melayu.......

MELAYU ITU BUKAN RUPA, BUKAN KULIT, DAN BUKAN ORANG....

MELAYU ITU ALAM, DUNIA, PEMIKIRAN KETUHANAN....

MELAYU ITU... BUDAYA YANG MEMERINTAH

Tuesday, August 14, 2012

SELOKA MELAYU (17) SUKHMA SAKTI

17. SELOKA MELAYU SUKHMA SAKTI Ini selokala gurihnya siddha, memberi kenal akan sang atama, hatta seloka ini berharga, bagi mereka yang bercita-cita, mengerah kersa kearah sukhma, mengenal dirinya serata-rata, kerana tahu apa ruginya, jika hidup diatas dunia, gagal mencari jawapan yang ada, soalnya mengapa ada manusia, mengapa wajib mencari Tuhannya, kerana ini seloka dinyata, dikalam atas soal yang ada, seloka kata sakti adanya, simpanlah walau sekerat dua, jangan disimpan dikocek sahaja, gunakan ia semaikan didada, sebati ia dalam jiwamu, pahamkan erti akan seloka, jika tidak sia-sia belaka, kerana seloka menyusun kata, atas olahan akal berjiwa, tidak terbuka akan isinya, tidak paham sesiapa membaca, tak mudah itu dapat maksudnya, tak kan dapat akan hikmahnya, kerana seloka bermain kata, kerana seloka hanya dirasa, bukan fikir diguna kita, kerana fikir sempit caranya, marilah renung baca bersama, mengenal akan dirinya kita, bukan susah dalam mengajinya, tapi hati tak mahu percaya, kerana terbiasa ajaran yang ada, mengenal manusia dengan budaya, mengenal Tuhan dengan agama, tapi tiada mengerti jua, kerana erti hakikat manusia, adalah makhluk yang melata, hanya pandai berkata-kata, bukan ada akal sempurna, hanya fikir dari otaknya, besar sedikit dari binatang yang ada, mengenal Tuhan bukan dipaksa, kenal Dia bukan seperti kawan kita, Dia itu sesuatu tiada bagainya, tapi ada tandanya dapat diteka, ada buktinya pada kita, jika kita bijaksana, tak perlu jauh memikirkannya, kerana Dia ada sentiasa bersama kita, dimana saja kita berada, itupun jika paham akan ayatNya, menyatakan akan diriNya jua, tiada siapa empunya kersa, atas bicara seperti dikata, hanya Dia Maha Segalanya, memiliki apa wujud yang nyata, walau ghaib sampai kiamatnya, hanya satu yang ada, terang dan jelas dalam seloka, manusia itulah dalilnya jua, lagi nyata tiada soroknya, kerana manusia itu adalah adamnya, adam dalil akan Tuhannya, sifat manusia sifat yang mulia, kerana itulah sempurnanya kita, kerana sifat Dia nyata dipinjam kita, nyata kias akan adaNya, terang bukti kuasaNya pada kita, tiada makhluk sesempurna kita, tak perlu kaji sifat makhluk yang ada, hanya manusia sifat yang sempurna, kajilah diri sendiri jua, kalau nak cari akan jawapnya, seperti dalam kitab yang ada, mengenal siapa dirinya kita, seluruh dunia bicara akannya, awal agama mengenal Allah jua, mengenal Allah mengenal diri kita, ini kata sering bergema, sering didengar merata-rata, tertulis dan dipahat manusia, berabad adanya, menjadi rahsia kepada yang ada, mencari akan pengenalan dirinya, itulah kita sebagai manusia, wajib mengenal dulu sebelum mula, kehidupan didunia jangan sia-sia, selagi ada nyawanya kita, gunalah sebaik yang ada, nescaya bila mati kita, sudah siapa akan segala usaha, hanya yang telah sempurna memahaminya, hanya yang telah tiba, tahu kemana haluan seterusnya, mati bukan perhentian akhir untuknya, inilah siddha manusia sempurna, maka dimulalah akan kita, dalam bicara yang amat berharga, pada perbendaharaan akan Tuhan kita, membuka pengenalan akan rahsianya, mengenal diri sempurna yang ada, itulah fitrah diberi nama, fitrah itu kenal akan Tuhannya, fitrah itu semulajadinya, fitrah itu jalan lurus yang ada, fitrah pembimbing kepadaNya, fitrah inilah diri rahsia, pemegang segala urusetia, akan khidmat pada Tuhannya, maka disinilah tempat bermula, adanya fitrah pada diri kita jua, jangan dicari yang lain pula, ada sama menyamar jua, dikata fitrah tapi nafsunya, kerana yang ada mengaji bawah sahaja, dikatanya tempat yang tinggi pula, tinggi apa semuanya sama, atas bawah alamNya jua, tapi ramai keliru adanya, mengaji kitab tiada asalnya, hanya tahu ambil bacanya, tiada dikaji oleh akalnya, hanya seronok zikir akannya, zikir apa maksud tak sampai jua, hanya hangat punggungnya jua, ada setengah kebas jadinya, kerana Tuhan akan datang berjumpa, kurang-kurang wali yang tiba, wali apa diri tak kenal jua, yang mana nyata yang mana ujudnya, kalau ujud belumlah nyata, akan tempat hadirnya Tuhan kita, mana anta maksudnya kita, adakah seperti dikata mereka, guru tarikat dan hakikatnya, atau syariat yang hanya kulitnya, langit mana hendak dijumpa, biru hijau warna sahaja, bukan diri bukti padanya, akan hadir sang ilahinya, itulah manusia sepi sahaja, warak hanya muka sahaja, lidah berkata dalil berjela, ulang-ulang itu jua, bukan fitrah qudus wabika, tapi wahabi atau hadarinya, sunnah yang ada jemaah tiada, kalau shiah sesah sahaja, berpasenteran untuk mengumpul muridnya, mujahidin hanya dibayar nyawa, inilah hakikat manusia melata, hanya hidup sementara jua, kaji agama atas nafsunya, lelah berzikir keras lidahnya, sedangkan fitrah sebelahnya sahaja, tiada diketahui akan dirinya, inikan pula yang maha Esa, hanya dilidah ucap sahaja, berkobar semangat nafsunya jua, hendak mati masuk syurga, bukan makhluk Tuhan dijaga, kalau boleh musnah semua, fitrah apa nama ininya, mengenal agama sekerat sahaja, atas ajar manusia dunia, bukan jihad akan nafsunya, bukan kasih sayang semua, tak kira semua kafir sahaja, dirinya sahaja yang amat mulia, sedangkan Tuhan ada dimana-mana, dengan sesiapa jua dia beserta, jika tidak matilah kita, nak bernafas tiada bolehnya, itulah tanda arif yang ada, bukan atas fikir ilmunya, ilmu diambil dalam dunia, bukan ilmu tiada celanya, tiada bau akan nafsunya, tiada bau akan hapaknya, ini ilmu dingaji manusia, ilmu sekerat-sekerat jua, tiada sampai akan umbinya kerana tahu atas fikirnya, serta nafsu pewarna ayatnya, pakai dalil nak sorok bodohnya, pada sendiri kosong sahaja, tiada jawapan dari hatinya, kerana hati dah batu jadinya, akibat lama didalam dunia, lama mati akan dirinya, hanya nafsu berupa dia, bercakap hanya kepentingan dirinya, nak kata hebat tidaklah jua, mana manusia tahu jawapnya, hanya atas tulisan sahaja, kalau buta habislah dia, tiada panduan pada dirinya, hanya harapan betul jawapnya, jika benar itulah kita, alamat kiamatpun tiada guna, kerana manusia ikut sahaja, tiada mahu kaji dirinya, inilah seloka pembuka jalannya, pada insan yang tahu palsunya, hidup dunia semu sahaja, tiada kekal selama-lamanya, baru manusia tahu akan ehwalnya, dia hanya sarung sahaja, sarung binatang pandai berkata, bukan diri yang asal adanya, diri asal fitrah Tuhannya, itulah kenyataan akan manusia, tiada elok cela sahaja, kerana bangga mulia dirinya, disangka alam hak miliknya, baru didunia dah lupa Tuhannya, hanya anggap iman sudahnya, iman apa buta sahaja, paham tiada akan Tuhannya, hanya paham atas tahu sahaja, hati masih tetap durjana, hati masih jahat sentiasa, walau tiada nampak luarnya, dalamnya busuk bangkai baunya, dirinya yang ada sudah lama matinya, hanya tinggal sarung sahaja, itupun masih ada garantinya, kalau tidak sarungpun tak ada guna, jadi wahai peminat seloka, kita cerita sambil bersenda, jangan marah jika terkena, kerana ini Melayu caranya, menunjukkan cara jalan yang ada, jalan cerita orang yang lama, buka lama kerana nyanyuknya, tapi lama diatas dunia, kenal selok liku akannya, maka inilah hasilnya seloka akan sukhma saktinya, sabagai tanda Melayu ada, sebagai tanda Tuhan itu ujud adanya, jangan hati tidak percaya, kerana ramai ikrar lidahnya, hati tetap tiada serta, kerana jika benar adanya, maka hati kita sejahtera, tiada kita kasar adanya, seperti Arab amat jahilnya, kerana itu disitu turunnya, agama Tuhan membimbing mereka, amat keras hukum atas mereka, kerana biadap adanya mereka, bangsa Arab jahilliyah lakunya, bukan Melayu kita adanya, sudah bersopan dan ada adatnya, beribu tahun ada tamadunnya, tamadun lama tinggi nilainya, tapi hilang ditelan arabnya, hingga Melayu dah jadi mereka, Melayu dah jadi bangsa yang lupa, akan susila budi neneknya, maka inilah atas sebabnya, seloka selalu berpesan adanya, bangsa jangan kita lupakannya, kerana ia teras diri kita, agama hanya pakaian sahaja, diatas dunia agar baik jadinya, mengenal Tuhan supaya boleh baliknya, mati tidak ke tanah sahaja, ini fakta benar adanya, bukan sekadar cerita sahaja, Melayu memang dah lupa asalnya, kerana malu akan dirinya, takut dikata sakailah pula, sedangkan Arab mulia sahaja, bukan Islam tapi bangsanya, sedang Islam untuk semua , bukan Arab bukan manusia, ia turun untuk nafsu yang ada, dan Arab memang paling jahilnya, kasar dan tiada santun budinya, ingatlah kita Melayu ada maruah jua, bukan semua dalil arab sahaja, Melayu ramai yang tinggi moralnya, Melayu ramai yang ikhlas dirinya, hemahnya tinggi kaya budinya, kenapa nak pakai dalil arabnya, semua sahabat nabi jujur orangnya, tapi Melayu jahat sahaja, tiada yang jujur penipu semuanya, datuk nenek kita bangsa kurang ajar ye, datuk kita hidup menipu selama hidupnya, keturunan kita perompak dan perogol ke agaknya, anak dibunuh hidup-hidup tiada kasihannya, benarkah Melayu jahat dirinya, jahil dan tiada timbang rasa, setahu kita yang jahil Arab jua, Melayu tak berperangai seperti mereka, masih jua nak pakai dalil Arabnya, perumpamaan Melayu tak ada nilainya, walau kita guna tiada diagungkannya, sahabat nabi mulialah jua, kata mereka lebih hebat adanya, sedangkan Melayu bodoh belaka, sampai bila Melayu begini adanya, tidak sedar diri didunia, Melayu sudah bertamadun adanya, sedangkan Arab masih jahilnya, tapi Melayu tak mahu terima hakikatnya, Arab jua yang hendaknya, bukan dirinya keturunan Melayunya, tapi keturunan Arab yang jahil perangainya, kasar dan tiada adab manusia, hanya mengikut perangai dirinya, hina dan keji tiada hebatnya, hanya setelah ada agama, baru mereka ada baiknya, itupun berlagak jua, ingat mereka dah hebat adanya, Melayu jadi hamba mereka, budaya mereka ikutan kita, bukan budaya Islam yang ada, hanya budaya Arab jua yang ada, agama itu tiada warnanya, kerana ia akhirat jalannya, jalan dunia sederhanalah jua, tapi Melayu tak mahu percaya, Islam itu ingatnya apa, hanya sarung budaya Arab sahaj, mana ada budaya Islamnya, hanya budaya Arab yang ada, itupun kita tak mahu percaya, tetap Arab itu Isalam tanggapnya, sedangkan jauh akan bezanya, agama itu dari Tuhan kita, untuk tundukkan nafsu yang add, bukan Arab akannya ia, hanya sarung turun disana, takkan Melayu tak ada otaknya, suka ikut-ikut sahaja, sudah bodoh tak malu pula, diri kita mualaf sahaja, tapi ingat dah jadi Arabnya, kerana nama melambangkan Islamnya, bukan hati yang ikhlas akan Tuhannya, bukan jiwa yang mencari Tuhannya, hanya nafsu dicari dia, kahwin empat kalau mampunya, bukan kurang satu cukupnya, kerana nafsu itulah Tuhannya, Islam hanya landasan dirinya, tempat bersandar akan nafsunya, tapi manusia tiada tahhunya, kerana jahil jadinya pula, sedang Arab hebatlah pula, rugi Melayu ambil tempatnya, dari maju mundir dirinya, fikir hanya agama Arabnya, bukan Islam semesta alamnya, tapi Arab dikatanya agama, jangan marah jika kita kita, kerana benar seloka berdenda, jangan marah kalau benarnya, ini hanya senda sahaja, kalau tahu dan ada pahamnya, maka usahakanlah dapatkannya, hanya Dia Tuhannya kita, tiada yang lain itu pastinya, bukan Tuhan itu Arab pula, gelak hati dengar akannya, kerana Melayu tak tahu apa, ditipu Arab seluruh hidupnya, inilah landasan kita bermula, akar masih Melayu jua, nasib baik makan nasinya, kalau kurma dah tentu murtad Melayunya, jangan kata kita ikut mat sallehpun sama, tapi tiada yang buka akan puasanya, dengan keju serta mentega, harap paham apa yang dikata, bukan nak kutuk Melayu yang ada, tapi Melayu tak mahu akurnya, akan diri keturunan mulia, tetap sahabat nabi pilihnya, betapa hebat pejuang Arab mati syahidnya, sedangkan pahlawan Melayu teramat hebatnya, gugur mereka tiada yang bela, nama mereka dibuang sahaja, kerana Arab tetap mulia jua, semua jujur baik belaka, Melayu hanya sakai sahaja, Melayu pengecut baka penyangak adanya, itulah kita bodoh yang ada, hanya ikut-ikut sahaja, tak mahu fikir akan dirinya, Tuhan itu ada dimana-mana, Tuhan itu bukan milik Arab sahaja, sedangkan dalil untuk semua, setiap makhluk itu dalilnya, inikan pula kita manusia, dalil yang hebat tiada tandingnya, ganti sifat lengkap tubuhnya, segalanya ada pada kita jua, cuba direnung alam yang ada, atau makhluk seluruh semesta, tiada selengkap manusianya kita, kenapa tak kaji asalnya kita, kenapa tiada tahunya jua, manusia itu dalil DiriNya, bukankah manusia jua ceritanya, bukan berok ataupun kera, jadi kias akan ujudnya, pada manusia amatlah nyata, kita dalil akan buktiNya, maka manusia tak paham jua, tak mahu terima hakikat Dia, kita manusia bayangannya Ia, sebagai ganti diatas dunia, jika kita tiada tahu jua, atau degil tak mahu terima , atau sombong nak Arab jua, amatlah rugi kita Melayu orangnya, amatlah rugi kita Melayu bangsanya, maka kenallah asalnya kita, sebagai tempat perkenalan pertama, pada kulit ujud isinya, baru arif kita belajarnya, baru benar akan ilmunya, kalau kulit rupanya nangka, takkan isi cempedak jua, itulah tempat kita bermula pada rupa bangsa diri kita, baru kedua kita kata, pada diriku nyatanya Dia, hanya kita sebagai rahsianya, dapat tahu akan duduknya, akan Tuhan kita bagaimananya Ia, bukan seperti lakaran pahamnya, seolah-olah Tuhan melihat pula, sedangka Dia Maha Melihat, pada isi kita kaji pula, langkah kedua mengenal Dia, inilah asal fitrah yang ada, cerita awal akan seloka, mengenal fitrah jantung nya kita, hidup atas kurniaan Dia, jadi cari isi kandungnya, baru paham dimana fitrahnya, bukan ia berbangsa Arab pula, tapi ruhaniah cahaya alamnya, menyinar manusia menunjukkan Dia, bukan dunia nampak matanya, tapi selagi manusia kulitnya jua, tiadakan paham isinya pula, kerana tak mahu terima adatnya, Melayu juga tahu Tuhannya, takkan Arab tahu semua, Melayu lagi hebat dirinya, mengenal fitrah dah lama tahunya, cuma ramai tak sangka kebolehannya, serasa hanya seabad sahaja, manusia hidup di permukaan dunia, tiada tahu asalnya dunia, tentang kejadian alam dan manusia, hanya ikut apa kitab kata, atau kajian bijak pandai dunia, mana manusia tahu semua, tak ilmunya setanding Dia, jadi kita fikirlah pula, takkan Melayu bodoh adanya, kerana jiwa dijajah adanya, kerana itulah hidup menghamba, pada sesiapa memberi untungnya, bukan menegak kebenaran Tuhannya, hanya dengar kata nafsunya, kerana itu Melayu merana, atas dasar penjajah yang ada, ikut hukum cara mereka, ilmu ada cara mereka, gaya hidup cara mereka, Melayu dah tak ada miskin dan papa, begitulah dengan pengetahuan kita, semuanya datang dari mereka, kita kaji pakai kayu ukur mereka, kita fikir ikut pemikiran mereka, kita tak boleh buat satu apa jua, mesti ada bau Arabnya, adakah dikata semua nabi yang ada, lahir hanya di Mekah sahaja, kurang tidak MIDDLE EAST katanya, apa yang ada gurun sahaja, kerja hanya menternak binatang yang ada, Melayu sudah bertempur adanya, memiliki kerajan yang besar dan perkasa, ikut ulama, nabi hanya disana, disebelah sini hanya sakai dan berok sahaja, Melayu duduk diatas pokok katanya, orang Arab mulia dalam khemahnya, ia ke sebagai katanya, betul ke semua nabi disana, 6,000 tahun paling kurang nya, Melayu dah masak nasi 9,000 tahun adanya, tak kecohpun kita, apa nak jadi dengan orang kita, tanah Arab bawah laut adanya, kita sudah menjajah dunia, tak ke malu kita yang ada, walaupun hebat dihina jua, bukan penjajah yang datang adanya, tapi Melayu jua pengkhianat bangsanya, konon berselindung disebalik agama, hanya dusta dan hipokrit sahaja, selagi kita tiada sedarnya, selagi itu tiada fitrahnya, menjadi hanya batu yang daifnya, tiada guna kita mati sahaja, hidup apa namanya kita, selagi diri hilang maruahnya, hanya budaya asingnya jua, sedangkan kita hamba sahaya, ditanah sendiri menjadi kulinya, atas budaya menghancurkan kita, hingga Melayu pengecut jadinya, jadi hamba akan tuannya, jadi hamba akan nafsunya, jadi hamba akan sheikhnya, tiada Melayu berdiri adanya, melainkan diatas bukan budayanya, bagaimana pula hendaknya kita, konon sudah kenal Tuhannya, diri sendiripun tak tau siapa, ibarat kulit tak tau nama, bagaimana Tuhan hendak dikenalnya, ibarat isi tiada kan jumpa, kerana kulit tak tau bentuknya, padah kita berkata-kata, atas alim akan agama, menyembah Tuhan tiada dipinta, salah manusia terbiasa akannya, zaman dahulu ada berhala, zaman sekarang nafsu gantinya, tapi sama serupa sahaja, itulah kita tak paham akan jalannya, kita hanya menyatakan sahaja, akan ketuhanan yang ada pada diri kita, atas kemanusian kita jua tempatnya, jangan ada salah pahamnya, jika tak tahu tanya yang ada, menyembah Tuhan serupa tak ada, menyatakan ketuhanan itu pada fitrahnya, baru betul jalan agama, baru dapat jadi baiknya, kalau tidak sampai matinya, sembahyang tiada merobah apa, dia tetap jahat hatinya, Cuma dah tua tak larat pula, pasal itu kemasjid adanya, kalau ke kelab dicela pula, kerana diri dah tua adanya, inilah jadi budaya kita, bila tua kemasjid semuanya, bukan nak paham erti dirinya, kelak mati tak tahu jua, ingat senang jadi Islamnya, ingat mudah begitu sahaja, jika tua kemasjid jawapnya, konon tiada nampak jahat dirinya, tapi dah tua tiada guna, nafsu sudah membatu adanya, cuma tua tiada tenaga, masa muda wah! Hebat Che Mahmood kita, itulah Melayu cara barunya, cara lama tiada pahamnya, konon inilah resamnya kita, Melayu tua tiada laratnya, masjid jadi lambang imannya, bukan diri dikenal akannya, bukan fitrah Tuhan dikajinya, tapi sombong duduk disaf pertama, jangan ingat mudah macamtu saja, kita tiada ada apa-apa, hanya tubuh yang nak tunggu matinya, jiwa tetap shirik khafinya, pada Tuhan tiada percaya, kerana tiada ilmu akannya, hanya ikut kata imam yang ada, janji cukup solatnya kita, tapi diri hantu raya jua, tetap jahil akan nyawanya, tiada ketahuan asal dirinya, mati balik jadi tanah jua, jangan marah jangan kesalkannya, inilah akibat jahil adanya, otak tiada diperahnya jua, cuba memahami akan kulitnya, baru dapat isi yang ada, baru tahu Tuhan itu ada, pada kita ada fitrahnya, kenallah Ia padanya kita, bukan kitab berlambak adanya, baca hanya membuang masa, tak nak tengok yang lain pula, tua tak larat sombonglah pula, tua bukan tanda hebatnya, tapi jiwa yang sudah bergelora, batu paham inti buahnya, baru tahu sedap akannya, bukan jadi contoh yang ada, hanya kata dan pakai lawa sahaja, ada stail ada gayanya, ada rupa tapi binatang jua, bukan Nur yang meliputinya, tapi nafsu menunggang dirinya, tiada tahu kerana dah tua, otak yang ada dah beku jua, malam tidur berdengkur pula, nafas keluar seperti naga, hanya nafsu turun naiknya, bukan nafas yang tahu kehendak Tuhannya, inilah seloka memberi cerita, jalan kepada mengenal akanNya, fitrah itu rahsianya Dia, pada kita tempat suluknya, bukan gua tempat bertapa, atau masjid mengapus dosanya, diri jua baitul kafnya, dalam hati bertahta cahayanya, itu sukhma sakti namanya, cara Melayu menyatakannya, bukan Arab empunya kalbunya, tapi Melayu jiwa gelora, hanya Dia nyata adanya, gantu wujud rupa yang tiada, bentuk hanya kias sahaja, menjadi dalil adanya Dia, fitrah saksi jiwanya kita, dalam hati bertemu kita, baru paham fitrah maksudnya, kiamat ada untuknya kita, sudah hapus akan hukumnya, kenal siapa akan dirinya, itu fitrah kiasnya jua, akan agama kepada dia, bukan sembah seperti berhala, tapi pada Dia yang ada, bukan sembah tiada berjumpa, tapi nyata pada kita jua, inilah paham mengenal diriNya, bukan kita bernama manusia, manusia hanya bayang sahaja, dari tanah dibentukkannya, diguna hanya diatas dunia, sudah tua ditanam akannya, mereka yang hidup tahu rahsianya, mereka yang mati kembali ke tanah jua, Tuhan tiada kenalnya kita, kerana hidup berpura-pura, sembah hanya nak tunjuk manusia, konon dia pengikut setia, takut dituduh kafir dirinya, sedangkan hati dah lama matinya, tak payah susah dalam hidupnya, manusia tiada mahu Tuhannya, hanya ikut berpura sahaja, asal hidup tak dipandang hina, untung apa akan agamanya, hanya landasan untuk nafsunya, jika ditanya tak mengaku pula, takut tercalar status dirinya, maklumlah ahli ulama agama, ustad atau iman yang ada, paling kurang bertimbun ijazahnya, hanya kajian diatas dunia, paham hanya diotak sahaja, hati tiada pahamnya jua, ikut shariat kepentingannya, atas status memperbodohkan manusia, kerana ingat diri alimnya, alim apa lampu pun tiada, hendak menyuluh nafsu sahaja, hendak beramal nafsunya jua, bukan hati yang cinta Tuhannya, alhamdulillah atas nikmat nafsunya, kurang-kurang ada pangkatnya, kurang-kurang dapat jadi kariernya, memang mahal bayar maharnya, tapi ini rezeki Tuhan katanya, mempermainkan ayatNya perkara biasa, manusia apa tahunya pula, sekadar mencari rezeki halalnya, kita ingat hebatlah dirinya, diapun serupa kita, cuma bergelar ulama dirinya, atas ijazah UIAnya atau di Cairo tempat belajarnya, pakai otak menghafal ajarannya, bukan hati jadi gudangnya, akan ilmu laduni Tuhannya, begitulah kita jika nak berjaya, mengenal Tuhan pada diri kita jua, penuh tanda dan bukti kekuasaannya, tapi manusia tak naklah pula, kerana jika dikaji akan dirinya, tiada dia nampak tanda Tuhannya, tapi hanya setan yang ada, bermaharalela dalam alimnya, kerana itu takutlah mereka, kerana tahu diri aib sahaja, penuh dengan nafsu dunia, bukan iman yang bercahaya adanya, menerangi diri jadi baiknya, atau sedar siapa dirinya dan berusaha memperbaiki akan jalan ilmunya, baru sempurna ujudnya kita, atas berkat agama kita, baru betul paham fitrahnya, baru lurus jalan padaNya, inilah seloka persembahan kita, untuk mereka yang ingin fana, dari jahil ada ilmunya, dari mati hidup hatinya, dari kafir Islam lah pula, baru bahagia hidup kita, kerana tugas mengenal Dia, dapat kita menyatakannya, atas sifat kita manusia, atas kehendak akan fitrahnya, baru kita bernama manusia, bukan binatang rupa yang ada, tapi hati sukhma saktinya.

No comments:

Post a Comment