ertinya, bukan bacaan manusia yang ada, kerana paham manusia ada batasnya, mengaji akan ilmu Tuhannya, bukan pada ayat yang ada, tapi hikmah tersembunyi darinya mata, hanya hati yang dapat menerima, bukan hati duduk iblisnya, tapi hati yang hancur dirinya, tiada ada hanya akan Tuhannya jua, dipuja siang dan malam adanya, bukan harta anak bininya, itulah manusia jika ditanya, saksi atas Tuhan dan Rasulnya, hanya jari penunjuk akan adanya, hanya jari ganti berhalanya, tuju pada hantu nafsunya, pada lidah tempat katanya, laluan ayat bunyi sahaja, baca dia baris sahaja, bukan tetap hatinya jua, hanya sandar nafsu akan idhamnya, itu rupa dusta belaka, itu shirik khafi dirinya, kerana tiada Tuhan dikenalnya, tiada rasa akan kehadirannya, sedangkan Dia ada sentiasa dimana-mana, bukan pada ayat suci dibaca, hanya bayang pada matanya, hanya dilihat tiada pandangannya, hanya rupa tiada isinya, itu manusia melihat dengan nafsunya, itu tanda sudah islamnya, itu tanda sahih lakunya, pada shariat nyata imannya, bukan hati sentiasa gelora, akan Tuhan jadi saksinya, hanya nafsu imamnya jua, itulah manusia jika dikeji akan dirinya, marah nafsunya segera dikafirnya kita, itulah kita sahabat mulia, bongkak dan sombong dihatinya jua, bagi yang lain hanya rendah martabatnya, hanya dia alim dan masuk syurga adanya, hati hanya nafsu yang ada, dengki jika tiada mengikutnya, sembunyi sebalik alim pakaiannya, bukan doa sayang akan saudaranya, moga Allah membuka jalanNya, pada semua yang ada didunia, hanya hukum segera pada mereka, puas hatinya akan lakunya, itulah kita tiada Melayunya, kerana tiada kita bunuh sesiapa, kerana hukum memanglah ada, tapi Tuhan diatas undangnya, selagi kita berdaya memaafkannya, itu afdal akan hadir Tuhannya, pada hati kita manusia, atas kasih sayangnya jua, keampunan itu syurga bagi yang redha, bukan hukum siksaan jiwa, tiada tubuh menerima padahnya, hanya jiwa manusia jua, janganlah kita melebehi adat hidup yang ada, kerana mati seorang sahaja, tiada siapa bersama kita, hanya sunyi dibilik hukumanNya, awas sahabat selagi adanya hidup kita, lembutkan laku pada manusia, selagi kita masih Melayunya, harus hormat hidup yang ada, jagalah kata gerak yang ada, agar selamat meniti dunia, jangan alpa walau seketika, bila bersama manusia yang ada, jaga jangan celupar adanya, kerana kita buta didunia, tiada nampak benar yang ada, tiada nyata kebenaranNya, hanya bayang pengganti diriNya, jangan suka bertikam ilmu diriNya, kerana itu mainan lidahnya kita, tiada tulang tiada hakikatnya, suka besar dari kecilnya, suka menang dari alahnya, kerana akar lidah yang ada, umbinya nafsu bukan akalnya, asal menang tak kira apa, ilmu jadi taruhan nafsunya, inilah sebab manusia sombong adanya, terasa hebat dirinya, kerana agama hanya pakaian sahaja, belum lagi sebati pada kita, hanya hafal akan kitabnya, belum terserap pada batinnya, Allah hanya laungan azan sahaja, bukan getaran jiwa yang ada, bukan cinta yang memabukkan kita, tapi kembang akan juburnya, itulah jika benar islamnya, tiada dia cintakan dunia, keran Allah tiada nyata didunia ini, tapi manusia tiada percaya, Tuhan itu khayalan semesta, takut hukumanNya bukanNya dia, mana bisa sahabat mulia, manusia kasar kelakuannya, tiada halus kajinya jua, ambil apa yang penting sahaja, asal shariat lengkap lakunya, dikira Tuhan sudah gembira, rasa mati masuk syurganya, adakh mudah katanya kita, hanya Dia penentu akhirnya, selagi kita hanya percaya, tiada kenal dan cintakan Dia, bagaimana tentu amalnya kita, tentukah mati selamat kita adanya, atau gusar roh yang ada, tiada ketahuan akan hujung ceritanya, janganlah kita mudah akan agama kita, kerana kita nafsu sahaja, tiada apa ada pada kita, hanya kasih Tuhannya kita, jika Dia berkehendakkannya, bukan kita rasa dah mulia, kita hanya manusia sahabat yang ada, tiada mulia dirinya kita, hanya binatang yang melata pandai berkata-kata, inilah kita lidah nafsuha, bukan kalam penyebab akannya, bukan kalam akan tauhid pada Tuhannya, tapi nafsu sandaran akan saksinya, itulah dia manusia wahai sahabat mulia, kata menuja nafsu dirinya, bukan ikhlas akan Tuhannya, hanya cinta anak bininya, hanya dunia dipandang matanya, hanya hati lekat dunia, pada serban berjela panjangnya, pada kitab bertimbun adanya, bukan hati yang kasyaf adanya, mengaji ilmu dialam rahsiaNya, hanya panduan tulisan manusia, hanya ikutan nafsu gurunya, itulah kita sahabat mulia, cari hakikat akan segalanya, bukan kulit hiasan ayatnya, bukan dimata nampak ceritanya, itu hanya pengantar ilmunya, bukan inti hikmah yang ada, harus kita selam akan ceritanya, seloka hanya gurauan kita, menyampaikan rahsia melalui lenggoknya, jadi tauladan untuk semua, mencari kebenaran pusaka kita, dituntut moyang dahulu kala, kerana Melayu inilah hartanya, harga diri semasa berkelana, bukan kekayaan nafsu yang ada, hanya seronok diatas dunia, ghairah akan shariat sahaja, selagi hakikat tiada didapatnya, Melayu hilang perkasa dirinya, wahai sahabat yang mulia, tulisan ini puji akan Melayunya, tanda arif akan Tuhannya, bacalah selalu sebati padanya kita, agar Melayu tiada hilang didunia, carilah segera maksud hidupnya kita, kerana kiamat pasti menjelma, apatah mati ditepi sahaja, jangan nanti kesal akannya, selagi nyawa masih ditubuh kita, ambillah berkat seloka ini adanya, menjadi panduan seketika yang ada, jangan lambat belajar adanya, takut tak kesampaian akannya kita, bila dah tua baru balajarnya, otak dah beku tiada upaya, jangan kita begitu adanya, hidup hanya sementara, ibarat senja menanti malam tiba, wajibkan diri kenal dirinya, biar kenal serata-rata, bukan shariat tempat rahsianya, itu kulit penanggung rahsia, kenal betul inti agama, agar arif akan Tuhan kita, mencari Dia dialam dunia, tiada afdal hanya bebal yang ada, kerana zat itu ujud tiada nyata, sifat hanya dua sahaja, namaNya itu tanda kuasanya, afaal itulah kita semua, baru pandai kita berkata, bukan seperti tiung yang ada, atau muaalaf akan agamanya, kerana itu kita Melayu orangnya, menjadi panglima diatas dunia, perang sabil akan nafsunya, bukan manusia lain tuduh kafirnya, hanya Allah mengetahui perkara sebenarnya, jangan lupa akan pesanNya, hanya mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaranNya sahaja, dapat ganjaran tiada tandingannya, ganjaran atas sedar kebesaranNya, amat nyata padanya diri kita, harus sahabat rajin bertanya adanya, pada mereka yang tiada dirinya, hanya kuasa semata-mata, itulah alamat mereka yang fana, bukan dia yang beranak berbini, masih seronok tahlil adanya, makan juadah nafsu sahaja, carilah mereka yang tiada dirinya, sebatang kara diatas dunia, masih berkelana dalam dirinya, mencari bahagia sesaat sahaja, tanda masa akan kehadiranNya, bukan panjang doa dibaca, pada lidah benar bacaannya, tapi hati tiada paham jua, harus kita cepatkan jalannya, menuju hakikat bukan mudahnya, selagi alpa diatas dunia, hanya rugi semata-mata, tiada untung niaganya kita, menukar yang haq dengan isi neraka, pada shahwat tanda cintanya, bukan hati menyanjung budinya, bukan indah pada bahasanya, tapi alim akan lakunya, kenapa manusia masih buta akan hakikatnya, Tuhan itu pengasih dan penyayang diriNya, tetapi kita kejam sahaja, asal hati dendam terbalas adanya, asal hati bangga dengan hukumannya, inilah celaka manusia berkelana, kerana intan disangka kaca, sampah dunia dipuja akannya, kerana agama tempat selindungnya, tapi hati bagai serigala, jahat hati laku alimnya, konon nak tunjuk akan Tuhannya, bahawa hukum dijalan olehnya, sedangkan Tuhan tiada perlunya, akan hukum diatas dunia, hanya hati yang telah fana, dari hukum sekelian dunia, hanya kasih sayang yang ada, sebagai tanda cinta padaNya, bukan cinta seperti adatnya, manusia hanya nafsu sahaja, tempat nyata syahwat dirinya, bukan ruhani akan jisimnya, hanya diri binatangnya sahaja, jangan sahabat menjadi lupa, hanya bayang gila sahaja, bau belum dapat dirasa, sudah megah terasanya ada, sedang arif belumlah jua, jahil rasa ilmu didada, hanya lakun nafsu sahaja, selagi makrcifat belum jadinya, selagi kilaf tiada ertinya, selagi guruh dentumnya tiada, kilat tidak menjadi apa, ini adat sahabat mulia, hati-hati mencari harta, harta pusaka paling berharga, kerana ia benih asalnya, dari dahulu keturunan kita, sampailah kepada anak cucu yang ada, harta dijaga agama namanya, jangan kotorkan diatas dunia, kerana agama pakaiaannya kita, diatas dunia kita kelana, moga rahmat Tuhan atas kita, menjaga agamanya suci dan mulia, begitu juga ilmu untuk kita, kenal diri itu yang utama, cari sampai dapat umbinya, jangan sekadar membaca sahaja, hanya dapat rupanya ia, sedangkan isi tiada hasilnya, itulah orang arif bicara, selagi hidup diatas dunia, selagi itulah wajib atas kita, mengenal diri serata-rata, cara mana caranya kita, tiada perlu kita berkira, apa yang penting membawanya ia, akan khatam ilmu manusia, baru benar jalannya kita, dari dunia membawa akhirat adanya, jangan sahabat tiada fikirkannya, hidup ini sementara jua, hanya yang bijak paham perlunya, hanya yang berakal nampak hikmahnya, hanya yang beriman dapat munafaatnya, hanya yang ikhlas dapat jalannya, hanya yang berani berjaya akhirnya, marilah kita sahabat mulia, kenal akan mula adanya, seperti kain ditenun adanya, benang yang halus jadi bahannya, jika dilihat bercerainya ia, sudah ditenun sebidang jadinya, itulah ilmu adatnya kita, sedikit-sedikit bukit jadinya, secebis-secebis sebuku jadinya, seayat-seayat satu kitablah ia, sepotong hafal menjadi jampilah pula, itulah sahabat bicaranya kita, dari awal sinar sahaja, cahaya gelita pelita zatnya, cahaya permata putih kembarnya, mula terbeza akan nyatanya, dalam dua ada rahsianya, itulah tanda AKU adanya, nafi dalam kalimah diriNya, namun esa akan wujudnya, jangan ada tidak percaya, ghaib itu bukannya tiada, hanya wujud tiada nyata, ibarat orang mengaji adanya, kitab dibaca tiada pahamnya, kerana ilmu tiada rasanya, hanya mainan pikiran sahaja, itulah kita dendanya dua, tanda ada akan diriNya, jadi nyata padanya kita, sebagai akur akan Tuhannya, menjadi niat asalnya kita, niat menyata akan DiriNya, itu tajjali zat yang ada, bukan diri akannya ia, tapi kuasa membawa titahNya, menjadi nyata sekelian yang ada, dari wujud kepada ada, dari punca menjadi awalnya, ini bayang tajjali pertama, asal air mata sinarnya, mata dewata melihat gerhanyanya, ibarat subuh solat pertama, itulah tanda alam bermula, nyata zat nyata sifatnya, bukan nyata sebarang nyata, nyata hanya bayang sahaja, ditas cermin tiada nampaknya, hanya getar sinar menjelma, membawa makna akan ertinya, hikayat ada menjadi nyata, itulah kata hikmah pendita, sekelian itu mata sahaja, tiada ada nampak semua, itulah lihat akan Tuhannya, menjadi pandangan luas alamnya, selesai kira langkah pertama, tajjali kedua diberi nama, tajjali asal yang tiada, tajjali asal wujud sahaja, wujud kedua membentuk ilmuya, sebagai ain akan zatnya, itu nur zat empunya, diri asal rupa tiada, kosong mula cipta kosanya, rupa sebelum jadi lakarnya, menjadi kedua akan jadinya, baru sempurna akannya ia, kerana hendak jadi adanya, ada barang tempat nyatanya, dalam wujud kilas akannya, menjadi tamsil akan katanya, bidalan berbentuk akan barisnya, itu rupa esanya jua, ia pati akan zatnya, jadi dwirupa akan nyatanya, pada akal tiada bicara, kerana tirai belum terbuka, kerana dalang belum mulanya, masih sibuk dengan kerjanya, menyiap sifat bayangan mata, wayang bayang hanya rasanya, selagi dalang tiada hendaknya, maka wayang kiasan sahaja, kerana adat mula caranya, perlu tajjali tiga sempurna, ibarat kosa tripusana nagara, begitu alam wahdiah diberi nama, walau nama ada bezanya, namun hakikat yang itu jua, inilah ujud kaabah tiga kakinya, menyata illahi atas akalnya, nyata bayang dalangnya, itu hukum acaranya kita, hajat empunya nyata dirinya, hajat adat perlu barang akannya, begitu kita bicara tajalinya, dari esa berubah triuna, dari dwita sat-trinya, ini jadi orang gila adanya, kerana paham tiada pada kita, kerana pikir tiada akalnya, sandar nafsu gerak akannya, tiada kasyaf pada yang mulia, nampak hanya bayang sahaja, selagi itu sahabat kita, jangan disangka sudah pahamnya, kerana rahsia tiada nyatanya, hanya sebutan mulut manusia, kata jadi bukti ajarnya, walau terasa sudah katamnya, tiada mendapat isi akannya, kerana tajjali tiga adanya, jadi ganti akan namanya, nama itu sebut lidahnya, tarikat tubuh sempit adanya, kalau sampai tebing sahaja, belum cecah kaki dalamnya, akal manusia pikir sahaja, masih waham dan masih jahilnya, kerana gelap alamnya kita, walau terang benderang akannya, itu hanya kanta matanya, pantulan bayang atas gelapnya, itulah kita sahabat adanya, walau nyata bukti yakinnya, yakin atas serpihan tajjalinya, belum sampai manusia akannya, kerana tajjali itu dirinya, bukan kita jadi dirinya, kita binatang yang melata sahaja, menerima akan wujud Tuhan kita, jangan terpedaya akan sempurnanya kita, bila tahu terasa hebatnya, sedangkan ilmu Tuhan tiada hujungnya, kita tahu peniti besarnya, kita paham hama besarnya, apalah hendak bangganya kita, selagi otak jadi kenderaannya, selagi itu tiada afdalnya, ingatlah wahai sahabat mulia, di tiada menjadi ada, bukan tafsiran oleh manusia, ia ilmu milik diriNya, bukan manusia empunya cita, menjadi Tuhan dalam binatangnya, menjadi Tuhan dalam sarungnya, bukan hati yang telah berjihad, shahid atas dunia manusia, mati sudah akan dirinya, pada Dia ada segala, baru benar jalannya kita, salatul makatul jawapannya kita, jadi seloka untuk sahabat yang ada, bacalah ia dimana sahaja, umpama pelangi tiada warnanya, walau pudar banyak rahsianya, walau ayat jemu dibaca, tapi hati tahu rahsianya, melihat hati akan rahsia, tersirat dalam selokanya kita, wahai arif kenalilah ia, akan erti sebenarnya, akan arah maksud tujunya, lihat isi pada kulitnya, baru dapat paham diakal kita, bahawa tiada apa jua, segala bisu pekak dan tuli jua, kerana Tuhan ada dimana-mana, jangan alpa diatas dunia, kelak menyesal tiba masanya, inilah salatul makatul seloka namanya, untuk sahabat yang mulia dirinya.

No comments:

Post a Comment