melayu.......

MELAYU ITU BUKAN RUPA, BUKAN KULIT, DAN BUKAN ORANG....

MELAYU ITU ALAM, DUNIA, PEMIKIRAN KETUHANAN....

MELAYU ITU... BUDAYA YANG MEMERINTAH

Tuesday, August 14, 2012

SELOKA MELAYU (20) KECUBUNG HITAM

20. SELOKA MELAYU KECUBUNG HITAM Asal mana datang rahsia, seloka ini menyatakannya, nyata memberi kata kiasnya, kias erti akan suratnya, surat diguris dengan tinta, tinta tulis tinta rahsia, menjadi sirat erti terbuka, terbuka jadi sebagai kalam bicara, bicara seloka bicara pendita, menyurat akan rahsia satnya, moga warga Melayu didunia, dapat munafaat seloka yang ada, amatilah ini permata mulia, mula bicara akan seloka, mencerna sinar dikalamula, Adimoolam nama tersira, sebagai kalam mula bicara, dari tiada erti yang ada, dari penuh kosong jadinya, kosong jadi bayang sejahtera, tajjali jadi kitab manusia, cerita akan mula yang ada, prilmula jada bindu berdenda, menjadi benih kesuma maya, joyita akma mandala dunia, dari kuasa menjelma kasa, dari pala menjadi tala, tujuh ajaib jadinya kita, mula jadi malaiyana, mula asal malaikunta, inilah bicara alam yang fana, dari tiada menjadi bermakna, atas kesedaran diri yang ada, menjadi kanta saptavarna, getar itulah asal kita, sekelian Melayu itulah jua, menjadi nyata dialam maya, putih jan hitam janana, asal cermerlang kucubung dulunya, baru susun alam yang ada, atas tajjali kias manusia, maka ingat sekelian yang ada, jangan hajat menuja rasa, jika dicermin amat kecilnya, selagi masih bernama manusia, tiada terjengkau akal yang ada, inilah kecubung hitam kiasnya, alam tahud tiada berbeza, belum lagi ta’yan namanya, belum tahu lagi manusia, mana punca jadi alamnya, masih dalam bahtera asatnya, belum berbindu belum berkata, kalam masih belum dijana, akan Kun tiadalah makna, kerana Kehendak masih tiada, masih nyenyak dalam beradunya, ibarat mayat dalam kuburnya, belum sampai masa jaganya, belum diseru bangkit mulanya, hingga sampai 7 purnama, baru terjaga Empunya Dirinya, dalam diam ujud geraknya, bangkit dalam punikam gelora, menghempas badal dalam sunyinya, bergetar diri dalam tembuninya, getar bergema seluruh alamnya, kerana diri nak kenal dirinya, sekelian lama tiada bernyawa, baru kini lengkap jaganya, baru jaga dalam ghaibnya, belum kenal siapa dirinya, bila kehendak berahi jadinya, maka tajjali akan zatnya, dari satu alamnya jua, tiada yang asal bernikah dua, hanya bayangan membawa raga, jadi tempat nyatanya ia, kerana diri tiada berupa, mencari bayang tempat nyatanya, baru sempurna tajjalinya ia, hanya cacat tak cukup akalnya, kerana amat besar dirinya, jadi kerdil dikaca akalnya, inilah jadi zat alamnya, kini berdua dalam satunya, satu jadi kias akannya, satu jadi badal untuknya, menjana ada dalam dirinya, bernama ia akan duwita, jadi sempurna padanya kita, kerana paham atas bayangnya, hanya sagi rupa akannya, jadi tajjali pahamnya kita, kerana mengaji ilmu akannya, bukan jadi serta-mertanya, jadi dalam ruang dan masa, itulah kala diberi nama, itulah rona akan gelarnya, bukan kajian untuk manusia, hanya tahu dalam ilmunya, pada akal jua makamnya, bukan diri kita semua, kerana kita tiadalah ada, kalau ada sangkut denganNya, jadi nyata akan tajjaliNya, jadi wajib kita kenalkannya, kerana manusia tanda nyatanya, bukan wujud sama denganNya, oleh itu wahai manusia, jangan kata mudah bacanya, Tuhan tak sama dengannya kita, kita takkan jadi DiriNya, siapa kata dirinya sama, satu zat dengan Tuhannya, ketahuilah wahai manusia, itu dusta bohong belaka, kerana cepat nak paham akannya, tiada akar tempat silanya, tiada diri tempat duduknya, itu semua ilmu belaka, ilmu tajjali akan Tuhan kita, kita jangan paham sahaja, tahu benar dengan rasanya, manusia takkan jadi Tuhannya, takkan jadi Allah yang Esa, siapa mengaji cara yang ada, nescaya dikutuk oleh dewata, kerana hinanya martabat manusia, sanggup hendak jadi tuannya, kita manusia tetap jahilnya, tiada bijak atas katanya, hanya mengaji ikut nafsunya, bukan mati atas kebenarannya, jika dilihat ajaran yang ada, semua sesat nyata fitnahnya, kita manusia harus berjaga, nafsu sering menoda kita, mengajak manusia melawan Tuhannya, konon kita Allah semua, asal kamu Allah jua, kembali ke Allah itu diajarnya, ini semua perbuatan gila, tiada afdal ngajinya kita, tiada manusia jadi Tuhannya, kerana kita asalnya tiada, kembalilah kita akan asalnya, iaitu tiada dan tetap tiada, yang ada hanyalah Dia, zat wajibul ujud Dia sahaja, inilah hakikat diri manusia, asal tiada kembali menjadi tiada, bayang yang ada itulah kita, yang kita sanjung mahkota dunia, hanya sementara ada ujudnya, bukan kekal sentiasa ada, hanya kita rasa yang ada, walau hanya teka sahaja, kita hidup dalam gelita, kerana tajali itu mayanya, bukan akan haq Dirinya, itu rahsia tiada pada kita, jangan sangka dah hebat dirinya, semua ilmu dalam dadanya, sehingga hendak jadi Tuhannya, itulah hasrat iblis durjana, menghasut manusia melawan Tuhannya, jangan kita seperti dirinya, sang iblis tetap menggoda kita, lihat bagaimana Adam dan Hawa, jadi contoh kepada kita, kerana lupa asal dirinya, termakan kata iblis derhaka, akhirnya jatuh keatas dunia, jadi manusia hina bangsanya, kerana manusia lemah semua, bila diuji marah hatinya, bila ditegur masam mukanya, bila dihina melawanlah pula, inilah baka manusia didunia, hanya jahil akan semuanya, jangan ikut seperti mereka, berpeganglah pada kebenaran yang ada, kebenaran yang jadi perisai kita, pada Allah kembalinya kita, bukan jadi seperti Dirinya, kembali menjadi tiada ada, disisinya hanya bayangan sahaja, itulah kita asal mulanya, rahsia asal tajjali yang ada, bukan cerita kita manusia, tapi akan cerita Dirinya, manusia hanya menyatakkannya, manusia hanya tempat ujudnya, manusia lapik akan kakiNya, tapi manusia sombong pula, terasa mulia akan dirinya, dibanding berok dihutan sana, dirinya hebat tiada perinya, kalau baca dalam ayatNya, manusia itu adalah hanya, binatang melata yang pandai berkata sahaja, itulah hakikat akannya kita, bukan hebat seperti disangka, ingatnya semua manusia yang ada, menjadi khalifah diatas dunia, itulah yang paham akan akalnya, tapi tiada dibaca dengan telitinya, bahawa khalifah itu seorang sahaja, bukan semua manusia didunia, itulah hakikat kita semua, bukan menjadi khalifah akan Tuhannya, hanya sahaya yang jahil adanya, tiada mungkin menjadi penguasa dunia apabila ingin jadi tuannya, inilah hakikat wahai manusia, terimalah dengan terbuka, walau sakit hati dan kepala, hakikat ini berubah tiada, dari dulu dan selamanya, kita takkan jadi khalifahnya, hanya dia seorang sahaja, menjadi khalifah penggantinNya, fahamilah benar akan ayatnya, jangan cepat paham hendaknya, kerana tamak nak jadi tuannya, pikirlah wahai manusia, tiada benar dan dusta sahaja, kita takkan jadi Tuhan kita, bila bayang jadi nyatanya, nyata atas sifat yang dua, ada siang ada malamnya, ada baik ada jahatnya, ada dua dalam satunya, sebagai pecahan akan satunya, jadi sempurna dua satunya, jadi nyata satu duanya, inilah tera lapisnya dua, inilah hayat hidup matinya, jadi hikmah dalam jahilnya, untuk manusia mengambil sumpahnya, jadi bayang dunia sahaja, jadi bentuk bukan isinya, bukan rupa idaman maya, tapi gerak sentiasa teruja, atas puja tajjali Dirinya, jadi aksara pentas alita, jadi senda untuk wayangnya, jadi kelir cipta kersanya, jadi api cinta araba, jadi sifat bayangan dunia, jadi makam martabat pertama, akan susur gelombang irama, jadi nada berjiwa ajunta, kosa ahdah dalam wahdahnya, jadi sifat pati zatNya jua, tiada ada sesiapa disana, wahai manusia bicaralah mulia, jangan kata manis nafsunya, kerana akal yang telah ada, pada manusia tiada kasyafnya, hanya genta dalam kesedarannya, akibat kesan akan tajjaliNya, walau indah benar lihatnya, itu semua semu sahaja, yang Haq tiada kelihatan jua, hanya akal lumpur sahaja, najis dunia makannya kita, najis dunia jugalah kita, jangan kafir dirinya kita, menyangka martabat kita manusia, sama dengan Dia yang Esa, jangan lupa kita tiada, tiada jualah kembalinya kita, inilah pendua penghulunya kita, walau satu dua alamnya, walau sebijak manapun kita, masih menumpang nafsu dunia, tiada tersentuh akal pertama, kerana itu wajiblah kita, akur akan shuhadah tauhidnya, kerana ia tanda tajjaliNya, bukan kita wahai manusia, kita penyata sahaja, sebagai Adam tiada dirinya, hanya nyawa kadim dalamnya, selagi dizin oleh Tuhan kita, awaslah wahai manusia semua, selagi wahdah kata sahaja, hanya andaian huraian minda, pada nas nafsu warnanya, hanya bayang bukan sebenarnya, kerana manusia bayang sahaja, adapun tiada hakikat dirinya, tiada manusia itu berzat jua, kerana ada yang telah berkata, zat kita zat Tuhan kita, itu salah wahai manusia, katalah kamu tiada ada, tiada zat hanya bayang sahaja, gerak pun hanya atas Tuhannya, atas gerak akan rupanya, bukan bentuk yang nampak dimata, itu hanya semu sahaja, kita manusia buta matanya, bukan nampak akan kebenarannya, hanya rasa dah jadi Dia, itu rasa nafsu sahaja, memperkosa haknya Dia, kerana disangka Tuhannya kita, dapat diraih dengan ruhnya, itulah bodohnya manusia, duduk atas udara sahaja, melayang atas ehsan angin yang ada, bukan atas kuasa dirinya, yang tak mungkin ujud ganti Tuhannya, inilah rahsia jadinya kita, asal tiada tetap tiada jua, dari dua tadi tiga jadinya, disebut wahdah oleh sufinya, kerana dah pandai mengajinya, disangka langit sampai padanya, langit apa segalanya Dia, langit apa rangkaian tajjalinya sahaja, mana langit di kata manusia, langit yang ada lapik kenyataanNya, bukan pemisah sejuk hangatnya, ia kajian kata manusia, agar paham akan kuasaNya, sebagai tanda sempadan untuk kita, tiada kita sampai padaNya, tiada pula Dia kepada kita, itu kata manusia sahaja, atas jahil akan ilmunya, hanya mustahil keliling kita, tiada harus atau wajibnya, manusia sampai jadi Tuhannya, kerana yang tiga ujud satu jua, tiada tiga satulah jua, ingat manusia jika tahu haqNya, jangan jadi iblis dilaknatNya, kerana merasa ada dirinya, sanggup melawan kenyataan dirinya, disangka hebat akan ilmunya, ilmu hanya bayangan sahaja, ilmu iu tajjaliNya jua, ramai sangka paham akannya, tapi sayang dongeng semua, tahu atas bayang sahaja, tiada sempurna ilmu kita, kerana paham akan hakikatnya, ilmu itu pancaran delima, pecah tiga berkawan dua, itulah jadi adam yang tiada, hanya bejana akan kuasaNya, jadi kosa akan alamNya, bukan manusia yang ada didunia, tapi aksara susun kitabnya, atas azali kisah nasibnya, kita manusia mainan sahaja, jadi denda akan kersaNya, jadi alas kun hikmahnya, menyatakan asa tajjali Dirinya, bukan tajjali paham manusia, tapi tajjali akan rahsiaNya, tetap tiada tahu manusia, akan rahsia Tuhannya, seperti kajian ketuhanan atau hakikatnya, insan itu rahsiaNya dan dia rahsia insannya, rahsia itu bukan hak kita, insan itu bukanlah kita, jangan tergopoh wahai manusia, kita hanya binatang melata, bukan insan rahsiaNya, itu hanya tajjaliNya, jadi khalifah hikayatNya, bukan kita pelakun utama, hanya pelakun tambahan sahaja, latar belakang akan jalan cerita, jadi tanda untuk jalanNya, hanya Dia yang empunya skripnya, bukan kita manusia yang ada, amatilah akan seloka ini adanya, untuk manusia yang sesat didunia, atas syariat atau hakikatnya, semua sama tiada bermakna, hanya tanggapan yang merbahaya, atas jalan hidup didunia, kita bahan ujianNya sahaja, untuk Dia nyata tajjalinya, uji atas kuasaNya sahaja, bukan untuk uji Dirinya, hanya kesan jadi tamsilnya, hanya guruh bukan kilatnya, hanya angin bukan dinginnya, hanya bunyi bukan iramanya, hanya kata bukan maknanya, hanya ayat bukan hikmahnya, selagi itu wahai manusia, kata yang deras tiada dipikirnya, kelak binasa makan dirinya, jika cepat kata lidahnya, nescaya lari akan maksudnya, itulah kita bila bicara, atau mengaji kitab yang ada, jangan ambil tahu sahaja, harus ada rasa sukmanya, kerana ramai yang jadi gila, atas takbur sesak dadanya, atas yakin ada dirinya, apatah mengaku Allah dirinya, amat siksa pedih diterima, atas pengakuan iblis yang serupa, melawan Tuhan hingga dilaknatNya, ingat kita wahai manusia, ambil tauladan iblis yang hina, disangka wahdiah tigalah jua, bukan satu atas ertinya, bukan wahdah dua AkuNya, hanya Aku yang Esa jua, bukan bayang berkata adanya, itu hanya kesan kudratNya, tapi manusia lupa akan dirinya, dengan akal sejengkal adanya, disangka lautan ilmu Tuhannya, boleh diraih dalam usahanya, mengenal akan hakikat dirinya, yang tiada dan tetap tiada, tertipu atas nafsu dirinya, menyangka dirinya ada, sedangkan ada hanya kata sahaja, tiada bukti kekal dirinya, hanya neraka sebagai gantinya, tempat manusia yang sombong dirinya, disangka wahdah tiada bezanya, itulah manusia bodoh sahaja, dua mana dalam Esanya, tiada kita hanya Dia jua, inilah hakikat akan tajjaliNya, menjadi kenyataan akan kita, dinyatakan dalam ISLAMnya, bukan agama bondongan nafsu, bukan agama kuda dirinya, tapi hakikat tajjali Tuhan kita, inilah kebenaran yang ada, dari belum jadi akhirnya, bukan tiada kosong yang ada, itu kata ilmu manusia, masih cetek akan kajinya, yang kosong tetap tiada adanya, bukan tiada jadinya ada, jika benar ini hakikatnya, maka yang kosong itulah kita, manusia yang hakikatnya tiada, hanya tumpang akan hadirnya, pada alam medan kuasanya, hanya sifat yang jadi ahamnya, jadi keagungan manusia didunia, jadi pujaan akan semua, itu sahaja dapatnya kita, sampah tajjali jadi ilmunya, bukan hikmah penimbul rasa, dalam mengenal tajjaliNya, tapi dirinya yang hendak berkuasa, atas ilmu yang dipelajarinya, disangka sudah sampai matlamatnya, kata pujangga sastra dijana, sastra abadi diberi nama, kata manikam ini bacanya “Manalah bisa menembus qalbi, selagi akal menghijab diri, Makrifat tanda yang telah jadi, bukan tarikat menghindar diri, Jangan disangka wahdah didekati, wahdiah belum dikenal rapi, Alam mana hendak dijejaki, pada dirimu tandanya bakti, Bersatu dalam kelambu berahi, hilangnya salik tiada bukti.” Inilah seloka melayu kita, mengenal akan ilmu Tuhannya, jika jadi khatam kajinya, hanya jadi dalam ilmuNya, tiada kesan kepada Dia, hanya kita kesan hadirNya, hadir atas kuasa tajjali Dia, itulah jadi akan KehendakNya, bukan dia nampak Dirinya, itu kajian munafik sahaja, tiada Tuhan nampak Dirinya, jika benar seperti dikata, nescaya kiamat serta-merta, kerana mengaji tiada pahamnya, tiada boleh katakan Dia, tiada bicara serupa Dia, tiada ilmu sebelum tajjalinya, inilah hikmah pengajian kita, melayu jua paham akannya, bukan mereka tinggi ilmunya, seperti iblis sombong diriNya, kata diri Tuhan jadinya, kata Allah kembali asalnya, itu kajian tadika dunia, untuk mereka yang pendak akalnya, tajjali itu bukan mudahnya, merangkumi akan tiga kakinya, empat sendi lima rumahnya, terbentuk dalam graha makdumnya, bukan kajian wahdatul ujudnya, itu jauh dari simpangnya, bukan martabat tujuh adanya, hanya satu tujuh dalamnya, bukan terbuka di akal manusia, kerana ilmu itu rahsiaNya, jadi mana mungkin manusia, tahu akan sifat diriNya, sifat Dia hanya dua, dalam tajjali nyatanya ia, sebagai rapat pagar alamya, ruyung sugi arif aktafnya, bukan bidalan mengganti haramnya, bukan hadis sembang malaikatnya, bukan wahyu tuntunan dunia, bukan kata akal nafsunya, bukan boleh dibicara kita, hanya andaian otak sahaja, bukan kasyaf akan dirinya, konon dapat ilham Tuhannya, tiada kita mendapat apa, hanya bekas ilmu tajjaliNya, hanya sarung bungkah bayangNya, hanya kelam dalam terangNya, itulah kata arif sufinya, Tuhan itu bukan manusia, walau ruh hanya bahtera, membawa isi rahsia tajjaliNya, pahamlah oleh kamu semua, kecubung hitam nama seloka, bukan diberi nama sahaja, seribu hikmah terpendam dalamnya, jika bijak sekelian yang membaca, bacalah dengan hati terbuka, bukan sempit mainan akalnya, sudah taksub akan ilmunya, ketahuilah kebenaran hakikat yang ada, asal kita dari tiada, bukan ujud kekal dirinya, hanya sementara dipentas dunia, bayangan akan kesan tajjalinya, sekelip mata musnahlah kita, mana kita wahai manusia, kemana adanya tujuan kita, hanya mengikut kesan sahaja, jadi bayang tiada maknanya, itulah kita jadi manusia, hanya kesan akan tajjalinya, kerana itu jangan berbangga, manusia tetap tiada ada, hanya Dia dalam rancangannya, dari dulu hingga akhirnya, hanya menyatakan tajjali Dirinya, untuk memuji akan Dirinya, bukan kita jadi sebabnya, kita hanya kesan sahaja, pahamilah ini permata kata, untuk mereka yang selamat dirinya, jika paham akan hukumnya, segera ISLAM akan tajjaliNya, baru paham kenapa mengapa, atas kasih Tuhannya kita, atas mereka yang beriman adanya, atas janji dahulu kala, agar kita tiada alpa, nyatakanlah ketuhanan kita, itulah asal tajjali yang ada, dari ahdah sempurna diriNya, sampai wahdah pecahlah dua, wahdiah tiga pulang satunya, ikut mana caranya kita, tiada akan sampai kajinya, hanya tajjali itu sahaja, sampai manapun kajinya kita, selagi akal nafsu tunggangnya, takkan dapat ini rahsia, rahsia gusti dengan kaulanya, rahsia Allah akan Muhammadnya, inilah tajuk akan seloka, kecubung hitam tanda ilmunya, jadi rahsia dalam perbendaharaannya, bukan untuk dicungkil manusia, hanya tahu dalam ilmunya, sekadar cerita nak paham sahaja, takkan jadi Tuhan dirinya, itu mereka iblis bakanya, bukan baka nabinya kita, hanya sedap mulut bicara, sedap hati nak berkuasa adanya, jika kita paham akannya, selamatlah kita sentosa dirinya, baru dapat masuk rumahNya, baru dapat berkat dariNya, baru paham kita manusia, kemana jua hendaknya kita, akhirnya jadi tiada dirinya, inilah hakikat cerita seloka, memberi amaran sekelian manusia, jangan cuba kata dirinya, jadi Allah atau Tuhannya, itu mengundang celaka hidupnya, kerana sombong seperi Iblisnya, melawan akan hakikat tajjaliNya, hendak jadi seperti tuannya, ingat wahai manusia yang ada, asal kamu tiada, kembalilah menjadi tiada, pulangkan segala padaNya jua, baru tamat tajjali DiriNya, sempurnalah hakikat akan tajjaliNya, kita tetap begini adanya, tiada kuasa atau ilmunya, hanya Dia yang memiliki kita, kita hanya penyata tajjalinya, kita hanya bayang sahaja, tiada ada, tiada nyata, tiada ujud selama-lamanya.

No comments:

Post a Comment